Transcript
Page 1: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Solid Waste Solution Journal; Vol. 1 2015

KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP PENJAGAAN

KEBERSIHAN DAN PERSEKITARAN DI MALAYSIA

SURVEY ON THE PERCEPTION OF COMMUNITY ON THE CLEANLINESS AND

ENVIRONMENT IN MALAYSIA

Ishanuddin Bin Hussin1, Mohamad Fadzil Abd Rahim1,

Santha Chenayah2 & Hamimah Husna Binti Hashim2

1Bahagian Pendidikan Masyarakat

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

2Jabatan Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

ABSTRAK

Tujuan kertas ini adalah untuk mengukur tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan

masyarakat dalam isu-isu kebersihan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi

merangka, menambah baik dan memantapkan lagi pengisian program pendidikan

transformasi minda masyarakat yang akan dijalankan kelak oleh Perbadanan Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Kajian ini dijalankan melalui kaedah soal selidik

dan melibatkan jumlah responden seramai 5,460 orang responden. Hasil kajian mendapati

bahawa masyarakat mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi (iaitu sebanyak 86%) dalam

isu-isu berkaitan dengan kebersihan persekitaran, tetapi tahap kesedaran dan amalan terhadap

budaya kebersihan boleh dikategorikan pada tahap yang masih sederhana iaitu masing-

masing adalah sebanyak 68.4% dan 71.6%.

Kata Kunci: persepsi, pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam, budaya kebersihan

ABSTRACT

The purpose of this paper is to assess the level of knowledge, awareness and practices of

community on issues regarding to cleanliness, solid waste management and public cleansing

in order to develop, improve and enhance the educational program that will be conducted by

the Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp). This study

conducted through a questionnaire and involved a total of 5,460 respondents. The results of

the survey show that the society has high level of knowledge in the related issues which is

Page 2: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

about 86%, but the level of awareness and practices can be categorized still at a moderate

level which is 68.4% and 71.6% respectively.

Keywords: perception, solid waste management, public cleansing, cleanliness culture

PENGENALAN

Penjanaan sisa pepejal di Malaysia semakin meningkat daripada tahun ke tahun. Pada tahun

2013, secara puratanya setiap individu di Malaysia menghasilkan 1.17kg sampah dan

dianggarkan sebanyak 33,000 tan sisa pepejal dijanakan setiap hari (JPSPN, 2013). Pihak

kerajaan telah membelanjakan peruntukan melebihi RM 1 billion setahun bagi menguruskan

sisa pepejal berkenaan. Perkembangan pesat aktiviti perbandaran dan kepelbagaian gaya

hidup masyarakat Malaysia dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan

janaan sisa pepejal tersebut (Tachobanoglous et al., 1993).

Hasil tinjauan pada tahun 2011, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam (SWCorp) telah mengenalpasti 241 lokasi sampah longgok di negeri-negeri yang

menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Perlis,

Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,

Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Justeru, SWCorp telah menjalankan usaha pemantauan

sampah longgok dan pelaksanaan kempen-kempen kesedaran. Disamping itu pelbagai usaha

penambahbaikan juga telah turut dilakukan bagi memastikan jumlah lokasi sampah longgok

tersebut dapat dikurangkan dan tidak berulang. Pada akhir Disember 2013, pemantauan

mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang

masih aktif (SWCorp, 2014).

Hal ini dapat menggambarkan bahawa persepsi masyarakat masih rendah terhadap budaya

kebersihan dan budaya membuang sampah sembarangan masih menjadi amalan masyarakat

Malaysia. Memandangkan isu berkaitan kebersihan dan pengurusan sisa pepejal di Malaysia

semakin meningkat dan meruncing, maka terdapat keperluan untuk melahirkan masyarakat

yang lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap budaya kebersihan.

Page 3: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Ishanuddin Bin Hussin, et. al

Kajian Lepas

Pada tahun 2009, SWCorp telah menjalankan satu kajian kesedaran awam berkaitan kitar

semula di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian menunjukkan 71.8% responden sahaja yang

memahami dan mampu mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan 3R dan hanya

63.7% sahaja yang mengamalkan amalan 3R dalam kehidupan seharian mereka (SWCorp,

2009).

Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan

masyarakat berkaitan isu-isu kebersihan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan

seterusnya mengenalpasti faktor-faktor demografi yang mempengaruhinya. Dapatan kajian

akan digunakan bagi merangka, menambahbaik dan memantapkan lagi pengisian program

pendidikan transformasi minda masyarakat yang akan dijalankan bukan sahaja oleh SWCorp

malah lain-lain agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

METODOLOGI KAJIAN

Skop dan Limitasi

Kajian dilihat ke atas sikap dan persepsi masyarakat terhadap penjagaan kesihatan

persekitaran, pengetahuan tentang sejauh mana pentingnya amalan penjagaan kebersihan dan

amalan dalam penjagaan kesihatan persekitaran.

Kajian hanya dijalankan di negeri-negeri seliaan SWCorp sahaja iaitu Negeri Perlis, Kedah,

Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,

Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Persampelan

Populasi kajian terdiri daripada individu atau masyarakat yang tinggal di negeri-negeri

seliaan SWCorp. Sebanyak 5,460 orang responden telah dipilih secara rawak yang meliputi

masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar.

Pembentukan Soal Selidik

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer yang diperolehi dari sumber utama

(responden) daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada kumpulan sasaran, focus

Page 4: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

group dan temuramah menerusi kajian lapangan. Borang soal selidik ini mengandungi lima

bahagian seperti yang terdapat pada Jadual 1 (Jamilah, 2011).

Jadual 1: Bahagian dan Pembolehubah Instrumen Kajian

Bahagian Pembolehubah

A Maklumat responden

B Pandangan mengenai kebersihan persekitaran

C Pengetahuan tentang penjagaan kebersihan persekitaran

D Kesedaran masyarakat tentang penjagaan kebersihan

persekitaran

E Amalan dalam penjagaan kebersihan persekitaran

Penganalisisan Data

Maklumbalas yang diterima daripada responden melalui soal selidik dimasukkan ke dalam

perisian IBM SPSS Statistics 20 mengikut kod-kod angka yang telah ditetapkan. Ujian

statistik deskriptif yang terlibat ialah minimum, maksimum, min dan median bagi analisis

deskriptif demografi. Bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan bagi

setiap item kajian, purata min skor digunakan.

Analisis ujian-t tidak bersandar, ujian ANOVA satu-hala dan ujian julat berganda Duncan

digunakan bagi mengenal pasti kesignifikanan perbezaan dalam tahap pengetahuan,

kesedaran dan amalan mengikut faktor demografi. Ujian julat berganda Duncan dipilih

berdasarkan pandangan Carmer dan Wanson (1973), bahawa dalam beberapa tatacara

perbandingan berganda, kaedah beza bererti terkecil merupakan satu ujian yang sangat

berkesan bagi mengesan beza sebenar dalam min (Hanunah, 2012).

HASIL DAPATAN

1. Analisa Demografi Responden

a) Taburan Responden Mengikut Jantina

Peratus responden mengikut jantina adalah seperti dalam Rajah 1. Didapati bahawa sebanyak

53.7% daripada jumlah responden adalah lelaki (2,972 orang) manakala 46.9% responden

adalah perempuan (2,486 orang). Dua orang responden tidak mendedahkan jantinanya.

Page 5: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Ishanuddin Bin Hussin, et. al

Rajah 1: Peratus Responden Mengikut Jantina

b) Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Majoriti responden, iaitu sebanyak 58.3% responden memiliki pendidikan di peringkat

sekolah menengah (Rajah 2). Sebanyak 32.6% responden mempunyai pendidikan di

peringkat universiti sama ada dalam ijazah sarjana muda ataupun sarjana. Didapati hanya

5.6% responden memiliki pendidikan sekolah rendah sahaja dan sebanyak 3.3% responden

tidak mempunyai pendidikan secara formal. Enam orang responden tidak mendedahkan tahap

pendidikannya.

