1.0 PENGENALAN
Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus
Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang
munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak
hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang
menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Ponteng sekolah adalah sejenis
penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak masyarakat kita mengenal alam persekolahan.
Menurut Rasidah binti Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai
ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa
yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya
dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di komplek
membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan.
Mohamed Yunus (1994) mendefinasikan ponteng sebagai tidak datang ke sekolah tanpa
apa-apa sebab yang munasabah dari segi sekolah atau ‘tuang’ dengan tidak diketahui oleh
ibubapa atau guru. Yaakub (1976, dlm Aminah, 1994) pula mentakrifkannya sebagai murid yang
tidak hadir di sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Ini termasuklah pelajar
yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu yang
sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran mereka di dalam bilik darjah masing-masing.
Menurut Ibrahim Saad (1982), ponteng adalah mereka yang sengaja tidak ke sekolah. Mereka
keluar dari rumah dengan berpakaian sekolah dan beg berisi buku-buku, sebaliknya pergi ke
kebun, memancing ikan, mandi di lombong atau berfoya-foya dipanggung wayang atau
kompleks membeli belah.
1
Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa tingkat, dari tingkat bawah hingga
tingkat tertinggi. Antara tingkat-tingkatnya ialah ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat,
ponteng kelas dan ponteng sekolah. Walaupun adanya peraturan atau disiplin sekolah yang ketat
tetapi seketat mana pun undang-undang dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Kajian Kementerian
Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama. Kegiatan
ponteng dilakukan sama ada secara individu atau secara berkelompok. Kebanyakan pelajar yang
ponteng sekolah secara berkelompok cenderung untuk memilih sebuah kawasan untuk dijadikan
tempat untuk melepak. Masa atau hari untuk ponteng biasanya telah dirancang dan dapat dikenal
pasti traitnya. Contohnya kegiatan ponteng sekolah memuncak pada hari Isnin dan Jumaat atau
Ahad dan Khamis (PTS, 2005).
Sehubungan dengan itu, sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu sehaluan dan bergabung
tenaga dalam menangani masalah ponteng dan akhlak pelajar. Sekiranya masalah ini dibiarkan
berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana yangdikehendaki dalam wawasan 2020
iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang
luhur (Mahathir, 1991). Wawasan murni yang diharapkan kelak hanya dapat dilihat kepada
keratan-keratan akhbar sahaja tanpa berlaku perubahan pada masyarakat jika sekiranya masalah
sosial ini tidak diselesaikan dengan segera dan ditangani dengan sebaik mungkin.
2
Ponteng adalah salah satu kes salah laku pelajar yang berlaku di semua sekolah rendah
dan menengah sama ada bilangannya kecil ataupun besar. Namun ia adalah masalah yang serius
membabitkan pihak sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Ia berlaku tidak kira di
sekolah luar bandar ataupun di bandar dan bertambah dari hari ke hari. Masalah ponteng sekolah
tiba-tiba menjadi perhatian umum apabila akhbar melaporkan 50% daripada pelajar di sebuah
sekolah menengah di Felda Setiu, Terengganu mencatatkan hanya 50% pelajar sahaja yang ke
kelas terutamanya pada hari Ahad dan Khamis. Masalah ponteng sekolah ini telah menarik
pandangan semua lapisan masyarakat terutamanya pemimpin dan pendidik. Masalah ini terus
menarik perhatian ramai apabila pada 4 dan 5 April 2001 lalu akhbar-akhbar utama negara
menyiarkannya secara berturut-turut. Ini menampakan masalah ponteng perlu diberi perhatian
yang lebih supaya generasi yang akan datang tidak terjejas kecemerlangannya.
Kes ponteng juga semakin serius. Perangkaan pada tahun 1994 menunjukkan terdapat
5,636 kes ponteng di sekolah menengah (Utusan Malaysia, 1994). Angka ini semakin meningkat
kepada 38,053 kes. (Berita Harian, 18 Ogos 2000). Bilangan kes ponteng sekolah menjadi
masalah disiplin yang paling tinggi peratusnya berbanding dengan masalah disiplin yang lain. Ini
diakui dalam laporan disiplin tahunan 1992 Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Permasalahan ini terjadi dari berbagai faktor seperti faktor kemiskinan, pengaruh
rakan sebaya, sikap pelajar itu sendiri dan juga faktor sekolah. Walau apapun faktornya, ponteng
menjadi satu penyakit yang merbahaya dan mudah tersebar kepada pelajar lain serta merugikan
pelajar, ibu bapa, pihak sekolah dan negara keseluruhannya.
3
Dalam beberapa kes salah laku pelajar, ponteng sekolah adalah merupakan kes yang
sentiasa berlaku di semua sekolah dan ia menjadi masalah yang besar kepada guru, pentadbir
sekolah dan ibu bapa. Pelajar yang terlibat akan ketinggalan dalam pelajaran dan juga
pencapaiannya dalam akademik akan terjejas. Ini membawa kesan buruk kepada negara, iaitu
menjejaskan kecemerlangan generasi akan datang. Mengikut Mohamed Yunus (1994), pelajar
yang ponteng sekolah biasanya memberi contoh yang buruk di sekolah. Umumnya mereka
mempunyai rasa benci terhadap persekitaran sekolah. Justeru, mereka sering dikaitkan dengan
pelbagai masalah disiplin seperti tidak menghiraukan arahan guru, tidak membuat tugasan
sekolah dan merosakan harta benda sekolah. Hal ini menimbulkan kerisauan kepada guru dan
pihak pentadbiran. Gejala ponteng yang berleluasa juga menggambarkan tahap disiplin sekolah
telah merosot.
