Download pdf - Hargailah Alam Sekitar

Transcript
Page 1: Hargailah Alam Sekitar

ampanMemimpin Kehebatan Kebersihan Masa Hadapan

SWCorp Memacu Budaya KebersihanEdisi 01 Januari 2015

SWCorp

SOLID WASTE CORPORATIONMALAYSIA

(Dahulunya dikenali sebagai PPSPPA)

www.SWCorp.my

Dapatkan majalah inidalam versi digital

dengan pengimbas kod QR diatas.

Hargailah Alam SekitarHargailah Alam SekitarDemi Kelangsungan KehidupanDemi Kelangsungan Kehidupan

Page 2: Hargailah Alam Sekitar

Assalammualaikum wbt, Salam 1Malaysia dan Salam

Kehebatan.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang telah terlibat dalam menghasilkan Buletin Mampan, kerjasama dan sumbangan idea daripada anda semua telah banyak memberi pemantapan kepada kejayaan Buletin Mampan ini. Ini merupakan cetakan edisi pertama Buletin Mampan yang seiring memenuhi visi SWCorp yang bakal memuatkan pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014 dan yang bakal dijalankan untuk tahun 2015.

Sebagai sebuah negara membangun yang berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang bersih dengan persekitaran yang indah bagi mendukung cita-cita ini. Dalam usaha ini, SWCorp menyedari bahawa transformasi minda masyarakat merupakan cabaran utama yang perlu diatasi.

Operasi Mata Helang dan Program Mata Hati merupakan langkah proaktif SWCorp sebagai pendekatan terbaharu. Langkah yang diambil oleh SWCorp ini dijadikan tanda aras kaedah

pemantauan dan penguatkuasaan dalam aspek kebersihan dan amalan baik serta pelaksanaan pemantauan kawasan seliaan sehingga mencapai tahap bersih sebersihnya.

Dengan kewujudan dua program ini, SWCorp mensasarkan sebanyak 53 buah bandar yang melaksanakan Akta 672 untuk menjadi ‘Bandar Bersih’ menjelang tahun 2020 sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sebagai permulaan, 5 buah bandar telah dipilih untuk menjadi projek bandar perintis. Bandar-bandar tersebut adalah Muar, Rembau, Pekan, Langkawi dan Putrajaya.

Di kesempatan ini, sidang redaksi Buletin Mampan berharap semoga pembaca akan terus menyokong dan menjadi sumber inspirasi kepada SWCorp untuk terus bersungguh-sungguh dalam memperkasakan kecemerlangan dan menjadikan organisasi ini sebagai sebuah organisasi yang hebat di peringkat nasional mahupun global dalam memacu budaya kebersihan di Malaysia.

Ikhlas,

Zainal Fitri

SidangRedaksiRedaksiPenaungYBhg. Datuk ab Rahim Bin Md noorKetua Pegawai Eksekutif

Penasihat YBhg. Dato’ Zainul abidin Bin abdullah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)

Ketua eDitoR encik Zainal Fitri Bin hj. ahmad Pengarah, Bahagian Korporat

eDitoR Bahasa MelaYu Cik sumatra a/P appavoo Timbalan Pengarah, Bahagian Korporat

eDitoR Bahasa inggeRis Pn. Faridah Binti Bahara nordin Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan & Kawal Selia

ahli siDang ReDaKsi Pn. Mazwin Binti Mohamad Bhgn. Sisa Domestik & Pembersihan Awam en. azman Bin omar Bhgn. Implimentasi Projek Pn. Zurida Binti ainuddin Bhgn. Teknologi Penyelidikan, Sisa Binaan & Industri Pn. nik nurbaini Binti Jamaludin Bhgn. OSC & Fasiliti en. sharudin Bin hamid Bhgn. Penguatkuasaan & Kawal Selia Pn. Shariela Binti Mohd Shariff Unit Geographical Information System (GIS) Pn. nur syuhadah Bt Mohd nor Rizan Bhgn. Audit Pn. siti nur aqilah Binti Rohizad Bhgn. Sisa Mampan 3R Pn. nurul hazimi Bt shahruddin Bhgn. Kewangan Pn. noorhidayu Binti Mat isa Bhgn. Khidmat Pengurusan en. Mohamad Fadzil Bin abd Rahim Bhgn. Pendidikan Masyarakat Pn. hartini Binti Mhd aziz Bhgn. Korporat en. Mohd Fazli Bin abdul aziz Bhgn. Sumber Manusia en. Mohd norazlan Bin abd Rahaman Bhgn. Perundangan Pn. Khairina hani Binti Khairuddin Unit Integriti

JuRugaMBaR en. Mohd Faizal Bin Mohamad nawawi Bhgn. Korporat

gRaFiK en. law Boon Kiat Bhgn. Teknologi Maklumat Mohd Norazrin Bin Ariffin Bhgn. Korporat

CetaKan & eDaRan en. Mohd Fauzi Bin idris Bhgn. Kewangan Pn. nor azira Binti Mohamad Bhgn. Korporat

solid Waste Corporation Malaysia (sWCorp) (Dahulunya dikenali sebagai PPSPPA) Wisma uoa Pantai, tingkat M,2,3 & 4, no 11, Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83a), 59200 Kuala lumpur. t: 03-22459292 F: 03-22459293 http://www.ppsppa.gov.my

Bismillahirrahmanirrahim

N o taP e N g a r a N g Zainal Fitri Bin HJ. aHmad

7

Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa disumber secara sistematik disamping menekankan ciri-ciri pembangunan yang mampan meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial.

Memproses permohonan baru, pembaharuan dan pembatalan/penggantungan lesen pembekal perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sehingga pengesyoran kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Mengawalselia prestasi syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Mengenalpasti teknologi yang mesra alam, selamat dan kos efektif serta menjalankan penyelidikan berhubung dengan pembangunan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

6

4 5

3Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

2

Mengesyorkan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan pengurusan

sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

1

Fungsi SWCorp

Mulai 2015 PPSPPA akan mula dikenali sebagai SWCorp (Solid Waste Corporation) bagi meningkatkan imej dan jenama SWCorp seiring dengan pengurusan sisa pepejal yang bertaraf dunia. SWCorp tampil dengan logo baharu agar lebih segar dan menepati identiti perbandanan ke arah menjadikan Malaysia bersih dan indah.

PENJENAMAAN SEMULA LOGO

SWCorp

» p.4 » p.6

» p.8

» p.13

4 Latar Belakang SWCorp

6 Penjenamaan Semula

7 Peranan JPSPN, SWCorp & Syarikat Konsesi

8 Aspirasi Datuk Ab Rahim Md Noor

10 Rencana10 Pelan tindakan Komprehensif Pengurusan Sisa Pepejal 2015-2020

11 love Food no Waste

12 SWCorp dan masyarakat Seiring Ke arah alam Sekitar mampan

13 transformasi minda: melihat dengan mata Hati - mencintai, menghargai & mensyukuri Bumi dan alam Sekitar Sebagai anugerah & amanah Pencipta

15 Galeri

K a N d u N g a N mamPan

Page 3: Hargailah Alam Sekitar

54 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

Pecahan pejabat SWCorp di seluruh negara

OrganisasiSWCorp MalaysiaOrganisasiSWCorp Malaysia

Latar belakang SWCorp

Visi

Ke arah Meningkatkan Kualiti Persekitaran

Yang Bersih, Indah dan Sejahtera Menjelang 2020.

