UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
BILANGAN JURNAL 1
MINGGU PRAKTIKUM Minggu pertama
TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 05 Februari – 08 Februari 2017
TAJUK JURNAL Budaya memberi salam kepada guru
1.MASALAH / PERISTIWASaya dan ahli rakan praktikum telah mendapat Sjk(t) Sg. Tok Pawang untuk kami
laksanakan proses praktikum yang ketiga seperti yang telah ditetapkan. Pada minggu
pertama ini, saya mendapati bahawa ada kalangan murid yang tidak memberi salam
kepada guru. Segolongan murid sahaja yang memberi salam kepada guru. Segilintir
murid juga tidak meminta izin daripada guru untuk masuk ke dalam kelas.
2. ANALISIS Kebanyakkan murid yang mengamalkan sikap tidak memberi salam kepada guru
yang mereka bertemu semasa di sekolah tetapi mereka hanya memberi salam
kepada guru yang mengajar mereka sahaja.
3. CADANGAN TINDAKAN SUSULANLangkah pertama yang saya diambil untuk mengatasi masalah ini ialah saya mengambil
insiatif untuk mengadakan sesi kecil dan memberitahu mereka supaya memberi salam
apabila bertemu dengan guru sama ada guru tersebut mengajar ataupun tidak. Saya
juga wajibkan budaya ini dikalangan murid supaya membentuk modal insan.
4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN Saya akan membuat pemerhatian terhadap usaha dan tindakan saya selama seminggu
untuk melihat sejauh mana langkah yang saya ambil adalah berkesan. Saya juga
memerhati murid sekiranya saya masuki kelas ganti, semasa waktu rehat, dan juga
di tapak perhimpunan. Tindakan susulan akan saya sertakan sekiranya tempoh
seminggu yang bakal berlalu tidak memuaskan.
Disemak oleh Guru Pembimbing :
Tandatangan :Nama :Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing :
Tandatangan :Nama :Tarikh :
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
BILANGAN JURNAL 2
MINGGU PRAKTIKUM Minggu kedua
TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 12 Februari – 16 Februari 2017
TAJUK JURNAL Masalah pengurusan masa
1. MASALAH / PERISTIWASaya menghadapi masalah pengurusan masa pada minggu ini. Terdapat aktiviti yang
telah dirancangkan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan
sepenuhnya terutamanya bagi subjek pendidikan moral kerana tidak cukup masa. Hal ini
menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu. Menurut Webber (1972),
masa ialah sesuatu yang tidak berbalik, sentiasa bergerak dengan cara yang tertib,
tertentu serta berperingat-peringat. Pergerakannya tidak boleh diubah dan diberhentikan.
Masa perl diuruskan dengan baik supaya ia akan menghasilkan sesuatu yang efektif dan
berfaedah.
2. ANALISISMasalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan terutamanya mereka
mendapat arahan untuk membuat drama. Mereka mengambil masa yang lama untuk
menyediakan drama dan juga setelah memebuat drama di depan kelas juga agak lama
kerana mereka mengambil peralatan seperti kerusi, buku dan sebagainya. Di samping itu,
masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti
perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan
masa yang telah dirancangkan.
3. CADANGAN TINDAKAN SUSULANa. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa
dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa
dengan lebih sempurna.
b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama.
c. Pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah
dirancangkan.
d. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi
masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang
masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam
masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama,
saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk
dibentangkan.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu
objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
5. RUJUKANhttp://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_5850_f926484ccaf448b2b704f7264f5439e2.pdf
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
BILANGAN JURNAL 3
MINGGU PRAKTIKUM Minggu ketiga
TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 19 Februari – 23 Februari 2017
TAJUK JURNAL Masalah murid bising
1. MASALAH / PERISTIWAPada minggu yang lalu saya mengalami masalah murid suka buat bising. Terdapat banyak
faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Masalah ini boleh menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran terganggu. Murid-murid yang kurang perhatian akan mudah
bosan dan seterusnya melakukan perbuatan seperti membuat bising.
