Transcript
Page 1: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

1

LAMPIRAN I

JADUAL PINDAAN KEPADA

AKTA FRANCAIS 1998 [AKTA 590]

Bil.

Peruntukan

Yang Akan

Dipinda

Sebutan Sekarang Sebutan Yang Dicadangkan Komen Umum Komen Pemain

Industri/

Persatuan

1.

Seksyen 4

Tafsiran “orang” termasuklah orang sebenar, perbadanan, perkongsian, persatuan, firma, usahasama atau amanah; “francais” ertinya kontrak atau perjanjian, sama ada secara nyata atau tersirat, sama ada secara lisan atau bertulis, antara dua orang atau lebih yang dengannya—

(Tiada)

Tafsiran

“orang” termasuklah orang sebenar, perbadanan, perkongsian, persatuan, firma, koperasi, usahasama atau amanah; Bagi tujuan Akta ini, koperasi dimaksudkan mengikut pengertian Akta Koperasi 1993 [Akta 502] dan ia disifatkan sebagai pertubuhan perbadanan; “francais” ertinya kontrak atau perjanjian, sama ada secara nyata atau tersirat, sama ada secara lisan atau bertulis, antara dua orang atau lebih yang dengannya— “keluarga terdekat” ertinya anak-anak di bawah umur 21 tahun;

Page 2: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

2

Seksyen 4 “pemberi francais” ertinya orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang subfrancais, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini;

“pemegang francais” ertinya orang yang kepadanya francais diberikan dan termasuk, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini—

(a) pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemberi francais; dan

(b) pemegang subfrancais berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang francais induk;

“pemegang francais induk” ertinya seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri,

“pemberi francais atau francaisor” ertinya orang tempatan yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang subfrancais, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini; “pemegang francais atau francaisi” ertinya orang yang kepadanya francais diberikan dan termasuk, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini—

(a) pemegang francais induk atau francaisi induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemberi francais atau francaisor; dan (b) pemegang subfrancais atau subfrancaisi berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang francais induk atau francaisi induk;

“pemegang francais induk atau francaisi induk” ertinya seseorang yang diberi hak oleh francaisor untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais

Page 3: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

3

francais kepunyaan pemberi francais itu;

“perunding francais” ertinya seseorang yang memberi nasihat dan perkhidmatan perundingan kepada seseorang lain mengenai pendaftaran perniagaan francais dan pematuhan kepada undang-undang yang berhubung dengannya.

kepunyaan francaisor itu;

“perunding francais atau konsultan francais” ertinya seseorang yang memberi nasihat dan perkhidmatan perundingan kepada seseorang lain mengenai pendaftaran perniagaan francais dan pematuhan kepada undang-undang yang berhubung dengannya.

“serupa” ertinya serupa ke takat darjah yang material; “subfrancais” ertinya francais yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu francaisor oleh sesuatu francaisor lain (asal) untuk menjalankan sesuatu projek (perniagaan) “mensubfrancaiskan” ertinya menjalankan kerja secara subfrancais “francaisor asing” ertinya francaisor yang bukan warganegara Malaysia atau bukan francaisor tempatan dan hendaklah mematuhi Seksyen 54 sahaja dalam Akta ini “francaisor tempatan” ertinya francaisor warganegara Malaysia

Page 4: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

4

yang perlu mematuhi semua seksyen dalam akta ini; “pembaharuan” ertinya perjanjian dibaharukan untuk satu tempoh francais “pelanjutan” ertinya perjanjian dilanjutkan untuk jangkamasa tidak melebihi 6 bulan atau sebarang jangkamasa yang dipersetujui dalam perjanjian

2. Seksyen 6A Seksyen

Pendaftaran pemegang francais pemberi francais asing 6A. (1) Sebelum memulakan perniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon untuk mendaftarkan francais itu kepada Pendaftar dengan menggunakan borang permohonan yang ditetapkan dan permohonan itu hendaklah tertakluk kepada kelulusan Pendaftar.

