JEMPUTAN KEAHLIAN KELAB GOLF
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (KGPA)
KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN
KANDUNGAN
1. Ucapan Setiausaha Kehormat KGPA
2. Syarat-syarat Menjadi Ahli Baru KGPA
3. Syarat-syarat dan Peraturan Skim Bayaran Ansuran KGPA
4. Skim Pembayaran
5. Green Fee Structure
6. Pakej Golf KGPA
7. Kemudahan Lain
8. Kaedah Permohonan
9. Affiliated Clubs
UCAPAN SETIAUSAHA KEHORMAT KGPA
Kepada Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Y. Brs. Dr. / Tuan / Puan,
Berlokasi di Bukit Kiara, Damansara, Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA) merupakan kelab golf eksklusif ditubuhkan khas untuk penjawat dan pesara awam Malaysia. Diwujudkan pada 1989, Kelab Golf Perkhidmatan Awam menawarkan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi seperti padang golf 27 lubang berserta driving range & pro shop, gelanggang tenis, kolam renang, gimnasium, restoran dan bilik karaoke.
Permohonan untuk menjadi ahli KGPA hanyalah terbuka kepada penjawat-penjawat awam yang bergred 27 ke atas. Jumlah pembayaran yang perlu dibuat adalah sebanyak RM6,687.75 iaitu termasuk pembayaran bagi yuran keahlian, yuran kemasukan, yuran pembangunan, deposit, yuran bulanan dan lain-lain. Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2007, kerajaan membiayai sebanyak RM4,000.00 kepada semua penjawat awam yang bergred 41 ke atas yang ingin menjadi ahli KGPA. Oleh itu, penjawat awam yang bergred 41 ke atas hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM2,687.75 sahaja malah pembayaran ini boleh dilakukan secara ansuran melalui skim bayaran ansuran yang ditawarkan oleh KGPA.
Memandangkan bilangan ahli KGPA di kalangan penjawat awam yang masih muda (umur bawah daripada 45 tahun) hanyalah 7% daripada jumlah keseluruhan, ahli penjawat awam yang berumur 45 hingga 56 tahun adalah sebanyak 37% dan selebihnya, iaitu sebanyak 57%, adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berpencen daripada perkhidmatan awam, maka saya merayu kepada semua penjawat awam yang masih muda di dalam perkhidmatan awam supaya mengambil kesempatan ini untuk menjadi ahli KGPA. KGPA amat memerlukan ahli-ahli dari golongan penjawat awam muda untuk meneruskan kesinambungan, kepimpinan dan pembangunannya di masa hadapan. Amatlah dikhuatiri sekiranya warisan perkhidmatan awam ini yang tidak ternilai harganya akan menjadi terbiar. Justeru itu, sekali lagi penjawat awam muda dipinta sama-sama menjadi ahli dan seterusnya menjaga keutuhan warisan perkhidmatan awam ini supaya ia berkekalan.
Dengan situasi ini dan juga kemudahan kewangan serta cara memohon keahlian yang boleh dibuat secara online, maka amatlah mudah untuk saudara/saudari memohon keahlian KGPA. Maklumat lanjut berkenaan KGPA boleh diperoleh dengan melayari laman rasmi Kelab Golf Perkhidmatan Awam di http://www.kgpagolf.com.
Sekian, terima kasih. Dato’ Dr. Ismail Bin AliasSetiausaha Kehormat Kelab Golf Perkhidmatan Awam [email protected]
SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI BARU KGPA
SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI BARU KGPA
1. Ahli Biasa Semua individu yang menjawat jawatan tetap (bergred 27 ke atas) dan
telah disahkan di dalam Perkhidmatan tersebut degan sebarang Perkhidmatan Awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun boleh memohon menjadi Ahli Biasa.
2. Ahli Bersara2.1 Semua Pegawai Kerajaan yang telah bersara wajib kerana mencapai
umur persaraan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun adalah layak untuk memohon menjadi Ahli Bersara
Mengikut undang-undang KGPA Bab 3 Fasal 7 & 8; kelayakan memohon mengikut kategori adalah seperti berikut:
SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI BARU KGPA
2.2 Semua Pegawai Kerajaan yang telah bersara secara pilihan daripada sebarang Perkhidmatan Awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan atau Badan-badan Berkanun adalah layak untuk memohon menjadi Ahli Bersara.