2. ANALISISMasalah ini berlaku adalah kerana guru tidak peka dengan pewatakan dan tingkah laku
murid. Faktor yang kedua ialah aktiviti yang dijalankan mestilah menarik minat murid.
Faktor lain yang mempengaruhi masalah ini ialah bahan bantu mengajar yang tidak
menarik. Bahan bantu mengajar mestilah berwarna warni.
3. CADANGAN TINDAKAN SUSULANBagi mengatasi masalah ini, guru mestilah bersemangat dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membuat aktiviti yang menarik minat murid
seperti nyanyian. Guru juga mestilah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik
bagi memastikan murid-murid faham dengan apa yang ingin diajar dan seronok dengan isi
pengajaran.
4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULANMenurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi,
prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-
otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku
adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh
individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep
kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Saya akan cuba mengatasi permasalahan ini dalam masa seminggu yang akan datang.
segala perancangan yang teliti saya akan aturkan untuk mengatasi masalah ini.
Kerjasama daripada semua guru-guru lain amat diperlukan supaya segala perancangan
yang dibuat berjalan lancar.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
5. RUJUKANhttp://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_5850_f926484ccaf448b2b704f7264f5439e2.pdf
UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
BILANGAN JURNAL 4
MINGGU PRAKTIKUM Minggu keempat
TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 26 Februari – 02 March 2017
TAJUK JURNAL Masalah murid tidak mendengar arahan
1. MASALAH / PERISTIWAMinggu ini, saya menghadapi masalah murid tidak mendengar arahan guru sewaktu
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga
menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang
telah ditetapkan di dalam RPH. Masalah ini juga memberi impak kepada saya untuk
mengesan kelemahan yang terdapat pada murid-murid dalam melaksanakan aktiviti yang
telah dirancang oleh guru.
2. ANALISISMasalah ini berlaku disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan secara
individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada guru-
guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa segilintir murid
sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan dan mereka teruja untuk melaksanakan
aktiviti tanpa mendengar arahan daripada guru. Sebilangan murid yang menjadi punca
membuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid-murid yang lain turut tidak
memberikan perhatian kepada arahan yang telah dikemukakan oleh guru. Disamping itu,
masalah ini juga timbul kerana murid telah menerima budaya bahawa guru perlu bersuara
lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam penyampaian arahan oleh guru.
3. CADANGAN TINDAKAN SUSULANCadangan tindakan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini adalah :
a) Saya perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan
melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pergerakan juga mampu membantu saya mengawal tingkah laku murid dan
seterusnya memberikan kelebihan penyampaian arahan agar diterima oleh keseluruhan
kelas. Menurut Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009, pengurusan bilik darjah berkesan
mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seorang guru seharusnya mampu
mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan .
b) Saya juga menggunakan pendekatan yang lebih lembut dalam memberikan arahan
kepada murid-murid. Pendekatan ini mungkin akan lebih sesuai dengan murid-murid
yang berada di tahap satu. Pendekatan ini juga memberikan kelebihan kepada saya
dalam mengatasi masalah suara yang sering di alami selepas melaksanakan proses
pengajaran.
4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULANSaya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh seminggu.
Pengurusan dan penyediaan arahan yang mudah dan ringkas perlulah dirancang dengan
sebaik mungkin agar proses pengajaran berjalan lancar. Sekiranya masalah yang berlaku
ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, ia akan memeberikan kesan kepada pengajaran
yang akan dilaksanakan. Perancangan yang akan dilaksanakan di minggu hadapan akan
dilaksanakan dengan lebih baik supaya masalah yang telah dikesan pada minggu ini dapat
diatasi.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
5. RUJUKANhttp://eprints.utm.my/31564/3/HasfarinaAbasMFP2012CHAP1.pdf