GAYA PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN PELAJAR PERAKAUNAN
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
YUFIZA MOHD YUSOF
PENSYARAH PERAKAUNAN
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PELAJRAN MALAYSIA
31600 GOPENG
PERAK DARUL RIDZUAN
2005
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya YUFIZA MOHD YUSOF, Pensyarah Unit Perakaunan ingin
mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat menyiapkan kajian ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Puan Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, kerana memberikan
kata-kata semangat untuk menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga saya ucapkan
kepada kakitangan Kolej Matrikulasi Perak yang membantu saya secara langsung
dan tidak langsung untuk menyiapkan kajian ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
rakan-rakan seunit saya yang sentiasa memberikan sokongan untuk saya
menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para
pelajar yang telah memberikan kerjasama dalam menyendalikan soal selidik ini.
Seterusnya ucapan jutawan terima kasih kepada suami tercinta, Mohd Ali dan
anak-anak tersayang Bashah, Athiqah, Qaiyyum, Athirah dan Mahfudz yang amat
bersabar dengan kesibukkan ibu mereka. Tidak lupa juga kepada ibu ayah saya
yang banyak memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
2
ISI KANDUNGAN
MS
Penghargaan 1
Senarai Jadual 4
Senarai Rajah 5
Abstrak
6
Bab 1 – PENGENALAN
1.1 Latarbelakang kajian 7
1.2 Pernyataan Masalah 8
1.3 Kerangka Konseptual Kajian 11
1.4 Tujuan Kajian 11
1.4.1 Objektif Kajian 11
1.4.2 Persoalan Kajian 12
1.4.3 Hipotisis Kajian 12
1.5 Kepentingan Kajian 12
1.6 Batasan Kajian 13
1.7 Definisi Operasional 13
1.7.1 Gaya Pembelajaran 13
1.7.2 Pencapaian Pelajar 13
BAB 2 – TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 14
2.1 Teori Pembelajaran 14
2.2 Teori Gaya Pembelajaran 15
2.3 Model Gaya Pembelajaran 15
2.4 Kajian Berkaitan
16
BAB 3 – METODOLOGI
3.0 Pendahuluan 19
3.1 Reka Bentuk Kajian 19
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 19
3.3 Alat Kajian 20
3.3.1 Soal Selidik 20
3.4 Kajian Rintis 20
3.5 Tatacara Pengumpulan Data 21
3.6 Tatacara Penganalisis Data 22
3.7 Analisis Hubungan Gaya Pembelajaran
22
3
BAB 4 – DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 23
4.1 Profil Responden 23
4.1.1 Profil Jantina 23
4.1.2 Profil Etnik 24
4.1.3 Profil Keputusan SPM 24
4.1.4 Profil Akedamik Ibu Bapa 24
4.1.5 Analisis Pencapaian Akhir Semester 25
4.2 Analisis Kajian
4.2.1 Analisis Diskriptif 26
4.2.2 Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara
semua gaya pembelajaran di kalangan pelajar
perakaunan berdasarkan jantina
27
4.2.3 Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara
semua gaya pembelajaran di kalangan pelajar
perakaunan berdasarkan etnik
28
4.2.4 Adakah terdapat kolerasi di antara semua gaya
pembelajaran dengan pencapaian pelajar
29
BAB 5 – RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 30
5.1 Ringkasan Kajian 30
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 30
5.3 Rumusan Kajian 31
5.4 Implikasi Kajian 32
5.5 Cadangan
32
Rujukan 33
4
JADUAL SENARAI JADUAL MS
3.1 Item-item soalan 21
3.2 Pekali kebolehpercayaan item 21
3.3 Pengkelasan ukuran kolerasi 22
4.1 Profil jantina responden 23
4.2 Profil etnik responden 24
4.3 Profil keputusan SPM responden 24
4.4 Profil akedamik ibu bapa 25
4.5 Analisis Akhir Semester 25
4.6 Min, sisihan piawai gaya pembelajaran 26
4.7 Ujian t bagi perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan
jantina
27
4.8 Ujian t bagi perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan
etnik
28
4.9 Kolerasi Pencapaian dengan gaya pembelajaran dengan
pencapai pelajar
29
5
RAJAH SENARAI RAJAH MS
1 Graf menunjukkan perbandingan peratusan kelulusan
subjek perakaunan bagi sesi 2003/2004 dan 2004/2005
9
2 Perbandingan keputusan mengikut etnik 10
3 Kerangka Konseptual 11
6
GAYA PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN
PELAJAR PERAKAUNAN
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian
pelajar. Kerangka konseptual direka sendiri oleh pengkaji yang melihat faktor demografi
dan hubungannya dengan gaya pembelajaran untuk meningkatkan pencapaian akedamik.
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan kaedah diskriptif untuk mencari
profil responden dan statistik inferens – ujian t untuk menguji hipotesis. Analisis
kolerasi digunakan untuk melihat perhubungan semua gaya pembelajaran. Dapatan
kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran
berdasarkan jantina dan etnik. Manakala terdapat perhubungan sederhana kuat diantara
gaya pembelajaran dalam dan rancang dengan pencapaian pelajar manakala perhubungan
yang sederhana kuat di antara semua gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar.
Kajian ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran tidak dipengaruhi oleh faktor
demografi untuk meningkatkan pencapaian pelajar.
7
BAB 1
PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Gaya pembelajaran berhubung rapat dengan tabiat dan strategi pembelajaran. Sebagai
tabiat, ragam belajar menjadi petunjuk kepada bagaimana pelajar belajar dan perkara
yang digemari untuk dipelajari. Sebagai strategi pembelajaran, ragam belajar akan
menjelaskan kognisi pelajar, konteks dan kandungan pelajaran (Keefe 1990). Raif (1992)
pula mengatakan bahawa memahami gaya dan ragam belajar seseorang pelajar dengan
cara terbaik akan dapat membantu guru mengurangkan kekecewaan mereka dan
kekecewaan pelajar itu sendiri.
