Download pptx - Kepentingan Psv Dalam TMK

Transcript
Page 1: Kepentingan Psv Dalam TMK

Kepentingan PSV dalam TMK

Odelia anak Kassim

M4 (6/2/15)

Page 2: Kepentingan Psv Dalam TMK

Apakah itu PSV?• Pendidikan Seni bermaksud seni tampak dan tidak merujuk

kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

• Ia bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

• Edmund Burke Feldman dalam bukunya Varieties Of Visual Experience Fourth Edition(1992) menjelaskan bahawa seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang masih berkembang seiring dengan kemajuan manusia beserta zamannya. 

Page 3: Kepentingan Psv Dalam TMK

• Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Inovasi teknologi merangkumi tiga tahap yang penting. • Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara

praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat.

• Berfikiran kritis dan kreatif menurut Torrance (1966) ialah mengaplikasikan pengetahuan seni, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isu kreativiti. 

Page 4: Kepentingan Psv Dalam TMK

Apakah itu TMK / ICT?

• Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an.

• Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat.

• Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma.

• Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja.

Page 5: Kepentingan Psv Dalam TMK

• Secara umum ICT:

• Dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun

• Berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada.

Page 6: Kepentingan Psv Dalam TMK

Perkaitan TMK/ICT dalam PSVApabila memperkatakan tentang Teknologi Maklumat dan

Komunikasi ia tidak dipisahkan dengan rekaan seni grafik dan multimedia.

Reka bentuk grafik atau seni visual melalui komputer dapat dibahagikan kepada beberapa kriteria dan bahagian; 

- Untuk produksi video dan filem.- Pembinaan objek 3 dimensi secara maya.- Penghasilan dan penciptaan seni persekitaran- Cakera optik atau video. - Informasi dan telekomunikasi

Page 7: Kepentingan Psv Dalam TMK

• Memetik pandangan Penston (2006) yang menyatakan bahawa pembangunan perisian komputer berasaskan reka bentuk grafik seperti:

• Illustrator,

• Photoshop

• In-Design

• Flash

• Dibangunkan oleh Adobe Systems Inc dapat memperkembangkan daya kreativiti penggunanya disamping menjimatkan banyak masa berbanding pendekatan reka bentuk grafik secara tradisional (manual and paste up technique). 

Page 8: Kepentingan Psv Dalam TMK

Kepentingan PSV dalam TMK/ICT

• Antara kepentingan PSV dalam TMK adalah dapat menghasilkan seni konversional yang kreatif dan inovatif dengan mengaplikasikan pelbagai unsur seni dan prinsip rekaan dalam seni.

• Seni konversional sebagai asas dan teknologi hanyalah sebagai tool atau alat bagi menambah baikkan lagi sesuatu rekaan. Antara seni-seni baru yang muncul adalah :- Reka bentuk grafik berkomputer.- Animasi 2D dan 3D bagi filem dan permainan video/PC.- Fotografi secara digital.

Page 9: Kepentingan Psv Dalam TMK

1. Produksi video atau filem

• Dalam produksi dan filem, antara unsur dan prinsip rekaan dalam seni yang diaplikasikan ialah warna,kontra,penegasan,imbangan dan irama dan pergerakan.

• Video dan filem mempunyai fungsi yang penting sebagai hiburan dan kaedah menyampaikan maklumat secara berkesan dengan adanya pelakon, aksi dan grafik text yang jelas serta bermakna.