Transcript
Page 1: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

i

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI CURRICULUM INFORMATION

DOCUMENT ONLINE SYSTEM (CIDOS) DALAM MEMPERKASAKAN

PENGAJARAN PENSYARAH DI POLITEKNIK

NORFADZILAH BINTI MAKZIN

Laporan Projek Sarjana ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2016

Page 2: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

iii

DEDIKASI

Teristimewa buatmu....

Untuk ayah dan ibu tersayang,

Makzin Bin Marof & Yang Chik Binti Dolah

Pengorbanan kalian mendidik dan membesarkanku

Akan ku kenang sepanjang hayatku.

Kepada suami tersayang,

Terima kasih diatas kesabaran, sokongan dan

semangat yang diberikan tanpa jemu kepadaku.

Jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana

Prof. Madya. Dr. Ahmad Rizal Bin Madar

Segala tunjuk ajar dan nasihat tidak pernah dilupakan

Tidak ketinggalan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak membantu

Semoga persahabatan kita kekal untuk selamanya

Page 3: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi pujian dan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan

keizinan dan rahmat dariNya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana ini dengan

jayanya. Sesungguhnya kepercayaan di atas kekuasaan dan bantuan-Nya lah yang

menjadi sumber kekuatan kepada diri saya ini dalam menghadapi pelbagai cabaran

dan dugaan yang melanda semasa kerja-kerja menyiapkan Projek Sarjana ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada

penyelia saya untuk projek sarjana saya iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Bin

Madar, di atas kesabaran beliau memberi tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan

kepada saya sepanjang berada di bawah penyeliaan beliau. Tanpa bimbingan ikhlas

dari beliau, projek sarjana ini mungkin tidak akan berhasil.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah-

pensyarah, keluarga tersayang, dan rakan-rakan serta semua yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan projek ini.

Semoga Allah memberi rahmat dan hidayah serta balasan yang baik kepada kalian.

Sekian, Terima Kasih.

Norfadzilah Binti Makzin

Jun 2016

Page 4: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

ABSTRAK

Selaras dengan tuntutan Transformasi Politeknik sebagai peneraju Pendidikan

Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET), perubahan dari segi kaedah

e-pembelajaran berasaskan CIDOS diperkenalkan dalam kalangan pensyarah. Kajian

ini bertujuan mengenal pasti tahap persepsi pensyarah terhadap konsep

e-pembelajaran CIDOS di politeknik. Empat aspek utama yang dinilai dalam kajian

iaitu aspek kesediaan, penggunaan, kemahuan dan cabaran yang dihadapi pensyarah

dalam mengamalkan pembelajaran CIDOS. Kajian ini dilakukan ke atas pensyarah

politeknik di Jabatan Kejuruteraan. Empat buah politeknik terlibat dalam kajian ini

iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Kota Melaka, Politeknik Port Dickson

dan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. Seramai 363 sampel terlibat dalam

penyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian.

Data yang diperolehi dari soal selidik kemudiannya dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Package for the Social Science. Hasil kajian menunjukkan tahap

persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran CIDOS berada pada tahap

sederhana dengan purata keseluruhan nilai skor min 3.50 (SD = 0.38). Dapatan

kajian juga mendapati tahap kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dengan

konsep e-pembelajaran CIDOS berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min

3.45 (SD = 0.52). Manakala bagi menguji kekuatan hubungan antara persepsi dengan

kecenderungan pensyarah analisis Korelasi Pearson telah digunakan. Hasil kajian

menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat terhadap tahap persepsi

dengan kecenderungan pensyarah dalam menggunakan CIDOS dengan nilai korelasi

sebanyak 0.730. Kesimpulannya, pensyarah perlu mempersiapkan diri bukan sahaja

dengan persepsi yang baik, tetapi kecenderungan dan minat dalam melaksanakan

pembelajaran CIDOS seterusnya dapat memperkasakan pengajaran pensyarah dalam

bidang pendidikan yang kini makin mencabar.

Kata kunci: Persepsi, kecenderungan Pensyarah, E-Pembelajaran CIDOS.

Page 5: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

ABSTRACT

In accordance with the demands of the Polytechnic Transformation leading TVET

education, changes in terms of e-learning methods based CIDOS introduced among

lecturers. In general, this study aims to identify the perception of lecturers on the

concept of e-learning in polytechnics CIDOS. Four major aspects considered in the

study of the aspects of readiness, usage, needs and challenges faced by lecturers in

teaching practice CIDOS. This study was done on a polytechnic lecturer at the

Department of Engineering. Four polytechnics involved in this study, namely

Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Kota Melaka, Politeknik Port Dickson and

Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. A total of 363 samples involved in this research

through the distribution of questionnaires as an instrument. Data obtained from the

questionnaires were analyzed using the Statistical Package for the Social Science.

The results showed that the level of lecturers perception of the concept of e-learning

CIDOS is moderate with an average overall score of 3.50 (SD = 0.38). The results

also showed the tendency of faculty to engage with e-learning concept CIDOS at a

moderate level with mean score 3.45 (SD = 0.52). The strength of the relationship

between the perception and tendency lecturer are been tested using Pearson

correlation analysis. The results showed that there were significant relationship to the

perception that strong tendency lecturer in using e-learning CIDOS correlation of

0.730. In conclusion, the lecturer must prepare not only the perception of good, but

the trend and interest in pursuing further education can empower CIDOS lecturers

teaching in the field of education, which is now more challenging.

Keywords: Perception, Tendency Lecturer, E-Learning CIDOS.

