7/27/2019 JUTAWAN WANITA
1/34
JUTAWAN WANITA : Datuk Maznah Hamid...wanita berhati waja...
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semalam(Sabtu) jalan raya disekitar Kuala Lumpur sesak betul, Lenguh-lenguh kaki saya
memandu, mungkin ramai orang mengambil kesempatan hari sabtu untuk mengunjungi sanaksaudara dan sahabat yang buat rumah terbuka.
Dalam kesesakkan lalulintas tu, saya terpandang sebuah van sebuah syarikat keselamatan
terkenal iaitu "SECURIFORCE SDN BHD" disebelah saya. Memang diakui "Securiforce SdnBhd" adalah antara syarikat yang menawarkan khidmat kawalan keselamatan yang terkenal di
Malaysia. Antara anak syarikat dibawah "Securiforce Sdn Bhd" ialah Securiforce Electronics,
Securiforce Technologies, Securiforce Transport dan Securiforce Logistics.Bermula daripada sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan, ia
telah berkembang kepada perkhidmatan kargo,pengangkutan kargo,pembekalan sistem
CCTV,central monitoring,sistem kawalan kebakaran dan pelbagai peralatan elektronik.
Siapakah tulang belakang yang mengerakkan syarikat ini dengan jayanya? Mungkin ramai yang
fikir tunjang utama syarikat ini adalah lelaki.Beliau adalah Datuk Maznah Hamid. Usahawanwanita bumiputra yang terkenal dengan gelaran "wanita waja" atau "iron lady". Kejayaan beliau
tidak perlu disangkal lagi kerana berjaya merangkul beberapa anugerah didalam negara seperti
Anugerah Tokoh Usahawan - Dewan perniagaan Melayu Kedah, Anugerah Wanita kehormat-
Universiti Putra Malaysia dan pelbagai lagi.
Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau
memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah andabeliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan
pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang
sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal
keselamatan sendiri.
Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala
permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkansyarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat
kawalan keselamatan yg moden dan terkini.
Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat
http://3.bp.blogspot.com/_qzttmUHIGSk/SPIYVvb0-8I/AAAAAAAAADQ/9BgVaCTtges/s1600-h/datuk-maznah-hamid-securiforce.jpg7/27/2019 JUTAWAN WANITA
2/34
menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar
dalam perniagaan adalah diri kita sendiri.Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat
tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah MOtivational Centre)adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi
usahawan yg berjaya.
Beliau kerap kali mengesa supaya kita menjadi orang yg berani merebut kejayaan dan peluang
dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.
Siapa kata Wanita itu lemah dari lelaki?
Datuk Maznah Hamid - profile of Datuk Maznah Hamid (Securiforce)
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
3/34
Known as the Iron Lady of Malaysia, Datuk Maznah Hamid is a very well known entrepreneur,business woman as well as a famous motivational author and speaker. Long, long time ago, in agalaxy far far away, Datuk Maznah decided to buy an almost bankrupt, unknown security companyand turned into a multi-million, respectable empire.
During the early days, she employed a few guards, with herself being jack of all trades in the smalloutfit - clerk, secretary, manager and sometimes the guard herself! And in order to expand thebusiness, she and the husband sold their own house and moved to a new, smaller place which comewithout proper amenities.
With only a few thousands capital of their own, her company has to compete with hundreds of otherlicensed security companies in Malaysia, with many of them were established with up to millions ofcapital. And against all competition, the company survived and triumphed.
The company, Securiforce now is one of the biggest security companies in Malaysia, having morethan 30 branches across Malaysia and employing more than 4000 employees. And all of this isachieved without financial help or capital from financial institutions.
Alongside with other prominent Malaysian business icons, Datuk Maznah become one of theentrepreneurs who build and grow companies and play important roles as a leader, strategist, whilecontributing to the overall growth and improvement of the society's life in Malaysia.
Datuk Maznah has also established Maznah Motivational Centre, MMC, which conducts seminar onbusiness and human development. Her book "Motivasi Memburu Kejayaan" is a best seller and hasbecome the source of guidance to the aspiring entrepreneurs who can learn from her ownexperience, principles and secrets in her quest to achieve success and excellence.
"Finish each day and be done with it. You have done what you could; some blunders and absurdities have creptin; forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day; you shall begin it serenely and with too high a spiritto be encumbered with your old nonsense." - Ralph Waldo Emerson
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
4/34
SATU RANGKAIAN SEMANGATKEUSAHAWANAN
http://www.fusionexcel.com/index.html7/27/2019 JUTAWAN WANITA
5/34
http://www.securiforce.com.my/7/27/2019 JUTAWAN WANITA
6/34
http://www.nsgpremier.com/http://www.9e.com.my/7/27/2019 JUTAWAN WANITA
7/34
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
8/34
RAKAN STRATEGIKMMC Biz-Club adalah kelab yang ditubuhkan dibawah Maznah Motivational CentreSdn Bhd, syarikat milik penuh Datuk Dr. Maznah Hamid. Keahlian terbuka kepadalelaki & wanita tanpa mengira umur, bangsa, agama dan negara. Berdasarkankonsep 1 Malaysia yang menyatupadukan rakan-rakan FB Datuk Maznah dibawahsatu kelab yang eksklusif!
