Transcript

Istiadat pengakap Kanak-kanak

Istiadat pengakap Kanak-kanak

AhlI Kumpulan:

Sim jia jin

How chun yip

Alex ngu ing loong

Tie tzer sung

ISTIADAT LAUNG AGUNG

Pengenalan

Laung Agung merupakan:

1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.

2. Diamalkan di seluruh dunia.

3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya BUAT HABIS BAIK

4. Untuk menghormati tetamu.

5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan?

1. Setiap kali diadakan perjumpaan

2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

Proses menjalan Laung agong

1. AKELA (Pemimpin) berteriak PEK.. (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)

2. AKELA (Pemimpin) berteriak PEK,PEK,PEK. (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut PE.K.

3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.

4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.

d) Selepas sebutan BAIK PKK bangun dalam keadaan sedia.

5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>

a) PKK mencangkung.

b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.

c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.

6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- KAMU BUAT HABIS BAIK

7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab KAMI BUAT HABIS BAIK

8. AKELA membalas hormat PKK.

9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

Vedio Istiadat Laung Agong

https://www.youtube.com/watch?v=TfyoMfCM-v8

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.

1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.

2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.

3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.

4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.

5. Pemimpin berteriak BENDERA

6. Petugas mara ke tiang bendera.

7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.

8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.

9. Semua yang hadir memberi hormat.

10. Petugas menjatuhkan tangan.dan diikuti oleh semua yang hadir.

11. Petugas kembali ke tempat asal.

12. Menyanyi Lagu Kebangsaan

13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah

14. Membaca doa

15. AKELA memberi arahan Senang diri

16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain

Video Istiadat Bendera Pengakap

https://www.youtube.com/watch?v=1TiRJ9d81_o

ISTIADAT BENDERA PENGAKAP

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN

BACAAN DOA

Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak-Kanak

Seorang kanak-kanak akan disahkan terlebih dahulu, sebagai seorang ahli pergerakan pengakap setelah melalui satu istiadat yang serupa bagi seluruh dunia. Istiadat itu dijalankan, seperti berikut:1. dalam perkataan dan upacara yang mudah.2. ikhlas dari segi perlantikan kanak-kanak dan pemimpin yang berkenaan.3. khusyuk (dignified) dan syahdu.

Perlu diingat bahawa pengakap akan menilai perlantikannya dari segi penampilan persediaannya dan cara istiadat itu dilansanakan. Prosedur adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini.1. Lebih baik dijalankan di tempat luas atau terbuka.2. Jika diadakan di perjumpaan troop, istiadat patutlah diadakan di peringkat awal.3. Kalau diadakan di dewan, dewan itu mestilah dibersihkan dan alatan dewan diketepikan. Tugas ini dijalankan oleh patrol yang bertugas.4. Pemimpin janganlah menggunakan buku rujukan. Teks biasa janganlah diubah.5. Semua yang membantu istiadat tersebut haruslah faham peranan masing-masing. Adakan raptai kalau perlu (tanpa kehadiran ahli baru itu).6. Cadangan untuk mengadakan istiadat itu hendaklah diberitahu kepada troop atau PEK pada perhimpunan sebelumnya dan semua keperluan hendaklah disediakan.7. Pengakap itu patut dilantik oleh pemimpin kumpulan. Perlantikan adalah perkara peribadi antara pemimpin dengan pengakapnya.8. Pemimpin hendaklah mempunyai tauliah.

ISTIADAT PERLANTIKAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Istiadat melantik Pengakap Kanak-Kanak adalah seperti berikut:1. PEK berada dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan. Penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan sedia.

2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.3. Ketua Sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan AKELA. Selepas itu, Ketua Sekawan balik ke tempatnya.

4. Serentak dengan itu, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah AKELA dengan membawa topi, sekaf dan lencana keahlian.5. AKELA : "Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?" PKK Baru : "Ya, AKELA." AKELA : "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap" PKK Baru : "Ya, AKELA."6. AKELA melafazkan Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu:- "Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya

dengan seberapa daya upaya saya akan;Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-Undang Pengakap"

7. AKELA berjabat tangan dengan pengakap kanak-kanak yang baru dan berkata:- "saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarangadalahseorang pengakap kanak-kanak dan seorang ahli dalam persaudaraan pengakap sedunia."8. AKELA menyematkan lencana keahlian, menyarungkan sekaf dan memakaikan topi kepada pengakap kanak-kanak itu.9. Pengakap kanak-kanak memberi tabik hormat kepada AKELA. Kemudian PKK itu berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (adik baru) ke dalam PEK.

10. Ketua sekawan berkenaan membawa pengakap kanak-kanak baru itu dan memperkenalkannya kepada sekawan itu.11. Istiadat ini diakhiri dengan laung agung yang dibuat kali pertama disertai pengakap kanak-kanak tersebut.12. Sekiranya semua sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian.

Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak-Kanak

https://www.youtube.com/watch?v=J_Zj2C0Xvc4


Recommended