SEJARAH ASIA TIMUR ABAD KE-20(HSE 3023)
TAJUK TUGASAN 2:SOALAN 2: JELASKAN PERKEMBANGAN DASAR IMPERIALISME
JEPUN SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
NAMA PENSYARAH:PN. FAIRISA BT. OTHMAN
DISEDIAKAN OLEH:NOR AKHMA BINTI MOHD SHAFIAI
NOMBOR MATRIK: D040374
NOMBOR KAD PENGENALAN:660225-08-5548
SEMESTER:IJAZAH SARJANA MUDA-SEMESTER 2 SESI 2012/2013
A122PJJ
PENDAHULUAN
Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai keadaan semula jadi
yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun sehingga mampu dikenali sebagai
suatu bangsa yang kuat dan negara yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi,
kebudayaan dan sosial. Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan
nenek moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar Asia walaupun
secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang berasingan iaitu sebagai masyarakat
kepulauan.1 Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun ialah
kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan.2 Misalnya, keindahan alam semula jadi yang
terdapat di Jepun dianggap sebagai satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun.
Hal ini demikian kerana secara lagendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka berasal
daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi meliputi asal-usul tanah dan
negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asal-usul ini juga boleh dibuktikan melalui makna
Nihon (Nippon)3 dalam bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari
terbit4 atau dalam bahasa Inggeris “the sourse of the rising sun”.5
Manakala secara geografinya, Jepun merupakan sebuah negara yang terletak
sebahagian daripada Zon Asia Timur yang kedudukannya berdekatan dengan China, Korea,
Taiwan dan Vietnam.6 Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia,
menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu).7 Ia
meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi ( 145,834 batu persegi).8 Kepulauan
Jepun ini terdiri daripada empat pulau utama iaitu Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan
mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Honshu merupakan
pulau terbesar mempunyai beberapa buah bandar-bandar terbesar di Jepun seperti Tokyo,
1 W. Scott Morton, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hal. 1.2 Ibid.3 Istilah Nihon telah diterima secara amnya sebagai nama untuk Jepun dan pertama kali digunakan oleh para cendiakawan Korean yang telah ramai datang ke Jepun semasa awal abad ke-7. Manakala penggunaan istilah Nippon secara meluas adalah semasa era pemerintahan Meiji (1868-1912) dan Taisho (1912-1926). Lihat, M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.. Hal. 1.4 Ibid.5The Eccyclopedia Americana,Volume 15. Hal .694.6 Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hal. 2. 7 The Japan of Japan Today, The International Society for Education Information Incorporation. 1989.Tokyo. Hal .68 Ibid.
2
Osaka, Kyoto, Nagoya dan Yokohama, dan secara tidak langsung kebanyakan penduduk
Jepun tinggal di pulau Honshu ini.9 Pulau Honshu mempunyai perkembangan perbandaran
yang pesat berbanding pulau-pulau lain kerana pulau ini mempunyai satu per lima dataran
lanar berbanding empat per lima daripada tanah yang lain di Jepun adalah diliputi oleh
pergunungan. Misalnya, tiga dataran yang subur di Honshu adalah seperti Kanto di Teluk
Tokyo, Kinai di Teluk Osaka dan Teluk Ise.10 Oleh itu, keadaan tanah yang subur ini
menyebabkan kawasan tersebut mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi berbanding
kawasan-kawasan lain.
Kedudukan geografi Jepun yang terpisah dan terasing ini sememangnya memainkan
peranan yang penting dalam membentuk Jepun menjadi sebuah negara yang bercirikan
pemencilan, di samping menjadikan masyarakat Jepun sebagai sebuah masyarakat yang
mempunyai kesedaran yang tinggi dan sentiasa berhati-hati terhadap masyarakat luar.11 Hal
ini demikian kerana hubungan antarabangsa Jepun dan perasaan kurang senang yang
dihadapinya mengenai kedudukan mereka di mata dunia amat berkait rapat dengan
pemencilan ini. Walau bagaimanapun, sifat pemencilan Jepun inilah yang telah mendorong
mereka untuk berusaha membentuk tamadun dan budaya yang istimewa dan setanding
dengan tamadun dunia yang lain. Misalnya, masalah jarak bukan lagi menjadi faktor
penghalang kepada Jepun untuk muncul sebagai antara negara yang unggul dalam
perdagangan global.12 Sehingga ke hari ini, Jepun merupakan antara negara dari benua Asia
yang berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju dari Barat
seperti Amerika Syarikat, England, dan Russia sama ada dari aspek politik, ekonomi,
mahupun sosial.
Asia Tenggara telah menyaksikan berbagai kuasa besar yang bersaing dalam
menguasai sesebuah negara lain. Dimana persaingan dalam menguasai koloni-koloni
memperlihatkan Jerman, Belanda, British, Perancis, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Jepun.
Jepun adalah antara kuasa imperialisme di Asia yang banyak mempengaruhi dasar-dasar
imperialis yang lainnya. Pada tahun 1868 apabila Maharaja Meiji memegang tampuk
pemerintahan, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan
ekonomi gaya Barat. Pemodenan yang dilaksanakan oleh Meiji menjadikan Jepun lebih
9 M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Hal. 1.10 Ibid.11Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Hal. 4.12 Ibid., hlm. 2.