Page 6: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

xii

SENARAI JADUAL

3.1 Jadual populasi dan sampel kajian 43

3.2 Pembahagian item soal selidik 44

3.3 Skala Likert 45

3.4 Kesahan item soal selidik 46

3.5 Interpretasi skor Alpha Cronbach 46

3.6 Keputusan nilai Alpha Cronbach 47

3.7 Kaedah analisis data 49

3.8 Pengkelasan nilai julat 50

3.9 Kekuatan nilai korelasi Pearson 50

4.1 Ujian normaliti berdasarkan nilai Skewness dan Kurtosis 54

4.2 Taburan responden mengikut politeknik 56

4.3 Taburan responden mengikut jabatan 57

4.4 Taburan responden mengikut jantina 57

4.5 Taburan responden mengikut umur 58

4.6 Taburan responden mengikut kelulusan tertinggi 59

4.7 Taburan responden mengikut pengalaman perkhidmatan 59

4.8 Analisis data bagi persepsi pensyarah politeknik terhadap

konsep e-pembelajaran CIDOS 61

4.9 Analisis data kesedaran pensyarah terhadap kepentingan

sistem 63

4.10 Analisis data pengetahuan awal pensyarah terhadap sistem

CIDOS 64

4.11 Analisis data persediaan pensyarah sebelum menggunakan

sistem 65

Page 7: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

xiii

4.12 Tahap persepsi pensyarah dari aspek kesediaan dalam

melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS. 66

4.13 Perbezaan persepsi pensyarah dari aspek kesediaan terhadap

konsep e-pembelajaran CISOS mengikut politeknik 67

4.14 Analisis data kekerapan penggunaan pensyarah 68

4.15 Analisis data kecekapan penggunaan pensyarah 69

4.16 Tahap persepsi pensyarah dari aspek penggunaan 70

4.17 Perbezaan tahap persepsi pensyarah dari aspek penggunaan

dalam melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS

mengikut politeknik 71

4.18 Analisis data faktor sikap, minat dan keyakinan pensyarah 72

4.19 Analisis data faktor inovasi teknologi pensyarah 74

4.20 Tahap persepsi pensyarah dari aspek kemahuan 75

4.21 Perbezaan tahap persepsi pensyarah dari aspek kemahuan

dalam melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS

mengikut politeknik 75

4.22 Analisis data faktor masa dan jadual waktu 77

4.23 Analisis data infrastruktur 78

4.24 Analisis data kelancaran capaian sistem 79

4.25 Analisis data kemahiran menggunakan sistem 81

4.26 Tahap persepsi pensyarah dari aspek cabaran 82

4.27 Perbezaan tahap persepsi pensyarah dari aspek cabaran dalam

melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS mengikut

politeknik 83

4.28 Kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dengan

konsep e-pembelajaran CIDOS 84

4.29 Perbezaan tahap kecenderungan pensyarah dalam

melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS mengikut

politeknik 85

4.30 Data analisis kecenderungan pensyarah terhadap penggunaan

e-pembelajaran CIDOS 86

4.31 Hubungan Korelasi Antara Aspek Kesediaan Dengan

Kecenderungan Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam

Pembelajaran Melalui CIDOS 87

Page 8: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

xiv

4.32 Hubungan Korelasi Antara Aspek Penggunaan Dengan

Kecenderungan Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam

Pembelajaran Melalui CIDOS 88

4.33 Hubungan Korelasi Antara Aspek Kemahuan Dengan

Kecenderungan Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam

Pembelajaran Melalui CIDOS 89

4.34 Hubungan Korelasi Antara Aspek Cabaran Dengan

Kecenderungan Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam

Pembelajaran Melalui CIDOS Secara Keseluruhan 90

Page 9: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

xv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konsep kajian 13

2.1 Model TAM 22

2.2 Antara muka utama CIDOS 26

2.3 Antara muka CIDOS yang mesra pengguna 27

2.4 Paparan aktiviti pembelajaran seperti perkongsian nota,

pra kuiz, tugasan amali dan penghantaran projek 27

3.1 Kerangka operasi kajian 41

4.1 Taburan data carta histogram 55

5.1 Kerangka Cadangan Pelaksanaan Pembelajaran Melalui

CIDOS di Politeknik 113

Page 10: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Tujuan Kajian 9

Page 11: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

viii

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Soalan Kajian 10

1.7 Hipotesis Kajian 10

1.8 Kepentingan Kajian 11

1.9 Batasan Kajian 12

1.10 Skop Kajian 12

1.11 Kerangka Konsep 12

1.12 Definisi Istilah dan Operasi 15

1.12.1 E-Pembelajaran 15

1.12.2 Curriculum Information Document

Online System (CIDOS) 16

1.12.3 Persepsi 16

1.12.4 Elemen Kesediaan 17

1.12.5 Elemen Penggunaan 17

1.12.6 Elemen Kemahuan 17

1.12.7 Elemen Cabaran 18

1.12.8 Elemen Kecenderungan 18

1.13 Rumusan 19

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 20

2.2 Model Kajian 21

2.3 Pengenalan Sistem CIDOS 24

2.4 E-Pembelajaran CIDOS 28

2.5 Persepsi Pensyarah 29

2.6 Aspek Kesediaan 30

2.7 Aspek Penggunaan 32

2.8 Aspek Kemahuan 33

Page 12: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

ix

2.9 Aspek Cabaran 34

2.10 Kajian Lepas 36

2.11 Rumusan 37

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Kerangka Operasi 40

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.5 Lokasi kajian 43

3.6 Instrumen Kajian 44

3.7 Kesahan Instrumen 45

3.8 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 46

3.8.1 Kajian Rintis 47

3.9 Prosedur Pengumpulan Data 48

3.10 Kaedah Analisis Data 49

3.11 Rumusan 51

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.2 Analisis Soal Selidik 53

4.3 Analisis Kebolehpercayaan Soal Selidik 53

4.4 Analisis Taburan 54

4.5 Analisis Demografi 55

4.5.1 Politeknik 56

4.5.2 Jabatan 56

4.5.3 Jantina 57

4.5.4 Umur 58

4.5.5 Kelulusan Tertinggi 58

Page 13: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

x

4.5.6 Pengalaman Perkhidmatan 59

4.6 Dapatan Kajian 60

4.6.1 Analisis Persepsi Pensyarah Terhadap

Konsep e-Pembelajaran CIDOS 61

4.6.2 Analisis Aspek Kesediaan Pensyarah

TerhadapKonsep e-Pembelajaran CIDOS 62

4.6.3 Analisis Aspek Penggunaan Pensyarah

TerhadapKonsep e-Pembelajaran CIDOS 67

4.6.4 Analisis Aspek Kemahuan Pensyarah

TerhadapKonsep e-Pembelajaran CIDOS 71

4.6.5 Analisis Aspek Cabaran Pensyarah

TerhadapKonsep e-Pembelajaran CIDOS 76

4.6.6 Analisis Kecenderungan Pensyarah

Untuk Melibatkan Diri Dalam Konsep

e-Pembelajaran CIDOS 83

4.6.7 Analisis Hubung Antara Persepsi

Pensyarah Dengan Kecenderungan

Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam

e-Pembelajaran Melalui CIDOS 86

4.3 Rumusan 91

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Ringkasan 92

5.2 Rumusan Kajian 94

5.2.1 Rumusan Data Demografi 94

5.2.2 Rumusan Soalan Kajian 95

5.3 Perbincangan 97

5.3.1 Latar Belakang Responden 97

5.3.2 Persepsi Pensyarah Terhadap

e-Pembelajaran CIDOS 99

Page 14: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

xi

5.3.3 Kecenderungan Pensyarah Terhadap

Penggunaan e-Pembelajaran CIDOS 106

5.3.4 Hubungan Antara Persepsi Dengan

Kecenderungan Pensyarah Untuk

Melibatkan Diri Dalam e-Pembelajaran

Melalui CIDOS 107

5.4 Kerangka Cadangan Pelaksanaan Pembelajaran

Melalui CIDOS Kesimpulan 109

5.5 Cadangan 114

5.5.1 Cadangan Terhadap Dapatan Kajian 114

5.5.2 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan 116

5.6 Penutup 117

RUJUKAN 118

LAMPIRAN 128

Page 15: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

xvi

SENARAI SINGKATAN

BPKK Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

CAP Projek Agenda Kritikal

CIDOS Curriculum Information Development Online System

CMS Course Management System

DePAN Dasar e-Pembelajaran Negara

FPTV Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

ICT Information Communication Technology

IPT Institusi Pengajian Tinggi

JKA Jabatan Kejuruteraan Awam

JKE Jabatan Kejuruteraan Elektrk

JKM Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

JPA Jabatan Pengajian AM

JPP Jabatan Pendidikan Politeknik

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KPTM Kemanterian Pengajian Tinggi Malaysia

LMS Learning Management System

MOOCs Massive Open Online Courses

NKRA Bidang Keberhasilan Utama

PdP Pengajaran dan pembelajaran

PIS Politeknik Ibrahim Sultan

PKM Politeknik Kota Melaka

PMM Politeknik Merlimau Melaka

PPD Politeknik Port Dickson

PPPM (PT) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)

PSA Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

PSPTN Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

Page 16: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

xvii

SD Sisihan Piawai

SLAB Skim Latihan Akademik Bumiputera

SLAI Skim Latihan Akademik IPTArty

SPSS Statistical Package of Social Science

TAM Model Penerimaan Teknologi

TRA Model Tindakan Bersebab

UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

VLE Virtual Learning Management

WEB World Wide Web

Page 17: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

xviii

SENARAI LAMPIRAN

A Carta Gantt 128

B Krejcie Morgan 129

C Borang Soal Selidik 130

D Borang Pengesahan Pakar 138

E Perincian Data Kajian Rintis 140

F Surat Kebenaran 141

G Analisis (Demografi) 146

H Analisis Kajian (Aspek Kesediaan) 148

I Analisis Kajian (Aspek Penggunaan) 152

J Analisis Kajian (Aspek Kemahuan) 155

K Analisis Kajian (Aspek Cabaran) 159

L Analisis Kajian (Kecenderungan) 164

M Analisis Kajian (Hubungan Korelasi – Pearson) 168

Page 18: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Agenda kerajaan untuk membina dan membangunkan modal insan pada masa hadapan

adalah bergantung pada kualiti sistem pendidikan negara. Langkah kerajaan dalam

mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET) adalah

merupakan satu tindakan baharu yang bertujuan meningkatkan imej dan kualiti

pendidikan sekaligus mengangkat martabat Malaysia ke arah status World Class

Education (Minghat et al., 2013). Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) memperkenalkan pelbagai perubahan bagi memantapkan sistem dan kualiti

pendidikan Negara. Matlamat utama perubahan yang dilakukan adalah untuk

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik (Center for Academic

Excellent) bukan sahaja di rantau Asia malah di peringkat antarabangsa. Terbaru,

melalui pembentangan kertas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan

Tinggi) 2015-2035, kerajaan telah menggariskan sepuluh anjakan utama untuk

merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf

dunia (KPM, 2015). Lonjakan ini mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem

pendidikan tinggi. Melalui pembentangan kertas tersebut, Lonjakan ke-9 iaitu

pembelajaran dalam talian tahap global dilihat sebagai komponen penting pendidikan

tinggi bagi meningkatkan kadar akses pembelajaran atas talian dengan kandungan yang

Page 19: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

2

berkualiti sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP)

pensyarah (KPM, 2015).

Masa depan pembelajaran atas talian bagi sistem pendidikan tinggi Malaysia

adalah berpaksikan kepada piawaian kualiti global, peningkatan akses serta ekuiti

yang memastikan kumpulan yang kurang berpeluang dapat memanfaatkannya (KPM,

2015). Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian berhasrat untuk menjadikan

pembelajaran dalam talian dan “blended learning” sebagai asas kepada kurikulum,

dengan memberi galakan agresif ke atas Massive Open Online Courses (MOOCs).

Menjelang tahun 2019, kerajaan menganggarkan 50% daripada keseluruhan kelas di

institusi di Malaysia akan disampaikan secara dalam talian. Pelbagai keberhasilan

yang ditetapkan oleh Dasar e-pembelajaran Negara (DePAN) masih perlu dicapai

terutama di Politeknik dan Kolej Komuniti (KPM, 2015). Pembelajaran atas talian

atau dikenali sebagai e-pembelajaran masih dikira baru kemunculannya di Malaysia

berbanding di Negara Barat (Krishan et al., 2011). Di peringkat politeknik

khususnya, proses pembelajaran melalui e-learning merupakan kaedah pembelajaran

atas talian yang berasaskan LMS (Learning Management System). Kaedah ini mula

diperkenalkan dan digunakan pada tahun 2010 yang dikenali secara umum sebagai

Curriculum Information Document Online System (CIDOS) e-learning. Melalui

kaedah ini proses PdP menjadi lebih mudah dan fleksibel dari segi tempat, masa,

kaedah serta bahan pengajaran.

Melalui surat edaran pelaksanaan dasar dan prinsip e-pembelajaran politeknik

yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), menuntut

transformasi perubahan dalam sistem penyampaian pendidikan yang menggabungkan

produktiviti, kreatif dan inovasi agar dapat melonjakkan politeknik sebagai peneraju

TVET serantau sekaligus memperkasakan penganjaran pensyarah di politeknik.

Ekoran itu, satu garis panduan telah ditetapkan melalui DePAN yang digunapakai

dalam pelaksanaan Dasar dan Prinsip e-Pembelajaran di Politeknik Malaysia.

Page 20: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam tempoh sedekad yang lalu, banyak kemajuan bidang sains dan teknologi yang

telah ditunjukkan. Kemajuan ini turut mempengaruhi perkembangan bidang lain

seperti komunikasi, perniagaan dan lain-lain. Bidang pendidikan Negara juga turut

merasai tempias arus kemajuan teknologi tersebut. Perubahan drastik ini bukan

sahaja dari aspek bahan pengajaran malah kaedah dan pendekatan pengajaran yang

diguna pakai juga memainkan peranan penting dalam pembangunan minda pelajar

(Harun, 2013). Penerapan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)

merupakan elemen baru yang perlu diterap dalam sistem pendididikan Negara dalam

melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan tinggi malah mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut serta mampu berfikir secara

kreatif dan inovasi yang lebih dinamik (Abdul Rashid, et al., 2010).

