1
TAHAP PENGARUH AKTIVITI KOKURIKULUM TERHADAP PEMBANGUNAN DIRI
PELAJAR
Raja Faraazlina Bt Raja Mohamed Junior
Kolej Komuniti Bandar Penawar
E-mel: [email protected]
Nurul Asshikin Binti Ramli
Kolej Komuniti Bandar Penawar
E-mel: @kkbpenawar.edu.my
Abstrak
Dalam melahirkan pelajar yang berketrampilan dan cemerlang, pelbagai aspek perlu
diterapkan kepada pelajar-pelajar seperti sahsiah, kecemerlangan akademik, kepimpinan,
komunikasi dan sebagainya. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap pengaruh
aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan diri pelajar melalui 4 dimensi aspek. Kajian ini
berbentuk kuantitatif yang melibatkan seramai 184 orang responden yang terdiri daripada
pelajar sesi Julai 2014 yang terdiri daripada 5 program pengajian yang dijalankan di Kolej
Komuniti Bandar Penawar dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Instrumen kajian
merupakan set soal selidik dengan tahap kebolehpercayaan 0.75 dan diadaptasi melalui
kajian Johari Hasan (2013). Data dikumpul dan dianalisis menggunakan Statistical
Package for the Social Science (SPSS) versi 20 untuk mendapatkan frekuensi, peratus,
min dan kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Ujian-T juga dijalankan dalam
mengkaji hubungan perbezaan yang signifikan melalui nilai p
2
penambahbaikan di pihak pengurusan khususnya Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam
merancang aktiviti kokurikulum yang memberi impak yang tinggi dan lebih sistematik.
Kata kunci : Pembangunan diri pelajar, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, kolej
komuniti bandar penawar.
Abstract
In producing a skilled and brilliant students, various aspects of personal development skills
should be applied to the students such as character, academic excellence, leadership,
communication and so on. This study was to investigate the influence of extra-curricular
activities for students' personal development through 4-dimensional aspects. This is a
quantitative study involving 184 respondents from the students in July 2014 session,
comprising 5 program conducted at Kolej Komuniti Bandar Penawar by using simple
random sampling method. The instrument is a questionnaire with a reliability level of 0.75
and adapted through the study of Johari Hasan (2013). Data was collected and analyzed
using the Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 20 for the frequency,
percentage, mean, and then presented in tabular form. T-tests were also conducted in
finding the significant relationship differences through the p
3
1.0 PENGENALAN
Pada masa kini, aktiviti kokurikulum di Institut Pengajian tinggi telah menjadi
sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia. Aktiviti kokurikulum menjadi
medium untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu
perpaduan dan kerjasama di kalangan pelajar-pelajar dari berbilang kaum. Antara
tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di Kolej Komuniti adalah untuk memberi
pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka mencapai
kehidupan yang sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara, dalam usaha
melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani, emosi dan
intelek, aktiviti kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari semua segi tersebut.
Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) berpendapat aktiviti kokurikulum
merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia
menyediakan pelbagai peluang pelajar untuk menambah, mengukur dan
mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa
pembelajaran di kelas.
Menurut Mohd Saofian (2013), penglibatan pelajar dalam aktviti kokurikulum
dapat membantu pelajar dalam meningkatkan kualiti modal insan di samping
kecemerlangan kurikulum. Hari ini, pelajar yang telah menamatkan pendidikan di
peringkat ketiga iaitu sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana, menghadapi
kesukaran untuk memperolehi pekerjaan sekiranya mereka tidak mempunyai nilai
tambah atau pengnkhususan yang jelas.
Dalam penyelidikan ini, beberapa aspek yang mempengaruhi pengaruh
aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan diri pelajar diteliti. Antaranya aspek
kepimpinan, komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap. Kajian ini
dilakukan bagi memperbaiki sistem pengurusan dan pentadbiran pelajar sedia ada
sejajar dengan perkembangan globalisasi dan perlu dilakukan pada masa kini agar
pelajar Kolej Komuniti dapat bersaing dengan graduan dari Institusi Pengajian
Tinggi yang lain.
