1
ISU AIR : KERAJAAN PAKATAN SELANGOR CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
Kerajaan negeri Selangor digesa supaya berhenti daripada terus mempolitikkan isu
penstrukturan semula tarif air di negeri berkenaan ekoran pembinaan projek Loji
Rawatan Air Langat 2.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata,
kerajaan Selangor tidak seharusnya menyalahkan kerajaan Pusat dalam isu berkenaan
kerana kadar tarif air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri.
Malah tegas beliau, kerajaan negeri turut bertanggungjawab dalam meluluskan
pembinaan projek loji rawatan air itu oleh kerajaan Pusat.
"Jangan politikkan kadar tarif air, ia tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat, semua caj
air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri dan bukan kerajaan Pusat.
"Saya tidak ada kuasa untuk tentukan kadar harga, ia (penstrukturan kadar air) bukan
lagi isu. Saya minta kerajaan negeri beri kelulusan segera kepada kami untuk laksana
projek loji air ini demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,"
katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong
bagi kementeriannya di sini, Isnin.
Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tertangguh dan mengalami kelewatan kerana
kerajaan negeri Selangor masih tidak memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu
berkenaan.
Sebelum ini Kerajaan Selangor mengulangi pendiriannya bahawa ia hanya akan
memberikan persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 setelah
penstrukturan semula industri air di negeri itu diselesaikan.
Malah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan
Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar, berkata penstrukturan itu akan
membolehkan kerajaan Selangor mengurus kadartarif air dengan lebih rendah
2
berbanding kenaikan sehingga 37 peratus yang dicadangkan syarikat konsesi air
terlibat.
Mengulas lanjut Peter Chin berkata, isu penstrukturan semula industri air selangor
perlu disegerakan memandangkan pada 2014, dijangkakan krisis air akan berlaku di
Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya jikatidak di atasi segera.
"Kalau kami ada kelulusan (kerajaan negeri), esok lusa boleh mula, saya ada
peruntukan, reka bentuk pun sudah siap.
"Demi kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, besar harapan saya
supaya kerajaan negeri tidak menjadikan isu penstrukturan semula tarif harga sebagai
barang tawaran untuk melaksanakan projekini," katanya. – BERNAMA
3
TERIMA HAKIKAT KITA TAK PERNAH MENGHARGAI AIR
Negara maju kuat kuasa kawalan air terawat, simpan hujan untuk kegunaan harian .Air
adalah kehidupan dan tiada kehidupan boleh wujud tanpa air. Tanpa makanan manusia
masih boleh bertahan, namun tanpa air tidak mungkin boleh. Walaupun sudah berkali-
kali mengalami krisis air, malangnya kita tidak mengambil iktibar daripadanya.
Laporan akhbar baru-baru ini melaporkan Selangor mengalami krisis air lebih awal
dijangkakan. Kelmarin (Isnin) rentetan isu krisis air di Selangor kini sampai ke
kemuncak apabila kerajaan pakatan pembangkang memutuskan mengambil alih
pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
“Alasan biasa diberikan apabila isu ini berlaku ialah pertambahan penduduk dan
pengguna industri komersial menyebabkan permintaan bekalan air bersih meningkat.
Di samping sungai yang dipenuhi sampah sarap menjadi penghalang dalam memproses
air terawat. Ironinya kita sering terlupa elemen tidak mensyukuri nikmat yang Allah
berikan adalah faktor utama kegagalan dalam menangani krisis air.”
Secara amnya krisis air berlaku disebabkan senario pembekalan dan permintaan air
dengan kapasiti tidak dapat ditampung. Ketika Sesi Penerangan Mengenai Isu Bekalan
Air di Selangor baru-baru ini, laporan terkini daripada SYABAS menunjukkan bekalan
air terawat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur amat kritikal, iaitu 1.06 peratus.
Sementara kadar penggunaan pula meningkat kepada 4,324.79 juta liter sehari (JLS).
Rizab air sedia ada tidak mampu menampung permintaan air yang semakin meningkat.
Sejak El Nino melanda negara sekitar 1997 dan 1998, kerajaan membuat pelbagai janji
serta andaian melaksanakan langkah bagi menghadapi atau mengelak berlakunya lagi
tekanan bencana El Nino pada masa depan. Kerajaan amat mementingkan isu
kekurangan air kerana ia memberi masalah kepada negara dari segi perkembangan
ekonomi dan kemajuan.
Alasan biasa diberikan apabila isu ini berlaku ialah pertambahan penduduk dan
pengguna industri komersial menyebabkan permintaan bekalan air bersih meningkat.
Di samping sungai dipenuhi sampah sarap menjadi penghalang dalam memproses air
terawat. Ironinya kita sering terlupa elemen tidak mensyukuri nikmat yang Allah
berikan adalah faktor utama kegagalan dalam menangani krisis air.
Buktinya, piawaian antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
mencadangkan setiap orang mendapat air sekurang-kurangnya 165 liter sehari. Namun,
4
kajian terbaru menunjukkan setiap rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 310 liter air
sehari.
Jadi, secara purata rakyat Malaysia terlebih mengguna air 145 liter sehari. Sebagai
perbandingan, seorang penduduk Afrika puratanya mengguna hanya 50 liter seorang
sehari, penduduk India 100 liter sehari, manakala Singapura 150 liter sehari. Apakah
faktor pendorong pembaziran melampau ini?
Hanya satu jawapannya, rakyat Malaysia tidak pernah menganggap air sebagai satu
yang berharga. Lihat saja ketika mengambil wuduk, berliter-liter air dibazirkan,
sedangkan Islam mengajar umatnya berjimat cermat.
Pengguna semula air hujan juga masih gagal kita laksanakan. Ketika saya menyiapkan
tesis PhD 10 tahun lalu, saya mencadangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan mewajibkan pembinaan pagar yang boleh menyimpan air hujan yang boleh
digunakan menyiram pokok tanaman, mahupun membasuh kereta. Malangnya usul ini
dipandang sepi, mungkin sekarang masa paling sesuai KPKT memikirkan semula
cadangan itu.
Ingin juga saya suarakan kaedah digunakan beberapa negara maju dalam mengawal
selia pengurusan air. Misalnya Australia mengamalkan konsep pengharaman
membasuh kereta di premis persendirian serta penggunaan air terawat menyiram
tanaman dikuat kuasa ketika kemarau.
Penyiraman tanaman hanya boleh menggunakan air hujan ataupun air diguna pakai,
manakala membasuh kereta hanya di kedai tertentu. Begitulah ketatnya kawalan
Kerajaan Australia.
Ramai bercakap mengenai tenatnya alam in, namun berapa ramai antara kita yang
benar-benar ‘walk their talk’, atau hanya sekadar retorik.
Sejauh mana pula peranan badan tertentu sebagai kuasa pendesak terhadap kerajaan?
Sejauh mana pula kerajaan begitu prihatin menangani isu ini? Namun, berapa ramai di
antara kita menghargai hakikat bahawa air bukan sekadar komoditi tetapi sumber
kehidupan yang amat penting.
Dari Kyoto hingga Copahengen kita bersidang, namun apakah impak yang kita hasilkan?
Hakikatnya air kita masih lagi tiris.
INFO:
5
Bekalan air terawat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur - 1.06 peratus.
Kadar penggunaan - 4,324.79 juta liter sehari
Penggunaan air seorang sehari:
Cadangan PBB - sekurang-kurangnya 165 liter sehari
Malaysia - 310 liter sehari (terlebih guna sebanyak 145 liter sehari)
Afrika - 50 liter
India - 100 liter
Singapura -150 liter. – BERITA HARIAN
6
RM9.25 JUTA SELESAI MASALAH AIR
28 FEBRUARI 2011
Syed Ibrahim Syed Ahmad bermesra dengan masyarakat di Kerdau, semalam.
KUALA KRAU 27 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengumumkan peruntukan sebanyak RM9.25 juta bagi menaik taraf paip dan sistem
tangki di Rumpun Makmur ke Kampung Kerai serta bagi membina sistem pam di
Kampung Batu Sawar di sini.
Kata beliau, peruntukan itu bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang sering
terputus serta tekanan air yang rendah yang menyulitkan rutin harian penduduk di
kawasan tersebut.
Beliau juga telah meminta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk
menyenaraikan bantuan yang patut disegerakan kepada penduduk di kawasan itu dan
kawasan-kawasan lain.
Najib mengumumkan berita baik itu ketika berucap pada majlis bertemu dengan
penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini
hari ini.
Hadir sama Adnan, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan calon Barisan
Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau,
Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Dalam perkembangan sama, Najib bangga dapat melihat dengan lebih dekat kehidupan
warga Felda di sekitar Jengka yang disifatkan beliau jauh lebih baik berbanding sebelum
ini.
Sambil mengakui masih terdapat beberapa isu yang barangkali belum dapat
diselesaikan, beliau berjanji akan memberi perhatian terhadapnya apatah lagi beliau
sendiri merupakan ‘Menteri Felda’.
7
‘‘Selain warga Felda, perhatian yang sama turut diberikan kepada penduduk di
kampung-kampung tradisional termasuk di Kampung Batu Sawar ini,’’ katanya.
UTUSAN
8
BEKALAN AIR PERCUMA 20M3 : AZMIN: AIR PERCUMA UNTUK GOLONGAN MISKIN
20 JULAI 2011
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Azmin Ali meminta
kerajaan negeri mengkaji semula pemberian air percuma 20m3 kepada golongan
berpendapatan tinggi dan hanya menumpukan kepada golongan miskin dan
berpendapatan rendah.
