Transcript

Gejala Vandalisme : Faktor Menyebabkan Berlakunya Gejala Ini 1.0 Pengenalan Gejala vandalisme bukanlah suatu isu yang asing lagi buat masyarakat di Malaysia. Tidak kira sama ada di kaki lima, tembok-tembok, tandas awam, pondok telefon, papan-papan kenyataan di lebuhraya dan di bangunan sekolah semuanya telah tercemar teruk ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh segelintir masyarakat yang tidak kenal maksud apa itu istilah bersyukur. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai kemudahan yang telah disediakan, tetapi sebaliknya golongan ini tegar merosakkan dan mencemarkan kemudahan tersebut dengan menconteng dan melukis dengan lukisan-lukisan lucah yang amat memalukan kepada sesiapa yang melihatnya. Seperti kata pepatah madu diberi, tuba yang dibalas. Malah, paling malang sekali apabila kemudahan awam seperti tandas dan telefon awam langsung tidak boleh digunakan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, vandalisme bermaksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Lazimnya, gejala vandalisme ini dikaitkan dengan golongan muda seperti remaja, pelajar-pelajar sekolah dan penganggur yang maklumnya, banyak menghabiskan masa dengan melepak di pusat membeli belah, berkumpul pada waktu malam di tempat-tempat yang sunyi seperti di kedai-kedai lama dan membuat bising di kaki lima dengan mengganggu sesiapa yang melalui kawasan mereka. Malah, saban tahun laporan akan kegiatan vandalisme kian meningkat bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ini dapat dibuktikan dengan perangkaan statistik bagi pelajar sekolah yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalisme. Pada tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 jumlah terus meningkat kepada 2,736 pelajar. Menurut Mohd Zin Sham (1996) dalam tesis 1

Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, ternyata isu vandalisme di Malaysia kian sukar dibendung walaupun sejak tahun 1968 lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, dengan mengedarkan surat pekeliling yang di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah gejala vandalisme ini. Antaranya ialah faktor keluarga, rakan sebaya, sosioekonomi, sekolah, media massa, konsep kendiri dan sikap apati (tidak peduli), individualistik dan materialistik masyarakat. 2.0 Ibu Bapa dan Keluarga Antara penyebab penularan gejala vandalisme dalam kalangan masyarakat kita adalah disebabkan kelemahan dan keruntuhan institusi keluarga. Menurut takrifan Gerrard dan Graham (1984), dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, keluarga secara asasnya terdiri daripada ibu, bapa dan anakanak. Menurut Mudrock (1965) pula, dalam tesis yang sama, keluarga boleh ditakrifkan sebagi satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan anak-anak. Bak kata pepatah anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Ibu bapa harus menjadi role model kepada anak-anak dengan menunjukkan teladan yang baik dari segi sikap dan perbuatan. Nilai-nilai murni haruslah diterapkan dalam diri anak-anak demi mengelakkan penyimpangan daripada berlaku. Sifat vandalisme dapat diwujudkan secara tidak langsung dalam jiwa anak-anak melalui perlakuan tidak baik ibu bapa. Contohnya, ketika berkelah ibu bapa membuang sampah seperti bungkusan makanan ringan, botol-botol kosong dan lain-lain tanpa menghiraukan papan tanda dan keselesaan pengunjung

