ISU PENDIDIKAN LUAR BANDAR DI PERAK
ZAKARIA KASA AMIR HASAN DAWI AZHARHJ. WAHID
MOHD. SANIMADON MOHD NOORIDRIS SHAHARUDIN ALI
KOD PENYELIDIKAN: 07-02-0003-09 PBU
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2010
Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Zakaria Kasa, Amir Hasan Dawi, Azhar Hj. Wahid, Mohd. Sani Madon, Mohd Noor Idris dan Shaharudin Ali kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumberaya
20.09.2010 ZAKARIA KASA
PENGHARGAAN
Kumpulan penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyelidikan ini. Mereka termasuklah:
Naib Canselor, UPS1 Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPSI
Pusat Pengurusan Penyelidikan, UPSI Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajarai
Malaysia Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Pengetua, Guru dan Murid Sekolah-sekolah yang terlibat Ibu Bapa murid yang terlibat
Dan
Mana-mana pihak atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini
KANDUNGAN
Muka Surat
Kandungan i
Jadual iii
Abstrak v
Abstract vii
BAB 1: PENGENALAN 1 Latar Belakang 1 Pernyataan Masalah . 7 Objektif 8 Kepentingan Kajian 9 Batasan Kajian 9 Definisi Istilah 9
BAB 2: METODOLOGI 13 Reka Bentuk dan Persampelan 13 Instrumentasi 15 Pengumpulan Data 19 AnalisisData 19
BAB 3: DAP AT AN 21 Pendahuluan 21 Profit Murid 22 Minat Murid Terhadap Pembelajaran 35 Stail Pembelajaran Murid 39 Pilihan Keijaya Murid 39 Efikasi Kendiri Murid 42 Persepsi Murid Terhadap Kokurikulum 43 Persepsi Murid Terhadap Guru, Rakan dan Iklim Sekolah 45 Profil Guru 48 Hubungan Guru Dengan Komuniti Sekolah Dan Setempat 54 Kepuasan Hati Guru Terhadap Pekerjaan 56 Persepsi Guru Terhadap Sekolah dan Persekitaran 57 Efikasi Kendiri Guru 58 Pengajaran dan Pembelajaran 59 Tahap Burnout Responden 59 Analisis Temu Bual Berstruktur Pengetua Sekolah 62 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Sekolah 75
BAB 4: PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pendahuluan Efikasi Kendiri Guru Efikasi Kendiri Murid Stail Pembelajaran Murid Pilihan Kerjaya dan Persepsi Murid Terhadap Sekolah Kepuasan Kerja Guru dan Burnout Persepsi Ibu Bapa Terhadap Sekolah Cadangan
Rujukan
Lampiran
Soal selidik Guru Soal Selidik Murid Soal Selidik Ibu Bapa Soal Selidik Pihak Pengurusan Sekolah Lain-lain
Jadua1
2 3
4
5
6
7 8 9
1 0 1 1 12 13 14 15 16 17 18 19 20
21
22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36
JADUAL
Muka Surat
Sampel Sekolah dan Jumlah Murid serta Guru 14 Sampel Kajian Murid dan Guru 14 Pekali Kebolehpercayaan Instrumen Dalam Soal Selidik Guru 17 Pekali Kebolehpercayaan Instrumen Dalam Soal Selidik Murid 18 Statistik Untuk Menganalisis Data Bagi Menjawab Objektif Kajian 20 Jumlah sampel murid dan guru serta soal selidik yang dikembalikan 21 Cita-cita Murid 22 Bilangan Adik Beradik Responden 23 Tahap Pencapaian Akademik Tertinggi Yang Ingin Dicapai Murid 24 Tempat Tinggal Murid 25 Jenis Pengangkutan Murid Ke Sekolah 26 Taburan Pendapatan Ibu Bapa Murid 26 Taburan Perbelanjaan Harian Murid Di Sekolah 27 Aliran Persekolahan Murid 28 Mata Pelajaran Yang Paling Disukai Murid Luar Bandar 28 Taburan Jarak Tempat Tinggal Murid Ke Sekolah 29 Pendidikan Tertinggi Bapa Murid 30 Pendidikan Tertinggi Ibu Murid 31 Kegunaan Utama Komputer Oleh Murid, 32 Taburan Kekerapan Penggunaan Komputer Oleh Murid Mengikut Tempat 34 Taburan Kegunaan Utama Penggunaan Komputer Oleh Murid Mengikut Tempat 35 Minat Pembelajaran Murid 36 Keyakinan Diri Murid 38 Stail Pembelaj aran Murid 39 Pilihan Kerjaya Murid 41 Tahap Efikasi Kendiri Murid 43 Sikap Murid Terhadap Kokurikulum 44 Persepsi Murid Terhadap Guru 46 Persepsi Murid Terhadap Rakan 47 Persepsi Murid Terhadap Iklim Sekolah 48 Jantina Responden Guru 49 Etnik Guru 49 Tahap Pendidikan Guru 50 Kelayakan Ikhtisas Guru 50 Pengalaman Mengajar Guru 51 Pengalaman Mengajar Di Sekolah Bandar Dan Keinginan Terus Mengajar Di Sekolah Luar Bandar 52