4
1.1 Pernyataan Masalah Dan Fokus Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengaruh aktiviti
kokurikulum terhadap pembangunan diri dalam kalangan pelajar. Ramai
pelajar atau pihak beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan
banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana aktiviti yang
melibatkan akademik. Ada juga pelajar yang kurang berminat dan motivasi
terhadap aktiviti kokurikulum. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program-program yang
tidak sempurna. Natijah daripada ketidaksempurnaan aktiviti yang dianjurkan
menyebabkan penglibatan yang berkurangan bagi program-program yang
dianjurkan di masa akan datang. Menurut Adnan (1990) dalam Hassan
(2010), walaupun sumbangan aktiviti kokurikulum kepada pendidikan diakui,
tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang masih lagi
menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak
menghairankan jika programnya yang dilaksanakan secara sambil lewa
sahaja dan aktiviti yang dijalankan secara tergesa-gesa serta tidak diberi
keutamaan sepertimana pelajaran akademik. Seterusnya visi untuk
melahirkan graduan yang berjaya dan dapat bersaing di alam pekerjaan
kelak akan tidak tercapai kesan dari kurangnya penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum. Kajian ini dilaksanakan terhadap 184 orang pelajar sesi
Julai 2014 bagi mengenalpasti tahap pengaruh aktiviti kokurikulum terhadap
pembangunan diri pelajar berdasarkan 4 aspek utama iaitu kepimpinan,
komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap.
1.2 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini ialah:-
1.2.1 Mengenalpasti pengaruh aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan
diri pelajar.
5
1.2.2 Mengenalpasti aspek yang paling dominan seperti aspek kepimpinan,
komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap terhadap
pembangunan diri pelajar.
1.2.3 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara
aspek yang paling dominan aspek yang paling dominan seperti aspek
kepimpinan, komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap
terhadap pembangunan diri pelajar mengikut jantina.
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan bagi kajian ini ialah:-
1.3.1 Sejauhmanakah tahap pengaruh aktiviti kokurikulum terhadap
pembangunan diri pelajar?
1.3.2 Apakah aspek yang paling dominan seperti aspek kepimpinan,
komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap terhadap
pembangunan diri pelajar?
1.3.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara aspek yang paling
dominan aspek yang paling dominan seperti aspek kepimpinan,
komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap terhadap
pembangunan diri pelajar mengikut jantina.
1.4 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan mengkaji aspek-aspek yang
mempengaruhi pengaruh aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan diri
pelajar. Dalam kajian ini, aspek yang dikaji adalah dari aspek kepimpinan,
komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap. Oleh itu, dengan
adanya kajian ini, dapat menarik pihak-pihak yang terlibat seperti
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kolej
Komuniti, pensyarah-pensyarah dalam merealisasikan visi Kolej Komuniti ke
arah melahirkan pelajar yang berketrampilan.
6
Matlamat pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai jika pihak
pengurusan Kolej Komuniti khususnya HEP (Hal Ehwal Pelajar) tidak
memberi keutamaan yang sewajarnya bagi menimbangkan antara
kepentingan aktiviti kokurikulum dengan akademik dan kurang pula
menekankan tentang penglibatan menyeluruh pelajar dalam aktiviti
kokurikulum. Pelajar perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi
mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani. Oleh itu, kajian ini amat
penting bagi organisasi terutamanya HEP dalam membantu melancarkan
program yang dianjurkan di samping dapat meningkatkan lagi penyertaan
pelajar dan kualiti program kokurikulum agar lebih teratur dan efisen.
Dapatan kajian ini diharap dapat membantu menggalakkan penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum seterusnya masyarakat akan lebih prihatin
terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum demi masa depan pelajar.