(4) (Tiada) Pendaftaran pemegang francais

Pendaftaran francaisi kepada francaisor asing 6A. (1) Sebelum memulakan perniagaan francais, seseorang francaisi yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang francaisor asing hendaklah memohon untuk mendaftarkan francais itu kepada Pendaftar dan permohonan itu hendaklah tertakluk kepada kelulusan Pendaftar.

(4) Mana-mana orang yang gagal mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan Pendaftaran francaisi

Page 5: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

5

6B Seksyen 6C

6B. Pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada pemberi francais tempatan atau pemegang francais induk tempatan hendaklah mendaftarkan francais itu kepada Pendaftar dengan menggunakan borang pendaftaran yang ditetapkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh menandatangani perjanjian antara pemberi francais dan pemegang francais.” 6B. (2) (Tiada) Mempamerkan pendaftaran 6C. (Tiada)

6B.(1) Francaisi yang kepadanya francais diberikan daripada francaisor tempatan atau francaisi induk tempatan hendaklah mendaftarkan francais itu kepada Pendaftar dalam tempoh empat belas hari dari tarikh menandatangani perjanjian antara francaisor dan francaisi.” (2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan Mempamerkan pendaftaran 6C.(1) Francaisor, francaisi induk, francaisi, broker francais atau konsultan francais hendaklah pada setiap masa mempamerkan pendaftaran francaisnya di suatu tempat yang mudah lihat di premisnya yang dilesenkan.

(2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Page 6: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

6

3. Seksyen 7 Permohonan bagi pendaftaran

7. (1) Pemberi francais hendaklah membuat permohonan untuk mendaftarkan francaisnya dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan berserta dengan—

(a) dokumen penzahiran yang lengkap dengan kesemua butir yang perlu telah diisi;

(b) suatu sampel perjanjian francais itu;

(c) manual pengendalian francais itu;

(d) manual latihan francais itu;

(e) suatu salinan terbaru akaun teraudit, penyata kewangan, dan laporan, jika ada, juruaudit dan pengarah pemohon; dan

(f) apa-apa maklumat atau dokumen tambahan lain yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi maksud menentukan permohonan itu.

Permohonan bagi pendaftaran

7. (1) Pemberi francais hendaklah membuat permohonan untuk mendaftarkan francaisnya dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar berserta dengan—

(a) dokumen penzahiran yang lengkap dengan kesemua butir yang perlu telah diisi;

(b) suatu sampel perjanjian francais itu;

(c) manual pengendalian francais itu;

(d) manual latihan francais itu;

(e) suatu salinan terbaru akaun teraudit, penyata kewangan, dan laporan, jika ada, juruaudit dan pengarah pemohon; dan

(f) apa-apa maklumat atau dokumen tambahan lain yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi maksud menentukan permohonan itu.

Page 7: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

7

4 Seksyen 10 Tempoh berkuatkuasa

10. Pendaftaran hendaklah terus

berkuatkuasa melainkan jika

Pendaftar mengeluarkan suatu

perintah bertulis kepada pemberi

francais untuk menggantung,

menamatkan, melarang atau

membatalkan kelulusan pendaftaran

francais di bawah Akta ini.

Tempoh berkuatkuasa

10. (1) Pendaftaran di bawah

seksyen 6 hendaklah berkuatkuasa

untuk tempoh 5 tahun dari tarikh

pendaftaran, melainkan ditentukan

selainnya oleh Pendaftar.

(1A) Francaisor atau francaisi induk

hendaklah memohon untuk

memperbaharui pendaftaran dalam

tempoh 30 hari sebelum dari tarikh

tamat pendaftaran.

(1B)Francaisor atau francaisi induk

yang gagal mematuhi subseksyen

(1A) dianggap tidak lagi

menjalankan aktiviti francais namun

masih perlu melunaskan kewajiban

dan obligasi terhadap francaisi

yang ditetapkan di bawah akta ini.