KEISTIMEWAAN AHLI : Menerima KIT KEAHLIAN mengandungi kad keahlian peribadi Touch & Go Diskaun 15% bagi setiap program/seminar Diskaun 5% bagi setiap pembelian buku serta cenderamata Datuk Dr. MaznahHamid Berpeluang mengikuti aktiviti-aktiviti di studio televisyen bersama Datuk Dr.Maznah Hamid
Jom Jadi Sahabat
http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/http://www.danaulumayan.com.my/7/27/2019 JUTAWAN WANITA
9/34
YURAN KEAHLIAN :RM 100.00 untuk seumur hidupSebarang pertanyaan, hantarkan email ke : [email protected] SMS : 019-352 0000 / 019-365 0903 / 019-221 9110(Puzi/Saodah/Sheila)Tel : 03-4042 0266 Fax : 03-4041 1134
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
10/34
Securiforce
Technologies
http://www.facebook.com/maznahhamidhttp://www.facebook.com/maznahhamidhttp://www.facebook.com/maznahhamidmailto:[email protected]7/27/2019 JUTAWAN WANITA
11/34
Datuk Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce.Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 27 tahundahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar diMalaysia dan berjaya menyaingi lebih 300 buah syarikat lain seumpamanyaBeliau kini mengepalai hampir 50 buah cawangan, mengetuai hampir 5,000kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan vankalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebuttelah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri.Ramai jugayang tidak menyedari bahawa perkidmatan Securiforce bukanterhad kepada 'static guard' sahaja malah turut merangkumi logistik,cash-in-transit,pengurusantunai, high tech cargo management,perkhidmatan armoured trucking, danpelbagai perkhidmatan yang lain.Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total,mempelopori konsep total securityHasildaripada kegigihan beliau dan teamnya menerajui syarikat, kiniSecuriforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedangberkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah diBandar Tun Razak. Danau Lumayan membina kondominium-kondominium
berserta penthouse yang eksklusif.Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dantelah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics.Securiforce Logisticsmemiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.
Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Maznah ialah kesemuaanak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuankewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihakdan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalahdirinya sendiri'.Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangatwaja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip'kitamesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya
kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar didalam bidang kerjadan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.Berdasarkankepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara padadiri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancanganmotivasi di TV 3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor'dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya diSecuriforce Sdn Bhdhttp://www.securiforce.com.my Powered by Joomla! Generated: 14 March, 2012, 00:56
kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro sertapelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagaiseorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi,pembangunan
insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi.Olehkerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliautelah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakanseminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, gutsfeeling, kekebalan, persistency dan sustaining power yang beliaumiliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkankepada orang ramai melalui seminar ZERO TO HERO dan AWAKEN THESPIRIT OF ENTREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP. Melalui seminar ini,beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke
http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=52http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&task=view&id=52&pop=1&page=0&Itemid=63http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&task=emailform&id=52&itemid=63http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=52http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&task=view&id=52&pop=1&page=0&Itemid=63http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&task=emailform&id=52&itemid=63http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&task=emailform&id=52&itemid=63http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&task=view&id=52&pop=1&page=0&Itemid=63http://www.securiforce.com.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=527/27/2019 JUTAWAN WANITA
12/34
dalam diri setiap insan.Beliautelah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN'berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalankepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. Buku terbaru beliauMOTIVASI MEMBURUKEJAYAAN (3K) versiMandarin sedang berada di pasaran.-Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)-Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)-
Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad-
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah Darulaman-Pengerusi Danau Lumayan (pemaju hartanah di Bandar Tun Razak)-Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia-
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn. Bhd., UUM-
Ahli Majlis Pembangunan Usahawan,-Kementerian Pembangunan Usahawan-
Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN )-Pengerusi Ekonomi & Keusahawanan Wanita Negeri KedahSecuriforce Sdn Bhdhttp://www.securiforce.com.my Powered by Joomla! Generated: 14 March, 2012, 00:56
-Presiden Kehormat USAHAWATI & PENIAGAWATIDi atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :
- Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri PDL.-
Anugerah Tokoh Usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia-Kedah-
Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim - Avon-
Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia-
Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi-
Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 Majalah Her World-
Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
-Anugerah BrandsLaureate SMEs, Brand Personaliti 2007 The Asia Pacific Brand Foundations (APBF)-Beliau
juga adalah seorang isteri dan ibu kepada 5 orang anak. Keluargamerupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahananak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanansemenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliausehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dandikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran THE IRON LADY.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
13/34
Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce . Beliau menubuhkan
dan kemudikan Securiforce daripada entiti yang tidak diketahui 27 tahun yang lalu, untuk
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
14/34
menjadi pembekal Keselamatan terbesar di Malaysia, berjaya meningkat ke atas lebih daripada
seratus syarikat-syarikat lain yang berdaya saing yang serupa.
Beliau memulakan perniagaannya dengan hanya RM5000 dari simpanan beliau berbandingdengan syarikat lain yang serupa jenis yang bermula dengan modal perniagaan antara RM500000
untuk RM1milion. Beliau kini mengetuai hampir 50 cawangan dengan pekerja mencapai hampir5000 orang, beratus-ratus senjata api dan beberapa kereta perisai.
Perkhidmatan bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi juga menjangkau kepadalogistik, tunai dalam transit, pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknologi tinggi,
perkhidmatan trak perisai serta pelbagai perkhidmatan lain. Securiforce menyediakan pakej
keselamatan yang lengkap, merintis konsep securityAs jumlah hasil dedikasi semata-mata dankeupayaan pengurusan, Securiforce kini telah maju dan dipelbagaikan kepada banyak syarikat-
syarikat subsidiari, yang berkembang maju.
