BIL NAMA NO. MATRIK
1 NORHAZREEN BINTI MUHAMAD HASHIM
D20101037135
3 WAN ROSMIYATI BINTI WAN MUSA D20101037077
Hikayat Hang Tuah (HHT) merupakan terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Kassim Ahmad.
HHT sebuah karya epik yang berbentuk prosa yang mengandungi
lebih daripada 500 halaman dengan lebih kurang 164,000 patah
perkataan.
HHT ini telah dihasilkan pada akhir kurun ke-17.
Karya ini juga disebut Valentijin Kitab Hantoewa menurut Francois
Valentijin dalam karyanya Oud en Nieuw Oost-Indien (1728).
Tambahnya lagi, karya ini biasanya dinamakan oleh Sarjana Melayu
Sulatas-Salatin, iaitu Sultan-Sultan Melaka.
Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik bersifat kebangsaan.
Hikayat ini menonjolkan keperwiraan Hang Tuah sebagai wira Melayu
dalam kerajaan Melayu pada zaman feudal.
Hikayat ini bukan sahaja merupakan hikayat yang meriwayatkan
hidup seorang pahlawan Melayu malah telah menyanjung tinggi tokoh
Hang Tuah sebagai lambang keagungan dan kemudian kemerosotan
bangsa Melayu.
Hikayat Hang Tuah merupakan satu-satunya epik Melayu yang
melakar cita-cita, kebolehan dan sikap hidup orang-orang
Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah yang menerajui hikayat
ini, mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang
berbudaya dan bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat
kesetiaan, keberanian, kepintaran dan budi bahasa yang halus.
Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang unggul serta
pahlawan Melayu yang gagah semasa pemerintahan Sultan
Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.
Pada masa umurnya sepuluh tahun, Hang Tuah bersahabat karib dengan
empat orang yang sebaya dengannya, iaitu Hang Jebat, Hang
Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka bagaikan isi dengan kuku.
Ketika belayar ke Pulau Tinggi, Hang Tuah dan sahabatnya telah
membunuh segerombolan lanun lalu mereka diambil berkhidmat di bawah
Sultan oleh Bendahara yang kagum akan kepahlawanan mereka pada usia
yang begitu muda.
Ketika Hang Tuah mengiringi Sultan ke Majapahit, beliau menyahut
cabaran seorang pahlawan Jawa yang termahsyur dikenali sebagai Taming
Sari dan berjaya memperoleh sebilah keris yang dinamakan “Taming
Sari” sempena pemiliknya yang asal. Taming Sari merupakan seorang
anak buah Empayar Majapahit yang telah dihadiahi dengan sebilah keris
kuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya kebal.
Kemenangannya menyebabkan Hang Tuah dikurniai bukan sahaja keris
„Taming Sari‟ tetapi juga gelaran Laksamana dan sepersalinan pakaian
oleh Seri Betara.
Laksamana Hang Tuah telah menjadi orang kesayangan Sultan dan hal
ini menimbulkan rasa iri hati dalam kalangan kerabat diraja termasuk
Patih Karma Wijaya. Suatu tuduhan palsu telah dibuat terhadap Hang
Tuah iaitu, beliau dituduh berzina dengan dayang Sultan, dan Hang Tuah
serta-merta dijatuhi hukuman mati oleh Sultan yang murka tanpa
sebarang usul periksa. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak
dilaksanakan oleh Bendahara, dan Hang Tuah disembunyikan di
Inderapura.
Mempercayai bahawa Hang Tuah telah mati, Hang Jebat, melancarkan
pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah demi
membela kematian sahabatnya sehingga menyebabkan keadaan huru-
hara dalam kalangan rakyat Melaka. Seterusnya, Sultan meninggalkan
istana dan mengumumkan Hang Jebat sebagai penderhaka. Semua
percubaan untuk membunuh Hang Jebat tidak berhasil. Sultan Mansur
Shah berasa sesal akan hukuman mati yang telah dijatuhkan kepada
Hang Tuah kerana Hang Tuah merupakan satu-satunya wira yang
berupaya untuk membunuh Hang Jebat.
Akhirnya, Bendahara membuka rahsianya dan memanggil Hang Tuah pulang
daripada persembunyian. Hang Tuah telah diampuni oleh Sultan. Suatu perjuangan
yang amat menyedihkan telah berlaku antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.
Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang Tuah telah berjaya membunuh Hang
Jebat dan mendapat keris Taming Sarinya semula. Jebat mengamuk selama 3 hari
sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kemudian, orang – orang Feringgi (Portugis) berjaya menawan Melaka dengan
membedil kota Melaka. Penggempuran ini telah dilakukan serentak dengan
kedatangan dua angkatan laut dari Manila dan negara Feringgi. Para pahlawan
Melaka pun menemukan kegagalan dan seterusnya berundur ke selatan. Di
sini, mereka mendirikan sebuah kerajaan baharu yang dikenali sebagai Kerajaan
Johor Lama.
Maka, Hang Tuah terus menghilangkan diri dan beliau tidak pernah dilihat lagi.
Berita tentang Laksamana Hang Tuah juga tidak kedengaran lagi tetapi beliau
dipercayai masih hidup pada akhir hikayat ini.
Bab 1: Mengisahkan asal usul Raja Bentan.
Bab 2: Hang Tuah menjadi Hamba Raja.
Bab 3: Kedatangan Patih Kerma Wijaya ke
Bentan dan perpindahan Melaka.
Bab 4: Raja Muda.
Bab 5: Perutusan meminang ke Inderapura dan ke Majapahit.
Bab 6: Raja Melaka berangkat ke Majapahit.
Bab 7: Perkahwinan Raja Melaka.
Bab 8: Patih Gajah Mada dengan Hang Tuah.
Bab 9: Hang Tuah dalam buangan di Inderapura.
Bab 10: Hang Tuah melarikan Tun Teja.
Bab 11: Megat Panji Alam.
Bab 12: Laksamana dengan Raja Melaka.
Bab 13: Hang Tuah di Majapahit.
Bab 14: Betara Majapahit dengan Raja Melaka.
Bab 15: Hang Tuah difitnah.
Bab 16: Hang Tuah menduduki istana.
Bab 17: Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat.
Bab 18: Betara Majapahit dengan Raja Melaka.
Bab 19: Hang Tuah ke benua Keling dan China.
Bab 20: Raden Bahar dan Adipati Solok.
Bab 21: Hang Tuah diutuskan ke Siam.
Bab 22: Raja Chulan, Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad.
Bab 23: Inderapura tunduk ke Melaka.
Bab 24: Hang Tuah jatuh sakit.
Bab 25: Hang Tuah diutus ke Turki I.
Bab 26: Hang Tuah diutus ke Turki II.
Bab 27: Hang Tuah bersara, Raja Melaka turun
takhta.
Bab 28: Kerajaan Melaka jatuh.
Teknik Lakonan
Teknik Improvisasi
Teknik Kad Imbasan
Teknik Membuat Projek
Teknik Lawatan Sambil Belajar
Teknik ini memberi kesempatan kepada guru mengadaptasikan cerita daripada teks
atau karya sastera ke dalam bentuk lakonan.
Berdasarkan hikayat tersebut, guru boleh menyediakan skrip atau kumpulan murid
yang menyediakannya.
Seterusnya guru meminta murid-murid melakonkan cerita dengan menghayati watak-
watak yang terdapat dalam karya tersebut.
Menerusi aktiviti lakonan ini, guru dapat mengetahui tahap kecerdasan interpersonal
murid daripada mula berlakon sehingga tamat.
Aktiviti ini juga, dapat mengenal pasti tahap kreativiti murid-murid melalui kumpulan
kecil yang telah dibahagikan.
Hang Tuah
Bertimbang rasa terhadap orang yang lemah
“Maka kata laksamana, „Sungguh seperti katamu itu, tetapi akan kita diperhamba raja
ini hendaklah pada barang sesuatu pekerjaan itu dibicarakan sangat-sangat, seperti kata
orang tua-tua: „Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang
jahat,‟ supaya masuk syurga Jannah”.
(HHT halaman 387)
Hang Tuah mempunyai sifat timbang rasa terhadap orang yang lemah. Hang Tuah
sempat menasihati Hang Jebat supaya tidak melakukan dosa lagi seperti membunuh
orang.