Misi

Melaksanakan Dasar-Dasar Dan Strategi

Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Secara Bersepadu, Efektif, Lestari Dan Menjadikan Kebersihan Sebagai Budaya Hidup Masyarakat Melalui Pendidikan, Kesedaran Awam, Penguatkuasaan Undang - Undang, Kecekapan Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan Dan Penggunaan Teknologi Yang Efektif.

hari

7

Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa disumber secara sistematik disamping menekankan ciri-ciri pembangunan yang mampan meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial.

Memproses permohonan baru, pembaharuan dan pembatalan/penggantungan lesen pembekal perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sehingga pengesyoran kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Mengawalselia prestasi syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Mengenalpasti teknologi yang mesra alam, selamat dan kos efektif serta menjalankan penyelidikan berhubung dengan pembangunan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

6

4 5

3Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

2

Mengesyorkan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan pengurusan

sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

1

Fungsi SWCorp

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Solid Waste Corporation Malaysia, SWCorp) ditubuhkan sebagai pelengkap bagi menjayakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam.

SWCorp ditubuhkan secara rasmi di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673) pada 1 Jun 2008. SWCorp diberi kuasa eksekutif untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 1 September 2011.

Orang ramai kini menikmati perkhidmatan yang mematuhi

petunjuk prestasi utama (KPI) yang meliputi peningkatan mutu dalam jadual dan kekerapan kutipan, penghantaran sisa ke lokasi pelupusan yang ditetapkan, mengelakkan keciciran kutipan, memastikan sisa di dalam dan di luar tong dikutip, memastikan tiada tumpahan bahan larut lesap (leachate) dan penggunaan lori kompaktor yang mempunyai kelengkapan bin-lift bagi memastikan kutipan sisa pepejal yang lebih cekap, cepat dan bersih. Dalam pada itu, SWCorp juga berhasrat untuk meningkatkan

kesedaran masyarakat supaya sama-sama menyumbang kepada pengurusan sisa pepejal yang lebih baik dengan menerapkan amalan kitar semula dan mengasingkan sisa dari sumber supaya kerja-kerja kutipan, pengumpulan dan pelupusan dapat dijalankan secara sistematik dan kos efektif. Secara umumnya, melalui penubuhan SWCorp masyarakat boleh menjangkakan satu sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang terbaik demi kesejahteraan hidup dan persekitaran.

ibu Pejabat 1

negeri Sembilan 6

Johor 7

Kedah 7

terengganu 5

Perak

Wilayah Persekutuan & Putrajaya 3

melaka 3

Pahang 10

Perlis 1

1

Kelantan 4

Jumlah 48

Page 4: Hargailah Alam Sekitar

76 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

SWCorp Malaysia

Seksyen 6 (1), akta 672

mengesyor dan melaksanakan dasar, rancangan dan strategi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam

mengesyorkan rancangan bagi pengurusan sisa pepejal seperti lokasi, saiz kemudahan, skim PSP dan jangka masa perancangan

Mengawasi pematuhan standard, spesifikasi dan tata amalan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam

melaksana dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan juga mengesyorkan pembaharuaan undang – undang

JPSPN

Seksyen 6 (1), akta 672

mewujudkan dasar, rancangan dan strategi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam

merumus rancangan bagi pengurusan sisa pepejal seperti lokasi, saiz kemudahan, skim PSP dan jangka masa perancangan

Menetapkan standard, spesifikasi dan tata amalan

melaksanakan fungsi pengawal seliaan

memberikan lesen dan kelulusan

Syarikat koNSeSimelaksanakan aktiviti-aktivitikutipan sisa pepejal dan pembersihan awam mengikut standard yang telah ditetapkan.

Alam Flora Sdn. Bhd. E-Idaman Sdn. Bhd.SWM Environment Sdn. Bhd.

Pengambilalihan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan

awam di peringkat Kerajaan Persekutuan hanya dilaksanakan di Malaysia. Sehubungan itu, SWCorp perlu dikenali di peringkat antarabangsa agar negara-negara luar mengetahui bahawa terdapat agensi yang wujud di peringkat Kerajaan Persekutuan bagi menguruskan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan menjadi agensi utama dalam bidang berkenaan. Seiring dengan penjenamaan semula, SWCorp akan mampu menjadi satu-satunya agensi Persekutuan yang terbaik dan disegani di dalam pengurusan sisa pepejal di peringkat global. Penjenamaan semula akan membawa kepada perubahan struktur organisasi, sistem, semangat dan budaya kerja warga kerja SWCorp untuk menjadi lebih produktif dan komited dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. Melalui kerjasama oleh warga kerja dan masyarakat, ia akan menjadikan SWCorp sebagai sebuah organisasi yang lebih dinamik, agresif dan mampu membentuk satu persepsi yang hebat dan standing dengan organisasi multinasional di peringkat antarabangsa.

Mulai 2015 PPSPPA akan tampil dengan logo baharu yang akan meningkatkan imej perbadanan seiring dengan pengurusan sisa pepejal yang bertaraf dunia. PPSPPA yang bakal dikenali sebagai SWCorp dipercayai akan memberi nafas baharu dan menepati identiti perbadanan ke arah menjadikan Malaysia bersih dan indah.

bagi mengikuti program lawatan sambil belajar di Negara-negara luar, contoh United Kingdom, Jepun dan Australia. Tujuan program tersebut adalah bagi meningkatkan pemahaman mengenai kaedah pengurusan

sisa pepejal di luar Negara dan mengkaji serta mengadaptasi teknologi yang digunakan. Melalui jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi luar negara, pengenalan fungsi SWCorp akan dapat diperluaskan dengan bantuan pelbagai liputan saluran media dalam dan luar negara. Selain itu selaras dengan usaha penjenamaan semula, Perbadanan akan melaksanakan strategi media bagi mentransformasikan minda masyarakat agar mengamalkan amalan kebersihan, dan seterusnya wujud sebagai sebuah agensi yang disegani dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Pencapaian penjenamaan yang kukuh memerlukan elemen kualiti, inovatif, sistematik, kecekapan dan strategi agar SWCorp dapat memiliki jenama yang mantap dan unggul. Sekiranya SWCorp berjaya memiliki imej dan

reputasi yang kukuh, secara relatif SWCorp akan mencapai satu tahap perkhidmatan yang berkualiti, berkesan dan cemerlang serta disegani oleh masyarakat dan stakeholders. Melalui tumpuan terhadap kecekapan dan kualiti dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat, SWCorp akan mampu mengubah minda masyarakat untuk menjadikan kebersihan sebagai amalan hidup mereka dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan di kalangan rakyat Malaysia. Sepanjang penubuhan, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan antaranya menghantar wakil

Penjenamaan semula akan membawa kepada perubahan struktur organisasi, sistem, semangat dan budaya kerja warga kerja SWCorp

untuk menjadi lebih produktif dan komited dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

SWCorp SWCorp

PenjenamaanSemula FoKuS

Peranan JPSPN, SWCorp & Syarikat Konsesi FoKuS

Page 5: Hargailah Alam Sekitar

98 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

a s P i r a s id at u K a b r a h i m m d N o o r temu Bual

Berbekalkan iltizam dan semangat jitu yang diterajui oleh perbadanan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih dan indah menjelang tahun 2020, pelbagai strategi dan teras telah diwujudkan demi merealisasikan misi ini.