Bahagian yang paling luar biasa dan menarik dalam kisah kejayaan Datuk Maznah bahawa
semua syarikat telah ditubuhkan dan secara beransur-ansur berkembang tanpa bantuan mana-mana institusi perbankan . Ini telah mendapat kekaguman banyak dan rasa hormat daripada
rakan-rakan sebaya serta sebagai pesaing. Falsafah kejayaan dan pencapaian beliau dapatdilihat pada kepercayaan bahawa modal utama dalam perniagaan adalah diri anda
sendiri,
Beliau membawa prinsip kita harus menghasilkan beban kerja lebih daripada apa yang kita
dibayar, akhirnya, kita akan dapat ganjaran lebih daripada apa yang kita telah lakukan . Prinsip
ini telah membawa kepada kejayaan besar dalam kerjaya perniagaan.
Bagi kualiti kepimpinan dan keusahawanan yang terkenal, beliau telah dijemput untuk
memperkenalkan program motivasi di TV3 pada tahun 1990, di mana beliau telah dilantiksebagai Motivasi Kaunselor dan Kaunselor Kejayaan di kedua-dua RTM dan TV3. Oleh itu, kita
seringkali mendengar suara beliau melalui radio, dan melihat penampilan beliau di televisyen.
Selain sebagai tokoh masyarakat yang terkumpul, beliau juga seorang isteri dan seorang ibukepada lima orang anak. Datuk Maznah adalah seorang wanita yang dinamik, dengan ciri-ciri
tegas beliau, sanggup menghadapi risiko dan menerima cabaran . Beliau adalah model peranan
negara, dikagumi dan dihormati sebagai seorang usahawan berjaya, serta satu simbol kuasawanita. The Iron Lady.
Terokai Rahsia 3k bersama Datuk Dr. Maznah Hamid
BAGAIMANA CARANYA???
Hadir ke Seminar ini untuk mencungkil segala rahsia untuk mencapai 3K!!
Di seminar ini, anda akan pelajari ilmu mencapai . . .
KEBAHAGIAAN :
1. Menyediakan diri ke arah mencipta kejayaan
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
15/34
2. Menyelami bakat dan potensi diri dan bagaimana membangunkannya
3. Membina keyakinan, kekebalan dan kepintaran diri dan emosi anda!
KEJAYAAN :
1. Pelajari kaedah psikologi menjual apa sahaja supaya orang membeli
2. Melipat gandakan keuntungan perniagaan anda dengan membina jenama3. Strategi menggandakan pelanggan perniagaan 4 kali ganda!
KEKAYAAN :
1. Sistem pengurusan wang secara mudah dan paling efektif!
2. Memupuk minda dan personaliti MAGNET WANG seperti JUTAWAN!
3. Kaedah mudah membina dan mempertahankan kewangan ANDA!
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
16/34
4 Things Datuk Maznah Hamid Teaches You about
Business
by Zulkifli Musa
Datuk Maznah Hamid is one of the highly respected figures currently walking tall in the path of
entrepreneurial success. More than 20 years ago, she made a courageous decision to acquire asecurity services firm which was going under and remarkably turned the company 'Securiforce'
into a nationwide-recognised industry players.
Datuk Manzah Hamid
Dubbed as the Iron Lady, Datuk Maznah has since ventured into a range of other successful
businesses that includes property, hospitality, food and beverages, consultation and eventmanagement to name a few.
What makes Datuk Maznah a more remarkable person is her generosity in sharing her success
with the public and the younger generation. A much sought-after motivational speaker, she has
made several appearances on television, radio, magazines and newspapers sharing experience,knowledge and wisdom in steering successful entrepreneurship ventures.
Here's what you can learn from Datuk Maznah Hamid:
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
17/34
1. Being a woman is never a weakness.
Coming from the so-called weaker gender should never be an excuse for a woman not to make it
big in the business field. Datuk Maznah is a living testimony on how women can vigorouslycompete in a field often dictated by the opposite sex. She has chosen a niche where no other
woman dare enter and exceptionally showcases her business talent. At the peak of Securiforce'sachievement, Datuk Maznah was a boss to over 4,000 male workers and was a highly familiar
face in an industry hugely dominated by men.
2. Money is not the greatest challenge.
Moneyor more accurately, the lack of itcan be a major issue for someone aspiring to start a
business. For a new entrepreneur, absence of experience and exposure makes the task acquiring
financial help or loan even more daunting. But Datuk Maznah is a strong believer that anyonecan start a business with a very small capital. In fact, she started her business two decades ago
using her hard-earned savings of RM5,000, much lower than many would have thought. With
streamlined management, prudent expenditures and smart marketing tactics, success will beimminent.
Your gender should never be an excuse
3. The harder the challenge, the better you get
Face it, this can be a tough world. Challenges come one after another. While we can make the
best of preparation and due diligence, what comes next can really be beyond expectation. Some
adversities may catch an aspiring entrepreneur by cruelly crushing the spirit. Datuk Maznahtreats challenges not as a hindering factor, but a motivational drive. She once delivered one of
her daughters in a slum without electricity. Since then, she determined to change her family's
fortune. She knows one can only get tougher with challenges.
4. Always be ready to improvise.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
18/34
In business, some creativity helps. Improvising certain aspects of business operation can
facilitate sustenance of business especially during trying times. In the early days of her security
business, the company often found itself having insufficient money to pay the workers' salary.To help mitigate the problem, Datuk Maznah offered to cook meals for her workers instead of
paying cash. When the financial situation improved, she paid all back wages owing to the
workers. There were times too when Datuk Maznah herself worked as one of the night-shiftguard. If you are determined enough to taste success, you will find ways to create solutions to
whatever issues that may come.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
19/34
unjuk berani demi kerja Maznah
CUKUP sukar sekali untuk menemubual wanita waja, Datuk Maznah Hamid yang merupakan
usahawan perniagaan kawalan keselamatan bukan hanya terkenal di Malaysia tetapi juga di luarnegara.
Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan selain turut aktif dalam dunia politik.
Oleh sebab itu, tidak menghairankan, beberapa kali temu bual terpaksa ditunda.
Setelah puas menunggu, akhir anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, itu berjayamemperuntukan masa selama dua jam untuk berkongsi kisah peribadinya baru-baru ini.
Soalan pertama yang diajukan kepada beliau ketika temubual itu adalah gelaran wanita besi.
Secara berseloroh, Maznah menjawab;
Ramai orang geram dengan saya. Semuanya gara-gara imej berani, tegas dan kebal yang jelas
tertonjol pada imej penampilan saya. Tetapi, orang tidak tahu bahawa saya terpaksa mengekalimej dan watak itu demi kerja.
Kalau saya tidak berani dan tegas, saya akan dipijak-pijak, malah, kebanyakan pekerja saya
adalah lelaki, bagi menimbulkan rasa hormat, saya perlu dominan, katanya.
Namun beliau juga bimbang gelaran itu akan menyebabkan masyarakat umum beranggapan
beliau seorang queen control terhadap suaminya, Datuk Shaheen Mirza.
Tanggapan (queen control) itu tidak benar sama sekali, hakikatnya, kami adalah rakan kongsi
dalam perniagaan yang saling melengkapi, ujarnya.
MAZNAH HAMID
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
20/34
Menurut Maznah yang gembira dengan kejayaan semasanya berkata, apa yang diraih kini adalah
hasil kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Maznah berkata, beliau berasal keluarga miskin dan dibesarkan oleh nenek sejak berusia limatahun selepas berlaku perpecahan keluarga.
Katanya, dia merupakan kanak-kanak yang kesepian, tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat
kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insan berjaya.
Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah, tetapi amat meminati
bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya ke kolej.
Selepas menamatkan pengajian, Maznah bekerja sebagai guru bahasa persendirian atau
penterjemah bahasa di pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur selama dua tahun.
Selain pejabat kedutaan, Maznah pernah menjadi guru bahasa persendirian di syarikat-syarikat
multinasional.
Pendedahan dengan kehidupan orang kaya sewaktu bekerja mendorong Maznah untuk turutmencari petua untuk berjaya seperti mereka.
Malah, ramai orang kenamaan yang menasihatkan beliau supaya menceburi bidang perniagaan
yang beliau mempunyai kekuatan atau belum diterokai oleh orang lain.
Oleh sebab, hampir setiap hari saya berkunjung ke rumah kedutaan asing dan mendapatimereka mempunyai rumah pengawal, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi.
Jadi, saya berasa mereka (orang kenamaan) adalah merupakan golongan sasaran penting untukmendapatkan khidmat perniagaan itu. Jadi, saya pun berfikir untuk mencuba perniagaan kawalan
keselamatan, ujarnya.
Berbekal duit poket dan simpanan hasil mengajar di rumah duta dan orang kenamaan sebanyak
RM5,000, Maznah dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan pada tahun
1980 dengan menamakannya Securiforce Sdn. Bhd.
Pada waktu itu, Maznah memulakan perniagaan dengan lima pengawal keselamatan dan limapelanggan terdiri daripada orang kenamaan.
Waktu itu, saya sudah kahwin, duit tidak ada dan gagal mendapat pinjaman bank untukmembesarkan perniagaan. Jadi, kami terpaksa menjual rumah dan menyewa rumah di kawasan
setinggan tanpa bekalan elektrik selama dua tahun, kata beliau.
Rahmat dari kesusahan itu, Maznah mendapat kekuatan diri untuk berusaha dengan lebih gigihbersama-sama suaminya.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
21/34
Katanya, universiti terbaik dalam kehidupan adalah kepahitan dan kesusahan yang menjadikan
diri seseorang lebih kreatif, inovatif, kebal dan bijaksana.
Menurut Maznah, beliau dan suami menderita kesusahan hampir 10 tahun untuk memastikanperniagaan kawalan keselamatan berkembang.
Saya sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah pasar raya menggantikan pekerja
yang pulang ke kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri. Manakala suami saya pula tugas
rondaan keselamatan di rumah orang kenamaan.
Tidak siapa pun tahu ketika itu, saya adalah pemilik syarikat kawalan keselamatan, jelasbeliau.
Katanya, pelbagai pengalaman yang ditempuh sejak awal hingga akhir menyebabkan pihaknya
berjaya mengadakan sistem keselamatan yang canggih dan menyeluruh pada waktu ini.
Maznah berkata, pihaknya turut pernah melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung danjuga pelbagai produk, untuk mendapat modal pusingan.
Beliau yang mendapat pengiktirafan pertama iaitu Anugerah Usahawan Cemerlang pada 1990
berkata, seseorang usahawan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan pelbagai bakat.
Pada malam penyampaian anugerah itulah Maznah buat pertama kali mendapat gelaran wanita
besi yang diberikan oleh pengacara majlis pada waktu itu.
Kini, Securiforce mempunyai 65 cawangan di seluruh negara dengan 5,000 kakitangan, 4,000
daripadanya merupakan pengawal keselamatan.
Syarikat itu kini telah menembusi lebih 10 buah negara.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
22/34
CUKUP sukar sekali untuk menemubual wanita waja, Datuk Maznah Hamid yang merupakanusahawan perniagaan kawalan keselamatan bukan hanya terkenal di Malaysia tetapi juga di luar
negara.
Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan selain turut aktif dalam dunia politik.
Oleh sebab itu, tidak menghairankan, beberapa kali temu bual terpaksa ditunda.
Setelah puas menunggu, akhir anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, itu berjayamemperuntukan masa selama dua jam untuk berkongsi kisah peribadinya baru-baru ini.
Soalan pertama yang diajukan kepada beliau ketika temubual itu adalah gelaran wanita besi.
Secara berseloroh, Maznah menjawab;
Ramai orang geram dengan saya. Semuanya gara-gara imej berani, tegas dan kebal yang jelas
tertonjol pada imej penampilan saya. Tetapi, orang tidak tahu bahawa saya terpaksa mengekal
imej dan watak itu demi kerja.
Kalau saya tidak berani dan tegas, saya akan dipijak-pijak, malah, kebanyakan pekerja saya
adalah lelaki, bagi menimbulkan rasa hormat, saya perlu dominan, katanya.
Namun beliau juga bimbang gelaran itu akan menyebabkan masyarakat umum beranggapanbeliau seorang queen control terhadap suaminya, Datuk Shaheen Mirza.
Tanggapan (queen control) itu tidak benar sama sekali, hakikatnya, kami adalah rakan kongsi
dalam perniagaan yang saling melengkapi, ujarnya.
Menurut Maznah yang gembira dengan kejayaan semasanya berkata, apa yang diraih kini adalahhasil kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Maznah berkata, beliau berasal keluarga miskin dan dibesarkan oleh nenek sejak berusia lima
tahun selepas berlaku perpecahan keluarga.
Katanya, dia merupakan kanak-kanak yang kesepian, tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat
kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insan berjaya.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
23/34
Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah, tetapi amat meminati
bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya ke kolej.
Selepas menamatkan pengajian, Maznah bekerja sebagai guru bahasa persendirian ataupenterjemah bahasa di pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur selama dua tahun.
Selain pejabat kedutaan, Maznah pernah menjadi guru bahasa persendirian di syarikat-syarikat
multinasional.
Pendedahan dengan kehidupan orang kaya sewaktu bekerja mendorong Maznah untuk turut
mencari petua untuk berjaya seperti mereka.
Malah, ramai orang kenamaan yang menasihatkan beliau supaya menceburi bidang perniagaan
yang beliau mempunyai kekuatan atau belum diterokai oleh orang lain.
Oleh sebab, hampir setiap hari saya berkunjung ke rumah kedutaan asing dan mendapati
mereka mempunyai rumah pengawal, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi.
Jadi, saya berasa mereka (orang kenamaan) adalah merupakan golongan sasaran penting untukmendapatkan khidmat perniagaan itu. Jadi, saya pun berfikir untuk mencuba perniagaan kawalan
keselamatan, ujarnya.
Berbekal duit poket dan simpanan hasil mengajar di rumah duta dan orang kenamaan sebanyak
RM5,000, Maznah dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan pada tahun1980 dengan menamakannya Securiforce Sdn. Bhd.
Pada waktu itu, Maznah memulakan perniagaan dengan lima pengawal keselamatan dan lima
pelanggan terdiri daripada orang kenamaan.
Waktu itu, saya sudah kahwin, duit tidak ada dan gagal mendapat pinjaman bank untukmembesarkan perniagaan. Jadi, kami terpaksa menjual rumah dan menyewa rumah di kawasan
setinggan tanpa bekalan elektrik selama dua tahun, kata beliau.
Rahmat dari kesusahan itu, Maznah mendapat kekuatan diri untuk berusaha dengan lebih gigih
bersama-sama suaminya.
Katanya, universiti terbaik dalam kehidupan adalah kepahitan dan kesusahan yang menjadikan
diri seseorang lebih kreatif, inovatif, kebal dan bijaksana.
Menurut Maznah, beliau dan suami menderita kesusahan hampir 10 tahun untuk memastikan
perniagaan kawalan keselamatan berkembang.
Saya sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah pasar raya menggantikan pekerjayang pulang ke kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri. Manakala suami saya pula tugas
rondaan keselamatan di rumah orang kenamaan.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
24/34
Tidak siapa pun tahu ketika itu, saya adalah pemilik syarikat kawalan keselamatan, jelas
beliau.
Katanya, pelbagai pengalaman yang ditempuh sejak awal hingga akhir menyebabkan pihaknyaberjaya mengadakan sistem keselamatan yang canggih dan menyeluruh pada waktu ini.
Maznah berkata, pihaknya turut pernah melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung dan
juga pelbagai produk, untuk mendapat modal pusingan.
Beliau yang mendapat pengiktirafan pertama iaitu Anugerah Usahawan Cemerlang pada 1990
berkata, seseorang usahawan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan pelbagai bakat.
Pada malam penyampaian anugerah itulah Maznah buat pertama kali mendapat gelaran wanita
besi yang diberikan oleh pengacara majlis pada waktu itu.
Kini, Securiforce mempunyai 65 cawangan di seluruh negara dengan 5,000 kakitangan, 4,000
daripadanya merupakan pengawal keselamatan.
Syarikat itu kini telah menembusi lebih 10 buah negara.
Rencana ini dipetik daripada www.utusan.com.my pada 24 September 2011
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
25/34
Keluarga kekuatan Maznah perluas empayar perniagaan, cetus inspirasi anak-anak
MERIAH suasana kediaman tokoh usahawan, Datuk Maznah Abdul Hamid dan Datuk ShaheenMirza Habib minggu lalu dengan gelak ketawa anak cucu mereka yang berkumpul untuk sesi
temubual dan fotografi eksklusif bersama sisipan Inspirasi.