Ponteng adalah umpama virus yang boleh membantutkan kecemerlangan pendidikan. Ia
juga boleh mengheret seseorang itu kepada perbuatan salah laku yang lebih serius lagi seperti
merokok, mencuri, menghisap dadah, peras ugut dan lain-lain aktiviti jenayah. Justeru, ia perlu
dibenteras dengan segera. Pembanterasan gejala ponteng ini dapat membantu kepada
kecemerlangan pendidikan negara dan seterusnya menjadi pendokong kepada usaha-usaha untuk
mencapai wawasan negara pada tahun 2020 Malaysia. Tingkah laku ponteng boleh ditunjukkan
dalam pelbagai bentuk tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi tentang perlakuan
ponteng yang diberikan oleh para sarjana barat dan dalam negara.
4
2.0 STATISTIK PONTENG DI MALAYSIA
Mengikut Mohamed Yunus (1994) juga, kebanyakan daripada pelajar yang ponteng adalah
terdiri daripada mereka yang berumur tiga belas hingga enam belas tahun. Pada peringkat umur
lima belas tahun pelajar-pelajar lebih menumpukan masa untuk membuat persiapan bagi
menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR). Begitu juga, kebanyakan
daripada mereka yang ponteng adalah pelajar lelaki dan keturunan Melayu. Kajian yang dibuat
oleh Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru bulan Januari 1998 hingga April 1998 sekolah
menengah menunjukan;
Jadual 2.1: Jumlah Dan Jenis Kes Ponteng Di Daerah Johor Bahru Jan-April 1998
Jenis Jumlah kes
Ponteng Kelas 117
Ponteng Sekolah 446
Ponteng Perhimpunan 47
Ponteng Ko-kurikulum 7
Jumlah Salah laku 617
Mengikut Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1994),
ponteng sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada pengetua atau guru besar.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh National Foundation of Educational Research di
England dan Wales mendapati pelajar-pelajar lelaki mempunyai kekerapan melakukan kesalahan
disiplin yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan (Smith, 1969).
5
Hasil kajian ini adalah selari dengan hasil kajian yang diperolehi oleh Kratchoski (1975),
di mana beliau mendapati bahawa masalah ponteng di kalangan pelajar-pelajar lelaki adalah jauh
lebih tinggi jika dibandingkan dengan masalah ponteng yang dilakukan oleh pelajar-pelajar
perempuan. Sementara itu , Ivan (1975), juga mendapati kadar kekerapan melakukan kesalahan
disiplin adalah jauh lebih tinggi dilakukan oleh pelajar lelaki berbanding dengan pelajar-pelajar
perempuan di sekolah yang sama. Daripada hasil kajian-kajian di atas, kesimpulannya
menunjukkan bahawa masalah disiplin adalah lebih tinggi di kalangan pelajar-pelajar lelaki jika
dibandingkan dengan pelajar-pelajar perempuan.
Menurut Hirsch ( 1972 ), pelajar-pelajar lelaki lebih membenci sekolah berbanding
dengan pelajar-pelajar perempuan dan mereka lebih banyak melakukan masalah melanggar
disiplin sekolah berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan. Mussen (1974), menyatakan
bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk membebaskan diri dari kawalan ibubapa. Sementara
pelajar perempuan pula menganggap kawalan ibubapa adalah adil, benar dan bertimbang rasa.
Begitu juga keadaan di sekolah, pelajar lelaki menganggap kawalan guru menyebabkan mereka
merasa terkongkong dan ingin melepaskan diri dari disiplin yang dikenakan. Ini adalah berbeza
dengan pelajar perempuan yang menganggap bahawa kawalan guru semasa di sekolah adalah
perlu.
6
Menurut Marzita Abdullah (2005), seramai 5807 pelajar telah diperikasa sepanjang tahun
2002 hingga 2004 dalam operasi ponteng sekolah iaitu OPS Sayang yang telah dijalankan oleh
polis di seluruh Negara. Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar
perempuan terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan. Menurut Ketua Penolong
Pengarah Pentadbiran D1 Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Aishah
Mohammad, daripada 153 pelajar yang diperiksa di negeri itu, 78 orang adalah pelajar
perempuan manakala 75 orang adalah pelajar lelaki. Perak merupakan negeri yang paling banyak
melancarkan operasi itu sepanjang tempoh tersebut. Sebanyak 299 Ops Sayang dilancarkan di
Perak diikuti Johor (92), Pahang (83), Sabah (80), Negeri Sembilan (31), Kuala Lumpur (30),
Kedah (22), Perlis (7), dan masing-masing lima operasi di Kelantan dan Pulau Pinang.
Walaupun Perlis hanya melancarkan tujuh operasi namun jumlah pelajar yang diperiksa
semasa operasi itu adalah melebihi pelajar di Johor yang melancarkan 92 operasi. Sebanyak 931
pelajar diperiksa di Perlis berbanding hanya 382 pelajar di Johor. Menurut Aishah walaupun
jumlah pelajar yang tidak terlibat namun perkara tersebut perlu dibendung kerana gejala ponteng
boleh menyumbang kepada kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar. Beliau mencadangkan agar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan waran Perjawatan Unit Polis Sekolah yang
bertanggungjawab memastikan sistem profil pangkalan data sentiasa dikemas kini (Marzita
Abdullah, 2005).
7
3.0 FAKTOR-FAKTOR PONTENG
Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa fakor. Antaranya adalah suasana
persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan
pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi
faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Manakala suasana persekitaran dalam sekolah
seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak
kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan, 2006).
Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan
kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama
yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng.
Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu serta
desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng
yang kian sukar dibendung lagi.
Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng
dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein (1993), pembelajaran yang berkesan
datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi
melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif
dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan
pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan
mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
8
Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis
yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika
tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang.
Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak
berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng
sekolah.
Gejala ponteng oleh pelajar juga merupakan tingkah laku hasil daripada sikap pelajar
bertindak balas dengan persekitaranya. Menurut N. Rajendran (1994) ponteng berkait rapat
dengan sikap pelajar dengan pengajaran guru. Pengajaran guru yang tidak menarik akan
menyebabkan pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran. Sekiranya guru tidak
berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng
sekolah. Sikap guru yang suka berleter juga boleh mempengaruhi pelajar untuk ponteng. Ada
golongan pelajar ponteng semata-mata kerana hendak mengelakkan dari leteran guru dengan
melepak di tempat hiburan.untuk melepaskan masanya.
