Tajuk : Stail Kepimpinan Pengetua : Kepemimpinan Pengajaran di Sekolah Berkesan.
0.0 Pengenalan
Sering kali diperkatakan kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik sangat
bergantung kepada pemimpin sekolah. Pemimpin sekolah yang bergelar pengetua di sekolah
menengah mempunyai pelbagai jenis stail kepemimpinan mereka demi memacu sekolah mereka
kea rah kecemerlangan. Seperti yang kita sedia maklum, sekolah-sekolah yang Berjaya mencapai
sasaran atau aras kejayaan dilabel dengan dengan istilah-istilah tertentu seperti sekolah kluster,
sekolah bestari, sekolah berkesan dan terbaru ialah sekolah berprestasi tinggi. Sekolah-sekolah
ini sering dikaitkan dengan stail kepimpinan tertentu. Malah dalam tugasan ini, stail
kepemimpinan pengajaran yang diamalkan oleh pengetua dikatakan memainkan peranan yang
penting dalam membentuk sekolah berkesan dan meneruskan tradisi kecemerlangan ini dengan
wujudnya pengetua yang bertindak sebagai pemimpin pengajaran.
0.1 Konsep Kepimpinan
Terdapat pelbagai istilah dan pengertian yang diberikan oleh para pengkaji pengurusan
dan pentadbiran tentang kepimpinan. Menurut Masribun Duki dan Ab. Halim Tamuri ( 2004 ) di
dalam jurnal Pendidikan Islam Jilid 12, Bilangan 1 ,mereka mentakrifkan kepimpinan sebagai “
proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan menyumbangkan kepada pencapaian
matlamat organisasi dan kumpulan. Seorang penyelidik yang mengkaji bidang kepimpinan iaitu
Ali Moh’d Jubran ( 2004 ) pula mendefinisikan kepimpinan sebagai proses menunjuk jalan lebih
daripada memberikan arahan. Konsep kepimpinan merupakan proses memberikan jalan dan
mempengaruhi ahli-ahli organisasi dengan memberi keyakinan bahawa mereka mampu
menunjukkan daya usaha dan kecintaan terhadap tugasan sebagai sebahagian daripada ibadat
untuk memenuhi matlamat organisasi. Justeru, kepimpinan ditakrifkan sebagai satu proses
mempengaruhi kegiatan-kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat ( goal
) dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, kepimpinan berbeza dengan pengurusan kerana
pengurus adalah satu bentuk kepimpinan yang mementingkan matlamat organisasi. ( Yusof
Ismail, 2004 ). Jaafar Muhammad ( 2007 ) pula mendefinisikan kepimpinan adalah merupakan
aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif
kumpulam atau organisasi. Kepimpinan juga dilihat sebagai tindakan yang menumpukan
sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermatlamat. ( Ismail Noor, 2004 ).
Kepimpinan lazimnya melibatkan suatu proses mempengaruhi orang lain di dalam sesuatu
organisasi dengan membina hubungan yang baik, menggerakkan aktiviti dan memandu
subordinat ke arah mencapai matlamat organisasi. ( Yulk , 2002 ). Hoy dan Miskel ( 2005 )
berpendapat bahawa kepimpinan adalah suatu proses social yang merangkumi elemen rasional
dan emosi. Kepimpinan juga menurut mereka adalah suatu proses yang dikongsi oleh organisasi
dan bukan milik seseorang pemimpin itu sahaja.
0.2 Konsep kepimpinan dari perspektif Barat dan Islam
Kepimpinan menurut perspektif Barat ialah tingkah laku individu dalam menerajui
sebuah kumpulan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti dengan menggunakan kaedah komunikasi
yang berkesan dengan orang bawahan.