Katanya, walaupun perbincangan penstrukturan semula air negeri Selangor masih
belum dapat diselesaikan bersama Kerajaan Pusat, namun beliau berharap agar
kerajaan negeri tidak berundur dan meneruskan usaha ini agar dapat diselasaikan
dalam masa terdekat.
"Walau bagaimanapun kerajaan negeri
mengusulkan beberapa cadangan khusus
secara holistik untuk menyelesaikan masalah
penstrukturan air di negeri Selangor dan saya
berharap agar kerajaan negeri tidak berundur
daripada ketegasan ini dan dapat kita
selesaikan dalam masa yang terdekat.
"Sekarang ini semua rakyat mendapat manfaat
daripada air percuma, termasuk mereka yang
memperoleh pendapatan tinggi, maka perkara
ini perlu diteliti semula supaya program ini
benar-benar memberikan manafaat kepada
rakyat miskin dan berpendapatan rendah di
Selangor," katanya.
Beliau dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa
sepatutnya perbincangan selesai pada Ogos ini namun bajet tambahan diperlukan
untuk meneruskan program ini sehingga Disember ini.
"Kita belanjakan RM150 juta dalam bajet tahunan negeri untuk program air percuma.
"Kita menjangkakan perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan ini akan diselesaikan
pada Ogos, malangnya kita memerlukan dana tambahan untuk meneruskan program ini
untuk bulan September hingga Disember," katanya.
Beliau menambah, kerajaan negeri perlu memberikan penerangan dan pendidikan
kepada rakyat-supaya menggunakan air secara berhemah dan tidak melakukan
pembaziran.
"Saya juga mencadangkan agar pemberian air percuma ini mengikut cadangan United
Nation di dalam konvensyen air di mana mereka mencadangkan pemberian air ini
diberikan tumpuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah," katanya.
9
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak meminta Kerajaan Persekutuan untuk
mengamalkan sikap terbuka berhubung perbincangan penstrukturan semula air demi
kemudahan rakyat Selangor. SELANGORKINI
10
AKIBAT AIR PERCUMA, ANAK SYARIKAT KERAJAAN SELANGOR RUGI
26 OKTOBER 2011
HASRAT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi air
percuma kepada rakyatnya adalah untuk tunai janji pilihan raya dulu.
Tetapi hasrat yang baik sahaja tidak akan melahirkan natijah yang baik juga apabila
Laporan Audit Negara mendedahkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan
Darul Ehsan Berhad, kerugian lebih RM112 juta kerana menanggung kos memberi air
percuma kepada rakyat.
Malah bagi dua tahun sebelumnya KDEB rugi RM131 juta dan RM68 juta. Ini ditambah
pula oleh sikap penggunaan air secara membazir dan tidak berhemah oleh sebilangan
besar pengguna.
Kaedah pemberian air percuma ini juga tidak tepat kerana orang kaya atau yang berada
di dalam zon selesa juga menikmati 20 meter padu air percuma yang sepatutnya hanya
dinikmati golongan daif, miskin dan tidak berkemampuan.
Dalam pada itu, pemilik kediaman bertingkat yang menggunakan meter pukal ramai lagi
yang gagal menikmati air percuma ini kerana mereka masih belum berhijrah ke meter
individu. Ini juga menampakkan kegagalan kerajaan Selangor kerana masih lembab
melaksanakan program penukaran meter ini.
Saya tertarik dengan cara Syabas melaksanakan program Tabung Budi yang sedang dan
telah mengenal pasti pengguna yang miskin dan daif daripada pelbagai kaum untuk
diberi air percuma dan dibantu menyelesaikan tunggakan bil air mereka.
Nasihat saya kepada Menteri Besar Selangor sebelum melaksanakan apa juga program
untuk kebajikan rakyat, rancanglah dengan teliti terlebih dahulu. Buat penilaian
daripada segi impak positif dan negatif program tersebut, kadar keupayaan bajet sama
ada mampu atau membebankan kerajaan atau tidak serta perkiraan lain seperti
pembaziran, kerugian wang rakyat dan pelbagai lagi.
Tidak kurang pentingnya ialah adakah nasihat pakar yang arif dalam bidang berkaitan
telah dirujuk atau sekadar menggunakan teori sendiri atau mendengar nasihat pakar
yang yes man sahaja.
Pendedahan tentang kerugian KDEB ini berserta kegagalan kerajaan Selangor memberi
kebenaran membina loji Langat 2 adalah petanda jelas kerajaan Selangor tidak berdaya
menangani isu kepentingan rakyat dengan bijak dan pertimbangan yang sewajarnya.
Oleh yang demikian, saya rasa matlamat untuk memenuhi konsep negeri berkebajikan
sudah jauh menyimpang. UTUSAN
11
KEPENTINGAN RAKYAT DIUTAMAKAN DALAM ISU AIR DI Selangor
05 DISEMBER 2011
KUALA LUMPUR: Kepentingan rakyat merupakan keutamaan pokok apabila
menyelesaikan masalah penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor,
kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dalam hal itu, katanya, semua pihak
perlu mengenepikan kepentingan politik masing-masing kerana isu air merupakan
masalah serius.
"Kita perlu kerana masalahnya ialah kerajaan negeri dan ia mengambil pendirian
berbeza mengenai masalah air. Ianya masalah amat serius," kata Najib, yang juga
pengerusi Barisan Nasional (BN), pada akhir Konvensyen BN 2010, di sini hari ini.
"Kita harus mengenepikan isu-isu politik dan melihat lebih kepada
kepentingan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shan, melahirkan kekecewaan dengan isu air di
negeri itu dipolitikkan.
Sultan bertitah Selangor bakal berdepan krisis air yang serius jika kerajaan
pusat dan kerajaan Selangor tidak menyelesaikan segera projek penyaluran air
mentah antara negeri- BERITA HARIAN
12
MB JANGAN MALAS SELESAIKAN ISU AIR DI SELANGOR
19 JANUARI 2012
SAYA memandang serius kenyataan media Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif
SYABAS yang baru-baru ini mendedahkan kepada umum betapa meruncingnya situasi
bekalan air semasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, terutama apabila keadaan
cuaca yang semakin panas serta permintaan bekalan air yang meningkat sedangkan
bekalan air amat terhad sehinggakan terpaksa menggunakan rizab simpanan yang
berada pada tahap kurang lima peratus.
Lebih-lebih lagi keadaan loji pembersihan air yang tidak dapat bekerja lebih daripada
keupayaan atau kapasiti kerana dibimbangi loji akan rosak, menambah kusut lagi
keadaan.
Saya hairan kenapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, tidak mencontohi
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang boleh duduk semeja dengan Kerajaan
Pusat dan memuktamadkan projek pembesaran empangan Mengkuang Bukit Mertajam
yang menelan belanja berbilion ringgit demi faedah rakyat Pulau Pinang?
Isu air tidak boleh dan tidak wajar dijadikan agenda politik oleh Khalid kerana air
adalah nadi kehidupan dan ibarat 'nyawa' insan. Mengabai dan memperkecilkan isu air
di Lembah Klang akan menyerlahkan ketidakprihatinan beliau dan kerajaan
pimpinannya dan percayalah jika ia tidak ditangani segera dengan bijak, ia akan
memberi impak negatif kepada kerajaan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya
Umum Ke-13 akan datang. - AGENDADAILY
13
USAH POLITIKKAN ISU AIR: SULTAN SELANGOR
9 MEI 2012
PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi
mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak terus mempolitikkan isu air demi
kepentingan rakyat dan pemba-ngunan negeri itu.
Baginda tidak mahu Selangor berdepan dengan krisis air yang boleh menjejaskan nama
baiknya sebagai negeri maju disebabkan pelabur berpindah ke tempat lain.
Titah baginda, walaupun ada sesetengah pihak beranggapan masalah air adalah remeh,
beta memandang serius kerana Selangor akan berdepan dengan masalah yang boleh
menjejaskan kehidupan dan pembangunan negara. Beliau bertitah sewaktu
merasmikan Program Outreach Institut Geologi Malaysia (IGM) dan Persidangan Air
Bawah Tanah bertemakan – What, Why, Where and How?, di sini, semalam. Turut hadir,
Presiden IGM, Datuk Yunus Abd Razak.
Program Outreach IGM 2012-2013 yang menampilkan artis, Maya Karin sebagai
jurucakap bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat peranan ahli geologi
dalam pembangunan negara sekali gus menjadikan subjek geologi mudah difahami.
Sehubungan itu, baginda mahu pihak berkaitan mempelajari dan melihat negara maju
seperti Denmark dan Norway, yang membangunkan dan menggunakan sumber air
bawah tanah sebagai satu punca air bagi memenuhi keperluan harian penduduknya.
Titah baginda, air bawah tanah kaya dengan mineral berfaedah selain boleh terus
digunakan di tapak, yang mana ia diekstrak dengan rawatan minimum, sekali gus
menjimatkan kos serta bekalannya stabil kerana tidak terlalu dipengaruhi perubahan
cuaca dan musim. BERITA HARIAN
14
NAJIB: ISU AIR SELANGOR SERIUS
11 MEI 2012
SHAH ALAM – Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar
rizab air di negeri ini kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya
serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih enggan melaksanakan
Projek Loji Rawatan Air Langat 2.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan itu menyebabkan
pelabur luar tidak dapat menjalankan aktiviti perindustrian di negeri ini.
