LAPORAN DAN PEMBUKTIAN
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (HHHC9301)
NAMA
SITI NOR AIN BINTI BENE
A144567
Nama Aktiviti: ONE FOR ALL, ALL FOR ONE
Kod: PF/006/000-1213-059
Persatuan: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERUBATAN
Tempat: MERLIMAU, MELAKA.
Jawatan: Exco Tugas-tugas Khas
HHHC9 301 SET 22 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Saya Siti Nor Ain Binti Bene, nombor kad matrik A144567 pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, telah sempurna melaksanakan kerja yang
diberi iaitu “Kemahiran Komunikasi” bagi sesi 2013/2014. Saya telah melibatkan diri
dalam program ‘One For All, All For One’ dengan amat cemerlang dalam aspek-aspek
yang menyeluruh terutama dari segi pengurusan maklumat dan pembelajara sepanjang
masa.
Pada bulan Februari yang lalu, pelajar perubatan Tahun 1 telah melaksanakan
program motivasi bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama Assayidah Khadijah
(SMAAK) di Melaka. Dalam program ini, saya telah menyandang jawatan sebagai Ketua
Exco Tugas-tugas Khas (TTK). Saya telah diberi tanggungjawab dalam hal-hal seperti
melengkapkan peralatan yang diperlukan oleh exco lain dan juga mengatur cara salah
satu aktiviti dalam program ini iaitu LDK 1. Dalam melaksanakan aktiviti ini, saya
sebagai ketua sangat memainkan peranan dan berkomunikasi dengan ahli-ahli dibawah
saya dan juga ahli exco lain. Saya juga dapat belajar tentang pengurusan maklumat iaitu
dengan menyusun atur semua maklumat atau permintaan daripada exco lain. Saya
menyusun semua maklumat dalam senaskah buku dan saya juga menyimpan maklumat
dalam komputer riba sebagai langkah-langkah penjagaan jika maklumat dalam buku
hilang. Selain itu, sebagai ketua, saya dapat belajar tentang banyak perkara terutama
kepimpinan, komunikasi serta pengurusan maklumat. Pembelajaran inidapatlah saya
gunakan untuk masa akan datang. Dalam aktiviti LDK 1, atas kata sepakat bersama ahli-
ahli Exco TTK, kami memilih untuk membuat explorace sebagai pengisian. Kelainan
tentang aktiviti ini ialah mereka ditugaskan untuk memberikan satu jawapan dari klu-klu
yang kami berikan apabila mereka melengkapkan tugasan yang diberikan di setiap
“checkpoint” dan peraturannya ialah seorang sahaja yang dibenarkan melaksanakan
tugasan untuk satu “checkpoint” serta orang yang sama tidak dibenarkan melaksanakan
tugasan di “checkpoint” lain. Saya dan rakan-rakan juga membincangkan pengisian yang
bermanfaat dalam aktiviti tersebut seperti Mystery Box iaitu mereka dikehendaki
mencari klu dalam kotak yang berisi ulat. Aktiviti ini melatih mereka menyusun strategi
dan berani dalam melaksanakan tugasan. Aktiviti ini juga mengajar rakan-rakan saya
untuk mengurus maklumat supaya mendapat jawapan yang betul. Saya telah memberikan
arahan kepada mereka untuk berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
Di samping itu juga, dalam aktiviti bersama pelajar-pelajar Tingkatan 1 Sekolah
Menengah Agama Assayidah Khadijah (SMAAK), pelajar-pelajar tersebut dibahagikan
kepada beberapa kumpulan. Saya dan beberapa rakan lain telah dimasukkan dalam salah
satu kumpulan tersebut dan ditugaskan menjadi fasilitator. Sebagai fasilitator, saya dan
rakan-rakan berjaya meningkatkan semangat dan keyakinan mereka untuk menjadi ketua
dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sebagai pengetahuan, setiap aktiviti kami melantik
ketua yang berlainan supaya mereka dapat merasai kebertanggungjawaban sebagai ketua.
Saya juga dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang alam persekolahan saya kepada
mereka. Walaupun mereka masih muda tetapi mereka sepatutnya didedahkan dengan
pengisian seperti ini. Pengalaman dan pengajaran daripada aktiviti ini dapat saya gunakan
pada masa akan datang dan dapat juga digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut
untuk masa depan mereka.
Program ini, saya dan ahli-ahli lain dapat berinteraksi dengan baik. Saya dapat
mengaplikasi kemahiran pengurusan maklumat serta memerbaiki cara pengurusan
maklumat dalam diri saya. Kemahiran ini juga dapat diaplikasi dan dipelajari oleh ahli
yang lain. Program ini juga mengasah lagi bakat saya dalam kemahiran komunikasi.
