EDU 3105TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Disediakan oleh:
Khor Wei Ling PISMP 4E
Loh Sze Ming PISMP 4E
SOALAN
Jelaskan prinsip-prinsip asas grafik. Nyatakan apa jenis-jenis grafik (ciri-ciri grafik) yang dapat memberi maksud yang hendak disampaikan dengan lebih baik. Huraikan bagaimana sesuatu grafik itu memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
PENGENALAN
● �Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos”
bererti lukisan. "Graphier" pula ialah perbuatan. Maka, grafik bererti menulis dengan perkataan.
● �Grafik (Greek) merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. (wikipedia)
● �Kamus Dewan Edisi Keempat – maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol, imej grafik dll.
PENGENALAN
● �Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-
lambang , simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi satu konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat .
PENGENALAN
● �Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni.
● Grafik juga merupakan bayangan atau perkara yang wujud dalam dunia sebenar.
● Grafik boleh menjadi suatu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej.
● �Penggunaan grafik (kini) diterapkan dalam media elektronik seperti grafik interaktif (interactive graphics) atau grafik multimedia (multimedia graphics)
PRINSIP ASAS GRAFIK
● �Prinsip asas penyusunan bahan visual hendaklah
dibuat secara susunan kasar terlebih dahulu yang memuatkan cadangan perletakan bahan visual.
● �Menggunakan enam prinsip asas reka letak sebagai panduan yang dikenali sebagai
CASPER.
PRINSIP ASAS GRAFIK
�CASPER terdiri daripada elemen :
C – Contrast (kontras)
A – Alignment (seimbang)
S – Simplicity (simplisiti/mudah)
P – Proximity (Penyatuan)
E – Emphasis (Dominan)
R – Repetition (Pengulangan)
Contrast (kontras)● �Idea utama prinsip kontras adalah untuk mengelakkan
unsur dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama.
● �Cara berkesan untuk menambahkan tarikan dan tumpuan terhadap sesuatu reka bentuk.
● �Ada kaitan dengan imej, warna, atau tipografi.
● �Kreativiti mengadun elemen kontras akan menjadikan reka letak visual lebih representatif dan memudahkan menyampaikan sesuatu mesej.
CONTRAST (KONTRA): (warna, imej dan fon)
Contoh kontras warna yang baik :
Alignment (seimbang)
● �Setiap item (teks, imej, atau kedua-dua teks dan imej)
harus mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain pada setiap paparan.
● �Elemen grafik perlu disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk.
● �Terdapat dua bentuk alignment, iaitu :
üSeimbang Formal
üSeimbang Tidak Formal
● �Seimbang Formal – Susunan reka bentuk yang sama antara dua
bahagian visual sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.
● �Seimbang Tidak Formal - Pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.
�
● �Penempatan bahan-bahan visual haruslah seimbang
dari perletakan gambar hingga kepada elemen penghurufan dan memuatkan objek sama saiz
● Pemberatan grafik di dalam visual saling melengkapi
Simplicity (simplisiti/mudah)
● �Sesuatu bahan grafik perlu nampak mudah (simple).
● Prinsip KISS, iaitu Keep It Simple and Stupid perlu dijadikan sebagai panduan untuk merancang persembahan grafik.
● �Maksud KISS : Bahan grafik yang disediakan hendak mudah difahami walaupun oleh pelajar yang lembam.
● �Mengelakkan memasukkan banyak grafik animasi dalam persembahan multimedia kerana boleh mengganggu tumpuan pelajar.
● �Mempersembahkan satu perkara pada satu masa kerana idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
● �Visual perlu mengandungi elemen yang sedikit kerana mudah dilihat.
● �Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.
● �Lukisan hendaklah jelas dan terang.
● �Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal.
● �Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.
Proximity (Penyatuan)● �Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara
elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan.
● �Kumpulan (group) item yang berkaitan bersama, gerakkan mereka secara fizikal supaya berdekatan antara satu sama lain supaya item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.
● �Elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.
● �Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
Emphasis (Dominan)● �Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat.
● �Reka grafik harus fokus kepada item utama sahaja. Item utma mestilah lebih dominan daripada item-item lain.
● �Item tersebut menjadi pusat penumpuan atau boleh menarik minat.
Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya termasuklah :
a)Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) - Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain.
b)Warna dan bentuk yang kontras
c) Saiz yang lebih besar.
d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama.
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama.
f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas.
g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
Repetition (Pengulangan)● �Tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat
tertentu.
● �Unsur tang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.
● �Reka letak dan reka bentuk perlu konsisten sepanjang persembahan.
● �Elakkan banyak repetition kerana boleh menyebabkan grafik tidak menarik.
Fotograf Lukisan
KartunDiagram
Graf dan Carta Tipografi
Poster Logo, Ikon dan Simbol
�Mempunyai nilai kandungan - visual yang terdapat pada bahan grafik dapat:
● Membawa makna yang tersurat dan tersirat
● Meringkaskan maklumat
● Menyampaikan maklumat dengan tepatMempunyai nilai seni - penggabungan kesemua unsur seni, seperti garisan, warna, bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan keindahan dan membangkitkan emosi.
Ciri-Ciri Grafik
● �Mudah dan jelas difahami
● �Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah
● �Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual
● �Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.
Kesan Grafik kepada PdP
● �Memberi peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid (fokuskan pembelajaran dalam masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah).
● �Pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif (kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data, pembentangan, gunakan alat teknologi dll).
● �Mudah dan jelas difahami.
● �Murid diberi peluang menggunakan kesemua pancaindera semasa proses pembelajaran berlaku.
● �Menjadikan bahan pengajaran lebih mudah, jelas dibaca dan difahami.
● �Pentafsiran mesej tidak terlalu sukar dan tidak membosankan pelajar.
● �Objek grafik mudah difahami walaupun menghadapi halangan komunikasi yang berbeza.
● �Mendorong interaksi yang aktif dalam bilik darjah.
● �Wujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
● �Bahan pengajaran menjadi pusat penumpuan dan menguasai pemerhatian murid.
Terima kasih~