Laporan penilaian pelaksanaan KBSR oleh pensyarah-pensyarah maktab
perguruan menjelaskan bahawa guru-guru masih mengamalkan kaedah pengajaran kelas
dan tidak faham prinsip mengajar secara berkumpulan (Institut Bahasa 1989). Kaedah
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah masih lagi berbentuk pemusatan guru
(Jemaah Nazir Sekolah 1992). Pengajaran guru secara pemusatan pelajar tidak dapat atau
masih lagi tidak dilakukan sepenuhnya. Manakala Pengajaran secara berkumpulan,
berpasangan dan individu sangat kurang dilakukan. Guru masih cenderung menggunakan
gaya pengajaran dan pembelajaran berorientasikan peperiksaan (Mohd Majid Konting
1997).
Oleh yang demikian guru-guru seharusnya lebih peka kepada gaya belajar para
pelajar dan perbezaan tahap pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih berkesan. Gaya belajar juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana
pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajar memberikan maklumat
tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran (Abdul Razak dan Abdullah
2000).
8
Aspek gaya belajar juga sering dikaitkan dengan pencapaian akademik para
pelajar. Biasanya pelajar yang menggunakan gaya belajar yang berkesan akan
memperolehi pencapaian akademik yang baik. Guild (1994) dalam Abdul Aziz Ismail
(2001), menyatakan kemajuan dalam dunia pendidikan dan kepelbagaian dalam populasi
pelajar menjadi persoalan penting di kalangan pendidik yang banyak mempersoalkan
sama ada gaya pembelajaran pelajar membawa perubahan dalam pencapaian akademik.
Bagi mencapai hasrat Guild, maka para pelajar dididik, diajar dan dilatih dengan pelbagai
kemahiran dan ilmu. Oleh yang demikian, kajian ini akan melihat hubungan gaya belajar
para pelajar dengan pencapaian akademik para pelajar.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Pada setiap semesta, pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi akan menjalani satu proses
penilaian iaitu Ujian Akhir Semester yang dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran. Keputusan peperiksaan tersebut akan menentukan sama ada
pelajar layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau tidak.
RAJAH 1: Graf menunjukkan perbandingan peratus Kelulusan Subjek
Perakaunan bagi sessi 2003/2004 dan 2004/2005
9
0
50
100
PERATUS
GRED
ANALISIS PENCAPAIAN PSPM 1
SUBJEK PERAKAUAN
2003/04
2004/05
2003/04 76 14 5.1 3.2 1.4
2004/05 73 13 7.9 2.2 1.9 0.3 1.3 0.3
A A- B+ B B- C+ C C-
Sumber: Kolej Matrikulasi Perak
Merujuk kepada graf di atas, menunjukkan perbandingan pencapaian kelulusan
bagi mata pelajaran perakaunan bagi sesi 2003/04 dan 2004/05 yang menunjukkan
pencapaian yang amat memuaskan di mana bagi sesi 2003/04 iaitu peratus lulus
keseluruhan 100%. Pada tahun 2004/05, pencapaian bagi pelajar-pelajar perakaunan
adalah 99.68%. Ini menujukkan penurunan sebanyak 0.32%. Peratusan pelajar yang
mendapat cemerlang iaitu gred A bagi mata pelajaran ini juga menunjukkan penurunan
sebanyak 3% begitu juga pencapaian pelajar yang mendapat gred A- turun sebanyak 1%
bagi sesi 2004/05. Namun pencapaian pelajar bagi gred B+ menunjukkan peningkatan
sebanyak 2.8% dan peningkatan sebanyak 0.5% bagi gred B bagi sesi 2004/05. Pada sesi
2004/05 menunjukkan terdapat pelajar yang mendapat gred C+ 0.3%, C 1.3% dan C-
0.3%. Secara keseluruhannya pencapaian pelajar bagi sesi 2004/05 menunjukan
penurunan.
10
RAJAH 2: Perbandingan keputusan pelajar mengikut etnik
ANALISA PERBANDINGAN PENCAPAIAN
BUMIPUTRA DAN BUKAN BUMIPUTRA
PSPM 1, SESI 2004/2005
SUBJEK PERAKAUNAN AA015
0%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
A A- B+ B B- C+ C C- D+ D F
Bumiputra
Bukan Bumi
Sumber: Kolej Matrikulasi Perak
RAJAH 2 menunjukkan perbandingan pencapaian pelajar bumiputra dan bukan
bumipurta pada sesi 2004/05. Didapati bahawa seramai 230 pelajar yang mendapat gred
A daripada itu seramai 67.33% adalah bumiputra dan 95.31% adalah pelajar bukan
bumiputra. 41 orang pelajar mendapat gred A- dengan 15.94% adalah bumiputra
manakala 1.56% adalah pelajar bukan bumiputra. 25 pelajar mendapat gred B+ di mana
9.56% adalah bumiputra dan 1.56% adalah bukan bumiputra. Seramai 7 pelajar
bumiputra mendapat gred B 2.79%. 6 pelajar mendapat gred B- yang terdiri daripada
1.99% adalah bumiputra dan 1.56% adalah bukan bumiputra. Manakala bagi gred C+
0.40%, C 1.59% dan C- 0.40% adalah terdiri daripada pelajar bumiputra.
Oleh itu kajian ini dilakukan untuk melihat adakah faktor-faktor demografi
pelajar dan gaya pembelajaran mempengaruhi pencapaian pelajar tersebut.
11
1.3 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Mengikut Model Bryant 1974 (Adnan 1985) menunjukkan faktor demografi pelajar
dianggap mempengaruhi gaya pembelajaran dan seterusnya mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar. Oleh yang demikian, kerangka konseptual bagi kajian ini dibina
dengan mengambilkira faktor demografi para pelajar dan meninjau gaya belajar para
pelajar dan hubungannya dengan pencapaian.
RAJAH 3: Gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian subjek
perakaunan.
1.4 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat samada gaya pembelajaran dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam subjek perakaunan di Kolej Matrikulasi Perak.
