OBJEKTIF KEMAHIRAN HIDUP
1. Meningkatkan kualiti asas Kemahiran Hidup dan aspek amali (kemahiran reka
cipta dan kemahiran penyelenggaran peralatan) untuk murid-murid sasaran.
2. Sebagai elemen untuk menyalurkan dan mengembangkan bakal, minat dan
estetika murid dalam bidang Kemahiran Hidup.
3. Menjadikan subjek yang paling digemari oleh semua murid dengan pembabitan
yang maksimum dan meyeronakkan.
FUNGSI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
Bengkel ialah tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada
murid serta membuat kerja amali dan menjalankan aktiviti. Bengkel perlu diurus dengan
cekap.
1. Menyediakan tempat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif, bersesuaian dengan mata pelajaran dan memberangsangkan.
2. Meningkatkan penguasaan kemahiran proses manipulative dalam kalangan
murid.
3. Merangsangkan dan menjana minda murid.
4. Bengkel yang berkualiti akan menjadi pencetus idea kepada murid-murid bagi
menghasilkan inovasi dan reka cipta.
5. Mewujudkan suasana kelainan dan dapat menarik minat murid-murid dan guru
mata pelajaran Kemahiran Hidup.
6. Memaksimumkan penggunaan kelengkapan dalam kalangan murid terhadap
pelajaran inovasi dan reka cipta dengan penyediaan bahan dan alatan tangan
yang lengkap.
7. Memberikan pendedahan asas tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
kehidupn dan menyampaikan kepentingan kemahiran di dalam kemahiran
seharian.
OBJEKTIF PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
1. Memahami apakah pengurusan serta peranan dan bidang tugas pemimpin dan
pengurus panitia.
2. Menjelaskan struktur dan fungsi jawatankuasa yang berkaitan dengan kurikulum.
3. Mengenal pasti akta, pekeliling ikhtisas dan surat pekeliling KPM mengenai
pengurusan kurikulum untuk dilaksanakan.
4. Mengenal pasti faktor-faktor yang menjayakan pelaksanaan kurikulum.
5. Menterjemahkan pengurusan panitia dalam aktiviti di sekolah.
TUJUAN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
1. Memperbaiki dan meningkatan mutu Pengajaran dan Pembelajaran sunjek
Kemahiran Hidup.
2. Berikhtiar dan berusaha mendapatkan strategi pengajaran yang inovatif dan
memotivasikan pembelajaran para pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup.
3. Memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan sekolah dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup berpandu sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan
akademik sekolah.
4. Mewujudkan kerjasama antara panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan
persatuan atau kelab akademik.
PERANAN KETUA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
1. Berfungsi sebagai penyelaras program.
2. Pengurusan panitia.
3. Kewangan dan inventori.
1. Agihan Tugas.
2. Bincang Sasaran.
3. Penilaian & Post Mortem.
4. Perancangan strategik mengenai Kemahiran Hidup.
2. MESYUARAT KETUA BIDANG
1. PENYELARAS PANITIA DALAM BIDANGNYA
1. Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup.
2. Rancangan Tahunan Kemahiran Hidup.
3. Semakan Buku Latihan.
4. Program Akademik.
1. Pelaksanaan Program dan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup.
2. Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Kemahiran
Hidup.
3. PERANCANGAN TAHUNAN KEMAHIRAN HIDUP
4. PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN
5. KEMAJUAN STAF
1. Membuat analisis keperluan.
2. Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.
3. Menilai program Kemahiran Hidup.
4. Memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus.
1. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.
2. Mencadangkan buku bacaan tambahan untuk guru Kemahiran Hidup.
ASPEK- ASPEK YANG PERLU DIBINCANG DALAM MESYUARAT PANITIA
Kekerapan guru bertugas di luar sehingga mengganggu sukatan pelajaran yang
tidak dapat dihabiskan.
Peruntukan panitia/ pembelian alat dan bahan.
6. MENGADAKAN MESYUARAT PANITIA
7. PEMIMPIN DAN PENGURUS KURIKULUM
1. Agen perubahan atau inovasi.
2. Merancang, menyedia dan memastikan penggunaan bahan dan juga alatan
tangan.
3. Mengurus jadual waktu Kemahiran Hidup.
4. Melaksanakan pemantauan di Bengkel Kemahiran Hidup ataupun di kelas.
5. Merancang dan melaksanakan penilaian.
6. Analisis peperiksaan Kemahiran Hidup.
PENGURUSAN MURID-MURID
1. Menyediakan Peraturan Keselamatan Makmal yang perlu dipatuhi oleh murid.
2. Memastikan murid sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara
bersistematik dan selamat.
3. Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada murid
seperti contoh rajah berikut:-
PERANAN SISTEM KEPEGAWAIAN
KETUA FORMEN
KETUA KEBERSIHAN
KETUA ALATAN
KETUA KESELAMATAN
KETUA PROJEK
Ketua formen bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggungjawab terus
kepada guru Kemahiran Hidup. Ketua formen juga haruslah memastikan semua
penolong-penolong di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan.
Tambahan pula, ketua formen juga mestilah melaporkan kepada guru berkenaan
kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak ataupun hilang.
Tugas ketua kebersihan pula ialah bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantunya empat atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai
dan juga membuang sampah dari tong sampah. Selain itu, ketua kebersihan perlulah
memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir dan harus melaporkan
kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pembersihan yang dibuat.
Tambahan pula, tugas Ketua Alatan ialah bertanggungjawab untuk bersama-
sama pembantu untuk mengagihkan alatan kepada murid-murid. Ketua Alatan juga
perlu memungut semula alatan dan meletakkannya pada rak panel alatan serta
melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah ataupun
hilang.