1.5 Kerangka Kajian
Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian Tahap Pengaruh Aktiviti Kokurikulum
Terhadap Pembangunan Diri Pelajar
PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR
KEPIMPINAN
KECERGASAN
MINDA
KOMUNIKASI
EMOSI DAN SIKAP
MINAT
JANTINA
AKTIVITI KOLEJ
SUKAN
AKADEMIK (LAWATAN ,
AKREDITASI, KURSUS
KEMAHIRAN )
HEP/KEMENTERIAN/
JABATAN PENGAJIAN
KOLEJ KOMUNITI
COMMUNITY SOCIAL
RESPONSIBILITY (CSR)
IV DV
7
Rajah 1.1 Kerangka konsep kajian yang menerangkan tentang
pembolehubah bebas iaitu pembangunan diri pelajar melalui aspek kepimpinan,
kecergasan minda, komunikasi, emosi dan sikap. Manakala pemboleh ubah
bersandar pula ialah aktiviti kolej dimana pembolehubah ini memberi tindakbalas
atau respon jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandar atau bebas.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Kokurikulum merupakan saluran yang menggalakkan perkembangan bakat
dan sifat kreativiti pelajar (Adnan Kamis 1988). Aktiviti kokurikulum yang dirancang
akan menyemarakkan minat pelajar terhadap mata pelajaran. Ia turut dapat
menyuburkan potensi individu dalam lapangan tertentu untuk memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berkehendakkan supaya bakat dan potensi
dalam diri seseorang pelajar itu dipertingkatkan ke tahap yang maksimum.
Hassan Adnan (2010), kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan
untuk memupuk keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani,
jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju
kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah. Aktiviti
kokurikulum juga merupakan pendidikan yang tidak diajar di dalam kelas, melalui
aktiviti kokurikulum pelajar didedahkan dengan pendidikan bersifat rohani,
kepimpinan, kerjasama berpasukan, keyakinan diri.
Menurut Ruhaiza (2007), langkah kerajaan menggalakkan pelaksanaan dan
penglibatan pelajar dalam kokurikulum merupakan satu langkah yang positif kerana
generasi muda masa kini perlu mempunyai keselarian dalam akademik dan
kokurikulum serta keterampilan sahsiah. Kebanyakan majikan kini lebih berminat
pekerja yang mempunyai kebolehan berinteraksi, berketerampilan, berhemah tingi
dan boleh bekerja secara berkumpulan. Justeru, pelajar di Institut Pengajian Tinggi
perlulah membina kemahiran komunikasi melalui kokurikulum bagi membantu
dalam pembangunan potensi diri individu. Tambahan lagi, penglibatan dalam aktiviti
ini berupaya meningkatkan tahap berdikari dan keyakinan diri di samping
8
mengurangkan perasaan negatif seperti tekanan perasaan, kecelaruan dan
kerunsingan. Mahoney (2005).
Keseimbangan antara hard skills dan soft skills adalah digalakkan untuk
membolehkan mereka lebih diterima dan bersaing di pasaran kerja. Kemahiran
hard skills merujuk kepada sijil kelayakan seperti sijil, diploma dan sebagainya
manakala soft skills merujuk kepada nilai tambah yang lain seperti kemampuan
pelajar berfikir tentang sesuatu perkara dan bagaimana untuk bertindakbalas
terhadap perkara tersebut, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
kepimpinan, kemahiran komunikasi, personaliti dan sebagainya. Kesemua contoh
kemahiran ini amat penting dan merupakan kunci ke arah kejayaan memperolehi
pekerjaan. Semakin banyak kemahiran dan pengetahuan yang pelajar ada, maka
semakin tinggilah peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka bentuk kajian
Kaedah kajian yang digunakan ini adalah kaedah deskriptif berbentuk
tinjauan yang diolah untuk mendapatkan maklum balas mengenai pengaruh
aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan diri pelajar. Mohd Majid (1993),
menjelaskan kajian berbentuk tinjauan adalah paling sesuai digunakan dalam
penyelidikan yang dijalankan di mana matlamatnya ialah untuk
mengumpulkan maklumat-maklumat tentang sesuatu peristiwa yang sedang
berlaku. Penyelidik telah menggunakan borang soal selidik dengan 4 skala
untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat dan
mendapat gambaran yang mendalam mengenai permasalahan kajian yang
dijalankan. Soal selidik merupakan satu instrumen yang lazim digunakan
dalam sesuatu penyelidikan. Ia juga adalah kaedah yang paling mudah untuk
mendapatkan kerjasama daripada responden (Tuckmen, 1978). Selain itu,
soal selidik juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan, masa dan tenaga
bagi mengumpul data. Penggunaan skala likert dalam soal selidik bagi
9
sesuatu set senarai kenyataan telah digunakan untuk mengetahui persepsi
responden terhadap isu-isu yang dikemukakan. Kaedah penyebaran soal
selidik ini adalah responden menjawab secara individu dan dijawab pada
borang jawapan yang disediakan.