2

sekeliling. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan anak-anak mereka seorang yang tidak bertanggungjawab apabila dewasa nanti. Dalam pada itu, keluargalah yang akan mencorakkan masa depan individu sama ada menjadi anggota masyarakat yang berjaya atau sebaliknya. Dalam mendidik dan membentuk perwatakan anak-anak, sokongan padu, kasih sayang, perhatian, kawalan serta penyebaran nilai yang dilakukan oleh ibu bapa dianggap amat penting. Keluarga berfungsi sebagai agen sosialisasi khususnya dari segi kawalan dan sokongan terhadap anak. Asuhan dan didikan yang baik yang diterima daripada ibu bapa atau keluarga akan berjaya melahirkan anak yang baik tidak kira dari segi dalaman mahupun luaran. Dengan itu, nilai-nilai murni, kerohanian dan ketahanan moral dapat dipupuk dalam diri anak-anak. Malah, sosialisasi keluarga dengan pelbagai nilai murni akan dapat membantu perkembangan diri yang baik dan membebaskan mereka daripada pengaruh buruk yang tidak diingini. Contohnya, anak-anak ini tidak akan mudah melibatkan diri dalam sebarang gejala vandalisme seperti menconteng dinding sekolah, kerana mereka tahu harta benda sekolah adalah milik kerajaan dan adalah satu perkara yang salah dan tidak boleh dimaafkan sekiranya sengaja melakukan kerosakan, tanpa mempunyai sebarang perasaan bersalah. Ibu bapa yang perihatin juga sudah pasti akan memantau dengan siapa anak mereka berkawan, keluar dengan siapa dan destinasi yang dituju oleh anak mereka demi mengelakkan anak mereka terlibat dengan kumpulan yang tidak sihat. Sekiranya ibu bapa bersikap seperti kata pepatah hanya melepaskan batuk di tangga, natijahnya anak-anak tersebut cenderung untuk berlaku bebas dan melakukan perkara yang diluar nilai etika. Justeru, kerutuhan institusi keluarga akan memberikan kesan negatif kepada perkembangan rohani, emosi dan tingkah laku anak-anak mereka. Menurut kajian Glueck dan Glueck dalam Conger & Miller (1975), dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku

3

Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, remaja yang nakal adalah remaja yang tidak mendapat layanan yang baik daripada ibu bapa mereka berbanding dengan remaja yang baik akhlaknya, yakni mereka mendapat kasih sayang yang sempurna. Perkara ini disokong oleh Haimowitz dalam Hurlock (1967) dalam tesis yang sama, yang menyatakan pengabaian kasih sayang oleh ibu bapa menjurus ke arah kenakalan yang menyebabkan remaja bertingkah laku devian. Kajian ini telah membuktikan bahawa betapa pentingnya peranan ibu bapa dan keluarga dalam pembentukan personaliti anak-anak. Institusi keluarga yang lemah menyebabkan anak-anak tersilap memilih rakan sebaya di mana akan menambahkan lagi potensi mereka untuk terjebak dalam kancah gejala tidak sihat. Ibu bapa yang alpa mencari kekayaan dunia secara tidak sedar telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membimbing anak-anak. Keruntuhan institusi keluarga berpunca daripada beberapa sebab seperti perceraian, krisis moral dan keluarga. Selain itu, kurangnya pemerhatian, kawalan, bimbingan dan pendidikan serta nilai agama yang cukup daripada ibu bapa telah mendorong anak-anak untuk bertindak liar dan diluar kawalan seperti terlibat dengan tingkah laku devian atau anti-sosial. Anak-anak akan mula berasa bosan duduk di rumah dan tidak akan teragak-agak untuk sering keluar bersama rakan-rakan untuk mencari keseronokan dan menghilangkan tekanan. Lebih malang lagi apabila terdapat sesetengah remaja kini tekad untuk lari dari rumah kerana tidak tahan dengan keluarganya sendiri. Sikap mengambil keputusan secara drastik tanpa berfikir panjang akan mana baik dan yang mana buruknya membuktikan betapa lemahnya peranan institusi keluarga di sini sehingga menjadikan anak-anak ini gemar untuk terjun ke dalam gejala tidak sihat seperti vandalisme. Tuntasnya, ibu bapa perlu sedar bahawa merekalah golongan yang paling hampir dengan anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memberikan contoh teladan yang baik, maka tidak hairanlah sekiranya anak-anak mereka rosak dan kurangnya nilai-nilai murni dalam sesebuah