1.4.1 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk :-
i. Mengenalpasti perbezaan di antara gaya pembelajaran berdasarkan
jantina dan etnik pelajar.
ii. Melihat hubungan di antara gaya pembelajaran terhadap pencapaian
pelajar.
Gaya
Pembelajaran
Perbezaan
Individu
Jantina
Etnik
Pencapaian
Pelajar
12
1.4.2 PERSOALAN KAJIAN
Untuk mencapai objektif kajian, kajian ini cuba menjawab soalan-soalan
berikut:-
i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara semua gaya
pembelajaran berdasarkan jantina?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara semua gaya
pembelajaran berdasarkan etnik?
iii. Adakah terdapat korelasi di antara semua gaya pembelajaran terhadap
pencapaian?
1.4.3 HIPOTESIS KAJIAN
Kajian ini menguji hipotesis-hipotesis nol berikut:-
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara semua gaya
pembelajaran berdasarkan jantina.
Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara semua gaya
pembelajaran berdasarkan etnik.
Ho 3: Tidak terdapat korelasi di antara semua gaya pembelajaran terhadap
pencapaian.
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting bagi menunjukkan sama ada gaya pembelajaran pelajar mempunyai
kesan terhadap pencapaian subjek perakaunan. Pihak pensyarah dapat memberi
bimbingan tentang gaya pembelajaran yang sesuai bagi subjek perakaunan dan pensyarah
unit perakaunan dapat merangka sistem belajar yang sesuai bagi pelajar-pelajar dan
mengambil kira dapatan ini dalam membuat sebarang rancangan perubahan terhadap
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada pelajar.
13
1.6 BATASAN KAJIAN
Kajian ini berbentuk tinjauan yang dibataskan kepada pelajar jurusan perakaunan dan
pencapaian subjek perakaunan sahaja. Maklumat yang diperolehi hanya melalui soal
selidik. Kajian ini dibataskan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perak. Sampel kajian
adalah pelajar dari jurusan perakauan kolej tersebut. Markah peperiksaan akhir semester
digunakan sebagai menilai prestasi pelajar.
1.7 DEFINISI OPERASIONAL
1.7.1 GAYA PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran bermaksud cara pelajar itu belajar untuk mencapai
keputusan yang cemerlang. Terdapat berbagai jenis gaya pembelajaran
yang boleh dijalankan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan gaya
pembelajaran Salmes.
1.7.2 PENCAPAIAN PELAJAR
Pencapaian pelajar bermaksud keputusan akedamik yang diperolehi oleh
pelajar setelah selesai menjalani peperiksaan yang dikendalikan oleh
pihak kolej. Untuk kajian ini pengkaji menggunakan keputusan akhir
semester sebagai pencapaian pelajar.
14
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 PENGENALAN
Bab ini menjelaskan beberapa teori dan model yang telah diguna pakai oleh pengkaji-
pengkaji terdahulu berhubung dengan gaya pembelajaran. Kajian-kajian yang berkaitan
dengan gaya pembelajaran sama ada di dalam atau di luar negeri diketengahkan sebagai
perbandingan.
2.1 TEORI PEMBELAJARAN
Terdapat berbagai teori dan model yang diketengahkan mengenai pembelajaran,
antaranya Atan Long (1980), memberi definisi pembelajaran ialah perubahan tingkahlaku
hasil daripada pengalaman. Pengalaman seseorang adalah hasil daripada pengolahan
pemikiran ke atas rangsangan-rangsangan yang diterima melalui pancainderanya.
Gaya belajar seseorang itu dapat dikaitkan dengan teori-teori pembelajaran
seperti konstraktif, behaviorisme, teori perkembangan Piaget, Neurasains, pembelajaran
berasaskan otak kiri dan otak kanan, teknik berfikir, praktis komuniti, pembelajaran
berasaskan masalah, teori kawalan, gaya pembelajaran, teori Kolb, taksonomi Bloom
(Flinch, 1974). Teori-teori pembelajaran ini memperlihatkan bahawa pembelajaran
adalah bersifat kognitif, afektif dan tingkahlaku psikologi yang relatif stabil sebagai
petunjuk bagaimana pelajar melihat, berinteraksi dan bertindak balas kepada suasana
pembelajaran (Keefe, 1991).
15
2.2 TEORI GAYA PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran merupakan cara yang digunakan oleh seseorang pelajar untuk
memahami sesuatu subjek dalam proses pembelajaran. Main (1980) pula menyatakan
gaya pembelajaran merupakan corak atau kebiasaan gaya belajar. Menurut Raiff (1992),
gaya pembelajaran ialah sebagai cara peribadi untuk memproses maklumat semasa
mempelajari sesuatu konsep dan prinsip baru.
Gaya pembelajaran pelajar juga berkaitan dengan cara perancangan, persediaan
dan pengurusan pelajar dalam menghadapi sesuatu peperiksaan. Perancangan, persediaan
dan pengurusan yang terancang banyak membantu para pelajar cemerlang dalam
peperiksaan. Abdul Razak Ahmad (1999) menyatakan bahawa perancangan, persediaan
dan pengurusan yang terancang dari segi pedagogi dan cara pembelajaran pelajar yang
sistematik dan serta berkesan merupakan dimensi baru yang perlu diberikan perhatian
untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.
Kesimpulannya ialah, gaya pembelajaran perlu dipelajari dan dimantapkan dari masa ke
semasa oleh setiap pelajar. Dengan menggunakan cara yang betul, masa dan tenaga dapat
dijimatkan serta pencapaian juga akan cemerlang.
2.3 MODEL GAYA PEMBELAJARAN
Sebenarnya terdapat beberapa model gaya pembelajaran yang dikenalpasti dari kajian-
kajian terdahulu dalam menentukan gaya pembelajaran yang terbaik perlu digunakan.