3.2 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, jenis instrumen yang ialah borang soal selidik bagi
mengumpul data kuantitatif responden. Menurut Mohd Najib (2003),
instrumen berbentuk soal selidik adalah lebih mudah ditadbir setelah dibina
dengan baik dan data senang diproses dan di analisis. Penggunaan borang
soal selidik sebagai instrumen kajian dikukuhkan lagi dengan pendapat
Mohd. Majid (1998), yang menyatakan bahawa soal selidik merupakan alat
ukur yang digunakan di dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.
Bilangan responden yang ramai juga akan dapat meningkatkan
kebolehpercayaan kajian.
Borang Soal Selidik yang diedarkan adalah diadaptasi mengikut
borang soal selidik pengkaji yang terdahulu iaitu oleh Johari Hassan (2013).
Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha untuk semua
item dalam soal selidik adalah 0.75. Menurut Mohd Majid (1998), nilai
kebolehpercayaan yang sesuai digunakan dalam penyelidikan bagi sesuatu
alat ukur ialah yang mempunyai nilai alpha yang lebih daripada 0.60. Borang
soal selidik mengandungi 24 soalan yang merangkumi 6 soalan bagi setiap
aspek iaitu aspek kepimpinan, komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan
sikap.
Kajian rintis juga telah dijalankan ke atas pelajar bagi mengesahkan
kebolehpercayaan kajian dan nilai alpha ialah 0.7. Selain itu, penyelidik juga
turut membuat kesahan bagi item-item soal selidik dengan berjumpa dan
memohon kerjasama daripada tiga orang pensyarah bagi mengesahkan
kebolehpercayaan item-item tersebut.
10
3.3 Sampel dan Populasi
Sampel dipilih secara rawak kelompok yang melibatkan semua pelajar
Kolej Komuniti Bandar Penawar. Populasi adalah terdiri daripada pelajar-
pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar adalah seramai 216 orang pelajar,
manakala sampel populasi yang diambil ialah seramai 184 orang pelajar.
Peratusan keseluruhan sampel yang menjawab soal selidik kajian ialah
sebanyak 85.2%. Jumlah keseluruhan responden adalah 184 orang.
3.5 Kaedah Analisis Data
Data yang telah dikutip melalui soal selidik dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 20. Kaedah
analisa data secara kuantitatif deskritif dilakukan untuk mengenal pasti ciri
responden, manakala peratusan dan min digunakan bagi menganalisis
aspek-aspek yang mempengaruhi pengaruh aktiviti kokurikulum terhadap
pembangunan diri pelajar di Kolej Komuniti Bandar Penawar. Manakala
Ujian-T untuk mengkaji hubungan dalam kajian juga dilakukan. Aras
signifikan ialah p
11
Jadual 2: Taburan Responden Mengikut Bangsa Dan Jantina
Bangsa
Melayu Cina India Lain-Lain Jumlah
Jantina Lelaki 146 2 3 - 151
Perempuan 27 - 5 1 33
Jumlah 173 2 8 1 184
Manakala responden yang terlibat dalam kajian ini pula terdiri daripada
pelbagai peringkat umur. Responden telah dibahagikan kepada 5 kategori
umur iaitu 18 25 Tahun, 26 30 Tahun, 31 35 Tahun, 36 40 Tahun dan
40 Tahun ke atas. Majoriti responden berada di kategori umur 18 25 Tahun
iaitu seramai 179 Orang (97.3%), diikuti oleh responden pada kategori 36
40 Tahun iaitu seramai 5 Orang (2.7%). (Rujuk Jadual 3).
Jadual 3: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur.