Rajah 2: Peratus Responden Mengikut Tahap Pendidikan

53.7%

46.3% Lelaki

Perempuan

5.6

58.3

32.6

3.3

0

10

20

30

40

50

60

70

Sekolah

Rendah

Sekolah

Menengah

Universiti Tidak

Bersekolah

Per

atus

Res

ponden

(%

)

Tahap Pendidikan

Page 6: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

c) Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan

Rajah 3 menunjukkan peratus responden mengikut jenis pekerjaan mereka. Didapati bahawa

sebanyak 34.8% responden bekerja dalam sektor swasta. Sebanyak 22.4% responden

merupakan kakitangan awam. Ini diikuti dengan 20.3% responden yang bekerja sendiri, 9.9%

responden merupakan pelajar (pelajar sekolah dan pelajar di institusi pengajian tinggi) dan

7.9% responden merupakan suri rumah. Hanya 4.4% responden menyatakan bahawa mereka

tidak bekerja. Terdapat 13 orang responden tidak mendedahkan jenis pekerjaannya.

Rajah 3: Peratus Responden Mengikut Jenis Pekerjaan

d) Taburan Responden Mengikut Kawasan Kediaman

Sebanyak 69.3% responden adalah dari kawasan bandar manakala 30.7% responden adalah

terdiri daripada masyarakat luar bandar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

Rajah 4: Peratus Responden Mengikut Kawasan Kediaman

22.4

34.8

20.3

7.9 9.9

4.4

05

10152025303540

Per

atus

Res

ponden

(%

)

Jenis Pekerjaan

69.3%

30.7%

Bandar

Luar Bandar

Page 7: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Ishanuddin Bin Hussin, et. al

2. Analisa Pandangan Masyarakat Mengenai Kebersihan Persekitaran

Secara keseluruhannya responden menggambarkan kebersihan persekitaran di kawasan

kejiranan, bandar kediamaan dan Malaysia adalah pada tahap yang memuaskan dengan min

skor masing-masing adalah 3.87, 3.92 dan 3.85 rujuk Jadual 2 dan Jadual 3.

Jadual 2: Julat Skor dan Tahap Keselarian bagi Penentuan Tahap Kebersihan Persekitaran

JULAT MIN SKOR TAHAP KESELARIAN

5.00 Amat Bersih

≥ 4.00 Bersih

≥ 3.00 Memuaskan

≥ 2.00 Kurang Bersih

≥ 1.00 Kotor

Jadual 3: Tahap Pandangan Mengenai Kebersihan Persekitaran

KAWASAN MIN SKOR TAHAP KESELARIAN

Kawasan kejiranan 3.87 Memuaskan

Bandar 3.92 Memuaskan

Negara 3.85 Memuaskan

3. Analisa Pandangan Pengetahuan, Kesedaran dan Amalan Masyarakat Tentang

Penjagaan Kebersihan dan Persekitaran di Malaysia

a) Pengetahuan Tentang Penjagaan Kebersihan Persekitaran

Instrumen kajian ini merangkumi enam item soalan pengetahuan tentang kebersihan. Soalan-

soalan adalah berkaitan dengan pengetahuan masyarakat terhadap kesan penjagaan

kebersihan persekitaran kepada alam sekitar seperti kesan banjir kilat yang disebabkan oleh

pembuangan sampah ke dalam longkang atau saliran, penularan penyakit yang disebabkan

persekitaran yang kurang bersih dan kesan langsung pembuangan sampah secara

sembarangan. Dalam menentukan tahap pengetahuan masyarakat bagi setiap item soalan

tersebut, julat min skor diukur dan diselarikan dengan tahap keselarian seperti yang telah

ditetapkan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Julat Skor dan Tahap Keselarian bagi Penentuan Tahap Pengetahuan Responden

Page 8: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

JULAT MIN SKOR TAHAP KESELARIAN

3.68 – 5.00 Tinggi

2.34 – 3.67 Sederhana

1.00 – 2.33 Rendah

Jadual 5 menunjukkan tahap pengetahuan masyarakat tentang penjagaan kebersihan

persekitaran di Malaysia. Secara keseluruhanya tahap pengetahuan masyarakat tentang

penjagaan kebersihan persekitaran adalah 86.0% iaitu tinggi dengan min skor keseluruhan

4.30.