37 Sebab Meninggalkan Sekolah Sekarang 38 Negeri Asal Guru 39 Jenis Pengangkutan Guru Ke Sekolah 40 Hubungan Guru Dengan Pelbagai Pihak 41 Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru 42 Kepuasan Hati Guru Terhadap Pekeijaan 43 Persepsi Guru 44 Efikasi Kendiri Guru 45 Pengajaran Dan Pembelajaran Guru 46 Skala Tahap Burnout 47 Kategori dan Tahap Burnout Dalam Kalangan Guru 48 Kategori dan Tahap Burnout Dalam Kalangan Guru
Mengikut Jantina 49 Profil Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan 50 Jarak Rumah Ke Sekolah 51 Cara Anak Ke Sekolah 52 Kemudahan Di Rumah 53 Kemudahan ICT di Rumah 54 Kemudahan Pembelajaran 55 Kekerapan Mengajar Anak Di Rumah 56 Persepsi Ibu Bapa Terhadap Sekolah 57 Pandangan Ibu Bapa Terhadap Sekolah 5 8 Aktiviti Ibu Bapa Di Sekolah 59 Sumbangan Kewangan Kepada Kegiatan Sekolah 60 Harapan Ibu Bapa Selepas Anak Tamat Persekolahan 61 Masalah Yang Dihadapi Anak Di Sekolah Mengikut
Persepsi Ibu Bapa
iv
52 53 54 55 55 56 58 58 59 60 60
61 63 75 75 76 76 77 78 78 79 80 81 81
82
v
Abstrak
Banyak diperkatakan tentang isu pendidikan luar bandar di dalam dan di luar negara.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau isu-isu berkenaan di sekolah-sekolah
luar bandar di negeri Perak. Ini termasuklah meninjau profil sekolah luar bandar,
efikasi kendiri guru dan murid, persepsi murid terhadap guru, rakan sebaya dan iklim
sekolah, sikap murid terhadap kokurikulum, stail pembelajaran murid, pilihan kerjaya
murid, minat belajar, persepsi guru terhadap sekolah, rakan sekerja, ibu bapa,
pengetua, masyarakat setempat dan murid, pengajaran guru, kepuasan kerja guru,
tahap burnout guru, dan masalah yang dihadapi pengurusan sekolah. Kajian ini adalah
kajian deskriptif yang melibatkan seramai 1,692 murid dan 422 guru di sekolah luar
bandar di Perak sebagai sampel kajian. Teknik persampelan kelompok telah
digunakan untuk memilih sampel kajian. Sekolah telah dijadikan kelompok dan
semua pelajar Tingkatan 5 dan 55% guru sekolah terpilih terlibat sebagai sampel
kajian. Tiga set soal selidik iaitu soal selidik untuk guru, murid dan ibu bapa telah
dibina dan ditadbirkan sendiri oleh penyelidik. Satu set skedul temubual juga telah
dibina untuk menemubual pengetua sekolah yang terlibat dalam kajian. Data yang
dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan
kebanyakan murid luar bandar di Perak bercita-cita menjadi guru, purata bilangan
adik beradik murid ialah seramai lima orang, majoriti ingin meneruskan pengajian ke
peringkat lebih tinggi, dan lebih 70% datang daripada keluarga berpendapatan kurang
RM1,000.00. Hampir 70% bapa murid berpendidikan tertinggi setakat SPM. Hanya
5% sahaja bapa mereka memiliki Ijazah Saijana Muda ke atas, Murid juga didapati
mempunyai minat yang sederhana tinggi terhadap pembelajaran. Bagaimanapun,
mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk berjaya. Stail
pembelajaran mereka lebih kepada Kinestatik dan audio. Pilihan kerjaya mereka
banyak dipengaruhi oleh maklumat yang diterima daripada orang luar dan kurang
daripada ibu bapa. Efikasi kendiri murid adalah tinggi dalam mempertingkatkan
pencapaian akademik, pembelajaran kendiri, 'self-regulatory', mendapat bantuan
sosial dan memenuhi hasrat orang lain. Bagaimanapun efikasi kendiri mereka rendah
dalam penggunaan masa lapang dan kokurikulum. Mereka didapati mempunyai si
yang sederhana positif terhadap kokurikulum. Mereka juga mempunyai persepsi yang
sederhana positif terhadap rakan dan iklim sekolah. Dapatan juga menunjukkan le
90% guru memiliki ijazah Sarjana Muda ke atas. Secara purata men
berpengalaman mengajar lebih 12 tahun. Bagaimanapun, secara keseluruhan
menyatakan kurang berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Mereka juga mempunyai
persepsi yang sederhana positif terhadap sekolah dan persekitarannya. Mereka
mempunyai efikasi kendiri yang sederhana tinggi dari segi pengajaran, iklim sekolah
dan melibatkan komuniti. Bagaimanapun, guru menyatakan mereka daj
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Tahap burnout di kalangan
mereka masih lagi rendah. Beberapa cadangan telah dikemukakan yang boleh
digunakan oleh guru, murid, pengetua dan ibu bapa luar bandar dalam usaha
mempertingkatkan kualiti pendidikan luar bandar di Perak.