Selaras dengan tuntutan Transformasi Politeknik sebagai peneraju Pendidikan

TVET, perubahan yang menggabungkan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta

penambahbaikan dalam sistem PdP institusi pendidikan telah dilakukan. Perubahan

yang dilakukan ini bukan sahaja melibatkan proses pembelajaran pelajar malah akan

turut mengubah persepsi pensyarah dalam melaksanakan aktiviti pengajaran yang

lebih menarik. Hal ini sekaligus menentukan masa depan e-pembelajaran Politeknik

dapat terus diperkukuhkan selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

(PSPTN). Sehubungan itu, pensyarah merupakan salah satu komponen yang terlibat

secara langsung dalam proses penggunaan sistem e-pembelajaran. Menurut Poon,

Teng Low dan Fie Yong (2004), sikap dan persepsi pensyarah merupakan elemen

penting yang menyumbang kepada keberkesanan sistem e-pembelajaran.

Sehubungan itu, kajian yang dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap persepsi

pensyarah terhadap pelaksanaan pembelajaran melalui CIDOS di politeknik.

Terdapat empat aspek penting yang wajib diberi keutamaan bagi memastikan

pelaksanaan pembelajaran melalui CIDOS dapat dilaksanakan iaitu aspek kesediaan,

penggunaan, kemahuan dan cabaran yang dihadapi pensyarah (Zainal Abidin, 2014

dan Jamia’an, 2010).

Aspek kesediaan pensyarah merupakan satu elemen penting yang berperanan

membantu pensyarah menyesuaikan diri dalam suasana dan melaksanakan kaedah

e-pembelajaran dengan berkesan. Elemen kesediaan seperti kesedaran pensyarah

Page 21: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

4

terhadap kepentingan sistem, pengetahuan awal dan persediaan kemahiran perlu

diterapkan kepada pensyarah untuk mengelola dan memimpin pembelajaran atas

talian dengan berkesan (Zainal Abidin, 2014). Dalam hasil kajian yang dilaksanakan

oleh Omar dan Ahmad (2009) membuktikan bahawa tahap pengetahuan awal

pensyarah terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang

signifikan dengan kesediaan pembelajaran. Namun begitu, hasil kajian yang

dilakukan oleh Ahmad, Mustaffa dan Hussain (2013) yang menyatakan bahawa

tahap kesedaran pensyarah tentang kelebihan penggunaan CIDOS dalam pengajaran

Di Politeknik Merlimau adalah masih berada di tahap rendah iaitu sebanyak nilai

skor min 2.20. Hal ini menjelaskan bahawa pensyarah masih kurang kesedaran

terhadap kepentingan e-pembelajaran walaupun telah dikuatkuasakan

penggunaannya dalam PdP di politeknik. Selain itu juga, faktor kelemahan

pengetahuan awal dalam menggunakan platfrom e-pembelajaran turut membawa

kepada kurangnya minat pensyarah untuk mengamalkan pembelajaran berasaskan

CIDOS (Mohammed, 2015). Oleh itu, hal ini dilihat menjadi menghalang bagi

merealisasikan pembelajaran berbentuk atas talian di politeknik.

Aspek kedua yang dikaji adalah aspek penggunaan CIDOS di kalangan

pensyarah di mana kekerapan dan kecekapan pensyarah menggunakan sistem CIDOS

dinilai dan diukur. Kekerapan dan kecekapan pensyarah menggunaan CIDOS dapat

mempercepatkan proses perkongsian maklumat, bahan pengajaran, perlaksanaan kuiz

dan segala aktiviti yang berkaitan dengan PdP kerana ia dapat dilakukan secara atas

talian. Oleh itu, CIDOS merupakan medium terbaik yang digunakan oleh politeknik

bagi mengaplikasikan kaedah dan pendekatan e-pembelajaran (Mat Daud 2013).

Namun begitu, penggunaan CIDOS ini masih kurang digunakan oleh pensyarah di

politeknik. Melalui kajian yang telah dilaksanakan oleh Yahya, Hussin dan

Mohammad Abdullah (2011) di Politeknik Merlimau Melaka menunjukkan bahawa

tahap kekerapan penggunaan e-pembelajaran melalui CIDOS di kalangan pensyarah

PMM masih berada di tahap sederhana. Kenyataan ini telah disokong dengan kajian

yang dilakukan oleh Mad, Marzuki dan Mansor (2011) di Politeknik Sultan Abdul

Aziz Shah menyatakan bahawa penggunaan aplikasi e-tutorial di dalam portal

CIDOS kalangan warga di politeknik juga berada di tahap yang sederhana. Ansary

(2009) turut berpendapat dalam kajiannya menyatakan kebanyakan Institusi

Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang mengamalkan e-pembelajaran belum lagi

mencapai tahap yang tertinggi iaitu menggunakan sepenuhnya pembelajaran atas

Page 22: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

5

talian. Oleh itu, perkara ini menyumbang kepada kegagalan misi untuk

melaksanakan 50% pembelajaran secara atas talian tidak tercapai oleh pihak JPP

(Zainal Abidin, 2014).

Seterusnya, aspek yang dikaji ialah kemahuan pensyarah yang dinilai melalui

sikap, minat dan keyakinan terdapat pembelajaran CIDOS. Melalui hasil kajian yang

telah dijalankan oleh Harun (2013), mendapati bahawa terdapat kumpulan pensyarah

yang menentang dan kurang berminat terhadap penggunaan dan pelaksanaan

pembelajaran melalui CIDOS. Kenyatan ini turut disokong oleh kajian yang

dilakukan oleh Mohd. Yusof et al. (2006) mendapati bahawa sekumpulan pensyarah

yang kurang berminat dengan penggunaan dan perlaksanaan e-pembelajaran kerana

ketidakyakinan pensyarah itu sendiri terhadap e-pembelajaran. Menurut Ab Rahman

(2008) juga berpendapat bahawa subjek yang diajar lebih mudah disempurnakan

dalam kelas kerana komunikasi sebenar lebih berkesan berbanding menggunakan

kaedah e-pembelajaran. Hal ini menyebabkan pembelajaran melalui CIDOS tidak

dapat diaplikasikan secara menyeluruh di semua politeknik.

Pelbagai kemudahan yang boleh digunakan melalui internet antaranya adalah

proses PdP melalui penggunaan CIDOS. Namun begitu masih ada sesetengah

pensyarah yang tidak tahu menggunakan kemudahan ini dalam aktiviti PdP mereka

walaupun pelbagai kursus dan bengkel telah dijalankan. Menurut Othman (2001),

terdapat sesetengah pensyarah yang masih mempunyai pemikiran bahawa

pembelajaran hanya berlaku di dalam kelas sahaja. Pemikiran sedemikian bukan

sahaja menyumbang kepada faktor kurangnya minat pensyarah dalam menggunakan

platform CIDOS dalam proses PdP mereka tetapi menyebabkan kecenderungan

pensyarah untuk melibatkan diri dalam platform ini berkurangan. Kenyataan ini turut

disokong oleh (Ab Rahman, 2008) dalam hasil kajiannya, mengatakan bahawa

terdapat sebahagian kecil pensyarah mempunyai persepsi yang negatif terhadap

e-pembelajaran dengan menganggap platform ini sebagai satu sistem yang rumit.

Selain itu juga, menurut Halim (2002) berpendapat bahawa portal yang digunakan

untuk e-pembelajaran sedang berkembang dan masih belum mantap lagi berdasarkan

kepada sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Rentetan daripada itu,

pensyarah sentiasa mencari perisian yang lebih mudah untuk menggantikan perisian

yang sedia ada. Faktor-faktor tersebut turut menyumbang kepada kurangnya amalan

pembelajaran CIDOS di politeknik.

Page 23: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

6

Manakala aspek cabaran memfokuskan kepada isu-isu yang menjadi faktor

kepada kurangnya pelaksanaan pembelajaran CIDOS di politeknik. Menurut hasil

kajian yang dilakukan oleh Ahmad, Mustaffa dan Hussain (2013) mendapati

kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran menjadi faktor kepada

pensyarah untuk tidak menggunakan CIDOS dalam proses pembelajaran.

Kemudahan akses internet yang tidak menyeluruh di sekitar politeknik turut

menyumbang kepada faktor kurangnya minat pensyarah untuk menggunakan

CIDOS. Oleh itu, kadar capaian sistem CIDOS perlu ditambahbaik untuk keselesaan

pengguna (Yahya, Hussin & Mohammad Abdullah, 2011). Selain itu, terdapat isu

berkaitan dengan capaian portal CIDOS yang lemah menyukarkan pensyarah untuk

melaksanakan e-pembelajaran di bilik kuliah. Hal ini juga menyumbang kepada

faktor kurangnya amalan pembelajaran CIDOS dalam kalangan pensyarah di

politeknik. Seperti kajian yang dilakukan oleh Mohd Ujang (2015) di Politeknik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mendapati masalah pencapaian portal CIDOS

tidak stabil merupakan cabaran besar bagi pensyarah yang ingin melaksanakan

aktiviti PdP berasaskan CIDOS. Faktor ini turut mendorong kepada kurangnya

penggunaan platform CIDOS dikalangan pelajar dan pensyarah.

