TASAWUF PERBANDINGAN (IUS 4163)
TAJUK: HAL DAN MAQAM
Disediakan oleh:Anis Farahien Binti Abdul Aziz (035024)ISM Pengajian Islam (USULUDDIN), Semester 7
Disediakan untuk;Prof. Madya. Dr. Syed Hadzullathfi Bin Syed Omar
Hal & Maqam
PENGERTIAN:Hal adalah yang dialami oleh para salik di tengah-
tengah perjalanan spiritualnya.Disebut juga dengan perkataan ahwal iaitu
merupakan bentuk jamak dari ‘hal’ .Kaum sufi mengatakan hal adalah anugerah dari
Allah dan sifatnya lebih statik kerana ia diperolehi secara spontan .
TahapHal
Muraqabah
Khauf
Raja’
Syauq
Mahabbah
Tuma’ninah
Musyahadah
Yakin
Penjelasan Tahap-Tahap Hal
Muraqabah:Secara etimologinya ,(bahasa) muraqabah adalah menjaga & secara istilahnya adalah salah satu sikap dari segi fikiran atau aspek mental mengenai kesedaran diri di mana ianya selalu berhadapan dengan
Allah dan merasa diri diawasi oleh penciptanya.
Khauf :Al-Khauf adalah salah satu sikap dari segi mental atau pemikirannya di mana ia merasa takut kepada Allah kerana pengabdiannya yang
kurang sempurna atau rasa kuatir bahawa Allah tidak senang dengannya.
Raja:Pada tahap ini disediakan pada hambanya yang soleh & dalam dirinya timbul rasa optimis
yang besar untuk melakukan pelbagai amalan terpuji dan menjauhi perbuatan keji.
Syauq:Syauq bermaksud lepasnya jiwa dan bergeloranya cinta . Ia juga sebahagian daripada
mahabbah. Maknanya dalam tasawuf,adalah suasana kejiwaan yang menyertai mahabbah.
Mahabbah:Mahabbah adalah dasar bagi kemuliaan hal. Al-Junaid menyebut mahabbah sebagai suatu
kecenderungan hati.Tuma’ninah:
Secara bahasanya beerti tenang dan tenteram. Tiada rasa ragu-ragu yng mengganggu perasaan kerana ia telah mencapai tingkat kebersihan jiwa paling
tinggi.
Musyahadah:Dalam perspektif tasawuf, musyahadah bermaksud melihat Tuhan dengan
mata hati tanpa keraguan sedikitpun bagaikan dengan melihat dengan mata kepala &nia merupakan tujuan akhir bagi tasawuf.
Yakin:Al yakin beerti perpaduan antara pengetahuan yang luas serta mendalam &
rasa cinta serta rindu yang mendalam pula sehingga tertanamlah dalam jiwanya perjumpaan secara langsung dengan Tuhannya.
PANDANGAN TOKOH MENGATAKAN HAL ITU KEKAL• Jika ia tidak kekal, ia adalah
suatu lintasan makna(lawaih)• Suatu sifat itu apabila kekal
barulah ia boleh disebut sebagai hal
• Al Muhasibi: “Sekiranya keberterusannya
tidak harus maka sesuatu yang dicintai ( al-muhib) itu tidak dicintai & sesuatu yang diidamkan ( al-musytaq) tidak diimpikan.
PANDANGAN TOKOH MENGATAKAN HAL ITU TIDAK KEKAL
• Al-Junaid: “ Ahwal adalah seperti kilat,
sekiranya ia kekal ia adalah bisikan jiwa ( hadith nafs ).
PENGERTIAN MAQAM
Pengertian maqam atau kata jamaknya ‘maqamat’ berasal dari perkataan Bahasa Arab yang beerti tempat berdiri, kedudukan atau darjat.
Dari segi istilahnya, kita katakan sebagai jalan panjang yang
harus ditempuh oleh seorang sufi untuk dekat kepada Allah.
Dari segi ilmu tasawuf pula, maqam beerti kedudukan hamba dalam pandangan Allah berdasarkan apa yang telah diusahakan baik.
MAKNA MAQAM DARI SUDUT PARA ULAMA’
Al-Kasyani
• Menyempurnakan hak-hak yang sepatutnya. Sesungguhnya, sesiapa yang tidak menunaikan hak-hak yang sepatutnya di peringkat itu, maka tidak sah baginya untuk menaiki peringkat seterusnya.
Al-Qusyairi
• Maqam ialah suatu adab atau akhlak yang dicapai oleh seseorang hamba melalui usaha gigih yang dilakukannya di peringkat yang dilalui.
TAHAPMAQAM
Taubat
Zuhud
Wara’
FaqrSabr
Tawakal
Redha
PENJELASAN TAHAP-TAHAP MAQAM
TAUBATorang yang menempuh jalan sufi terlebih dahulu harus bertaubat dari dosa
yang dilakukan sama ada secara zahir atau batin.
ZUHUDIaitu mengosogkan hari dari cinta terhadap dunia dan hidupnya hanya
beribadat kepada Allah semata-mata.
WARA’Iaitu meninggalkan segala sesuatu yang ragu-ragu misalnya sesuatu
yang diragukan hukumnya dan tidak jelas haramnya.
FAQIRIaitu menjalani kehidupan dengan kesedaran bahawa dalam hidupnya
hanya memerlukan Allah SWT.
SABARIaitu sabar dalam segala aspek seperti dalam menjalani perintah-
Nya, sabar dalam meninggalkan larangan dan juga dalam menghadapi kesulitan.
TAWAKALTawakal iaitu menyerahkan segala sesuatunya kepada Allah SWT,
tidak bergantung selain-Nya.
REDHARedha iaitu menerima dengan senang hati segala sesuatu yang
dilakukan oleh Allah SWT dan menyedari bahawa ketentuan-Nya lebih baik dari keinginannya.
PERBEZAAN HAL & MAQAM
AL-TUSI:“ Dan hal itu diperolehi bukan dengan cara ,ujahadah,ibadat &
latihan sebagaimana maqamat”.
AL-HUJWIRI:Maqam umpama jalan seseorang penuntut & tempat dia berada
semasa mujahadahnya. Manakala hal adalah kerahmatan Allah SWT yang dikurniakan kepada seseorang & ianya tiada kaitan dengan
mujahadah atau usaha hamba tersebut.
AHLI TASAWUF
KESIMPULAN
Maqam dalam tasawuf boleh disifatkan sebagai laluan atau
persinggahan para sufi dalam usaha mereka mencapai keredhaan Allah
SWT.
Hal ialah keadaan atau suasana yang dialami oleh mereka sepanjang perjalanan
kerohanian itu.