3
dihormati di Barat. Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di
Asia. Pemodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju
ekonominya di rantau Asia Timur. Seperti yang diketahui Jepun telah menjajah Filipina,
Indonesia, Myanmar, Vietnam dan China sebagai negara pertama yang ditakluki.13 Tanah
Melayu atau Malaya pula memperlihatkan kuasa Jepun dan British bersaing dengan hebat
dan Perang Dunia Kedua menjadi klimaks dalam persaingan tersebut.
DEFINISI IMPERILISME
Imperialisme boleh ditakrifkan sebagai penguasaan secara langsung atau tidak
langsung sebuah negara perindustrian atas wilayah penjajah atau negara lain. Secara bahasa
kata imperialisme yang bersal dari kata “Imperare” yang artinya adalah usaha suatu Negara
untuk menguasi Negara lain demi kepentingan ekonomi, politik dan budaya agar mencapai
kemakmuran dan kesejahteraan bagi negaranya.Imperator yaitu sebutan untuk orang yang
berkuasa atas suatu wilayah. sedangkan wilayah kekuasaan disebut dengan Imperium.14
Banyak takrifan imperialisme telah dikemukakan oleh para sarjana. Secara umum,
imperialisme bererti fahaman atau kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau
negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain.15 Kecenderungan itu
boleh timbul disebabkan faktor ekonomi, politik, kebanggaan bangsa, tamadun, agama,
kekuatan tentera atau persaingan dengan kuasa yang lain.16 Hal ini bermaksud, dalam
kegiatan imperialisme terdapat satu unsur penonjolan sifat keunggulan oleh sesuatu bangsa
terhadap bangsa-bangsa lain.
Konsep imperialisme digunakan bagi merangkumi gerak perluasan masyarakat atau
negara bangsa tertentu untuk membina empayar.17 Bentuk empayar itu boleh sahaja bersifat
tanah jajahan rasmi ataupun memperoleh kedudukan istimewa dalam kegiatan pasaran,18
penguasaan bahan-bahan yang terkawal dan peluang yang luas untuk mengaut keuntungan
13 Perang Dunia Kedua. Dimuat turun di http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm.14 Pengertian Imperialisme dan Kolonialisme. Dimuat turun di http://fluh5ni.blogspot.com/2009/11/pengertian-imperialisme-dan.html pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm.15 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 285.16 Ibid.17 Ibid.18 Ibid.
4
daripada penggunaan buruh. Oleh itu konsep imperialisme mempunyai hubungan ekonomi
tidak seimbang antara negara.
J.A. Hobson menyatakan bahawa dasar imperialisme adalah untuk menjadi modal
lebihan dalam negara mencari pelaburan yang menguntungkan dalam pasaran asing.19
Keuntungan yang diperoleh oleh sebilangan kecil kapitalis kaya dalam pasaran rumah
menyebabkan lebihan pemyimpanan yang kronik, kerana mereka mempunyai kecenderungan
yang lebih rendah mengguna marginal daripada pekerja miskin dengan gaji yang berdasarkan
kos hidup bukannya kecekapan buruh mereka.20 Lenin pula menyatakan pandangan Marxsis
imperialisme sebagai "peringkat monopoli kapitalisme," peringkat tertinggi dan akhir
kapitalisme sebelum revolusi sosial proletariat.21 Menurut Joseph Schumpeter imperialisme
dianggap menjadi "pelupusan tanpa sasaran pada bahagian negeri untuk pengembangan
secara paksa tanpa had."22
Secara umum imperialisme adalah tindakan suatu negara atau bangsa yang ingin
menaklukkan bangsa lain dengan tujuan untuk menguasai daerah tersebut agar dapat
menunjuk aspek kehidupan dari negara penakluk tersebut dalam sejarah imperialisme yang
dilakukan oleh ngara-negara kuat dibedakan menjadi dua macam iaitu imperialisme lama dan
imperialisme baru. Imperialisme lama mendukung cita-cita internasionalisme kerana kuasa
atau kerajaan yang mengembangkan kawalan dan pengaruhnya cuba mewujudkan satu
persekutuan dan keperibadian yang sama bagi bangsa-bangsa atau negeri-negeri yang berjaya
diletakkan di bawah keunggulannya. Cita-cita tersebut bermula dari nasionalisme atau
kebanggaan rupa bangsa yang berkembang dalam kerajaan tersebut.23
Manakala imperialisme baru tidak berteraskan cita-cita nasionalisme dan
internasionalisme, malah cita-cita nasionalisme menentang imperialisme. Serangan dan
penindasan terhadap bangsa yang lemah di samping wujudnya persaingan antara empayar
menjadi fenomena imperialisme baru. Selain itu, wujud peranan golongan berkepentingan
ekonomi dan agama mendorong kerajaan mereka melakukan pencerobohan politik terhadap
19 J.A. Hobson. 2005. Imperialism: AStudy. New York: Casimo. Hal. 80-81.20 Ibid. Hal. 83-84.21 Lenin V.I. 1939. Imperialism: The Highest Stage of Capitalism. New York: International Publisher. Hal. 88.22 Schumpeter, Joseph. 1951. “The Sociology of Imperialism”, dalam Imperialism and Social Classes. New York: Meridian Books. Hal. 6.23 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hal. 286.
5
bangsa atau kerajaan asing. Setelah terbentuk kawasan pengaruh empayar di luar negeri,
maka wujud pula soal maruah politik yang perlu dipertahankan daripada ancaman luar dan
dalam.24 Faktor-faktor kepentingan dan persaingan itulah yang menjadi ciri utama
imperialisme baru.