Salah satu daripadanya ialah model gaya pembelajaran Salmes (1987) yang menyatakan
terdapat lima elemen gaya pembelajaran, iaitu gaya pembelajaran mendalam (deep
learning style), gaya pembelajaran permukaan(surface learning style) gaya pembelajaran
dorongan (motivational learning style) ,gaya pembelajaran terancang (organized learning
style), dan gaya pembelajaran gigih usaha (hardworking learning style).
16
2.4 KAJIAN BERKAITAN
Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zaidi Johari dan Tamby Subahan Mohd. Meerah, ian
tentang profil tingkah laku pelajar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
di antara pelajar-pelajar Melayu, Cina dan India terhadap minat dan sikap belajar, kaedah
belajar, orientasi kepada pemahaman dan strategi peperiksaan. Hasil dapatan juga
menunjukkan tidak ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar
lelaki dan pelajar perempuan dalam semua aspek tingkahlaku belajar bagi pelajar
perakaunan.
Kajian-kajian lain yang dibuat di Malaysia antaranya ialah Masni bt Khamis
(2001). Beliau mengkaji tentang gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian
akademik di dua buah sekolah menengah harian dan dua sekolah menengah berasrama
penuh dengan menggunakan kiraan frekuensi, ujian t dan korelasi Pearson. Antara
dapatan kajiannya ialah :-
i. Gaya pembelajaran yang dominan diamalkan oleh pelajar ialah gaya
pembelajaran yang berasaskan dimensi sosiologi, iaitu gaya pembelajaran
persendirian dan diikuti oleh dimensi emosi iaitu motivasi guru.
ii. Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya pembelajaran dengan pelajar
lelaki dan pelajar perempuan bagi dimensi emosi dan fizikal.
iii. Terdapat hubungan yang signifikan bagi dimensi persekitaran dan sosiologi gaya
pembelajaran pelajar lelaki dan pelajar perempuan di sekolah menengah
berasrama penuh dan sekolah menengah harian.
iv. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran pelajar
antara sekolah menengah berasrama penuh dan sekolah menengah harian.
v. Tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan gaya pembelajaran pelajar
dengan pencapaian akademik dari dimensi persekitaran, emosi dan sosiologi.
Walau bagaimanapun, dimensi fizikal didapati mempengaruhi gaya pembelajaran
dan pencapaian akademik.
17
Hadiah Senin (1997) telah membuat kajian ke atas sampel yang terdiri daripada
531 orang pelajar tingkatan 4 dari 5 buah sekolah menengah yang terdiri dari 65%
Melayu, 31% Cina dan 5% India. 46 % dari sampel ini adalah pelajar lelaki dan 54%
pelajar perempuan. Hasil kajian menunjukkan pekali korelasi di antara pendekatan
mendalam dan pendekatan pencapaian mempunyai perkaitan yang lebih kuat berbanding
pendekatan permukaan dengan pendekatan pencapaian. Pelajar yang mempunyai konsep
diri positif, khususnya diri akademik lebih cenderung kepada pendekatan mendalam dan
pendekatan pencapaian.
Elizabeth Soo Mee Ting (2000), pula mengkaji tentang gaya pembelajaran dan
hubungannya dengan pencapaian matematik, iaitu satu kajian kes di Malaysia France
Institute (MFI). Dengan menggunakan analisis varians dan korelasi Pearson, beliau
mendapati pencapaian matematik mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran
apabila dianalisis mengikut latar belakang akademik, umur, pengalaman bekerja dan
sosioekonomi pelajar.
Rahaiza Ismail (2001) pula mendapati bahawa dari segi jantina, pelajar lelaki dan
perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza secara signifikan dari aspek
faktor emosi dan sosiologi. Manakala Misnan Jemali (1999) dan Abdul Talib Abdullah
(1999) mendapati bahawa terdapat perhubungan yang positif antara gaya pembelajaran
dan pencapaian bagi mata pelajaran yang dikaji.
Riding dan Pearson (1994) dalam kajiannya mengenai perhubungan antara gaya
kognitif dengan kecerdasan mendapati bahawa wujudnya interaksi yang signifikan antara
jantina dengan pencapaian. Umumnya, pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang
lebih cemerlang berbanding dengan pelajar lelaki (Abdul Razak Ahmad, 1999).
Entwistle dan Entwistle (1970) telah menjalan kajian di Lancester. Tujuan
mereka adalah untuk mendapatkan perbezaan-perbezaan cara belajar yang menjadi
amalan di kalangan pelajar-pelajar yang berjaya dan gagal dalam akademik. Hasil
penyelidikan itu menunjukkan bahawa pelajar yang lebih bijak mengatur dan
menggunakan waktu untuk belajar lebih berkesan. Mereka selalu menyelesaikan tugasan
dalam masa yang ditetapkan. Mereka mempunyai motivasi belajar yang lebih tinggi dan
kaedah belajar yang berkesan jika dibandingkan dengan pelajar yang gagal.
18
Dalam konteks memahami sifat pelajar, gaya pembelajaran menjadi indikator
bagaimana seseorang pelajar belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya
pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai
gaya pembelajaran seseorang pelajar memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan
kandungan pembelajaran.
Mengikut Wan Zahid (1993), perlaksanaan Kurikulum (KBSR) dan Kurikulum
(KBSM) ini membawa kepada perubahan penekanan daripada pendekatan tradisional
kepada pendekatan baru dalam proses pembelajaran di sekolah, di mana beliau
menegaskan bahawa pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar (child centered) mesti
diamalkan dan sebaliknya mengurangkan atau menghapuskan pembelajaran yang
tertumpu kepada guru (teacher centered).
Dalam pembelajaran individu, Ingham (1992) dan Wan Zahid (1993)
mengesyorkan agar para guru, pelajar dan ibu bapa memahami stail pembelajaran pelajar
dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu merupakan satu
keistimewaan dan mereka dapat menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam
pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematik amat diperlukan
memandangkan stail belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam
pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan program dipadan-
suaikan dengan stail belajar pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan
meningkat. Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu sama lain tanpa mengambil
kira umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan pendapat tersebut Wan Zahid
(1993) menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan stail gaya
belajar individu.
