Download docx - Injap hidraulik ATHIRAH

Transcript

Injap hidraulikPengenalanInjap hidraulik adalah pengantara di antara bendalir hidraulik, isyarat kawalan dan penggerak hidraulik. Injap ini digunakan untuk mengawal kadar alir, arah aliran dan tekanan bendalir. Isyarat kawalan boleh dibuat secara mekanik, insani, hidraulik, pneumatik dan elektrik. Tindakan injap kawalan boleh secara berdigit atau analog . Injap kawalan arah yang mempunyai operasi tuil berkedudukan satu, dua atau tiga adalah suatu contoh injap berdigit sedangkan injap pelega adalah suatu contoh injap kawalan analog. Secara amnya, setiap injap mempengaruhi hanya satu daripada fungsi-fungsi berikut :1. Injap pelega digunakan untuk mengatur tekanan maksimum dalam litar atau sebahagian daripada litar.2. Injap kili dengan empat liang boleh digunakan untuk menukar arah putaran sesebuah motor hidraulik.3. Injap pengawal kadar alir boleh menukar kelajuan penggerak dengan mengubah kadar alir bendalir yang memasuki atau meninggalkan penggerak.

Dalam praktik , dua atau lebih injap boleh digabungkan dalam sampul yang sama untuk menghasilkan injap rencam yang mempunyai lebih daripada satu fungsi. Contoh gabungan ini adalah gabungan injap kawal kadar alir dan injap sehala untuk menghasilkan injap kawalan laju searah dengan tiada halangan langsung kepada aliran pada arah sebaliknya.Dalam pada itu, mengubah sesuatu parameter tertentu dalam litar boleh mempengaruhi parameter lain. Melaras injap jarum untuk menghalang aliran dalam litar akan mengubah perbezaan tekanan merentasi orifis kawalan. Demikian juga halnya jika tekanan pemecahan injap pelega diset terlalu hamper dengan tekanan teraruh beban pada penggerak pelarasan tekanan injap akan mempengaruhi kelajuan penggerak. Sebahagian aliran yang sepatutnya mengalir ke penggerak akan mengalir keluar melalui pelega.

Injap kawalan tekananInjap kawalan tekanan digunakan untuk mengawal , menghadkan atau mengurangkan tekanan sistem, mengurangkan beban sesebuah pam atau menetapkan tekanan minyak sebelum minyak itu di salurkan ke dalam litar hidraulik. Injap kawalan tekanan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:I. Injap pelega dan sehalaII. Injap pengurang tekananIII. Injap penjujukan tekananIV. Injap pemunggahan tekananV. Injap imbang lawan

Injap kawalan tekanan

Ciri utama injap kawalan tekanan adalah daya hidraulik yang dilawan oleh pegas. Apabila daya meningkat dari tekanan pandu lebih besar daripada daya pegas, kili injap akan bergerak menuju ke pegas sehingga keadaan seimbang dicapai. Pada keadaan ini, tekanan pandu seimbang dengan daya pegas. Apabila tekanan pandu berubah kedudukan kili juga berubah untuk mengekalkan keseimbangan daya. Kili injap ini mungkin jenis lazim tertutup atau lazim terbuka. Untuk kes injap lazim , injap akan tertutup apabila tekanan pandu bertambah.

I. Injap pelega dan sehala

Injap ini khasnya digunakan untuk menghadkan tekanan maksimum dalam sistem hidraulik dengan melegakan bekalan minyak terus balik ke tangki dengan satu tekanan yang tertentu atau ditetapkan. Walaupun terdapat pelbagai reka bentuk, injap pelega boleh digambarkan dengan simbol umum seperti simbol di bawah ini . a) Umum atau b) Dua peringkattindakan langsung Sebenarnya bagi semua pemasangan pam anjakan tetap dan tidak tetap injap pelega mestilah dipasang untuk melindungi pam itu. Tekanan yang tinggi boleh merosakkan komponen hidraulik atau menghasilkan daya yang terlampau tinggi untuk membuat sesuatu kerja.Injap pelega boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :-

a) Injap pelega terus Injap ini merupakan injap yang dimana bentuk termudah sekali dalam kawalan tekanan dengan spring bertindak ke atas sebuah popet.