4

bertindak diluar kawalan. Kemesraan yang terjalin dalam perhubungan untuk sesebuah institusi keluarga amatlah penting untuk menyekat anak-anak daripada unsur-unsur tidak baik. Anak-anak memerlukan keluarga sebagai tempat mengadu masalah. Sekiranya keluarga mereka sendiri tidak ambil peduli akan prihal anak-anak mereka, maka janganlah pula mereka terkajut apabila anakanak ini meningkat dewasa sudah tidak mengenal lagi erti nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Keluarga yang bahagia adalah kunci utama untuk melahirkan individu yang berakhlak mulia. 3.0 Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya juga antara faktor utama berlakunya gejala vandalisme dalam masyarakat kita. Menurut Cole dan Hale (1970), dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, rakan sebaya merupakan unit bagi golongan remaja malah mereka sering berarah kepada persamaan dalam pelbagai bidang, corak hidup, sekolah dan taraf sosioekonomi. Selain itu, tekanan rakan sebaya boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Umumnya, rakan sebaya adalah teman di mana remaja bertindakbalas, berinteraksi dan mendapat hubungan serta memerlukan kerjasama yang erat antara satu sama lain. Golongan remaja lazimnya mudah terdorong untuk melakukan gejala vandalisme apabila bersama rakan-rakan. Menurut Differential Association Theory oleh Hirchi dan Selvin (1973) dalam tesis yang sama, seorang remaja tidak berminat atau tidak berhasrat untuk melakukan sesuatu aktiviti sebelum dia menggabungkan diri dengan mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan berita yang terpampang di dada akhbar-akhbar tempatan bahawa kebanyakan kejadian salah laku melibatkan beberapa kumpulan pelajar. Justeru itu, ramai remaja didapati menghabiskan sebahagian besar masa mereka bersama rakan sebaya sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.

5

Sebaik sahaja remaja meluangkan masa bersama-sama, mereka banyak mempelajari hal-hal berkaitan kehidupan harian, berkongsi pengalaman dan memberi berbagai-bagai takrifan tentang dunia sosial mereka dan masyarakat sekeliling. Remaja kini menganggap diri mereka seperti diterima apabila bersama rakan-rakan dan bagi mereka perkara itu adalah sasuatu yang menakjubkan. Apabila remaja mula merasakan yang rakan sebaya lebih memahami diri mereka, segala teguran dan saranan yang diberikan tidak kira dari ibu bapa mahupun guru sudah tidak dipedulikan lagi. Bagi mereka, pendapat rakan adalah yang terbaik. Dalam pada itu, terdapat kajian yang mengatakan, tingkah laku delinkuen mempunyai hubungan yang signifikan dengan penglibatan seseorang remaja dalam kumpulan rakan sebaya yang nakal. Melalui rakan sebaya, seseorang itu berpotensi untuk bertukar personaliti diri dan melakukan perkara yang tidak sihat seperti menconteng dinding bangunan ataupun mencemarkan tandas awam dengan lukisan-lukisan lucah dan perkataan kesat. Tekanan rakan sebaya yang kuat boleh membentuk tingkah laku seorang individu. Seorang remaja tidak akan dapat mengelak daripada untuk tidak melakukan sesuatu perkara apabila rakan yang lain melakukannya. Hal ini terjadi ekoran remaja tersebut tidak mahu tersisih dari kumpulan tersebut. Dia harus patuh pada rakan sebayanya untuk mengelakkan dari dipinggirkan atau dipulaukan. Dengan itu, dia akan dapat membuktikan kesetiaan kepada kumpulannya. Perasaan takut kehilangan rakan dan takut bersendirian juga mendorong seseorang untuk mengikut telunjuk rakan mereka tanpa berfikir panjang. Oleh sebab itu, pengaruh rakan sebaya dibuktikan mampu mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Dengan itu, seorang remaja itu perlu tahu bagaimana untuk memilih rakan sebaya dengan bijak. Hal ini kerana, pengaruh rakan sebaya yang cenderung ke arah tingkah laku devian adalah sangat kuat ke