“Masalah air adalah masalah yang perlu dipandang serius. Ianya akan menjejaskan
semua semua urusan seperti usahawan mikro, kecil dan sederhana, apatah lagi urusan
syarikat-syarikat besar yang akan meninggalkan impak yang lebih besar.
“Apabila kerajaan negeri tidak menyimpan air dalam kadar yang ditetapkan, ia akan
membantutkan urusan dan pembangunan kilang-kilang. Untuk mengelak perkara itu,
mereka sepatutnya meneruskan Projek Langat 2 bagi mengatasi masalah air ini,”
katanya ketika merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana – Jom
Niaga dan Skim Pengkomersialan Inovatif Patuh Syariah di Kompleks Kumpulan Media
Karangkraf, semalam.
Najib berkata, isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga menyebabkan 129
kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion, dan mampu menjana 12,000 peluang
pekerjaan serta sejumlah projek perumahan, tidak dapat dilaksanakan.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata,
Kerajaan Negeri perlu menerima hakikat bahawa negeri ini sedang menghadapi isu
krisis air.
15
“Soal sekarang ini ialah Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibuat dulu, Apa guna
penstrukturan semula dilakukan jika sudah tiada air?.
“Masalah sekarang ini air. Air yang kita beli dari Pahang akan disalurkan ke Selangor
dan akan memasuki Loji Rawatan Air Langat 2. Jika loji yang sepatutnya dibina pada
2010 itu masih belum siap, bagaimana hendak mendapat bekalan air,” katanya.- SINAR
HARIAN
16
SELANGOR BERDEPAN MASALAH AIR SERIUS DUA TAHUN LAGI
12 MEI 2012
PETALING JAYA - Selangor bakal berdepan masalah kekurangan bekalan air yang serius
dalam tempoh dua tahun lagi jika kerajaan negeri tidak mengambil sebarang langkah
mengatasinya dari sekarang.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail
berkata Syabas telah mengemukakan maklumat terperinci berhubung kawasan yang
kini dilanda masalah air yang serius kepada semua pihak terlibat termasuk kerajaan
negeri.
"Kalau kerajaan negeri tidak percaya, mereka boleh 'challenge' (cabar) data-data ini.
Hantarlah mana-mana konsultan dari luar untuk periksa data air yang kita proses.
"Fakta ini tidak boleh dinafikan. Kalau keadaan dah bertambah teruk masa itu nanti, nak
cakap apa pun pada rakyat sudah tiada gunanya," katanya kepada pemberita pada
program migrasi ke meter individu di Pangsapuri Desa Perangsang, Taman Medan di
sini, hari ini.
Beliau meminta kerajaan Selangor supaya segera menyelesaikan isu itu termasuk
dengan melaksanakan projek Loji Langat 2 dengan Kerajaan Persekutuan, yang
bertujuan menyalurkan air mentah proses dari Pahang ke Selangor.
Ditanya mengenai titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta isu
air di Selangor tidak dipolitikkan, Rozali berharap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
negeri Selangor dapat berunding untuk menyelesaikan isu air itu.
"Syabas diberi mandat oleh kedua-dua kerajaan ini, jadi kita mahukan penyelesaian
terbaik untuk rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Rozali berkata Syabas menerima 1,257 permohonan migrasi ke meter
individu yang melibatkan 256,471 akaun dengan kira-kira 50,000 akaun telah ditukar
kepada akaun individu bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.
17
MB SELANGOR TIDAK FAHAM ISU AIR DI SELANGOR
25 MEI 2012
SHAH ALAM – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini
berkata, dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di
Selangor mencukupi menunjukkan beliau tidak faham isu air di Selangor atau cuba
bermain politik.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata, apa yang
dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor yang
tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus ialah rizab air terawat
bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini bagi menjawab kenyataan
Abdul Khalid yang mempelawa menteri persekutuan melawat empangan di Selangor
bagi membuktikan air di negeri ini mencukupi.
Oleh itu, Noh berkata, beliau sanggup menerima cabaran Abdul Khalid supaya melawat
empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari
empangan itu.
Noh berkata, buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu
mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air
terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.
Jumlah air terawat itu termasuk dari Loji Sungai Labu yang dibina kerajaan persekutuan
yang mula beroperasi membekalkan 45 juta liter sehari sejak 20 Mac lepas.
Beliau berkata, Loji Sungai Labu itu dibina dengan kos RM218 juta termasuk kos
pembelian tanah di daerah Sepang daripada Sime Darby Bhd dan bukannya di atas
tanah kerajaan negeri.
Loji itu kini diserah kepada kerajaan negeri dan diurus oleh anak syarikat kerajaan
negeri Konsortium Air Selangor Bhd walaupun dibina dan dibiayai oleh kerajaan
persekutuan.
“Kita tidak berkira dengan kerajaan negeri mengenai pembinaan Loji Sungai Labu dan
sehingga kini tiada perjanjian seperti jumlah sewa dan sebagainya di buat. Ini
menunjukan betapa ikhlasnya kerajaan persekutuan mengatasi masalah air,” katanya.
Pembinaan Loji Sungai Labu itu termasuk sebahagian dari RM600 juta projek mitigasi
keperluan air di Selangor yang dilaksanakan kerajaan persekutuan selain daripada
pemulihan sistem pam air dan pemulihan muka sauk loji rawatan air, kata Noh.
Beliau berkata, walaupun dengan adanya loji baru di Sungai Labu, pengeluaran air
mentah di jangka tidak mencukupi bagi menampung pelaksanaan projek-projek
perumahan baru dan pembinaan 129 kilang dengan nilai pelaburan 3.6 bilion seperti
yang dilaporkan sebelum ini.
18
Justeru, pembangunan loji rawatan Langat 2 yang sehingga kini tidak mendapat lampu
hijau daripada kerajaan negeri mesti dilaksanakan bagi memenuhi keperluan
perumahan dan perindustrian yang semakin meningkat di Selangor. – BERNAMA
"Polisi kita sekarang adalah untuk menukar semua meter pukal kepada meter individu
dan kami harap semua meter pukal dapat ditukar menjelang akhir tahun ini," katanya.
Beliau menjelaskan tarif air bagi meter individu adalah lebih murah berbanding meter
pukal dengan kadar bayaran minimum bulanan bagi meter individu adalah RM6
berbanding RM35 bagi meter pukal.
Rozali berkata Syabas juga berdepan masalah bil tertunggak melibatkan meter pukal
sebanyak RM10 juta. – SINAR HARIAN
19
NOH DAKWA MB SELANGOR TAK FAHAM ISU AIR
25 MEI 2012
SHAH ALAM - Dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa
simpanan air mentah di negeri ini mencukupi dan berada di tahap selesa menunjukkan
beliau tidak faham isu sebenar dan cuba mengelirukan rakyat, kata Datuk Seri Noh
Omar.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor berkata, isu dibangkitkan ialah kadar rizab air di
negeri ini yang tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus ialah
rizab air terawat bukannya air mentah di tujuh empangan sedia ada.
Justeru katanya, beliau sanggup menerima cabaran Abdul Khalid supaya melawat
empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari
empangan itu atau daripada mana-mana sungai di negeri ini.
"Rakyat memerlukan air yang telah dirawat di loji rawatan, bukan air mentah. Menteri
Besar sengaja mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar berkenaan krisis
bekalan air bersih yang semakin kritikal," katanya pada sidang media di Bangunan
Umno Selangor, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Abdul Khalid yang mempelawa
pemimpin Kerajaan Pusat dan media melawat empangan di Selangor bagi membuktikan
air di negeri ini berada di tahap selesa.
Noh berkata, buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu
mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air
terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.
Katanya, jumlah air terawat itu termasuk dari Loji Sungai Labu yang dibina Kerajaan
Persekutuan dengan kos RM218 juta termasuk membeli tanah milik Sime Darby, yang
mula beroperasi membekalkan 45 juta liter sehari sejak 20 Mac lepas.
20
"Walaupun dengan adanya loji baru di Sungai Labu, pengeluaran air mentah masih tidak
mencukupi terutama bagi menampung pelaksanaan projek-projek perumahan baru dan
pembinaan 129 kilang dengan nilai pelaburan 3.6 bilion seperti yang dilaporkan
sebelum ini," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut memberi analogi 'padi
dan beras' bagi memudahkan rakyat memahami perbezaan antara air mentah dan air
yang telah dirawat.
Beliau berkata, empangan dan sungai diumpamakan sebagai bendang yang luas yang
menghasilkan padi iaitu air mentah manakala loji rawatan pula ialah kilang memproses
yang menghasilkan beras.
"Saya nak tanya Menteri Besar, adakah dia makan padi atau beras? Tak tahulah jika dia
makan padi seperti makan kuaci yang belum dibuang kulitnya.
"Walaupun mempunyai jumlah sawah padi yang banyak, rakyat masih memerlukan
beras untuk dimakan, sama seperti keperluan air bersih yang telah dirawat," katanya.
Kerana itulah katanya, pembangunan Loji Langat 2 perlu diteruskan kerana ada
bebarapa loji rawatan di negeri ini beroperasi melebihi kapasiti bagi menampung
keperluan air yang besar di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
"Sumber air terawat sekarang tidak mampu menampung keperluan di masa akan
datang, oleh yang demikian kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu membina Loji
Rawatan Air Langat 2 sebagai pusat rawatan baru," katanya.