Manakala tugas Ketua Projek adalah bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantunya bagi mengedarkan bahan projek kepada murid-murid semasa kelas
dimulakan. Tambahan pula, Ketua Projek juga mestilah memungut semula projek
terutamanya yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam raka projek,
almari ataupun penyimpanan projek belum siap. Ketua Projek harus melaporkan
kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah atau yang hilang.
Selain daripada itu, tugas Ketua Keselamatan pula bertanggungjawab untuk
bersama-sama pembantu bagi memastikan makmal dalam keadaan selamat serta
memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag
kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket. Tambahan pula Ketua Keselamatan perlu
melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat tingkap yang pecah, kunci pintu yang
rosak dan juga memastikan pili air ditutup ketat.
CARTA ORGANISASI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
PERANAN PENGURUS PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
PENASIHAT
PN.K.MAHESWARY
PENGERUSI
PN.B.BISTI
KETUA PANITIA
PN.R.VASUKI
SETIAUSAHA
PN.M.CELLINA
AJK
EN.T.KANAGARANJAN
CIK.V.PADMAVATHY
1. PERANCANGAN
Menetapkan matlamat dan objektif organisasi.
Menentukan bagaimana mencapainya.
Mengumpul dan menganalisis maklumat.
Menentukan tugas yang perlu dijalankan bagi mencapai matlamat.
2. PENGORGANISASIAN
Menentukan struktur kewibawaan dan mekanisme organisasi.
Membina dan mendefinisikan kaedah dan prosedur.
Memilih dan memberitahu staf mengenai sumber yang ada/tersedia atau yang
boleh diperolehi
3. KEPEMIMPINAN
Mengambil daya usaha dan inisiatif dalam menggerakkan sesuatu.
Memimpin dan menentukan hala tuju kepada kumpulan.
Menentukan jangka waktu dan kos.
Mengeluarkan arahan.
Memberi panduan, dorongan dan rangsangan.
Memberi bimbingan, latihan, teguran dan tunjuk ajar dalam mencapai sesuatu
matlamat.
4. PENGAWALAN
Menyelia proses pelaksanaan.
Membuat pemerhatian dan pencerapan.
Membuat penilaian prestasi.
Membuat laporan mengenai kemajuan.
Membetulkan kesalahan & penyelewengan.
Membuat penilaian di peringkat-peringkat pelaksanaan perancangan.
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PENGURUS PANITIA
PERATURAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PENGURUS PANITIA
Falsafah, Misi Dan Visi Pelaksanaan Progran
Atau Aktiviti
Perubahan
Kemudahan Fizikal
Tenaga Pengajar
Jurang Pendapat Dan Komunikasi
Budaya Dan Sikap
1. Sentiasa patuhi arahan guru.
2. Jangan masuk dan keluar makmal tanpa kebenaran guru.
3. Jangan bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel.
4. Letakkan beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.
5. Tumpukan perhatian terhadap kerja yang dibuat.
6. Bekerja dengan teratur dan sistematik.
7. Simpan semua alatan di tempat yang dikhaskan.
8. Bersihkan alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.
9. Sekiranya timbul keadaan berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.
10.Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut, iaitu Keselamatan Am,
Keselamatan Diri dan Rakan dan juga Keselamatan Alatan dan Bahan. Keselamatan
Am ialah kefahaman murid-murid terhadap peraturan dari segi pemakaian dan
potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup dan
juga rambut mestilah pendek dan kemas. Bagi lelaki, tali leher perlu dimasukkan ke
dalam apron serta memakai lengan baju yang panjang dilipat kemas.
Tambahan pula, sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan
berada di bawah pengawasan guru sepenuhnya. Keadaaan persekitaran bengkel
perlulah kemas, bersih dan teratur. Murid-murid pula haruslah mematuhi arahan guru
dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan
sebelum meninggalkan bengkel KH serta memastikan semua suis elektrik perlu
dimatikan sebelum meninggalkan bengkel tersebut.
Selain itu, Keselamatan Diri dan Rakan adalah penting semasa berada di
bengkel KH. Murid-murid haruslah menjadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu
amalan. Mereka mestilah memakai pakaian yang sesuai dan kemas ketika bekerja di
dalam bengkel. Bagi murid yang memakai baju lengan panjang, perlulah lipat baju
ketika bekerja.
Tambahan pula, bagi murid-murid perempuan, rambut yang panjang hendaklah
diikat manakala yang bertudung pastikan tudung dipakai dengan kemas. Selain itu,
murid-murid tidak dibenarkan bermaian atau bergurau-gurau semasa berada di bengkel
KH. Murid-murid juga perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab dan saling bantu-
membantu sesame ahli kumpulan. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai
kerja di bengkel KH.
Tambahan pula, Keselamatan Alatan Dan Bahan adalah satu perkaran yang
perlu dititikberatkan semasa berada di bengkel KH. Penggunaan bahan dan alatan
perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid menggunakannya.
Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan
daripada cepat rosak. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti
sebelum memulakan sesuatu projek.
Selain itu, alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke tempat yang asal
setelah selesai penggunaannya. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah
dan merbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. Murid-
murid perlulah berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.
CONTOH PERALATAN YANG DIGUNAKAN DI BENGEL KH
Alatan Tangan terdiri daripada :
a) Pita pengukur j) Tukul warington
b) Pembaris keluli k) Pahat tepi serong
c) Sesiku L l) Kikir parut
d) Tolok penanda m) Gandin kayu
e) Tolok serong n) Kertas las
f) Gergaji tangan o) Syelek
g) Gergaji putting
h) Gergaji lengkung halus
i) Tukul kuku kambing
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP