Gerhana Bulan, Gerhana MatahariComments: 130
Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini
berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.
Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-
tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama
Sistem Suria kita.
Kita pergi satu demi satu.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu
pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek
yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana
bayang-bayang Bumi.
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula
berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya
berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana
perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.
Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung
oleh objek yang besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya
menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.
Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari
secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik
fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3
keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan
cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena
gerhana cincin.
Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian
Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu
cincin yang berkilau.
Gerhana Matahari penuh.
Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.
Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian
gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat
muakkad.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
م=س; Dن? الش? ;اتD اللهD إ ;انD مDن= اي ;ت ; و;الق;م;ر آي ;ح;دT و;ال Dم;وت أ ف;ان ل Dخ=س; ;ي ال=تم= ;ي أ Dذ;ا ر; DهD، ف;إ ;ات ي Dح; ل
gوا ;ص;د?قوا و;ص;ل kروا و;ت ;ب Dك; ف;اد=عوا الله; و;ك ذل
Maksudnya, “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda
kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian
seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah,
bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi
yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua
qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bunyinya pelik?
Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan,
kita ruku’. Selepas ruku’, biasanya kita i’tidal untuk kita bersujud selepas itu. Tetapi apabila
kita i’tidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat
pertama. Susunan secara ringkas seperti ini:
- Niat dan takbiratul ihram
Niat solat sunat gerhana Bulan:
;ع;ال;ى ;ينD للهD ت =ع;ت ك ?ة; الخسوفD ر; أص;لkى سن
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niat solat gerhana Matahari:
;ع;ال;ى ;ينD للهD ت =ع;ت ك ?ة; الكسوفD ر; أص;لkى سن
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
-surah Al Fatihah
-surah pilihan
-ruku’
-i’tidal
-baca surah fatihah
-baca surah pilihan
-ruku’
-i’tidal
-sujud
-duduk antara dua sujud
-sujud kedua
-bangun untuk rakaat kedua
Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali
fatihah/dua kali ruku’.
Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana,
walaupun gerhana telahpun habis.
Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:
م=س ع;ل;ى ف;تD الش? ;س; =ك ;م?ا ان : ل ?ه ق;ال; ;ن =نD ع;م=رو بنD الع;اصD أ =دD اللهD ب ع;ن= ع;ب ( �;ة ج;امDع;ة ?م; نودDى; بD ( الص?ال ل ;يهD و;س; سولD اللهD ص;ل?ى الله ع;ل ع;ه=دD ر;ج=د;ةT. ثم? ق;ام; ;ينD فDى س; =ع;ت ك ?م; ر; ل ;يهD و;س; سول اللهD ص;ل?ى الله ع;ل كـع; ر; ف;ر;ة: م;ا م=سD. ف;ق;ال;ت= ع;ائش; ج=د;ةT. ثم? جلkى; ع;نD الش? ;ينD فDى س; =ع;ت ك كـع; ر; ف;ر;=ه ;ط=و;ل; مDن ;ان; ا ج;دت سجود�ا ق;ط?^. ك ; س; ;ع=ت ركوع�ا ق;ط?^. و;ال ك .ر;
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada
masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan
dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam
satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak
pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
.من آيات الله ال يخسفان لموت أحد وال لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصالة
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari
telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan
bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda
kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula
tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bertandanglah kepada solat gerhana”
CH: Kadang-kadang kita terlalu asyik melihat Bulan / Matahari hingga lupa kepada
tuntutan solat sunat…