Oleh itu katanya, Abdul Khalid dinasihat tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan
rakyat seperti mana titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Dia (Abdul Khalid) boleh minum air Sungai Klang kalau dia mahu," kata Noh dengan
nada sinis. – SINAR HARIAN
21
LANGAT 2: ADUN BN PERSOAL KEDEGILAN KERAJAAN Selangor
10 JULAI 2012
SHAH ALAM: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional Selangor hari ini mempersoalkan
tindakan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disifatkan terlalu
"degil" dalam isu berkenaan bekalan air bersih di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim, berkata ini
kerana kerajaan negeri sehingga kini tidak membenarkan Kerajaan Pusat membina Loji
Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang boleh menjejaskan pembangunan serta rakyat di
negeri ini pada masa depan.Beliau yang mencelah ketika perbahasan Ng Suee Lim (DAP-
Sekinchan) mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 pada
persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini berkata kerajaan negeri
sebaliknya lebih menggunakan hujah bahawa pembinaan loji berkenaan akan
meningkatkan tarif air di negeri ini.
"Apa salahnya kerajaan negeri benarkan pembinaan loji rawatan air berkenaan bagi
menambahkan bekalan air bersih di negeri ini.
"Jika kerajaan negeri mengaitkan mengenai kenaikan (tarif) air, kerajaan negeri ada hak
untuk menentukan kadar tarif itu memandangkan kerajaan negeri menerusi KDEB
(Kumpulan Darul Ehsan Berhad) mempunyai 30 peratus saham dalam SYABAS,"
katanya.
Pada masa sama, Mohd Isa turut menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak faham isu
sebenar mengenai masalah bekalan air di negeri ini yang mana isunya adalah berkaitan
dengan sumber air bersih bukannya air mentah. – BERITA HARIAN
22
RAMAI BELUM SEDAR KRISIS AIR SELANGOR: NORIAH
12 JULAI 2012
SHAH ALAM: Rakyat negeri Selangor masih tidak menyedari betapa seriusnya krisis air
yang bakal dihadapi negeri itu kerana sebahagian besar daripada mereka masih
menikmati bekalan air tanpa gangguan, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air, Datuk Noriah Kasnon.
Beliau berkata, rakyat juga tidak menyedari masalah berkenaan kerana bekalan air di
Selangor masih belum terjejas secara langsung. "Ini kerana Kerajaan Persekutuan sudah
mengambil langkah menerusi pelan mitigasi untuk mengatasi masalah ini lebih awal
dan menambah kapasiti air di Lembah Klang terutama untuk Selangor sehingga 2016,"
katanya semasa berucap pada forum mengenai isu bekalan air di Selangor di sini hari
ini.
Kira-kira 200 peserta menyertai forum anjuran kementerian itu.
Noriah, bagaimanapun, berkata walaupun Kerajaan Persekutuan mengambil langkah
membantu kerajaan negeri Selangor tetapi ia tidak boleh berterusan kerana
membabitkan perbelanjaan ratusan juta.
Beliau berkata sebaliknya, jika kerajaan negeri benar-benar ikhlas dan memberi
kerjasama untuk kerajaan persekutuan meneruskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2,
perbelanjaan ratusan juta berkenaan boleh disalurkan untuk projek pembangunan lain
yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Tanpa kelulusan daripada kerajaan negeri, projek Langat 2 ini tidak dapat dimulakan,"
katanya.
Pada persidangan Dewan Negara semalam, Noriah berkata projek itu adalah satu-
satunya mekanisme yang dapat mengatasi masalah bekalan air di Selangor selain
mengelak krisis air di Lembah Klang dan ia perlu dilaksanakan selewat-lewatnya akhir
tahun ini.
Beliau berkata, penduduk di Lembah Klang juga mengalami masalah gangguan bekalan
air sejak kebelakangan ini berikutan musim kemarau yang bermula pada bulan lalu dan
dijangka berterusan sehingga September.
Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan tahap rizab simpanan air adalah terlalu
rendah iaitu secara purata sekitar dua peratus berbanding tahap selesa sekitar 10
peratus. – BERITA HARIAN
23
KRISIS AIR DI SELANGOR, KL, PUTRAJAYA SUDAH BERMULA: SYABAS
12 JULAI 2012
SHAH ALAM: Krisis air yang diramal berlaku dalam masa beberapa tahun lagi,
sebenarnya sudah melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berdasarkan situasi
terkini permintaan air yang melebihi kapasiti bekalan sedia ada.
Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Datuk Lee Miang Koi,
berkata terdapat empat ciri situasi iaitu yang pertama rizab bekalan air kurang
daripada tiga peratus secara keseluruhan di semua negeri (berbanding dengan
permintaan purata). Katanya, apabila berlaku permintaan puncak pada bila-bila masa
(yang boleh mencecah tujuh peratus) kapasiti bekalan air tidak dapat menampung
permintaan.
"Berdasarkan kepada keadaan terkini iaitu bagi tempoh Mei hingga awal bulan ini,
rezab bekalan air secara keseluruhan adalah antara 1.15 peratus hingga kira-kira 2.04
peratus," katanya ketika menyampaikan taklimat pada Forum Mengenai Isu Bekalan Air
Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di sini hari ini.
Beliau berkata, ciri kedua ialah terdapat perbezaan permintaan dan kapasiti bekalan air
antara wilayah yang menyebabkan gangguan bekalan air dan tekanan rendah
berterusan melebihi 10,000 akaun pengguna membabitkan 50,000 penduduk di
kawasan 'water stressed'.
Katanya, sehingga awal bulan ini, sebanyak 209,678 akaun pengguna merangkumi satu
juta pengguna menghadapi masalah gangguan bekalan air.
"Ciri ketiga ialah tempoh gangguan bekalan air berlarutan lebih daripada sebulan
bermula pertengahan Mei lalu dan tiada kepastian bilakah masalah berkenaan boleh
diselesaikan.
"Ciri terakhir ialah masalah kekurangan bekalan air akan meruncing berikutan
peningkatan permintaan air dan tiada kepastian mengenai persediaan peningkatan
kapasiti bekalan air," katanya.
Beliau berkata SYABAS sudah memberikan taklimat mengenai cadangan pembangunan
kapasiti bekalan air tambahan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim, dan barisan Exco pada 27 Julai 2010, namun tiada sebarang maklum balas
diterima sehingga kini.
Malahan, katanya, kerajaan negeri sudah menahan pelaksanaan projek Loji Rawatan Air
Langat 2 serta mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa bekalan air terawat
mencukupi sehingga 2019 dan tidak perlu untuk membangunkan skim bekalan air yang
baru. – BERITA HARIAN
24
TPM MINTA KERAJAAN SELANGOR PRAGMATIK, LEBIH PRAKTIKAL HADAPI ISU
AIR
14 JULAI 2012
Muhyiddin ketika berucap pada majlis penutupan Dialog Nasional Pendidikan Negara di
sini, hari ini.
JOHOR BAHRU: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kerajaan Selangor agar lebih
praktikal dan pragmatik dalam menghadapi krisis bekalan air di negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya menjadikan isu itu
sebagai isu politik kerana hanya akan menyusahkan rakyat dan negara jika masalah itu
tidak diatasi segera. Ini, katanya, bukan soal Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja,
tetapi membabitkan sejumlah besar penduduk dan pengguna air selain sektor industri
dan perniagaan.
"Jadi kesannya bukan sekitar negeri itu sahaja tetapi kesan kepada negara amat besar
sekali. Jadi kita minta kerajaan Selangor bersikap praktikal dan pragmatik dengan
mengambil langkah segera.
"Jangan jadikan isu ini isu politik atau buat ugutan yang tidak tentu arah," katanya
kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Abdul Khalid yang disiarkan akhbar
hari ini dengan memberi kata dua kepada kerajaan pusat sebagai syarat untuk
meneruskan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).
Antara syarat yang ditetapkan termasuklah meminta kerajaan pusat tidak menaikkan
tarif air serta mengiktiraf RM10.5 bilion aset seperti paip, loji rawatan dan empangan
sebagai milik kerajaan negeri.
Muhyiddin, yang sebelum itu merasmikan majlis penutupan Dialog Nasional Pendidikan
Negara di sini berkata, proses perundingan berhubung Langat 2 lama dijalankan dan
bukan satu perkara baru.
"Tidak perlu ada ugutan dan sudah ada banyak kali perbincangan diadakan dan kita
minta mereka ambil langkah yang amat segera kerana jika Langat 2 tidak dibina, ia akan
menjejaskan penduduk dan krisis air akan melanda kawasan tengah di negara ini,"
katanya.
Katanya, soal seperti tarif air dan mengurangkan kadar air tanpa hasil (NRW) boleh
dibincangkan kemudian kerana soal yang lebih penting pada masa kini ialah pembinaan
loji berkenaan untuk mengelak krisis air yang teruk.
"Dia (Abdul Khalid) dah tahu cerita sebenar, dia berdolak-dalik berkali-kali, dia kata
boleh selesai, kemudian tak nak selesai dan dia minta buat itu ini.
25
"Jangan sampai dia sudah jadi krisis, jika menjelang 2014, jika projek bekalan air baru
tidak disediakan, krisis teruk akan berlaku dua tahun lagi. Jadi kita minta dia
segerakan," katanya. – BERITA HARIAN
26
LOJI LANGAT 2 JAWAPAN TERBAIK ATASI KRISIS AIR
15 JULAI 2012
Seperti dibimbangi sejak beberapa tahun lalu, sebahagian besar warga Lembah Klang
sudah menghadapi masalah berterusan bekalan air, lebih awal daripada jangkaan ia
hanya akan berlaku pada 2014.
