ASSIGNMENT INDIVIDU
KARYA KLASIK(HIKAYAT CENDAWAN PUTIH)
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYUJXEA 1104
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA:UMI SALIHA BINTI ONNNO. MATRIK: JEA 080153SESI: SEM 1 (2008/2009)
AKADEMI: PENGAJIAN MELAYUNAMA PENSYARAH: PROF. DR.AMRAN
MUHAMMAD
PENGENALAN
Hikayat Cendawan Putih adalah sebuah hikayat yang menceritakan tentang Raden
Kesuma Ningrat yang dibuang kedalam hutan semenjak kecil bersama dengan ibunya.
disebabkan oleh penipuan yang dilakukan oleh abang tirinya iaitu Raden Kesuma Wati.
Raden Kesuma Ningrat menyamar sebagai Cendawan Putih dan telah dijadikan anak
angkat oleh Raja Tanjung Pura dan dia membantu ayah angkatnya mengalahkan Raja
Dewa Samsul yang ingin menakluki negeri yang diperintah oleh Raja Tanjung Pura.
Dalam perjalanan pulang untuk menemui bondanya, Raden Kesuma Ningrat bertemu
dengan Puteri Ratna Sari dan membawanya pulang. Sebagai seorang adik dan anak yang
baik Cendawan Putih membantu abang tirinya mencari telur burung merpati putih untuk
mengubati penyakit ayahandanya. Disebabkan oleh perasaan dengki, abang tirinya telah
menolaknya ke laut setelah mendapatkan telur tersebut dari Cendawan Putih. Namun
akhirnya Cendawan Putih sendiri membantu abang tirnya yang tertawan dan anak
cendawan putih pula telah berjuang mendapatkan kembali takhta nendanya.
(1) CONTOH TEKS HIKAYAT CENDAWAN PUTIH
“Sebermula maka tersebutlah perkataan Raden Kesuma Ningrat selama ia di dalam
hutan dengan bondanya itu, maka tuan puteri pun fikir dengan tangisnya terkenangkan
kepada bahagian tinggal dihutan itu. Jikalau demikian aku duduk pada tempat ini jika ada
orang bertitah sela kepada akun nescaya matilah aku dibunuhnya, jikalau demikian
baikalah aku lari pada tempat ini. Maka tuan puteri pun berjalanlah dua beranak. Kira-
kira ada dua puluh hari dan dua puluh malam perjalanan jauhnya maka ia pun bertemu
dengan seekor gajah putih bergadingkan emas. Maka kata gajah itu, “Ya tuanku puteri
indera maya, hendak kemana tuan hamba ini?” maka sahut tuan puteri, “hai gajah putih,
aku ini mencari tempat diam yang patut,” Maka kata gajah putih,”Jikalau demikian
naiklah tuanku di belakang hamba, boleh hantarkan ke padang Telaga Naga.
Setelah itu maka naiklah tuan puteri ke atas belakang gajah putih itu, lalu berjalan.
Tiada berapa lamanya di jalan maka ia pun sampailah di atas gunung Padang Telaga
Naga. Maka kata gajah putih “disinilah tuanku tempat yang patut” . Maka kata tuan
puteri,”Baiklah gajah putih.”Maka tuan puteri pun turunlah dari atas gajah putih itu.
Maka duduklah tuan puteri diatas batu putih itu, terlalu permailah rupanya dan dinaungi
oleh pohon naga sari sedang berkembang serta dengan rompak daunnya seperti paying
rama-rama kuning dilihat orang, maka gunung itu pun bercahaya-cahaya seperti cahaya
bulan rupanya.
Setelah ada berapa lamanya tuan puteri diam diatas gunung itu maka raden kesuma
ningrat hendak menyusu maka susu tuan puteri pun tiada keluar airnya. Maka tuan puteri
(2)pun menangis melihat anaknya menangis hendak menyusu itu seraya katanya, “ Apalah
daya bonda kerana anakku sudah empat puluh hari dan empat puluh malam tiada minum,
dimanakan ada air susu bonda”.