19
BAB 3
KAEDAH KAJIAN
3.0 PENDAHULUAN
Bentuk kajian ini ialah satu kajian tinjauan, secara lebih spesifik kajian ini menggunakan
statistik diskriptif dan inferensi. Dalam bab ini menerangkan tentang reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajian, alat kajian dan penganalisaan data. Menurut Mohd. Majid
Konting (1990), kaedah penyelidikan merujuk kepada cara mendapatkan maklumat yang
boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti gaya pembelajaran di
kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dan hubungannya dengan pencapaian mereka.
3.1 REKA BENTUK KAJIAN
Teknik yang digunakan sebagai alat untuk mengumpul maklumat bagi kajian ini ialah
soal selidik. Mohd. Majid Konting (1990) menyatakan soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, kehendak dan sebagainya.
Di samping itu ia juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas atau
jawapan yang diberikan oleh subjek dan tidak dipengaruhi oleh personaliti atau tingkah
laku penyelidik. Selain itu teknik ini sesuai kerana ia mudah dikendalikan berbanding
dengan kaedah-kaedah lain.
3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Populasi pelajar perakaunan Kolej Matrikulasi Perak berjumlah 315 orang pelajar yang
terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Sampel kajian ini adalah berpusat kepada
pelajar-pelajar perakaunan kuliah satu yang berjumlah 115 orang pelajar yang terdiri
daripada 24 pelajar lelaki dan 91 pelajar perempuan. Di dalam kumpulan tidak terdapat
etnik India. Persampelan mudah telah dibuat bagi memilih sampel untuk kajian ini.
20
3.3 ALAT KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan dua instrumen terhadap pelajar iaitu :-
i. Soal selidik disediakan untuk mengumpul data pelajar dan skor pelajar
daripada soalan berkaitan gaya pembelajaran dan pencapaian serta maklumat-
maklumat demografi.
ii. Markah pencapaian adalah berdasarkan peperiksaan akhir semester 2004/05.
3.3.1 SOAL SELIDIK
Soal selidik yang dijalankan dalam kajian ini memerlukan responden
memilih jawapan yang tepat terhadap soalan yang dikemukakan.
Berdasarkan kepada cadangan-cadangan jawapan yang disediakan, soal
selidik ini disediakan untuk mendapat jawapan yang betul dan tepat bagi
memudahkan teknik analisis yang akan digunakan. Soal selidik ini
dibahagikan kepada 2 bahagian :-
Bahagian A - Demografi
Bahagian B -Gaya Belajar
Pembinaan instrumen untuk soal selidik ini telah sendiri oleh pengkaji dengan
mengambil kira pembolehubah yang hendak dikaji dan juga kesesuaian keadaan.
Bagi menentukan kesahan kriteria terhadap instrument ini pengkaji telah
mengadakan perbincangan dengan rakan yang berpengalaman.
Alat ukur yang dibentuk untuk mengukur gaya pembelajaran terdiri dari item-
item berskala Likert 5 pilihan dengan skor
1. (Sangat Tidak Setuju),
2. (Tidak Setuju),
3. (Kurang Setuju),
4. (Setuju) dan
5. (Sangat Setuju).
21
JADUAL 3.1: Item-Item Soalan
Bil Item-tiem soalan No soalan
1 Gaya Pembelajaran Mendalam 1, 2, 3, 4, 5
2 Gaya Pembalajaran Permukaan 6, 7, 8, 9, 10
3 Gaya Pembelajaran Dorongan 11, 12, 13, 14, 15
4 Gaya Pembelajaran Rancangan 16, 17, 18, 19, 20
5 Gaya Pembelajaran Gigih Usaha 21, 22, 23, 24, 25
3.4 KAJIAN RINTIS
Satu kajian rintis telah dilaksanakan ke atas 10 orang pelajar subjek perakaunan dalam
kuliah 2 di kolej yang sama. Mereka diberi masa selama 30 minit untuk menjawab semua
soalan yang dikemukakan dalam soal selidik. Data yang diperolehi daripada kajian rintis
telah dianalisakan dengan menggunakan Perisian SPSS untuk menguji kesahan dalaman
soal selidik.
JADUAL 3.2 : Pekali Kebolehpercayaan Item-item
Item-item yang diuji Nilai alfa (∞)
Gaya Pembelajaran Dalam 0.74
Gaya Pembelajaran Muka 0.89
Gaya Pembelajaran Dorong 0.89
Gaya Pembelajaran Rancangan 0.67
Gaya Pembelajaran Gigih 0.85
3.5 TATACARA PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data dibuat oleh pengkaji setelah mendapat kebenaran daripada Unit
Peperiksaan dan Unit Perakaunan Kolej Matrikulasi Perak. Data dikumpul dan pelajar
diminta memberi jawapan secara jujur. Masa yang diperuntukan untuk menjawab soal
selidik tersebut ialah 30 minit sahaja.
22
3.6 TATACARA PENGANALISISAN DATA
Data yang dipungut melalui soal selidik dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu
Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Version11.0. Analisis deskriptif digunakan
untuk memerihalkan maklumat tentang profil responden seperti jantina dan pencapaian
awal.
3.7 ANALISIS HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN
Untuk melihat perhubungan di antara semua gaya pembelajaran, analisis korelasi
digunakan dengan melihat kepada nilai Pearson ‘r’ (Borg dan Gall, 1983) untuk
menentukan perhubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah. Aras signifikan p<0.05
digunakan dalam kajian ini. Data-data yang diperoleh digunakan untuk menguji hipotesis
kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1.
JADUAL 3.3 : Pengelasan Ukuran Korelasi.
Nilai Keterangan
0.00 - 0.20 Perkaitan lemah
0.20 - 0.40 Perkaitan rendah
0.41 - 0.70 Perkaitan sederhana kuat
0.71 - 0..90 Perkaitan yang kuat
0.91 - 1.00 Perkaitan sangat kuat
23
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.0 PENGENALAN
Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian.