Jika kadar permintaan air melebihi kapasiti bekalan dan cuaca panas sekarang
berterusan, krisis air yang bakal menyulitkan semua pihak itu, nampaknya semakin
hampir, malah mungkin lebih cepat daripada tarikh pilihan raya umum yang masih
menjadi teka teki. Akhbar ini Jumaat lalu melaporkan, 47 lokasi di daerah Klang,
Petaling dan Hulu Langat mengalami penyusutan paras air di kolam simpanan utama
akibat me-ningkatnya penggunaan sejak 17 Mei lalu.
Masalah ini diburukkan lagi dengan rizab bekalan air sedia ada yang amat kecil.
Menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), jumlah kapasiti
bekalan air yang boleh dihasilkan oleh semua 34 loji rawatan air sekarang ialah sekitar
4,371 juta liter sehari (JLH). Bagaimanapun, purata permintaan air pada tempoh 25 Jun
hingga 1 Julai lalu ialah 4,368 JLH, dengan rizab simpanan hanya 0.1 peratus.
Ramalan berdasarkan kajian National Water Resources Study dan Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd (SYABAS) beberapa tahun lalu bahawa bekalan air di Lembah Klang
terpaksa dicatu pada 2013, berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan lebih awal.
Kekalutan ini tentunya tidak berlaku sekiranya kerajaan pakatan pembangkang sebaik
mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada 2008, tidak menjadikan air sebagai
isu politik, semata-mata untuk memperlekehkan pentadbiran sebelumnya dan
mencabar Kerajaan Pusat.
Hakikat bahawa Lembah Klang bakal berdepan krisis bekalan air serius memang sudah
lama disedari dan perancangan bagi menanganinya dibuat sebaik saja berlaku krisis air
Melaka. Itulah sebabnya Kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri
melaksanakan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2)
berharga RM8.65 bilion. Projek yang dijadualkan siap pada 2014 itu mampu memenuhi
bekalan air bersih di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga 2025.
Malangnya projek yang sudah bermula itu tergendala separuh jalan apabila kerajaan
negeri sekarang enggan menyerahkan tanahnya untuk pembinaan loji rawatan. Pelbagai
syarat dan alasan diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Kerajaan
Pusat dan SYABAS, selaku syarikat pemegang konsesi yang sahamnya turut dimiliki
kerajaan negeri.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata tarif air lebih tinggi adalah alasan kenapa
kerajaan negeri membantah projek berkenaan. Beliau mendakwa pembinaan Loji
Langat 2 akan membebankan rakyat kerana ia akan menyebabkan tarif air menjadi
27
lebih tinggi. Khalid juga menolak andaian pakar bahawa krisis air bakal berlaku pada
2014 sekiranya Loji Langat 2 tidak dapat beroperasi ketika itu.
Apabila menyedari ramalan dan kebimbangan umum bahawa krisis air semakin hampir
menjadi kenyataan, Khalid mengemukakan beberapa cadangan termasuk yang dilihat
tidak masuk akal. Antaranya ialah penyaluran paip air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke
Selangor mengikut laluan paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa, yang menurutnya
lebih menjimatkan kos. Menteri Besar Selangor itu juga mencadangkan air tasik dan
lombong sebagai alternatif.
Dakwaan Khalid bahawa penyaluran air dari Tasik Kenyir lebih menjimat kos ternyata
dibuat tanpa kajian atau cakap kosong. Hakikatnya, kos pembinaan Langat 2 dan Projek
Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor, lebih rendah RM2.4 bilion berbanding kos
penyaluran paip air dari Tasik Kenyir. Kos pemasangan saluran paip dari Tasik Kenyir
ke Langat 2 di Hulu Langat saja mencecah sehingga RM11.3 bilion.
Terbaru, Khalid kelmarin dilaporkan memberi kata dua kepada Kerajaan Pusat supaya
memberi jaminan bertulis mengenai cadangan tarif air dan mengisytiharkan prasarana
rawatan dan penyaluran air bernilai RM10.5 bilion sebagai harta kerajaan negeri,
sebelum kedua-dua pihak meneruskan perbincangan untuk menyiapkan Projek Langat
2. BERITA HARIAN
28
HELAH KELIRUKAN RAKYAT DARIPADA KRISIS AIR
17 JULAI 2012
Shah Alam: Tindakan Kerajaan Selangor mahu mengambil alih pengurusan Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS) dianggap sebagai helah untuk mengelirukan rakyat
daripada krisis air di negeri itu.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata
tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih pengurusan SYABAS
sebenarnya langsung tidak membawa kesan terhadap langkah untuk menangani krisis
air di negeri itu.
“Kita ingin tanya, apakah dengan mengambil alih SYABAS masalah air di Selangor ini
dapat diatasi? Apakah jaminan yang dapat beliau berikan bahawa rizab air dapat
ditingkatkan sebanyak 10 peratus dengan pengambilalihan ini.
“Kita ingin tanya, apakah dengan mengambil alih SYABAS masalah air di Selangor ini
dapat diatasi”? - Mohd Zin Mohamed, Koordinator BN Selangor
“Saya harap beliau tidak mempolitikkan isu air ini semata-mata untuk kepentingan diri
dan parti tanpa menghiraukan nasib rakyat,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Akhbar kelmarin melaporkan SYABAS bercadang melaksanakan catuan air di Kuala
Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan krisis air semakin serius di Lembah Klang
sejak April lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS, Datuk Ruslan Hassan, berkata cadangan itu
dikemukakan berikutan rizab air di kawasan tadahan sekitar Selangor berada pada
peringkat kritikal menyebabkan banyak penduduk di tiga kawasan berkenaan terputus
bekalan air.
Pesuruhjaya Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor dan
Wilayah Persekutuan, Wan Indra Putra Ahmad, pula menyifatkan tindakan
pengambilalihan SYABAS sebagai bukti kerakusan kerajaan PKR.
“Kita ucapkan tahniah kepada Kerajaan Selangor yang membuktikan betapa kerakusan
mereka mengatasi batasan membela kebajikan rakyat.
“Bukti sudah di depan mata bahawa penduduk terputus bekalan air tetapi mereka tetap
mengutamakan politik daripada mengatasi masalah,” katanya – BERITA HARIAN
29
KERAJAAN SELANGOR HANTAR PASUKAN KHAS PANTAU OPERASI HARIAN
SYABAS
18 JULAI 2012
SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan menghantar pasukan khas terdiri empat profesional,
termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Suhaimi
Kamaruzaman ke Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) bagi memantau
operasi harian syarikat itu.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata tiga lagi anggota pasukan itu ialah
Pengarah Konsortium ABBAS Sdn Bhd, Abas Abdullah; Pengarah Urusan (Pengurusan
Air) Kumpulan Peransang Selangor, Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan
Pelaburan Peransang Selangor, Kevin Lee. “Kumpulan profesional ini akan dihantar
kerana mereka (Syabas) gagal memberikan butiran dan penjelasan memuaskan
mengenai beberapa isu apabila mereka memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri pagi ini," katanya.
Khalid yakin Syabas boleh memberi kerjasama kepada kumpulan profesional berkenaan
kerana mereka mempunyai pengalaman mendalam dalam pengurusan dan pengagihan
bekalan air. BERITA HARIAN
30
SELANGOR HANTAR SURAT UNTUK AMBIL ALIH SYABAS KEPADA KERAJAAN
PUSAT ESOK
18 JULAI 2012
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya
akan menghantar surat kepada kerajaan pusat esok bagi memaklumkan hasrat kerajaan
negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(SYABAS).
Beliau berkata, delegasi yang diketuai bersama oleh Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan menghantar surat itu secara peribadi
kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya kira-kira 11 pagi.
"Kerajaan negeri berpendirian bahawa isu air ini penting diselesaikan dengan segera
demi kesejahteraan rakyat di Selangor khususnya," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat Exco di sini,hari ini.
Ketika ditanya mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
agar kerajaan negeri menghantar pelan dan rancangan untuk langkah pengambilalihan
tersebut, Abdul Khalid menegaskan kerajaan negeri mempunyai kebolehan dalam
perkara itu.
"Operasi pengurusan air ialah satu operasi pengurusan, jadi kita tunjukkan kepada
kerajaan pusat kita ada kebolehan untuk langkah in (mengambil alih pengurusan
Syabas)," katanya. – BERITA HARIAN
31
ISU AIR SELANGOR LIBATKAN KEPENTINGAN NEGARA
20 JULAI 2012
ALOR SETAR 19 Julai - Langkah Kerajaan Pusat menubuhkan jawatankuasa khas bagi
menangani masalah air yang semakin kritikal di Selangor adalah tepat kerana ia
melibatkan kepentingan negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini
kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor menguruskan pembekalan air terawat boleh
menjejaskan ekonomi bukan sahaja di negeri itu tetapi negara.
"Kerajaan Selangor gagal dalam hal ini tetapi ia bukan soal menjejaskan ekonomi
Selangor sahaja kerana ekonomi negara juga boleh terjejas sebab aktiviti ekonomi di
Selangor memberi sumbangan terbesar kepada ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pekerja
Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kedah, di Anak Bukit, di sini hari ini.
Menurut Mohd. Shafie, kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bertindak
demikian kerana terlalu menjaga kepentingan politik dan bukannya kebajikan atau
keperluan rakyat.