Walaupun dasar e-pembelajaran di politeknik telah dikuatkuasakan mulai

Disember 2012 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, namun penguasaan

pensyarah terhadap segala aplikasi CIDOS dilihat kurang memberangsangkan (Ali,

2013). Tidak dapat disangkal lagi keberkesanan penggunaan pembelajaran atas talian

dapat memudahkan bagi para pensyarah dan pelajar. Namun, hal ini memerlukan

penguasaan pensyarah terhadap segala aplikasi computer untuk dimuatkan dalam

menghasilkan sesuatu proses pengajaran (Yasak, 2009). Penggunaan CIDOS

memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Justeru, bagi mengaplikasikan

e-pembelajaran ini dalam proses pengajaran menuntut kepada kemahiran daripada

pensyarah untuk menggunakannya. Hanya terdapat sebilangan kecil pensyarah yang

dapat mengendalikan dan menguasai platform CIDOS sepenuhnya. Oleh itu,

kegagalan pensyarah dalam menguasai kemahiran tersebut telah menjadi punca

kepada pembelajaran CIDOS tidak dilaksanakan (Yasak, 2009).

Kejayaan pengaplikasian pembelajaran melalui CIDOS banyak bergantung

kepada peranan pensyarah dalam memanfaatkan kemudahan yang terdapat dalam

CIDOS seperti untuk mengakses pelbagai maklumat dan sebagai platform untuk

berkomunikasi antara pensyarah dan pelajar. Semua usaha ini adalah untuk

Page 24: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

7

menyokong ke arah pembelajaran berkesan dan efektif. Sekiranya pensyarah bijak

menggunakan platform ini sepenuhnya dalam proses PdP di bilik kuliah, para pelajar

akan memperolehi pengalaman pembelajaran baru (Ahmad, Mustaffa dan Hussain,

2013). Sehubungan itu, format pembelajaran politeknik berasaskan e-pembelajaran

atau dikenali sebagai CIDOS kini mendapat perhatian bagi mengatasi tahap

pemahaman pelajar yang rendah dalam pembelajaran kuliah. E-pembelajaran

merupakan kaedah pengajaran inovasi baru yang sesuai diaplikasikan di istitusi

pengajian tinggi (IPT) khususnya di politeknik di mana bentuk pengajaran

berasaskan teknologi dapat dipraktikkan bagi meningkatkan tahap pemahaman

pelajar semasa proses pembelajaran. Usaha pihak Kementerian Pengajian Tinggi

dalam mengubal DePAN dilihat selari dengan hasrat, misi dan visi Projek Agenda

Kritikal (CAP) dan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Kementerian Pengajian

Tinggi (Embi, 2010).

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dikaji, kaedah pembelajaran berasaskan

CIDOS yang dilaksanakan di politeknik masih berada di tahap yang sederhana

(Yahya, Hussin dan Mohammad Abdullah, 2011). Walaupun pelaksanaan dasar dan

prinsip e-pembelajaran di politeknik telah dikuatkuasakan mulai 2012 namun tahap

penggunaan pembelajaran berasaskan CIDOS yang dilaksanakan di politeknik ini

masih ditahap yang rendah. Menurut Ahmad, Mustaffa dan Hussain (2013)

menyatakan bahawa tahap kekerapan penggunaan portal CIDOS oleh pensyarah di

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau berada di tahap yang rendah dengan

catatan skor min sebanyak 1.94. Kenyataan ini turut disokong oleh hasil kajian yang

dilakukan oleh Mad, Marzuki dan Mansor (2011) terhadap penggunaan aplikasi

e-tutorial di dalam portal CIDOS kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul

Aziz Shah adalah juga berada di tahap yang sederhana dengan cacatan min 3.49.

Oleh itu, kebanyakan IPT di Malaysia yang mengamalkan e-pembelajaran belum lagi

mencapai tahap yang tertinggi iaitu menggunakan sepenuhnya pembelajaran atas

talian (Ansary, 2009). Sehubungan itu, melalui kajian yang telah dilakukan jelaslah

bahawa pembelajaran berasaskan CIDOS masih belum mencapai sasaran JPP

Page 25: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

8

berdasarkan keputusan CAP e-Pembelajaran KPM 2014 telah menetapkan bahawa

50% dari kursus yang anjurkan oleh IPTA mestilah berlaku secara atas talian (Zainal

Abidin, 2014).

Pelaksanaan pembelajaran atas talian di politeknik perlu mengambil kira

aspek kesediaan pensyarah dari segi kesedaran terhadap kepentingan sistem,

pengetahuan awal dan kemahiran yang diperlukan oleh pensyarah. Menurut Omar

dan Ahmad (2009) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terhadap hubungan yang

signifikan antara tahap pengetahuan awal dan kemahiran pensyarah dengan

kesediaan pembelajaran. Oleh itu, aspek ini dilihat menjadi tunjang utama kepada

keberkesanan terhadap pelaksanaan pembelajaran berkonsepkan CIDOS di

politeknik. Faktor isu dan cabaran dihadapi pensyarah turut menyumbang kepada

kurangnya amalan pembelajaran CIDOS di politeknik. Contohnya, kurangnya

kemahiran yang dimiliki oleh pensyarah telah gagal memberi manfaat kepada proses

pengajaran yang melibatkan penggunaan e-pembelajaran CIDOS (Yasak, 2009).

Selain itu juga, terdapat kumpulan pensyarah yang menentang dan kurang berminat

dengan penggunaan dan perlaksanaan e-pembelajaran CIDOS dan antara isu yang

diketengahkan ialah ketidakyakinan pensyarah itu sendiri terhadap e-pembelajaran

(Harun, 2013).

Faktor kelancaran capaian sistem e-pembelajaran di politeknik turut

mempengaruhi penggunaan pensyarah terhadap sistem. Kenyataan ini telah disokong

dengan kajian yang dilakukan oleh Yahya, Hussin & Mohammad Abdullah (2011)

yang menyatakan bahawa kadar capaian sistem CIDOS perlu ditambahbaik untuk

keselesaan pengguna, di mana nilai min mencatatkan jumlah sebanyak 4.48 mewakili

60.7% responden bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hal ini menjadi cabaran bagi

pihak KPT dalam menyediakan sistem pembelajaran yang mengikut keperluan

piawaian kurikulum, teknologi semasa dan kemahiran yang diperlukan oleh

pensyarah. Berdasarkan penyataan masalah yang telah dihuraikan, dapat dirumuskan

bahawa pelaksanaan pembelajaran CIDOS di kalangan pensyarah politeknik adalah

masih berada pada tahap yang sederhana. Oleh itu, penyelidik melakukan satu kajian

untuk mengenal pasti tahap persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran

CIDOS dari empat aspek utama iaitu kesediaan, penggunaan, kemahuan dan cabaran.

Page 26: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

9

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap

konsep e-pembelajaran CIDOS di politeknik dari aspek kesediaan, penggunaan,

kemahuan dan cabaran. Disamping itu, kajian juga bertujuan mengenal pasti tahap

kecenderungan pensyarah terhadap penggunaan e-pembelajaran CIDOS.

Seterusnya, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara persepsi diri

pensyarah dengan kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dalam

e-pembelajaran melalui CIDOS.

1.5 Objektif Kajian

Bagi memastikan tujuan kajian ini dapat dicapai, objektif kajian telah dikenal pasti

seperti berikut:

i) Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran

CIDOS.

ii) Mengenal pasti kecenderungan pensyarah terhadap penggunaan

e-pembelajaran CIDOS.

iii) Mengkaji hubungan antara persepsi dengan kecenderungan pensyarah

untuk melibatkan diri terhadap konsep e-pembelajaran CIDOS.

Hasil daripada objektif kajian yang telah dinyatakan, beberapa soalan kajian telah

telah dikenal pasti bagi mencapai objektif kajian ini.

Page 27: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

10

1.6 Soalan Kajian

Bagi memastikan objektif kajian tercapai dan seterusnya memastikan perjalanan

kajian terancang dan teratur, soalan kajian telah dikenal pasti seperti berikut:

i) Apakah persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran CIDOS?

ii) Apakah tahap kecenderungan pensyarah terhadap penggunaan

e-pembelajaran CIDOS?

iii) Sejauhmanakah hubungan antara persepsi dengan kecenderungan

pensyarah untuk melibatkan diri dalam e-pembelajaran melalui CIDOS?

Hasil daripada soalan kajian yang dibina, satu hipotesis telah dibangunkan bagi

kajian ini.

1.7 Hipotesis Kajian

Terdapat hipotesis atau jangkaan yang dirangka di awal kajian bagi menjawab

soalan kajian yang telah dinyatakan sebelum ini:

Hipotesis 1:

Ho: Tidak terdapat hubungan antara persepsi dengan kecenderungan

pensyarah untuk melibatkan diri dalam e-pembelajaran CIDOS.

Ha: Terdapat hubungan antara persepsi dengan kecenderungan

pensyarah untuk melibatkan diri dalam e-pembelajaran CIDOS.

Page 28: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

11

1.8 Kepentingan Kajian

Penggunan teknologi e-pembelajaran di IPT bukan lagi satu pilihan, tetapi menjadi

satu keperluan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian dalam

mewujudkan sistem pembelajaran berasaskan elektronik dilaksanakan secara

optimum dan berkesan. Hal ini bagi memastikan bidang pendidikan bergerak seiring

dengan kemajuan teknologi dunia. Melalui satu kertas kerja yang dikeluarkan oleh

KPTM yang bertarikh 6 Disember 2012, pihak JPP telah diarahkan untuk

melaksanakan dasar e-pembelajaran Politeknik Malaysia dengan menggunakan

aplikasi CIDOS sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran.

Kajian tentang pelaksanaan pembelajaran melalui CIDOS ini mempunyai

kepentingan kepada beberapa pihak seperti pensyarah, pihak politeknik dan

khususnya kepada bidang pendidikan. Hasil kajian ini penting kepada pihak yang

dinyatakan kerana mereka terlibat secara langsung dalam usaha meningkatkan

aplikasi e-pembelajaran CIDOS sekaligus memberikan galakan khususnya kepada

para pendidik di politeknik untuk menggunakan CIDOS dalam proses PdP. Kajian

yang dihasilkan ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pihak politeknik dalam

menyediakan keperluan yang mencukupi bagi melaksanakan kaedah PdP berbantu

multimedia.

