KAWALAN TIKUS DI LADANG SAWIT
Group 3:
1. KHAIRUL ANUAR
2. MOHD SHAHRIL
3. MUHAMMAD RAFI
JENIS-JENIS TIKUS
1. Tikus Sawah
2. Tikus Belukar
3. Tikus Rumah
CIRI-CIRI
Tikus Sawah – Rattus argentiventerPanjang: 140-220 mmBerat : 85-180 gHabitat : Lebih gemar tinggal di tanah dan
gemar bersembunyi di dalam lubang- lubang di pangkal tunggul dan
bawah batang-batang kayu besar. Majoriti spesies di kawasan “coastal” dan di kawasan ladang baru yang mana dahulunya adalah hutan. Kadar pembiakan adalah tinggi dan aggresif dan menyebabkan
kerosakanserius pada tanamana sawit.
Pengelasan Saintifik:
Kingdom : AnimaliaPhylum : ChordataClass : MammaliaOrder : RodentiaFamily : MuridaeSubfamily : MurinaeGenus : RattusSpecies: R. argentiventer
Tikus Belukar – Rattus tiomanicus
Panjang : 125-190 mmBerat : 55-152 gHabitat : Tinggal di tanah dan di atas pokok
sawit dan gemar bersembunyi di bawah himpunan pelepah.
Spesies yang dominan di ladang sawit. Saiz yang kecil
memudahkan pergerakan naik turun walaupun pada pokok yang tinggi.
Pengelasan Saintifik:
Kingdom : AnimaliaPhylum : ChordataClass : MammaliaOrder : RodentiaFamily : MuridaeGenus : RattusSpecies: R. tiomanicus
Tikus Rumah – Rattus rattus diardiiPanjang : 125-205 mmBerat : 85-240 gHabitat : Tinggal di tanah dan di atas pokok
sawit. Kadar pembiakan lebih tinggi
dan agak agresif berbanding tikus belukar.
Pengelasan Saintifik :
Kingdom : AnimaliaPhylum : ChordataClass : MammaliaOrder : RodentiaFamily : MuridaeSubfamily : MurinaeGenus : RattusSpecies: R. rattus
SERANGAN TIKUS & KESAN-KESANNYA KE ATAS POKOK SAWIT
Pokok muda: Tikus akan memakan umbut anak sawit lantas menyebabkan
kematian pada anak sawit kerana titik pertumbuhannya rosak. Melewatkan pencapaian hasil yang tinggi di peringkat awal
penuaian.
Pokok matang : Tikus merosakan tandan sawit di atas pokok dan memakan
buah lerai di pangkal pokok. Kerosakan pelepah akibat serangan tikus akan mengurangkan
penghasilan buah tandan segar sebanyak 20% pada tahun pertama.
Kerosakan akibat serangan tikus di mesokarp buah sawit akan menyebabkan kehilangan hasil minyak sebanyak 5-10%.
KESAN SERANGAN BARU PADA BUAH SAWIT
KESAN SERANGAN LAMA PADA BUAH SAWIT
KESAN SERANGAN TIKUS PADA PELEPAH SAWIT
CARA-CARA KAWALAN TIKUS
i. Kawalan kimia : Kawalan kimia melibatkan penggunaan racun di
dalam umpan makanan tikus. Jenis racun yang sering digunakan dibahagikan
kepada dua (2) generasi:
Generasi 1: Generasi 2:
-Warfarin -Bromadiolone
-Chlorophacinone -Brodifacoum
-Coumatetralyl -Coumachlor
-Difenacoum
-Difethialone
-Flocoumafen
Umpan racun tikus berbentuk kiub dengan berat antara 4-20g setiap satu.
Umpan yang baik berbentuk kiub 2 cm dan senang dilihat di ladang.
Umpan diletakkan di setiap pokok dan diganti setiap 4 hari sehingga tikus memakan kurang 20% umpan atau kerosakan tandan kurang daripada 5%.
Pelaksanaan kaedah ini memerlukan 4-6 pusingan (400-500 umpan racun/ha).
Tikus akan menjadi resistan terhadap sesuatu racun sekiranya digunakan berulang kali.
Keresistanan kepada warfarin telah menyebabkan penggunaan racun generasi kedua seperti brodifacum (saiz kecil dengan berat 4 g/kiub (penggunaan 4 pusingan setiap 7-10 hari)), bromadiolone ( satu (1) kiub bagi setiap 2 pokok (70-75 kiub /ha) dan flocoumafen.
Racun-racun ini lebih toksik dan berkesan dalam dos yang lebih rendah dan selang masa ulangan yang lebih panjang.
ii. Kawalan fizikal:Kawalan fizikal melibatkan pemasangan penghalang seperti pagar mata punai atau kolar zink pada pangkal pokok sawit belum matang (25cm x 50cm) dan kepingan zink tersebut hendaklah ditanam lebih kurang 15 cm di dalam tanah untuk mengelak tikus dari mengorek masuk.
iii. Kawalan biologi : Penggunaan burung Pungguk Jelapang (Tyto
alba javanica). Tempoh hayat Tyto alba javanica
dianggarkan sekitar 8-10 tahun. Burang Pungguk Jelapang kebiasaannya
membiak dua kali setahun di antara Julai hingga Oktober dan antara November hingga Disember.
Burung ini tidak boleh membina sarang sendiri dan hidup dalam tunggul pokok dan bumbung rumah.
Najis Pungguk Jelapang terdiri dari tulang tikus dan bulu.
Kebiasaanya ia mampu memakan 80-120 g mangsa/malam iaitu sekitar 1-2 ekor tikus.
Populasi burung Pungguk Jelapang boleh digalakkan dengan mendirikan sebuah kotak sarang bagi setiap keluasan seluas 2-10 hektar.
Apabila mengamalkan kawalan perosak bersepadu iaitu penggunaan racun kimia bersama burung Pungguk Jelapang, hanya racun Generasi 1 seperti warfarin boleh digunakan. Racun Generasi 2 seperti bromadiolone dan brodifacoum tidak digalakkan sama sekali oleh kerana ia amat toksik kepada burung Pungguk Jelapang.
TAMAT