5. Seksyen 14 Pendaftaran broker francais

14. (1) Broker francais atau perunding francais hendaklah mendaftarkan dirinya dengan Pendaftar mengikut cara yang berikut:

(a) dengan menggunakan borang permohonan yang ditetapkan;

Pendaftaran broker francais

14. (1) Broker francais atau konsultan francais hendaklah mendaftarkan dirinya dengan Pendaftar dengan memfailkan dengan Pendaftar apa-apa maklumat, yang hendaklah ditentukan oleh Pendaftar, berkenaan dengan mana-mana wakil atau ejen

Page 8: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

8

dan

(b) dengan memfailkan dengan Pendaftar apa-apa maklumat, yang hendaklah ditentukan oleh Pendaftar, berkenaan dengan mana-mana wakil atau ejen yang dilantik oleh broker francais atau perunding francais itu. (5A) Broker francais atau perunding francais hendaklah memohon untuk memperbaharui pendaftaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat pendaftaran (5B) Mana mana broker francais atau perunding francais yang gagal mematuhi suseksyen 5A melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit

yang dilantik oleh broker francais atau konsultan francais itu.

(5A) Broker francais atau konsultan francais hendaklah memohon untuk memperbaharui pendaftaran dalam tempoh 30 hari sebelum dari tarikh tamat pendaftaran

5B) Mana mana broker francais atau konsultan francais yang gagal mematuhi suseksyen 5A namun masih berperanan sebagai broker francais atau konsultan francais selepas tamat tempoh pendaftaran adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit

6. Seksyen 16 Laporan tahunan

16. (1) Pemberi francais hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari

Laporan tahunan

16. (1) Francaisor hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari penghujung

Page 9: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

9

penghujung setiap tahun kewangan perniagaan francais, mengemukakan laporan kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan.

setiap tahun kewangan perniagaan francais, mengemukakan laporan kepada Pendaftar.

7. Seksyen 18 Kehendak perjanjian francais

18. (1) Perjanjian francais hendaklah dalam bentuk bertulis.

(2) Perjanjian francais hendaklah mengandungi tetapi tidak terhad kepada—

(a) nama dan perihal keluaran dan perniagaan di bawah francais;

(b) hak wilayah yang diberikan kepada pemegang francais;

(c) fi francais, fi promosi, royalti atau apa-apa jenis bayaran yang berkaitan yang boleh dikenakan atas pemegang francais, jika ada;

(d) kewajipan pemberi francais;

(e) kewajipan pemegang francais;

(f) hak pemegang francais untuk menggunakan cap atau apa-apa harta intelektual lain, sementara menanti pendaftaran atau selepas pendaftaran francais;

Kehendak perjanjian francais

18. (1) Perjanjian francais hendaklah dalam bentuk bertulis.

(2) Perjanjian francais hendaklah mengandungi tetapi tidak terhad kepada—

(a) nama dan perihal keluaran dan perniagaan di bawah francais;

(b) hak wilayah yang diberikan kepada francaisi;

(c) fi francais, fi promosi, royalti atau apa-apa jenis bayaran yang berkaitan yang boleh dikenakan atas francaisor, jika ada;

(d) kewajipan francaisor;

(e) kewajipan francaisi;

(f) hak francaisi untuk menggunakan cap atau apa-apa harta intelektual lain, sementara menanti pendaftaran atau selepas pendaftaran francais;

(g) syarat-syarat yang di bawahnya

Page 10: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

10

(g) syarat-syarat yang di bawahnya pemegang francais boleh menyerahhakkan hak di bawah francais;

(h) pernyataan tentang tempoh bertenang sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4);

(i) perihal mengenai cap atau apa-apa harta intelektual lain yang dipunyai oleh atau yang berkaitan dengan pemberi francais yang digunakan dalam francais;

(j) jika perjanjian itu adalah berkaitan dengan pemegangfrancais induk, identiti pemberi francais dan hak yang diperoleh oleh pemegang francais induk daripada pemberi francais;

(k) jenis dan butir-butir bantuan yang diberikan oleh pemberi francais; (l) tempoh francais dan terma-terma pembaharuan; dan

(m) kesan penamatan atau habis tempoh perjanjian francais.