Sosio ekonomi keluarga juga boleh mempengaruhi pelajar ponteng. Menurut Aminudin
Abd Wahid (1993), remaja yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya
penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian berjenama dan stail rambut yang
baru, tetapi tiada wang yang mencukupi kerana sosio ekonomi keluarganya rendah, mereka akan
rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang.
.
9
Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah ponteng pelajar secara tidak
langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok dan bunga-
bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat permainan dan perpustakaan.
(Mok Soon Sang, 1992). Pengaruh sekolah amatlah penting dalam pembentukan personaliti
kerana sosialisasi di rumah diikuti dengan sosialisasi di sekolah. Sekolah adalah institusi
pendidikan yang membina personaliti berdasarkan nilai-nilai mumi. Personaliti guru
menggalakkan gaya interaksi remaja. Guru mempengaruhi perasaan, aspirasi dan sikap anak
remaja. Guru ada1ah individu yang boleh membina motivasi murid. Jangkaan guru terhadap
pelajar adalah faktor yang mempengaruhi kemampuan remaja mengadaptasi kepada persekitaran.
Sekolah adalah tempat anak-anak dan remaja mula mendapat kawan yang ramai. Pelbagai
ragam dan tingkah laku boleh didapati apabila mereka bergaul bersama. Akibat dari pergaulan
inilah pengaruh tingkah laku terhadap remaja mula tersemai. Ikatan remaja bukan lagi semata-
mata dengan ibu bapa sahaja, malah mereka lebih condong kepada pengaruh rakan sebaya
(Kamaruddin,1996). Tingkah laku remaja ini adalah ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan
sebaya mereka. Remaja ini akan lebih mementingkan persetujuan daripada rakan sebaya dalam
membuat sebarang keputusan.
10
Gejala ponteng nampaknya semakin diundang dalam kehidupan manusia moden melalui
pengaruh media dan hiburan yang direka bagi memuaskan hawa nafsu dan naluri liar
terutamanya remaja. Menurut Azizi Yahaya (2005) zaman remaja merupakan peringkat krisis
identiti keremajaan. Mereka cuba menyelesaikan konflik ini, jika mereka tidak Berjaya
menyelesaikan konflik ini, mereka akan tenggelam dalam kekeliruan, tidak berupaya membuat
keputusan dan pilihan terutamanya berkaitan peranan amnya. O’Leary dan O’Leary (1972)
menunjukkan bahawa anak-anak yang terkeluar daripada pengawasan ibubapa akan mencari
rakan-rakan sebaya untuk meneruskan kehidupan mereka dan untuk mendapatkan hiburan.
Adakalanya mereka terperangkap dengan kumpulan yang mengambil dadah, tidak bersopan-
santun, menipu, mencuri dan sebagainya. Menurutnya lagi, nasib remaja ini bergantung kepada
jenis rakan sebaya yang mereka gauli.
4.0 PENDEKATAN TEORI-TEORI
Ada beberapa teori yang dapat menghuraikan tentang gejala ponteng di kalangan pelajar. Antara
teori yang digunkan ialah:
4.1 TEORI KONSEP KENDIRI
Roger (1977) mengemukakan teori konsep kendiri yang mengandungi dua konsep iaitu
organisme dan kendiri manusia. Organisme adalah pusat segala pengalaman yang melibatkan
kesedaran bagi sesuatu masa. Kendiri meliputi apa yang kita percaya mengenai diri sendiri dan
cara menilai setiap ciri-ciri diri sama ada ciri itu adalah kelebihan ataupun kelemahan. William
Jame (1998) juga menyatakan bahawa ‘saya’ dapat diperolehi daripada pengalaman sosial.
11
Sering kali individu memberi perhatian pada apa yang dikatakan oleh orang yang rapat seperti
ibu bapa, rakan sebaya dan guru mengenai dirinya daripada aspek personaliti, sikap, nilai, rupa
wajah dan sebagainya. Akibatnya, penilaian yang dilakukan dengan pelbagai cara dapat
mencerminkan pandangan orang lain pada diri sama ada secara positif atau negatif.
Roger (1977) mengkaji perkembangan individu dari kecil hingga dewasa. Pembentukan
personaliti secara umumnya adalah sama bagi semua individu. Oleh itu, pelajar yang tidak
bermasalah disiplin, biasanya latar belakang keluarganya mempunyai konsep harga kendiri yang
amat tinggi. Pelajar ini juga mendapat kasih sayang dan sokongan daripada ibu bapa mereka.
Roger (1977) mempercayai palajar yang mempunyai masalah dan melakukan tindakan negatif
boleh dididik oleh ibu bapa dengan memberikan prihatin terhadap anak mereka. Ibu bapa perlu
menghormati pendapat anak mereka dan membetulkan kesilapan dengan hukuman yang sesuai.
Ibu bapa harus meneliti remaja di luar kawasan rumah atau sekolah. Prinsip teori konsep kendiri
dalam pendidikan adalah guru dan ibu bapa perlu mengadakan hubungan yang mesra dengan
pelajar. Dengan adanya hubungan yang mesra dengan pelajar, pelajar akan meluahkan isi hati
mereka dan dapat mengelakkan gejala negatif seperti ponteng sekolah.
12
4.2 TEORI PERTUKARAN SOSIAL
B. F Skinner (1953) menegaskan konsep peneguhan pada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam aspek bilik darjah. Hubungan interpersonal pelajar juga dapat dilihat
daripada aspek peneguhan. Menurut B. F Skinner (1953) ganjaran yang diperolehi daripada
rakan sebaya adalah tinggi berbanding dengan kos, maka nilai hasil perhubungan interpersonal
yang tinggi. Kos adalah masa, emosi, dan tenaga serta perbelanjaan yang digunakan sepanjang
tempoh membina hubungan persahabatan.