Kategori Umur Bilangan Peratusan
18 - 25 Tahun 179 97.3
26 30 Tahun 0 0
31 35 Tahun 0 0
36 - 40 Tahun 5 2.7
> 40 Tahun 0 0
Jumlah 184 100
Jadual 4: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Program Pengajian
Kelulusan Akademik Bilangan Peratusan
SMK 9 4.9
SKK: SPB 107 58.2
SKK: STP 26 14.1
SKK: SAPK 32 17.4
SKK: SAK 10 5.4
Jumlah 184 100
12
4.2 Tahap Pengaruh Aktiviti Kokurikulum Terhadap Pembangunan Diri
Pelajar
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap
pengaruh aktiviti kokurikulum terhadap pembangunan diri pelajar berdasarkan 4
aspek utama iaitu kepimpinan, komunikasi, kecergasan minda dan emosi dan sikap.
Dapatan hasil kajian bagi soal selidik yang diedarkan dianalisis untuk
menentukan peratusan min dan tahap min. tahap min ini digolongkan pada tiga
tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Menurut Landell (1997), tahap
kecenderungan keputusan responden samaada Lemah, Sederhana, Baik dan Amat
Baik adalah berdasarkan jadual 1.0 di bawah:-
Jadual 1: Tahap Kecenderungan Skor Min
Kod
Kumpulan
Julat Tahap
1 1.00 2.00 Rendah
2 2.01 3.00 Sederhana
3 3.01 4.00 Tinggi
Oleh itu, skor min yang didapati hasil daripada analisis kajian ini adalah
berpandukan pada jadual tersebut.
Jadual 5 menunjukkan analisis nilai keseluruhan aspek-aspek pembangunan
diri pelajar. Nilai min tertinggi ialah aspek kepimpinan pelajar iaitu 3.32, diikuti aspek
kecergasan minda 3.23. Seterusnya nilai min bagi aspek komunikasi iaitu 3.18 dan
aspek emosi dan sikap ialah 3.0. Definisi pemimpin adalah individu yang berwibawa,
berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma. Dalam proses melahirkan dan
membentuk pemimpin yang terbaik memerlukan masa yang panjang. Pemimpin
yang hebat ini tidak dilahirkan secara semulajadi, sebaliknya dibentuk melalui
proses pembentukan daya kepimpinan yang berterusan sejak zaman persekolahan
(Azizah, 1991). Daya kepimpinan yang merangkumi aspek seperti yakin diri,
tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan
13
menyelesaikan masalah dan kepuasan menjalankan tugas perlu diberikan kepada
pelajar-pelajar melalui aktiviti kokurikulum demi membangunkan potensi pelajar
secara menyeluruh.
Jadual 5: Tahap Kecenderungan Nilai Skor Min Bagi Aktiviti Kokurikulum Terhadap
Pembangunan Diri Pelajar.
Aspek Pembangunan
Diri
Min Tahap
Kepimpinan 3.32 Tinggi
Kecergasan Minda 3.23 Tinggi
Komunikasi 3.18 Tinggi
Emosi & Sikap 3.0 Tinggi
4.3 Aspek Dominan Kajian Terhadap Pembangunan Diri Pelajar.
Kajian yang dijalankan ke atas 184 responden menunjukkan aspek
yang paling dominan bagi tahap pengaruh aktiviti kokurikulum terhadap
pembangunan diri pelajar ialah aspek kecergasan minda iaitu seramai 52
orang (28.3%). Rujuk Jadual 6.