(3) Kegagalan mematuhi subseksyen (2) menjadikan perjanjian francais batal dan tidak sah.

(4) Perjanjian francais hendaklah

francaisi boleh menyerahhakkan hak di bawah francais;

(h) pernyataan tentang tempoh bertenang sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4);

(i) perihal mengenai cap atau apa-apa harta intelektual lain yang dipunyai oleh atau yang berkaitan dengan francaisor yang digunakan dalam francais;

(j) jika perjanjian itu adalah berkaitan dengan francaisi induk, identiti francaisor dan hak yang diperoleh oleh francaisi induk daripada francaisor;

(k) jenis dan butir-butir bantuan yang diberikan oleh francaisor; (l) tempoh francais dan terma-terma pembaharuan; dan

n) tempoh francais , tempoh pelanjutan dan terma-terma pelanjutan atau pembaharuan

(m) kesan penamatan atau habis tempoh perjanjian francais.

o) mediasi jika berlaku sebarang pertikaian

Page 11: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

11

mempunyai tempoh bertenang, yang hendaklah ditentukan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak tetapi tidak boleh kurang daripada tujuh hari bekerja, dan dalam tempoh itu pemegang francais mempunyai pilihan untuk menamatkan perjanjian itu.

(5) Apabila tamat perjanjian francais di bawah subseksyen (4), suatu amaun untuk menampung perbelanjaan munasabah yang dilakukan oleh pemberi francais untuk menyediakan perjanjian boleh disimpan oleh pemberi francais daripada fi permulaan yang dibayar di bawah seksyen 19; walau bagaimanapun, semua wang lain hendaklah dipulangkan kepada penerima francais.

(6) Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (5) adalah melakukan suatu kesalahan.

p) penjamin dengan liabiliti

q) resolusi pertikaian tuntutan hanya di dalam Malaysia

(3) (Dipotong)

(4) Perjanjian francais hendaklah mempunyai tempoh bertenang, yang hendaklah ditentukan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak tetapi tidak boleh kurang daripada tujuh hari bekerja, dan dalam tempoh itu francaisi mempunyai pilihan untuk menamatkan perjanjian itu.

(5) Apabila tamat perjanjian francais di bawah subseksyen (4), suatu amaun untuk menampung perbelanjaan munasabah yang dilakukan oleh francaisor untuk menyediakan perjanjian boleh disimpan oleh francaisor daripada fi permulaan yang dibayar di bawah seksyen 19; walau bagaimanapun, semua wang lain hendaklah dipulangkan kepada francaisi.

(6) Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Page 12: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

12

8 Seksyen 22 Kumpulan Wang Promosi 22. (1) Pemberi francais yang menghendaki seseorang pemegang francais membuat apa-apa bayaran bagi maksud promosi sesuatu francais hendaklah menubuhkan Kumpulan Wang Promosi (“Kumpulan Wang”). (2) Kumpulan Wang itu hendaklah diuruskan di bawah akaun yang berasingan dan hendaklah digunakan hanya bagi promosi keluaran di bawah francais itu. (3) Jika pemegang francais dikehendaki membuat apa-apa bayaran di bawah seksyen 23, pemberi francais hendaklah mengemukakan penyata kewangan mengenai Kumpulan Wang, yang telah diendors oleh akauntan awam berdaftar, kepada Pendaftar dalam tempoh tiga puluh hari selepas tamat penggal kewangan terakhir. (4) Penyata kewangan dalam subseksyen (3) hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar berserta dengan laporan tahunan di bawah seksyen 16. (5) Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan sesuatu kesalahan.