PEMBANGUNAN IMPERIALISME JEPUN
Terdapat beberapa sebab untuk pembangunan imperialisme Jepun. Pertama adalah
kebimbangan untuk keselamatan.25 Jepun memerlukan keselamatan untuk mengiktiraf
pemimpin kerajaan bagi mengukuhkan pertahanan Jepun terhadap Rusia dan kuasa-kuasa
barat yang lain. Pencapaian teknologi yang maju dan keunggulan ketenteraan Barat
menyebabkan Jepun mempunyai kebimbangan serangan dari negara-negara Barat seperti
Rusia. Selain itu, China yang mempunyai ketenteraan dan ekonomi lemah turut
membimbangkan Jepun sekiranya China akan runtuh di bawah penindasan kuasa-kuasa
Barat, yang mana akan memberikan kesan negatif yang mendalam ke atas keselamatan Jepun.
Yamagata Aritomo, bapa kepada tentera moden Jepun, menjelaskan bahawa Jepun
memerlukan pengembangan lebih daripada sebab keselamatan daripada sebab penaklukan.
Hal ini kerana Jepun bukan sahaja melindungi kedaulatan sendiri tetapi juga barisan
kepentingan, yang bermakna bahawa Jepun bukan sahaja perlu memastikan keselamatan di
tanah air, tetapi juga perlu untuk melanjutkan pengaruh dan kawalan ke benua untuk
memastikan keselamatan, terutamanya benua Asia. Kawalan ke atas Korea itu elemen
penting dalam melindungi Jepun terhadap negara-negara Barat kerana keakraban geografi
kedua-dua negara dan Korea yang bersempadan dengan kedua-dua China dan Rusia.26
Sebab kedua bahawa Jepun memulakan imperialisme adalah aspirasi dari kuasa-kuasa
Barat.27 Jepun telah memerhati dan belajar daripada persaingan sengit kuasa-kuasa Barat dan
pengambilalihan imperialis. Dari pengalaman pahit itu, Jepun belajar bahawa imperialisme
yang akan membantu mengeksploitasi lebih banyak sumber-sumber yang boleh memudahkan
negara untuk membangun dengan lebih cepat. Jepun kemudian memohon apa yang dia
24 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hal. 286-287.25 Lihat Why did Korea fall victim to Japanese imperialism? Dimuat turun dari http://www.ukessays.co.uk/essays/history/fall-of-korea-to-japanese-imperialism.php pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm.26 Ibid.27 Ibid.
6
belajar daripada kuasa-kuasa Barat ke Korea dalam format bahawa dia telah dirawat oleh
kuasa-kuasa Barat.28
Sebab ketiga yang menimbulkan imperialisme Jepun adalah kepercayaan Jepun dalam
peranan kepimpinan bagi negara-negara Asia.29 Ramai pemimpin Jepun datang kepada
kepercayaan bahawa Jepun mempunyai "takdir yang nyata" untuk membebaskan negara-
negara Asia dari imperialis kuasa-kuasa Barat dan untuk membawa mereka kepada kekuatan
kolektif dan kemakmuran. Beberapa kumpulan seperti Black Dragon Society serta beberapa
penulis yang berpengaruh, menjadi semakin popular. Kumpulan-kumpulan ini dan penulis
memegang pandangan bahawa Jepun perlu mengambil peranan kepimpinan di Asia untuk
mengusir kuasa-kuasa asing. Pada tahun 1905, kemenangan Jepun ke atas Rusia dalam
perang Rusia-Jepun menjadikan Jepun negara Asia pertama yang mengalahkan kuasa Barat.30
Status ini terus meransang kepercayaan Jepun dalam peranan untuk memimpin Asia dan cuba
untuk meyakinkan negara-negara Asia yang lain bahawa hanya di bawah kepimpinan Jepun,
mereka akan berpeluang untuk mengusir imperialisme Barat.
KESAN DASAR IMPERIALISME JEPUN
Pentadbiran Berkerajaan Sendiri
Sepanjang pemerintahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945, pihak Jepun telah melakukan
banyak perubahan terhadap sistem politik dan pentadbiran di negara-negara Asia Tenggara.
Salah satu kesan positif dalam aspek politik ialah pengenalan ke arah pentadbiran berkerajaan
sendiri. Contohnya, pentadbiran yang berlaku di Myanmar semasa pendudukan Jepun. Pihak
Jepun telah berjaya menyatukan hampir ke semua wilayah Myanmar dan meletakkannya di
bawah satu pentadbiran pusat. Ekoran itu, kawasan pinggir tidak lagi tersisih dalam arus
permodenan dan perkembangan politik seperti yang berlaku di Yangon dan Mandalay. Kesan
positif ini sekaligus mendedahkan mereka terhadap konsep-konsep seperti kesamarataan,
nasionalisme dan ideologi Marx yang boleh menggugat kedudukan golongan pemimpin
tradisional seperti yang berlaku pada tahun 1945.31
28 Ibid.29 Ibid.30 Ibid. 31 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 243.
7
Kewujudan Gerakan dan Persatuan
Perubahan positif yang dibawa oleh Jepun dalam aspek politik juga dapat dianalisis melalui
kewujudan beberapa persatuan dan gerakan untuk mencapai kemajuan. Antaranya ialah
penubuhan Gerakan Belia Shan di bawah pemerintahan Dr. Ba Nyan di Myanmar. Ahli-ahli
persatuan ini telah diajar bahasa Jepun, Shan dan juga Burman. Ahli-ahli persatuan ini juga
telah diajar berkawad serta didedahkan dengan pelbagai slogan yang kebanyakannya adalah
pro-Jepun. Di samping itu, mereka juga turut diajar menyanyikan lagu-lagu kawad Jepun
yang diubah seni katanya dalam bahasa tempatan.32 Pembelajaran pelbagai perkara baru ini
telah berjaya menyatukan mereka dalam persatuan untuk memperkenalkan perubahan baru ke
arah kemajuan.
