Menjawab soalan dengan berdasarkan petikan di bawah.
Ini bendera Malaysia. Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Jalur
Gemilang mempunyai empat warna iaitu merah, putih, biru, dan kuning. Bendera
ini mempunyai tujuh jalur berwarna putih dan tujuh jalur berwarna merah. Jalur-
jalur ini melambangkan bilangan negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Di
petak yang berwarna biru ada bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Warna
biru melambangkan perpaduan rakyat. Warna kuning adalah warna diraja. Bulan
sabit pula melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Jalur
Gemilang sentiasa dikibarkan di bangunan-bangunan kerajaan dan di sekolah-
sekolah. Kita hendaklah sentiasa menghormati Jalur Gemilang. Kita perlu
berbangga dengan bendera negara kita.
1. Apakah nama bendera Malaysia? ______________________________________
2. Apakah warna-warna pada bendera Malaysia? ____________________________
3. Apakah maksud jalur-jalur pada bendera Malaysia?________________________
4. Apakah agama rasmi negara kita? _____________________________________
5. Mengapakah bintang penting di negara kita? _____________________________