Sistem perparitan bandaran yang tersumbat dan rosak adalah penyumbang kepada berlakunya

banjir di beberapa negeri di negara ini. Kajian mendapati bahawa sebanyak 4,819 responden

(88.3%) bersetuju perbuatan membuang sampah ke dalam longkang boleh menyebabkan

banjir kilat dan hanya 143 orang responden (2.6%) yang menyatakan bahawa membuang

sampah ke dalam longkang tidak boleh menyebabkan banjir kilat.

Hasil kajian mendapati bahawa 90.0% masyarakat (4,910 responden) mengetahui bahawa

perbuatan membuang sampah sembarangan akan memberi kesan kepada alam sekitar dan

4,723 orang responden (86.6%) bersetuju bahawa masyarakat akan lebih menghormati

individu yang menjaga kebersihan persekitran. Kajian juga mendapati bahawa masih ramai

(4,953 orang responden atau 90.8%) yang bersetuju bahawa tanggungjawab menjaga

kebersihan merupakan tanggungjawab bersama.

Secara keseluruhanya, masyarakat mempunyai pengetahuan berkaitan dengan hubungkait

kebersihan persekitaran dengan penularan penyakit. Persekitaran yang kotor boleh menjadi

tempat pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus dan nyamuk. Sebanyak 89.7%

responden atau 4,887 orang menyatakan bahawa kebersihan persekitaran mampu

mengelakkan penularan penyakit dan sebanyak 4,583 orang responden (84.1%) mengetahui

mengenai penyakit-penyakit yang boleh diakibatkan oleh persekitaran yang tidak bersih

seperti penyakit deman denggi, Leptospirosis (penyakit kencing tikus), keracunan makanan

dan sebagainya.

Page 9: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Ishanuddin Bin Hussin, et. al

Jadual 5: Tahap Pengetahuan Masyarakat Tentang Penjagaan Kebersihan Persekitaran

b) Kesedaran Tentang Penjagaan Kebersihan Persekitaran

Berdasarkan analisis kajian yang telah dijalankan (menggunakan lapan item bagi mengukur

tahap kesedaran masyarakat tentang penjagaan kebersihan persekitaran) menunjukkan tahap

kesedaran yang sederhana kerana min skor keseluruhan berada pada tahap 68.4% dengan min

sederhana iaitu 3.42 (rujuk Jadual 7). Julat dan tahap keselarian yang digunakan adalah

seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6: Julat Skor dan Tahap Keselarian bagi Penentuan Tahap Kesedaran Responden

JULAT MIN SKOR TAHAP KESELARIAN

3.68 – 5.00 Tinggi

2.34 – 3.67 Sederhana

1.00 – 2.33 Rendah

Sebanyak 3,942 orang responden (72.3%) sedar bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan

bukan hanya terletak kepada kerajaan semata-mata. Walaubagaimanapun, sebanyak 774

orang responden (14.2%) berpandangan bahawa menjaga kebersihan alam sekitar adalah

sesuatu yang menyusahkan. Sebanyak 4,544 orang responden (83.3%) sedar bahawa menjaga

kebersihan alam sekitar adalah sangat penting dan 82.4% daripada jumlah responden (4,497

orang) berasa marah dan benci apabila melihat orang lain membuang sampah merata-rata.

Page 10: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

Hasil kajian mendapati, 82.8% responden (4,513 orang) percaya dan sedar bahawa mereka

mampu menyumbang kepada kebersihan alam sekitar yang lebih baik. Walau bagaimanapun,

hanya 3,461 orang responden (63.4%) yang sanggup untuk membayar lebih bagi membeli

produk-produk yang mesra alam dan hanya 3,413 orang responden (62.7%) yang sedar

kewujudan dan tahu mengenai produk-produk mesra alam.