Mengulas lanjut katanya, kewujudan jawatankuasa khas itu juga penting bagi
kementeriannya yang terlibat dalam menyediakan bekalan air ke kawasan luar bandar.
Sementara itu, pada majlis berasingan, Mohd. Shafie menyampaikan elaun berjumlah
RM39.9 juta kepada 1,800 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Persekutuan (JKKKP) Kedah sempena Perhimpunan Perdana JKKKP Siri Keempat di
Dewan Wawasan Jitra.
Beliau berkata, ahli-ahli JKKKP perlu melaksanakan tiga perkara penting bagi
memastikan peranan kumpulan itu relevan dan berkesan dalam membantu masyarakat.
Perkara itu katanya, adalah sentiasa bersikap positif, bekerja dengan bersistem dan
menyuburkan semangat berpasukan dalam setiap program yang dilaksanakan.
UTUSAN
32
MENGAUT UNTUNG POLITIK DALAM KRISIS AIR Selangor
22 JULAI 2012
TIDAK selamanya parti pembangkang boleh membanggakan diri bahawa apa yang
mereka lakukan menguntungkan rakyat. Ukuran-ukuran dan label positif yang mereka
cipta dan kemudian gembar-gemburkan tidak selamanya boleh dipertahankan.
Masa akan akhirnya menentukan. Konflik kepentingan kelompok dan kelemahan ketara
di semua peringkat kepimpinan terutama di peringkat kerajaan negeri yang mereka
perintah menjadi perangkap kepada parti pembangkang.
Sayangnya, mereka tetap tidak mahu mengambil peluang untuk memperbaiki diri
walaupun telah melakukan kesilapan. Jauh sekali mahu meminta maaf apatah lagi
mengundur diri atau melepaskan jawatan bagi membuktikan nilai-nilai integriti yang
sepatutnya dijunjung.
Sebaliknya mereka menggunakan strategi menutup mulut pengkritik dengan saman dan
ugutan saman. Jika tidak pun mereka akan bermain silap mata dengan berdolak-dalik,
menyalahkan pihak lain dan memutar fakta untuk mengelirukan rakyat.
Inilah rumusan terhadap apa yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah parti
pembangkang. Senarionya hampir sama berlaku kepada kerajaan PKR Selangor
mahupun kerajaan Pas di Kedah dan Kelantan serta kerajaan DAP Pulau Pinang.
Di Selangor, kerana tiada senjata ampuh lain mereka memperdagangkan bekalan air,
keperluan paling dekat dengan rakyat. Kerajaan PKR Selangor yang sebenarnya
dikuasai oleh kepentingan DAP kini sedang bertungkus-lumus menguasai persepsi
rakyat agar menyalahkan kerajaan Persekutuan.
Ia dilakukan setelah gagal memerangkap Syabas dalam permainan politik mereka. Tiada
yang jelas dan konkrit dalam tindakan kerajaan negeri.
Terlihat hajat besar mereka hanya mahu berbuat onar supaya rakyat nantinya akan
menyalahkan kerajaan Persekutuan. Dari dulu mereka telah menyerang Syabas dengan
memberi persepsi kononnya ia syarikat konsesi kroni UMNO yang tidak
menguntungkan rakyat.
Sedangkan jika benar kerajaan PKR Selangor jujur dengan rakyat, mereka boleh
memperbaiki lagi kualiti perkhidmatan Syabas yang diberi konsesi mengurus dan
mengagih air bersih ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 2005 untuk tempoh
30 tahun itu.
Kerajaan negeri mempunyai 30 peratus kepentingan dalam Syabas. Tentulah timbul
tanda tanya mengapa tidak mereka betulkan Syabas dari dalam jika benar ada yang
tidak kena dalam syarikat itu.
33
Tetapi mereka lebih suka dengan cara yang boleh menimbulkan kontroversi.
Pandangan pakar termasuk ramalan krisis air pada 2014 dan keperluan pembinaan loji
Langat 2 diketepikan begitu sahaja.
Catuan air yang bakal dilakukan oleh Syabas berikutan permintaan air terawat melebihi
kapasiti yang semakin kritikal dijawab oleh kerajaan negeri dalam bahasa yang sukar
difahami. Mereka tuduh pula Syabas tidak cekap selain alasan air di Lembah Klang
melimpah ruah.
Yang terakhir Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dijangka
mengumumkan untuk mengambilalih Syabas. Khalid memilih jalan kontroversi yang
prosesnya rumit dan memakan masa panjang.
Mengambilalih sebuah syarikat konsesi yang selama ini tidak gagal melaksanakan
tanggungjawabnya bukanlah mudah. Seperti juga penarik kereta, ada prosedur yang
perlu dipatuhi sebelum kereta boleh ditarik.
Kecualilah jika cara-cara samseng digunakan. Mana mungkin kereta ditarik jika bayaran
dibuat tepat pada masanya. Apatah lagi tiada satu pun notis amaran dikeluarkan.
Tindakan terbaru kerajaan PKR Selangor itu memperlihatkan aroma kepentingan
pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan operasi Syabas supaya ia boleh menjadi
alasan pengambilalihan. Maklumlah operasi membekalkan air di Lembah Klang
melibatkan nilai berbilion ringgit.
Elemen-elemen sensasi termasuk gaji pengurusan kanan Syabas terus ditabur untuk
membolehkan mereka 'memasuki' syarikat utiliti itu, walaupun realitinya mereka
sudahpun berada dalam syarikat tersebut.
Mujurlah kerajaan Pusat segera bertindak dengan membentuk Jawatankuasa Khas
Kabinet dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi
menangani isu air yang semakin kritikal itu. Tidaklah Syabas seolah-olah dibiar
keseorangan untuk berhadapan dengan ego besar kerajaan PKR itu.
Tetapi sekali lagi tindakan menyelamat lebih 3 juta penduduk Lembah Klang daripada
berhadapan dengan krisis air sebagaimana dialami pada 1998 tidak dihargai oleh
kerajaan PKR Selangor.
Mereka terus dengan perilaku menyalahkan pihak lain dan mengeluarkan kenyataan
mengelirukan. Tanpa silu ada suara dari sana yang meminta Menteri Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui meletakkan jawatan kerana gagal
mengatasi isu air di Selangor.
34
Begitulah permainan mereka. Kerajaan PKR Selangor sebenarnya sudah tiada jalan
untuk menangani isu air ini kecuali mengikut nasihat dan pelan yang telah dirancang
oleh pakar dan Syabas.
Tetapi kerana kepentingan politik terlampau, mereka sanggup gadaikan nasib rakyat
dan mendedahkan penduduk Lembah Klang serta ibu negara kepada krisis bekalan air.
Persoalannya sejauhmanakah permainan politik seperti ini yang sekian lama telah
menjadi modal utama dan mengakar umbi dalam parti pembangkang akan terus
menguntungkan mereka?
Politik yang seharusnya menjadi medan perlumbaan meraih peradaban dan wadah
memperjuangkan kepentingan rakyat sebaliknya dijadikan tempat untuk berebut kuasa.
Tambah meloyakan, ia dilakukan dengan menghalalkan segala cara. UTUSAN
35
ISU AIR BUKAN PROPAGANDA POLITIK
23 JULAI 2012
MOHD. Shafie Apdal menyerahkan bubur lambuk kepada pasukan kenderaan pacuan
empat roda untuk diagihkan kepada orang ramai di Balai Berita New Straits Times Press,
Bangsar, Kuala Lumpur, semalam. -
KUALA LUMPUR 22 Julai - Kerajaan Pusat tidak terdesak untuk menjadikan masalah
kekurangan bekalan air terawat sebagai propaganda politik menjelang Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-3) nanti.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata,
masalah itu sebenarnya sudah pun dikesan sejak tahun lalu tetapi kian meruncing
apabila semakin banyak kawasan di Lembah Kelang dan Selangor mengalami tekanan
air rendah.
"Tidak ada sebab mengapa masalah ini perlu dipolitikkan sedangkan banyak kawasan
sudah pun mengalami tekanan air rendah sejak 2011. UTUSAN
36
ISU AIR – LEBIH 50 NGO SELANGOR BERENTAP SERANG KHALID GAGAP..!!
24 JULAI 2012
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) akan bekerjasama dengan 54 pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) bagi memberi penerangan kepada rakyat seluruh Selangor
berhubung kemelut isu air di negeri itu.
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, rakyat negeri itu perlu mendapatkan
maklumat sebenar dan tepat berhubung isu itu.
Katanya, GPRS dan 54 NGO telah sepakat untuk mengadakan jelajah di seluruh Selangor
dalam menjelaskan isu sebenar yang berlaku berhubung krisis air itu demi kepentingan
rakyat.
“Kami (GPRS) sepakat akan bekerjasama dengan 54 NGO untuk buat program jelajah
bagi memberi penjelaskan kepada rakyat kerana rakyat perlu mengetahui perkara
sebenar.
“Ini kerana kita prihatin kepada nasib dan kepentingan rakyat seluruh negeri ini ,”
katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dalam sesi taklimat dengan
pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di pejabat syarikat
konsesi tersebut di Lembah Pantai di sini, hari ini.
Takimat tersebut berlangsung kira-kira dua jam dengan dihadiri oleh hampir 20 wakil
NGO yang ingin mendapatkan penjelasan sebenar serta maklumat berhubung
kontroversi isu tersebut.