Manakala di Indonesia pula, pada tahun 1943, sebuah pertubuhan iaitu Poestat Tenaga
Rakyat (POETERA) di bawah pimpinan Soekarno telah ditubuhkan di bawah pengawasan
pejabat Jepun. Pertubuhan ini bertujuan untuk menyuntik semangat kebangkitan rakyat Jawa
agar berani berkorban, sekaligus memberi bantuan yang diperlukan dalam perang melawan
sekutu. POETERA mempunyai pimpinan dari sistem pusat dan daerah yang masing-
masingnya dibahagikan antara jabatan seperti jabatan Susunan dan Pembangunan, Jabatan
Usaha dan Budaya serta Jabatan Propaganda.33 Jepun juga mendirikan organisasi semi militer
dengan nama Seinendan (Barisan Pemuda) bagi pemuda yang berumur antara 14 hingga 22
tahun. Usaha Jepun yang melibatkan pemimpin dan rakyat Indonesia adalah semata-mata
untuk memperoleh sokongan dalam perang Asia Timur Raya. Justeru, usaha Jepun semasa
era pendudukannya telah memberikan kesan positif terhadap Indonesia selepas pendudukan
Jepun. Pertubuhan ini telah berjaya menyatukan mereka dalam usaha untuk mencapai
kemajuan.
Penubuhan Jabatan Kerajaan
Kesan positif pendudukan dan imperialisme Jepun ke atas Asia Tenggara juga dapat
dibuktikan apabila wujudnya usaha mengemaskini pentadbiran dengan penubuhan pelbagai
jabatan kerajaan. Penubuhan jabatan-jabatan tersebut adalah bertujuan memastikan segala
urusan pentadbiran negara-negara di Asia Tenggara sistematik dan berjalan lancar. Antara
inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Jepun di Asia Tenggara ialah telah membenarkan
penubuhan sembilan buah jabatan seperti jabatan kewangan, jabatan pertanian, jabatan 32 Chao Tzang Yawnghewe. 1987. The Shan of Burma: Memoirs of A Shan Exile. Singapura: ISEAS. Hal 143.33 Marwati Djoened Poesponegoro et.al. Sejarah Nasional Indonesia VI. Jakarta: Penerbitan Balai Pustaka. Hal. 20
8
perhutanan dan jabatan perlombongan dalam negeri, jabatan perhubungan, jabatan buruh dan
jabatan pengangkutan, jabatan kehakiman, jabatan kerja raya dan pembangunan semula
jabatan kesihatan serta kerajaan tempatan.34 Situasi ini dapat dibuktikan menerusi kesannya di
negara Myanmar yang merupakan salah satu negara yang pernah dijajah oleh Jepun.
Kesemua jabatan yang ditubuhkan ini merupakan satu kesinambungan daripada sistem yang
pernah dilaksanakan oleh British selama ini.
Seterusnya, semasa pendudukan Jepun juga, kuasa ini telah memberi peluang kepada
masyarakat tempatan untuk bekerjasama dengan pihak tentera Jepun memerintah negara
mereka. Manakala, golongan terpelajar pula telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam
sistem pentadbiran. Contohnya, di peringkat daerah dalam pentadbiran di Myanmar, orang
tempatan khususnya bangsa Burman mengambil alih jawatan Timbalan Pesuruhjaya.35 Impak
positif pendudukan Jepun di Myanmar dalam aspek politik berterusan setelah ia mencapai
kemerdekaan. Impak positif ini dapat dibuktikan apabila Myanmar diberikan satu
perlembagaan baharu yang mirip dengan Perlembagaan Meiji. Hasilnya, Dr. Ba Maw dilantik
sebagai ketua negara, Perdana Menteri dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera
Myanmar.36 Pentadbiran Myanmar yang baharu ini juga telah memberi peluang kepada
pemimpin tempatan berkuasa untuk memerintah secara bebas. Buktinya, Dr. Ba Maw
menguasai hampir keseluruhan Myanmar kecuali beberapa kawasan strategik seperti Shan
dan persisiran Tenasserim. Dari segi campur tangan Jepun pula, laporan perisikan British
mendapati bahawa pegawai Jepun tidak lagi membuat lawatan mengejut ke daerah untuk
menyemak surat-menyurat, fail jabatan, disiplin kakitangan ataupun mengarahkan pertukaran
pegawai dengan sewenang-wenangnya.
Situasi yang sama juga turut berlaku di Indonesia apabila Jepun turut memberi
peluang kepada masyarakat tempatan untuk memegang beberapa jawatan penting dalam
pentadbiran. Hal ini demikian kerana, Jepun menghadapi masalah kekurangan kakitangan
untuk mengendalikan pentadbiran. Masalah ini timbul kerana terdapat ramai orang Belanda
telah dipecat jawatan semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Keadaan ini telah
menyebabkan berlakunya banyak kekosongan jawatan dalam pentadbiran. Justeru, ia telah
membuka peluang kepada golongan terpelajar dan intelektual Indonesia untuk
34 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal. 244.35 Ibid. Hal. 244.36 Ibid. Hal. 246.