Sebanyak 3,222 orang responden atau 59.2% responden sedar dan sayangkan alam sekitar

tetapi kekangan masa menjadi penghalang bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti berkaitan

kebersihan seperti gotong-royong di kawasan kediaman, mengamalkan guna semula, kitar

semula dan pengkomposan. Hal ini menunjukkan gambaran awal bahawa kesedaran dan

amalan adalah dua perkara berbeza serta agak sukar untuk diamalkan seiringan. Jadual 7

menunjukkan taburan jumlah responden berdasarkan soalan yang terdapat dalam instrumen

kajian.

Jadual 7: Tahap Kesedaran Masyarakat Tentang Penjagaan Kebersihan Persekitaran

c) Amalan Penjagaan Kebersihan Persekitaran

Tahap amalan dalam penjagaan kebersihan persekitaran diukur dengan menggunakan enam

item soalan meliputi pelaksanaan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), penerapan amalan

Page 11: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Ishanuddin Bin Hussin, et. al

kebersihan di kalangan ahli keluarga, pemilihan barangan mesra alam dan penggunaan semua

lebihan makanan sebagai baja tumbuhan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan

masyarakat dalam penjagaan kebersihan persekitaran berada pada tahap 71.6% iaitu tahap

sederhana dengan min skor 3.58 (tahap keselarian sederhana) (rujuk Jadual 8 dan Jadual 9).

Jadual 8: Julat Skor dan Tahap Keselarian bagi Penentuan Tahap Amalan Responden

JULAT MIN SKOR TAHAP KESELARIAN

3.68 – 5.00 Tinggi

2.34 – 3.67 Sederhana

1.00 – 2.33 Rendah

Hasil kajian mendapati bahawa hanya 65.2% responden (3,551 orang responden) tahu dan

mengamalkan amalan 3R dalam kehidupan mereka seharian. Sebanyak 1,539 orang

responden menyatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada mereka telah mengamalkan

amalan 3R. Sebanyak 4,156 orang responden ataupun 76.2% menyatakan bahawa mereka

mengamalkan sikap tegur-menegur di kalangan keluarga mereka bagi aspek kebersihan dan

bagi menerapkan amalan tersebut. Seramai 3,634 orang responden (66.7%) memilih barang

keperluan rumah yang difikirkan memberi kebaikan kepada alam sekitar dan seramai 3,461

orang responden (63.3%) yang mengelakkan daripada membuat banyak pembungkusan

semasa membeli-belah (rujuk Jadual 9).

Kajian mendapati bahawa hanya 40.9% responden (2,233 orang) yang menggunakan lebihan

makanan mereka untuk dijadikan baja (pengkomposan). Ini menunjukkan bahawa masih

ramai masyarakat yang tidak cakna dan tidak mengamalkan pengkomposan sisa makanan. Ini

dikuatkan lagi oleh hasil kajian komposisi sisa pepejal yang dijalankan oleh Jabatan

Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2013) yang menunjukkan bahawa hampir 15,000 tan sisa

makanan dibuang ke tapak pelupusan. Hanya 39.5% responden (2,158 orang) yang

menyatakan akan mengambil tindakan sekiranya berlaku masalah kebersihan alam sekitar.

24.7% responden (1,344 orang) mengaku mereka tidak pasti apa yang akan dilakukan

sekiranya berlakunya masalah kebersihan dan 35.7% (1,950 orang) menyatakan mereka akan

menunggu orang lain untuk mengambil tindakan yang bersesuaian.

