K-BMI (Know My BMI)
PENGENALANPENGENALAN
Unit ini akan mendedahkan kepada
Doktor Muda mengenai Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI) dan tafsiran BMI mengikut umur.
OBJEKTIFOBJEKTIF Pada akhir sesi Doktor Muda akan BERKEMAHIRAN:
1. Melakukan ukuran antropometri (tinggi dan berat). 2. Mengira BMI dan memplot data BMI pada carta
pertumbuhan serta mentafsir bacaan BMI-untuk-umur. 3. Menerangkan cara pengurusan berat badan yang
selamat. 4. Menerangkan jenis-jenis dan tanda-tanda gangguan
pemakanan berkaitan persepsi imej tubuh seperti aneroksia dan bulimia nervosa.
5. Menjelaskan implikasi kesihatan yang dihadapi oleh
penghidap aneroksia dan bulimia nervosa.
Mengapa perlu tahu status Mengapa perlu tahu status berat badan?berat badan?
mencerminkan taraf kesihatan.
memudahkan anda mengawal berat badan.
Cara untuk mengetahui status berat Cara untuk mengetahui status berat badanbadan
1. Timbang berat badan dalam unit
kilogram dan tinggi dalam unit meter.
2. Kira Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI) menggunakan formula berikut:
BMI = Berat (kg) Tinggi (m) xTinggi (m)
3. Tandakan nilai BMI (paksi X) mengikut umur (paksi Y) pada carta pertumbuhan BMI-untuk-umur.
Jika murid lelaki gunakan carta biru. Murid perempuan gunakan carta bewarna merah jambu.
4. Bacaan z-skor adalah berdasarkan titik pertemuan paksi X dan Y. Bacaan ini berada dalam kawasan dalam julat lengkuk.
5.Tafsirkan bacaan z-skor mengikut jadual di bawah.
Sumber: WHO 2007
Bacaan z-skor 5-19 tahun
> 2 SD Obes
>1 SD - ≤2SD Berlebihan berat badan
≥-2SD- ≤1SD Normal
≥-3SD-<-2SD Susut
<-3SD Susut teruk
Jika Jika berat badan normal:berat badan normal:Kekalkan berat badan supaya
sentiasa berada dalam berat badan normal.
Teruskan pengambilan makanan seimbang dan lakukan aktiviti fizikal dengan secukupnya.
Jika kurang berat badan:Jika kurang berat badan:
Berjumpa doktormemastikan anda tidak mempunyai masalah perubatan yang berkaitan dengan kekurangan berat badan.
Berat badan boleh dinaikkan Berat badan boleh dinaikkan dengandengan::
i. Tingkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
ii. Sekiranya anda tidak mampu makan dalam kuantiti yang banyak, makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
iii. Makan 6 kali sehari
sarapan,
makan pagi,
makan tengah hari,
minum petang,
makan malam dan
minum malam
Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat, contoh buah atau sandwich.
Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi (bukan tinggi kandungan lemak seperti ayam goreng yang dimakan bersama kulit).
Lakukan senaman dengan kerap kerana senaman boleh meningkatkan selera makan.
Dapatkan tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.
Dapatkan khidmat nasihat Pegawai Pemakanan untuk membantu merancang harian anda.
Jika berlebihan berat Jika berlebihan berat badan: badan: Kurangkan mengambil makanan
yang tinggi lemak seperti makanan terproses (contoh: sosej, nuget, burger), makanan segera (contoh: ayam goreng, kentang goreng), makanan ringan (junk food), salad dressing dan mayonis.
Kurangkan mengambil makanan yang tinggi gula seperti minuman berkarbonat, minuman kordial dan teh tarik serta kurangkan makan aiskrim, gula-gula, coklat, kuih-muih manis dan kek.
Ambil makanan yang tinggi serat seperti bijirin penuh dan roti mil penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Tingkatkan aktiviti fizikal secara beransur-ansur sehingga berjaya melakukan senaman/ bermain selama 1 jam sehari dan hadkan aktiviti sedentari seperti menonton televisyen dan melayari internet tidak lebih daripada 1 jam sehari.
Cara pengurusan berat badan yang Cara pengurusan berat badan yang selamatselamat
Kenal pasti masalah yang menyebabkan kenaikan berat badan seperti makan mengikut nafsu, makan lewat malam, tekanan perasaan atau berasa bosan.
Kenal pasti masalah yang menyebabkan kenaikan berat badan seperti makan mengikut nafsu, makan lewat malam, tekanan perasaan atau berasa bosan.
Tetapkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula serta tingkatkan aktiviti fizikal.
Tetapkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula serta tingkatkan aktiviti fizikal.
Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil.
Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil.
Pantau aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pantau aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.Timbang berat badan
sekali seminggu. Rekod perubahan berat badan anda.
Timbang berat badan sekali seminggu. Rekod perubahan berat badan anda.
Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan.
Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan.
Pastikan anda mengelak daripada makan sekiranya anda ingin melepaskan marah, geram atau tertekan. Sebaliknya anda perlu bersenam kerana ianya adalah kaedah mengawal stress yang baik.
Pastikan anda mengelak daripada makan sekiranya anda ingin melepaskan marah, geram atau tertekan. Sebaliknya anda perlu bersenam kerana ianya adalah kaedah mengawal stress yang baik.
Perlukah ubat pelangsing?Perlukah ubat pelangsing?Tidak digalakkan kerana setiap ubat
mempunyai kesan sampingan.
Pil pelangsing atau produk menguruskan badan tidak boleh menjamin penurunan berat badan secara berkekalan.
Oleh itu, kurangkan kuantiti makanan yang diambil dengan memilih makanan yang lebih sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal.
Masalah gangguan Masalah gangguan pemakananpemakanan
Anoreksia nervosa
Ciri-ciri:Persepsi yang salah terhadap berat dan
bentuk badan.Menyangkakan diri berlebihan berat badan
tetapi sebenarnya sangat kurus.Sanggup berlapar keterlaluan dan tidak
mahu mengekalkan berat badan normal.Mempunyai tabiat yang pelik seperti enggan
makan di hadapan orang lain.Memaksa diri untuk bersenam secara
keterlaluan.Mengalami gangguan kitaran haid.
Implikasi kepada Implikasi kepada kesihatankesihatan
AnemiaOsteoporosisKerosakan hatiTekanan darah yang rendahTahap kesuburan yang rendahSembelitBoleh membawa maut
Bulimia nervosaBulimia nervosaCiri-ciri:Binge eating - makan secara berlebihan
pada satu-satu masa dan memuntahkan kembali makanan tersebut.
Melakukan senaman secara berlebihan.Mengambil ubat-ubatan untuk
mengurangkan berat badan seperti penggunaan laksatif dan ubat yang memberi kesan diuretik.
Persepsi tentang imej tubuh dan berat badan yang salah.
Implikasi kepada Implikasi kepada kesihatankesihatanKerosakan gigiSakit ototInflamasi esofagusKelenjar air liur yang bengkakGangguan kitaran haidPendarahan rektum Ketidakseimbangan cecair badanSakit perut yang terukKerosakan ginjal dan jantungBoleh membawa maut
Sekian, terima kasih.
nutrition.moh.gov.my