Jadual 6: Tahap Pengaruh Aktiviti Kokurikulum Terhadap Pembangunan Diri Pelajar
Berdasarkan 4 Aspek Utama.
Aspek Pembangunan
Diri
n Peratusan (%)
Kecergasan Minda 52 28.3
Emosi & Sikap 51 27.7
Komunikasi 46 25
Kepimpinan 35 19
14
Jadual 7: Korelasi Pembolehubah
Pembolehubah Kecergasan
Minda
Emosi &
Sikap
Komunikasi Kepimpinan
Kecergasan
Minda
1 .760 .882 .677
Emosi & Sikap .780 1 .790 .645
Komunikasi .882 .780 1 .690
Kepimpinan .677 .645 .739 1
Jadual 7 menunjukkan analisis hubungan di antara pebolehubah-
pembolehubah kajian. Pembolehubah kecergasan minda mempunyai hubungan
yang positif dengan emosi dan sikap p
15
5.0 PERBINCANGAN
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mashitah (1995) bertujuan untuk
memperlihatkan bukti sumbangan yang diperolehi apabila bergiat dalam kegiatan
kokurikulum khususnya kepada pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohd Zuki (1994) untuk meneliti sumbangan
kokurikulum ke atas pembentukan personaliti pelajar, aktiviti tersebut akan dilihat
dan dinilai menurut perspektif Islam. Kajian ini mendapati bahawa kokurikulum telah
mendapat tempat dan perhatian yang sewajarnya di dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Keadaan ini memang sudah dijangkakan kerana aktiviti tersebut ternyata
mempunyai signifikannya yang tersendiri di dalam memperkembangkan potensi
pelajar secara menyeluruh, baik dari segi intelek, rohani, emosi atau jasmani.
Morgan (1987), menyatakan bahawa perkaitan aspek-aspek di atas saling
bergantung antara satu dengan yang lain.
Dari sudut kepimpinan pula merupakan antara aspek yang mendapat
perhatian pelbagai pihak dalam menyediakan golongan muda yang juga terdiri dari
kalangan pelajar sebagai golongan pelapis pemimpin negara kelak. Kepimpinan
dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam
situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha
secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Kepimpinan yang cekap dan
berkesan boleh menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi (Gribben,
1972). Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketrampilan, berdaya tahan
dan berkarisma. Proses membentuk dan melahirkan pemimpin yang terbaik
memerlukan masa yang panjang. Pemimpin yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan
sebagai pemimpin secara semula jadi, sebaliknya dibentuk melalui proses
pembentukan daya kepimpinan yang bertersan sejak zaman persekolahan (Azizah,
1991).
16
Penglibatan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan kemahiran-kemahiran
yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya hidup yang
sihat. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara pelajar dan
sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan,
berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang
boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng
Hoe, 1996). Berdasarkan pemerhatian didapati bahawa aktiviti-aktiviti kokurikulum
berupaya membina kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar yang akan
membantu mereka dalam dunia kerjaya kelak. Menerusi pengalaman yang
diperoleh melalui aktiviti-aktiviti, membolehkan pelajar menyediakan diri bagi
menghadapi tuntutan dalam bidang ekonomi, politik, tempat kerja dan suasana
pasaran buruh yang kompleks. Ini adalah salah satu latihan dan pengalaman yang
baik dan pendedahan kepada dunia pekerjaan.
6.0 KESIMPULAN
Hasil daripada dapatan kajian melalui 184 responden menunjukkan kesemua
aspek yang dikaji adalah penting dalam pembangunan diri pelajar. Faktor yang
paling dominan ialah faktor kecergasan minda iaitu seramai 52 orang responden
telah menyatakan aspek ini memberi kesan terhadap penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum. Kecergasan minda yang dimaksudkan ialah keupayaan individu
untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup
seharian dan berfungsi secara optimal.
Manakala, seramai 51 orang responden bersetuju menyatakan bahawa
aspek emosi dan sikap juga menyumbang kepada kesan penglibatan aktiviti
kokurikulum.