Page 12: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

Jadual 9: Tahap Amalan Masyarakat Dalam Penjagaan Kebersihan Persekitaran

PERBINCANGAN

1. Hubungkait Tahap Pengetahuan, Kesedaran dan Amalan Dalam Penjagaan

Kebersihan Persekitaran

Kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif (r > 0.3) dan signifikan (p < 0.05)

antara pengetahuan dan kesedaran dengan amalan dalam penjagaan kebersihan (rujuk Jadual

10). Terdapat hubungkait positif antara tahap pengetahuan dan tahap amalan (r = 0.324, r >

0.3) serta tahap kesedaran dan tahap amalan (r = 0.509, r > 0.3) penjagaan kebersihan. Kajian

juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungkait antara pengetahuan dan kesedaran (r =

0.273, r < 0.3).

Ini menunjukkan bahawa pengetahuan dan kesedaran mempengaruhi amalam seseorang

individu dalam penjagaan kebersihan persekitaran. Antara pengetahuan dan kesedaran, tahap

kesedaran seseorang individu memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi

amalannya dalam memastikan penjagaan kebersihan persekitaran. Walaubagaimanapun,

pengetahuan seseorang individu tidak mempengaruhi kesedarannya dalam penjagaan

kebersihan persekitaran.

Page 13: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Ishanuddin Bin Hussin, et. al

Jadual 10: Jadual Hubungkait Tahap Pengetahuan, Kesedaran dan Amalan

2. Perbezaan Tahap Pengetahuan, Kesedaran dan Amalan Dalam Penjagaan

Kebersihan Mengikut Faktor Demografi

a) Faktor Jantina

Bagi mengenal pasti terdapatnya perbezaan dalam tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan

dalam penjagaan kebersihan mengikut jantina, analisis Ujian-t telah dilaksanakan. Hasil

analisis Ujian-t yang dilakukan (Jadual 11) mendapati bahawa tiada perbezaan yang

signifikan dalam kesedaran dan amalan penjagaan kebersihan mengikut jantina tetapi terdapat

perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan.

Ia adalah berdasarkan hasil Ujian-t bagi tahap pengetahuan (t = -3.834, df = 5396, p < 0.05)

di mana nilai p = 0.000 (p < 0.05). Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

dalam tahap pengetahuan tentang penjagaan kebersihan persekitaran antara jantina lelaki dan

perempuan. Berdasarkan hasil Ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara tahap kesedaran dengan jantina (t = -1.244, df = 5396, p > 0.05) di mana p =

0.214 (p > 0.05) dan antara tahap amalan dengan jantina (t = - 1.808, df = 5396, p > 0.05) di

mana p = 0.071 (p > 0.05).

Page 14: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

Jadual 11: Hasil Ujian-t bagi Tahap Pengetahuan, Kesedaran dan Amalan Dalam Penjagaan

Kebersihan Mengikut Jantina

b) Faktor Tahap Pendidikan

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan

dan kesedaran dalam penjagaan kebersihan mengikut tahap pendidikan. Hasil keputusan

ANOVA satu hala bagi tahap pengetahuan dan kesedaran (Jadual 4.4), masing-masing adalah

F (df = 3,5390, p < 0.05 ) = 0.12.662 dan F (df = 3,5390, p < 0.05) = 4.287. Ini menunjukkan

tahap pendidikan mempengaruhi pengetahuan dan kesedaran seseorang individu dalam

penjagaan kebersihan persekitaran.

Analisis ujian julat berganda Duncan (Jadual 12) mendapati bahawa individu yang memiliki

pendidikan di peringkat universiti mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi

berbanding dengan individu yang tidak pernah mendapatkan pendidikan secara formal (tidak

bersekolah). Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pendidikan seseorang semakin

seseorang individu banyak terdedah dengan pengetahuan tentang penjagaan kebersihan

persekitaran.

Dalam menganalisa pengaruh tahap pendidikan dengan kesedaran penjagaan kebersihan

persekitaran, analisis ujian julat berganda Duncan (Jadual 13) mendapati bahawa individu

yang memiliki pendidikan di peringkat universiti mempunyai tahap kesedaran yang paling

Page 15: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Ishanuddin Bin Hussin, et. al

tinggi dan individu yang memiliki pendidikan sekolah rendah sahaja mempunyai tahap

kesedaran yang paling rendah.