Di dalam dunia Islam, kepimpinan diberikan perhatian sejak di zaman Rasulullah S.A.W iaitu
lebih kurang 700 tahun masehi. Baginda menganjurkan agar melantik seorang pemimpin walau
dalam kumpulan kecil sekalipun. Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila tiga orang keluar
bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang daripadanya ketua”. Kepimpinan menurut
perspektif Islam adalah berdasarkan garis dan lunas yang yang telah diamanahkan oleh Allah
s.w.t. Semua matlamat kepimpinan mestilah tunduk dan patuh pada perintah Islam dalam semua
keadaan. Pengaruh keindividuan pemimpin Islam tidak wujud kerana pemimpin dan pengikut
tertakluk kepada aqidah dan perintah yang sama. Mereka akan mempengaruhi antara satu sama
lain ( Andi Audryanah , 2007 ).
0.3 Konsep kepemimpinan
Definisi asas kepemimpinan mengikut tafsiran Yukl ( 2006 ) merujuk kepada
sekumpulam manusia yang berinteraksi, berhubung dan mempengaruhi satu sama lain dalam
menuju objektif yang sama. Kepemimpinan juga didefinisikan sebagai proses mempengaruhi
orang lain untuk mengubah tingkah laku ( Hughes et al. 2002 ). Harris et al. ( 2003 )
mentaktifkan kepemimpinan sebagai tingkah laku yang diikongsi secara kolektif dan penglibatan
semua ahli dalam sesebuah organisasi. Menurut Gardner ( 2000 ), kepemimpinan dirujuk sebagai
proses pujukan iaitu mempengaruhi orang lain untuk mencapai objektif secara kolektif antara
pemimpin dengan pengikut. Selain itu, kepemimpinan juga didefinisikan sebagai proses
mentransformasikan pengikut, mencipta matlamat yang dicapai, menentukan langkah-langkah ;
serta tindakan dalam mencapai matlamat yang telah ditentukan. ( Lokman Mohd Tahir et al. ,
2008 ). Menurut Kouzes dan Posner ( 2003 ) pula , kepemimpinan merujuk kepada proses
interaksi antara pemimpin dengan pengikut dalam sebuah organisasi untuk mencapai objektif.
Kesemua definisi yang telah diutarakan telah membawa erti bahawa kepemimpinan adalah amat
mustahak untuk menjadikan sebuah organisasi itu berkesan malah kepemimpinan menjadi begitu
penting di lapangan organisasi terutamanya di sekolah kerana ianya sering dikaitkan dengan
aspek kecemerlangan dan keberkesanan. ( Shahril 2000 ; Kouzes & Posner 2003 ). Dalam erti
kata yang lain, sesebuah organisasi tidak akan berjaya jika tidak mempunyai pemimpin yang
mampu membawa organisasi ke arah kecemerlangan.
0.4 Definisi pengetua
Pengetua ialah individu yang bertanggungjawab dlam melaksanakan tindakan,
menentukan matlamat dan proses menggerakkan anggota bagi memastikan operasi harian di
sekolah dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. ( Azlin, 2004 ). Pengetua adalah orang yang
penting yang memimpin dan mengurus sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Sebagai ketua
yang dilantik secara formal oleh pihak berkuasa dan sah dari segi undang-undang dalam
organisasi sekolah, pengetua diberikan kuasa dan kedudukan yang istimewa bagi menentukan
perjalanan sekolah sewajarnya. Pengetua diharapkan dapat menjalankan ketiga-tiga bidang tugas
sekali gus iaitu mengurus, memimpin, dan mentadbir. ( Juhana Zailah, 2007 ). Mereka ini diberi
tanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang diarahkan olej Kementerian Pendidikan
untuk mencapai Falsafah Pendidikan Negara. ( Parwazalam Abdul RAuf, 2002 ). Dalam kajian
ini, pengetua berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang membawa ke arah kejayaan sesebuah
sekolah.