Menurutnya, antara NGO yang akan terlibat terdiri daripada Pertubuhan Pribumi
Perkasa (Perkasa), Gabungan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS), Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Sekretariat Orang Muda Negeri Selangor (Serang)
Sohaimi berkata, bagi melaksanakan langkah tersebut, pihaknya akan mencetak risalah-
risalah untuk diedarkan kepada orang ramai di seluruh negeri ini.
Malah, pihaknya juga akan menggantung kain rentang di beberapa lokasi di negeri ini.
“Berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi, kita akan mencetak risalah-risalah untuk
diedarkan kepada orang ramai supaya lebih jelas mengenai isu ini.
“Kita juga akan menggantung kain rentang di beberapa kawasan bagi memberi
penjelasan kepada rakyat,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan taklimat diberikan Syabas, beliau mendakwa mendapati
banyak maklumat diberikan oleh Kerajaan Negeri tidak benar malah dilihat jelas
mempunyai agenda tersembunyi.
Dakwanya, Kerajaan Negeri cuba mempolitikkan isu tersebut “Saya percaya Kerajaan
Negeri mempunyai agenda tersembunyi dan berdolak-dalih berhubung isu ini.
37
“Rakyat perlu faham ia merupakan isu yang dipolitikkan oleh Kerajaan Negeri untuk
meraih simpati,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mendesak Kerajaan Pusat bertindak lebih tegas dalam
memastikan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 diteruskan kerana kerja-kerja
peringkat awal telah bermula di Pahang.
“Ia perlu dilaksakan kerana sekiranya tidak maka ia akan menjadi satu lagi ‘gajah putih’
dan isu air akan berterusan.
“Perancangannya telah dibuat beberapa tahun dahulu tetapi ditangguhkan Kerajaan
Negeri atas agenda politik,” katanya. BERNAMA
38
ASYIK BERPOLITIK, RAKYAT MANGSANYA
26 JULAI 2012
PENDUDUK di Taman Sungai Besi Indah Seri Kembangan, mengangkat air yang di
bekalkan oleh Syabas ekoran masalah air yang di hadapi mereka kebelakangan ini.
KHABAR terbaru yang saya dengar daripada pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.
Bhd. (Syabas) ialah berkisar pendirian syarikat itu terhadap pembangunan baru.
Mulai tahun ini, Syabas dilaporkan tidak dapat memberi surat kelulusan untuk
membekalkan air ke semua kawasan pembangunan baru. Katakan pemaju yang mahu
mengusahakan projek sebuah kondominium 2,000 unit, tiada kelulusan projek dapat
dikeluarkan. Syabas tidak dapat memberi jaminan boleh membekalkan air ke projek
yang akan siap 2014 atau 2015 itu selagi kemelut isu air di Selangor sekarang tidak
selesai.
Difahamkan, kerajaan PKR Selangor mahu Syabas mengeluarkan ‘surat
ber‘letterhead‘kan Syabas’ untuk memaklumkan perkara itu kepada pemaju. Namun
Syabas tidak mahu menjadi ‘kambing hitam’ lagi. Dan setakat ini ‘keputusan’ mengenai
semua urusan pembangunan baru itu belum rasmi.
Kepada Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), isu air di Selangor
ketika ini memang serius. Kritikal, kata Presidennya, Datuk N. Marimuthu jika kerajaan
PKR Selangor dan Persekutuan beserta Syabas tidak duduk semeja. Fomca tidak mahu
krisis air menjadi semakin kronik daripada yang pernah dialami pada 1998 berulang.
“Kita masih bersyukur kerana masih ada hujan. Tapi ini bukan cerita hujan di sana sini.
Banyak paip yang tidak ditukar sejak berpuluh-puluh tahun.
39
“Fomca lihat tidak pernah berlaku dalam sejarah, kita jumpa saja, nak gaduh. Syabas
hanya kontraktor, tak usahlah kita bantai, bantai dan bantai dia," kata Marimuthu
kepada saya pagi semalam.
Kerana dek kerenah politik dicanangkan kerajaan PKR Selangor menolak kerjasama
dengan Pusat dalam membina loji Langat 2, habis terpalit duri yang bakal dan sedang
pun menimpa 7.5 juta penduduk Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
Kadang-kala kita rakyat Selangor ada ketikanya akan menggaru-garukan kepala yang
tidak gatal.
Reka bentuk Langat 2 telah pun siap. Peruntukan untuk membina loji air ini juga telah
tersedia.
Malahan tapak tanah untuk loji dan projek ini telah pun diambil dan siap sedia untuk
digerakkan projek berdekatan Hulu Langat ini. Tetapi cuma kerajaan PKR Selangor
melalui Majlis Daerah Perbandaran Hulu Langat tidak mahu mengeluarkan
Development Order atau kebenaran merancang. Semuanya jadi tak kena, menyebabkan
projek Langat 2 tertangguh selama hampir dua tahun. Tanpa Development Order,
kerajaan Persekutuan tidak boleh memanggil tender untuk membina loji tersebut.
Pada masa sama, pembekuan ‘CAPEX’ atau perbelanjaan modal milik Syabas daripada
kerajaan PKR Selangor sejak 2008 lagi, memburukkan lagi kemelut isu air di Selangor.
Ia mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan paip-paip air tidak
boleh dilakukan.
Pihak Syabas sebelum ini pun telah jenuh memaklumkan yang gangguan bekalan air di
kebanyakan kawasan di Lembah Klang ketika ini disebabkan oleh kapasiti pengeluaran
air terawat daripada loji-loji air tidak dapat menampung permintaan air. Ini berikutan
peningkatan mendadak penggunaan air oleh pengguna.
Tekanan
Kesan daripada peningkatan permintaan yang mendadak ini menyebabkan beberapa
kolam utama menghadapi penurunan paras yang ketara. Ini kerana pada masa ini rezab
bekalan air bersih sedia ada ialah kurang daripada 3 peratus. Keadaan ini menyebabkan
tekanan air rendah dan sebahagian kawasan tidak mendapat bekalan air terutama di
sekitar kawasan water stress iaitu wilayah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan juga Hulu
Langat. Ia melibatkan sejumlah 209,678 akaun pengguna ataupun lebih kurang sejuta
penduduk di wilayah-wilayah terbabit.
Situasi ini juga menyebabkan beberapa Loji Rawatan Air (LRA) beroperasi pada tahap
maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuknya (overload). Dan berhadapan dengan
tekanan untuk memenuhi permintaan yang pada masa ini di tahap 4,259 JLH (Juta Liter
40
Sehari). Ini adalah kerana jumlah kapasiti bekalan air yang boleh dikeluar dan
diagihkan dari kesemua 34 loji sedia ada adalah sekitar 4,371 JLH sahaja.
Pembekuan ‘CAPEX’ memburukkan lagi situasi ini. Ya, memang benar waktu ini
empangan-empangan sedia ada di sekitar Selangor menampung air sehingga melimpah
ruah, dakwa Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tetapi, Abdul Khalid kena ingat bahawa itu bukan air terawat. Sebaliknya hanyalah air
mentah. Mana boleh kita rakyat Selangor dan Putrajaya pergi ke empangan berkenaan,
kemudian hirup seteguk dua.
Berikutan situasi gangguan bekalan air serta tekanan rendah yang berlarutan di sekitar
kawasan Lembah Klang sejak kebelakangan ini, Syabas pada tujuh hari lepas
mengumumkan bahawa mengikut perkiraannya, krisis bekalan air telah mula melanda
Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Syabas bukan badan politik dan tidak bermain politik. Fakta-fakta yang dikeluarkannya
adalah berdasarkan unjuran sebenar.
Projeksi berkaitan dengan krisis kekurangan bekalan air terawat yang sedang berlaku
ini telah dimaklumkan oleh Syabas sebelum ini kepada Kerajaan PKR Selangor,
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) agar tindakan segera dapat diambil bagi mengatasi
masalah ini daripada berlaku.
Pada masa sama, kegagalan kerajaan PKR Selangor mewartakan pelarasan tarif air
menyebabkan Syabas menanggung jumlah tunggakan yang besar kepada operator loji
rawatan sedia ada.
Telah beberapa kali Syabas mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak SPAN
dan pihak kerajaan negeri termasuk 48 pucuk surat telah pun dihantar memaklumkan
situasi semasa.
Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis pembekalan air terawat. Ia sebagai
satu tindakan proaktif bagi mengelakkan krisis air di Lembah Klang seperti yang
berlaku pada 1998 berulang. Tetapi setakat ini maklum balas Syabas dipandang sebelah
mata.
Dan mana mungkin Abdul Khalid sendiri tidak tahu status pengeluaran loji yang
diuruskan kepimpinannya atau dia sengaja buat-buat tidak tahu.
Krisis bekalan air terawat yang melanda Selangor ironiknya isu yang mudah
diselesaikan sekiranya kerajaan negeri meluluskan arahan pembangunan projek Langat.
Ini sekali gus dapat memastikan jaminan bekalan air dapat disalurkan secara
berterusan kepada pengguna.
41
Yang tak sedapnya, kerajaan negeri beri pula alasan mahu menstruktur industri air di
negeri itu - dengan memberi
gambaran pula kononnya tarif air akan meningkat jika pembinaan Langat 2 dilakukan.
Jika diteliti, pembinaan Langat 2 itu sendiri tidak ada kena-mengena dengan
penstrukturan semula industri air serta kenaikan tarif air. Sebaliknya, ia alternatif
untuk menangani krisis bekalan air terawat yang dijangka berlaku pertengahan 2014.
Dan sekiranya peningkatan permintaan air ini berterusan, maka tidak mustahil jumlah
kawasan terlibat dengan gangguan air ini akan menjadi lebih luas dan melibatkan lebih
ramai pengguna.