Pelajar pada peringkat kepuasan akan belajar membandingkan hasil hubungan
interpersonalnya dengan paras perbandingan dirinya. Seterusnya pelajar akan membuat
keputusan sama ada hubungan perlu diteruskan atau tidak. Paras perbandingan yang alternatif,
pelajar dapat membandingkan hasil hubungan interpersonal yang baru. Pelaburan termasuk wang
dan masa yang dilaburkan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Menurut Levinger (1980), daya tarikan menjadi pemangkin utama dalam pemilihan rakan
baru. Pelajar pada peringkat pembinaan hubungan, mereka akan melihat sama ada rakannya
seiras dengan dirinya dari segi sikap dan minat. Pada peringkat pertambahan sengit, kedua-dua
rakan akan mengalami konflik yang serius dan tidak dapat diselesaikan. Seterusnya,
perkembangan hubungan interpersonal itu akan mencapai peringkat penamatan.
13
McAdam (1982) menyatakan bahawa sifat dalam diri pelajar yang mempunyai keperluan
bergabung yang tinggi akan menyertai aktiviti sosial secara aktif. Oleh itu pelajar lebih
cenderung untuk membentuk kumpulan dan ponteng sekolah. Beleiau berpendapat bahawa
sahabat yang terbaik bagi pelajar tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan mereka iaitu
dari segi umur, jantina, keturunan, matlamat pendidikan dan pencapaian.
Menurut Anderson (1968), sifat fizikal, personaliti pengetahuan dan status sosial
merupakan sifat yang penting untuk membina hubungan interpersonal yang baik dengan
persekitaran. Penyelidik berpendapat bnahawa sifat-sifat di atas ini perlu wujud bagi membina
hubungan mesra dengan keluarga, guru dan masyarakat sekeliling
Oleh itu, berdasarkan tajuk penyelidikan, hubungan interpersonal pelajar dengan keluarga, rakan
sebaya, guru dan rakan sebaya adalah amat penting. Perhubungan ibu bapa yang rapat dengan
anak remaja dapat mewujudkan pelajar yang berdisiplin di sekolah dan dapat mengelakkan
gejala ponteng.
4.3 TEORI SOSIAL BANDURA
Gejala ponteng merupakan tindakan agresif kerana ponteng wujud hasil cetusan kebosanan
pelajar. Teori pembelajaran sosial sesuai untuk mengawal gejala ponteng di kalangan pelajar.
Teori sosial boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati
orang lain melakukan sesuatu. Ini bererti persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku.
Kesesuaian tingkah laku bergantung kepada peraturan sosial sesuatu masyarakat dan tempat.
Teori pembelajaran sosial ada1ah mengelakkan konsep-konsep seperti dorongan dan
pengurangan dorongan bagi mereka yang percaya bahawa tingkah laku adalah telah ditetapkan.
14
Menurut Bandura (1977), seseorang akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada
orang lain dan menyimpan maklumat secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah
laku tersebut. Persembahan ini akan dikawal dan diproses oleh penggabungan persekitaran dan
kognitif melalui motivasi yang diberikan. Bandura (1977), juga mendapati bahawa kanak-kanak
akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem tingkah laku yang agresif.
Bandura (1977), juga menekankan bahawa manusia akan mempelajari standard peribadi yang
berkaitan dengan peneguhan dan dendaan yang digunakan untuk menilai tingkah laku sendiri.
Pembelajaran cerapan adalah individu belajar sesuatu tingkah laku dengan melihat dan kemudian
melakukannya ia boleh dalam bentuk tingkah laku imitatif (peniruan) atau bukan initatif.
Bandura (1977) menyatakan bahawa tingkah laku individu mempengaruhi persekitaran.
Persekitaran yang berubah akan mempengaruhi tingkah lakunya. Individu juga mempengaruhi
kedua-dua tingkah laku dan persekitaran. Bandura (1977), menyatakan walaupun terdapat
interaksi antara individu, persekitaran dan tingkah laku, setiap satu daripada komponen tersebut
boleh lebih mempengaruhi daripada yang lain. Ini bermakna kepercayaan seseorang dapat
dijadikan sebagai penentu ke atas tindakan yang akan dilakukan oleh seseorang.
4.4 PELAZIMAN OPERAN BURRHUS FREDERIC SKINNER
Walaupun idea pelaziman operan berasal daripada Edward Thorndike, namun B.F. Skinner
(1904-1990) adalah tokoh yang paling dikaitkan dengan pelaziman operan. Beliau merupakan
tokoh utama dalam behaviorisme yang mendakwa bahawa penyebab kepada tingkah laku
terdapat dalam persekitaran dan bukan akibat daripada peristiwa-peristiwa mental dalaman
seperti pemikiran, perasaan, atau persepsi. Peristiwa-peristiwa mental dalaman itu sendiri
15
sebenarnya merupakan satu tingkah laku, dan seperti bentuk tingkah laku yang lain, adalah
dibentuk dan ditentukan oleh persekitaran.
Dalam pelaziman operan, peneguhan akan memperkukuhkan tingkah laku. Peneguhan
akan mengikuti tindakan yang diperkuatkan. Misalnya, setelah melakukan tingkah laku tidak
ponteng akan memperolehi peneguhan (pujian) dan peneguhan ini memperkuatkan lagi tingkah
lakunya (iaitu cenderung untuk hadir pada masa akan datang). Dengan itu, dalam pelaziman
operan, subjek adalah diperteguhkan oleh kesan atau konsekuen yang menyeronokan (pujian).
Dua jenis peneguhan operan dikenal pasti sebagai peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif merujuk kepada konsekuen atau hasil tingkah laku yang positif, agar
tingkah laku akan sering diulang kembali. Tingkah laku tidak ponteng menyebabkan ia
menerima peneguhan positif iaitu pujian. Dalam bahasa umum, ia dirujuk sebagai ganjaran
positif. Apabila melakukan tingkah laku yang betul, kita biasanya menerima ganjaran sama ada
dalam bentuk pujian atau pun material. Tingkah laku yang sering diulang kembali akibat diberi
ganjaran dikenali sebagai gerakbalas operan, sementara konsekuen positif (ganjaran) dinamakan
sebagai peneguh positif. Peneguh positif dikategorikan kepada tiga, iaitu peneguh asas, peneguh
sekunder dan peneguh sosial.