3. Ahli Keluarga Berbayar
Jawatankuasa Am boleh memberikan pertimbangan kepada permohonan dari Ahli yang tidak mempunyai sebarang yuran tertunggak untuk mendaftarkan suami atau isteri dan anak-anak ahli untuk diberikan status Ahli Keluarga. Selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Am, nama mereka akan dicatakan di dalam daftar keahlian
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN SKIM BAYARAN
ANSURAN KGPA
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN SKIM BAYARAN ANSURAN KGPA
1. Permohonan kemasukan sebagai Ahli Biasa Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA) adalah terbuka kepada semua individu yang menjawat jawatan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan dengan sebarang Perkhidmatan Awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun pada Gred 27 ke atas atau yang sama taraf dengannya.
2. Pembayaran ansuran boleh dibuat melalui cek / bank deraf (Banker’s Draft) / khidmat Autopay KGPA atau online banking.
3. Tempoh bayaran ansuran ini hanyalah untuk maksimum 12 bulan sahaja dengan bayaran minimum RM 280.75 sebulan & bayaran pertama sebanyak RM680.75 (Sila rujuk Jadual Skim Pembayaran ).
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN SKIM BAYARAN ANSURAN KGPA
4. Sepanjang tempoh ansuran, Ahli hanya akan diberi status “Provisional” dan kad keahlian sementara. Status “Aktif” akan diberikan sebaik sahaja bayaran ansuran terakhir diterima.
5. Sepanjang tempoh ansuran TIADA KEMUDAHAN KREDIT akan dibenarkan untuk Ahli dan atau keluarga Ahli, dan atau tetamu Ahli. (Contohnya, untuk apa-apa bayaran yang dikenakan seperti yuran buggy, bil-bil makanan dan minuman perlulah dibayar secara tunai).
6. Sepanjang tempoh ansuran, Ahli tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan golf anjuran KGPA sehingga jumlah yuran masuk keahlian telah dijelaskan sepenuhnya.
7. Sekiranya terdapat penangguhan atau kegagalan mematuhi tarikh jadual pembayaran ansuran, KGPA berhak menuntut baki ansuran yang masih belum dijelaskan. Jika ahli enggan menjelaskan baki ansuran maka ahli tersebut akan ditamatkan keahliannya secara automatik. Semua yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
8. Sekiranya ahli tersebut menamatkan keahliannya atau diberhentikan keahliannya oleh KGPA sebelum tamat tempoh ansuran, KGPA tidak akan memulangkan jumlah yang telah dibayar.
9. KGPA berhak mengubah, meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada Syarat & Peraturan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada Ahli.
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN SKIM BAYARAN ANSURAN KGPA
10. Dengan melengkapkan Borang Permohonan Skim Bayaran Ansuran KGPA, Ahli mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan olehnya adalah benar dan lengkap; dan dengan ini faham serta bersetuju dengan syarat & peraturan yang dinyatakan.
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN SKIM BAYARAN ANSURAN KGPA
SKIM PEMBAYARAN
SKIM PEMBAYARANTerdapat dua kaedah pembayaran yuran yang ditawarkan oleh KGPA iaitu :
1. Pembayaran Secara Terus
a) Pembayaran yang dilakukan secara terus berjumlah RM2687.75 melalui kad kredit atau cek.
b) Baki sebanyak RM4000.00 akan dituntut dari Kementerian/Jabatan pemohon berdasarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2007. Tuntutan tersebut boleh dilakukan oleh pemohon sendiri atau diserahkan kepada pihak Pentadbiran KGPA untuk melakukan tuntutan tersebut.
2. Pembayaran Secara Ansuran
a) Pembayaran dilakukan secara ansuran berpandukan Jadual Skim Pembayaran di muka surat seterusnya.
b) Tuntutan dari Kementerian/Jabatan pemohon hanya boleh dilakukan setelah bayaran sebanyak RM2687.75 dijelaskan.
JADUAL SKIM PEMBAYARANBil. Ansuran (Bulanan)
Yuran Masuk (RM)
Yuran Bulanan (RM)
Pertama 600.00 80.75
Ke-2 200.00 80.75
Ke-3 200.00 80.75
Ke-4 200.00 80.75
Ke-5 200.00 80.75
Ke-6 200.00 80.75
Ke-7 200.00 80.75
Ke-8 200.00 80.75
Ke-9 200.00 80.75
Ke-10 200.00 80.75
Ke-11 200.00 80.75
* Ke-12 4,087.75 80.75
JUMLAH 6,687.75
* Bayaran ansuran ke 12 hendaklah dijelaskan secepat mungkin selepas mendapat tuntutan balik yuran masuk
(kepada pegawai yang layak tertakluk kepada peraturan di jabatan masing-masing) daripada Perbendaharaan melalui
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2007 kuatkuasa mulai 1 Oktober 2007.