Namun di sebalik perkembangan tersebut, kerjasama pelbagai pihak sama ada daripada warga kerja dan masyarakat amatlah ditagih. Bagi mengupas isu ini dengan lebih mendalam, ikuti bicara bersama YBhg. Datuk Ab Rahim Md Noor selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Selepas setahun tiga bulan Datuk mengambil alih kepemimpinan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), apakah visi Datuk terhadap halatuju perbadanan? Ab Rahim: Saya mempunyai impian dan mahu melihat bandar dan kawasan di bawah seliaan SWCorp diiktiraf sebagai Bandar Bersih pada tahun 2020 nanti. Bukan setakat itu, saya juga ingin melihat bahawa budaya kebersihan persekitaran menjadi amalan dalam setiap lapisan masyarakat Malaysia melalui amalan 3R (mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula) yang setanding dengan negara maju.

Maka SWCorp perlu menjadi badan yang memacu budaya kebersihan ini dan untuk mencapai misi ini, SWCorp perlu tampil sebagai organisasi yang berkapasiti tinggi, memiliki budaya kerja yang cemerlang dan mempunyai ciri kehebatan.

Saya juga ingin tekankan bahawa inisiatif pengasingan sisa di sumber akan mulai diperkenalkan pada September 2015 dan bagi memastikan kejayaan usaha ini SWCorp akan berterusan mendidik masyarakat agar ia dapat dikuatkuasakan mengikut jadual.

Apakah pendekatan yang Datuk guna pakai untuk mencapai setiap impian berkenaan? Ketika ini kita sedang melaksanakan strategi yang mantap, berfokus, kreatif dan terkehadapan dalam melaksanakan Pelan Strategik SWCorp 2014-2020. Ia memberi fokus kepada transformasi minda masyarakat agar rakyat Malaysia lebih bertanggungjawab kepada kebersihan persekitaran dan alam sekitar sekaligus membudayakan amalan 3R, selain SWCorp terus

merangka strategi yang mampan dalam menjayakan sesuatu usaha itu. Energize dengan meningkatkan komitmen, motivasi, kapasiti dan kecekapan warga kerja serta Synergize dengan semua pihak yang terlibat. Untuk itu, SWCorp telah menjalin kerjasama dengan banyak pihak seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Insitusi-Institusi Pengajian Tinggi dan lain-lain bagi memperkasa usaha kita ke arah pembudayaan kebersihan.

Apakah yang telah dilaksanakan oleh SWCorp setakat ini? Operasi Mata Helang dan Program Mata Hati telah dilancarkan di lima buah bandar yang dikenalpasti mampu dijadikan sebagai model Bandar Bersih dan melaluinya kita yakin satu lonjakan dan perubahan budaya kebersihan dapat dicapai. Saya yakin melalui pendekatan ini akan menjadikan SWCorp sebagai tanda aras kaedah pemantauan dan penguatkuasaan kebersihan dan amalan baik sehingga setiap kawasan itu mencapai tahap bersih sebersihnya.

Kita turut menggerakkan organisasi seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan sukarelawan sebagai agen perubahan masyarakat atau juga duta SWCorp

berkomunikasi secara berkesan kepada orang awam agar mereka memahami, menyedari dan menginsafi kejadian yang berlaku di persekitaran dan sedar tentang apa yang perlu dilaksanakan bagi memeliharanya.

Dalam pada itu, kita turut memperkasa penguatkuasaan (Enforcement) yang tegas terhadap pesalah tegar yang melanggar undang-undang terutama kesalahan membuang sampah di lokasi sampah haram.

Manakala pendekatan berkomunikasi dan mendidik (Communicate and Educate) masyarakat melalui media sosial dan strategi media yang berkesan. Semua ini adalah kerana sokongan baik daripada pihak media yang senantiasa menjadi barisan hadapan membantu SWCorp meneraju mesej kebersihan kepada masyarakat umum.

Selain itu, saya sendiri telah memperkenalkan pendekatan mengujakan melalui konsep 3”O” (Open Heart, Open Mind dan Open Door) agar semua warga kerja dan masyarakat mudah menghubungi dan mendekati saya dalam apa jua perkara. Malah, saya membuka seluas-luasnya saluran untuk tujuan ini sama ada secara bersemuka atau media sosial. Saya boleh dihubungi melalui media sosial WHMChat di extra.sisa.my:2020.

Apa sahaja urusan yang melibatkan pelaksanaan oleh SWCorp merujuk kepada SES (Strategize, Energize dan Synergize). Kita sentiasa Strategize,

dapat dikurangkan kepada 85%. Ini merupakan satu pencapaian luar jangkaan bagi sebuah organisasi baharu. Falsafah Buat Sampai Jaya (BSJ), inilah yang saya terapkan kepada setiap program yang kita laksanakan.

Pun begitu, semua ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama yang tidak berbelah bagi terutama daripada pihak media dalam mengwar-warkan budaya dan amalan negatif terhadap persekitaran. Di samping itu, kerjasama dan gandingan bersama syarikat konsesi yang tidak putus memenuhi prestasi yang kita impikan. Setiap komponen dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ini merasai denyut nadi dan kepentingan bersama dalam menyahut cabaran pembudayaan kebersihan.

Harapan Datuk terhadap SWCorp dan masyarakat secara keseluruhan? Semua pihak perlu sama-sama menggalas tanggungjawab khususnya warga kerja SWCorp agar misi murni untuk melihat Malaysia menjadi negara terbersih di dunia dapat dicapai. Masyarakat kita pula mengamalkan budaya kebersihan tidak kira di mana sahaja. SWCorp dijadikan sebagai model transformasi Negara Bersih yang diimpikan oleh semua pihak.

memperkasakan perkhidmatan dan penggunaan teknologi, memperkasakan penguatkuasaan dan kawalselia, sumber kewangan yang kukuh, mempergiatkan penyelidikan dan pembangunan, meningkatkan imej koporat serta memperkasakan sistem penyampaian organisasi.

Secara peribadi saya ingin melakukan yang terbaik dan membuat perubahan yang memberi manfaat kepada semua orang, seperti mana dahulu yang saya laksanakan ketika

di Kementerian Pengajian Tinggi. Saya mahu rakyat Malaysia menjaga dan mementingkan kebersihan agar negara kita dihormati.

