Transcript

Faktor Ekonomi

Undang-undang Laut Melaka telah digubahkan untuk memastikan aktiviti perdagangan di pelabuhan dijalankan dengan lancar dan adil. Undang-undang tersebut melibatkan aspek-aspek seperti cara berjual beli, larangan di kapal, dan tanggungjawab nakhoda, kiwi dan anak kapal. Keberkesanan undang-undang ini menyakinkan pedagang asing untuk terus berdagang di pelabuhan Melaka.Kerajaan Melayu Melaka juga mengamalkan sistem cukai berkeutamaan. Sistem cukai ini dianggap berpatutan kerana pedagang perlu membayar cukai rasmi sebelum menjual beli(panduan). Setelah semua cukai dijelaskan atau dibayar, kerajaan Melaka akan mengeluarkan sejenis lesen kebenaran berniaga kepada para peniaga dan penjual. Pengeluaran lesen ini adalah sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan. Kadar cukai ini berbeza bergantung kepada tempat asal pedagang. Contohnya, pedagang dari China dan Jepun tidak dikenakan cukai, tetapi dikehendaki memberi hadiah kepada Sultan. Langkah ini boleh menambah sumber pendapatan kerajaan Melaka, dan juga membolehkan kerajaan Melaka memantau aktiviti perdagangan di pelabuhannya.Selain daripada itu, pelabuhan entrepot di Melaka berperanan sebagai pusat pengumpulan barang dagangan. Pelabuhan ini dapatkan bekalan dari Kepulauan Melayu dan menjual semula kepada pemebeli asing. Pelabuhan Melaka yang berperanan sebagai pelabuhan entrepot berbeza daripada pelabuhan-pelabuhan lain di Gugusan Kepulauan Melayu yang hanya berperanan sebagai pengeluar hasil bumi tempatan.Penggunaan sistem mata wang di Melaka membolehkan urusan perdagangan dijalankan dengan licin. Mata wang logam yang dipannggil calains manakala mata wang emas tempatan juga digunakan dalam urusan jual beli di pelauhan Melaka. Penggunaan sistem mata wang ini telah mennggalakkan kedatangan pedagang asing ke Melaka.

Faktor Politik dan PentadbiranKerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan serantau dan antarabangsa. Langkah ini bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kepentingan perdagangan Melaka. Dalam hubungan serantau, Melaka telah menjalinkan hubungan dipomatik dan perdagangan dengan Kerajaann Jawa, Siak, Kampar dan Pasai. Hubungan ini telah menyebabkan wujudnya perasaan hormat-menghormati dan tolong-menolong antara kerajaan tersebut. Dalam hubungan dengan kerajaan Pasai, Melaka mendapatkan bekalan lada hitam, beras dan emas daripada Pasai. Kedudukan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Apabila berutus surat, mereka menggunaka istilah "salam" sebagai tanda penghormatan. Selain itu, kerajaan Siak dan Kampar dikehendaki mmenggunakan istilah "sembah" apabila berutus surat dengan Melaka. Ini disebabkan kerajaan Melaka berjaya menakluki kerajaan Siak dan Kampar. Oleh itu, kerajaan tersebut perlu menghantar ufti kepada kerajaan Melaka, kerana dianggap bertaraf rendah daripada kerajaan Melaka.Dalam hubungan antarabangsa Melaka, kerajaan Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam, China, Ryukyu, Tanah Arab dan Gujerat. Hubungan di antara Melaka dan Siam bermula kerana Melaka ingin mengambil kesempatan untuk dapatkan bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan. Pada tahun 1404, Laksamana China melawat Melaka dan pada masa yang sama, hubungan baik antara Melaka dan China telah mula. Melaka mendapat manfaat daripada hubungan ini kerana diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat. Kerajaan Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Ryukyu(Jepun). Pedagang Ryukyu yang telah melanggar undang-undang Melaka menyebabkan penghantaran surat kepada raja Ryukyu. Balasan surat raja Rukyu membuktikan raja Ryukyu menyanjung kedaulatan kerajaan Melaka dan akur dengan undang-undang Melaka. Di samping itu, kerajaan Melaka juga mejalinkan hubungan baik dengan Tanah Arab. Pedagang Arab mendapatkan teh dan rempah-ratus dari Kepulauan Melayu. Kedatangan pedagang Arab turut mengembangkan ajaran ajaran Islam kepada pendudk tempatan. Melalui hubungan dengan kerajaan Gujerat, perdagangan kain dan rempah ratus telah dimulakan.

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.254Kesultanan Melayu Melaka. Wikipedia. Dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka


Recommended