0.5 Definisi kepimpinan pengajaran
Seperti yang kita sedia maklum, kepemimpinan pengajaran adalah satu bentuk
kepimpinan sekolah yang menekankan kepada keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran.( Joriah Md. Saad, 2009 ). Kepemimpinan pengajaran juga ialah peranan dan
tanggungjawab pengetua terhadap pengajaran dengan memastikan segala tenaga dan usaha para
guru dihalakan ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan. Selain itu, kepemimpinan
pengajaran juga didefinisikan sebagai pengaruh dan kemampuan pengetua untuk menghalakan
daya usaha guru ke arah keberkesanan pengajaran di sekolah untuk mencapai matalamat yang
ditetapkan. ( Juhana Zailah, 2007 ). Kepemimpinan pengajaran juga merujuk kepada tindakan
pengaruh dan kepakaran pengetua memainkan peranannya dan melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran serta menyumbang ke arah keberkesanan program pendidikan untuk para
pelajar di sekolahnya. Hal ini boleh dicapai dengan cara pengetua melibatkan diri secara
langsung dan secara tidak langsung. Strategik secara langsung apabila pengetua terlibat dalam
mengajar secara formal seperti menasihat iaitu bertindak sebagai kaunselor dan penampilan atau
kehadiran ( visibility ) beliau di tempat-tempat strategic di sekolah. Strategik secara tidak
langsung pula termasuklah menyusun dan menetapkan falsafah sekolah membentuk wawasan,
menetapkan matlamat dan objektif, membentuk dasar dan prosedur, menyedia dan menyelaras
sokongan pembelajaran, menetapkan mutu pengajaran, menjalankan hubungan dengan staf dan
bekerjasama dengan persekitaran luar. ( Andi Audryanah , 2007 ).
Kepemimpinan pengajaran juga merupakan satu idea atau gambaran dalam fikiran yang
telah dipertanggungjawabkan tethadap kejayaan sekolah-sekolah sepanjang tahun 1980an dan
awal tahun 1990an. ( Leithwood, Kenneth dalam Mohd Nor Jaafar, 2005 ). Begitu juga isu
kepemimpinan pengajaran telah menjadi agenda utama bagi para pengetua di sekolah-sekolah
berkesan. Menurut Southworth ( 2002 ) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait
dengan pengajaran dan pembelajaran termasuklahn profesion guru-guru dan juga perkembangan
pelajar. Tambah beliau lagi, walau apa pun istilah yang digunakan, pemimpin pengajaran yang
berkesan perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang. Ini
termasuklah pengetahuan tentang kurikulum, pedagogi, proses pembelajaran pelajar dan guru.
( Joriah Md. Saad, 2009 ).
Manakala Meyer dan Mac Millan ( 2001 :2 ) menambah dalam definisi kepemimpinan
pengajaran dalam satu definisi yang agak komprehensif iaitu kepemimpinan pengajaran merujuk
kepada langkah-langkah yang diambil untuk memupuk satu persekitaran kerja yang dibina dan
memuaskan bagi guru-guru dan suasana pembelajaran yang menyenangkan bagi murid.
Hallinger ( 2003 ) merumuskan tentang konsep kepemimpinan pengajaran dalam hal berikut ;
i) Kepemimpinan pengajaran berfokus kepada peranan pengetua dalam
mengkoordinasi, mengawal, menyelia dan membangunkan kurikulum dan pengajaran
di sekolah
ii) Kepemimpinan pengajaran ialah peranan utama pengetua sekolah
iii) Pengetua yang mengamalkan kepimpinan ini ialah pengetua yang yakin dan
bermatlamat
iv) Pemimpin pengajaran ialah pemimpin yang berkemahiran dan berkarisma. Mereka
ialah pengetua yang rajin, benar-benar arif tentang kurikulum dan pengajaran, tidak
takut bekerja dengan guru dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran
v) Pemimpin pengajaran berorientasikan matlamat dan berfokus kepada peningkatan
hasil pembelajaran pelajar. Misi dan strategi mereka lebih sempi tetapi focus.
vi) Kepemimpinan pengajaran sebagai agen pembentuk budaya dan mencipta suasana
akademik yang meletakkan jangkaan yang tinggi kepada guru dan pelajar.