GREEN FEE STRUCTURE
GREEN FEE STRUCTURE
GREEN FEE STRUCTURE
GREEN FEE STRUCTURE**BUGGY - TWIN SHARING Buggy Special Rate' for Ahli Biasa and Ahli Bersara only (excluding weekend & public holiday)a) Ahli Biasa and Ahli Bersara (tee off before 9.00 am) (9 Holes) (18 Holes)
RM18.00 RM35.00
DRESS CODE:- Sport Shirt with Collar (Sleeveless Shirts are not allowed)- Trousers / Shorts not more than 4 inches above knee level- Shoes with Soft Spikes only
CADDIES - RM35.00 / caddy (paid upon registration)Golfing Tee Off TimeMember as early as 7.15 am or as late as 6.00 pmNon Members / Visitors Weekdays - Before 3.00 pm Weekends - After 1.30 pm
Rates quoted are nett price. KGPA reserves the right to revise the rates without prior notice
PAKEJ KGPA
KEMUDAHAN LAIN
Driving Range
Tennis
Swimming Pool
Karaoke Lounge
Gymnasium
Food & Beverages
KAEDAH PERMOHONAN
KAEDAH PERMOHONAN
Terdapat dua kaedah permohonan iaitu :
1. Permohonan secara manual
2. Permohonan Secara Online Melalui Laman Web Rasmi KGPA
( hanya untuk pemohon dari Kementerian / Jabatan yang telah
melaksanakan sistem aplikasi HRMIS )
KAEDAH PERMOHONANPERMOHONAN SECARA MANUAL
KAEDAH PERMOHONANPERMOHONAN SECARA MANUAL
Berikut adalah kaedah bagi permohonan secara manual :
1. Dapatkan borang dari KGPA Membership Department atau muat turun
dari laman web rasmi KGPA (www.kgpagolf.com)
2. Isikan borang, sertakan gambar dan hantar kepada staf KGPA
Membership Department secara manual
3. Contoh borang boleh dilihat dengan melayari alamat web :
http://www.kgpagolf.com/media/KGPA-Permohonan.pdf
KAEDAH PERMOHONANPERMOHONAN SECARA ONLINE
KAEDAH PERMOHONANPERMOHONAN SECARA ONLINE
• Kaedah permohonan secara online merupakan satu pengintegrasian di antara sistem web KGPA dan sistem aplikasi HRMIS di JPA.
• Bagi menggunakan kaedah ini, pemohon perlulah memastikan bahawa maklumat Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan di dalam HRMIS lengkap diisi.
• Kaedah-kaedah permohonan secara online adalah seperti berikut:
1. Layari web KGPA (http://www.kgpagolf.com)
2. Masuk ke menu Join KGPA => Join Us => Application Online (For Civil Servant Only)
Klik pada menu ini
KAEDAH PERMOHONANPERMOHONAN SECARA ONLINE
3. Lengkapkan borang di dalam menu tersebut (lihat gambarajah di bawah).
4. Hantar permohonan tersebut dan e-mel pengesahan permohonan akan
dihantar kepada pemohon, pencadang dan penyokong.
KAEDAH PERMOHONANPERMOHONAN SECARA ONLINE
5. Maklumat yang diterima akan diproses oleh pentadbir KGPA dan dihantar
ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyemak kelayakan
pemohon di dalam sistem aplikasi HRMIS.
6. Selepas pengesahan kelayakan dilakukan, maklumat-maklumat pemohon
akan ditarik dari pangkalan data HRMIS dan dimasukkan ke dalam borang
permohonan KGPA.
7. Borang pemohon akan dihantar kepada KGPA Membership Department
oleh pentadbir sistem di JPA.
8. Gambarajah di muka surat sebelah menunjukkan borang yang telah
dilengkapkan dengan menarik maklumat pemohon dari HRMIS
KAEDAH PERMOHONANPERMOHONAN SECARA ONLINE
Contoh borang yang telah diisi dengan menarik maklumat-maklumat dari pangkalan data HRMIS
AFFILIATED CLUBS
Sila layari web KGPA seperti link di bawah untuk melihat senarai affiliated clubs :
http://www.kgpagolf.com/affiliated_clubs.htm
Untuk maklumat lanjut, tuan/puan bolehlah menghubungi :
KGPA Membership Department Kelab Golf Perkhidmatan Awam MalaysiaBukit Kiara, off Jalan DamansaraPeti Surat 1139, Jalan Pantai Baru,59200 Kuala Lumpur, Malaysia.03-79573344E-mel : [email protected] Laman rasmi : http://www.kgpagolf.com/
SEKIAN, TERIMA KASIH