Kumpulan Wang Promosi 22. (1) Pemberi francais yang menghendaki seseorang pemegang francais membuat apa-apa bayaran bagi maksud promosi sesuatu francais hendaklah menubuhkan Kumpulan Wang Promosi (“Kumpulan Wang”). (2) Kumpulan Wang itu hendaklah diuruskan di bawah akaun bank yang berasingan dan hendaklah digunakan hanya bagi promosi keluaran di bawah francais itu. (3) Jika pemegang francais dikehendaki membuat apa-apa bayaran di bawah seksyen 23, pemberi francais hendaklah mengemukakan penyata kewangan mengenai Kumpulan Wang, yang telah diendors oleh akauntan awam berdaftar, kepada Pendaftar dalam tempoh enam bulan selepas tamat penggal kewangan terakhir. (4) Penyata kewangan dalam subseksyen (3) hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar berserta dengan laporan tahunan di bawah seksyen 16. (5) Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan sesuatu kesalahan.

Page 13: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

13

9. Seksyen 24 Pendaftaran cap dagangan atau cap perkhidmatan 24. Pemberi francais adalah dikehendaki mendaftarkan cap dagangannya atau cap perkhidmatannya yang berkaitan dengan francaisnya mengikut Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175] (jika boleh didaftarkan di bawah Akta itu) sebelum memohon pendaftaran francaisnya di bawah seksyen 7.

Pendaftaran cap dagangan 24. Francaisor adalah dikehendaki mendaftarkan cap dagangannya yang berkaitan dengan francaisnya mengikut Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175] (jika boleh didaftarkan di bawah Akta itu) sebelum memohon pendaftaran francaisnya di bawah seksyen 7.

10. Seksyen 26 Maklumat rahsia

26. (1) Pemegang francais hendaklah memberikan jaminan bertulis kepada pemberi francais bahawa pemegang francais, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya tidak akan menzahirkan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat yang terkandung dalam manual pengendalian atau yang diperoleh semasa menjalani latihan yang dianjurkan oleh pemberi francais semasa tempoh perjanjian francais itu dan selama dua tahun selepas perjanjian francais itu habis tempoh atau ditamatkan lebih awal.

(2) Pemegang francais, termasuk

(Dipotong)

Page 14: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

14

pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya hendaklah mematuhi terma jaminan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (1).

(3) Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan.

11. Seksyen 27 Larangan terhadap perniagaan serupa

27. (1) Pemegang francais hendaklah memberikan jaminan bertulis kepada pemberi francais bahawa pemegang francais, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat terdekat pengarah itu dan pekerjanya tidak akan menjalankan apa-apa perniagaan lain yang serupa dengan perniagaan yang difrancaiskan yang dikendalikan oleh pemegang francais semasa tempoh perjanjian francais itu dan selama 2 tahun selepas perjanjian francais itu habis tempoh atau ditamatkan lebih awal.

(2) Pemegang francais, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya hendaklah mematuhi terma jaminan bertulis yang diberikan

(Dipotong).

Page 15: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

15

di bawah subseksyen (1).

(3) Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan.

12. Seksyen 28 Penepian tidak sah

28. (1) Apa-apa syarat, ketetapan atau peruntukan dalam perjanjian francais yang berupa mengikat pemegang francais supaya menepikan pematuhan mana-mana peruntukan dalam Akta ini adalah tidak sah.

Penepian tidak sah

28. (1) Apa-apa syarat, ketetapan atau peruntukan dalam perjanjian francais yang berupa mengikat francaisi supaya mengetepikan pematuhan mana-mana peruntukan dalam Akta ini adalah tidak sah.

13. Seksyen 30 Kewajipan pemberi francais atau pemegang francais (5) (Tiada)

Kewajipan pemberi francais atau pemegang francais (5) Francaisor tidak boleh mengenakan bayaran yang tidak dinyatakan dalam perjanjian francais

14. Seksyen 32 Tidak membaharui perjanjian francais 32. Pemberi francais melakukan suatu kesalahan jika dia enggan membaharui perjanjian francais atau melanjutkan tempoh francais tanpa

Tidak membaharui perjanjian francais atau penamatan awal perjanjian francais 32. Francaisor melakukan suatu kesalahan jika dia menamatkan perjanjian francais dengan sebab yang baik sebelum habis tempoh,

Page 16: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

16

membayar pampasan kepada pemegang francais sama ada dengan cara membeli semula atau cara lain pada harga yang dipersetujui antara pemberi francais dengan pemegang francais setelah mengambil kira pengurangan nilai perniagaan yang difrancaiskan itu disebabkan oleh habis tempoh francais itu jika— (a) pemegang francais dihalang oleh perjanjian francais, atau dengan keengganan pemberi francais sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh habis tempoh perjanjian francais untuk menepikan mana-mana bahagian perjanjian francais yang melarang pemegang francais, daripada terus menjalankan secara matannya perniagaan yang sama di bawah cap yang lain dalam kawasan yang sama selepas habis tempoh perjanjian francais itu; atau (b) pemegang francais itu tidak diberi notis bertulis tentang niat pemberi

enggan membaharui perjanjian francais, atau enggan melanjutkan tempoh francais tanpa membayar pampasan kepada francaisi induk atau francaisi, sama ada dengan cara membeli semula atau cara lain pada harga yang dipersetujui antara francaisor dengan francaisi induk atau francaisi setelah mengambil kira pengurangan nilai perniagaan yang difrancaiskan itu disebabkan oleh habis tempoh atau ditamatkan francais itu jika— (a) francaisi induk atau francaisi dihalang oleh perjanjian francais, atau dengan keengganan francaisor sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh habis tempoh perjanjian francais untuk mengetepikan mana-mana bahagian perjanjian francais yang melarang francaisi induk atau francaisi, daripada terus menjalankan secara matannya perniagaan yang serupa di bawah cap yang lain dalam kawasan yang sama selepas habis tempoh perjanjian francais itu; atau (b) francaisi induk atau francaisi itu tidak diberi notis bertulis tentang niat

Page 17: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

17

francais untuk tidak membaharui perjanjian francais sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh habis tempoh perjanjian francais itu.

francaisor untuk tidak membaharui perjanjian francais atau untuk ditamatkan perjanjian francais sekurang-kurangnya satu tahun sebelum tarikh habis tempoh atau tarikh penamatan perjanjian francais itu.

15 Seksyen 34 Pelanjutan tempoh francais 34. (1) Pemegang francais boleh, mengikut pilihannya, memohon untuk melanjutkan tempoh francais dengan memberi notis bertulis kepada pemberi francais tidak kurang daripada enam bulan sebelum tamatnya tempoh francais itu. (2) Kecuali apabila pemegang francais telah memungkiri terma-terma perjanjian francais yang sebelumnya, pemberi francais hendaklah melanjutkan tempoh francais itu kepada suatu tempoh lain jika pemegang francais telah memohon pelanjutan tempoh itu mengikut subseksyen (1). (3) Perjanjian francais yang tempoh francaisnya dilanjutkan hendaklah mengandungi syarat-syarat yang serupa atau tidak kurang menguntungkan daripada syarat-syarat dalam perjanjian francais yang sebelumnya.

Pelanjutan tempoh francais 34. (1) Pemegang francais boleh, mengikut pilihannya, memohon untuk melanjutkan tempoh francais dengan memberi notis bertulis kepada pemberi francais tidak kurang daripada enam bulan sebelum tamatnya tempoh francais itu. (2) Kecuali apabila pemegang francais telah memungkiri terma-terma perjanjian francais yang sebelumnya, pemberi francais hendaklah melanjutkan tempoh francais itu kepada suatu tempoh lain jika pemegang francais telah memohon pelanjutan tempoh itu mengikut subseksyen (1). (3) Perjanjian francais yang tempoh francaisnya dilanjutkan hendaklah mengandungi syarat-syarat yang sama dengan syarat-syarat dalam perjanjian francais yang sebelumnya. (4) Perjanjian francais yang tempoh francaisnya dibaharukan hendaklah

Page 18: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

18

mengandungi syarat-syarat yang serupa atau tidak kurang menguntungkan daripada syarat-syarat dalam perjanjian francais yang sebelumnya dengan kelulusan Pendaftar enam bulan sebelum ia berakhir. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemegang francais boleh memilih untuk melanjutkan perjanjian francais untuk lima tahun lagi.

16. Seksyen 37 Kesalahan bagi fraud, perdayaan, dsb. 37. (1) Seseorang yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung—

(a) menggunakan apa-apa muslihat atau rancangan untuk menipu;

(b) membuat apa-apa pernyataan tidak benar tentang fakta material atau tidak menyatakan fakta material yang menyebabkan pernyataannya itu

Kesalahan bagi fraud, perdayaan, dsb. 37. (1) Seseorang yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung—

(a) menggunakan apa-apa muslihat atau rancangan untuk menipu berhubungan dengan tawaran untuk menjual atau penjualan francais;

(b) membuat apa-apa pernyataan tidak benar tentang fakta material atau tidak menyatakan fakta material berhubungan dengan tawaran untuk menjual atau penjualan

Page 19: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

19

mengelirukan;

(c) terlibat dalam apa-apa perbuatan, amalan atau penjalanan perniagaan, yang bertindak atau akan bertindak sebagai fraud atau perdayaan atas mana-mana orang, berhubungan dengan tawaran untuk menjual atau penjualan francais, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan---

(a) jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau

francais yang menyebabkan pernyataannya itu mengelirukan;

(c) terlibat dalam apa-apa perbuatan, amalan atau penjalanan perniagaan berhubungan dengan tawaran untuk menjual atau penjualan francais, yang bertindak atau akan bertindak sebagai fraud atau perdayaan atas mana-mana orang, berhubungan dengan tawaran untuk menjual atau penjualan francais,

adalah melakukan suatu kesalahan.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan---

(a) jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang

Page 20: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

20

(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;

(2) Subseksyen (1) hendaklah juga terpakai kepada broker francais atau perunding francais.

(3) (Tiada)

kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau

(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;

(3) Subseksyen (1) dan (2) hendaklah juga terpakai kepada broker francais atau konsultan francais.

17 Seksyen 42 Pegawai diberi kuasa

42. (2) Pada menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini,

Pegawai diberi kuasa

42. (2) Pada menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini,

Page 21: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

21

seorang pegawai diberi kuasa hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kad kuasa yang ditandatangani Menteri dan yang dikeluarkan kepadanya.

seorang pegawai diberi kuasa hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kad kuasa yang ditandatangani Pendaftar dan yang dikeluarkan kepadanya.

18.

Seksyen 43 Kuasa untuk menyiasat

43. (1) Pegawai diberi kuasa boleh menyiasat aktiviti-aktiviti pemberi francais, broker francais atau pemegang francais bagi maksud menentukan sama ada dia mematuhi Akta ini.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh mengeluarkan perintah kepada pemberi francais, broker francais atau pemegang francais untuk membantu melaksanakan penyiasatannya dan memastikan pematuhan kepada Akta ini.

(3) Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2), dalam apa apa hal berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan

Kuasa untuk menyiasat

43. (1) Pegawai diberi kuasa boleh menyiasat perlakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh mengeluarkan perintah kepada mana-mana orang disyaki untuk membantu melaksanakan penyiasatannya dan memastikan pematuhan kepada Akta ini.