6

atas remaja yakni mungkin akan meningkatkan lagi kejadian vandalisme di negara kita. Bak kata pepatah, tepuk dada, tanyalah selera. 4.0 Sosioekonomi Sosieoekonomi keluarga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku individu. Status sosioekonomi merujuk kepada latar belakang hidup seseorang seperti berdasarkan pendapatan, pekerjaan dan pendidikan. Melalui hasil kajian Abdul Raof Dahaman (1986) dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, ke atas pelajar-pelajar lelaki di sekolah menengah terhadap tingkah laku devian, mendapati pelajar-pelajar yang terbabit berasal dari status sosioekonomi yang rendah. Menurut Kementerian Pendidikan, bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM500 sebulan, mereka digolongkan kepada sosioekonomi rendah. Manakala bagi yang berpendapatan antara RM500 hingga RM1500 sebulan digolongkan kepada sosioekonomi sederhana dan bagi ibu bapa yang berpendapatan lebih RM1500 sebulan digolongkan kepada sosioekonomi tinggi. Dalam pada itu, anak-anak yang mempunyai taraf sosioekonomi keluarga yang rendah mempunyai potensi yang tinggi untuk terjebak dalam gejala devian berbanding dengan anak-anak yang datangnya dari keluarga yang berstatus sosioekonomi tinggi. Hal ini terjadi mungkin disebabkan kesibukan ibu bapa bekerja bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang secara tidak langsung telah mengurangkan interaksi dan pemerhatian ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Kesibukan ibu bapa dalam mencari rezki telah menyebabkan anak-anak terabai dan kurang bimbingan dari segi nilai murni dan etika sosial. Kemesraan dan sosialisasi antara ibu bapa dan anak adalah amat tipis sehingga mengakibatkan anak-anak merasakan diri mereka tiada tempat mengadu masalah dan berasa segan untuk menceritakan apa yang terlintas dalam benak fikiran mereka. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan anak-anak ini

7

merasakan diri mereka seperti orang asing walaupun dalam keluarga mereka sendiri. Dengan itu, potensi anak-anak ini untuk bertindak di luar kawalan dan terjebak dalam gejala tidak sihat adalah sangat tinggi. Selain itu, keadaan sosioekonomi yang rendah boleh mempengaruhi tahap pendidikan seseorang. Ekoran yuran pengajian yang tinggi telah menyebabkan sesetengah golongan yang berstatus sosioekonomi rendah ini tidak dapat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Justeru, tanpa pendidikan anak-anak tersebut menjadi kutu rayau dan tidak mempunyai hala tuju dan panduan yang sepatutnya. Paling menyedihkan apbila terdapat sesetengah ibu bapa yang langsung tidak pernah bersekolah secara tidak langsung tidak menekankan pentingnya penddikan terhadap anak-anak mereka. Hal ini bertepatan dengan kajian Alim Muntu (1988) dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, yang mengkaji tingkah laku devian dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Sabah yakni mendapati, kebanyakannya berlatar belakangkan keluarga berpendidikan sekolah rendah dan ada keluarganya yang tidak pernah langsung bersekolah. Justeru, ibu bapa dari golongan ini menganggap sekolah itu hanyalah sebagai persediaan untuk anak-anak sebelum melangkah ke alam dewasa. Mereka masih tidak sedar akan natijah yang bakal melanda apabila anak mereka dewasa nanti. Taraf pendidikan yang rendah menyebabkan seseorang menjadi jahil, terutama dalam perkembangan teknologi dan masyarakat bermaklumat. Aspek pendidikan dan pengetahuan dalam bidang agama, kepenggunaan, undang-undang dan pelbagai perkembangan semasa perlu diketahui agar seseorang itu tidak mudah tertipu dan mengambil jalan mudah untuk menyara hidup. Melalui pendidikan dan pengetahuan, sudah pasti berupaya meningkatkan ketahanan moral dan sosial masyarakat. Masyarakat jahil yang terjebak dalam kancah vandalisme ialah golongan yang tidak mempunyai pendidikan dan pengetahuan yang sempurna.