vii
Abstract
This study is conducted to identify the critical issues concerning schools in rural areas in
Perak. The issues include rural schools' profiles, students' and teachers' self-efficacy,
students' perceptions on teachers, peers and school environment, students' attitude
towards co-curriculum, students' learning styles, students' career choices, learning
interest, teachers' perceptions on school, colleagues, parents, principals, surrounding
society and pupils, teachers' teaching style, teachers' satisfaction and burnout level as
well as problems faced by the schools' management. This is a descriptive study involving
1,692 pupils and 422 teachers from schools in Perak's rural areas. Cluster sampling
technique was employed for sampling purposes. Schools were the clusters and all Form 5
students and 55% of the teachers were selected as research participants. Three surveys
were developed and administered for the teachers, students and parents. Schedules for
interviews with the principals involved were also developed. Data collected were than
analysed using SPSS. Findings show that many pupils in the rural areas of Perak wanted
to be teachers. They came from family of average five children and had the motivation to
further their studies. 70% of these pupils were from families whose income was less than
RM1000. 70% of their fathers had SPM qualification and only 5% of them possessed a
Bachelor's Degree or higher. It was also found that the pupils had a moderate interest for
learning. However their level of confidence in becoming successful was high. Their
learning styles were more of kinesthetic and audio. They received more information
about their career choices from external sources than from their own parents. Pupils' self-
efficacy in improving academic achievements, self-learning, self-regulatory, getting
social aids and fulfilling others' needs was high. However, their self-efficacy in utilizing
free time and co-curriculum was low. It was discovered that the pupils had a moderate
positive perceptions towards peers and school environment. The findings reveal that more
than 90% of the teachers possessed at least a Bachelor's Degree. On average,
taught for more than 12 years. Most of these teachers voiced out their discuss
about their jobs. They had a moderate positive perception towards their school
surroundings. The teachers' self-efficacy in teaching, school environment and cc
involvement was moderately high. They claimed that they managed to conduct
and learning well and their burnout level was low. Finally, some recommendation
highlighted for the teachers, pupils, principals and parents to improve education at
rural schools in Perak.
1
BAB 1
PENGENALAN
Latar Belakang
Pendidikan luar bandar selalu dikaitkan dengan kemunduran dan tidak mempamerkan
prestasi cemerlang seperti pendidikan bandar. Pelbagai sebab diberikan kenapa keadaan
sedemikian berlaku. Antaranya ialah keadaan infrastruktur yang tidak secanggih sekolah
di bandar, kekurangan kemudahan, sikap ibu bapa, murid dan masyarakat terhadap
pendidikan, dan suasana kehidupan di luar bandar. Jika hendak disenaraikan memang
terdapat banyak lagi sebab yang boleh diberikan kepada keadaan pendidikan luar bandar
seperti yang dinyatakan. Bagaimanapun, perhatian dan usaha yang diberikan oleh
kerajaan dalam memajukan sistem pendidikan negara tidak mengenepikan pembangunan
pendidikan luar bandar. Banyak sekolah baharu yang canggih dan dilengkapi kemudahan
terkini didirikan. Sesetengah sekolah luar bandar boleh dianggap setanding dengan
sekolah-sekolah di bandar.
