FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER / TAHUN : SEPTEMBER 2012
KOD KURSUS : HBEF2803
TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
NAMA : MASKINAH BINTI SEDU
NO. MATRIKULASI : 781220135404001
NO. KAD PENGENALAN : 781220-13-5404
NO. TELEFON : 016-8581934
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : WiILAYAH SARAWAK
JURNAL REFLEKTIF PERAYAAN KRISMAS
Bersyukur kepada tuhan kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Setelah melaksanakan tiga aktiviti dan mengkaji perayaan-perayaan di Malaysia, saya telah
tahu tentang latar belakang perayaan yang saya pilih. Perayaan Krismas merupakan perayaan
yang disambut oleh rakyat Malaysia yang menganuti kristian. Bukan sahaja Negara-negara
barat menyambut perayaan ini malah Negara Malaysia juga turut merayakan perayaan
krismas. Setelah membuat kajian mengenai perayaan ini, saya dapat merasai sendiri
sambutan perayaan krismas walaupun tidak terlibat secara langsung. Kerjasama ahli keluarga
Cik Amy William Dee telah melancarkan kajian saya. Perayaan ini merupakan perayaan yang
memperingati yesus dan mereka merasa menjadi tanggungjawab menyambut krismas.
Menurut Wikipedia krismas adalah:
“Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that
commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”
Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris –
Bahasa Malaysia, ia mengatakan:
“- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus“
Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut
agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25
Disember. Ini adalah pandangan penganut agama kristian.
Kajian mengenai perayaan krismas meliputi kajian tentang asal usul perayaan,
kebudayaan yang terdapat dalam perayaan ini dan pengertian perayaan krismas. Temubual
dan rakaman sambutan perayaan ini turut menjadi tanggungjawab saya untuk melengkapkan
tugasan ini. Setelah mengalami sendiri perayaan krismas, saya merasa memang ada
perbezaan dengan perayaan lain. Sebelum menjelang hari krismas, penganut agama kristian
akan sembahyang di gereja dan menyanyikan lagu keagamaan mereka dari rumah ke rumah
yang berdekatan sahaja. Oleh kerana pada masa sekarang, kesibukan ahli keluarga
menyebabkan upacara ini semakin jarang dilaksanankan berbanding pada masa dahulu.
Menurut Cik Amy, mereka melakukan persediaan atau persiapan untuk menyambut hari
krismas tidak jauh beza dengan perayaan lain. Mereka akan menghias rumah dengan cahaya
lampu dan yang paling menarik ialah pokok krismas. Menurut ahli keluarga ini, pokok
krismas akan menaikkan seri rumah semasa perayaan ini dan yang paling gembira ialah
kanak-kanak. Kanak-kanak akan merasa seronok melihat pokok krismas. Pokok ini perlu
dihias dengan hiasan-hiasan yang cantik dan menarik. Bagi keluarga ini pokok krismas
merupakan hiasan yang cukup bermakna semasa krismas. Warna tradisional Hari Krismas
adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah
Jesus Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan. Pokok
Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok
Krismas diadaptasi amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk Solstis yang
menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Sejarah pokok krismas, apabila
agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan
tradisi ini semasa perayaan Krismas. Bentuknya seakan-akan segitiga dikaitkan dengan
doktrin triniti yang menjadi dasar mazhab Katholik.
Menurut ayah Cik Amy budaya memberi hadiah kepada kanak-kanak juga
dilaksanakan semasa hari krismas. Walaupun demikian, beliau berpendapat perayaan krismas
adalah meriah disambut semasa kanak-kanak dan beliau menganggap perayaan ini adalah
masa mereka berkumpul. Beliau juga berpendapat perayaan di usianya adalah biasa sahaja.
Kehadiran anak-anak merupakan perkara yang paling utama semasa perayaan krismas. Anak-
anaknya menyediakan hadiah yang berbentuk permainan untuk kanak-kanak. Hadiah-hadiah
akan diberi kepada kanak-kanak terutama saudara sendiri. Hadiah-hadiah akan disediakan
sebelum hari krismas. Hadiah-hadiah ini akan diletakkan di bawah pohon krismas. Persiapan
sebelum krismas adalah membersihkan dan menghias rumah, membuat kuih-muih dan
membeli baju-baju baru.
Pada hari krismas, penganut agama kristian mengadakan rumah terbuka. Rakan-rakan
dan sanak-saudara dijemput hadir untuk memeriahkan rumah terbuka perayaan krismas
seperti yang dilakukan oleh keluarga Cik Amy William Dee pada 25 Disember 2012 yang
lalu. Sambutan Krismas pada tahun 2012 menurut keluarganya bukan sahaja meraikan hari
krismas tetapi keluarganya menerima ahli keluarga baharu. Makanan yang disediakan adalah
seperti rendang daging, lemang dan kuih-muih. Tidak banyak perbezaan dari segi makanan
dan penganut kristian masih menghormati rakan-rakan yang beragama lain dengan
menyediakan makanan dan minuman yang halal. Saya cukup bertuah kerana dapat
mengambil rakaman sendiri sambutan perayaan krismas di rumah keluarga Cik Amy pada 25
Disember yang lalu, kerana sebelum ini saya tidak pernah menyambut perayaan krismas
walaupun mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama kristian. Keluarga Cik Amy telah
banyak membantu saya member maklumat mengenai perayaan ini.
Aktiviti dua iaitu temubual yang telah saya laksanakan memberi pemahaman terhadap
asal usul perayaan krismas dan member pengetahuan kepada saya. Kajian ini bukan sahaja
memberi kenangan yang cukup menarik tetapi dapat mengenali sendiri budaya yang terdapat
dalam Negara kita. Amalan Kunjung mengunjungi rumah rakan-rakan yang bukan seagama
semasa perayaan akan mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan keharmanonian Negara
Malaysia. Saya berasa cukup gembira bersama mengalami perayaan krismas walaupun dalam
masa yang singkat. Saya lebih mengenali keluarga Cik Amy ketika menyambut perayaan ini.
Bukan sahaja dari segi sambutan malah saya turut merasai kemeriahan dan kegembiraan ahli
keluarga ini menyambut perayaan krismas. Dengan ini saya mengakhiri jurnal saya dengan
ucapan terima kasih kepada keluarga Cik Amy kerana telah memberi kerjasama sehingga
sekarang.