Injap pelega terus Injap pelega terus adalah sebuah injap yang paling mudah yang mengandungi satu badan dilengkapi dengan ruang masukan dan keluaran dan sebuah poppet yang menutup ruang keluaran. Sebuah spring memegang poppet dikedudukan yang tetap.Kekuatan spring itu boleh diubahsuai untuk sesuatu sistem. Tekanan minyak akan bertindak ke atas permukaan poppet yang terdedah kepada tekanan minyak.Apabila daya yang dikenakan ke atas poppet yang itu melebihi daya tekanan spring poppet itu akan bergerak dan membolehkan minyak mengalir keluar ke tangki. Kebaikan injap pelega terus1) Kos pengeluaran injap adalah murah2) Mempunyai reka bentuk yang ringkas 3) Senang diapsang ke atas sebuah mesin

Keburukan injap pelega terus

Injap ini amat susah untuk digunakan pada tekanan yang tinggi kerana mengeluarkan bunyi yang bising disebabkan oleh getaran. Oleh kerana tingginya penyelarasan tekanan yang memerlukan tindakan pra beban yang besar ke atas spring.Akan tetapi selepas injap itu terbuka, tambahan luas dengan tekanan yang tinggi juga menyebabkan daya yang besar. Keadaan ini bermakna injap itu memerlukan satu spring yang besar dengan kadar tekanan yang rendah ketika poppet ini terbuka. Tekanan minyak akan menjadi rendah apabila poppet itu terbuka dengan segera sebab keadaan ini akan menyebabkan poppet itu menutup balik dengan serta merta. Keadaan ini akan menyebabkan tekanan minyak meningkat balik kepada tekanan asal, maka injap ini akan terbuka semula. Ini akan menghasilkan satu keadaan yang berulang-alik atau getaran oleh poppet itu.

b) Injap pelega pandu Injap ini digerakkan oleh tekanan dan seterusnya mengawal injap pelega.

Injap pelega pandu

Injap ini direkabentuk untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam injap lega pandu pelega terus. Ia dinamakan injap pelega pandu seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah. Sebuah omboh pandu kecil ditetapkan pada kedudukannya dengan sebuah spring yang panjang. Maka ia (spring) mempunyai satu kecerunan ketegangan yang panjang (spring stiffness gradient). Oleh kerana onboh pandu itu adalah kecil, daya yang diperlukan untuk menetapkan kedudukan omboh juga kecil. Maka pembukaan omboh itu telah dikurangkan.

Poppet tunggal yang ada pada injap utama ditetapkan dengan kedudukannya oleh tekanan hidraul yang bertindak ke atas keluasan berbeza poppet itu. Apabila injap pandu terbuka, minyak yang ada pada ruang poppet tunggal akan dikeluarkan ke tangki. Satu keadaan tekanan tidak seimbang akan terhasil. Ini menyebabkan poppet tunggal itu terangkat dari kedudukannya. Keadaan itu berlaku dengan pantas, maka takat retak pada poppet tunggal itu telah dikurangkan. Injap ini lebih sesuai dari injap pelega terus. Tambahan pula ia boleh dikawal denagn alat kawal untuk mengurangkan beban pada sebuah pam.

Dibandingkan kepada penyenggaraan kedua-dua injap ini, injap pelega terus membuka pada separuh dari tekanan aliran sepenuh dimana injap pelega pandu membuka pada 90% dari tekanan aliran sepenuh. Maka injap pelega pandu mempunyai lebih kurang overring pressure jika dibandingkan dengan injap pelega terus.

Kegunaan injap pelega pandu

Oleh kerana injap ini membuka hampir pada aliran tekanan penuh, maka kecekapan sistem dapat dikawal. Sedikit minyak dapat dikeluarkan dari sistem. Injap ini amat sesuai pada tekanan yang tinggi dan juga boleh melegakan isipadu yang besar dari sistem.

Injap sehala Injap sehala boleh jadi injap kawal tekanan atau kawal arah atau kedua-duanya. Kerap kali injap sehala tidak lebih dari sebuah bebola dan pelapik yang terletak di antara dua liang. Sebagai injap kawalan arah , injap ini mempunyai arah aliran bebas dan tanpa aliran. Aliran melalui pelapik akan menolak bebola keluar dan membenarkan aliran bebas.Aliran dari arah berlawanan akan menolak bola kearah pelapik.Peningkatan tekanan akan memaksa bola untuk mengedap saluran, oleh itu aliran dihadang.

Pegas injap mungkin sangat lembut jika injap digunakan hanya untuk mengembalikan bebola ke pelapiknya apabila aliran berhenti. Dalam kes ini,susutan tekanan merentasi injap mungkin tidak lebih dari 5-10 psi.Apabila injap digunakan untuk menghasilkan tekanan balik,pegas lebih keras digunakan.Tekanan pada salur masuk mengimbangi daya pegas untuk menghasilkan bezaan tekanan yang nyata,bergantung pada kadar pegas. Injap sehalaII. Injap pengurang tekanan

Digunakan untuk menghadkan tekanan dalam sebahagian litar ke nilai yang lebih rendah daripada yang diperlukan dalam litar selebihnya.Injap pengurang tekanan adalah injap yang sentiasa terbuka. Injap membesar atau mengecil untuk mengekalkan tekanan di dalam talian tadi.Injap pengurang tekanan tindakan langsung boleh diperolehi untuk kadar alir rendah sehingga ke sekitar 45 I/min dan tekanan 210 bar.Injap ini boleh dibekalkan dengan atau tanpa injap sehala aliran-balikan.