Bagaimana pula kaedah untuk menjayakan Pelan Strategik ini? Memenangi Hati dan Nurani (Winning the Hearts & Minds, WHM) warga kerja dan masyarakat. Itu yang saya tekankan. Saya menitikberat agar SWCorp menyediakan sebuah sistem pengurusan sumber manusia yang mengujakan, mengutamakan kebajikan, memperkenalkan imbuhan, peluang kerjaya yang lebih baik, melaksanakan teambuilding dan pelbagai faedah lain serta ketrampilan warga kerja SWCorp yang menonjol dengan cogan kata kehebatan.

Manakala di pihak masyarakat, kita turun padang ke kawasan-kawasan perumahan menyertai komuniti, mendampingi dan mesra bersama pasukan WHM melalui C3E (Communicate, Educate, Engage dan Enforce). Melalui kaedah ini, kita memberi inspirasi dengan

bagi menyalurkan mesej kebersihan sekaligus membantu melahirkan masyarakat yang prihatin, sedar dan insaf terhadap kebersihan persekitaran masing-masing.

Bagaimana Datuk melihat prestasi SWCorp setakat ini? Saya melihat suatu perubahan ketara apabila kini budaya kerja yang lebih dinamik, kreatif dan produktif dipamerkan oleh setiap warga kerja di setiap negeri. Ia dibuktikan apabila program-program SWCorp yang kian menonjol dan mendapat perhatian di mata masyarakat melalui usaha-usaha promosi, pemerkasaan imej korporat dan penjenamaan, hebahan media dan inovasi yang dilakukan.

Melalui inovasi kita telah berjaya memperoleh pengiktirafan dalam bidang ICT di peringkat Futuregov 2014 dan 7 anugerah pelbagai kategori Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) di peringkat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kita adalah agensi yang meremajakan dirinya dengan dynamism, kreatif dan pencapaian di luar jangka. Antara pencapaian yang diperolehi, kita berjaya membasmi 851 lokasi sampah haram, 1700 lokasi hotspot masalah longkang telah dibersihkan dan jumlah aduan

Saya melihat suatu perubahan ketara apabila kini budaya kerja yang lebih dinamik, kreatif dan produktif dipamerkan

oleh setiap warga kerja di setiap negeri.

Secara peribadi

saya ingin melakukan yang terbaik dan membuat perubahan yang memberi manfaat kepada semua orang, seperti mana dahulu yang saya laksanakan ketika di Kementerian Pengajian Tinggi. Saya mahu rakyat Malaysia menjaga dan mementingkan kebersihan agar negara kita dihormati.

Page 6: Hargailah Alam Sekitar

1110 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

1

3

5

2

4

Tahukah anda, setiap seorang daripada kita, rakyat Malaysia

menghasilkan 1.1 kg sampah setiap hari? Berdasarkan jumlah ini, keseluruhan isi rumah menghasilkan sisa pepejal perbandaran (municipal solid waste) sebanyak 33,000 tan sehari atau 12 juta tan setahun. Keseluruhan jumlah sisa yang dijana oleh negara dalam tempoh setahun adalah sebanyak 110 juta tan. Akibatnya negara menanggung kos RM1 billion setahun bagi menguruskannya. Berbeza di negara maju, amalan kitar semulanya adalah pada kadar 50% yang membantu mengurangkan kos pengurusan sisa dan meminimumkan pencemaran. Sebaliknya di Malaysia kadar kitar semula hanya 10.5%. Sekiranya trend ini berterusan dan sisa pepejal tidak diurus dengan cekap, ia akan memberi impak buruk kepada alam

sekitar seperti pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) dan pencemaran kepada sumber air serta sumber tanah. Mendepani masalah ini, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menghasilkan Pelan Tindakan Komprehensif Pengurusan Sisa Pepejal 2015-2020 untuk memenuhi inisiatif Teras 2 Pelan Strategik SWCorp 2014-2020 iaitu melaksanakan pengurusan sisa pepejal secara mampan. Ia selari dengan cabaran Malaysia bagi melahirkan sebuah masyarakat yang beretika dan prihatin terhadap tahap

According to National Solid Waste Management Department

(JPSPN) data and research, estimated at about 45% of municipal solid waste is food waste followed by other components such as paper, plastic, metal and diapers. Most of the food waste disposed of in landfills. Food plays an important role in our lives whilst retail food production plays an important role in our economy. Eventually the government spends money on food waste being discarded and it is costly since it has to pay for the collection, treatment and disposal The amount of food wasted by Malaysian is 8000 tons per day and of these it is enough to feed 6 million people. Food waste is a problem because people become more affluent and they do not care about the environmental impact. Plus, it is morally wrong to throw away food because there are people who face with starvation or die simply because they do not have food. According to the UN World Food Organization, around 920 million people suffer from hunger and a third of them are children. Moreover, decomposition of food waste in landfills produces methane, which is 20 times more potent greenhouse gas than carbon dioxide. Malaysia needs more campaign against food wastage. This campaign should encourage food planning, new recipes from food waste, order adequately when eating out and bring your own food containers for leftovers. The campaign also must inspire

kebersihan serta pemuliharaan alam sekitar menjelang Wawasan 2020. Antara komponen-komponen yang diberi fokus di dalam pelan tindakan ini adalah sisa makanan, sisa pepejal elektrik dan elektronik (e-waste), sisa pepejal isi rumah berbahaya [Household Hazardous Waste (HHW)],

sisa plastik, sisa tetrapak, sisa pepejal p e r i n d u s t r i a n , sisa pepejal pembinaan dan sisa pepejal lampin pakai buang. K e u t a m a a n ini adalah b e r d a s a r k a n

isu-isu besar yang ditimbulkan oleh komponen sisa berkenaan ke atas alam sekitar dan kos pengurusan sisa pepejal yang dapat dikurangkan sekiranya ia dapat diurus dengan lebih baik. Skop pelan tindakan ini merangkumi seluruh kitar hayat produk yang bermula dari rekabentuk sehinggalah habis tempoh hayat dan proses pelupusannya. Antara kaedah yang diberi tumpuan adalah penghasilan Refuse Derived Fuel (RDF) sebagai sumber bahan tenaga yang boleh diperbaharui daripada baki sisa pepejal yang tidak boleh dikitar

people to save food during the festive season and during celebrations for special occasions such as birthdays, gatherings and weddings. If we can follow these simple steps, we can go a long way to reduce food wastage.

Commercial or institutional need not go overboard on the amount of food served at functions. If there are foods that can be eaten unsold he should give it to charities or non-governmental organization that works with people who are hungry and poor.

semula dan mempunyai nilai kalori yang tinggi (calorific value), memupuk pembudayaan ekologi industri di dalam pengurusan sisa industri serta pengurusan sisa perobohan dan pembinaan. Pelan Tindakan Komprehensif Pengurusan Sisa Pepejal 2015-2020 ini telah menggarisakan 39 Bidang Keberhasilan Utama dan 55 strategi untuk dilaksanakan bagi menjadikan pengurusan sisa pepejal di Malaysia komprehensif, bersepadu dan mampan. Masyarakat boleh turut serta dengan membudayakan amalan berjimat-cermat, mengasingkan sisa pepejal dan mengamalkan 3R (mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula). Dengan pelan tindakan ini, diharapkan kadar kitar semula sisa pepejal di Malaysia akan dapat ditingkatkan melebihi sasaran 22% menjelang 2020 seterusnya menyumbang kepada pemuliharaan sumber asli negara dan kelestarian alam sekitar.