Selain memberi manfaat kepada pensyarah dan pihak politeknik, kajian ini

juga diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dalam

pelaksanaan pembelajaran CIDOS di politeknik secara menyeluruh. Kajian ini juga

boleh digunakan oleh pengkaji-pengkaji di masa hadapan sebagai rujukan untuk

membuat kajian yang berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran CIDOS.

Memandangkan pendekatan pembelajaran CIDOS masih ditahap yang sederhana di

bahagian politeknik, maka kajian ini diperlukan bagi menyokong pelaksanaan

pembelajaran CIDOS di institusi pendidikan di Malaysia. Oleh itu, diharap

penemuan dalam kajian ini dapat membantu dalam memperkembangkan lagi jumlah

pelaksanaan pembelajaran CIDOS di politeknik.

Page 29: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

12

1.9 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, responden atau subjek kajian terdiri daripada pensyarah politeknik.

Pemilihan responden ini dibuat secara rawak. Politeknik yang terpilih untuk

dijalankan kajian ialah politeknik sekitar zon selatan yang melibatkan politeknik

sekitar 4 buah negeri di Malaysia iaitu Melaka, Johor, Selangor dan Negeri

Sembilan. Pemilihan politeknik ini berdasarkan faktor kurangnya kajian yang

dilakukan terhadap konsep e-pembalajaran CIDOS yang melibatkan skala politeknik

yang besar. Kajian ini dijalankan terhadap tiga buah Jabatan Kejuruteraan iaitu

Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal. Kajian ini memerlukan tempoh masa selama dua semester melibatkan

dua fasa pelaksanaan iaitu kajian rintis dan pengumpulan data akhir.

1.10 Skop Kajian

Dalam memenuhi objektif kajian, kajian ini ditumpukan kepada usaha untuk

mendapatkan data dan maklumat tentang persepsi pensyarah terhadap konsep

e-pembelajaran CIDOS di politeknik dari aspek kesediaan, penggunaan, kemahuan

dan cabaran. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat sejauhmanakah hubungan

yang terdapat antara persepsi pensyarah dengan kecenderungan pensyarah untuk

melibatkan diri dalam e-pembelajaran melalui CIDOS.

1.11 Kerangka Konsep

Kerangka konseptual merujuk pada satu set konsep yang berkaitan antara satu sama

lain dalam cara yang logikal yang berhubung dengan satu-satu fenomena yang dikaji

(Sabitha, 2009). Menurut Lim (2007), kerangka konsep kajian melibatkan koleksi

konsep yang menggabungkan konstruk atau pembolehubah utama kajian yang

Page 30: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

13

difikirkan mempunyai hubungan antara satu sama lain yang ingin diselidik oleh

pengkaji. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep bagi kajian ini.

Rajah1.1: Kerangka Konsep Kajian

Adaptasi dan ubahsuai daripada Model Penerimaan Teknologi (TAM), (Naqvi, 2012)

Kerangka konsep kajian ini telah diadaptasi dan ubahsuai daripada TAM

yang telah diperkenalkan oleh Fred Davis pada tahun 1986. Model ini digunakan

dalam kajian untuk mendapatkan penerimaan maklum balas dan persepsi pengguna

terhadap pelaksanaan e-pembelajaran CIDOS dan seterusnya mempengaruhi

kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dalam pembelajaran tersebut. Model

ini diterangkan secara terperinci di bahagian kajian literatur dalam Bab 2. Secara

amnya, kajian ini dilaksanakan terhadap persepsi pensyarah yang terlibat dalam

penggunaan sistem CIDOS yang digunakan sebagai medium utama dalam

melaksanakan pendekatan e-pembelajaran di politeknik. Kerangka konsep yang

dibangunkan adalah berdasarkan aliran responden untuk mengkaji persepsi

pensyarah terhadap pelaksanaan pembelajaran CIDOS dalam memperkasakan

pengajaran pensyarah di politeknik. Proses kerangka konsep kajian menunjukkan

terdapat empat elemen penting yang diambil kira sebagai garis panduan dalam

mengukur pelaksanaan pembelajaran melalui CIDOS iaitu kesediaan, penggunaan,

Kemahuan

Sikap, Minat

dan Keyakinan

Inovasi

teknologi

Cabaran

Masa jadual

waktu.

Infrastruktur

Kelancaran

capaian sistem

Kemahiran

Penggunaan

Kekerapan

penggunaan

Kecekapan

penggunaan

Kesediaan

Kesedaran

terhadap

kepentingan

sistem

Pengetahuan

awal

Persediaan.

Persepsi Pensyarah terhadap e-Pembelajaran CIDOS

Kecenderungan Penglibatan Pensyarah

Page 31: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

14

kemahuan dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah untuk mengaplikasikan

CIDOS.

Bagi elemen yang pertama, aspek kesediaan merujuk kepada kesedaran

terhadap kepentingan sistem CIDOS dan pengetahuan awal pensyarah menggunakan

terhadap sistem bagi melaksanakan e-pembelajaran di politeknik. Selain itu,

persediaan pensyarah sebelum menggunakan CIDOS juga turut diambil kira. Melalui

proses ini penyelidik dapat mengenal pasti pensyarah yang telah bersedia

sepenuhnya untuk menggunakan aplikasi CIDOS dalam PdP dengan melihat tahap

kesediaan pensyarah. Elemen kedua yang telah dikenal pasti untuk dikaji ialah

elemen penggunaan dimana dalam aspek ini faktor kekerapan dan kecekapan

pensyarah menggunakan sistem CIDOS diambil kira.

Kemahuan pensyarah dalam melaksanakan PdP melalui CIDOS merupakan

komponen ketiga yang dikaji oleh pennyelidik dalam kajian ini. Dalam komponen

ini kemahuan pensyarah diukur melalui sikap, minat dan keyakinan terhadap sistem

CIDOS. Selain itu kehendak dan kemahuan pensyarah itu sendiri dalam

menginovasikan aktiviti PdP turut diambil kira. Bagi elemen yang terakhir,

penyelidik juga mengkaji isu dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam

melaksanaan e-pembelajaran melalui CIDOS. Antara item yang dikenal pasti dalam

elemen yang terakhir ialah berkaitan dengan isu jadual masa yang terhad

menyukarkan pelaksanaan e-pembelajaran dan cabaran terhadap kelemahan peralatan

dan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi menghalang pengaplikasian

pembelajaran melalui CIDOS oleh pensyarah.

Secara keseluruhnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap

persepsi pensyarah terhadap penggunaan sistem CIDOS digunakapakai sebagai

medium utama e-pembelajaran di politeknik. Selain itu, kajian ini turut mengkaji

tahap kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dalam e-pembelajaran CIDOS.

Kajin ini turut mengenal pasti sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan

antara persepsi dengan kecenderungan pensyarah untuk melaksanakan pembelajaran

berkonsepkan CIDOS dalam aktiviti PdP.

Page 32: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

15

1.12 Definisi Istilah dan Operasi

Definisi istilah dan operasi yang diterangkan dalam bahagian ini adalah

berdasarkan kesesuaian kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengelakkan

kekeliruan dan tanggapan yang berbeza. Berikut disenaraikan definisi operasi

terhadap beberapa perkara penting untuk memudahkan pembaca memahami maksud

perkataan yang digunakan dalam kajian.

1.12.1 E-pembelajaran

Menurut Idrus dan Buntat (2006) menyatakan e-pembelajaran atau electronic

learning didefinasikan sebagai inovasi PdP baru yang menggunakan rangkaian

elektronik (LAN, WAN atau internet) dalam menyampaikan maklumat, isi

kandungan, interaksi atau pemudahcara. Pembelajaran ini mengaplikasikan

elektronik dalam penggunaan filem, studio multimedia, internet, animasi gambar

berdimensi dan teknologi multimedia. Manakala dalam konteks kajian ini,

e-pembelajaran di politeknik merujuk kepada penggunaan aplikasi CIDOS oleh

pensyarah.

Page 33: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

16

1.12.2 Curriculum Information Document Online System (CIDOS)

CIDOS merujuk kepada Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management

System, LMS) dimana melalui platform ini memberikan inovasi baru terhadap

kaeadah PdP di politeknik (Jamil @ Amat, 2011). Platform yang telah dibangunkan

oleh JPP. Sistem CIDOS menjadi platform utama yang digunapakai di seluruh

politeknik Malaysia bagi mengaplikasikan kaedah dan pendekatan e-pembelajaran

(DePAN, 2009). CIDOS membolehkan proses PdP dijalankan secara atas talian di

mana pensyarah boleh memasukkan bahan pengajaran ke atas talian dan pelajar

boleh mengakses bahan pengajaran tersebut pada bila-bila masa dan di mana lokasi

yang mempunyai capaian internet. Menurut Ibrahim (2015), CIDOS menyediakan

ruang di mana pensyarah boleh berinteraksi dengan pelajar melalui ruangan seperti

forum, menyediakan dan mengemaskini bahan pengajaran dan memberi cadangan

pautan ke laman web ilmiah lain sebagai rujukan tambahan untuk subjek yang diajar

secara atas talian. Dalam konteks kajian ini, penyelidik ingin mengenal pasti tahap

persepsi pensyarah terhadap e-pembelajaran yang menggunakan sistem CIDOS di

politeknik.