Jadual 12: ANOVA Satu Hala bagi Tahap Pengetahuan, Kesedaran dan Amalan Dalam

Penjagaan Kebersihan Mengikut Tahap Pendidikan

Jadual 13: Hasil Ujian Julat Berganda Duncan bagi Tahap Pengetahuan Mengikut Tahap

Pendidikan

c) Faktor Jenis Pekerjaan

Bagi mengenalpasti terdapatnya perbezaan dalam tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan

dalam penjagaan kebersihan mengikut jenis pekerjaan, analisis ANOVA satu hala telah

Page 16: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

dilaksanakan (Jadual 14). Berdasarkan hasil keputusan ANOVA satu hala bagi tahap

kesedaran dan tahap amalan, masing-masing didapati bahawa F (df = 5,5381, p > 0.05) =

1.473 dan F (df = 5,5381, p > 0.05) = 0.213. Ia menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan

dalam dua pembolehubah tersebut mengikut jenis pekerjaan. Keputusan ANOVA satu hala

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan dalam penjagaan

kebersihan mengikut jenis pekerjaan iaitu F (df = 5,5381, p < 0.05) = 4.534.

Bagi mendapatkan keputusan yang lebih terperinci bagi mengenalpasti kumpulan pekerjaan

yang mempunyai perbezaan secara signifikan, ujian julat berganda Duncan dilaksanakan.

Hasil analisis adalah seperti di Jadual 15. Responden yang tidak bekerja mempunyai tahap

pengetahuan lebih rendah berbanding dengan kumpulan pekerjaan yang lain. Pelajar didapati

mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi dalam penjagaan kebersihan persekitaran.

Hal ini disebabkan pelbagai usaha dan program pihak kerajaan banyak menjadikan golongan

ini sebagai golongan sasaran.

Jadual 14: ANOVA Satu Hala Bagi Tahap Pengetahuan, Kesedaran dan Amalan Dalam

Penjagaan Kebersihan Mengikut Jenis Pekerjaan

Page 17: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Ishanuddin Bin Hussin, et. al

Jadual 15: Hasil Ujian Julat Berganda Duncan bagi Tahap Pengetahuan Mengikut Jenis

Pekerjaan

d) Faktor Kawasan Kediaman

Bagi mengenalpasti perbezaan dalam tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan dalam

penjagaan kebersihan mengikut kawasan kediaman, analisis Ujian-t telah dilaksanakan. Hasil

analisis Ujian-t yang dilakukan (Jadual 16) mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dalam tahap pengetahuan dalam penjagaan kebersihan mengikut kawasan

kediaman tetapi terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesedaran dan amalam dalam

penjagaan kebersihan persekitaran. Hasil Ujian-t menunjukkan bahawa:

(i) tiada hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan kawasan

kediaman (t = 1.116, df = 5365, p > 0.05) di mana p = 0.265,

(ii) terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesedaran dengan kawasan

kediaman (t = 2.329, df = 5365, p < 0.05) di mana p = 0.020, dan

(ii) terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan dengan kawasan kediaman

(t = 6.416, df = 5365, p < 0.05) di mana p = 0.000.

Kajian mendapati bahawa terdapat kawasan kediaman mempengaruhi tahap kesedaran dan

amalan individu dalam penjagaan kebersihan persekitaran. Individu yang tinggal di kawasan

bandar mempunyai tahap kesedaran dan amalan yang lebih tinggi berbanding dengan

individu yang tinggal di kawasan luar bandar.

Page 18: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

Jadual 16: Hasil Ujian-t bagi tahap pengetahuan, kesedaran dan amalan dalam penjagaan

kebersihan mengikut kawasan kediaman

KESIMPULAN

Tahap pengetahuan masyarakat tentang penjagaan kebersihan persekitaran adalah pada tahap

yang tinggi dengan pencapaian sebanyak 86% (min skor = 4.30). Hasil kajian mendapati

bahawa terdapat perempuan mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi berbanding

leleaki dalam penjagaan kebersihan persekitaran.