Lebih malang lagi, kekurangan air yang berlarutan memberi kesan negatif kepada iklim
pelaburan dan ekonomi negeri ini yang terkenal sebagai hab utama ekonomi serantau.
Syabas sekadar dijadikan ‘kambing hitam’ bagi menjustifikasikan hasrat kerajaan PKR
Selangor untuk menstruktur semula industri air di negeri itu.
Ketika Abdul Khalid beria-ia mahu menggunakan Klausa 32 di bawah perjanjian konsesi
bagi mengemukakan notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan
negeri mengambil alih operasi Syabas, saya turut dikhabarkan akan semangat tidak
mudah menyerah Syabas.
“Kerajaan negeri boleh cuba dari segi undang-undang tapi perkara ini bukan senang. Ia
bukan semudah bagi sepucuk surat (arahan), kemudian boleh masuk Syabas dan tukar
kesemuanya. Kami juga ada peguam kami sendiri," menurut sumber itu lagi.
Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Syabas - yang menjadi musuh ketat kerajaan
PKR Selangor - ketika ini berada di Mekah.
“Tak tahulah... kita tengok macam mana, nanti saya akan komen sekembali saya ke
tanah air pada 26 atau 28 Julai ini," ujarnya kepada saya, kelmarin.
Dan kepada Marimuthu: " Kita semua mesti duduk semeja. Kita kena faham setiap hari
banyak orang berhijrah ke Selangor dan Kuala Lumpur. Setiap hari, banyak orang
berkahwin. Banyak projek perlukan air.
“Kita perlu rancang urusan air ini untuk 50 hingga 100 tahun akan datang. Jangan
disebabkan politik - anda, saya dan semua jadi mangsa." UTUSAN
42
ISU AIR SELANGOR : ADA AGENDA TERSEMBUNYIKAH DI SEBALIKNYA?
26 JULAI 2012
Cadangan kerajaan negeri Selangor mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) sudahpun ditolak oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas
Kabinet yang membincangkan mengenai isu Air Selangor. Menurut Timbalan Perdana
Menteri, beberapa perkara membabitkan prosedur tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan
negeri dan SYABAS telah dikesan oleh jawatankuasa tersebut.
Justeru, tawaran tender untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan dibuka dalam
tempoh sebulan lagi. Ini untuk memastikan pembinaan dapat diselesaikan secepat
mungkin dan dapat menampung permintaan bekalan air di seluruh Lembah Klang.
Baguslah kerajaan pusat membuat keputusan begitu. Isu air tidak sepatutnya dijadikan
permainan politik. Ia adalah satu keperluan yang sangat penting untuk rakyat. Tanpa
air, banyak perkara yang akan tergendala. Bukan sahaja kehidupan seharian rakyat
akan terganggu, malahan ia juga boleh mengganggu kestabilan ekonomi.
Namun begitu, kerajaan negeri Selangor khabarnya sedang meneliti dari segi
perundangan untuk mengambil sebarang tindakan yang berkenaan ke atas penolakan
kerajaan pusat tersebut. Seboleh-bolehnya kerajaan negeri menginginkan
pengambilalihan SYABAS berlaku.
Kerajaan negeri Selangor juga menyalahkan kerajaan pusat dengan dakwaan
permohonan peruntukan sebanyak RM225 juta yang dibuat mereka untuk menaiktaraf
LRA Sungai Selangor Fasa 1 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 masih tidak diluluskan.
Menurut mereka kedua-dua loji rawatan air ini sedang beroperasi di bawah kapasiti
maksimum.
Sudah lama kerajaan negeri melengah-lengahkan perlaksanaan projek LRA Langat 2 ini.
Adakah agenda lain yang tersembunyi di sebalik tindakan yang dibuat kerajaan negeri
ini? Adakah mereka ingin berbuat seperti loji Sungai Labu yang terus sahaja dijalankan
sebaik sahaja kerajaan negeri mendapat kebenaran mentadbir?
Jika benar seperti yang dicanang oleh PKR iaitu mereka sanggup membelanjakan dana
mereka sendiri untuk melaksanakan projek penaiktarafan tersebut, mengapa tidak
dilakukan sahaja daripada dulu? Mengapa setelah krisis air menjadi semakin kritikal
barulah mereka hendak menyalahkan kerajaan dan menyatakan kesanggupan
mengeluarkan perbelanjaan sendiri? Adakah ini sebagai cara untuk meraih simpati
rakyat dan menanam kebencian terhadap kerajaan sedia ada?
Hendak cari keuntungan itu tidak salah, tetapi matlamat tidak semestinya sentiasa
menghalalkan cara. Kebajikan rakyat harus diutamakan. Kesejahteraan rakyat harus
dititikberatkan. Dan yang paling penting, hak rakyat harus diberikan kepada rakyat.
43
Sebelum berfikir untuk mentadbir sebuah negara, kerajaan PR yang menerajui negeri
Selangor yang mempunyai berbilang bangsa ini seharusnya mencari jalan penyelesaian
isu air yang melanda Selangor ketika ini. Jangan diharap padi seberang, padi di tanah
sendiri terbiar layu. Seharusnya padi sendiri disemai dan dijaga dengan sebaiknya.
44
SELANGOR GAGAL SELESAI MASALAH AIR
1 OGOS 2012
Sohaimi (dua dari kanan) membantu penduduk mengambil air selepas gangguan selama
lapan hari di Taman Putra Budiman, Balakong, Seri Kembangan. - Foto Syarafiq Abd
Samad
Serdang: Kerajaan Selangor masih gagal mengotakan janji mereka dalam menyelesaikan
kemelut air kepada rakyat negeri itu apabila tidak mampu membekalkan keperluan air
bersih secukupnya.
Masalah berlarutan lebih seminggu dihadapi penduduk dilihat semakin meruncing
ketika umat Islam menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini. Pengerusi Gerakan
Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata gimik politik yang
dimainkan kerajaan Selangor berkaitan isu projek Loji Rawatan Langat 2 perlu
diperjelaskan kepada penduduk negeri ini.
Katanya, rakyat mendapatkan bekalan air bersih di beberapa daerah termasuk Seri
Kembangan jelas membuktikan rakyat tidak dipedulikan pemimpin pakatan
pembangkang ketika ini.
“Kami tampil bertindak membantu rakyat menjelaskan isu air yang dilihat semakin
sukar diselesaikan mereka di negeri ini, termasuk loji berkenaan.
Selangor degil
“Bukan isu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang menjadi pokok persoalan,
tetapi kedegilan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan
masalah ini,” katanya pada sidang media sempena pengagihan tong air plastik percuma
kepada penduduk Taman Pangsapuri Putra Budiman, dekat sini, semalam.
Hadir sama Penyelaras Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hong dan Ketua MIC Seri
Kembangan, Datuk NK Sundram.
45
Pada majlis sama, Sohaimi mengagihkan 500 tong air plastik kepada penduduk taman
itu yang gagal mendapatkan bekalan air sejak seminggu lalu.
Hantar bekalan sekali
Katanya, SYABAS membekalkan air secukupnya kepada penduduk di taman itu demi
menjaga kepentingan pengguna, berbanding kerajaan negeri yang hanya sekali muncul
menghantar satu lori tangki sehingga kini dalam tempoh seminggu lalu.
Tinjau loji Langat 2
Beliau berkata, GPRS turut merancang membawa pemimpin masyarakat seluruh
Selangor termasuk ketua kampung, wakil penduduk taman dan individu terpilih
melawat loji Langat 2 di Semenyih, esok.
“Peranan mereka adalah bagi menjelaskan fakta sebenar mengenai isu air yang menjadi
sandiwara politik kerajaan Selangor selama ini,” katanya. BERITA HARIAN
46
ISU AIR: SELANGOR AKAN ADAKAN FORUM AWAM
2 OGOS 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan forum awam mengenai krisis
air di negeri itu.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu berkata, forum itu akan
menjemput semua jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan penerangan yang
sebenar mengenai masalah air Selangor.
"Jabatan Meteorologi telah memaklumkan bahawa sepanjang bulan Ogos hingga
Oktober taburan hujan di seluruh negara termasuk Selangor adalah sekata dan ini
bermakna krisis tidak cukup bekalan air di empangan atau loji rawatan air adalah tidak
benar.
"Pakar-pakar kita akan memberikan gambaran dan situasi sebenar air di negeri ini,"
katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.
Sementara itu, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran
berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu akan menghantar bekalan air
menggunakan lori tangki milik mereka ke 11 kawasan di Balakong dan dua kawasan di
Subang Jaya.
"Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-
kawasan yang terjejas dan kos ini kita akan minta Syarikat Bekalan Air Selangor
(Syabas) bayar sebab mereka tak jalankan tugas dengan efisien.
"Bukan itu sahaja, berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong
mendapati hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya.
Beliau menegaskan tindakan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan
air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.
"Banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak
mempunyai pam air dan motor telah rosak, bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini
sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya.
Oleh itu, beliau menggesa Syabas mengambil tindakan segera bagi membaik pulih
kolam air yang terjejas kerana sumber air sangat penting dalam kehidupan seharian.
"Esok PBT akan buat laporan polis berhubung sikap lepas tangan Syabas terhadap
kolam air yang terbiar ini. Kita bimbang ada pihak yang cuba sabotaj dengan tuang
racun atau apa sahaja di kawasan kolam air yang tidak berpagar ini.