Daripada beberapa pendapat di atas, bolehlah disimpulkan bahawa konsep kepemimpinan
pengajaran adalah menekankan kepada peranan pengetua secara langsung dalam meningkatkan
pencapaian murid di sekolah melalui penglibatan aktif mereka dalam program dan aktiviti
kurikulum dan pengajaran. Ini termasuklah bimbingan pengajaran kepada guru-guru di dalam
dan di luar kelas serta usaha-usaha memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran. ( Joriah Md.Saad, 2009 ).
0.6 Definisi sekolah berkesan
Keberkesanan sekolah mempunyai berbagai-bagai pengertian. Secara umumnya konsep ini
bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak terhadap apa yang
dikehendaki daripada sekolah. ( Rusmini Ku Ahmad, 2003 ). Misalnya pebagai pihak ( guru,
murid, ibu bapa serta masyarakat ) mempunyai persepsi yang berlainan terhadap apa yang
mereka kehendaki daripada sekolah. Keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil
pendidikan tetapi juga ekuiti. Keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya
meningkatkan penguasaan akademik kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan
kanak-kanak kurang beruntung yang menguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak
kelas menengah yang menguasainya. ( Rusmini Ku Ahmad , 2006 ).
Selain itu , tinjauan literature kajian yang dijalankan oleh Rusmini Ku Ahmad ( 2003 )
mengatakan kebanyakan memberiian penekanan kepada kecemerlangan akademik sebagai kayu
ukur utama keberkesanan sekolah. Namun terdapat jugga aspek-aspek lain yang diberi perhatian
mengikut kepentingan golongan masing-masing. ( Segiovanni, 2001 ). Mengikut pandangan ibu
bapa selain daripada kecemerlangan akademik , aspek keprihatinan guru terhadap pelajar ,
keselamatan di sekolah serta kerjasama antara ibu bapa dan sekolah diberi penekanan. Namun ,
bagi pihak pelajar pula, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang memberi peluang yang sama ,
mempunyai guru-guru yang membantu mereka meningkatkan prestasi pembelajaran dan
kreativiti . pihak sekolah pula menekankan perkembangan pelajar yang seimbang , komunikasi
yang baik di kalangan staf, program perkembangan staf yang berterusan dan persekitaran kerja
yang baik. ( Rusmini Ku Ahmad, 2003 ).
Mengikut pengertian Kementerian Pelajaran Malaysia, keberkesanan sekolah adalah tergamabr
melalui keupayaan sekolah memenangi pelbagai anugerah yang telah diwujudkan. Anugerah-
anugerah ini diberikan kepada sekolah-sekolah pada peringkat negeri dan juga diperingkat
kebangsaan. Anugerah-anugerah yang diberikan adalah meliputi aspek akademik dan juga
akademik. Pada peringkat negeri terdapat anugerah yang menumpu kepada aspek bukan
akademik seperti Sekolah Lima Bintang yang meliputi aspek keceriaan sekolah, asrama, bilik
darjah, kantin, pusat sumber, dan seumpamanya. Dari aspek akademik pula telah diwujudkan
anugerah untuk sekolah dan murid-murid yang cemerlang dalam mata pelajaran seperti Sijil
Penghargaan Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah dan sebagainya. Bagi memberii
pengiktirafan tertinggi ke atas usaha-usahasekolah secara keseluruhan , Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mewujudkan anugerah yang berprestij di peringkat kebangsaan iaitu Sekolah
Cemerlang dan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran yang merupakan pencapaian tertinggi yang
mampu dicapai oleh sesebuah sekolah. Hadiah atau ganjaran yang diberikan bagi setiap anugerah
ini adalah bukan sedikit dan ini memberii gambaran tentang kesungguhan pihak kerajaan dalam
usaha meningkatkan komitmen sekolah dalam perlumbaan mencapai kecemerlangan.( Dr Asikin
Salleh, 2009 )
Menurut kajian yang dilakukan oleh Parwazalam Abdul Rauf ( 2002 ), sekolah berkesan
ditakrifkan sebagai institusi yang kebanyakan pelajar mencapai skor pada atau lebih tinggi
daripada kelulusan di peringkat kebangsaan.