Dalam kajian ini, dapat disimpulkan bahawa bagi melahirkan graduan yang
berkualiti sepertimana hasrat kerajaan dan kementerian memerlukan kepada
kecemerlangan diri yang menyeluruh. Ini kerana, sahsiah dan jati diri yang teguh
mampu membawa kepada kecemerlangan dalam akademik dan seterusnya akan
17
menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan pada diri pelajar. Menurut Lukman (2005),
Institusi Pengajian Tinggi yang berkualiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti
bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dari segi kemahiran-kemahiran
lain termasuk kepimpinan, komunikasi, emosi dan nilai murni dan sebagainya.
Graduan yang berkualiti dalam kurikulum dan kokurikulum akan membawa kepada
kejayaan dalam bidang pekerjaan kelak.
6.0 CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan kajian di masa hadapan yang boleh
diketengahkan bagi menambahbaikan lagi sistem disamping meningkatkan potensi
diri pelajar di masa akan datang. Penambahbaikan ini penting bagi menjadikan
sistem lebih sempurna dapat dihasilkan. Antara cadangan bagi penambahbaik
kajian ini ialah dengan melibatkan bahagian pengurusan program seperti
kemudahan dan fasiliti kolej, pengurusan jawatankuasa pelaksana, program-
program yang dijalankan dan sebagainya. Selain itu, kajian ini juga boleh
bekerjasama dengan Unit Hubungan Latihan Industri di bawah Alumni untuk
memperoleh data graduan bagi menambahbaik kajian dari segi bilangan graduan
yang memperoleh pekerjaan sejurus tamat pengajian terutama bagi graduan yang
aktif dalam aktiviti kokurikulum.
7.0 RUJUKAN
1. Hassan Adnan dan Raja Roslan Raja Abd. Rahman. 2010. Pengaruh pelaksanaan
Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Diri Pelajar: Satu Tinjauan. Pusat bahasa
dan pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.
2. Mohd Saofiean Bachok, Hazrul Izuan Shahiri dan Azim Md. Kasim. 2013. Kesan
Penglibatan Pelajar Yang Aktif Dalam Kokurikulum Terhadap Pendapatan. Pusat
Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
18
3. Johari Hassan dan Sutinah A. Safar. Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan
Pelajar Menerusi Penglibatn dalam Aktiviti Kokurikulum di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
4. Hassan Hushin dan Junaidah Md. Salleh. Penglibatan Pelajar Tahun Satu Dalam
Aktiviti Kolej Kediaman di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
8.0 LAMPIRAN
19
KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
BORANG SOAL SELIDIK
TAHAP PENGARUH AKTIVITI KOKURIKULUM TERHADAP PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR
Responden yang dihormati,
Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas responden tentang Tahap
Pengaruh dalam Aktiviti Kokurikulum Dalam Pembangunan Diri Pelajar. Saudara dan saudari telah
dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Semoga saudara dan saudari dapat
memberikan respon yang sewajarnya terhadap kajian ini demi kepentingan semua pihak. Hasil
dapatan kajian ini akan digunakan sebagai panduan untuk meningkatkan Tahap Penglibatan
Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Dalam Pembangunan Diri Pelajar. Sokongan dan kerjasama
yang diberikan oleh anda semua adalah sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian, iaitu:
1. BAHAGIAN A : Maklumat Latar Belakang Responden
2. BAHAGIAN B : Maklum Balas Responden Terhadap Persoalan Kajian
Sila baca arahan yang diberikan pada setiap bahagian dan jawab dengan teliti. Semoga kerjasama
yang diberikan akan membawa manfaat kepada semua. Terima kasih.
Disediakan oleh:
Raja Faraazlina Bt Raja Mohd Junior
Nurul AsShikin Bt Ramli
Kolej Komuniti Bandar Penawar
Kementerian Pendidikan Malaysia
No. Responden
20
BAHAGIAN A : MAKLUMAT LATAR BELAKANG RESPONDEN
Arahan : Sila tanda () pada ruang yang disediakan.Maklumat ini adalah untuk tujuan
statistik dan kegunaan penyelidik sahaja.
