8/14/2019 hashim awang
1/8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104
TAJUK :
TOKOH ( HASHIM AWANG )
NAMA : MOHD HAFIS BIN ARIFFIN
NO. MATRIK : JEA 080167
SEMESTER : SATU
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH
8/14/2019 hashim awang
2/8
TOKOH : HASHIM AWANG
Tokoh yang saya tampilkan ialah tokoh yang digelar kritikawan unggul
.Beliau ialah Hashim Awang adalah sebuah nama yang besar dalam kritikan
sastera Melayu moden.Namanya dikaitkan dengan penulisan kritikan sastera
akademik.Dan kemudiannya menjadi ikutan ramai pelajar sastera di institut
pengajian tinggi dalam jurusan kesusasteraan untuk membuat kajian kerja-
kerja penulisan akademik mereka,seperti menulis latihan ilmiah ,tesis sarjana
dan kedoktoran. Beliau adalah anak teregganu yang dilahirkan pada tahun
1942 melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Bahasa ,Kuala Lumpur .
Setelah menjadi guru , beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya
pada tahun 1967 dan mendapat sarjana muda sastera .Terus
mempertingkatkan pencapaian hingga ke peringkat sarjana dan doktor
falsafah .
Latar sastera 1970-an ,tercetus peristiwa 13 mei 1969 ,menandakan
ketidakseimbangan ekonomi dan perbezaan social .Berlaku perubahan politik
dan dasar ,disediakan rukun negara ,dasar ekonomi baru untuk menyusun
semula sistem masyarakat. Berlaku perubahan dalam penulisan daripada
aliran .Mula juga lahir karya bersifat intelektual. Meninggalkan ekspresioistik
dan protes sosial .
Sumbangan Hashim Awang tidak serancak Yahaya Ismail yang menulis
saban minggu di dada akhbar.Beliau hanya menulis sekali sekala sahaja dan
menerbitkan di mjalah atau berbentuk buku. Sumbangan beliau yang
pertama ialah memperkukuhkan kedudukan pendekatan formalistik ,yang
8/14/2019 hashim awang
3/8
selama ini digunakan cukup meluas dalam kritikan praktis tanah
air.Pendekatan itu dijadikan landasan dan tesis sarjana dan kedoktoran
.Beliau sendiri adalah mempelopori mengkaji cerpen dengan tajuk Cerpen
cerpen Melayu sebelum perang Dunia kedua(1975).Beliau juga, telah
memperkenalkan pendekatan baru dalam kritikan sastera ,iaitu pendekatan
psikologi pada tahun 1980 an Sebelum ini unsur-unsur psikologi sudah sedia
ada dalam kritikan , Yahaya Ismail pernah menggunakannya , tetapi tidak
menyeluruh dan kental. Hashim Awang telah meneliti dan menkaji pemikiran
dan toeri Sigmund Frued , terutama aspek mimpi dan pengkaryaan , lalu di
turunkan ke dalam sastera melayu untuk dijadikan landasan kritikan .
Selain itu , beliau juga turut memperkenalkan teori sturukturalisme
yang diasaskan oleh Ferdinand de Saussure yang dimantapkan kemudiannya
oleh Roland Barthes. Teori ini dalam mendekati teks-teks sastera , ditandai
oleh analisis menyeluruh yang ekolmenggunakan segala aspek dan unsur
yang membina karya sastera dengan melihat secara keseluruhannya .
Maksudnya bahawa analisis struktural menekankan hubungan dan
keterjalinan semua unsur di dalam sesebuah karya. Tujuannya adalah untuk
memperolehi objektiviti , koherensi , dan kebenaran dengan meletakan
kecermatan dan ketelitian .
Seterusnya , hasil daripada pemantapan pendekatan formalistikdan
teori struturaalisme yang dibawa oleh Hashim Awang itu, beberapa kaedah
pengajaran sastera di sekolah menengah telah dicipta . Kaedah kaedah itu
digunakan dalam usaha untuk menyemarakkan pengajaran sastera di
sekolah. Kaedah ini menjadi satu kaedah mengalami dan menghayati dan
8/14/2019 hashim awang
4/8
fokus yang telah digunakan oleh guru yang mengajar sastera di semua
sekolah.
Sumbangan yang lain juga , ialah beliau sendiri berjaya mencipta teori
sastera yang diberi nama Pengkaedahan Melayu.Teori ini dibina berdasarkan
sepenuhnya kepada budaya , cara , dan sikap hidup , pandangan dunia ,
perspektif alam semesta dan agama islam orang-orang Melayu yang memiliki
ciptaan-ciptaan karya sastera mereka yang tinggi lagi unik. Pengkaedahan
dengan sendirinya membawa makna cara , maka maksudnya di sini ialah
cara kita menilai dan memberi makna , lalu teori ini berbicara secara
langsung cara yang harus digunakan untuk membaca sesebuah teks
sastera.Orang melayu sudah lama pandai membaca teks, kerana di tangan
mereka sudah ada Tajul Muluk yang memandaikan mereka memahami diri
dan erti hidup ini sendiri. Teori sastera pernah diturunkan daripada idealisme
ajaran Islam itu sendiri , namun ia tetap melekat pada teks teks kreatif
sebagai sandaran. Cakupan perkaedahan Melayu itu begitu luas sekali .