9
mengendalikan pentadbiran di negara mereka. Antara jawatan yang dipegang oleh mereka
ialah jawatan pentadbiran dan teknikal. Di samping itu, golongan belia dan pelajar juga
terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan seperti Seinendan Gakutotai, Barisan Pelopor dan
Angkatan Muda. Tindakan ini telah memberi keyakinan dan pengalaman kepada orang-orang
Indonesia untuk mentadbir negara sendiri. Antara jawatan yang dipegang oleh mereka ialah
Pegawai Daerah dan Kempetai yang juga dikenali sebagai Polis Rahsia Jepun.37
Manakala di Vietnam pula, Jepun turut memberi kesan positif terhadap corak politik
masyarakat tempatan. Jepun telah membentuk satu pentadbiran tempatan yang diketuai oleh
Tran Trong Kim selepas Ngo Dinh Diem enggan bekerjasama dengan pihak Jepun. Corak
pentadbiran yang dibentuk Jepun ini telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah dalaman
negara seperti rasuah, sistem cukai, kebuluran dan sebagainya. Jepun telah memberi peluang
kepada penduduk tempatan di negara ini untuk mentadbir negara mereka sendiri. Hal ini telah
memberi manfaat dan faedah yang besar kepada masyarakat tempatan.
Kebangkitan Semangat Nasionalisme
Kesan positif imperialisme Jepun di Asia Tenggara dalam konteks politik juga dapat
diperjelaskan melalui semangat nasionalisme38 dalam kalangan penduduk tempatan di negara-
negara Asia Tenggara. Misalnya, di Myanmar semangat nasionalisme timbul akibat pengaruh
faktor-faktor pemangkin seperti dasar-dasar sosioekonomi penjajah seperti pendidikan, serta
perkembangan sistem perhubungan yang memudahkan rakyat menerima pengaruh daripada
luar seperti Eropah mahupun Asia.39
Situasi nasionalisme turut berlaku di negara-negara Asia Tenggara yang lain ekoran
imperialisme Jepun ini. Contohnya, gerakan nasionalisme di Indonesia oleh tokoh-tokoh
terkenal seperti Sukarno dan Hatta. Mereka telah menjalankan dasar bekerjasama dengan
Jepun manakala Sjahrir dan Sjarifoeddin telah membentuk dan mengasaskan gerakan
pembaharuan dan nasionalisme bawah tanah. Setelah Jeneral Tojo melawat Jawa, beliau telah
menjanjikan kemerdekaan dan usaha berkerajaan sendiri kepada pemimpin tempatan
37 Joginder Singh Jessy. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Kedah: Penerbitan Darul Aman. Hal. 420.38 Nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan rakyat kepada negara bangsa itu, tidak kiralah jika konsep negara itu hanyalah sebuah masyarakat politik yang diimiginasikan. Lihat. Benedict Anderson. 1987. Imagined Communities: Reflections on The Origins and Spread of Nationalism. London: Verso. Hal. 34.39 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal. 280.
10
Indonesia. Hasilnya, pada akhir tahun 1943, Majlis Penasihat Pusat telah ditubuhkan dan
diketuai oleh Sukarno dan juga Hatta. Penubuhan majlis ini akhirnya memacu penubuhan
beberapa parti lain seperti PETA (Tentera Sukarela Pembela Tanah Air), ANGKATAN
MUDA, MASJUMI (Majlis Sijuro Muslim di Indonesia), LASIKAN RAKYAT dan juga
P.K.I iaitu Parti Komunis Indonesia.40 Kemunculan parti-parti ini akhirnya membawa kepada
kemerdekaan Indonesia pada tanggal 20 Ogos 1945.
Selain itu, kebangkitan semangat nasionalisme ini juga dapat dibuktikan di Filipina
hasil daripada kesan positif imperialisme Jepun di Asia Tenggara. Secara amnya, Jepun
menyerang negara itu pada 8 Disember 1941 dan ini telah mendorong Amerika Syarikat
mengisytiharkan Manila sebagai “open city” bagi mengelakkan kemusnahan dan
menyelamatkan populasi masyarakat tempatan.41 Jepun diterima baik oleh kebanyakan
pemimpin Filipina atas sebab-sebab tertentu. Antaranya kerana kepercayaan pada slogan
“Asia Untuk Asia” dan juga “Rancangan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”.
Akhirnya, wujud beberapa usaha dan parti tempatan yang menggerakkan nasionalisme
Filipina. Antara persatuan atau parti yang ditubuhkan ialah Persatuan Untuk Berkhidmat
Kepada Filipina Baru atau Kalibapi, Persatuan Bantuan Wanita, Institusi Kepimpinan
Kalibapi, Kalibapi Belian dan Institusi Kalibapi.
Bahasa
Imperialisme Jepun di Asia Tenggara ini turut memberikan kesan yang positif pada
perkembangan bahasa di Asia Tenggara. Hal ini dapat dilihat di Indonesia apabila Jepun telah
mengiktiraf dan mempertingkat taraf bahasa Indonesia untuk menyingkirkan pengaruh
Belanda. Usaha ini dilakukan dengan mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dan
Belanda. Penggunaan bahasa Jepun turut digalakkan supaya rakyat Indonesia dapat
mempelajari bahasa Jepun bagi memudahkan mereka menjawat jawatan awam dan hal-hal
pentadbiran. Walaupun pihak Jepun menggalakkan rakyat Indonesia untuk mempelajari
bahasa Jepun, namun bahasa Indonesia tetap menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi
identiti dalam kalangan rakyat Indonesia. Hal inilah yang menjadi pemangkin kepada
semangat nasionalisme rakyat tempatan dan menghapuskan sifat-sifat kedaerahan yang
diamalkan oleh mereka.