Begitulah cerianya setiap kali semua anak cucu pasangan tokoh korporat terkemuka ini bersua
muka. Di pejabat, Maznah memikul tugas sebagai Pengerusi Eksekutif manakala suaminya,Shaheen d
DARI kiri, Mazreen, Reza, Maznah, Shaheen dan Shafiq.
uduk di kerusi Pengarah Eksekutif Kumpulan Securiforce. Tetapi di rumah, mereka menjadi ibu,
bapa, datuk dan nenek yang disayangi keluarga. Jelas sungguh keakraban antara setiap anggotakeluarga ini hasil didikan sejak kecil.
Hasil perkongsian hidup selama 32 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga puteri dan dua putera
iaitu Nur Sharmila, 31; Shahril Reza, 30; Nurul Shameem, 26; Mohamad Shafiq Azim, 22 dan
Mazreen Shanim, 19. Pada sesi temubual dan fotografi minggu lalu, menantu (suami Sharmila),
Mohd Nizar Najib, 33 serta dua cucu kesayangan turut memeriahkan suasana.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
26/34
Sharmila, Reza dan Shameem kini membantu ibu bapa di pejabat termasuk anak syarikat di
bawah Kumpulan Securiforce. Maka, jika tidak berjumpa di rumah, mereka sering bertemu di
pejabat.
Menyentuh mengenai perniagaan yang diusahakan keluarga, Sharmila dan Reza mengakui,
mereka melihat bagaimana kedua-dua ibu bapa bersusah-payah membangunkan Securiforcedaripada entiti kosong' kepada sebuah empayar yang dianggap unggul hari ini dengan hampir6,000 kakitangan, 55 cawangan di seluruh negara dan 10 cawangan di luar negara.
Jika diikutkan, usia syarikat milik keluarga Shaheen dan Maznah ini seusia Reza. Kata Reza,beliau dan kakaknya pernah merasai fasa sukar' iaitu pada peringkat awal operasi syarikatkeselamatan ini. Dua beradik ini sudah biasa mengikut ibu dan bapa mereka ke pejabat - baik
siang atau malam memandangkan syarikat itu beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Disebabkan sering dibawa ke tempat kerja, mereka mudah memahami kesibukan orang tua dan
sedikit sebanyak dilatih untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pekerjaan. Sharmila danReza pernah melihat ibu bapa mereka sendiri menyarungkan pakaian seragam dan melakukan
tugas kawalan keselamatan.
"Melihatkan semangat, kegigihan dan pengorbanan besar yang emak dan abah tunjukkan sejak
kami kecil, pada saya, mereka berhak mendapat apa yang mereka kecapi sekarang.
"Malah, hingga sekarang, emak dan abah masih meluangkan sebahagian besar masa mereka
untuk hal-ehwal syarikat walaupun kami (adik-beradik) turut membantu menguruskan syarikat
dan anak syarikat," katanya.
Menurut Reza, dari dulu, ibu bapanya cukup menjaga hubungan baik dengan kakitangansyarikat. Tidak hairanlah jika ada di antara mereka yang berkhidmat hampir 28 tahun, malah
generasi kedua, iaitu anak kakitangan lama kini turut bekerja di syarikat mereka.
Sebagai orang muda, Sharmila, Reza dan Shameem pernah berhasrat mencuba nasib dan mencari
pengalaman bekerja dengan syarikat lain selepas tamat pengajian. Namun, tidak lama bekerjadengan orang, masing-masing dipanggil untuk bekerja dengan syarikat keluarga. Mereka turut
diwajibkan untuk menjalani latihan praktikal dengan syarikat luar sebelum membantu ibu
bapanya dalam bisnes.
Sharmila tidak menafikan, pencapaian ibunya yang pernah digelar Tokoh Usahawan Wanitaserta bapanya yang disegani dalam dunia perniagaan memberi cabaran besar kepada beliau dan
adik beradiknya yang lain.
"Untuk mengatasi kehebatan mereka dalam membangunkan semua ini mungkin tidak terjangkaukemampuan kami. Lagipun, tanggungjawab yang kami galas kini berbeza. Kami perlu buktikan
kemampuan kami untuk mengembangkan operasi syarikat dan membawanya ke peringkat
antarabangsa.
"Alhamdulillah, dengan bimbingan yang diberi, kami sedang menuju ke arah itu," kata Sharmila.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
27/34
Pada kaca mata anak-anak, Maznah adalah insan yang memberi inspirasi dan motivasi - baik
sebagai tokoh usahawan atau sebagai ibu dan isteri yang menjadi nadi keluarga mereka. Mereka
juga bangga apabila ramai yang menjadikan ibu mereka idola untuk mencipta kejayaan,kebahagiaan dan kesenangan.
Maznah disifatkan Sharmila sebagai karakter yang sentiasa memikirkan mengenai kerja danjarang sekali berfikir mengenai cuti atau rehat. Itulah yang diajar kepada anak-anaknya. Sejak
remaja lagi, mereka diingatkan supaya tidak membazir masa dan sentiasa mengejar ilmu dankemahiran baru.
Dalam hal berkaitan kerja pula, Maznah cukup mengutamakan perbincangan sebelum membuat
keputusan.
"Emak seorang yang terbuka jika kita hendak mengemukakan idea asalkan kita perlu jelaskanmengapa idea kita itu perlu diterima dan ditimbangkan baik buruknya.