Berpecah kepada dua bahagian yang penting iatu Pengkaedah Alamiah dan
Pengkaedah Agama , yang pertama memecah kepada pendekatan
gunaan,pendekatan moral dan pendekatan firasat. Kedua ialah pendekatan
dakwah ,pendekatan kemasyarakatan dan pendekatan seni. Keluasan teori
ini , ia bersifat elektif dan juga intertekstual.
Hashim Awang beranggapan bahawasastera menyerupai suatu mimpi ,
untuk sampai kepada makna ia mengalami proses pemakanan , dan makna
itu ada tersurat dan tersirat. Ilmu firasat mempunyai kedudukanyang
istimewa dalam sejarahnya. Ilmu firasat sebenarnya adalah sebahagian
daripada mistik dan merupakan simbol kekuatan kejiwaandan mental sesuatu
8/14/2019 hashim awang
5/8
bangsa itu. Firasat Hashim Awang seperti yang dinyatakan ada hubungan
secara langsung dengan sistemtanda dan lambang . Kedua-duanya seperti
yang sedia kita ketahui adalah sebahagiandaripada ciri sastera.
Karya-karya penting , berikut diturunkan beberapa buah karya Hashim
Awang yang dapat mewakili kerja kritikannya iaitu Hashim Awang ,1974,
Meninjau keadaan kritik sastera di Malaysia sekarang dalam Kritik sastera di
Malaysia,Kuala Lumpur: Penerbitan Kebudayaan Belia dan Sukan.Cerpen-
cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua,1975, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Strukturalisme dalam Ilmu Sastera dan Aplikasinya,1985,
Kuala Lumpur: penerbit Universiti Malaya.
Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan,1988,Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan
Novel,1998,Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Teori Pengkaedahan melayu,
kertaskerja Seminar Antara Bangsa Kesusasteraan Melayu, Universiti
kebanggsaan Malaysia.Novel Hikayat :Satu Penelitian Struktur Penceritaan
Melayu,1986.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kepentingan kritikan Hashim Awang ialah beliau telah melakukan
penyelidikan menyusuri sejarah kritikan sastera melayu moden di peringkat
awal, iaitu di tahun 1930-an untuk menentukan corak dan bentuk kritikan
dewasa itu. Hasil penyelidikan yang telah menyampaikan kita pertumbuhan
kritikan sastera , corak dan pengasasnya. Kepentingan dapaatan daripada
penyeludikan ini sampai sekarang masih di pakai di pusat pengajian tinggi.
Selain itu , beliau juga orang yang telah bertanggungjawab dalam
memberi definisi kritikan sastera melayu yang berteras kepada sejarah dan
8/14/2019 hashim awang
6/8
tradisi sastera melayu. Definisi beliau ialah bahawa kritikan dalam satera
melayu di peringkat awal itu , iaitu1930-40-an adalah longgar dan umumnya
belum mencapai peringkat kritikan yang saintifik seperti dalam tradisi barat.
Seterusnya , beliau yang menegaskan bahawa dalam sesebuah
kritikan praktis , haruslah menggunakan mana-mana teori sastera . Kritikan
praktis yang tidak menggunkan teori sebenarnya bukannya kritikan ,
sebaliknya ia hanyalah sebuah apresiasi sahaja. Dengan penegasan ini ,
menunjukkan kepentingan teori dalam kerja kritikan dan seseorang yang
ingin menjadi pengkritikwajiblah menguasai pelbagai teori sastera.
Kepentingan yang lain juga ,Hashim Awang dapat kita katakan sebagai
pemikir dan penguasan bidang kritikan . Pandangannya selalu bernas dan
tajam yang mempunyai wawasan yang jelas untuk kita mempratikkannyan
dalam kehidupan . Seperti diketahui , beliau memperkenalkan beberapa teori
Barat ke negara kita seperti pendekatan psikoanalisis, arketaip dan
strukturalisme.sehingga berjaya mencipta Pengkaedahan Melayu.
Secara keseluruhan , Hashim Awang seorang pengkritik tanah air ,
yang lahir sebagai pengkritik disaat-saat sastera Melayu moden sangat
memerlukannya. Pendekatan formalistik menjadi satu bahan yang penting
kepada Hashim Awang , kerana beliau sesuai dengan zaman sastera Melayu
mula menjejaki intelektualisme , kritikan sastera di akademiknya , bukan
sahaja mengembangkan sastera kreatif Melayu tetapi juga pengajian Melayu.
Apabila dunia sastera tumbuh seperti cendawan selepas hujan ,banyak teks
anti- realisme dan mengarah kepada kejiwaan , beliau membawa masuk teori
8/14/2019 hashim awang
7/8
8/14/2019 hashim awang
8/8