Sekolah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan masyarakat. Secara
fungsional sekolah berperanan untuk memenuhi keperluan dalam masyarakat (Amir
Hasan Dawi, 2006). Masyarakat moden memerlukan sekolah untuk memainkan peranan
dalam menentukan keberlangsungannya. Bagi masyarakat luar bandar, sekolah dilihat
semakin penting sebagai agen transformasi masyarakat tradisi kepada masyarakat yang
lebih maju. Maka perlu bagi sekolah diperlengkapkan untuk memenuhi tuntutan komuniti
luar bandar. Persoalan yang timbul ialah sama ada sekolah di luar bandar pada hari ini
dapat memainkan peranan dengan berkesan.
Satu isu pokok yang selalu disentuh mengenai masyarakat luar bandar ialah
sosioekonomi yang lebih rendah berbanding masyarakat bandar. Jurang ekoomi
menimbulkan isu dualisme dalam pendidikan antara bandar dan luar bandar (Amir
Dawi, 2009). Prasarana luar bandar yang serba kekurangan dari segi kemudahan
pusat pembelajaran, tuisyen dan sebagainya perlu diseimbangkan oleh peranan semua.
Secara umum harapan penduduk luar bandar kepada sekolah dalam menentukan ke
anak-anak mereka adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tinggal di bandar.
Isu pencapaian murid-murid luar bandar mempunyai kaitan dengan kemu
yang mereka akses. Kemudahan merangkumi yang dibekalkan oleh pihak sekolah
kemudahan yang terdapat dalam keluarga masing-masing. Tahap pendidikan ibu
memberi sumbangan terhadap pencapaian anak-anak di sekolah. Ini kerana
pendidikan dikaitkan dengan modal budaya sesebuah keluarga (Bourdieu & Wacc
1992; Grenfell & James, 1996). Justeru kajian ini akan melihat bagaimana modal bi
sesebuah keluarga memberikan impak terhadap persepsi mereka terhadap sekolah.
Bernstein (1979) telah menunjukkan bagaimana aspek latar belakang keluarga
telah mempengaruhi pencapaian murid-murid sekolah. Berdasarkan teori ;
dikemukakannya, murid daripada kelas sosial rendah mempunyai had-had tertentu u
mencapai kejayaan berbanding mereka daripada kelas sosial yang lebih tinggi. Dari
bahasa umpamanya, murid kelas sosial rendah kurang mampu mengggunakan bahasa
standard yang digunakan di sekolah. Dalam konteks sekolah luar bandar di Malaysia
kemungkinan hubungan komuniti dengan sekolah mempunyai ciri-ciri tertentu yang
mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sekolah.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (Malaysia, 2006) telah ditekan
bagaimana peranan sekolah membangunkan modal insan. Maka adalah penting untuk
dilihat sejauhmana sekolah-sekolah telah bersedia memenuhi hasrat berkenaan. Sari
membimbangkan sekiranya hasrat mumi berkenaan tidak sampai ke golongan sasai
terutamanya komuniti di luar bandar. Oleh itu kajian ini akan melihat persepsi
masyarakat luar bandar terhadap sekolah di persekitaran mereka.
Secara keseluruhan, persepsi masyarakat luar bandar terhadap sekolah akan
dilihat daripada beberapa sudut. Antaranya ialah kemudahan asas yang mereka miliki
bagi membantu pembelajaran anak-anak. Aspek kesediaan mereka dalam ICT akan
diselidiki. Begitu juga persepsi mereka terhadap kemampuan sekolah dalam memenuhi
hasrat dan cita-cita anak-anak mereka. Diharapkan dapatan kajian ini kelak akan dapat
membantu memberikan gambaran terkini mengenai hubungan masyarakat dan sekolah di
kawasan luar Bandar.
Guru memain peranan penting dalam menentukan pencapaian murid di sekolah.
Guru yang mempunyai iltizam yang tinggi dan komited dengan tugas yang dijalankan
akan membawa kepada kejayaan murid dan sekolah. Bagaimanapun, guru sebagai
manusia biasa mempunyai kelemahan sendiri yang boleh menjejaskan prestasi mereka.