Terdapat empat cara mengenal pasti sekolah yang berkesan iaitu ;
a) Menentukan criteria yang khusus seperti peratus pelajar lebih daripada median
kebangsaan.
b) Analisis yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkat dari semasa
ke semasa.
c) Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort.
d) Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.
Selain itu, Segiovanni ( 2001 ) mendefinisikan keberkesanan sekolah berasaskan peningkatan
sekolah. Beliau telah menyenaraikan lapan criteria untuk mengukur keberkesanan :
a) Peningkatan dalam skor ujian
b) Peningkatan dalam kehadiran
c) Pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah
d) Pertambahan peruntukan masa untuk matematik, bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah
e) Penglibatan komuniti dan ibu bapa
f) Penglibatan pelajar dalam ko kurikulum
g) Ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru
h) Sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa
Beberapa pandangan pengkaji mengenai sekolah berkesan telah dibincangkan dan dapat
dirumuskan bahawa keberkesanan sekolah dapat diukur berasaskan ‘output’ atau hasil
persekolahn. Hasil ini terbentuk akademik ( pencapaian akademik ) dan bukan akademik
( disiplin murid, konsep kendiri dan sikap murid, kepuasan kerja guru, penglibatan ibu bapa
dengan sekolah, keceriaan dan sebagainya. Prose juga merupakan criteria yang boleh mengukur
keberkesanan sekolah seperti pentadbiran sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah , nilai
tambah yang diperolehi dan proses pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan sesebuah
sekolah sama ada diukur dari aspek hasil atau proses adalah berasaskan daripada prinsip-prinsip
amalan terbaik yang diamalkan dalam sesebuah organisasi pendidikan.
1.0 Teori kepemimpinan pengajaran
Teori kepemimpinan pengajaran merupakan teori khusus untuk diamalkan oleh pemimpin-
pemimpin sekolah demi menjadikan sekolah mereka lebih berkesan. Teori yang muncul sekitar
tahun 1980-an ini menekankan kepada peranan pengetua sebagai pemimpin pengaajran dan
bertanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian murid di sekolah.
2.0 Model kepemimpinan pengajaran
Andrews dan Soder ( dalam Joriah Md. Saad, 2009 ) berpendapat bahawa model kepemimpinan
pengajaran yang baik memperlihatkan komitmeb pengetua yang tinggi dalam empat bidang
berikut :
a) Pembekal Sumber ( Resource Provider )
Sebagai pembekal sumber, pengetua akan memastikan bahawa sumber manusia, sumber
pengajaran dan pembelajaran serta sumber lain yang diperlukan oleh sekolah sentiasa
mencukupi agar matlamat dan visi sekolah dapat dicapai. Sumber-sumber ini mungkin dalam
bentuk kebendaan, maklumat atau peluang-peluang yang ada.
b) Sumber Pengajaran ( Instructional Resource )
Pengetua sentiasa meletak jangkaan yang tinggi terhadap pencapaian matlamat pengajaran di
sekolah. Beliau membimbing guru-guru melalui sesi-sesi pembangunan staf yang diadakan
secara aktif dan melibatkan diri dalam program penambahbaikan pengajaran di dalam kelas.
c) Penghubung ( Communicator )
Pengetua menyebar dan menjelaskan visi dan matlamat sekolah kepada semua ahli dan
memaklumkan tentang cara-cara bagaimana matlamat itu dapat dicapai. Beliau menggaris
dan menjelaskan tatacara perlakuan yang perlu diamalkan oelh semua guru dalam mencapai
piawai prestasi pengajaran yang ditetapkan.
d) Sentiasa Keterlihatan ( Visible Presence In The School )
Pengetua juga sentiasa dapat dilihat di seluruh kawasan sekolah. Beliau kerap melawat kelas,
berbual dengan guru-guru dan murid, hadir dalam mesyuarat-mesyuarat panitia dan mudah
dihubungi jika perlu.