"Emak juga pengkritik nombor satu kami. Jika ada kesilapan yang kami lakukan, beliaulah yangdulu menegur," ujar Sharmila.
Walaupun ibunya workaholic, Sharmila memberitahu, mereka amat jarang bercakap mengenaihal kerja kecuali jika timbul sesuatu perkara atau keputusan penting yang perlu dilakukan segera.
Reza menambah, di sebalik ketegasan ibunya dalam soal kerja, perwatakan wanita itu akan
berubah sebaik melangkah masuk ke rumah.
"Memandangkan ada di antara kami yang tinggal di luar, emak akan selalu menelefon dan
bertanya mengenai keadaan kami.
"Beliau juga suka keluar ditemani anak-anak. Jadi, kadangkala beliau akan hubungi kami untuk
mengikutnya ke mana-mana," katanya.
Bergelar anak kepada tokoh terkenal sedikit sebanyak membuatkan perhatian masyarakat
tertumpu kepada lima beradik ini. Bagaimanapun, mereka tidak pernah berasa tidak selesadengan perhatian yang diberi. Ini kerana ibu bapa mereka sudah memberi pendedahan sejak awal
lagi. Mereka sering dibawa bertemu orang ramai sama ada atas tanggungjawab sosial atau
perniagaan.
Ujar Shameem, mereka adik-beradik mengagumi keupayaan ibu berinteraksi dengan orang ramai
dan beliau amat disenangi dan dikenali oleh semua peringkat.
"Emak boleh menarik minat orang untuk mendengar apa yang beliau hendak sampaikan.
"Pernah juga rakan saya bertanya, tidakkah saya ingin menjadi 'Iron Lady' kelak (satu hari nanti).
Ketika ini, saya fikir saya belum mampu kerana tidak begitu pandai bercakap di hadapan orangramai seperti emak," ujar Shameem, lulusan perakaunan dan kewangan yang juga berkerja
dengan syarikat keluarga.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
28/34
Putera dan puteri bongsu dalam keluarga ini masing-masing masing menuntut di institusi
pengajian tinggi. Syafiq menuntut di sebuah universiti di London, UK manakala Mazreen pula
mengikuti pengajian peringkat A Level di ibu negara.
Syafiq bercadang bekerja di syarikat keluarga sebaik tamat pengajian jika diterima ibu dan
bapanya.
"Saya bercadang memulakan tugas dengan tanggungjawab atau cawangan kecil dan baru terlebih
dulu bagi menimba pengalaman sebelum memikul peranan yang lebih besar.
"Saya percaya, emak dan abah mahu kami meneruskan usaha mereka. Inilah cara kami untukmembalas jasa baik dan pengorbanan mereka selama ini," ujar Syafiq.
Mazreen pula belum pasti apakah kemahiran yang boleh disumbangkannya untuk syarikat
apabila tamat pengajian.
"Saya ingin belajar dulu sambil meninjau bidang yang sesuai dengan minat saya untuk bekerjananti," kata gadis pemalu ini.
Apapun, Sharmila sebagai kakak sulung berharap gabungan kemahiran yang ada pada mereka
lima beradik mampu untuk merealisasikan impian keluarga memastikan Securiforce bersaing di
arena global.
Harmoni, muafakat, rahsia bahagia
WALAUPUN tampak garang dan tegas di luar, sifat pengasih Maznah sebagai isteri dan ibu
terserlah apabila berada di sisi keluarga malah kemesraan dengan suami juga nyata terlihat.
Biarpun memegang peranan penting dalam syarikat dan sering tampil ke depan dalam pelbagai
urusan bisnes, Maznah berkata, tanggungjawab untuk menghormati dan mentaati suami sertamenguruskan keluarga menjadi peranan utama dan agenda penting.
"Saya amat bersyukur dipertemukan dengan suami yang menghormati kelebihan dan
keistimewaan yang ada dalam diri seorang wanita.
"Tanpa restu dan sokongan darinya, tidak mungkin saya dapat sampai ke tahap di mana sayaberada sekarang," luah Maznah.
Selain itu, Maznah turut berterima kasih kepada keluarga dan saudara mara yang banyakmembantu sepanjang tempoh awal beliau dan suaminya membangunkan syarikat.
Maznah berkata, antara resipi kejayaannya ialah hubungan keluarga yang erat dan bermuafakat.
Rumah tangga dan keluarga yang harmoni membolehkan seseorang wanita melaksanakan tugasatau kerja mereka sebaiknya. Suami tidak seharusnya rasa tercabar andai isteri mereka lebih
cemerlang dalam kerjaya atau perniagaan sebaliknya memberi sokongan 100 peratus untuk
manfaat keluarga.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
29/34
"Untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang bahagia pula, ibu bapa memainkan peranan
penting untuk mengamal dan menerapkan ajaran agama yang kuat serta disiplin dalam diri
sendiri dan anak-anak.
"Pada saya, seseorang wanita yang berjaya dalam kerjaya atau perniagaan tetapi kecundang
dalam membina keluarga bahagia, itu bukanlah kejayaan sebenar," katanya yang gemar berguraudengan ahli keluarga apabila berkumpul bersama-sama.
Beliau berkata, kelebihannya dalam berkomunikasi dan perhubungan awam disepadukan dengankemahiran suaminya dalam menyusun strategi menjadi faktor utama kejayaan empayar
perniagaan mereka.
Ini diakui Shaheen sendiri yang menyifatkan isterinya itu seorang public speaker' yang hebatdan bakat kurniaan Ilahi yang dimilikinya itu banyak membuka peluang kepada perniagaan
mereka di dalam dan luar negara.