Maka Raden Kesuma Ningrat pun menangis terguling-guling di atas batu putih itu.
Maka dengan ditakdirkan Allah s.w.t maka keluarlah air dari dalam batu itu seperti
meleleh dan sungai rupanya. Maka tuan puteri pun khairanlah kebesaran tuhan seru
sekalian alam atas hambanya, maka diminum air itu sepuas-puas hatinya.
Setelah di minumnya maka Raden Kesuma Ningrat pun diberinya air susu oleh
bondanya, maka dengan ditakdirkan oleh Allah s.w.t , maka Raden Kesuma Ningrat pun
besarlah . Maka ia pun bermain-main di dalam hutan gunung itu, sehari-hari bermain
panah, pergi mencari kijang dan menjangan. Demikianlah pekerjaan Raden Kesuma
Ningrat di dalam hutan itu ada berapa lamanya.”
(3)
Hikayat Cendawan Putih merupakan salah satu cerita sastera melayu yang boleh
dikategorikan sebagai cerita lipur lara. Hikayat ini turut mempunyai unsur falsafahnya
yang tersendiri. Falsafah ialah suatu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran
umum dan asas. Istilah falsafah berasal dari perkataan yunani iaitu “philosophia” yang
membawa maksud cinta akan kebijaksanaan. Lipur lara telah didefinisikan oleh A.H.
Krappe (1965) sebagai sebuah cerita yang bersambungan, tertentu panjangnya, secara
praktikal di sampaikan dalam bentuk prosa, bernada serius pada keseluruhannya, di
selitkan dengan unsur-unsur lucu, berpusat kepada watak wira dan wirawati, yang daif
pada permulaan cerita, setelah mengalami satu siri pengembaraan di mana unsur-unsur
luar biasa memainkan peranan, dan akhirnya tercapai cita-cita serta hidup bahagia buat
selama- lamanya.
Menerusi cerita ini kita dapat mengetahui bahawa cerita ini terdapat elemen kasih
sayang, hasad dengki dan sebagainya. Dari sudut falsafah pula cerita ini boleh dikatakan
diperolehi melalui salah satu saluran ilmu iaitu melalui intuisi atau ilham. Intuisi atau
ilham ialah unsur rohaniah yang bertempat di hati yang dapat menanggapi dan mengerti
secara terus dan spontan makna sesuatu perkara melalui kemeresapan ke dalam hati yang
tidak boleh di perolehi melalui fikiran dan akalnya.
Intuisi terbahagi kepada dua tahap iaitu intuisi pada tahap kesedaran manusia biasa
yang berkaitan dengan pengertian tentang kejadian alam tabii ini.Namun intuisi pada
peringkat rendah ini hanya membawa pengertian kepada satu juzuk atau serpihan
daripada realiti atau alam kewujudan bukan keseluruhannya.Intuisi yang kedua pula ialah
(4)intuisi pada tahap manusia istimewa iaitu merupakan kesedaran dan pemahaman tentang
alam dan kewujudan yang tinggi yang merentasi alam zahiriah.
Sebagai contoh melalui cerita hikayat cendawan putih ini terdapat banyak cerita
yang tidak berlandaskan realiti kehidupan ataupun boleh dikatakan mempunyai cerita
yang tidak logik. Sebagai contoh air yang keluar dari batu putih setelah Raden Kesuma
Ningrat berguling- guling di atasnya.Selain itu kisah Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang
mati dibunuh oleh Raden Kesuma Wati dan dihidupkan semula oleh Singa Pahlawan
Berma menunjukkan bahawa hikayat ini dipengaruhi oleh imaginasi atau fantasi
pengarangnya. Sekiranya hikayat ini di lihat melalui pandangan hidup yang realiti hal ini
tidak boleh diterima akal kerana orang yang mati tidak akan hidup semula. Melalui ajaran
agama islam pula, hanya Allah yang boleh menghidupkan dan mematikan makhluk
ciptaannya. Kekuasaan Allah adalah satu realiti dalam konsep ilmu dan pendidikan islam
iaitu realiti yang mutlak ialah allah adalah tuhan seru sekalian alam.Kemudian ada pula
realiti malaikat, alam imaginasi pertengahan (alam khayal), alam jin dan manusia, dan
akhirnya alam tabii.