Peneguh asas merujuk kepada peneguh yang secara semulajadi adalah meneguhkan dan
tidak perlu diperolehi melalui pembelajaran. Contohnya seperti makanan, air, kehangatan,
rangsangan, aktiviti fizikal, dan kepuasan seksual. la kadang kala dinamakan sebagai peneguh
yang tidak dipelajari. Peneguh sekunder merujuk kepada peneguh yang memainkan bahagian
16
penting dalam pelaziman operan. Peneguh ini dipelajari melalui pelaziman klasik. Ianya menjadi
peneguh kerana ia dikaitkan dengan rangsangan lain. Contohnya, wang sebagai peneguh
sekunder, kerana wang dikaitkan dengan keupayaan membeli sesuatu yang kita kehendaki.
Peneguh sosial merujuk kepada peneguh yang bergantung kepada orang lain. Peneguh
sosial yang biasa adalah seperti kemesraan, perhatian, penerimaan, pengiktirafan, senyuman, dan
penghormatan. Peneguh positif ini hendaklah diberi dengan kadar segera iaitu sebaik sahaja
gerak balas. Jika ganjaran itu ditangguhkan proses pembelajaran akan terbantut. Peneguh positif
juga hendaklah diberi secara konsisten. Jika pemberiannya tidak konsisten ia akan menjejaskan
pembelajaran terutama di peringkat awal pembelajaran. Peneguh positif juga mestilah sesuatu
yang bermakna kepada subjek iaitu sesuatu yang menyenangkan atau mengembirakan.
Peneguhan negatif adalah peneguh yang tidak semestinya terdiri daripada peristiwa-
peristiwa yang positif. Dalam situasi tertentu konsekuen peneguhan adalah melalui penyingkiran
atau pengelakan / penghindaran peristiwa negatif. Contohnya, pelajar yang sering dileteri oleh
guru kerana lewat masuk kelas, maka pelajar tersebut akan ponteng untuk mengelakkan daripada
dileteri oleh guru. Tindakan ponteng itu akan meneguh tingkah laku anda, iaitu pada masa akan
datang anda akan bertingkah laku untuk mengelakkan daripada dileteri oleh guru anda.
Semasa pelaziman lepas diri, operan (tingkah laku) adalah diperteguhkan kerana tingkah
laku tersebut memberhentikan (membuang) peristiwa yang berlaku yang dirasakan tidak
menyenangkan. Misalnya, jika pelajar yang melakukan ponteng, mereka akan didenda cuci
tandas. Pada masa akan datang mereka akan didenda cuci tandas apabila didapati ponteng
17
sekolah. Tingkah laku mencuci tandas itu telah diperteguhkan, supaya peristiwa negatif itu
diberhentikan. Pelaziman lepas diri merupakan satu bentuk peneguhan negatif kerana sesuatu
yang negatif telah dihilangkan (dikurangkan). lanya dipanggil pelaziman lepas diri kerana
individu mahu melepaskan diri daripada sesuatu yang negatif.
Dalam pelaziman menghindar, tingkah laku mempunyai konsekuen yang boleh
menyebabkan sesuatu yang negatif tidak akan terjadi atau berlaku, yang sebaliknya kemungkinan
akan berlaku. Misalnya, kita pernah dimarahi oleh ibu kerana tidak mengemaskan bilik tidur.
Maka kita akan mengemaskan bilik tidur setiap pagi untuk menghindarkan diri daripada
dimarahi oleh ibu. Ini kerana tingkah laku mengemas bilik adalah diperteguhkan dengan
mengelakkan diri daripada sesuatu yang negatif (dimarahi).
Teknik yang paling berkesan ialah menggunakan pendekatan B.F Skinner. Menurut
Skinner (1932), sebelum kita mengubah perlakuan sesuatu organisma, kita hendaklah bermula
dengan mengenal pasti potensi organisma dan apa yang hendak diubah. Skinner juga
berpendapat sesuatu respon perlakuan terakhir boleh dihapuskan melalui ganjaran atau hukuman.
18
5.0 LAPORAN KAJIAN INTEVENSI SEKOLAH DI KOTA KINABALU
Pengkaji telah melakukan sebuah kajian kecil ke atas dua buah sekolah mengenai cara-cara
pencegahan dan intevensi atau langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak sekolah apabila
berlakunya tingkah laku delinkuen di kalang pelajar sekolah tersebut. Dua buah sekolah yang
terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Likas dimana, kajian ini dilakukan pada dua hari yang berlainan iaitu SMK Badin pada Ogos 21,
2009 (khamis) dan SMK Likas pada Oktober 3, 2009. Hal ini disebabkan oleh kesukaran untuk
mendapatkan masa yang sesuai bagi setiap ahli kumpulan.
Kami juga menyediakan satu soal selidik (sila rujuk pada lampiran 1) mengenai masalah
delinkuen yang paling kerap, intervensi atau langkah-langkah yang diambil oleh pihak sekolah
apabila berlaku tingkah laku delinkuen di kalangan pelajar, dan kesan atau perubahan yang
berlaku sebelum dan selepas intervensi dilakukan. Selain itu, pengkaji juga menggunakan teknik
temu bual bagi memahami lebih lanjut mengenai keadaan masalah delinkuen di sekolah kajian
dan intervensi yang dilakukan.
Oleh kerana, beberapa guru yang berkaitan seperti guru disiplin dan guru kaunseling
kedua-dua sekolah tidak dapat terlibat sama dalam kajian ini kerana sesi pembelajaran dan
pengajaran serta aktiviti-aktiviti rasmi seperti perbincangan dan krusus. Maka, guru-guru lain
seperti Penolong Kanan Bahagian Sukan dan Rekreasi (SMK Badin) dan guru-guru disiplin dan
Penolong Kanan Petang (SMK Likas) telah dipilih bagi membantu kajian ini.