Ditanya antara mereka berdua, siapa lebih dominan dalam membuat keputusan, baik dalamurusan syarikat ataupun rumah tangga, Shaheen berkata, tiada siapa yang lebih dominan kerana
semua keputusan dibuat berdasarkan permuafakatan.
"Paling penting adalah persefahaman dan perbincangan. Sesuatu perkara atau permasalahandalam pekerjaan atau hal keluarga tidak semestinya mempunyai satu saja jalan penyelesaian.
"Justeru, kita perlu menimbang pandangan dari pelbagai sudut dan memilih jalan terbaik untuk
mengharunginya bersama," akhiri Shaheen, menutup temubual kami di petang yang sungguh
menceriakan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmpayarIronLady/Article
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
30/34
Maznah makan dengan samseng
Oleh FATIMI NADIAH [email protected]
PERNIAGAAN berasaskan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa.
MENJALANKAN perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luarbiasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk
Maznah Hamid, tanpa keberanian itu, impian akan tinggal impian.Kerana peranan kami sudah seperti polis. Kami terpaksa berdepan dengan kumpulansamseng, penagih dadah dan penjenayah yang sentiasa mencabar keselamatanpelanggan kami.Maka kami terpaksalah bijak mengatur strategi untuk membanteras aktiviti mereka.Adakala kena pergi minum, makan atau berkawan dengan mereka untuk mengetahuimuslihat kumpulan itu supaya keselamatan kami tidak tergugat, katanya yangmenyedari wujud lebih 30 geng samseng di seluruh negara.Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikatkawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuritidan kawalan bangunan.
Menjadi kelebihan pula menjadi seorang wanita dalam bidang ini. Agaknya, kalaulelaki berada di tempat saya mungkin sudah kena pukul, ujar Maznah berderai tawa.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
31/34
IBU kepada lima orang anakini seorang yang begitu
menghargai pengalaman.
Satu lagi faktor yang menyokong perkembangan Securiforce ialah keupayaananggotanya untuk memprogramkan diri sejak mula bekerja.Masalah utama orang kita ialah disiplin. Perniagaan seperti ini beroperasi 24 jamsehari. Kesanggupan untuk mengorbankan waktu tidur memerlukan disiplin yangtinggi, ujar Maznah yang berpendapat kejayaan tidak sepatutnya diperoleh secara
ekspres atau dalam sekelip mata.Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingilebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini.Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarianbelum berakhir, ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.Impikan waktu 36 jam sehariMaznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. Beliau turutmengesyorkan supaya bakal usahawan mengambil satu atau dua kursus kemahiransebagai modal perniagaan.Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulungijazah, jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam
dalam sehari berbanding 24 jam sahaja.Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanahdan pembangunan sumber manusia.Seorang yang begitu menghargai pengalaman, Maznah akan memastikan anak-anaknyayang berminat untuk bekerja dengan Securiforce memulakan kerjaya di peringkatpaling bawah.Biar mereka tahu bagaimana seorang jaga bekerja atau memandu van sekuriti supayamereka faham selok-belok perniagaan ini, kongsi Maznah.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
32/34
KELUARGA Maznah. (Dari kiri): Mohamad Shafiq, 20, Nurul Shameem, 24, MazreenShanim, 17, Datuk Shaheen, Maznah, Mohamad Nabeel, 3, Nor Sharmila, 29, dansuami, Mohamad Nizar, 31, dan Shahril Reza, 28.
Untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan, Maznah menyarankan dua subjek perludiberi perhatian iaitu perakaunan dan perniagaan.Lima anak saya semuanya menunjukkan minat untuk menjadi usahawan. Sayagalakkan mereka mengambil kedua-dua jurusan sebagai pengetahuan asas.Seperti suami saya yang memiliki kelulusan dalam bidang perakaunan, kamikemudiannya memperkayakan diri dengan strategi perniagaan pula, katanya.Melalui ilmu jugalah Maznah terselamat daripada mengalami kerugian yang mampumeruntuhkan perniagaannya.Nasihat saya, kalau tidak mahu ditimpa bala jangan memulakan perniagaan dengan
berhutang. Gunakan wang sendiri. Juga jangan mulakan dengan jumlah modal yangterlalu besar.Sikap berhati-hati menjadi satu lagi kelebihan Maznah dan suami, Datuk ShaheenMirza Habib, 58. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak pernah berdepan denganwaktu sukar.Pada peringkat permulaan perniagaan, kami belajar erti kesilapan pelaburan yangamat merugikan. Ia berikutan kami tersalah memilih produk.Penggunaan Sistem Penyeliaan Pusat (CMS) yang kami perhatikan di negara Baratrupa-rupanya terlalu jauh ke depan berbanding status negara pada waktu itu.Kami terlupa negara masih kekurangan bangunan pencakar langit pada sekitar 1980-an. Ini bermakna permintaan untuknya terlalu kecil. Tetapi syukur, kami tidak dibebani
hutang, membolehkan kami bangun semula tanpa banyak masalah, cerita Maznah.Menjadi satu kebanggaan baginya apabila kami dapat menjalankan perniagaanmenggunakan modal sendiri.Bermula dengan modal RM5,000, sekarang Securiforce sudah memiliki 60 cawangan diseluruh negara dan beberapa di luar negara, mampu menggaji hampir 5,000 pekerja. Iajuga mereka cipta serta menghasilkan van kalis pelurunya sendiri.
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
33/34
7/27/2019 JUTAWAN WANITA
34/34