Berdasarkan epistemologi melayu melalui pendekatan etnografi iaitu menganalisis
dan menubuhkan konsep ilmu pengetahuan yang di tanggapi dan dipegang oleh orang
melayu seperti yang terkandung dalam khazanah kesusasteraan bertulis dan lisan, prosa
dan puisi, pantun, syair, peribahasa, mentera, cerita rakyat dan pelbagai bentuk
kepustakaan melayu. Dalam kajian demikian usaha penilaian dan pengesahan tidak
terlibat, iaitu ciri-ciri kebenaran, kepalsuan, kesahihan dan keabsahan tidak penting dan
(5)
di utamakan. Apa yang penting ialah penganalisisan dan penghuraian konsep ilmu
pengetahuan masyarakat melayu seperti yang di jelmakan oleh bentuk-bentuk
pengucapan dan pengungkapan melayu itu.
Selain itu dalam hikayat ini juga ada menyatakan bahawa Ayahanda kepada Raden
Kesuma Ningrat dan Raden Kesuma Wati telah jatuh sakit dan diramalkan akan sembuh
dengan memakan telur burung merpati putih yang bersarang di telinga naga di atas
gunung Meraksa Dewa. Secara rasional hal ini menunjukkan cerita ini tidak berlandaskan
realiti kerana wujudnya unsur-unsur dongeng. Dongeng boleh didefinisikan sebagai cerita
rekaan yang mengkhayalkan. Cerita- cerita dongeng banyak terdapat di dalam cerita-
cerita hikayat seperti hikayat awang suluh merah muda yang pada kebiasaannya
menunjukkan kekuasaan aneh yang di miliki oleh seseorang wira.
Hikayat cendawan putih banyak menggunakan imaginasi atau melalui daya
pengamatan dan penglihatan yang menyebabkan sesuatu benda atau peristiwa dongeng
atau metos dirasakan benar-benar berlaku.Meskipun pada hakikat sebenar cerita-cerita
yang berunsur metos atau dongeng hanya dijadikan sebagai suatu hiburan atau sekadar
untuk menjadikan sesebuah cerita itu menjadi lebih menarik. Sekiranya hikayat ini
menggunakan garis panduan agama islam maka unsur-unsur yang akan dinyatakan adalah
berdasarkan ajaran dan kepercayaan yang berlandaskan syariah islam.
(6)
PENUTUP
Hikayat Cendawan Putih jelas menunjukkan tentang ciri-ciri sebagai sebuah cerita
lipur lara melayu. Ceritanya penuh dengan unsure-unsur pengembaraan, kesaktian yang
luar biasa dan unsur-unsur lucu. Hikayat ini turut dipengaruhi oleh unsur-unsur agama
islam dan hindu.
Hikayat ini juga memberi pangajaran yang berguna kepada pembaca contohnya
perasaan hasad dengki tidak akan memberi kebaikan kepada sesiapa. Perkara-perkara
yang negatif harus di elakkan supaya manusia dapat terus hidup dalam keadaan yang
aman dan tenteram.
(7)
BIBLIOGRAFI
AWANG SARIYAN 2007, FALSAFAH DAN LOGIKA
MELAYU, KL, SYNERGYMATE SDN BHD.
HASHIM HAJI MUSA 2001, FALSAFAH, LOGIK, TEORI
NILAI DAN ETIKA MELAYU, KL, SYNERGYMATE SDN BHD.
WAHYUNAH ABD GHANI 2005, HIKAYAT CENDAWAN PUTIH,KL, DBP.
HTTP://MS.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/FALSAFAH
HTTP://EN.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/FALSAFAH