8

Maka, dengan ini dapat disimpulkan bahawa taraf sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan gejala vandalisme. Sosioekonomi keluarga yang rendah boleh mempengaruhi seseorang menjadi individu yang mudah terjebak dalam gejala vandalisme. 5.0 Sekolah Sekolah merupakan perantara pendidikan awal bagi anak-anak sebelum memasuki ke institusi pengajian tinggi. Setiap rakyat di Malaysia diarahkan untuk ke sekolah demi meningkatkan ilmu pengetahuan dan demi melahirkan pelapis negara yang berkualiti. Kementerian Belia dan Sukan mendefinisikan sekolah sebagai institusi pendidikan yang membekalkan generasi muda dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, keterampilan dan kecerdasan serta nilai dan interaksi sosial. Sekolah memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar. Menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah sempena ucapan tahun baru 1995, berpendapat sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya . Oleh itu, setiap aspek dan langkah yang diambil oleh pihak sekolah untuk mendidik murid perlu dilakukan secara sistematik dan teliti. Sistem pentadbiran sekolah tidak kira dari segi pengawalan disiplin, penetapan hukuman dan kaedah pembelajaran boleh memberi kesan terhadap pembentukan seorang murid. Pengawalan disiplin yang ketat boleh memberi tekanan kepada murid. Mereka akan rasa terkongkong ekoran tidak boleh melakukan perkara yang mereka gemari. Sekiranya hukuman dijatuhkan dan murid tersebut merasakan hukuman yang diberikan adalah tidak munasabah, hal ini boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati pelajar terhadap sekolah. Kawalan peraturan sekolah yang ketat, aktiviti kokurikulum yang padat dan tekanan matapelajaran yang membebankan adalah kombinasi yang mendorong para pelajar untuk bersikap

9

vandalisme terhadap harta benda sekolah. Mereka melepaskan tekanan dengan menconteng dinding dengan perkataan yang memberahikan, memecahkan siling, merosakkan pasu bunga dan lain-lain. Selain itu, kaedah pembelajaran yang tidak sistematik berpotensi untuk menerbikan sikap devian dalam diri pelajar. Menurut Smith (1969) dalam tesis yang sama, masalah akan timbul jika kemerosotan berlaku dalam perhubungan di antara guru dan murid. Kadangkala tanggapan guru yang negatif terhadap pelajar yakni berpunca dari ketidakcekapan pentadbiran memburukkan lagi keadaan. Dalam pada itu, sikap sesetengah guru yang terlampau garang dan ketidakwajaran hukuman yang diberikan telah menimbulkan persepsi negetif pelajar terhadap gurunya. Tambahan pula, suasana belajar yang kurang menggembirakan disebabkan gaya penyampaian ilmu, hubungan dengan guru yang lebih bersifat formal dan kaku dan kurangnya perhatian secara individu oleh guru terbabit boleh mempengaruhi sesetengah pelajar melakukan aktiviti salah laku. Kelemahan penyampaian guru ketika pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelajar mudah berasa bosan dan seterusnya mengakibatkan pelajar hilang minat untuk duduk di dalam kelas. Hal ini boleh menjurus ke arah berlakunya kes ponteng sekolah, di mana pelajar akan mengambil inisiatif untuk memanjat pagar sekolah atau merosakkan pagar sekolah dengan membuat lubang supaya mereka dapat keluar dari kawasan sekolah untuk mencari keseronokan. Kajian telah membuktikan pelajar yang gemar pada sekolah mempunyai rekod salah laku yang rendah berbanding mereka yang tidak suka pada sekolah. Kesimpulannya, organisasi dan struktur belajar di sekolah merupakan tulang belakang dalam pembentukan sahsiah pelajar demi melahirkan pelajar yang cemerlang untuk menerajui negara pada masa akan datang. Sekiranya sekolah itu sendiri tidak memainkan peranan dengan sempurna, mereka bukannya melahirkan pemimpin tetapi pemusnah masa depan negara.