40 Joginder Singh Jessy. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Hal. 432.41 Ibid. Hal. 430.
11
Selain itu, pengekalan bahasa tempatan juga dapat dilihat di Burma dengan
penubuhan Gerakan Belia Shan di bawah pemerintahan seorang Shan bernama Dr. Ba Nyan.
Melalui penubuhan gerakan ini, bahasa tempatan tidak dipinggirkan walaupun penyerapan
bahasa asing seperti bahasa Jepun giat berlaku. Buktinya, seperti usaha menterjemahkan serta
mengubah lirik lagu Jepun ke dalam bahasa tempatan. Kesannya, identiti kebangsaan masih
lagi terpelihara walaupun adanya pengaruh bahasa Jepun dalam kehidupan mereka.
Pendidikan
Pendidikan juga merupakan salah satu aspek yang menerima kesan positif rentetan daripada
imperialisme Jepun di Asia Tenggara. Sistem pendidikan penjajah kerap mendapat kritikan
daripada nasionalis tempatan kerana sifat elitisnya42. Contohnya dapat dikenalpasti di
Myanmar iaitu pada zaman penjajahan British, hanya dua peratus sahaja penduduk mendapat
pendidikan.43 Situasi ini berlaku kerana pihak British hanya memberikan pendidikan kepada
golongan atasan dengan meminggirkan golongan bawahan. Hal ini amat berbeza dengan era
pendudukan dan imperialisme Jepun di Asia Tenggara khususnya Myanmar. Ahli-ahli
Persatuan Myanmar-Jepun yang ditubuhkan pada bulan April 1939 seperti Dr.Thein Maung
dan U Ba Yin menerima Jepun sebagai contoh untuk semua aspek kehidupan dan
pembangunan, malah mereka mahukan bantuan Jepun sekiranya usaha itu boleh memperbaiki
kedudukan ekonomi penduduk peribumi yang ditindas oleh orang Cina, India dan juga
Eropah.44
Pendidikan sememangnya menerima impak positif apabila ahli-ahli persatuan ini
beminat menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di Jepun dalam
pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut merangkumi bidang tekstil, bidang kejuruteraan,
kimia, getah, perdagangan dan percetakan. Selain itu, penjajahan dasar yang dilakukan Jepun
dalam bidang pendidikan juga telah menanamkan semangat dalam diri pelajar tentang konsep
‘Negara Asia Baharu’. Kewujudan konsep ‘Negara Asia Baharu’ ini dapat dilihat menerusi
penubuhan persatuan pakaian beruniform seperti persatuan pembantu polis, payung terjun
42 Elitis dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada bukan golongan elit ataupun dengan kata lain sistem pendidikan Jepun diberi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira status. Lihat Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 332.43 Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal 237.44 Ibid. Hal 237.
12
dan tentera Negara.45 Melalui persatuan ini, belia telah didedahkan dengan kemahiran dan
teknik dalam peperangan. Tumpuan lebih diberikan kepada golongan belia dengan
menawarkan pangkat yang dikhaskan untuk golongan yang berpendidikan. Hal ini bertujuan
mempengaruhi serta menjadikan belia sebagai golongan yang setia menurut perintah terhadap
pihak pemerintah.
Jepun turut memberikan pendidikan kepada penduduk tempatan di negara yang
diduduki. Penyediaan perkhidmatan pendidikan ini bertujuan mendapatkan sokongan
daripada rakyat tempatan. Hal ini ternyata berbeza semasa penjajahan British kerana aspek
pendidikan pada ketika itu tidak dititikberatkan kerana ingin mengelak golongan terpelajar
menentang mereka. Situasi ini juga dapat dilihat di Vietnam apabila aspek pendidikan turut
menerima kesan positif hasil pendudukan dan imperialisme Jepun. Bagi menghadapi
ancaman baru, pihak pemerintah telah melancarkan dasar-dasar seperti menggalakkan
pekembangan sukan dan pendidikan. Hasilnya, jumlah pelajar di sekolah telah meningkat
daripada 45 000 pada tahun 1939 kepada 700 000 pada tahun 1944.
Kesan positif dalam bidang pendidikan juga dapat ditonjolkan di Indonesia. Seperti
yang diketahui, kuasa Barat telah mendominasi kekuasaan di Indonesia sebelum pendudukan
Jepun. Oleh yang demikian, Jepun sememangnya bercita-cita untuk menghapuskan pengaruh
kekuasaan Barat yang telah menguasai Indonesia. Penggunaan bahasa asing dalam aspek
pendidikan dan komunikasi telah disekat penggunaannya oleh pihak Jepun dalam kalangan
pelajar. Propaganda yang disebarkan oleh pihak Jepun bertujuan meyakinkan masyarakat
Indonesia bahawa Indonesia dan Jepun merupakan saudara seperjuangan dalam peperangan
dan mempunyai pengaruh yang kuat di Asia Tenggara. Hasilnya, propaganda ini telah berjaya
mempengaruhi pemikiran masyarakat Indonesia untuk menerima kekuasaan Jepun. Jepun
juga berjaya menghapuskan elemen diskriminasi yang berleluasa dalam bidang pendidikan.