Salah satu aspek yang boleh menjejaskan prestasi gum ialah burnout. Burnout merupakan
masalah kritikal yang dihadapi oleh banyak pekeijaan yang bersandarkan guna tenaga
manusia (Burke & Greenglass, 1995; Malach-Pines, 2000; Matthews, 1990). Kesan dari
perubahan mendadak struktur organisasi, semakin ramai tenaga keija perlu menangani
isu burnout ini. Smylee (1999) mendapati, dalam era reformasi pendidikan yang
memerlukan akauntabiliti menerusi pengukuran prestasi keija dan standard penanda aras
(benchmark standard), guru-guru adalah golongan yang berisiko tinggi terdedah kepada
masalah burnout. Walaupun terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan burnout
dalam kalangan pekeija dalam sesebuah organisasi, pemangkin utama burnout adalah
kerana stress berterusan dalam jangkamasa panjang yang menyebabkan beberapa akibat,
khususnya tekanan ke atas kelesuan emosi (emotional exhaustion). Yoon dan Gilchrist
(2003) menyatakan bahawa kekurangan sokongan dari pihak pentadbiran boleh dikaitkan
dengan kejadian stress serta komitmen yang rendah menyebabkan burnout dalam
kalangan guru. Antara kesan burnout termasuklah kadar berhenti keija yang tinggi dan
prestasi kerja serta kepuasan keija yang merudum (Burke & Greenlass, 1998; Wiest
& Sagie 1999).
Walaupun stres dan burnout mungkin menular dalam profesion yang melibat
rutin keija yang seragam, tekanan masa yang tidak realistik, isu ini dalam kalangan guru
perlu diambil perhatian serius memandangkan kesan buruk akibat burnout dan stress
ke atas produk utama yang guru-guru hasilkan iaitu murid yang bakal mewarisi generasi
masa depan. Di samping kesan negatif ke atas kesihatan, persekitaran bilik darjah
kemerosotan kepuasan keija, berhenti keija boleh mengakibatkan masaalah kekurang
guru. Ponteng keija atau gagal hadir ke tempat keija dalam kalangan guru akibat stress
dan kurang sihat boleh merugikan negara jutaan ringgit dari segi kos perkhidmatan. Atas
sebab-sebab di atas maka adalah wajar jika masalah burnout ini mendapat perhatian
daripada semua pihak khususnya penyelidik. Kajian ini cuba meninjau sejauh mana guru
luar bandar berhadapan dengan stress dan burnout, Jika dapatan menunjukkan keadaan
meruncingkan, maka langkah perlu diambil untuk memastikan pendidikan luar band
dapat dimajukan dengan usaha kuat guru yang beriltizam untuk melihat murid berjaya.
dalam pelajaran.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah diperkenalkan pada Januari
2007 dengan menggariskan lima teras utama. Salah satu teras berkenaan iaitu Teras
Empat memberi perhatian khusus kepada usaha merapatkan jurang pendidikan.
Walaupun banyak kejayaan telah dicapai dalam pendidikan, dengan cabaran dan
keperluan baharu, jurang pendidikan masih wujud antara lokasi, tahap sosioekonomi dan
tahap keupayaan murid. Jurang pencapaian akademik yang begitu ketara di antara murid.
luar bandar dengan bandar menjadi cabaran yang besar kepada mereka yang terlibat
dalam profesion perguruan.
Perubahan yang begitu pantas dalam perkembangan pendidikan menjadikan
sistem keija guru menjadi lebih kompleks dan mencabar. Senario sekolah di luar bandar
yang ba kekurangan termasuk kekurangan bilik daijah, kekurangan peralatan,
5
kekurangan kemudahan bilik kerjaya, ketiadaan bekalan elektrik dan berbagai-bagai
kekurangan menjanjikan satu persekitaran yang cukup mencabar kewibawaan guru untuk
berkhidmat dengan cemerlang. Hal ini ditambah pula oleh keadaan persekitaran sosial
yang tidak memberansangkan yang disumbangkan daripada latar belakang sosio ekonomi
masyarakat setempat.
Sehubungan itu, kawasan luar Bandar memerlukan guru yang dapat menyerap
faktor-faktor negatif yang mana akan membolehkan mereka melaksanakan visi
merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar. Satu kajian untuk melihat
tahap kepuasan keija guru, persepsi mereka terhadap iklim sekolah dan persekitarannya,
efikasi kendiri mereka serta gaya pengajaran guru luar bandar adalah perlu untuk melihat
isu-isu yang menyumbang kepada jurang pendidikan yang wujud. Dapatan kajian ini
diharapkan dapat dijadikan panduan untuk melakukan penambahbaikan terhadap iklim
pekeijaan perguruan di luar bandar dan secara tidak langsung usaha meningkatkan
martabat profesion perguruan turut terlaksana.
Kini, walaupun kemajuan pendidikan di Malaysia semakin berkembang pesat,
namun pendidikan di kawasan luar bandar masih kurang memuaskan. Kemunduran
pendidikan luar bandar telah menjejaskan dan melambatkan peningkatan taraf sosio-
ekonomi yang dapat membantu mengurangkan masalah pembaziran. Malah, Watson
(1982) mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia dipengaruhi oleh budaya
British terutamanya dalam aspek pentadbiran, struktur dan kurikulum serta peperiksaan.