Here are some things we can practice to avoid wasting food and most of us are edible if only we manage better through:

Know the exact number of people who will participate in the meal and plan your meals. Keeping your food in an effective manner understand the label data Cooking just the right amount Creative for making leftovers into delicious food.

Love and Food are meant for sharing NOT for Wasting!

keseluruhan isi rumah menghasilkan sisa pepejal

perbandaran (municipal solid waste) sebanyak 33,000 tan sehari atau

12 juta tan setahun

keseluruhan isi rumah menghasilkan sisa pepejal perbandaran (municipal solid waste) sebanyak 33,000 tan sehari atau 12 juta tan setahun

[email protected]

[email protected]

The amount of food wasted by Malaysian

is 8000 tons per day and of these it is enough to feed 6

million people.

Pelan Tindakan Komprehensif Pengurusan Sisa Pepejal 2015-2020 Siti nur aqilaH roHiZad vALUE fOOD

NO WASTE noor aZelia Bt amer

80 juta

12 juta

8 juta

6 juta4 juta

Sisa Biomass

Sisa Perbandaran

Perobohan DanPembinaan

Sisa IndustriLain-lain

Janaan Sisa Pepejal di Malaysia (tan/tahun)

Page 7: Hargailah Alam Sekitar

1312 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

Pengurusan sisa pepejal dan alam sekitar merupakan satu

cabaran besar kepada setiap negara di dunia. Kepesatan kemajuan negara, urbanisasi, pertambahan bilangan penduduk dan peningkatan taraf sosioekonomi merupakan antara faktor penyumbang kepada peningkatan sisa pepejal dan pencemaran alam sekitar. Saban tahun trend peningkatan kuantiti sampah yang dilupuskan kian membimbangkan, pada tahun 2005 hanya 19,000 tan sehari namun pada tahun 2012 meningkat kepada 33,000 tan. Statistik ini menyumbang kepada jangka hayat tapak pelupusan yang kian singkat. Lebih parah, amalan pelupusan sampah secara terbuka di tapak-tapak pelupusan yang tidak mesra alam menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang serius seperti pengaliran air larut resap (leachate), pelepasan gas metana, masalah bau dan pembiakan vektor malah ia turut menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa seperti kencing tikus, denggi dan taun. Perkhidmatan yang disediakan untuk menguruskan sisa pepejal iaitu proses kutipan, kemudahan pusat pengolahan dan pelupusan serta pembersihan awam seperti pembersihan longkang, tandas, pantai, jalan raya serta pemotongan rumput memerlukan kos yang amat tinggi. Pada tahun 2013, sebanyak RM1.3 bilion telah di belanjakan untuk kutipan sampah dan pembersihan awam di negeri-negeri yang diselia oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Justeru, isu peningkatan jumlah sisa, lokasi sampah haram dan kos yang tinggi ini memerlukan satu kaedah penyelesaian yang lebih komprehensif, berkesan, lestari dan kos efektif. Untuk mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dan alam sekitar yang mampan untuk didiami oleh generasi akan datang, kita menyedari bahawa perubahan minda merupakan cabaran utama yang perlu diatasi. Ini adalah kerana

kebanyakan masyarakat masih kurang prihatin terhadap alam sekitar, senario ini jelas dilihat melalui tabiat membuang sampah merata-rata, melempar sampah keluar daripada kenderaan, timbunan sampah di

pusat rekreasi, pembaziran makanan dan amalan kitar semula yang rendah di kalangan masyarakat. Selain itu, negara turut didepani dengan penglibatan industri yang rendah dalam memastikan pengurusan sisa pepejal secara mesra alam. Pembudayaan kebersihan perlu bermula dalam diri setiap individu dengan membudayakan amalan kitar semula dan menguruskan sisa

pepejal secara bertanggungjawab dengan mengasingkan sisa dari sumber. Kedua-dua amalan ini mampu menjimatkan sumber alam, mengurangkan jumlah penjanaan sisa dan penghantaran sisa ke tapak pelupusan. Pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah banyak melalui fasa perubahan sejak awal pengurusannya. Antaranya adalah penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), penubuhan SWCorp, penswastaan perkhidmatan kutipan dan pembersihan awam, peningkatan taraf kemudahan pengolahan dan pelupusan sisa pepejal. Sebagai peneraju, SWCorp telahpun menyediakan Pelan Strategik 2014-2020 bagi mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih dan indah. Namun, tanggungjawab ini tidak seharusnya dipikul oleh SWCorp sahaja. Ia menuntut usaha bersama dan sokongan serta dorongan oleh semua pihak yang menjadi kunci kepada kejayaan pelaksanaannya.

Pembudayaan kebersihan perlu

bermula dalam diri setiap individu dengan

membudayakan amalan kitar semula dan menguruskan sisa pepejal secara bertanggungjawab

dengan mengasingkan sisa dari sumber.

[email protected]

6 Strategik Objektif Untuk Mendidik, Mewujudkan Kesedaran Dan Menanamkan Sikap Bertanggungjawab Ke Atas Pengurusan Sisa

Pepejal Yang Mesra Alam Di Malaysia

Mentransformasi minda masyarakat dengan pendidikan dan mewujudkan kesedaran terhadap alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal

Meningkatkan pembangunan dan kajian dalam pengurusan sisa pepejalkeLiMa

keeMPat

keeNaM

ketiGa

keDUa

PertaMa

Menyediakan sistem, fasiliti, dan teknologi untuk pengurusan sisa pepejal yang mampan

Menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan prinsip 3R dalam kehidupan seharian

Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk mempromosikan amalan 3R dan untuk memastikan masa depan yang mampan

Penguatkuasaan berkesan ke atas akta dan peraturan

[email protected]

Sekadar gambar hiasan

Pengurusan sisa pepejal yang tidak berkesan oleh masyarakat antara penyumbang utama kepada krisis ini. Ia berkait rapat dengan sikap, amalan serta gaya hidup masyarakat itu sendiri. Namun, kesedaran mula berputik dan masyarakat tidak lagi mengambil mudah terhadap kebersihan diri dan persekitaran. Walau bagaimanapun ianya masih pada tahap yang terlalu rendah terutamanya di kalangan generasi muda. Fenomena pembuangan sampah di merata tempat masih berleluasa dan menimbulkan pelbagai masalah serta kesan kepada masyarakat sendiri. Kebelakangan ini berbagai ancaman penyakit berjangkit serta bencana alam yang berlaku rata-ratanya berpunca dari sikap manusia yang tidak prihatin kepada pengurusan sisa pepejal dan pemeliharaan alam sekitar. Menguruskan sisa pepejal (sampah) yang kita sendiri janakan sekurangnya sudah cukup membuktikan kita mencintai, menghargai serta mensyukuri kurniaan yang dianugerahkan ini bagi membolehkan kita terus menghirup udara dan bekalan air yang bersih, menikmati keindahan dan kemakmuran bumi ini dengan berterusan.

Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Islam Menurut pandangan Islam, alam semulajadi yang telah diciptakan

kegunaan seperti untuk bersuci dalan proses melakukan ibadat kepadanya dan dijadikan minuman (Zaini Ujang 1993:52).

Persoalannya adakah manusia telah menjalankan peranannya sebagai khalifah yang memakmurkan bumi atau sebaliknya menjadi manusia tamak yang merosakkannya. Bukti jelas di depan mata kita, bumi yang kita diami tercemar gara-gara kehidupan rakus serta sikap khalifah yang tidak menjalankan peranannya. ‘‘Telah timbul pelbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).’’” (Al-Quran – Surah Ar Ruum: 41) Sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan perlu diubah demi kesejahteraan sejagat. Masyarakat sebenarnya tidak menghargai dan mensyukuri alam sekitar dan kehidupan ini sebagai anugerah dan amanah Allah s.w.t. Tabiat membuang sampah di merata tempat terus menjadi-jadi. Kesedaran untuk menguruskan sisa pepejal (sampah) seolah tidak wujud kerana kecintaan terhadap kebersihan yang nipis dan kusam. Lantaran

oleh Allah ini adalah kurniaan kepada manusia. Sebagai agama yang syumul dan kamil, Islam mempunyai perspektif, pendekatan dan kaedah penyelesaiannya yang tersendiri dalam menghadapi krisis alam sekitar. Perspektif Islam yang berdasarkan ajaran tawhid telah memperincikan kedudukan dan peranan manusia sebagai khalifah yang memakmurkan bumi ini. Konsep ini telah diterangkan oleh Allah s.w.t. di dalam al Quran yang maksudnya: ‘‘Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi...’’” [Al Baqarah : 30] Kepelbagaian alam ini memanifestasikan kekuasaan Allah dalam meneroka dan menggunakan setiap kurniaan yang wujud di dalamnya. Setiap manusia itu haruslah bersederhana, tidak bersifat mementingkan diri sendiri, jujur dan tidak mengeksploitasi, serta menjauhi daripada bersifat monopoli. Malah setiap umat Islam itu perlulah mensyukuri nikmat yang diperolehi daripada alam semulajadi ini. Kita perlulah sentiasa menyedari bahawa alam sekitar adalah milik mutlak Allah dan ianya perlulah dipelihara supaya sentiasa dalam keadaan baik. Contohnya Allah menurunkan sumber air bagi membolehkan manusia itu melakukan pelbagai

Krisis yang berkaitan alam sekitar telah lama diperkatakan, dan perhatian yang diberikan terhadap krisis ini kelihatannya lebih serius kebelakangan ini. Isu berkaitan alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan tanah

serta eksploitasi yang keterlaluan terhadap sumber bumi telah mengakibatkan ketidak seimbangan terhadap alam yang kita diami ini, sehingga permasalahan ini bukan lagi terbatas kepada perbincangan di kalangan para ilmuan dan pencinta alam sahaja, malah ianya melibatkan golongan politik, korporat, aktivis masyarakat dan sebagainya. Sesungguhnya isu alam sekitar telah menjadi agenda penting sepanjang beberapa dekad yang lalu dan terus menjadi isu utama kehidupan manusia.

SWCorp dan Masyarakat Seiring ke Arah Alam Sekitar Mampan moHd roHaidY Bin ZulKiFli

Melihat Dengan Mata hati; Mencintai, Menghargai & Mensyukuri Bumi Dan Alam Sekitar Ini Sebagai Anugerah & Amanah Pencipta iSHanuddin Bin HuSSin

Page 8: Hargailah Alam Sekitar

1514 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

» 01

» 02

» 03

» 04

» 05

» 06

» 08

keterangan Gambar01. Pelancaran Pelan tindakan Komprehensif Pengurusan Sisa Pepejal 2015-2020 oleh menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan, YB datuk abdul rahman dahlan.02-05. Sekitar majlis Pelancaran Pelan tindakan Komprehensif Pengurusan Sisa Pepejal 2015-2020.06. Pameran SWCorp sempena Perhimpunan agung umno 2014 di PWtC pada 25-29 november 2014.07. YB datuk abdul rahman dahlan menunjukkan cara mengasingkan sisa makanan ke dalam mesin kompos.08. menteri dalam negeri, YB dato’ Seri dr. Zahid Hamidi turut melawat booth pameran SWCorp.

» 07

sebenarnya membawa maksud secara tidak langsung bahawa kecintaan kita kepada maha Pencipta, Allah s.w.t jua terlalu nipis atau tidak wujud. Seharusnya kita menginsafi dan takut kepada amaran Allah: ‘‘Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pasak yang menetapnya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang ternakan kamu.’’ (Surah An-Naziaat : 30-33) Nabi s.a.w pula telah berpesan: ‘‘Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’’ (Hadis riwayat Muslim). Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Agama Kristian Agama Kristian menetapkan pengurusan alam sekitar adalah di bawah tanggungjawab manusia. Agama Kristian berpendapat manusia adalah makhluk yang sempurna dan sesuai untuk diberikan tanggungjawab mengawalselia alam sekitar . Konsep tanggungjawab yang ditekankan ini lebih dikenali sebagai stewardship. Konsep stewardship bermaksud manusia adalah wakil tuhan yang diberi tanggungjawab bagi menguruskan seluruh ciptaan Tuhan di bumi ini. Tanggungjawab yang diberikan ini merupakan satu amanah kepada setiap manusia supaya menguruskan alam semesta ini dengan baik. Dengan adanya amanah dari tuhan ini maka manusia akan memikul tanggungjawab menguruskan bumi dengan baik dan secara langsung ianya dapat menghalang manusia daripada melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan alam sekitar. Di samping itu, untuk menjamin keberkesanan pelaksanaan tanggungjawab stewardship ini, setiap penganutnya perlu memahami dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan berkaitan dengan alam semulajadi (natural law). Apabila para penganutnya memahami peraturan-peraturan yang digariskan ini maka mereka akan mempunyai kesedaran tinggi untuk memelihara alam sekitar daripada tercemar. Isu-isu kerosakan alam sekitar dapat dihindari sekaligus dapat menjamin kualiti alam sekitar yang lebih baik (Norhibah Hasan Zawawi 1999: 29).

Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Agama Hindu Menurut agama Hindu penciptaan, pemeliharaan dan permusnahan seluruh alam semesta ini adalah ditentukan oleh suatu kuasa pencipta. Keseluruhan alam semesta adalah tertakluk di bawah kuasa pencipta. Manusia dilarang sama sekali daripada melakukan kemusnahan dan kerosakan ke atas kehidupan yang ada di muka bumi. Agama Hindu turut mengajar penganutnya untuk memelihara dan menguruskan alam sekitar dengan baik supaya kualiti alam sekitar tidak merosot. Menurut doktrin Ahimsa para penganut Hindunisme ditegah daripada melakukan kekejaman ke atas haiwan. Apatah lagi ke atas sesama manusia itu sendiri. Doktrin ini menggalakkan penganutnya mengamalkan vegetarian. Penganut agama Hindu dilarang memakan daging lembu kerana lembu adalah haiwan suci di sisi agama Hindu. Para penganut agama Hindu diajar untuk memuja pokok kerana ia simbol kepada pelbagai sifat ketuhanan. Setiap pokok yang dipuja itu mempunyai dewanya tersendiri. Agama Hindu mengatakan bahawa hutan adalah kediaman dewa Krishna. Lantaran itu setiap penganut agama Hindu dilarang menebang pokok-pokok yang ada di hutan secara berleluasa. Kawasan berhutan itu perlulah dikekalkan bagi menjamin kediaman yang sempurna bagi dewa Krishna mereka. Maka dengan ini agama Hindu telah menyuruh agar penganutnya bertindak secara beretika dan bermoral ke atas alam sekitar bagi menghormati alam semesta. Jelaslah bahawa agama Hindu meminta setiap penganutnya agar memelihara alam sekitar ini dengan baik dan mengawal perbuatan mereka daripada melakukan kemusnahan ke atas alam sekitar ini (Sulaiman Noordin 2010: 254), termasuklah kepada perkara asas pengurusan sisa pepejal yang dijana oleh diri sendiri serta kebersihan diri dan persekitaran. Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Agama Buddha Menurut agama Buddha, alam semulajadi ini adalah hidup walaupun hakikatnya pada pandangan manusia ianya tidak bergerak atau mati. Agama Bhuddha menghujahkan bahawa alam semulajadi ini mempunyai kaitan rapat dengan

kepercayaan bumi dan langit sebagai ibu bapa kehidupan. Manusia harus menjaga dan memelihara alam sekitar ini sebagai tanda mengasihi dan menghormati ibu mereka iaitu bumi ini. Agama Buddha mengajar penganutnya supaya sentiasa menyedari bahawa alam semulajadi ini adalah sensitif terhadap sebarang tindak-tanduk manusia ke atasnya. Hal ini dapat difahami bahawa alam semulajadi dan tindakan manusia mempunyai hubungan secara tidak langsung serta manusia itu sendiri perlu menguruskan alam sekitar ini dengan baik tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar. Agama Buddha menyatakan bahawa alam semulajadi ini wujud dalam keadaan dinamik dan apa-apa yang berlaku ke atas alam semulajadi ini adalah hasil daripada proses perubahan yang berterusan. Sememangnya alam sekitar itu tidak berbentuk dalam keadaan statik kerana alam sekitar akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa akibat daripada perlakuan manusia mahupun faktor-faktor semulajadi. Penganut Buddha diajar untuk menjaga dan menyedari setiap perlakuan mereka bagi mengelakkan berlakunya perubahan alam secara serius sekaligus mencegah mereka daripada membuat sesuatu perkara yang boleh mengancam ekosistem hidupan bumi yang lain. Agama Buddha menyuruh para penganutnya supaya tidak mengeksploitasikan sumber alam secara sewenang-wenangnya kecuali untuk keperluan hidup mereka. Malah mereka ditegah daripada melakukan perkara-perkara yang memudaratkan hidupan lain bagi kepentingan diri sendiri. Selain itu, agama Buddha tidaklah menggariskan persoalan pandangan alam semata-mata malah agama Buddha juga menekankan kepada pembentukan moral individu sebagai teras kepada aktiviti kehidupannya. Dengan adanya pembentukan moral individu, maka peratusan keberkesanan sesuatu perkara itu tinggi kerana penganutnya akan diberikan segala panduan untuk menjaga alam sekitar. Di samping itu juga, panduan yang diberikan ini merangkumi segala jenis perbuatan baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia. Maka dengan ini, para penganutnya berhati-hati dalam melakukan setiap tindakan bagi memelihara ibu mereka iaitu bumi daripada berlaku kemusnahan (Sulaiman Noordin 2010: 255).

Galeri

Page 9: Hargailah Alam Sekitar

1716 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

keterangan Gambar01. datuk ab rahim md noor, Ketua Pengarah eksekutif bergambar kenangan sempena international Greentech & eco Products exhibition & Conference malaysia iGem 2014 di KlCC pada 16-19 oktober 2014.02. Warga kerja SWCorp bersama sebahagian pengunjung.

keterangan Gambar01. Kunjungan hormat SWCorp ke SuK Sabah pada 13 oktober 2014.02. lawatan datuk KPe ke medan selera & pusat pengasingan sisa bio green.03-05. datuk KPe diberikan penerangan berkaitan operasi pusat pengasingan sisa bio green.

06-07. Kunjungan Hormat dari Jabatan Keselamatan Jalan raya malaysia (JKJr) ke SWCorp pada 15 oktober 2014.

03-04. datuk ab rahim meninjau aktiviti-aktiviti yang dijalankan di booth.05. Warga kerja SWCorp sedang melayan pertanyaan para pengunjung. 06-08. datuk ab rahim di international Solid Waste association 2014 (iSWa 2014), yang berlangsung di Sao Paulo, Brazil.

09-11. lawatan kerja datuk ab rahim ke Palembang, indonesia, pada 24-27 ogos 2014.

» 01

» 04 » 05

» 06

» 07

» 08

» 09

» 10

» 11

» 02

» 03 » 01

» 07

» 02

» 03

» 04 » 05

» 06

» 9 » 10 » 11

» 12 » 13

» 08

08. datuk ab rahim menjawab soalan- soalan yang diajukan oleh para perwakilan Sesi Perjumpaan Wakil Penduduk Kl Bersama KPe SWCorp pada 5 november 2014.9-11. antara para perwakilan yang bertanyakan soalan & memberikan pandangan mereka.12. Sebahagian peserta yang hadir menjayakan majlis.13. aktiviti pameran turut diadakan.

Page 10: Hargailah Alam Sekitar

1918 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

» 01

» 02

» 05

» 07 » 08

» 09

» 10 » 11

» 06

» 03 » 04

» 02 » 03 » 04 » 05

» 01

keterangan Gambar 01. majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (mou) bersama Persatuan Hotel malaysia (maH) mengenai pengurusan sisa makanan di Hotel Bangi, Putrajaya.03-04. datuk ab rahim & encik Cheah Swee Hee, Pengerusi Persatuan Hotel malaysia, menyampaikan ucaptama.05. majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman mou SWCorp bersama JKJr pada 16 disember 2014.06-08.Sekitar aktiviti sampingan selepas acara menandatangani mou bersama JKJr. turut bersama Ketua Pengarah JKJr, Ybhg. dato’ tam Weng Wah.09-11. majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (mou) di antara SWCorp dengan universiti malaysia Pahang (umP) pada 5 november 2014 bertempat di umP Gambang, Pahang. datuk ab rahim & YH. Profesor dato’ dr. daing nasir Bin ibrahim, naib Canselor umP, mewakili organisasi masing-masing.

keterangan Gambar 01. datuk ab rahim bersama para pemenang Pertandingan Pidato alam lestari antara iPt Piala menteri KPKt yang diadakan di uPnm pada 8 november 201402. Johan Pertandingan Pidato.03-05.antara aksi para peserta yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Pidato.06-07. Sebahagian peserta yang menjayakan Hari Kitar Semula Kebangsaan yang berlangsung pada 15 november 2014.08. dato’ Seri arpah abdul razak, Ketua Setiausaha KPKt, merasmikan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014.09. dato’ Seri arpah melawat booth pameran.10. Persembahan istimewa para pelajar yang bertemakan kitar semula.11. dato’ Seri arpah & datuk ab rahim menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan.