Dasar lima tahun yang dijalankan di sekolah telah membawa kepada penyeragaman dalam
sistem pendidikan khususnya dalam memudahkan pengawasan dan penyelenggaraan
pentadbiran sekolah-sekolah.
Ketenteraan
45 Persatuan-persatuan yang ditubuhkan di sekolah ini menjadi asas kepada penglibatan belia dalam perkhidmatan tentera. Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal. 170-171.
13
Kesan positif pendudukan Jepun di Asia Tenggara juga dapat dikenal pasti dalam
ketenteraan. Pada peringkat awal, rakyat tempatan di Asia Tenggara telah dikerah oleh Jepun
dalam aspek pertahanan ini. Sebenarnya, tujuan Jepun berbuat demikian bagi mengukuhkan
kedudukan dan kuasa mereka di tanah jajahan Asia Tenggara. Walau bagaimanapun,
tindakan Jepun itu telah memberi faedah secara tidak langsung kepada rakyat tempatan
kerana mereka mula bangkit menentang penjajah menggunakan asas pertahanan ketenteraan
ini.
Pemberian latihan ketenteraan oleh Jepun kepada rakyat tempatan yang berminat
menyertai bidang ketenteraan telah mencetuskan semangat nasionalisme dalam kalangan para
nasionalis. Contohnya di Myanmar, Minami Kikan46 telah melatih Komrad 3047 dan B.I.A
(Burma Independent Army). Sebelum peperangan meletus di Asia, Jepun telah melatih dan
cmembantu menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma (B.I.A) di bawah pimpinan Aung San
dan Ne Win. Ia ditubuhkan pada 27 Disember 1941 di Bangkok yang merupakan satu
kumpulan belia Myanmar yang mendapat latihan ketenteraan daripada Jepun.48 Jepun juga
telah berjaya mempengaruhi B.I.A untuk membantu tenteranya menewaskan tentera British.
Walaupun pasukan B.I.A mengandungi ahli seramai 30 ribu orang namun mereka tidak
memiliki kekuatan yang kukuh. Hal ini kerana mereka kurang berdisiplin. Oleh itu, pada Julai
1942 pasukan ini telah ditukar kpd Tentera Pertahanan Burma dan akhirnya, Tentera
Kebangsaan Burma pada 16 September 1943. Latihan ketenteraan yang diberi oleh Jepun
telah menambahkan lagi semangat perjuangan orang-orang Burma. Apabila Jepun
menunjukkan tanda-tanda kekalahan dengan tentera Berikat, Tentera Kebangsan Burma telah
berpaling tadah dengan memberi bantuan kepada British untuk menewaskan Jepun.
Pengalaman ini digunapakai untuk memperoleh kemerdekaan.
Situasi yang sama juga berlaku di Indonesia. Organisasi semi-tentera telah ditubuhkan
untuk menyelamatkan empayar Jepun yang bersifat tentera penuh. Organisasi semi-tentera
yang dimaksudkan tersebut adalah dikenali sebagai “Korps Pemuda” (Seinendan) dan Korps
Kewaspadaan” (Keibodan) yang dianggotai oleh pemuda Indonesia. Kedua-dua organisasi ini
46 Minami Kikan merupakan satu organisasi selatan yang bertanggungjawab melatih belia-belia Myanmar dan kemudiannya menubuhkan satu angkatan tentera yang dinamakan BIA iaitu tentera Pembebasan Burma pada bulan Disember 1941 di Bangkok. Lihat Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal 221.47 Komrad 30 merupakan satu kumpulan belia Myanmar yang mendapat latihan ketenteraan daripada pegawai Jepun sejak awal tahun 1941 di Hainan, Taiwan dan Jepun. Lihat Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Hal 221.48 Won. Z. Yoon. 1973. Japan’s Scheme for the Liberation of Burma: The Role of the Minami and the “Thirty Comrades”. New York: Ohio University. Hal. 44-46.
14
seperti telah ditubuhkan pada 29 April 1943.49 Perbezaan di antara kedua-dua organisasi
tersebut adalah dari segi fungsi dan umur ahli yang menyertainya. “Korps Pemuda”
(Seinendan) ialah organisasi semi-tentera yang diberi latihan tanpa senjata dan berperanan
sebagai tulang belakang untuk menyokong tentera Jepun. Ahli yang terlibat dalam organisasi
ini pula adalah berumur di antara 14 hingga 25 tahun. Organisasi ini mempunyai beberapa
cawangan di kampung-kampung besar tetapi lebih bergiat aktif apabila berada di kawasan
kota. Manakala “Korps Kewaspadaan” (Keibodan) pula dijadikan sebagai pembantu polis
yang berperanan mengawal ketenteraman dalam negara. Selain peranan dalam mengawal
ketenteraman awam, organisasi ini juga bertanggungjawab dalam hal-hal lain seperti
kebakaran dan bantuan dalam serangan udara. Kebanyakan pemuda dalam organisasi ini
berumur di antara 25 hingga 35 tahun.