Menjadi ketua Exco TTK juga mengubah diri saya daripada pasif kepada lebih
menglibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Semua pembelajaran daripada program ini
sangatlah bermakna dan dapatlah saya mengaplikasikan pada masa akan datang. Program
ini juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Pelajar Perubatan Tahun 1 dan
masyarakat iaitu pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Secara keseluruhan program ini berjalan dengan lancar disebabkan pengurusan
maklumat yang efektif menyebabkan semua aktiviti dapat erjalan dengan lancar.
Walaupun terdapat sedikit permasalahan ketika pelaksanaan program namun berjaya
diatasi dengan baik dan terdapat alternatif lain yang digunakan bagi meminimakan
permasalahan ini. Tayangan video ilmiah telah dipaparkan kepada para pelajar sementara
masalah ini diselesaikan.
LAPORAN AKTIVITIUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 BUTIRAN AKTIVITI
a. Nama Aktiviti : “One For All, All For One”
b. Penganjur : Pelajar Perubatan Tahun 1, Fakulti Perubatan, UKM
c. Dengan kerjasama : -Tiada-
d. Tarikh : 2/2/2014- 4/2/2014
e. Tempat : Merlimau, Melaka
f. Jumlah peserta : 36 orang pelajar perubatan tahun 1 dan seorang penyelia
g. Perasmi (Nama Penuh & Jawatan) – jika ada
Pembukaan : -Tiada-
Penutup : -Tiada-
h. Jumlah pendapatan : RM 2,840.00
Jumlah perbelanjaan : RM 2,706.06
i. Gambar sepanjang aktiviti (sekurang-kurangnya 3 keping)
- Gambar semasa perasmian/penutup
- Gambar yang mempunyai banner/bunting
- Gambar-gambar sepanjang program berlangsung
Lihat Lampiran
j. Aturcara/buku program terkini
Lihat Lampiran
k. Jawatankuasa Program yang sebenar *Sila senarai nama pelajar yang menjalankan tugas sahaja
l. Borang penilaian aktiviti (sekurang-kurangnya 15 borang) Rujuk Borang Penilaian Aktiviti (UKM-SPKP-JPPel- PK04-BO05).
m. Ulasan penasihat (lihat Lampiran B)
2.0 PENGISIAN AKTIVITI
Bengkel/Seminar/Persidangan/Ceramah (jika ada/berkaitan)
-Tiada-
3.0 KESIMPULAN
3.1 Kelebihan/kebaikan aktiviti
1) Memberi pengalaman baru kepada kami dengan menjadi fasilitator di SMAAK.
2) Merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain dan menjadi lebih mesra dan mudah bergaul dengan rakan-rakan satu jurusan.
3) Menerapkan kemahiran berorganisasi dalam diri supaya ilmu yang dipelajari dapat digunakan untuk melaksanakan program lain pada masa akan datang.
4) Memupuk kemahiran berkomunikasi dengan berhubung antara ahli jawatankuasa program dan juga masyarakat luar seperti Che Ad dan pelajar SMAAK.
3.2 Permasalahan yang timbul
1) Beberapa orang peserta tidak memaklumkan kepada MT tentang pembatalan penyertaan dan ini menimbulkan kesulitan pada saat akhir.
2) Bayaran yang dikenakan agak membebankan peserta disebabkan oleh kurang sumber pendapatan.
3) Terdapat beberapa perubahan aturcara pada saat akhir program/ ketika pelaksanaan program.
4) Exco multimedia kurang bersedia ketika pelaksanaan program di SMAAK kerana kurang pengalaman terutamanya dalam penyediaan montaj.
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik antara setiap ahli jawatankuasa yang terlibat. Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang tidak dijangka, semua itu dianggap sebagai sebahagian daripada pengalaman baru dalam menjalankan program ini. Program kali ini telah memberi banyak manfaat kepada banyak pihak, terutamanya bagi pihak ahli jawatankuasa sendiri selain pelajar SMAAK. Melalui program ini, ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada pelajar perubatan tahun 1 dapat mengasah kemahiran insaniah dalam diri masing-masing yang merupakan kemahiran asas yang penting dalam dunia perubatan. Sejurus itu, program ini boleh dikatakan sebagai suatu latihan untuk maju dalam kemahiran insaniah.