3.0 Dimensi Kepimpinan pengajaran
3.1 Pentakrifan misi dan matlamat
Dimensi pertama ialah dimensi pentakrifan matlamat sekolah yang merujuk kepada tindakan-
tindakan pengetua mendefinisikan impian dan matlamat yang hendak dicapai. Dimensi ini
dipecahkan kepada dua fungsi iaitu fungsi merangka matlamat sekolah dan fungsi
menperjelaskan matlamat sekolah. ( Andi Audryanah , 2007 ). Dua subdimensi ini disebarkan ke
seluruh warga sekolah dan komuniti setempat.(Joriah Md. Saad, 2009 ). Penjelasan matlamat
merupakan fungsi yang paling domain dilaksanakan diikuti dengan penguatkuasaan dasar
akademik dan seterusnya pemberian intensif untuk pembelajaran. ( Latif Muhammad, 2007 ).
Lazimnya sekolah-sekolah yang berjaya sering menetapkan satu matlamat yang jelas, sesuai
dengan kemampuan staf dan sumber-sumber yang boleh digemblengkan. Matlamat ini digubal
bersama dan difahami serta didukung oleh semua warga sekolah berkenaan. Selain itu, penetapan
matlamat sekolah ini adalah penting kerana sesebuah organisasi tidak akan memahami
kewujudannya akan terdedah kepada pelbagai tekanan dalaman dan luaran. Pengetua bukan
sahaja berperanan membantu menetapkan matlamat yang jelas tetapi juga menyebarkan
matlamat tersebut itu kepada seluruh warga itu kepada seluruh warga sekolah dan juga ibu bapa.
( Hallinger & Murphy, 1985 dalam Joriah Md. Saad ,2009 ).
3.2 Pengurusan Program pengajaran
Dimensi kedua terbahagi kepada tiga subdimensi ( Joriah Md. Saad, 2009 ) iaitu berkaitan
dengan pengurusan program pengajaran yang berfungsi mencerap atau menyelia dan menilai
pengajaran guru dan membuat penyelarasan kurikulum serta memantau kemajuan akademik
pelajar. Pengetua sebaga pemimpin pengajaran perlu menjalankan pencerapan ke atas pengajaran
guru-guru , menyelaras aktiviti kurikulum dan mengawal selia kemajuan murid supaya
kelemahan-kelemahan dapat dikesan dengan cepat. Sekolah-sekolah yang berkesan didapati
menekankan kepada pelaksanaan ujian formatif dan juga ujian sumatif. Pemimpin pengajaran
sentiasa menggunakan keputusan pelbagai ujian ini untuk mengukur prestasi murid dan membuat
tindakan susulan untuk memperbaiki prestasi guru dan murid serta memaklumkan kepada ibu
bapa mengapa penambahbaikan ini perlu dibuat. Penyelarasan program ini jugga menghindarkan
konflik dan ketidakpastian tugas yang mungkin berlaku akibat ketidakjelasan arahan. ( Krug
dalam Joriah Md. Saad, 2009 ). Latif Muhammad ( 2007 ) menambah pendapat dalam dimensi
ini, pengetua seharusnya memberii lebih penumpuan kepada pengurusan program pengajaran
supaya selari dengan kehendak dunia pendidikan sekarang dan setanding dengan pelaksanaan
dimensi yang lain.
3.3 Pemupukan Iklim pengajaran dan pembelajaran
Iklim sekolah bermaksud norma dan sikap guru yang boleh mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan tahap motivasi murid untuk belajar. Ia merangkumi lima
subdimensi lain iaitu mengawal masa pengajaran agar tidak terganggu, memupuk perkembangan
professionalisme guru , menyediakan pelbagai intensif guru, menyediakan intensif pembelajaran
kepada murid dan berusaha untuk kerap berada di sekolah agar sentiasa kelihatan. Iklim yang
positif ialah iklim di mana guru-guru dan murid-murid mahu menggunakan sebanyak mungkin
masa yang ada untuk pengajaran dan pembelajaran, dan berasa seronok berada di sekolah.