Keadaan ini menyebabkan wujudnya pengagihan etnik, pengagihan kelas dan berlakunya
ketidaksamaan dalam sesebuah wilayah dan negeri.
Perbezaan kaum dan kelas telah mewujudkan jurang khasnya dalam kalangan
bangsa Melayu sendiri (Abdul Rahim, 2002). Hal ini telah memberi gambaran bahawa
kewujudan ketidaksamaan daripada pelbagai aspek telah berlaku sejak waktu dahulu lagi
dan masih berterusan hingga ke hari ini. Apa yang dibimbangkan adalah golongan
terlibat merupakan golongan yang terdiri daripada masyarakat Melayu yang umumnya
tinggal di kawasan luar bandar. Sekiranya usaha ini tidak ditangani, kemungkinan
membantutkan usaha kerajaan dalam mengurangkan jurang perbezaan sosioal
antara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar. Kegagalan usaha ini akan
melambatkan pencapaian wawasan 2020 yang meletakkan pendidikan sebagai cabaran
utama menjadi sebuah negara maju.
Selaras dengan perkembangan ekonomi yang maju, Malaysia memerlukan
ramai tenaga manusia yang cergas dan mempunyai latar belakang pendidikan
cemerlang dan tinggi. Perkembangan pendidikan sekarang menunjukkan baga
tahap kelulusan akademik untuk semua pekeijaan menjadi semakin tinggi dan
memerlukan persaingan daripada semua pelajar (Wan Mohd Nor, 2005). Pengurusan
pencapaian akademik pelajar berkait rapat dengan beberapa faktor, iaitu penga
pengetua, komitmen dan dedikasi guru, taraf sosio-ekonomi ibu bapa dan penglibtan
mereka dalam meningkatkan prestasi anak-anak, Persatuan Ibu bapa dan Guru, motivasi,
aspirasi dan daya saing dalam kalangan murid dan kemudahan sekolah yang lengkap.
Menurut Crosby (1996), pengurusan sekolah mempunyai tanggungjawab utama
menentukan kejayaan organisasi. Pengurusan sekolah yang berkesan dan berkualiti
membangunkan kecemerlangan ilmu dan akal budi murid. Oleh sebab itu,
memastikan sesuatu organisasi bexjaya dan mencapai kecemerlangan, pengurusan
mestilah boleh dipercayai dan berintegrasi untuk melaksanakan kerja-kerja
sepatutnya. Di samping itu, pengaruh persekitaran sekolah dan kediaman juga di
pasti sebagai faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar.
Oleh itu, dasar pembangunan negara telah dibentuk untuk menjadikan penduduk
luar bandar sebagai kumpulan sasaran program-program pembangunan supaya kadar
kemiskinan dan ketidaksamaan dapat dikurangkan sepenuhnya. Program pembangunan
luar bandar adalah satu proses untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
melalui pembaikan dalam seluruh aspek pembangunan manusia. Ini termasuklah
penyediaan keperluan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, perumahan
kesihatan serta keperluan psikososial yang lain seperti pendidikan, pekerjaan, kerohanian
dan keselamatan.
Penekanan dalam aspek pendidikan sentiasa dititikberatkan memandangkan
pendidikan mampu mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat, terutamanya di kawasan
luar bandar. Pelbagai pendekatan yang meliputi seawal peringkat prasekolah sehingga ke
peringkat tertinggi pendidikan yang bertindak sebagai asas bagi mempercepatkan proses
kemajuan dalam menyediakan akses dan mempertingkatkan kualiti pendidikan dalam
negara. Habana (1993) menegaskan bahawa dasar pendidikan nasional Malaysia iaitu
selain daripada matlamat universal untuk perkembangan individu dalam aspek
intelektual, budaya, sosial, ekonomi dan rohani, dasar ini juga bertujuan untuk
membentuk identiti dan perpaduan nasional dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Ini
dilakukan melalui pemupukan idea, nilai, aspirasi dan ketaatan yang dapat
menyumbangkan kepada pembangunan negara di kalangan rakyat Malaysia.
