Transcript
Page 1: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

TAJUK : KESULTANAN MELAYU MELAKA

KUMPULAN 8

1.ASMA BINTI HILMI D20141068120 2.MARYAM 'AQILA BINTI ISMAWADEE D20141068136 3.MIZA AMANI BINTI MOHAMAD NORDIN D201410681404.NORFARHANI BINTI JANUN D201410672155.NUR ELIDA BINTI SALIMI D201410672236.NUR SURIANI BINTI MOHD RUSMAN D201410672257.NURAYUNI BINTI NOORDIHAN D201410672008.SITI MARYAM BINTI HUSAIN D201410680799.TENGKU NORHUDA BINTI ENGKU HADI D2014106808010.UMMI SYAHIRAH BINTI MOHD ALID20141068135

Page 2: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

LATAR BELAKANG PARAMESWARA

Page 3: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403.

• Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409, apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai.

• Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.

• Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

• Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Page 4: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya.

• Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bintan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama.

• Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366.

• Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud “Yang Dipertuan kepada tiga dunia” melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.

Page 5: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 – 1401).

• Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.

• Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

Page 6: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Menurut “Suma Oriental”, Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura (“orang yang berani”).

• Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu.

• Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Page 7: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Menurut Sejarah Melayu (“Malay Annals”) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya.

• Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong.

• Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai.

Page 8: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

• Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya.

• Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut.

• Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu “Melaka”.

Page 9: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah.

• Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia.

• Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.

• Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.

Page 10: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

LATAR BELAKANG MELAKA

Page 12: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim.

• Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Page 13: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.

• Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina.

• Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.

• Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka.

Page 14: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar.

• Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah.

• Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja".

• Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Page 15: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

ISLAM TERSEBAR DI MELAKA

Page 16: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15.

• Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam.

• Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. . Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi.

• Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka

Page 17: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka.

• Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.

• Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam.

• Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.

Page 18: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.

• Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.

• Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.

• Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.

Page 19: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam

• Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.

• Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.

• Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.

Page 20: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah Abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.

• Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.

• Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

• Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.

Page 21: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

KEGEMILANGAN MELAKA

Page 22: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijayapada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat.

• Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam dan Srivijaya.

• Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.

Page 23: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Page 24: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka.

• Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka.

Page 25: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka.

• Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.

• Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Page 26: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.

• Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini

Page 27: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.

• Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah.

• Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

• Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Page 28: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.

• Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.

• Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15.

• Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Page 29: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

KEJATUHAN MELAKA

Page 30: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.

• Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih.

• Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak.

Page 31: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

• Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan.

• Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Page 32: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka.

• Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.

• Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri kePahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.

Page 33: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka.

• Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka.

• Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka

Page 34: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

• Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan.

• Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19.

Page 35: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

• Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

• Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

Page 36: Kegemilangan melaka (UPSI 2014)

TAMAT…