Disediakan oleh,
……………………. SITI NORAISYAH BINTI MAHIDINTimbalan SetiausahaProgram “One for All, All for One”Universiti Kebangsaan MalaysiaKampus Kuala LumpurJalan Raja Muda Abd Aziz50300, Kuala Lumpur.No. Tel : 013 6421635
Disemak oleh,
…………………………….ABDUL RAUF BIN YUSOFPengarahProgram “One for All, All for One”Universiti Kebangsaan MalaysiaKampus Kuala LumpurJalan Raja Muda Abd Aziz50300, Kuala Lumpur.No. Tel : 0111 568 7192
Disahkan oleh,
………………………………DR KHAIZURIN BINTI TAJUL ARIFINPenasihat & PenyeliaProgram “One for All, All for One”Jabatan Biokimia, Fakulti PerubatanUniversiti Kebangsaan MalaysiaKampus Kuala LumpurJalan Raja Muda Abd Aziz50300, Kuala Lumpur.No.Tel : 019 272 5699
Tentatif terkini
TARIKH & MASA AKTIVITI
02 FEB 2013(AHAD)8.00 pagi9.00 pagi11.00 tghari12.00 tghari
4.30 ptg
5.00 ptg
7.30 mlm8.30 mlm11.00 mlm
Berkumpul Bertolak dari KTSNDaftar masuk di Homestay Che AdMakan Tengahari di homestay Che Ad Aktiviti Homestay
- Melawat ke kilang perusahaan dodol - Solat Zohor dan Asar (Jama’)
Persiapan diriMakan malam di homestay che ad (bungkus)Bergerak ke Banda HilirBerjalan-jalan sekitar Banda HilirSolat Maghrib dan Isyak (Jama’)River CruisePulang ke HomestayPersiapan diri & tidur
03 FEB 2013(ISNIN)6.00 pagi
7.00 pagi8.00 pagi2.30 ptg3.30 ptg6.00 ptg7.00 mlm8.00 mlm11.00 mlm
Solat SubuhMakan pagi di Homestay Che AdBergerak menuju ke Sek. Agama (P) KhadijahLihat: TENTATIF PROGRAM SMAAKMakan tengahari, solat ZohorLDK 1Persiapan DiriSolat Maghrib dan Isyak (Jama’) Barbeque di Homestay Che AdBersurai
04 Feb 2013(SELASA)6.00 pagi7.00 pagi9.00 pagi10.00 pagi
Solat SubuhMakan pagi di homestay Che AdCheck out dan menuju ke Pantai di Kg. UmbaiBalik
Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Program “One For All, All For One”
Majlis Tertinggi
2. Abdul Rauf Bin Yusof A143609 3. Muhamad Syahmi bin Ainuddin A143611 4. Nurul Syuhada Binti Sulaiman A143665 5. Siti Noraisyah Binti Mahidin A143614 6. Muhammad Azfar Shairazi bin Mohd. Ariffin A143601 7. Wan Nur Adilah binti Wan Rusdi A143592
Exco Program & Perhubungan
1. Nur Fazlin binti Abdul Manan A1436672. Hamzah bin Firoz Husain A1436163. Azian Syafinaz binti Arifin A1436684. Nur Erietika binti Azlan A1436825. Fatin Alia binti R Junaidi A1435706. Norshahana binti Mohd. Arifin A143688
Exco Multimedia
1. Nor 'Allia Shafiqa binti Mokhtar A143669 2. Muhammad Syahir Afham bin Kamaruddin A1436553. Nur Fareehah binti Ahmad Basir A143683
Exco Pengangkutan & Logistik
1. Muhammad Imran Qadir bin Ahmad Zaini A1435912. Muhammad Dhirar bin Mohd. Danial A1436083. Zakiah binti Hamdan A1436324. Nurul Hikmah binti Mohamed Rasyidi A143637
Exco Jamuan
1. Fatin binti Rosnan A1436592. Nur Afiqah binti Amran A143670 3. Meeshaliny A/P Marimuthu A1435744. Muhammad Zuhaily bin Isahak A143643
Exco Tugas-Tugas Khas & Urus Setia
1. Siti Nor Ain binti Bene A1445672. Arika binti Khairul Azam A1436843. Ahmad Fitri bin Kamaruzaman A143652
Exco Kebajikan, Keselamatan & Kebersihan (3K)
1. Adila Syafiqah binti Aziz A1436102. Nor Syaqira Aina binti Bakri A143593 3. Muhammad Najib bin Abdul Razak A1436514. Kasturi Vijaya Kumar A1436725. Thanusha A/P Rangiah A143583
Exco Dana
1. Azleen Aunie binti Roslan Zalani A1435892. Ayunni Azzyyati binti Azmi A1435943. Julaina binti Zainal Abidin A1435884. Syazwan bin Azhar A1436215. Durratul Ain binti Shohaimi A143590
Gambar sepanjang aktiviti
Ucapan Perasmian Program dari Pengetua SMAAK dan Ucapan daripada Pengarah Program.
Ahli-ahli One For All, All For One.
Bersama pelajar Tingkatan 1 SMAAKBeberapa aktiviti yang dijalankan seperti ulat dadu dan whose there.
Bersama pelajar tingkatan 5 untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi.
Bergambar bersama semua guru kaunseling dan pelajar tingkatan 1 dan 5 SMAAK dan ahli-ahli All Fof One ,One For All diakhir sesi.
Di Homestay Che Ad untuk bermalam dan melakukan aktiviti.
Di pantai Pulai untuk membersihkan kawasan sekitar disamping melihat keindahan dan menghargai alam semulajadi.
Di Kilang Dodol untuk melihat cara pembuatan dan mesin.
Che Ad menunjukkan padi dan cara menumbuk padi untuk mendapatkan beras.