» 06

» 09

» 11

» 10

» 07

» 08

Page 11: Hargailah Alam Sekitar

2120 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

» 01

» 02

» 03

Program Anti-Litter merupakan antara inisiatif pihak SWCorp dalam usaha meningkatkan kesedaran awam berkaitan tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran serta menyebarkan maklumat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kemampanan alam sekitar. ia juga merupakan pendekatan yang terbaik bagi SWCorp mendampingi (engaging) masyarakat untuk memupuk kerjasama yang erat dalam usaha mewujudkan sebuah negara yang bersih dan indah.

keterangan Gambar 01. datuk ab rahim bersama pengunjung pengunjung cilik yang turut mengambil bahagian dalam program Anti-Litter yang telah berlangsung di Jalan Polo, ipoh.02. orang ramai turut diberikan risalah berkaitan anti-litter.03-07.antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program Anti-Litter di Cheras. 08. Program Anti-Litter turut membersihkan longkang yang dipenuhi sampah. 09-10.antara peserta-peserta program yang bersemangat membersihkan bandar muar dari sampah sarap yang dibuang sesuka hati oleh pihak tidak bertanggung jawab.

» 04

» 05

» 07

» 06

» 08

» 09 » 10

» 01

» 03

» 09 » 10

» 11

» 12 » 13

» 06

» 07

» 08

» 04

» 02

SWCorp menyediakan Pelan tindakan Winning The Hearts and Minds (WHM) untuk mendekati masyarakat melalui jalinan yang mesra supaya masyarakat akan sama-sama menyokong aspirasi SWCorp dan memberikan komitmen terhadap budaya penjagaan alam sekitar.

keterangan Gambar 01-03. Kelihatan datuk ab rahim meyerahkan sumbangan. 04. datuk ab rahim bergambar kenangan bersama antara peserta WHm. 05. datuk ab rahim menandatangani plak WHm di langkawi. 06-13. antara aktiviti WHm yang dijalankan.

» 03 » 05

Page 12: Hargailah Alam Sekitar

2322 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

» 01

» 07 » 08

» 09

» 06

» 04

» 02

ops Mata Helangoperasi mata Helang atau ops mata Helang merupakan operasi turun padang ke seluruh pelusuk kawasan untuk mengenalpasti punca masalah kebersihan di seluruh kawasan sama ada di bawah seliaan SWCorp atau sebaliknya. ops mata Helang adalah berbeza dari tindakan kawal selia yang biasa dilaksanakan oleh SWCorp kerana fokus pelaksanaan ops mata Helang adalah untuk menghasilkan outcome yang di luar kebiasaan. Pemantauan yang dilaksanakan adalah secara menyeluruh dan terperici untuk mengenalpasti semua masalah di lokasi dan ianya menuntut penglibatan semua pihak untuk mencari kaedah penyelesaian segara.

keterangan Gambar 01-04.datuk ab rahim mengetuai ops mata Helang yang dijalankan di sekitar langkawi, Kedah, pada 29 november 2014.05-07.ops mata Helang pada 9 oktober 2014 diadakan di sekitar kawasan Chow Kit, Kuala lumpur. 08. antara peniaga di Pasar Chow Kit yang memberikan pandangan terus kepada datuk ab rahim ketika ops mata Helang dilakukan di kawasan terbabit.09. Hasil dari ops mata Helang ini, datuk ab rahim memberikan arahan terus kepada pihak berkenaan tentang langkah segera yang perlu diambil.

» 03 » 05

» 03

» 01

» 02

» 03

keterangan Gambar 01. datuk ab rahim berbasikal bagi meninjau keadaan sekitar daerah Kluang, Johor, pada 2 Februari 2014.02. Hukuman denda sehingga rm100,000 atau penjara boleh dikenakan kepada pesalah yang membuang sampah haram, seperti yang ditunjukkan oleh datuk ab rahim sempena program mata Hati.

03-04. datuk ab rahim menanam pokok sempena program mata Hati.05. antara peserta yang turut serta bergambar kenangan bersama datuk ab rahim.06-08. antara papan tanda yang dipasang bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

» 04

» 05

» 06

» 07 » 08

Mata Hatimata Hati merupakan pendekatan yang universal iaitu melihat sesuatu perkara melangkaui dari apa yang sebenarnya dilihat untuk menjelaskan dan membangkitkan kesedaran serta keinsafan. Pendekatan mata Hati digunakan untuk mentransformasikan minda masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keindahan persekitaran. masyarakat didampingi dan sentiasa disalurkan dengan maklumat, pengetahuan dan fakta-fakta yang betul serta tepat tentang isu-isu yang berkaitan menggunakan pelbagai medium dan platform melalui komunikasi secara berkesan.

Page 13: Hargailah Alam Sekitar

2524 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

» 08

» 09

» 10

» 05

» 06

» 07

keterangan Gambar 01. datuk ab rahim turut sama bermain sukan petanque sempena Kursus teambuilding & Jati diri siri 2 pada 18 oktober 2014 yang diadakan di Glory Beach resort. 02-03. aktiviti sekitar kursus teambuilding.04. antara peserta teambuilding yang berjaya memenangi hadiah selepas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung.

keterangan Gambar 04. Para peserta Kursus teambuilding Siri 7 di eagle ranch Port dickson yang dianjurkan pada 1 oktober 2014.05-09.antara tugasan yang perlu dilakukan secara berkumpulan.10. Para peserta teambuilding turut serta dalam program Anti Litter di sekeliling Port dickson bersama datuk KPe.

» 01

» 02

» 03

» 04

» 01

» 02

» 09

» 10

» 11 » 12

» 08

» 07

» 03

» 05

» 04

keterangan Gambar 01-03. datuk ab rahim memberikan ucapan pada Sesi inspirasi bersama syarikat konsesi alam Flora pada 15 oktober 2014.04-05.Sebahagian bahan pameran semasa Sesi inspirasi ini berlangsung.06. datuk ab rahim bersemangat memberikan ucapan yang bertajuk “towards a Clean nation”.07-11. antara peserta yang hadir. 12. Kakitangan syarikat konsesi bergambar kenangan bersama datuk ab rahim.

» 03 » 06

Page 14: Hargailah Alam Sekitar

2726 M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5M A M PA N | J a n u a r i 2 0 1 5

media massa yang terdiri daripada media elektronik dan media cetak memainkan peranan yang amat penting dalam menyalurkan pelbagai maklumat terutamanya perancangan & inisiatif SWCorp dalam mencapai matlamat malaysia bersih dan indah tahun 2020.

SWCorp Dalam Media Massa

Page 15: Hargailah Alam Sekitar

swcorpMY PPSPPA@ppsppa_sisawww.swcorp.my