10

6.0 Pengaruh Media Massa Pengaruh penggunaan media massa dalam kehidupan manusia dewasa ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Sama ada media elektronik mahupun media cetak kedua-duanya amat diperlukan sebagai sumber maklumat utama tidak kira bagi golongan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan pekerja. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, media massa adalah pelbagai jenis alat komunikasi seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cepat. Sememangnya diakui media massa banyak memberikan manfaat kepada pengguna, namun kita tidak boleh lupa bahawa media massa juga merupakan salah satu punca berlakunya gejala vandalisme di negara kita. Bak kata pepatah bagaikan pisau didalam lipatan. Oleh yang demikian, kita boleh mengambil internet sebagai salah satu contoh faktor media massa. Menurut data daripada kajiselidik yang dibuat oleh Nua Internet Survey pada November tahun lalu, jumlah pengguna internet adalah 407.1 juta berbanding 381.79 juta pada Oktober dan 377.65 juta pada September pada tahun yang sama. Peningkatan pola penggunaan internet ini menunjukkan semakin ramai masyarakat Malaysia yang melayari internet dari setiap lapisan umur. Namun, penggunaan internet yang begitu meluas tanpa had telah menimbulkan isu negatif dalam kalangan masyarakat seperti penularan gejala tidak sihat iaitu antaranya ialah gejala vandalisme. Ketiadaan kawalan dalam melayari internet menyebabkan orang ramai mudah melayari ke manamana laman yang mereka inginkan sama ada laman yang berfaedah mahupun sebaliknya. Hal ini telah menyebabkan terdapat sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan melayari laman yang tidak sepatutnya seperti laman lucah dan menyimpang. Video-video yang dilihat secara online di internet boleh menyebabkan remaja mudah terpengaruh dan meniru aksi-aksi tanpa memikirkan kesannya dalam jangka panjang. Secara tidak langsung, hal ini akan

11

mencetuskan kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari iderttiti diri seterusnya menjadikan mereka terlibat dalam gejala tidak sihat ini. Dalam pada itu, paparan adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari negara barat yang ditayangkan sama ada di televisyen mahupun di panggung wayang mempunyai unsur-unsur perlakuan negetif yang boleh menjajah pemikiran remaja untuk melakukan vandalisme. Budaya barat yang kian hilang nilai murninya tanpa kita sedari semakin diterapkan ke dalam budaya masyarakat kita secara perlahan-lahan. Adegan-adegan negatif tanpa tapisan dan kawalan boleh merosakkan pemikiran masyarakat terutamanya golongan muda seperti budak sekolah dan remaja. Tambahan pula, minat yang mendalam terhadap idola barat boleh mengakibatkan remaja kita mula cuba meniru gaya yang dilakonkan oleh idola-idola kegemaran mereka. Secara ringkasnya, sekiranya golongan belia terus disajikan dengan elementelement yang tidak bermoral ini, akibatnya lahirlah generasi alaf baru yang nilai moralnya mencecah ke paras sifar. Sememangnya media massa memainkan peranan penting sebagai sumber maklumat namun demikian, terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih atau menilaikannya. 7.0 Konsep Kendiri Konsep kendiri juga merupakan salah satu penyumbang ke arah wujudnya gejala vandalisme dalam kalangan masyarakat kita. Menurut Landers (1954) dalam tesis Nurain bt Hj. Saripan yang bertajuk Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Vandalisme di Kalangan Remaja Sekolah, konsep kendiri dibahagikan kepada tiga komponen iaitu yang pertama, keadaan diri tentang halhal atau kebolehan dirinya. Manakala yang kedua ialah penerimaan diri iaitu perasaan yang dipunyai dan ditimbal balik antara diri dengan orang lain dan yang ketiga ialah nilai diri iaitu hasil dari penerimaan diri tadi. Individu tersebut akan menilai setiap ciri-ciri diri sendiri sama ada ciri tersebut merupakan

12

kelebihan atau kelemahan. Selain itu, pandangan masyarakat tentang dirinya juga diberi perhatian di mana seterusnya individu itu akan menilai diri sendiri berdasarkan bagaimana mereka dinilai oleh orang lain. Dalam pada itu, golongan yang dianggap mempunyai kendiri yang positif ialah golongan yang menilai positif diri mereka. Misalnya apabila mereka merasakan diri mereka disukai oleh keluarga dan masyarakat, mereka beranggapan diri mereka berguna dan bernilai. Maka, mereka akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dan menjadi insan yang berguna. Manakala, golongan yang mempunyai kendiri yang negatif pula adalah sebaliknya. Golongan ini ialah golongan yang menganggap diri mereka sebagai tidak dikehendaki dan tidak berguna. Mereka merasakan diri mereka tidak diperlukan dan menganggap diri sendiri hanyalah seperti parasit. Maka tidak hairanlah kecenderungan untuk terjebak ke dalam gejala vandalisme adalah tinggi. Lazimnya, individu yang terlibat dalam gejala vandalisme tergolong dalam kalangan yang mempunyai konsep kendiri negatif manakala individu yang kurang atau tidak terlibat dalam salah laku mempunyai konsep kendiri positif. Hal ini seiring dengan kajian Anidah bt Ithnin (1991) dalam tesis yang sama yang mendapati pelajar nakal memiliki konsep kendiri yang negatif, namun sebaliknya pelajar yang tidak nakal memiliki konsep kendiri yang positif. Selain itu, gejala vandalisme boleh terjadi ekoran gangguan emosi yang dialami. Apabila gangguan emosi ini tidak dapat dikawal, akhirnya individu tersebut berkemungkinan besar akan terdorong untuk terlibat dalam aktiviti vandalisme yakni sebagai alternatif untuk mengurangkan kerunsingan tersebut. Gangguan emosi yang tidak terkawal boleh menukar personaliti seseorang dari seorang yang baik kepada seorang yang nakal dan tidak bertanggungjawab. Demi mengurangkan kerunsingan, individu itu sanggup merosakkan harta benda awam tanpa menghiraukan kepentingan orang lain. Bagi mereka, kepuasan adalah perkara utama dan perkara lain adalah tidak bermakna.