19
5.1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADIN, TUARAN
Menurut Penolong Kanan Bahagian Sukan dan Rekreasi, Encik Salleh Bin Kasim yang
mempunyai pengalaman mengajar selamah 30 tahun di sekolah tersebut, tingkah laku delinkuen
yang paling tinggi berlaku di sekolah tersebut adalah tingkah laku ponteng. Terdapat dua bentuk
ponteng iaitu ponteng kelas dan sekolah. Ponteng kelas merujuk kepada tingkah laku pelajar
yang berada di sekolah tetapi tidak memasuki kelas semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar
yang ponteng kelas ini biasanya akan memilih kelas matapelajaran yang disukainya untuk berada
dalam kelas. Kelas matapelajaran yang kurang disenanginya, pelajar tersebut akan berada di
kelas lain atau dimana-mana tempat di sekitar atau di dalam sekolah.
Ponteng sekolah merujuk kepada tingkah laku pelajar yang langsung tidak datang ke
sekolah tanpa alasan-alasan yang munasabah atau jelas. Pelajar yang ponteng sekolah biasanya
akan berpura-pura pergi ke sekolah dengan memakai baju sekolah semasa keluar dari rumah
mereka. Namun, pelajar ini tidak pergi ke sekolah atau tidak berada di sekolah sepanjang sesi
persekolahan dan berada di luar kawasan sekolah.
Kebiasaanya, SMK Badin akan menggunakan satu sistem rekod bagi menghukumi
pelajar-pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng ini. Sistem rekod ini bertindak sebagai
suatu alat pencegahan dan intevensi pada masa yang sama. Pada peingkat awal, pelajar yang
didapati ponteng, guru kelas pelajar atau guru kaunseling di sekolah tersebut akan cuba
berbincang mengenai masalah dan menasihati pelajar tersebut serta surat amaran yang berwarna
putih dari sekolah akan diberikan kepada pelajar tersebut.
20
Selain itu, surat amaran atau rekod yang berwarna putih menunjukan keadaan tersebut
masih dalam kawalan. Pada peringkat ini, pelajar tersebut perlu meminta tanda tangan salah
seorang guru di sekolah tersebut setiap pertukaran kelas selama sebulan. Sekiranya terdapat
perubahan sikap atau kehadiran pelajar berkenaan, pihak sekolah akan memberi penghargaan
atau hadiah kepada pelajar tersebut semasa perhimpunan bagi menggalakan perubahan tingkah
laku yang positif akan berterusan. Penghargaan juga diberikan kepada pelajar-pelajar yang
mempunyai rekod kehadiran yang baik.
Kad rekod berwarna merah akan dikeluarkan kepada pelajar yang sama sekiranya, tidak
terdapat perubahan. Pada peringkat ini, sekolah akan menggantung pelajar berkenaan dan
memanggil ibu bapa pelajar tersebut bagi memberitahu bahawa anak mereka telah digantung
sekolah kerana masalah anak mereka. Selain itu, khidmat kaunseling juga diberikan.
Sekiranya pelajar tersebut masih tidak berubah, kad berwarna hijau akan diberikan
kepada pelajar terbut dan warna hijau ini juga menunjukkan tahap serius masalah tersebut. Pada
peringkat ini, pelajar ini akan digantung tanpa bertarikh dan pelajar ini harus menghantar surat
rayuan kepada Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu. Seterusnya, satu surat perjanjian di antara
pelajar dan sekolah akan dilakukan sekiranya rayuan pelajar itu diterima.
21
5.2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LIKAS, KOTA KINABALU
Menurut guru disliplin siding petang di SMK Likas, Encik Awang Mohammed Faris Bin
Iskandar Sham yang telah memegang jawatan sebagai guru disiplin di SMK Likas selama 3
tahun dan 2 tahun di sekolah lama beliau, tingkah laku delinkuen yang paling kerap berlaku
adalah memakai pakaian dan stail rambut yang tidak sesuai di sekolah. Manakala, ponteng
merupakan kekerapan yang kedua tertinggi di kalangan pelajar SMK Likas sidang atau sesi
petang. Tindakan disiplin dilakukan secara berperingkat kepada pelajar-pelajar yang terlibat
dengan tingkah laku delinkuen ponteng ini (sila rujuk carta aliran kes ponteng).
Rajah 1: Carta Aliran Kes Ponteng
22
Amaran pertama
3 hari berturut-turut 10 hari berkala
Amaran ke-dua
7 hari berturut-turut 10 hari berkala
Amaran terakhir
7 hari berturut-turut 20 hari berkala
Gantung Tanpa Tarikh
14 hari berturut-turut 20 hari berkala
Pengantungan kali kedua
(14 hari berturut/20 hari berkala)
Kes ponteng dikendalikan oleh guru kelas dimana, pada peringkat pertama, pelajar akan
menerima teguran atau amaran awal daripada guru kelas. Perbincangan diantara pelajar dan guru
kelas dijalankan bagi mengenal pasti masalah pelajar yang berkenaan. Sekiranya, tiada
perubahan positif berlaku, amaran pertama akan diberikan kepada pelajar dan sesi kaunseling
dijalankan bagi kes-kes yang berulang dan serius. Selepas amaran terakhir, sekolah akan
mengantung tanpa tarikh ke atas pelajar berkenaan.
Gantung tanpa tarikh ini bermakna, tiada satu tarikh yang khusus diberikan dan ianya
bergantung dengan urusan di Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu. Pada peringkat ini, ibu bapa
akan mengemukan surat rayuan di Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu dan jika rayuan di Pejabat
Pendidikan, sekolah akan menerima pelajar tersebut. Namun, suatu perjanjian akan dilakukan
diantara tiga pihak iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar dimana, pelajar dan ibu bapa mereka
berjanji bahawa anak mereka akan berubah.