Untuk tujuan ini soal selidik telah digunakan bagi mendapat maklumat tentang diri
pelajar serta gaya pembelajaran yang diamalkan. Dalam bab ini, akan dikemukakan
dapatan kajian berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pelajar terhadap soal selidik
yang diedarkan.
4.1 PROFIL RESPONDEN
Profil responden yang dikaji terdiri daripada jantina, etnik, latar belakang akademik ibu
bapa dan keputusan akhir semester 2004/2005.
4.1.1 PROFIL JANTINA
Jadual 4.1 di bawah menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih ramai 79.1%
daripada pelajar lelaki 20.9%.
JADUAL 4.1: Profil Jantina Responend
Profil Item Kekerapan Peratus (%)
Jantina Lelaki 24 20.9
Perempuan 91 79.1
Jumlah 115 100.0
24
4.1.2 PROFIL ETNIK
Jadual 4.2 menunjukkan bangsa, bilangan pelajar Melayu 80.0% adalah yang
tertinggi dan diikuti pelajar Cina 20.0%. Bagi sample kajian in tiada bangsa
India.
JADUAL 4.2: Profil Bangsa Responden
Profil Item Kekerapan Peratus (%)
Bangsa Melayu 92 80.0
Cina 23 20.0
Jumlah 115 100.0
4.1.3 PROFIL KEPUTUSAN SPM
Dilhat dari Jadual 4.3 keputusan SPM pelajar, pelajar yang mendapat keputusan
diantara 8A – 7A ialah 50.4%, diantara 6A – 5A ialah 38.3%, di antara 4A – 3A
ialah 7.0% dan 2A – 1A adalah 4.3%.
JADUAL 4.3: Profil Keputusan SPM Responden
Profil Item Kekerapan Peratus (%)
Keputusan 8A – 7A 58 50.4
6A – 5A 44 38.3
4A – 3A 8 7.0
2A – 1A 5 4.3
Jumlah 115 100.0
4.1.4 PROFIL AKEDAMIK IBU BAPA
JADUAL 4.4 di atas menunjukkan bahawa bapa yang tidak mempunyai ijazah
83.5% lebih tinggi dari yang memiliki ijazah 16.5%. Keadaan ini juga sama
untuk dapatan ibu di mana yang tidak memiliki ijazah 91.3% lebih tinggi
daripada yang memiliki ijazah 8.7%.
25
JADUAL 4.4: Profil Taraf Pendidikan Ibu dan Bapa
Profil Item Kekerapan Peratus (%)
Bapa Tiada Ijazah 96 83.5
Ijazah 19 16.5
Jumlah 115 100.0
Ibu Tiada Ijazah 105 91.3
Ijazah 10 8.7
Jumlah 115 100.0
4.1.5 PROFIL KEPUTUSAN AKHIR SEMESTER PELAJAR
JADUAL 4.5 di bawah menunjukkan bahawa 44.3% pelajar mendapat gred A,
15.7% pelajar mendapat gred A-. Bagi gred B+, B dan B- masing-masing
mendapat 17.4%, 11.3% dan 3.5%. Manakala bagi gred C+, C dan C- masing-
masing mendapat 3.5%, 1.7% dan 2.6%.
JADUAL 4.5: Analisis Keputusan Akhir Semester Kuliah Satu
Profil Item Kekerapan Peratus (%)
Pencapaian Pelajar A 51 44.3
A - 18 15.7
B + 20 17.4
B 13 11.3
B - 4 3.5
C + 4 3.5
C 2 1.7
C - 3 2.6
Jumlah 115 100
26
4.2 ANALISIS KAJIAN
4.2.1 Analisis Deskriptif
Jadual 4.5: Min dan Sisihan Piawai Jenis Gaya Pembelajaran
Gaya Pembelajaran Min Sisihan Piawai
Gaya Pembelajaran Dalam 3.48 0.55
Gaya Pembelajaran Muka 2.93 0.74
Gaya Pembelajaran Dorong 4.18 0.54
Gaya Pembelajaran Rancang 3.39 0.61
Gaya Pembelajaran Gigih 3.71 0.50
JADUAL 4.5 menunjukan bahawa skor min bagi Gaya Pembelajaran Dalam
adalah 3.48 dan sisihan piawai 0.55, skor min bagi Gaya Pembelajaran Muka
adalah 2.93 dan sisihan piawai 0.74, skor min bagi Gaya Pembelajaran Dorong
adalah 4.18 dan sisihan piawai 0.54, skor min bagi Gaya Pembelajaran
Rancangan adalah 3.39 dan sisihan piawai 0.61, dan skor min bagi Gaya
Pembelajaran Gigih adalah 3.71 dan sisihan piawai 0.50,
Melihat dari aspek semua gaya pembelajaran. JADUAL 4.5. memberikan
min yang paling tinggi iaitu gaya pembelajaran Dorong 4.18, yang menunjukkan
bahawa pelajar lebih cenderung belajar dengan dorongan pensyarah dan kawan-
kawan serta keluarga.
27
4.2.2 Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara semua
gaya pembelajaran di kalangan pelajar perakaunan berdasarkan
jantina.
Jadual 4.6: Ujian t Bagi Perbezaan Gaya Pembelajaran Bedasarkan
Jantina
Gaya
Pembelajaran
Jantina N Min SP Nilai t P
Lelaki 24 3.60 0.559 Gaya
Pembelajaran
Dalam Perempuan 91 3.45 0.547
1.132 0.781
Lelaki 24 3.17 0.725 Gaya
Pembelajaran
Muka Perempuan 91 2.87 0.747
1.749 0.662
Lelaki 24 4.00 0.636 -1.849 0.268 Gaya
Pembelajaran
Dorong Perempuan 91 4.23 0.510
Lelaki 24 3.25 0.582 -1.243 0.846 Gaya
Pembelajaran
Rancangan Perempuan 3.43 0.619
Lelaki 24 3.85 0.544 1.473 0.600 Gaya
Pembelajaran
Gigih Perempuan 3.67 0.495
JADUAL 4.6, memberikan nilai t = 1.132, p > 0.05 untuk gaya pembelajaran
dalam, nilai t = 1.749, p > 0.05 untuk gaya pembelajaran muka,. nilai t = -1.849,
p > 0.05 untuk gaya pembelajaran dorong nilai t = -1.243, p > 0.05 untuk gaya
pembelajaran rancangan dan nilai t = 1.473, p > 0.05 untuk gaya pembelajaran
gigih, . Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan
bagi semua gaya pembelajaran berdasarkan jantina. Oleh itu hipotesis Ho1
diterima yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di
antara semua gaya pembelajaran di kalangan pelajar perakaunan berdasarkan
jantina.