“Mengapatah tiada dapat kita lima bersaudara ini melayarkan sebuah perahu?”
(HHT. halaman 24)
Sifat keberanian Hang Jebat digambarkan dengan jelas sejak awal lagi, iaitu
semasa peristiwa Hang Tuah mencadangkan supaya mereka merantau
mencari makanan. Dalam peristiwa tersebut, mereka telah bertembung
dengan tiga buah perahu musuh berdekatan dengan sebuah pulau, mereka
cuba ditangkap dan dibunuh. Keberaniah Hang Jebat terserlah apabila beliau
tidak sedikit pun gentar apabila berhadapan dengan musuh.
“Belum sempat bendahara duduk, maka titah raja, “ Hai
bendahara, segeralah buangkan Si Tuah! Derhakalah pada kita”.
(HHT. Halaman 349)
Sultan menjatuhi hukuman secara terburu-buru tanpa mendengar
nasihat dan rayuan daripada bendahara Paduka Raja. Satu kesilapan
bagi sultan Melaka ialah baginda tidak terfikir bahawa perbuatan fitnah
yang dilakukan itu pernah dilakukan terhadap Hang Tuah, tetapi sultan
tidak dapat menilai apakah tujuan orang yang membuat fitnah itu
walaupun Hang Tuah telah banyak berjasa kepadanya.
Teknik ini ialah aktiviti sumbang saran atau tergesa-gesa (tidak dirancang
dengan teliti dan sebagainya). Proses ini dijalankan selepas murid-murid
selesai membaca sesuatu teks sastera.
Murid boleh menambahkan watak dalam cerita atau mengubahsuai
penamatan cerita supaya lebih menarik.
Murid-murid juga boleh diberi peluang membina watak sendiri berdasarkan
idea-idea mereka. Selepas membaca teks, murid boleh memikirkan idea-
idea baharu seperti penamatan cerita.
Fasa dan isi
kandungan
Aktiviti Catatan
Fasa 2:
Pencetusan Idea
1) Guru menerangkan tentang konsep watak
dan perwatakan.
2) Guru memulakan pencetusan idea murid
dengan mengaitkan pengajaran yang lepas,
iaitu watak dan perwatakan dalam karya
sastera sebelum ini.
3) Murid diminta memberikan idea (pendapat)
dengan membina watak atau menukar
penamat cerita Hikayat Hang Tuah.
ABM
-Papan putih
-Pen Marker
-Sinopsis
Hikayat Hang
Tuah
Teknik ini digunakan untuk mengajar aspek gaya bahasa.
Guru boleh membuat persediaan awal dengan menyediakan
contoh-contoh gaya bahasa.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan komputer dengan
menyediakan slaid power point.
Fasa dan isi kandungan Aktiviti Catatan
Fasa 2: Transisi
(Guru menjelaskan tentang
aktiviti yang akan dijalankan.
1)Guru meminta pelajar
membentuk beberapa
kumpulan kecil.
2)Guru meminta setiap wakil
kumpulan membacakan
contoh-contoh gaya bahasa
beserta maksud.
ABM
1) Slide power point contoh
gaya bahasa.
2) Laptop
3) LCD
Fasa 3: Kerja Kumpulan 1)Guru meminta setiap
kumpulan membincangkan
gaya bahasa yang terdapat
dalam Hikayat Hang Tuah .
2) Setiap kumpulan akan
mewakilkan seorang pelajar
untuk menyatakan gaya bahasa
yang terdapat dalam Hikayat
Hang Tuah,
ABM
1) Kertas sebak
2) Pen Marker
3) Tek Hikayat Hang Tuah
mengikut bab yang
berlainan bagi setiap
kumpulan.
4) Papan putih
Aspek pemilihan kata
Menggambarkan gaya bahasa lisan
Ayat tergantung dan ada yang tidak lengkap
Kalimatnya pendek-pendek dan tanpa kata penghubung.
Sebagai contoh lihat petikan dalam bab 5.
“Berapa lamanya maka belayar itu maka sampailah ke
Majapahit, lalu berlabuh di kuala. Maka bedil pun dipasang
oranglah seperti bertih bunyinya. Maka segala pengail itu pun
terkejut; disangkanya musuh; habis lari layar ke darat berjalan
menghadap Patih Gajah Mada mengatakan ghali musuh terlalu
besar; entah utusan, tiada periksa. Maka Patih Gajah Mada pun
menyuruh temenggung berlengkap perahu dua buah, sebuah
berisi makanan, sebuah berisi senjata.”