13

Tambahan pula, akibat lemah dari segi perkembangan mental, seseorang itu mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Pencapaian akademik yang rendah boleh mendorong terbitnya sikap devian dalam diri mereka. Kurangnya kelulusan dalam pendidikan menjadikan seseorang itu tidak mempunyai hala tuju yang sepatutnya sekaligus menjadikan dia mudah terjebak dalam gejala tidak sihat. Malah, lebih memburukkan lagi keadaan apabila ketiadaan usaha para guru untuk menarik minat mereka sekaligus akan mengakibatkan pelajar tersebut hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang bermain di dalam fikiran mereka. Oleh yang demikian, individu itu sendiri perlu tahu menilai apakah kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum mengambil suatu tindakan. Mereka harus bijak membuat keputusan dan mengambil inisiatif sebelum segalanya terlambat seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. 8.0 Sikap Apati (tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat Selain faktor institusi keluarga yang goyah, faktor individualistik dan materialistik masyarakat turut mendorong peningkatan vandalisma di negara kita. Peningkatan gejala vandalisme di negara kita membuktikan kurangnya ikatan sosial dalam masyarakat kita. Sosialisasi masyrakat kita telah banyak berubah sejak beberapa tahun selepas negara kita merdeka. Masyarakat kini kejam lagi kebanyakannya tidak sedar akan pengorbanan masyarakat pada zaman dulu di mana mereka berusaha untuk bersatu menentang penjajah yang sama lain ini wajar diteladani. Namun demikian, soal sikap sesetengah dan tidak masyarakat ambil kini yang isu-isu lebih sosial tidak berperikemanusiaan. Sikap bersatu-padu dan mengambil berat antara satu

mementingkan

kebendaan

peduli

sememangnya memburukkan lagi masalah yang sedia ada wujud. Menurut statistik, vandalisma banyak berlaku di kawasan bandar. Ini membuktikan

14

masyarakat bandar mempunyai interaksi yang lemah antara satu sama lain berbanding masyarakat di kawasan perkampungan. Hal ini berkemungkinan disebabkan penduduk bandar lebih sibuk bekerja dan mempunyai urusan yang pelbagai berbanding masyarakat kampung. Tetapi, kesibukan seharusnya bukan menjadi alasan. Sikap sesetengah penduduk di bandar yang tidak mengambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka menyebabkan remaja kini merasakan diri mereka bebas untuk melakukan sebarang aktiviti tidak kira baik mahupun buruk. Masyarakat golongan ini kurang mengambil peduli akan apa yang berlaku dalam kalangan golongan muda kini. Kurangnya kerjasama masyarakat setempat mengakibatkan golongan muda yang terlibat merasakan diri mereka berkuasa dan tidak boleh dikawal oleh sesiapa pun mahupun pihak berkuasa. Tanggapan sebegini akan lebih memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cenderung untuk melakukan perkara yang lebih serius seperti melakukan jenayah. Justeru itu, sikap apati, indidualistik dan materialistik masyarakat berpotensi untuk mengakibatkan meningkatnya gejala vandalisme di negara kita. Kurangnya sikap ambil peduli masyarakat menjadikan golongan muda kini mudah besar kepala dan mempunyai perasaan bongkak. Mereka dengan beraninya akan melakukan apa sahaja yang mereka inginkan ekoran masyarakat itu sendiri yang tidak kisah dan tidak mengambil sebarang langkah untuk mengatsinya. 9.0 Penutup Peningkatan gejala vandalisme yang umumnya melibatkan golongan belia masa kini usah dipertikaikan lagi. Sikap sambil lewa ibu bapa, pihak sekolah dan kerajaan telah mengakibatkan penularan gejala ini tahun dami tahun. Malah, sikap saling menunding jari antara satu sama lain adalah perkara yang tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat kita. Bermula dengan perbuatan menconteng dan merosakkan harta benda, golongan belia akan mudah