Pembuangan kali ke-dua berlaku apabila perjanjian tidak ditepati iaitu pelajar tersebut
mengulang semula tingkah laku delinkuen potengnya. Ini bermakna, sekolah tidak akan
menerima sebarang rayuan untuk pelajar ini diterima belajar semula oleh sekolah tersebut.
23
6.0 PERBINCANGAN
Pada bahagian perbincangan ini, pengkaji akan membincangkan kesesuaian intervensi yang
digunakan oleh kedua-dua sekolah iaitu SMK Badin, Tuaran dan SMK Likas, Kota Kinabalu.
Selain itu, pengkaji juga memberikan cadangan intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah
ponteng berdasarkan pendekatan teori yang telah dibincangkan sebelumnya. Selain itu, konsep
lima kemahiran C (five Cs of Competency) juga digunakan dimana, konsep lima kemahiran C ini
menunjukkan lima komponen asas dalam intevensi. Intenvensi yang baik harus mempunyai
kelima-lima komponen tersebut.
Konsep lima kemahiran C ini digunakan bagi meningkatkan ketahanan seseirang pelajar,
sekiranya pelajar iti mempunyai ketahanan yang tinggi ianya, dapat membantu pelajar tersebt
daripada terjerbak dengan masalah-masalah sosial seperti ponteng. Terdapat lima komponen asas
dalam sesuatu program pencegahan dan intervensi awal iaitu (1) critical school competenches,
(2) consept of self, (3) connectedness, (4) coping ability, dan (5) control.
6.1 CRITICAL SCHOOL COMPETENCHES
Kemampuan sekolah kritikal (Critical school competenches) terdiri daripada kemahiran asas dan
kemahiran hidup akademik. Kemahiran akademik memainkan peranan penting dalam kehidupan.
Contoh kemahiran akademik adalah kemahiran membaca, menulis, mengira dan lain-lain.
Pendedahkan atau menghantar remaja ke sekolah tinggi adalah bertujuan untuk mengembangkan
24
kemahiran asa akademik. Kemahiran hidup akademik termasuk kemampuan bersosial yang
penting dalam meneruskan kehidupan sebagai seseorang individu yang matang.
Kemampuan sosial boleh digambarkan sebagai kebolehan menggunakan sumber peribadi
untuk mempengaruhi persekitaran dan untuk mencapai sesuatu hasil yang positif. Kemampuan
sosial ini terbentuk dengan pelbagai kemahiran dengan bersama dengan orang disekeliling
sebagai contoh kemahiran tersebut adalah pembentukkan hubungan dan persahabatan,
penyelesaian masalah tanpa keganasan, ketahanan dan tegas dengan tekanan atau desakan rakan
sebaya, dan perundingan hubungan dengan orang dewasa.
Kedua-dua buah sekolah sekolah telah menyediakan kedua-dua jenis kemahiran ini di
dalam kelas samaada secara langsung atau tidak. Semua sekolah menyediakan kemahiran-
kemahiran asas seperti kemahiran membaca dan mengira secara langsung dimana, ianya diajar
oleh guru-guru di dalam kelas. Namun kemahiran hidup seperti kemahiran bersosial pula
disediakan secara tidak langsung oleh sekolah dimana, setiap kelas mempunyai sejumlah pelajar.
Pelajar dalam kelas dapat menperkembangan kemampuan bersosial mereka deng berinteraksi
dengan rakan-rakan sekelas atau rakan sebaya mereka.
25
6.2 CONSEPT OF SELF
Self-esteem merujuk kepada kepercayaan terhadap nilai yang dipegang, kepentingan diri sendiri
dan perkara yang disumbangkan. Konsep kendiri merujuk kepada keyakinan atau kepercayaan
keseluruhan mengenai diri sendiri.
SMK Badin telah menggunakan komponen ini dalam langkah-langkah mengatasi
masalah ponteng. Pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng ini akan diberikan 3 jenis rekod
yang berlainan mengikut tahap masalah mereka. Apabila pelajar tersebut menunjukkan prestasi
kehadiran yang baik atau perubahan yang positif, mereka akan diberikan penghargaan ke atas
sikap mereka yang positif. Penghargaan ini akan meningkatkan self-esteem dan membantu
membina konsep kendiri mereka yang lebih baik.
Menurut teori pelaziman operan Burrhus Frederic Skinner yang menekan peneguhan
positif dan peneguhan negatif yang dipercayai merupakan cara yang efektif dalam
menyelesaikan masalah ponteng ini (How Lee Chan, 2007). Peneguhan positif merupakan
penghargaan yang diberikan selepas terdapat perubahan kehadiran yang positif di kalangan
pelajar yang telah menjalani hukuman kerana ponteng. Peneguhan negatif merupakan hukuman
yang diberikan kepada pelajar ponteng iaitu meminta tandatangan guru setiap kali perubahan
masa pembelajaran berlaku. Hukuman ini menyebabkan pelajar lain tidak ponteng kerana tidak
mahu menerima hukuman. Manakala, pelajar lain akan bersikap baik atau tidak terlibat dengan
masalah-masalah delinkuen seperti ponteng untuk mendapatkan penghargaan atau hadiah.
26
6.3 CONNECTEDNESS
Hubungan (connectedness) adalah pengalaman diantara diri dengan dunia termasuklah perasaan
dipunyai (sense of belonging) dalam persahabatan dengan orang lain. Terdapat tiga yang
berkaitan dengan hubungan iaitu komunikasi, perspektif pertuturan dan penyelesaian masalah
hubungan.
Dalam kedua-dua sekolah, pendekatan connectedness ini digunakan dimana kedua-dua
sekolah cuba memperbaiki hubungan diantara guru dengan pelajar di awal permasalahan. Guru
yang terlibat adalah guru kelas, dimana guru ini akan cuba mendekati dan memahami masalah
pelajar tersebut. Selain itu, pendekatan kaunseling juga digunakan bagi pelajar-pelajar yang
terlibat dengan poteng yang serius. Guru kaunseling menggunakan teknik kaunseling individu
dan kaunseling kelompok dalam membantu pelajar-pelajar ini.