Pernyataan Masalah
Pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar diperkatakan mempunyai banyak kelemahan
dalam pelbagai aspek jika hendak dibandingkan dengan pendidikan di sekolah-sekolah
bandar. Murid sekolah luar bandar dilaporkan tidak mempunyai daya saing dan minat
terhadap pelajaran jika dibandingkan dengan murid sekolah bandar. Laporan ini mungkin
mempunyai kebenarannya jika diteliti keputusan peperiksaan umum yang diambil oleh
murid setiap tahun seperti peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Murid sekolah bandar
didapati lebih ramai mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan
tersebut berbanding murid sekolah luar bandar. Kenapa ini berlaku? Adakah murid
sekolah luar bandar tidak berminat dalam pembelajaran mereka? Adakah stail
pembelajaran mereka tidak sesuai? Adakah guru tidak berminat mengajar murid sekolah
luar bandar? Adakah guru sekolah bandar tidak komited dan burnout dan kepuasan keija
mereka rendah sehingga menjejaskan pencapaian akademik murid sekolah luar bandar?
Apakah tindakan diambil ibu bapa untuk mempertingkat pencapaian anak-anak mereka.
Adakah masyarakat menyokong usaha sekolah melahirkan generasi akan datang yang
cemerlang? Bagaimana dengan pengurusan sekolah? Apakah usaha-usaha yang telah
dibuat mereka dalam menentukan kejayaan murid dan sekolah? Semua soalan
beberapa soalan lain yang berkaitan dengan murid, guru, pengetua, ibu bapa
masyarakat luar bandar dapat dicari jav/apannya melalui kajian yang dijalankan.
Objektif
Objektif kajian ini ialah untuk meninjau isu dan cabaran masa kini pendidikan
bandar. Secara khususnya objektif kajian ini ialah untuk:
1. meninjau profil sekolah luar bandar,
2. meninjau efikasi kendiri guru dan murid luar bandar,
3. meninjau persepsi murid terhadap guru, rakan sebaya dan iklim sekolah,
4. meninjau sikap murid terhadap kokurikulum,
5. mengenal pasti stail pembelajaran murid luar bandar,
6. mengenal pasti pilihan keijaya murid luar bandar,
7. meninjau minat belajar dalam kalangan murid luar bandar,
8. meninjau persepsi guru terhadap sekolah, rakan sekeija, ibu bapa, peng
masyarakat setempat dan murid,
9. meninjau pengajaran guru luar bandar,
10. meninjau kepuasan keija guru luar bandar,
11. meninjau tahap burnout guru luar bandar,
12. meninjau masalah pengurusan sekolah yang dihadapi pengetua.
Kepentingan Kajian
Kajian ini memberi maklumat tentang keadaan pendidikan luar bandar yang boleh
digunakan oleh perancang pendidikan untuk merancang program pendidikan luar bandar
yang lebih efektif. Begitu juga dengan UPSI boleh menggunakan maklumat yang
diperolehi untuk merancang strategi dalam melahirkan guru yang akan mengajar di
sekolah-sekolah luar bandar. Hasil penyelidikan adalah dalam bentuk laporan, kertas
keija, artikel jurnal dan monograf yang merupakan hasil penulisan akademik yang sangat
berguna kepada pensyarah terlibat dalam penyelidikan ini.
Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru, murid, pengetua dan ibu bapa murid sekolah-
sekolah luar bandar di negeri Perak. Dapatan kajian hanya dapat digeneralisasi kepada
populasi kajian tersebut di negeri Perak. Teknik persampelan kelompok digunakan untuk
memilih sampel secara rawak. Teknik persampelan ini mempunyai kelemahannya
tersendiri yang mungkin tidak mewakili populasi sebenar. Bagaimanapun, pemilihan
sampel telah dibuat mengikut prosedur dalam penggunaan teknik persampelan kelompok.
Definisi Istilah
1. Efikasi kendiri
Efikasi kendiri bermaksud kepercayaan dan keyakinan seseorang individu
terhadap kebolehan dan keupayaan dirinya dalam sesuatu perkara. Bahkan
efikasi kendiri adalah berkaitan dengan kepercayaan tentang kebolehan dan
keupayaan diri seseorang untuk membuat atau melakukan sesuatu benda. Ini
adalah lebih kepada kemampuan diri sendiri dalam melakukan sesuatu benda
atau perkara. Jelasnya efikasi kendiri mempengaruhi bagaimana seseorang
individu itu merasa, berfikir dan bertindak (Lim Khong Chiu, 2009).
2. Burnout
Menurut (Pines dan Aranson, 1988) burnout adalah hilang tenaga
perasaan tidak berdaya dan tidak menaruh harapan, keletihan emc
kewujudan konsep kendiri dan sikap yang negatif terhadap pek
kehidupan dan orang lain di sekelilingnya.