1.12.3 Persepsi

Menurut Kamus Bahasa Nusantara (2003), persepsi diertikan sebagai pandangan atau

tanggapan dalam hati atau fikiran seseorang tentang sesuatu perkara. Dalam konteks

kajian ini, penyelidik ingin mengkaji sejauh mana persepsi pensyarah terhadap

konsep e-pembelajaran CIDOS di politeknik yang merangkumi empat aspek utama

iaitu aspek kesediaan pensyarah, tahap penggunaan, aspek kemahuan dan cabaran

yang dihadapi oleh pensyarah dalam melaksanakan e-pembelajaran CIDOS. Persepsi

pensyarah merupakan elemen penting bagi penyelidik kerana persepsi pensyarah

akan mempengaruhi kecenderungan penglibatan pensyarah terhadap penggunaan

e-pembelajaran CIDOS.

Page 34: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

17

1.12.4 Elemen Kesediaan

Kesediaan merujuk kepada satu bentuk proses yang melibatkan pengintegrasian

aspek fizikal, mental, dan emosi seseorang insan dalam melaksanakan sesuatu

tindakan (Ying, 2016). Individu yang sudah bersedia untuk belajar mampu

menghayati dan memahami sesuatu pelajaran dengan lebih mudah berbanding

dengan individu yang masih belum bersedia di mana pada akhir pembelajaran

mereka akan berada dalam keadaan kekeliruan. Dalam kajian ini, tahap kesediaan

pensyarah dinilai berdasarkan tiga ciri utama iaitu kesedaran pensyarah terhadap

kepentingan sistem CIDOS, pengetahuan awal terhadap sistem dan persediaan yang

dilakukan oleh pensyarah sebelum menggunakan sistem CIDOS dalam pengajaran

mereka. Jesteru, kesediaan pensyarah dilihat penting untuk menentukan

keberkesanan aktiviti pengajaran agar mencapai objektif pembelajaran sesuatu

subjek.

1.12.5 Elemen Penggunaan

Penggunaan menurut Kamus Dewan (2007) ialah guna atau pakai. Dalam konteks

kajian ini, elemen penggunaan merujuk kepada tahap amalan yang dilaksanakan oleh

pensyarah terhadap e-pembelajaran CIDOS. Dua ciri utama yang menjadi menanda

aras kepada elemen penggunaan iaitu kekerapan pensyarah untuk penggunaan sistem

CIDOS dan kecekapan mengunakan sistem CIDOS.

1.12.6 Elemen Kemahuan

Kemahuan didefinisikan sebagai kehendak atau keinginan yang lahir dalam diri

individu yang dizahirkan melalui sikap dan perbuatan (Mohamed, 2011). Namun

dalam konteks kajian ini, elemen kemahuan merujuk sikap dan keyakinan pensyarah

dalam melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS. Selain itu, faktor minat

Page 35: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

18

pensyarah dalam menginovasikan teknologi dalam PdP dilihat sebagai pendorong

kepada elemen kemahuan pelaksanaan pembelajaran CIDOS di politeknik.

1.12.7 Elemen Cabaran

Menurut Kamus Dewan (2007) cabaran pula didefinisikan sebagai unsur dan faktor

yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang untuk melaksanakan sesuatu

tanggungjawab. Aspek cabaran dalam kajian ini merujuk kepada faktor yang

menghalang pelaksanaan e-pembelajaran CIDOS di kalangan pensyarah di

politeknik. Terdapat 4 faktor utama yang ingin dikaji oleh penyelidik dalam kajian

ini iaitu faktor masa dan jadual waktu, faktor infrastruktur bilik kuliah dan keperluan

asas peralatan PdP, kelancaran capaian sistem CIDOS serta kemahiran pensyarah

menggunakan

sistem CIDOS.

1.12.8 Kecenderungan

Kecenderungan ditakrifkan sebagai tahap keinginan seseorang untuk bergerak ke

suatu arah atau suatu tujuan tertentu. Menurut Kamus Dewan (2007), kecenderungan

bermaksud kesukaan (keinginan, kemahuan). Dalam kajian ini, kecenderungan

pensyarah dikaji melalui minat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran

berkonsepkan CIDOS dalam aktiviti PdP.

Page 36: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

19

1.13 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan serba sedikit pengenalan tentang

sistem e-pembelajaran CIDOS yang diguna pakai untuk proses PdP di politeknik.

Dalam bab ini juga, penyelidik telah menghuraikan tentang latar belakang

masalah, penyataan masalah dan objektif kajian. Kajian ini dijalankan bertujuan

mendapatkan data dan maklumat mengenai tahap persepsi pensyarah khususnya

dalam pelaksanaan pembelajaran melalui sistem CIDOS.

Page 37: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

20

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur merupakan ulasan maklumat yang ditulis secara kritikal dan sistematik

ke atas dokumen–dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah untuk

memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan

(Chua, 2006). Dalam kajian ini, penyelidik mengetengahkan beberapa topik kajian

literatur yang berkaitan dengan persepsi pensyarah terhadap pelaksanaan pembelajaran

melalui Curriculum Information Document Online System (CIDOS) untuk dijadikan

objektif dan dan soalan kajian. Elemen persepsi yang dibincangkan adalah aspek

kesediaan pensyarah dalam menggunapakai platform CIDOS dalam pengajaran dan

pembelajaran (PdP), aspek penggunaan pensyarah mengaplikasikan CIDOS sebagai

medium utama pengajaran dan aspek kemahuan pensyarah yang diukur melalui sikap,

minat dan keyakinan terdapat platform CIDOS. Selain itu juga, aspek yang terakhir yang

dikaji oleh penyelidik ialah cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mendorong

kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri terhadap platform CIDOS. Kajian ini

juga digunakan untuk memantapkan hasil kajian yang akan dibincangkan dalam

Bab 5 nanti.

Page 38: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

21

2.2 Model Kajian

Kerangka konsep kajian ini telah diadaptasi daripada salah satu model yang terkenal

berkaitan kepada penerimaan teknologi dan penggunaan iaitu model Technology

Acceptance Model (TAM) yang telah diperkenalkan oleh Fred Davis pada tahun 1986.

Menurut Davis (1986), model ini digunakan secara khususnya untuk model penerimaan

maklum balas dan persepsi pengguna terhadap suatu sistem maklumat dan seterusnya

akan mempengaruhi sikap dan perilaku pengguna. Model ini telah diadaptasi daripada

model Theory of Reasoned Action (TRA) dan penggunaan Model TAM adalah untuk

mendapatkan pengukuran yang lebih baik bagi menjangka dan menerangkan sesuatu

penggunaan sistem. Model TAM telah terbukti menjadi model teori dalam membantu

untuk menerangkan dan meramalkan tingkah laku pengguna teknologi maklumat

(Legris, Ingham dan Collerette, 2003). Oleh, model TAM ini dilihat sesuai dan

bertepatan untuk menjawab soalan kajian yang telah dikemukan dalam Bab 1.

Dalam model ini, terdapat dua pemboleh ubah yang diguna dalam penentukan

penerimaan pengguna terhadap sesuatu aplikasi atau teknologi baru. Pemboleh ubah

tersebut ialah kemanfaatan dan kemudahan penggunaan. Menurut Model TAM bukan

sahaja memberi fokus kepada persepsi kemanfaatan dan kemudahan pengguna terhadap

sesuatu aplikasi malah ianya akan turut mempengaruhi sikap atau keinginan pengguna

dalam mengaplikasikan teknologi baru tersebut (Wibowo, 2012). Pemboleh ubah

kemanfaatan dalam konteks kajian memberi maksud kepada tahap keyakinan individu

dalam menggunakan sesuatu sistem dan mempercayai sistem tersebut mampu mengubah

tahap prestasi pekerjaan yang dilakukan. Manakala pemboleh ubah yang seterusnya iaitu

kemudahan penggunaan pula didefinasikan sebagai tahap keyakinan individu dalam

menggunakan sesuatu sistem dan mempercayai sistem tersebut memberi lebih manfaat

dan kemudahan dalam tugasan yang dilakukan. Model TAM yang dikembangkan dari

teori psikologi, menjelaskan perilaku pengguna sistem berlandaskan beberapa elemen

seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.1.

Page 39: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

22

Rajah 2.1: Model TAM (Naqvi, 2012)

Menurut Naqvi (2012), persepsi kemanfaatan pengguna terhadap teknologi

(preceived usefulness) dan persepsi kemudahan penggunaan (perceived ease to use)

akan mempengaruhi terhadap sikap penggunaan teknologi (attitude towards technology).

Sehubungan itu, sikap penggunaan teknologi akan menjurus kepada faktor

kecenderungan pengguna untuk melibatkan diri menggunakan teknologi (intention to

use technology) dan menghubungkan kepada penggunaan sebenar (actual usage

of technology).

(a) Persepsi Kemanfaatan (Perceived Usefullness)

Menurut Davis (1989), persepsi terhadap kemanfaatan didefinasikan sebagai keyakinan

pengguna dalam menggunakan sesuatu teknologi yang akan mendatangkan manfaat dan

meningkatkan prestasi kerja seseorang individu. Elemen kemanfaatan teknologi akan

memudahkan sesuatu pekerjaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti

pekerjaan individu.

Sikap terhadap

penggunaan

Persepsi

Kemanfaatan

Persepsi

Kemudahan

Penggunaan

Kecenderungan

Perilaku

Penggunaan

Sebenar

Page 40: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

23

(b) Persepsi Kemudahan Penggunaan (Perceived Ease to Use)

Persepsi tentang kemudahan penggunaan teknologi bermaksud individu percaya bahawa

teknologi tersebut dapat digunakan dengan mudah dan bebas dari masalah

(Naqvi, 2012). Antara indikator kemudahan penggunaan teknologi ialah dimana individu

merasakan komputer mudah dikendalikan untuk melaksanakan tugasan kerja seperti di

tempat kerja mahupun institusi pelajaran.