Pada pertengahan 1943, Heino (Pasukan Pembantu) telah dibentuk sebagai
sebahagian daripada tentera darat dan laut Jepun. Seramai 25 ribu pemuda Indonesia telah
menyertai pertubuhan ini.50 Dalam pertubuhan ini juga, mereka yang menyertainya akan
diberikan latihan asas ketenteraan yang sama dengan askar Jepun. Latihan dan pengalaman
ini digunakan sebaiknya oleh mereka untuk mengusir penjajah dan tidak terkecuali Jepun
pada akhirnya. Sementara, Pembela Tanah Air (PETA) ditubuhkan di Jawa pada 1944 yang
bertujuan menentang serangan tentera Berikat.51 Oleh itu, kesan latihan ketenteraan daripada
Jepun ini juga dapat memberi semangat kepada golongan muda rakyat Indonesia yang
mempercayai bahawa mereka boleh menjadi tentera yang kuat dan berdisplin untuk
mengalahkan penjajah dari Barat.
Perubahan Struktur Sosial
Semasa imperialisme Jepun berlaku di Asia Tenggara, terdapat juga perubahan struktur sosial
yang berlaku sebagai impak positif. Sejarah mencatatkan bahawa Jepun telah melaksanakan
kerahan tenaga yang dikenali sebagai sistem tanaman paksa. Kesan daripada kerahan tenaga
buruh ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam struktur sosial di Indonesia. Hal ini
telah menyebabkan berlakunya penghijrahan masyarakat daripada kampung ke bandar.
Buktinya dapat akan diambil sebagai buruh paksa. Situasi ini berlaku ekoran daripada
kekejaman pihak Jepun mula bertindak zalim. Namun demikan, terdapat juga sesetengah
49 H.C.Ricklefs Terjemahan Dharmono Hardjowidjono. 1991. Sejarah Indonesia Moden. Yogjakarta: Gadjah Mada University Press. Hal. 305.50Ibid. Hal. 305.51 Mary Somers Heidhues. 2000. Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson. Hal.135.
15
golongan yang masih menetap di kampung seperti golongan wanita, kanak-kanak dan
golongan kurang upaya.
Namun, setelah berakhirnya pemerintahan Jepun di Indonesia, golongan buruh ini
telah kembali semula ke kampung dengan pengalaman yang begitu banyak sehingga
menyebabkan perubahan isolasi. Institusi desa juga mengalami perubahan menerusi
pembentukan tonarigumi (rukun tetangga). Matlamat pembentukannya adalah untuk
meningkatkan pengeluaran hasil bumi dan pembangunan negara. Penyertaan pemuda desa
dalam organisasi seperti Seinendan dan Keibodan serta menjadi parajurit Peta atau Heiho,
yang menyebabkan mereka keluar kota, mendedahkan pandangan baru kepada mereka
tentang dunia luar. Disamping menjawat status yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Asia Tenggara telah banyak memberikan kesan
terhadap penduduk tempatan sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Jepun datang ke
Asia Tenggara untuk kepentingan peribadi mereka sendiri di Asia Tenggara. Pada dasarnya,
Jepun telah memperkenalkan pelbagai idea, gagasan dan infrastruktur untuk mencapai
matlamat mereka. Namun, lama-kelamaan ia menjadi asas kepada penduduk tempatan di
Asia Tenggara dalam membangkitkan semangat dan kesedaran mereka. Pendudukan dan
proses imperialisme ini telah menyedarkan semua penduduk di Asia Tenggara terutamanya
golongan nasionalis untuk menentang penjajahan bagi memerintah sendiri negara masing-
masing tanpa bantuan dan campur tangan pihak luar sekaligus mencapai kemerdekaan. Oleh
itu, imperialisme Jepun di Asia Tenggara telah memberikan impak positif terhadap penduduk
tempatan di Asia Tenggara terutamanya dalam gerakan nasionalisme.
16
BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Benedict Anderson. 1987. Imagined Communities: Reflections on The Origins and Spread of Nationalism. London: Verso.
Chao Tzang Yawnghewe. 1987. The Shan of Burma: Memoirs of A Shan Exile. Singapura: ISEAS.
Edwin O. Reischauer, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
H.C.Ricklefs Terjemahan Dharmono Hardjowidjono. 1991. Sejarah Indonesia Moden. Yogjakarta: Gadjah Mada University Press.
J.A. Hobson. 2005. Imperialism: AStudy. New York: Casimo.
Joginder Singh Jessy. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Kedah: Penerbitan Darul Aman.
Lenin V.I. 1939. Imperialism: The Highest Stage of Capitalism. New York: International Publisher.
M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd..
Marwati Djoened Poesponegoro et.al. Sejarah Nasional Indonesia VI. Jakarta: Penerbitan Balai Pustaka.
Mary Somers Heidhues. 2000. Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson.
Schumpeter, Joseph. 1951. “The Sociology of Imperialism”, dalam Imperialism and Social Classes. New York: Meridian Books.
W. Scott Morton, (Diterjemah oleh Azhar Mad Aros). 2006. Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
17
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Won. Z. Yoon. 1973. Japan’s Scheme for the Liberation of Burma: The Role of the Minami and the “Thirty Comrades”. New York: Ohio University.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
The Japan of Japan Today, The International Society for Education Information Incorporation. 1989.Tokyo.
Perang Dunia Kedua. Dimuat turun di http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm.
Pengertian Imperialisme dan Kolonialisme. Dimuat turun di http://fluh5ni.blogspot.com/2009/11/pengertian-imperialisme-dan.html pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm.
Why did Korea fall victim to Japanese imperialism? Dimuat turun dari http://www.ukessays.co.uk/essays/history/fall-of-korea-to-japanese-imperialism.php pada 12 April 2013 jam 8.30 mlm.
18