28
4.2.3 Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan di antara semua
gaya pembelajaran di kalangan pelajar perakaunan berdasarkan
etink.
Jadual 4.7: Ujian t Bagi Perbezaan Gaya Pembelajaran Bedasarkan
Etnik
Gaya
Pembelajaran
Etnik N Min SP Nilai t P
Melayu 92 3.55 0.543 Gaya
Pembelajaran
Dalam Cina 23 3.20 0.499
2.789 0.936
Melayu 92 2.88 0.744 Gaya
Pembelajaran
Muka Cina 23 3.14 0.746
-1.501 0.979
Melayu 92 4.31 0.456 Gaya
Pembelajaran
Dorong Cina 23 3.70 0.608
5.309 0.156
Melayu 92 3.48 0.598 Gaya
Pembelajaran
Rancangan Cina 23 3.05 0.563
3.121 0.892
Melayu 92 3.77 0.475 Gaya
Pembelajaran
Gigih Cina 23 3.46 0.563
2.755 0.396
JADUAL 4.7, memberikan nilai t =, p > 0.05 untuk gaya pembelajaran dalam,
nilai t =, p > 0.05 untuk gaya pembelajaran muka,. nilai t =, p > 0.05 untuk gaya
pembelajaran dorong nilai t =, p > 0.05 untuk gaya pembelajaran rancangan dan
nilai t =, p > 0.05 untuk gaya pembelajaran gigih, . Ini menunjukkan bahawa
tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi semua gaya pembelajaran
berdasarkan etnik. Oleh itu hipotesis Ho2 diterima yang menunjukkan tidak
terdapat perbezaan min yang signifikan di antara semua gaya pembelajaran di
kalangan pelajar perakaunan berdasarkan etnik.
29
4.2.4 Adakah Terdapat Korelasi Di Antara Semua Gaya Pembelajaran
Dengan Pencapaian Pelajar
Dapatan dalam Jadual 4.8 menunjukkan terdapat perkaitan yang sederhana kuat
di antara pencapaian dengan gaya pembelajaran Dalam (r = 0.055) dan perkaitan
rendah di antara pencapaian dengan gaya pembelajaran Rancang (r = 0.039).
Bagi gaya pembelajaran yang menunjukkan perkaitan yang lemah dengan
pencapaian pelajar.
Walau bagaimanapun terdapat perkaitan yang lemah (r = -0.063) gaya
pembelajaran muka, perkaitan yang sederhana kuat (r = 0.474) gaya
pembelajaran dorong, perkaitan yang sederhana kuat (r = 0.401) gaya
pembelajaran rancangan dan perkaitan yang sederhana kuat (r = 0.524) dengan
gaya pembelajaran dalam. Walaupun begitu terdapat perkaitan yang sederhana
kuat (r = 0.524) di antara gaya pembelajaran dalam dan gaya pembelajaran gigih
dan perkaitan sederhana kuat (r = 0.514)di antara gaya pembelajaran dorong
dengan gaya pembelajaran rancangan. Perkaitan ini adalah sangat signifikan
(p = 0.01), oleh itu Ho3 ditolak. Ini bermakna terdapat perhubungan di antara
gaya pembelajaran Dalam dan Rancang dengan pencapaian pelajar manakala
bagi gaya pembelajaran yang lain ditolak kerana tidak terdapat perhubungan di
antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar.
JADUAL 4.8 : Kolerasi Di Antara semua gaya pembelajaran
Pencapaian
pelajar
GP
Dalam
GP
Muka
GP
Dorong
GP
Rancang
GP
Gigih
GP Dalam 0.055
GP Muka -0.117 -0.063
GP Dorong -0.116 0.474** -0.176
GP Rancang 0.039 0.401** -0.213* 0.514**
GP Gigih -0.084 0.524** -0.040 0.425** 0.384**
** Kolerasi yang signifikan pada aras keyakinan 0.01
* Kolerasi yang signifikan pada aras keyakinan 0.05
30
BAB 5
RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.0 PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan dapatan kajian dalam bab 4. Bab ini menfokuskan kepada
aspek yang meliputi rumusan dapatan kajian, perbincangan, implikasi kajian, cadangan
kajian lanjutan dan rumusan.
5.1 RINGKASAN KAJIAN
Kajian mengenai gaya pembelajaran di kalangan para pelajar Kolej Matrikulasi Perak
dilakukan untuk menjawab persoalan kajian yang berikut :-
i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara semua gaya pembelajaran
berdasarkan jantina?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara semua gaya pembelajaran
berdasarkan etnik?
iii. Adakah terdapat korelasi di antara semua gaya pembelajaran terhadap
pencapaian?
5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan statistik inferensi dan diskriptif. Kajian ini
dijalankan keatas 115 orang sampel yang diambil daripada 315 orang populasi Kolej
Matrikulasi Perak.
Dalam persoalan kajian 1 dan 2 bagi melihat gaya pembelajaran berdasarkan
jantina mendapati tidak wujud perbezaan dalam gaya pembelajaran berdasarkan jantina
dan etnik.
31
Dapatan kajian diatas disokong oleh dapatan kajian yang dihasilkan oleh Ahmad
Zaidi Johari dan Tamby Subahan Mohd Meerah. Hasil dapatan kajian pengkaji tersebut
mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam
semua aspek tingkah laku belajar bagi mata pelajaran perakaunan. Dapatan kajian ini
juga disokong oleh kajian Masni Ismail. Walaubagaimanapun kajian ini tidak
menyokong kajian yang dibuat oleh Rahaiza Ismail yang mendapati perbezaan di antara
jantina.