1. Jantina
( ) Lelaki
( ) Wanita
2. Umur
( ) 18 25 Tahun
( ) 26 30 Tahun
( ) 31 35 Tahun
( ) 36 40 Tahun
( ) > 40 Tahun
3. Bangsa
( ) Melayu
( ) Cina
( ) India
4. Kursus
( ) Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
( ) SKK: Sijil Penyelenggaraan Bangunan
( ) SKK: Sijil Teknologi Pembinaan
( ) SKK: Sijil Aplikasi Komputer
( ) SKK: Sijil Akauntasi
21
BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS RESPONDEN BAGI PERSOALAN KAJIAN TERHADAP TAHAP PENINGKATAN KEMAHIRAN PELAJAR.
Arahan : Sila tanda () pada ruang yang disediakan mewakili pandangan atau
pendirian anda mengenai pernyataan yang dikemukakan.
Petunjuk : 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 =Setuju, 4 = Sangat Setuju.
______________________________________________________________________
i. Aspek Kepimpinan
No. Penyataan 1 2 3 4
1 Saya dapati aktiviti kokurikulum dalam memupuk semangat kerja berpasukan.
2 Saya yakin untuk mengendalikan program apabila ditugaskan.
3 Saya boleh mentadbir pasukan saya dengan baik.
4 Saya minat dan aktif untuk menyertai semua program berbentuk ilmiah yang dianjurkan.
5 Saya minat dan aktif untuk menyertai semua program berbentuk sukan yang dianjurkan.
6 Saya sentiasa mengikut kepimpinan yang terdahulu.
ii. Aspek Komunikasi
No. Penyataan 1 2 3 4
1 Saya yakin untuk memberikan ucapan di khalayak ramai.
2 Saya sentiasa memberi pandangan dalam setiap persoalan dan permasalahan yang dihadapi.
3 Saya sentiasa memberi bantuan dan nasihat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
4 Saya perlu sentiasa merujuk penasihat bagi menyelesaikan masalah dalam menjalankan tugas.
5 Saya sentiasa berinteraksi dengan semua rakan dalam pasukan.
6 Saya boleh menegur rakan saya dengan berhemah dan berbincang jika terdapat ahli yang bermasalah.
22
iii. Aspek Kecergasan Minda
No. Penyataan 1 2 3 4
1 Saya berfikiran kreatif apabila melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
2 Pencapaian akademik saya seiring dengan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
3 Saya sentiasa bersemangat untuk lebih berjaya dalam hidup.
4 Saya sentiasa menumpukan perhatian saya di kelas walaupun saya aktif dalam aktiviti kokurikulum.
5 Saya berkebolehan dalam akademik dan aktiviti kokurikulum.
6 Saya dapat meningkatkan pengetahuan saya semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.
iv. Aspek Emosi Dan Sikap
No. Penyataan 1 2 3 4
1 Apabila saya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum yang saya sertai, saya rasa gembira dan ingin meningkatkan kejayaan saya dari masa ke semasa.
2 Saya dengan penuh rela hati dan rasa tanggungjawab semasa menjalankan tugas dalam aktiviti kokurikulum.
3 Saya amat puas hati setelah selesai menjalankan tugas aktiviti kokurikulum.
4 Saya tidak ambil kisah dalam aktiviti kokurikulum.
5 Saya berasa iri hati sekiranya saya tidak terpilih untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan.
6 Saya berasa seronok semasa menyertai aktiviti kokurikulum.
Pada pandangan anda, apakah aspek yang paling memberi kesan kepada penglibatan aktiviti
kokurikulum? (Sila Tanda pada 1 aspek sahaja)
Aspek Kepimpinan
Aspek Komunikasi
Aspek Kecergasan Minda
Aspek Emosi dan Sikap
-Terima kasih atas kerjasama anda menjayakan kajian ini-