15

terdorong untuk bertindak lebih liar seperti melakukan jenayah. Contohnya, mencuri, merompak atau lebih dahsyat lagi membunuh. Gejala yang semakin parah ini tidak boleh dipandang ringan. Pelbagai tindakan yang drastik harus dilakukan dengan segera. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian dalam Negeri, Kementeriaan Pendidikan, agensi-agensi kerajaan yang relavan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), harus mempunyai kesedaran dan keperihatinan yang tinggi terhadap gejala vandalisme dalam kalangan belia masa kini. Kompaun yang relavan harus dikenakan ke atas individu yang bertanggungjawab disebabkan kerosakan yang telah dilakukan. Ibu bapa harus memainkan peranan yang sepenuhnya sebagai golongan yang paling hampir dengan anak-anak. Segala tindak tanduk harus diambil sejak awal lagi seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, jangan pula nanti berlakunya kejadian seperti sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Maka dengan itu, pelbagai inisiatif harus dilaksanakan demi membendung penularan gejala vandalisme masyarakat kita, demi mencapai hasrat untuk melahirkan generasi yang gemilang selaras dengan Wawasan 2020 seperti kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih,

16

10.0

Bibliografi

Abdul Rahim Abdul Rashid (2001). Perubahan paradigma nilai ke arah transformasi sosial dan pembentukan Malaysia baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd Kebaikan dan keburukan internet (2008). Diperoleh pada Julai 22, 2009 daripada http://erwinboy.blogspot.com/2008/03/kebaikan-dan-keburukaninternet.html\ Media massa merupakan antara faktor berlakukan gejala sosial (2008). Diperoleh pada Julai 22, 2009 daripada http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/media-massa-merupakanantara-faktor-berlakukan-gejala-sosial/ Nurain Bt Haji Saripan (2007). Faktor-faktor mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan remaja sekolah menengah satu kajian kes di daerah Alor Gajah, Melaka. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Johor: Universiti Teknologi Mara. Rokiah Hj. Ismail (2000). Salah laku di kalangan pelajar sekolah menengah: Pengalaman bersama keluarga, rakan sebaya dan sekolah. Dalam Abdul Rahman Embong. Negara, pasaran dan pemodenan Malaysia (m.s. 461497). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Smahadzir (2006). Gangsterisme di kalangan remaja. Diperoleh pada Ogos 6, 2009 daripada http://www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull,asp? offset=15&Id=135 Vandalisme di kalangan remaja: Faktor-faktor berlakunya vandalisme (2002). Diperoleh pada Julai 22, 2009 daripada http://www.tutor.com.my

17

Zuraini Ramli (2009). Penulisan ilmiah. Dalam Ariff Mohamad. Wacana akademik Bahasa Melayu (m.s. 67-102). Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

18

11.0

Lampiran

Gambar 1: Vandalisme terhadap tandas Gambar 2: Vandalisme terhadap awam. papan kenyataan.

Gambar 3: Vandalisme terhadap dinding bangunan.

Gambar 4: Vandalisme terhadap bas awam.

19

G a ba 5: m r

Vandalisme terhadap tong kitar semula.

Gambar 6: Vandalisme terhadap lampu jalan.

(a)

(b)

Gambar 7 (a) dan (b): Vandalisme terhadap telefon awam.

20