(c) Sikap Terhadap Penggunaan ( Attitudes Towards Technology)

Sikap terhadap penggunaan dalam Model TAM dikonsepkan sebagai sikap berbentuk

penerimaan dan penolakan apabila individu menggunakan sesuatu teknologi (Teo, Su

Luan dan Sing, 2008). Penilitian daripada kajian ini menyatakan bahawa faktor sikap

sebagai salah satu aspek yang mempengaruhi perilaku individu terhadap penggunaan.

Menurut Park (2009) menyatakan bahawa sikap individu terdiri daripda unsur kognitif

(cognitive), afektif (affective) dan komponen-komponen yang berkaitan dengan perilaku

seseorang manusia (behavioral components).

(d) Kecenderungan Perilaku (Intention to Use Technology)

Elemen kecenderungan perilaku seseorang individu membawa maksud kepada

keinginan dan minat individu menggunakan teknologi tersebut (Davis, 1989). Dalam

konteks kajian ini, kecenderungan perilaku dapat dinilai melalui tahap penglibatan

pensyarah dalam mengaplikasikan pembelajaran CIDOS dalam pengajaran serta

motivasi untuk terus menggunakan teknologi tersebut. Selain itu juga, kecenderungan

Page 41: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

24

perilaku pensyarah mampu dinilai berdasarkan kemampuannya dalam memotivasikan

pensyarah lain untuk menggunakan platform CIDOS dalam PdP.

(e) Penggunaan Sebenar (Actual Usage of Technology)

Penggunaan sebenar dinilai dalam bentuk frekuensi dan tempoh masa teknologi

digunakan. Tambahan pula, menurut Naqvi (2012) menyatakan bahawa jika individu

mempunyai keyakinan yang jitu terhadap sistem yang digunakan, ianya bukan sahaja

mampu meningkatkan produktiviti kerja malah dapat memberi kepuasan penggunaan

kepada sistem tersebut. Dengan kata lain, keyakinan pengguna mencerminkan kepuasan

pengguna terdapat sesuatu sistem yang digunakan.

2.3 Pengenalan Sistem CIDOS

Menurut Mat Daud (2013) melalui pengintegrasian perkakasan komputer, perisian,

elemen multimedia, kendalian atas talian, penyampaian sesuatu maklumat menjadi lebih

menarik dan mudah difahami. Dalam konteks pendidikan, gabungan komponen tersebut

dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System,

LMS). LMS adalah aplikasi perisian atau teknologi berasaskan web 2.0 yang direka

bertujuan untuk memudahkan perancangan, melaksana dan mentafsir proses

pembelajaran (DePAN, 2009). Selain itu, LMS juga dikenali sebagai CMS (Course

Management System) dan VLE (Virtual Learning Environment). Sistem LMS telah di

digunakan secara meluas dalam proses PdP di peringkat universiti dan juga pengajian

tinggi di seluruh dunia. Faktor utama yang menjadi tarikan untuk penggunaan LMS ialah

kos yang secara relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan

juga agak asas (Embi, 2010).

Page 42: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

118

RUJUKAN

Ab Rahman, A. (2008). Sikap Pensyarah Terhadap Penggunaan Blackboard 6

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di UTHM. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia.

Abdul Rashid, A. (2010). The Development of Working Design through

Characterized Technology Pedagogy and Content Knowledge in the

Elementary Schools. Instructional. Procedia: Social and Behavioral Sciences.

13th International Educational Technology Conference, 103 (November 26).

Abdul Rashid, A. (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

Cergas (M) Sdn. Bhd.

Ahmad, A. N., Mustaffa, M., Hussain, S.N. (2013). Penggunaan ICT Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran; Satu Kajian Di Jabatan Pengajian Am.

Politeknik Merlimau Melaka.

Ahmad, M. F. B. (2010). Kesediaan dan Kesedaran P&P berasaskan CIDOS di

Politeknik. Prosiding Seminar Kebangsaan Transformasi Pendidikan

Teknikal (My TEDT10). Sungai Petani, Kedah. 66-171

Ali, U.H. (2013). Aplikasi CIDOS dalam Kursus Aa212 Seni Dalam Islam di

Politeknik Ibrahim Sultan. Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan.

Al-Muhammadi, A. H., (2009, Mei 15). Manfaat ilmu cara terbaik hargai jasa guru:

Pendidik pikul tangungjawab berat bentuk generasi berdaya saing, pemimpin

masa depan. Berita Harian. Ms 41.

Page 43: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

119

Atan, N. A., Fun, H. Y., Aris, B., dan Noor, N. M. (2006). Faktor-faktor yang

Mempengaruhi Penggunaan E-Learning di Kalangan Pelajar Tahun Lima

Fakulti Pendidikan UTM. Proceeding of Konvensyen Teknologi Pendidikan

Ke-19, Langkawi, Kedah.

Bertram, D. (2013). Likert Scales: How to Use Them. 1217-1218.

Boon, Y., & Bohari, S. (2010). Kesediaan untuk menceburi bidang keusahawanan di

kalangan pelajar-pelajar Bumiputera Tingkatan Empat di tiga buah sekolah

sekitar Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Buntat, Y. & Sulaiman, N.A. ( 2010). Kesediaan Pelajar Wanita Melibatkan Diri

Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia.

CELE Exchange (2010). Can The Physical Environment Have An Impact On The

Learning Environment?. Journal Of The OECD Centre.

Chua Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Asas Statistik Penyelidikan.

Kuala Lumpur: Mcgraw Hill.

Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) Untuk Istitusi Pengajian Tinggi. (2009).

Asia e University

Davis, F. D., (1986). A Technology Acceptance Model For Empirically Testing New

End-User Information System: Theory And Results. Doctoral dissertation.

Cambridge, MA: MIT Sloan School of Management.

Davis, F. D., (1989). Perceived Usefullness, Perceived Ease Of Use, And User

Acceptance Of Information Technology. MIS Quarterly, 13 (3), 319-339.

Embi, M.A. (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan

e-Pembelajaran di IPT Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia, KPTM.

Embi, M.A., & Adun, M.N. (2010). E-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Pusat

Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kementeriaan

Pengajian Tinggi Malaysia, KPTM.

Page 44: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

120

Fishbein, M. & Ajzen, I., (1975). ‘Belief, Attitude, Intention, and Behavior: An

Introduction to Therory and Research. Reading, MA: Addison-Wesley

Halim, L. (2002). Reka Bentuk Dan Keberkesanan Pembelajaran Berbantu

Multimedia Pendekatan Konstruktivisme Bagi Sains KBSM. Jurnal

Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 19-38.

Harun, J. (2013). Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Menggunakan

Pendekatan Inkuiri Berpandukan Model Webquest Bagi Topik Asas

Rekabentuk Laman Web. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Harun, N., Tahir, A., & Abdul Rahman, M. H. (2012). Kajian Persepsi Pelajar

Semester Satu Terhadap Pembelajaran Secara Atas Talian. Politeknik Sultan

Azlan shah, Malaysia.

Healey, J. F. (1999). Statistics - A Tool for Social Research, 5th edition. Wadsworth

Publishing Company.

Hill, R. (1998). What sample size is “enough” in internet survey research?

Interpersonal Computing and Technology: An Electronic Journal for the 21st

Century, 6(3-4).

Ibrahim, H., Abu Hassan, N. & Othman, S.N. (2015). Kesediaan Pelajar Politeknik

Sultan Azlan Shah Terhadap penggunaan E-Learning. Politeknik Sultan

Azlan Shah, Perak.

Ibrahim, R. (2005). Kesediaan Pelajar Wanita PTV Menjadi Pensyarah Teknikal di

Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Selangor: McGraw-

Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Idrus, W. & Buntat, Y. (2006). Aplikasi ‘E-Learning ‘ Dalam Pengajaran &

Pembelajaran Disekolah-Sekolah Malaysia : Isu Dan Cadangan

Perlaksanaannya. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Introduction to Theory and Research, Reading, MA: Addison-Wesley.

Page 45: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

121

Jabatan Pengajian Tinggi Politeknik Malaysia (2010). Halatuju Transformasi

Politeknik. Kementerian Pengajian Tinggi.

Jamia’an, M. (2010). Tinjauan Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning)

dalam Kalangan Pensyarah-Pensyarah di Politeknik Mukah Sarawak.

Prosiding Kolokium Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Politeknik

Zon Sabah & Sarawak 2010.

Jamil @ Amat, F. & Retas, Z. (2011). Kesediaan Penggunaan E-learning di kalangan

Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Politeknik Merlimau

Melaka.

Johan, I. (2009). Tahap Kemahiran ICT dalam Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan Ekonomi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Johnson, R.B., & Christensen, L.B. (2004). Educational Research: Quantitative,

Qualitative & Mixed Approaches. New York: Pearson Education Inc.

Junaidi, J. & Azhari, N. (2010). Kajian Sejauh Manakah Pelajar Tahun Empat

Fakulti Pendidikan Menggunakan Perkhidmatan E-Learning Secara Wireless

di Sekitar Kampus UTM. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Kamaruddin, N. A. (2007). Kesediaan Pensyarah dari Segi Sikap, Kemahiran dan

Pengetahuan Terhadap Perlaksanaan Penerapan Kemahiran Insaniah di

UTHM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (2003). Cetakan Pertama. Dewan Bahawa dan

Pustaka Brunei.

Kamus Dewan. (2007). Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2009). Laporan Indikator Pengajian Tinggi

Malaysia (2009-2013)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007). Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) 2006-12010 (RMK-9)

Page 46: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

122

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011). Dasar e-Pembelajaran Negara:

Institusi Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2015). Ringkasan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Kementerian

Pengajian Tinggi.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia .(2007). Pelan strategik Pengajian Tinggi

Negara Menjangkau tahun 2020.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2011). Dasar dan Prinsip: Perancangan

dan Penyampaian Kurikulum. Kementerian Pengajian Tinggi.