(HHT. Halaman 120)
Ayat pertama yang berbunyi “Berapa lamanya maka belayar itu
maka sampailah ke Majapahit, lalu berlabuh di kuala”
merupakan ayat yang tidak mempunyai subjek.
Disamping itu, wujud penggunaan ayat yang pendek-pendek
dan terputus-putus.
Contohnya: Entah utusan, tiada periksa, yang jelas
memperlihatkan gaya bahasa lisan atau pertuturan.
Penggunaan peribahasa yang indah-indah untuk
menggambarkan sesuatu maksud, tujuan dan keadaan
menambahkan lagi keindahan gaya bahasa yang terdapat dalam
HHT.
Contohnya, terdapat dalam petikan bab 5, iaitu ketika Tun Teja
menolak pinangan Raja Melaka.
“Bukan patut bersuamikan raja Melaka itu, kerana baginda raja
besar dari keinderaan; kerana patik hamba kebawah Duli Yang
Dipertuan menjadi kesalahan namanya. Adapun yang pipit itu
sama pipit juga, yang enggang itu sama enggang juga, tuanku”.
(HHT. Halaman 114)
Walau bagaimanapun, penggunaan gaya bahasa dalam HHT
dianggap agak berkurangan jika dibandingkan dengan prosa
Melayu yang lain.
“Maka sembah Tun Tuah , Insya-Allah, dengan berkat Nabinya dan
dengan daulat Yang Dipertuan dan berkat afwah datuk, dengan
sempurnanya sahaya datuk kembali”.
(HHT. Halaman 119)
Berdasarkan petikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa pengaruh
Islam telah wujud dan bertapak sewaktu hikayat ini bertulis. Tetapi jika
dibandingkan dengan buku Sejarah Melayu penggunaan bahasa Arab
adalah kerap.
Teknik ini adalah kaedah secara berkumpulan.
Teknik ini adalah hasil tugasan bagi proses belajar dan mengajar.
Berdasarkan teks sastera atau karya agung, murid boleh dilatih
menyediakan :
Kolaj
Buka Skrap
Model seperti rumah kampung, keris, sangkar, patung dan
sebagainya.
Lawatan sambil belajar merujuk kepada aktiviti luar kelas yang
melibatkan murid dan guru melawat sesuatu tempat bersejarah
yang memberi ilmu pengetahuan.
Sekiranya sekolah mengadakan lawatan ke tempat bersejarah
seperti muzium dan makam Hang Jebat, pelajar lebih mudah
mengingati fakta yang berkaitan dengan HHT.
Secara keseluruhannya, penerapan Hikayat Hang Tuah dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat mengingatkan pelajar tentang
Hikayat tersebut yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.
Selain itu, terdapat banyak teknik atau aktiviti yang boleh digunakan
dalam pembelajaran bagi melahirkan guru yang lebih kreatif.
Seterusnya, pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan ini
akan memudahkan pelajar untuk memahami, menghayati dan
mengingati hikayat tersebut.
Abu Hassan Sham (1975). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:
Utusan Melayu (M) Berhad.
Abdul Halim Bandan (1994). Panduan Ulangkaji Komprehensif
Sastera Karya Agung Hikayat Hang Tuah Untuk STPM. Kuala
Lumpur: Jofri Print Sdn. Bhd.
Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2004). Hang Tuah: Tokoh Epik
Nasional, Selangor: Pelanduk Publications.
Harun Mat Piah et al (2006) Kesusasteraan Melayu
Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://hangtuah-history.blogspot.com/2012/01/sinopsis-hikayat-
hang-tuah-karya-kassim.html
http://agungkarya13.blogspot.com/p/analisis.html
http://www.slideshare.net/engbeeleng/assig-nilai-hikayat-hang-
tuah-1
http://karyaagungmelayu.blogspot.com/2013/05/pemikiran-
melayu-dalam-karya-agung.html
http://amnaj.wordpress.com/2012/01/28/hikayat-hang-tuah-
huraian-dari-penilaian/