Tahap pendidikan didapati mempengaruhi tahap pengetahuan individu dalam penjagaan

kebersihan persekitaran di mana individu yang tidak mendapat pendidikan secara formal

dilihat mempunyai pengetahuan yang lebih rendah berbanding dengan individu yang telah

mendapatkan pendidikan secara formal (sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah dan

universiti). Individu dalam masyarakat yang tidak bekerja dan bekerja sendiri mempunyai

pengetahuan yang lebih rendah berbanding dengan pelajar.

Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesedaran masyarakat adalah pada tahap 68.4%

(dengan jumlah min skor 3.41). Faktor tahap pendidikan mempengaruhi kesedaran individu

dalam penjagaan kebersihan persekitaran di mana, individu yang hanya menerima pendidikan

sehingga sekolah rendah mempunyai tahap kesedaran yang lebih rendah berbanding dengan

Page 19: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Ishanuddin Bin Hussin, et. al

individu-individu lain. Individu yang tinggal di kawasan bandar mempunyai tahap kesedaran

yang lebih tinggi berbanding dengan individu yang tinggal di kawasan luar bandar. Ini

berkemungkinan pendedahan kepada kesan akibat pengurusan sisa pepejal yang tidak

sistematik lebih dirasakan oleh masyarakat bandar seperti banjir kilat, penularan wabak

penyakit berjangkit, pencemaran bau dan sebagainya.

Tahap amalan masyarakat dalam penjagaan kebersihan persekitaran adalah pada tahap

sederhana (71.6% dengan jumlah min skor adalah 3.56). Masyarakat yang tinggal di kawasan

bandar didapati mempunyai tahap amalan yang lebih tinggi berbanding masyarakat yang

tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini mungkin disebabkan oleh kemudahan dan fasiliti

berkaitan pengurusan sisa pepejal seperti tong kitar semula, pusat pembelian barangan kitar

semula dan kawasan perkomposan mudah dijumpai.

RUJUKAN

Carmer, S.G. & Swanson, M.R. 1973. Evaluation of Ten Painwise Multiple Comparison

Procedures by Monte Carlo Methods. Journal of the American Statistical Association.

68 (314): 66-74.

George, D., & Mallery, P. 2003. SPSS for Windows step by step: A simple guide and

reference. 11.0 update (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Hanunah Bt Ahmad Shah. 2012. Hubungan Antara Pengetahuan dan Motivasi dengan

Amalan Memelihara Alam Sekitar dalam Kalangan Guru Pelatih (KPLI). Persidangan

Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari. Institusi Pendidikan Guru Kampus

Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Jamilah Hj Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abdul Wahab. 2011.

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar.

Akademika 81(3) 2011: 103-115. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

JPSPN. 2013. Survey on Solid Waste Composition, Characteristics & Existing Practice of

Solid Waste Recycling in Malaysia Final Report. Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Page 20: KAJI SELIDIK PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP … SELIDIK PERSEPSI... · mendapati bahawa masih terdapat sebanyak 95 kawasan sampah longgok atau hotspot yang ... Kepentingan Kajian

Kaji Selidik Persepsi Masyarakat Terhadap Penjagaan

Kebersihan Dan Persekitaran Di Malaysia

Jabatan Perangkaan. 2011. Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010.

http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_

Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf [24 September 2014]

SWCorp. 2009 (Tidak diterbitkan). Laporan Kajian Soal Selidik Kesedaran Awam Berkaitan

Kitar Semula 2009. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan.

SWCorp. 2013a. Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Menengah. Kementerian

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

SWCorp. 2013b. Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah. Kementerian

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

SWCorp. 2014. Laporan Tahunan SWCORP 2013. Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tachobanoglous, G., Theisen, H. & Vigil, S. 1993. Integrated solid waste management –

Engineering principles and management issues. New York. MCGraw-Hill.


Recommended