(3) Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2), dalam apa apa hal berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan

Page 22: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

22

di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes-kes boleh tangkap yang diberikan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 594]

di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes-kes boleh tangkap yang diberikan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]

19. Seksyen 44A

44A. (Tiada)

.

Waran boleh diterima walaupun cacat

44A. Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer , barangan atau benda yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.

20. Seksyen 48A

48A. (Tiada)

48A. Pelucuthakan barang, dsb. 1) Semua barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.

Page 23: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

23

(2) Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh Mahkamah yang dihadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barangan itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barangan itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana barangan yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan Akta ini, barangan itu hendaklah dikira dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan mengenainya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.

Page 24: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

24

(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan itu dan bahawa barangan itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada Penolong Pendaftar bahawa dia menuntut barangan itu.

(5) Apabila diterima notis itu Penolong Pendaftar hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pendaftar yang boleh mengarahkan supaya barangan itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau boleh mengarahkan Penolong Pendaftar supaya merujukkan perkara itu kepada Mahkamah untuk keputusan.

(6) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang mengkehendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya barangan itu dan di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Mahkamah handaklah meneruskan

Page 25: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

25

pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barangan itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya barangan itu dilucuthakkan atau boleh, jika tidak dibuktikan sedemikan, memerintahkan supaya barangan itu dilepaskan.

(7) Semua benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Penolong Pendaftar dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pendaftar.

(8) Jika apa-apa barangan yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini adalah daripada jenis mudah musnah atau jika jagaan barangan itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, barangan itu boleh dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu boleh dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan

Page 26: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

26

atau tuntutan di bawah seksyen ini.

21. Seksyen 48B

48B. (Tiada) Pelepasan benda yang disita

48B. (1) Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer , barangan atau benda yang disita di bawah Akta ini, Penolong Pendaftar yang melakukan penyitaan itu boleh melepaskan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer , barangan atau benda itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika dia berpuas hati bahawa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer , barangan atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian Penolong Pendaftar yang melakukan penyitaan itu, Kerajaan Persekutuan, Pendaftar atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Pendaftar tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, rekod, akaun, dokumen, data

Page 27: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

27

berkomputer, barangan atau benda itu dibuat dengan suci hati.

(2) Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh Penolong Pendaftar yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu.

22.. Seksyen 48C

48C. (Tiada) Penyitaan barangan mudah musnah

48C. Jika apa-apa barangan yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini merupakan barangan mudah musnah sifatnya atau jika jagaan barangan itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, barangan itu boleh dijual oleh Penolong Pendaftar pada bila-bila masa dan hasil jualan itu boleh dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

23. Seksyen 48D

48D. (Tiada) Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik.

Page 28: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

28

48D. Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer , barangan atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

24. Seksyen 54 Penjualan francais oleh orang asing di Malaysia 54(3). Permohonan yang diluluskan di bawah seksyen ini boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan kepada Pendaftar.

Penjualan francais oleh orang asing di Malaysia 54(3) Permohonan yang diluluskan di bawah seksyen ini tidak perlu didaftarkan di bawah Seksyen 6 dan boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat dan fi yang boleh dikenakan kepada Pendaftar.

25. Seksyen 55 55. (Tiada) Ganjaran bagi maklumat

55. Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu mengikut

Page 29: JADUAL PINDAAN KEPADA - kpdnhep.gov.my fileperniagaan francais, seseorang pemegang francais yang kepadanya francais diberikan daripada seseorang pemberi francais asing hendaklah memohon

29

perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah tetapi dalam apa-apa hal tidak melebihi setengah daripada denda itu, kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.

26 Seksyen 60 Peraturan-peraturan

60. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) menetapkan borang, tatacara dan kehendak- kehendak lain bagi maksud Akta ini;

Peraturan-peraturan

60. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a) menetapkan tatacara dan kehendak-kehendak lain bagi maksud Akta ini;