Dalam persoalan kajian 3 yang melihat pekaitan kolerasi di antara semua gaya
pembelajaran terhadap pencapaian. Didapati bahawa dapatan kajian ini disokong oleh
Hadiah Senin (1997) yang menunjukkan pekali korelasi mempunyai perkaitan yang
sederhana kuat di antara gaya pembelajaran Dalam dan Rancang.
Kajian oleh Elizabeth Soo Mee Ting (2000), yang mendapati terdapat
perhubungan dengan gaya pembelajaran apabila dianalisis mengikut latar belakang
akademik, umur, bangsa, pengalaman bekerja dan sosioekonomi pelajar.
5.2 RUMUSAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pencapaian subjek perakaunan. Ini disebabkan oleh pelajar diberikan
penekanan untuk lulus peperiksaan dan arah tuju masa depan dengan tumpuan kepada
keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu mereka menguasai ilmu
perakaunan sebagai persediaan untuk memasuki universiti.
Oleh yang demikian, dorongan pensyarah adalah penting untuk membantu
pelajar mengenalpasti cara belajar yang sesuai untuk diamalkan dalam pembelajaran
perakaunan. Dengan itu ia dapat meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih
cemerlang. Pelajar akan belajar dengan lebih baik jika objektif pengajaran pensyarah dan
pelajar adalah sama. Mereka akan berusaha ke arah mencapai objektif tersebut. Dapatan
kajian ini penting bagi mengesahkan teori gaya pembelajaran dan membantu para
pendidik mengkaji dan menilai sikap pelajar dalam pelajaran dan pembelajaran di kolej
matrikulasi.
32
5.4` IMPLIKASI KAJIAN
Kajian yang telah dijalankan ini dapat membantu menambahkan lagi maklumat
berhubung gaya pembelajaran. Gaya Pembelajaran masih mempunyai ruang yang luas
untuk diterokai kerana gaya pembelajaran memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi pencapaian pelajar.
Kajian tentang gaya pembelajaran ini juga dapat memberi maklumat yang
berguna kepada pensyarah agar dapat menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mengikut kecenderungan pelajar. Kefahaman pensyarah terhadap gaya pembelajaran
akan memudahkan penyampaian pengajaran secara lebih sistematik.
5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Setelah meneliti hasil kajian ini, pengkaji memberikan beberapa cadangan agar dapat
dijadikan panduan kepada pengkaji yang lain :-
i. Kajian ini, adalah kajian kecil yang menggunakan 115 orang sampel sahaja,
dicadangkan untuk kajian lanjutan bilangan sampel perlu ditambah.
ii. Kajian rintis, perlu dijalankan beberapa kali bagi menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen.
iii. Kajian ini hanya melihat perbezaan gaya pembelajaran serta hubungannya
dengan pencapaian akademik serta faktor demografi. Oleh itu dicadangkan
penyelidikan diperluaskan dengan melihat kepada hubungan gaya pembelajaran,
gaya pengajaran dan strategi pembelajaran dengan pencapaian akademik.
33
RUJUKAN
Abdul Aziz Ismail. 2001. Kajian gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian subjek
Geografi di sekolah menengah. Latihan Ilmiah. Sarjana. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abdul Razak Ahmad. 1999. Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
mata pelajaran Sejarah daripada segi jantina, etnik dan lokasi sekolah. Latihan
Ilmiah. Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abu Talib Abdullah. 1998. Gaya dan strategi pembelajaran Bahasa melayu di kalangan
pelajar Tingkatan 4 daerah Jaohor Bahru. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Adnan Khamis. 1985. Pertalian antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran dan
kaitannya dengan pencapaian akademik: Satu kajian di sebuah sekolah menengah
kebangsaan di Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
Ahmad Zaidi Johari & Tamby Subahan Mohd Meerah.
Atan Long. 1980. Fikiran-fikiran tentang pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Borg, W.R. & Gall, M. D. 1983. Education research an introduction. New York:
Longman.
Elizabeth Soo Mee Ting. 2000. Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian
Matematik: Satu kajian kes di Malaysian France Institute (MFI). Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Entwistle, N.J. & Entswistle, D.M. 1970. The relationship between personality, study
method and performance. British Journal of Educational Psychology 40: 132-
142.
Finch, M. 1997. Learnig is apersonal of acqiuring, breaking down and internalizing new
information into knowledge. The Lake of Learning. Edisi elektronik.
Hadiah Senin. 1997. Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah. (Kajian ke atas sekolah menengah di daerah Batu Pahat).
Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jemaah Nazir Sekolah. 1992. Laporan Perlaksanaan Program Bahasa melayu KBSR.
Keefe, J.W. 1988. Learning Style: Cognitif and thinking skills.Reston, VA: National
Association of secondary School Principles.
Masni Khamis. 2001. Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian
akademik. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
34
Misnan Jemali. 2001. Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Bahasa
arab Komunikasi Sekolah Menengah Rendah di Negeri Perak. Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan.
Mohd Amir Sharifuddin Hashim & Halimah Harun. 1992. Pendidikan Perdagangan dan
Keusahawanan: Status dan Masa Depannya. Aliran dan Amalan Pendidikan
Menjelang Abad ke 21.
Rahaiza Ismail. 2001. Pelajar lelaki hilang kredibiliti? MASSA, Bil. 293. 26 Mei – 1 Jun
2001.
Raiff, J.C. 1992. Learning Style. Washington Dc: National Education Association.
Riding, R.J. & Pearson. F. 1994. The Relationship Between Cognitive Style and
Intelligence. Educational Psychology 14(4): 413-424.
Salmes. 1978.
Wan Zahid. 1993.
Zubir Mohamed. 1998. Kajian mengenai perbandingan tentang keberkesanan dua kaedah
pengajaran ke atas sikap dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Tingkatan 2
di Sekolah Menengah Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.