Selain itu, bagi meningkatkan hubungan diantara guru dan pelajar beberapa sambutan di
sekolah dianjurkan dengan tujuan untuk mewujudkan silaturahim diantara guru dan pelajar.
Antara program yang dianjurkan ialah hari guru, hari kebangsaan dan majlis akhir tahun setiap
kelas. Anjuran-anjuran ini dapat merapatkan hubungan mereka melalui aktiviti-aktiviti seperti
permainan yang memerlukan kerjasama.
Hubungan dengan pihak luar seperti polis dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), juga
harus dipertingkatkan. Beberapa cadangan yang telah dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah
27
Pentadbiran D1 Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Aishah
Mohammad, Beliau mencadangkan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan waran
Perjawatan Unit Polis Sekolah yang bertanggungjawab memastikan sistem profil pangkalan data
sentiasa dikemas kini. ``Ia bertujuan mengekalkan `order in and around' persekitaran sekolah
kondusif bagi pendidikan yang berterusan tanpa gangguan,'' katanya pada forum Menangani
Masalah Ponteng: Pengurusan dan Tanggungjawab Bersama.
Forum tersebut bertema Budaya Profesionalisme dalam Pengurusan Pembangunan Murid
sempena Seminar Kepengetuaan Kebangsaan ke-4 anjuran pelajar Sarjana Kepengetuaan Institut
Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ia disertai oleh
Pengerusi Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PPPIBGN) Prof. Madya Mohd
Ali Hasan dan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Akademi Islam UM.
Menurut Aishah juga (dlm Marzita Abdullah, 2005) berkata, melalui perjawatan tersebut
memberi peluang kepada anggota polis yang terlibat untuk menumpukan tanggungjawab
terhadap unit tersebut seperti yang dipraktikkan di San Diego City Schools Police di Amerika
Syarikat (AS). Penubuhan Unit Polis Sekolah bertujuan mencegah jenayah melalui landasan
prosedur penguatkuasaan dan mewujudkan interaksi positif antara pelajar, komuniti dan PDRM.
Beliau juga menegaskan bahawa gejala ponteng tersebut tidak akan berjaya dibendung dengan
hanya operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa. ``Ia hanya akan berjaya sekiranya semua
28
pihak bersama-sama menjayakan termasuklah ibu bapa, guru, sekolah dan PIBG serta pihak
berkuasa tempatan,'' katanya.
6.4 COPING ABILITY
Strategi daya tindak adalah penting kerana ianya merupakan strategi atau cara bagi
mengurangkan atau menghadapi tekanan terutamanya menghadapi tekanan atau desakkan rakan
sebaya. Pengaruh rakan sebaya merupakan penyumbang utama dalam masalah ponteng ini. Oleh
demikian, sekiranya ketahanan pelajar itu rendah maka, pelajar tersebut mudah dipengaruhi dan
terjerbak dengan masalah delinkuen ini terutamanya masalah ponteng.
Namun, kedua-dua sekolah tidak mempunyai satu program atau langkah yang khusus
dalam mengajar atau mendedahkan strategi daya tindak yang sesuai kepada pelajar mereka untuk
masalah ponteng. Tetapi perjumpaan dengan guru kaunseling secara tidak langsung
mendedahkan pelajar tersebut kepada strategi daya tindak. Ini menyebabkan pelajarmengalami
tekanan terutamanya pelajar yang menghadapi masalah-masalah daripada keluarga. Menurut
guru disliplin siding petang di SMK Likas, Encik Awang Mohammed Faris Bin Iskandar Sham,
pelajar-pelajar SMK Likas yang bermasalah kebanyakkannya datang daripada keluarga yang
bermasalah seperti miskin, kematian ibu atau ayah, keluarga yang pecah belah dan persekitaran
perumahan yang tidak baik.
29
Keadaan-keadaan ini akan memberikan tekanan sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Oleh demikian, pendedahan mengenai strategi daya tindak yang baik harus
dimasukkan dalam langkah-langkah mengatasi masalah ponteng bagi kedua-dua sekolah
tersebut. Program-program motivasi juga harus diadakan secara menyeluruh kepada kesemua
pelajar tanpa memfokuskan pada sesetengah golongan pelajar sahaja.
6.5 CONTROL
Kekurangan kawalan merupakan katerialistik pelajar atau remaja yang berisiko. Kawalan
merujuk kepada kebolehan membuat keputusan. Strategi perubahan kognitif merupakan salah
satu dalam bentuk kawalan dimana pelajar akan melalui perubahan kognitif atau corak pemikiran
yang seterusnya akan mengurangkan tingkah laku delinkuen seperti ponteng.
30
7.0 KESIMPULAN
Ponteng merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan
ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa
kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan
tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan
dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-
kegiatan negatif. Ada dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu
faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Faktor luar sekolah pada kebiasaannya di luar kawalan
sekolah untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping memberi tumpuan kepada faktor di
dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua faktor tersebut perlu dilakukan.
Secara keseluruhannya, intevensi atau langkah-langkah yang diambil oleh kedua-dua
sekolah adalah berkesan kerana terdapat perubahan yang positif selepas intenvensi dijalankan.
Menurut guru disliplin siding petang di SMK Likas, Encik Awang Mohammed Faris Bin
Iskandar Sham, sebanyak 50% pengurangan aktiviti ponteng selepas intenvensi dijalankan.
Namun, intenvensi yang dijalankan tidak akan berjaya jika hanya satu pihak sahaja yang
memberi komitmen. Oleh itu, ibu bapa, guru-guru, pihak pentabiran pendidikan, pihak berkuasa
seperti polis serta agensi-agensi bukan kerajaan harus saling berganding bahu dalam menangani
masalah ponteng di kalangan pelajar. Begitu jua dengan peranan masyarakat.
31