3. Kepuasan kerja
Robbin (2001) menyatakan kepuasan keija (jobs satisfaction) adalah merujuk
kepada sikap umum seseorang individu kepada keijanya. Kepuasan kerja juga
berkaitan dengan tujuan seseorang untuk merealisasikan dan
mengaktualisasikan potensi dirinya dalam pekeijaan. Bahkan kepuasan
juga lebih tertumpu kepada bagaimana seseorang itu menilai
mengekspresikan perasaan, emosi dan tindakan mereka dalam melaksanakan
keg a dan tanggungjawab dalam pekeijaan mereka seharian.
4. Persepsi
Menurut Philip Kothler (1994) persepsi merujuk kepada proses di mana
seseorang individu itu memilih, mengorganisasikan, menafsirkan maklumat
maklimat yang diperolehi untuk menciptakan suatu gambaran yang bermakna
tentang linkungan di sekitarnya. Bahkan Rahmat (1994) menyatakan persepsi
adalah pengalaman seseorang tentang peristiwa, objek-objek dan hubungan
1 1
kaitan peristiwa yang dialami dengan mengumpul data-data dan maklumat
yang diperolehi yang pada akhirnya melahirkan suatu pesanan atau harapan.
Dalam kajian ini persepsi yang diukur ialah persepsi guru terhadap sekolah,
rakan sekeija, ibu bapa murid, pengetua, masyarakat setempat dan murid.
Bagi murid, persepsi yang diukur ialah terhadap guru, rakan sebaya dan iklim
sekolah
Sikap
Sikap adalah berkaitan dengan bagaimana seseorang itu suka atau tidak suka
kepada sesuatu yang pada akhirnya akan menentukan perilaku seseorang itu.
Sikap juga adalah suatu bentuk perasaan iaitu perasaan memihak atau tidak
memihak kepada sesuatu pengalaman, peristiwa atau objek (Mar'at 1984).
Dalam kajian sikap yang diukur ialah sikap murid terhadap kegiatan
kokurikulum
Minat
Minat merujuk kepada keinginan, kesukaan atau keeenderungan seseorang
kepada sesuatu perkara atau objek. Minat secara jelasnya boleh didefinisikan
sebagai keeenderungan seseorang untuk memberi perhatian dan berasa
seronok dalam melakukan sesuatu (Hilgard ,1991).
Stail pembelajaran
Menurut Dunn (1980) gaya pembelajaran adalah cara seseorang pelajar
memproses serta mengekalkan maklumat baru dan gaya pembelajaran
bergantung kepada ciri-ciri biologi dan perkembangan sahsiah seseorang
individu yang akibatnya gaya pembelajaran menjadikan sesuatu pengajaran
boleh menjadi berkesan kepada seseorang pelajar dan tidak berkesan
pelajar yang lain. Stail pembelajaran juga merujuk kepada empat gaya
pembelajaran oleh pelajar iaitu visual, auditori, baca/tulis dan kinestatik
Pilihan kerjaya
Pilihan kerjaya merujuk kepada proses yang dilaksanakan oleh seseorang
individu dalam menentukan bidang keija yang sesuai berdasarkan :
bakat, kemahiran dan kelayakan akademik seseorang individu. Pros
bermula di awal persekolahan menengah sehingga tamat pendidikan
seseorang individu itu (Super, 1957).
13
BAB 2
METODOLOGI
Reka bentuk dan Persampelan
Kajian ini adalah kajian deskriptif yang menggunakan soal selidik untuk menggumpul
data. Fokus kajian ialah ke atas sekolah menengah kategori luar bandar di negeri Perak
mengikut senarai yang berikan EPRD. Di negeri Perak terdapat 115 buah sekolah
menengah luar bandar dengan murid seramai 95,985 orang dan guru seramai 7,868 orang.
Selain guru dan murid, pengetua dan ibu bapa atau penjaga murid juga akan dilibatkan
dalam kajian.
Memandangkan jumlah populasi murid dan guru yang ramai di negeri Perak,
maka sampel yang mewakili kedua-dua populasi kumpulan berkenaan akan digunakan.
Saiz sampel ditentukan dengan menggunakan Jadual Penentuan Saiz Sampel Morgan dan
Krejcie (1970). Mengikut jadual berkenaan, sampel yang diperlukan ialah 384 orang dan
bagi populasi 8,000 orang, sampel yang diperlukan ialah 367 orang.
Teknik persampelan kelompok digunakan untuk memilih sampel. Sekolah
dijadikan sebagai kelompok yang disampelkan dan semua murid Tingkatan 5 di sekolah
terpilih akan dijadikan sebagai sampel. Dengan memilih secara rawak 10% sekolah di
Perak sebanyak 12 buah di pilih sebagai sampel. Sekolah-sekolah yang terpilih adalah
seperti dalam Jadual 1.