Konting, M.M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research

Activities, Educational and Physiological Measurement. University of

Krishan, J., Mohamad Said, M. H. H., Atan, N. A., & Hassan, J. (2011). Faktor-

faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar

tahun akhir fakulti pendidikan. Jurnal Pendidikan. Universiti Teknologi

Malaysia, 1150.

Legris, P., Ingham, J., dan Collerette, P. (2003). Why Do People Use Information

Technology? A Critical Review Of Technology Acceptance Model.

Information and Management, 40, 191-204.

Lim, C. H. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif.

McGraw-Hill Companies.

Mad, N., Marzuki, S. S., Mansor, N. (2011). Mengenal Pasti Tahap Penggunaan

E-Tutorial Matematik Kejuruteraan 2 Dalam Kalangan Pelajar Diploma

Kejuruteraan Elektronik (Perubatan). Politeknik Sultan Salahuddin Abdul

Aziz Shah.

Marican, S. (2006). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves:

Edusystem.

Page 47: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

123

Mat Daud, K. A., Azizan, A. T., & Deraman, M. S. (2013). Penerimaan Dan

Kebolehgunaan Rekabentuk E-Pembelajaran (CIDOS) Sebagai Sistem

Pengurusan Pembelajaran Di Politeknik Malaysia. Universiti Malaysia

Kelantan.

Minghat, A. S., M. Yasin, R., Subari, K. & Noordin, M. K. (2013). Strategi

Kelesterian Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV).

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. 2nd International

Seminar on Quality and Affordable Education.

Minnesota, Duluth & Texas A. & M. University: Educational and

Psychological Measurement.

Mohamad, S.N.M., Salam, S., & Bakar, N. (2014). Lecturers’ Perceptions And

Attitudes Towards The Usage Of Online Learning At Polytechnic.

International journal of sciences commerce and humanities, Universiti

Teknikal Malaysia.

Mohamed Noor, H. (2001). Cabaran Pembelajaran Melalui IT: e-learning UTM,

Skudai, Johor. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Johor.

Mohamed, M.A. (2011). Penggunaan sistem e-Learning di Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah Sarjana Muda

Mohammed, I. (2015). Tahap Kesediaan Dan Kesedaran P&P Berasaskan

CIDOS Bagi Pensyarah Di Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer

Politeknik Sultan Abdul Halim Muazzam Shah (Polimas). Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia, Sarjana Muda.

Mohd Balwi, M. K., (2004). Perkembangan Pembangunan dan Penerimaan

E-Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Universiti Teknologi

Malaysia.

Mohd Khodri, A.F., & Ahmad @ Nasiman, N. (2011). Persepsi pensyarah terhadap

CIDOS (e-Learning) di Politeknik Merlimau, Melaka. Politeknik Merlimau.

National Conference on Technical Education And Career, Research Unit,

Department Of Polytechnic Education

Page 48: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

124

Mohd Taib, H.S. & Ngah, N.A. (2003). Pertimbangan Sosioteknikal dalam Reka

Bentuk dan implementasi ICT. ICT dalam pendidikan dan latihan: Trend dan

isu. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia

Mohd Ujang, A. (2015). Center for eLearning and Teaching. Politeknik Sultan Abdul

Aziz Shah.

Mohd. Yusof, K., Tasir, Z., Harun, J., & Helmi, S. A. (2006). Promoting Problem-

Based Learning (PBL) in Engineering Courses at the Universiti Teknologi

Malaysia. Global J. of Engng. Educ., Vol.9, No.2.

Mungania, P. (2003). The ASTD E-learning Handbook. In D.F. Russ-Eft (Ed.).

Human Resource Development Quarterly, 14(4), 493-497

Naqvi, S. J., (2012). M-Services Adoption in Oman Using Technology Acceptance

Modelling Approach, Communications of the IBIMA.

National Information Technology Council, NITC’ (2001). [Dalam talian].

http://www.nitc.org.my/nita/index.html [2001, Jun 15].

Nesbit, C. John & Adesope, O.O. (2006). Learning with concept and knowledge

maps: A Meta-analysis. Review of Educational Research 76 (3):413-448.

Omar, R. & Ahmad, J. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan

e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Universiti Kebangsaan

Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172

Padraig, W. & Lawler, M. (2007). Investing in ICTs in educational in developing

countries: An evaluation of their impavt in Kenya. International Journal of

Education and Development Using Information and Communication

Technology (IJEDICT). 3 (1): 5-22.

Pallant, J. (2011). SPSS Survival manual: A step by step guide to data analysis using

SPSS for windows. 4rd ed. McGraw Hill: Open University Press.

Park, S. Y. (2009). An analysis of the Technology Acceptance Model in

Understanding University Student’s Behavioral Intention to Use e-Learning.

Educational technology and Society, 12 (3), 150-162.

Page 49: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

125

Pettinati, M. C. & Cigognini M. E. (2007). Social networking theories and tools to

support connectivist learning activities. International Journal of Web-Based

Learning and Technologies, 2(3), 42-61.

Poon, W. C., Teng Low, K.L & Fie Yong, D.G. ( 2004). A Study Web Based

Learning (WBL) Environment in Malaysia. Journal of Educational

Management, Vol. 18 (6). 347-385.

Puteh, S.N. & Abd Salam, K.A., (2011). Tahap Kesediaan penggunaan ICT dalam

Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid

Prasekolah. Jurnal pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34.

Ramdhani, N. (2007) Model Perilaku Pengguna IT. Fakulti of Psychology.

Universitas Gadjah Mada.

Ramli, S., Mohamad Zain, M.N., & Said @ Idrus, N.A. (2013). Kajian Penggunaan

CIDOS E-learning dalam Kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah. Technical and Education

Colloqium (TEC) PTSB.

Rieber, L. P., & Welliver, P. W. (1989). Infusing educational technology into

mainstream educational computing. International Journal of Instructional

Media, 16 (1),21-32.

Rosseni, D. (2009). Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Gaya

E-Pembelajaran (eLSE) Versi 8.1 Menggunakan Model Pengukuran RASCH.

Journal of Quality Measurement and Analysis, 5(2), 12-27.

Sabitha Marican (2009). Penyelidikan Sains Sosial - Pendekatan Pragmatik. Batu

Caves: Edusystem Sdn. Bhd.

Saud, M. S., Abdul Rahman, M.A. & Shiung, T.K. (2006). Kajian Mengenai

Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar-Pelajar Jurusan

Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di IPTA. Universiti Teknoloi Malaysia.

1st International Malaysia Eucation Technology Convenstion.

Page 50: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

126

Sulaiman, E. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Universiti Teknologi

Malaysia.

Suleiman, W. A. (2012). Mengasah Kemahiran Literasi Digital. Sekolah Rendah

Beacon.

Teo, T., Su Luan, W., & Sing, C.C. (2008). A cross-cultural examination of the

intention to use technology between Singaporean and Malaysian pre-service

teachers: an application of the Technology Acceptance Model (TAM).

Educational Technology and Society, 11 (4), 265-280.

Ting, K. S (2007). Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di

Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi

Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor.

Wibowo (2012). Kajian Tentang Perilaku Pengguna Sistem Informasi dengan

Pendekatan Technology Acceptance Model (TAM).

Wiersma, W. (1995). Research methods in education: An introduction (6 th ed.).

Massachusetts: Allyn and Bacon.

Winarko dan Mahadewi (2013). Tinjaun Beberapa Model Teori Dasar Adoptasi

Teknologi Baru.

Yahaya, A., Hasyim, S., Ramli, J., Boon, Y., Hamdan, A.R. & Syed Mansur Al-

Habshi, S.M.S. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Teori,

Analisis dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing

Sdn.Bhd.

Yahya, R., Hussin, N. & Mohammad Abdullah, N. (2011). Tahap Pengetahuan dan

Penggunaan Sistem CIDOS Dikalangan Pensyarah Politeknik Merlimau (PMM)

Satu Tinjauan. Politeknik Melimau, Melaka.

Yaman, A. (2011). Kesediaan Pensyarah Dalam Perlaksanaan Pengajaran Dan

Pembelajaran (PnP) Menggunakan Pendekatan Outcome Based Education

(OBE) Di Politeknik Port Dickson. Politeknik Port Dickson.

Page 51: i PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI ...eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9087/1/NORFADZILAH_MAKZIN.pdfpenyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data

127

Yasak, Z., Mohamad, B., Esa, A., Shabudin, S. (2009). Kaedah Pengajaran

Berasaskan Laman Web Terhadap Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik

Mekatronik Di Politeknik. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan

Teknologi 2009, 26-27 Oktober 2009. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Yassin, F., Sahari, N., & Salim, J. (2011). A Framework of Knowledge Sharing

through ICT for teachers in Malaysia. International Conference on Electrical

Engineering and Informatics.

Yusoff, R., Jamaludin, A.S. & Abdul Hameed, A. H. (2015). Tahap Kesediaan

Pelajar dalam Penggunaan Teknologi, Pedagogi, dan Kandungan (TPACK)

dalam Pembelajaran Kurikulum di IPT. Kolej Komuniti Bayan Baru.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Ying, Y. (2016). Kepentingan Kesediaan Belajar. Faculty of Humanities, BINUS

University.

Yusop, A. & Hassan, N.(2015). Kajian Persepsi Pensyarah Terhadap Aplikasi

‘E-Learning’ Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kolej Komuniti

Kuantan. Kolej Komuniti Kuantan.

Zainal Abidin, Z. (2014). Garis Panduan Amalan Terbaik Konsep Pembelajaran

Teradun Bagi Politeknik-Politeknik Malaysia. Jabatan Pengajian Politeknik.

Zarwawi, N.F.F., (2015). Pelaksanaan pembelajaran Melalui Buku Teks Digital

dalam Memperkasakan Pengajaran Guru di Sekolah.


Recommended