Injap pengurang tekanan mungkin :a) Tanpa legaan; iaitu menghadkan penambahan tekanan pada hilir injap yang disebabkan oleh daya luar.

b) Jenis legaan ; iaitu menghadkan tekanan di hilir injap walaupun apabila tekanan bertambah disebabkan oleh daya luar.Injap ini cenderung terbuka oleh pegas.Tekanan dikesan pada liang keluaran dan masuk ke hujung kili bebanan pegas. Apabila tekanan dalam litar sekunder meningkat, injap akan menutup terhadap tekanan pegas.Aliran melalui lubang kecil di kili ke ruang pegas dan saliran adalah untuk menghalang supaya injap tidaj tertutup sepenuhnya. Oleh itu, kenaikan tekanan dalam litar hiliran dapat dielak. Injap pengurang tekanan tindakan langsung

Injap pengurang tekanan kendalian terpandu ( dua peringkat ) digunakan untuk kadar alir yang lebih besar dan secara umumnya memberikan aturan tekanan yang lebih baik.Tindakan injap pengurang tekanan selalu menghasilkan tenaga haba disebabkan oleh kesan pendikitan. Penghasilan haba ini mesti diambil kira apabila menggunakannya.Apabila dua tekanan berasingan diperlukan secara berterusan di dalam suatu litar, maka sistem dua pam mungkin merupakan penyelesaian yang lebih baik daripada menggunakan injap pengurang tekanan. Ini bergantung kepada aliran dan tekanan yang diperlukan.

III. Injap penjujukan tekanan

Dalam keadaan injap tertutup ,minyak hidraulik dari punca mengalir ke litar pertama. Apabila poppet terangkat , minyak akan mengalir ke litar kedua.

Setelah kerja pertama selesai dilakukan, tekanan minyak hidraul pada litar pertama akan meningkat sehingga ke satu takat dimana popet akan terangkat. Apabila popet terangkat minyak akan mengalir ke litar kedua bagi melakukan kerja kedua setelah kerja pada litar pertama selesai.

Kegunaan Injap Jujukan Tekanan ialah untuk mengawal peraturan operasi terhadap dua sistem kawalan di mana sistem kedua mula bergerak setelah sistem utama selesai gerakannya. Injap jujukan tekanan menetapkan tekanan pada sistem utama semasa sistem kedua berada dalam operasi.

IV. Injap pemunggahan tekanan

Injap pemunggahan biasa digunakan pada litar berpenumpuk (accumulator). Selepas tekanan di dalam penumpuk mencapai tekanan maksimum dan tekanan sistem mencapai tekanan yang dilaras, di mana injap pemunggahan akan terbuka dan membenarkan minyak mengalir masuk ke tangki.

Pada keadaan tertutup, tekanan pegas akan menekan kili injap pada kedudukannya. Pada masa ini tekanan dari salur pengesan lebih rendah dari tekanan pegas.Apabila tekanan pada salur pengesan melebihi tekanan pegas, kili injap akan terangkat dari kedudukannya dan membenarkan minyak dari pam mengalir balik ke tangki.

V. Injap imbang lawan

Injap imbang-lawan digunakan dalam sistem untuk mengekalkan rintangan boleh laras terhadap aliran dalam satu arah tetapi membenarkan aliran bebas dalam arah yang berlawanan. Fungsi injap adalah untuk mengelakkan pergerakan tidak terkawal atau untuk menahan berat pada satu bahagian sistem semasa bendalir digunakan bagi komponen kerja dibahagian lain dalam sistem yang sama.Injap imbang-lawan mempunyai injap sehala terbina dalam yang membenarkan aliran balikan yang bebas melalui injap. Aliran dimatikan pada injap sehingga tekanan pada liang salur masuk mencapai nilai yang di set pada pegas injap. Bendalir kemudiannya mengalir melalui injap dan kembali ke takungan sistem.Jika injap imbang-lawan diset terlalu tinggi tekanannya, sistem menjadi tidak cekap. Nilai set yang betul sebaiknya 10% lebih tinggi dari set tekanan yang diperlukan untuk memampas beban.

Injap imbang lawan (a) keratan dan (b) litar