( Joriah Md. Saad , 2009 ). Pengetua juga boleh memupuk pertumbuhan iklim yang sihat dengan
menggunakan program perkembangan staf dari semasa ke semasa sama ada di peringkat dalaman
atau luaran. ( Murphy, 2002 ). Seterusnya pengetua yang sentiasa keterlihatan dan mudah
didampingi turut memberii pengaruh yang positif ke atas iklim sekolah.
4.0 Fungsi pengetua dalam kepimpinan pengajaran
Kecemerlangan atau kejayaan sebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh
kepimpinan pengetua yang berkesan. Ini bermakna, pengetualah yang mendorong sesebuah
sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-
kurikulum atau mundur ke belakang sebagai sekolah yang tidak berkesan. Andi Audryanah Hj.
Md Noor. ( 2007 ). Stail kepimpinan pengetua yang bersifat kepemimpinan pengajaran
mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang akan membantu pengetua ke arah kecemerlangan
organisasi yang dipimpinnya setterusnya mencapai matlamat sebenar iaitu menjadikan sekolah
berkesan hasil daripada kejayaannya memimpin sesebuah organisasi. Berikut adalah fungsi
pengetua dalam kepemimpinan pengajaran
4.1 Merangka matlamat sekolah
Fungsi pertama bermaksud tindakan-tindakan pengetua menetapkan matlamat sekolah yang
hendak dicapai. Pengetua yang mahukan sekolah yang dipimpinnya berjaya akan menetapkan
satu matlamat yang jelas dan sesuai dengan kemampuan sumber yang ada ( guru, pelajar , staf ,
kemudahan, kewangan , sokongan )
4.2 Menjelas matlamat sekolah
Tugas pengetua di dalam fungsi ini adalah untuk menjelaskan matlamat akademik sekolah
kepada semua komuniti sekolah iaitu guru, pelajar dan ibu bapa. Peranan ini adalah bagi
memastikan matlamat yang telah ditetapkan dapat dihayati dan dicapai melalui kerjasama
daripada semua pihak . Andi Audryanah Hj. Md Noor. ( 2007 ). Hal ini boleh dilakukan melalui
mesyuarat kurikulum , perbincangan tidak rasmi, poster dan label-label di bangunan sekolah.
( Juhana Zailah, 2007 ).
4.3 Mencerap dan menilai pengajaran guru
Fungsi mencerap dan menilai pengajaran guru melibatkan peranan pengetua mengenalpasti
kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan yang perlu dijadikan peluang dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua aspek ini dapat dikenalpasti secara tepat apabila
pengetua mencerap dan menyelia pengajaran dengan proses penyeliaan yang sebenar iaitu pra
penyeliaan, penyeliaan dan pasca penyeliaan. ( Juhana Zailah, 2007 ).
4.4 Menyelaras kurikulum
Fungsi menyelaras kurikulum merangkumi tugas pengetua menyelaras dalam hal-hal yang
berkaitan dengan kurikulum , tanggungjawab guru dan bahan-bahan pengajaran sekolah.
Penyelarasan ini penting bagi menjamin pross pengajaran selari dengan objektif kurikulum
sekolah dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Andi Audryanah Hj. Md Noor.
( 2007 ).
4.5 Memantau kemajuan akademik murid
Penglibatan pengetua dalam mengenal pasti dan mendapatkan laporan prestasi akademik,
perbincangan dengan tenaga pengajar dan menyebarkannya kepada seluruh warga sekolah. Andi
Audryanah Hj. Md Noor. ( 2007 ). Juhana Zailah ( 2007 ) telah menambah, tindakan pengetua
mengawal selia kemajuan murid supaya kelemahan dapat dikesan dengan cepat. Pengesanan
dilakukan melalui laporan prestasi akademik pelajar dalam ujian formatif dan sumatif daripada
semasa ke semasa. Pengetua juga berperanan mengadakan perbincangan dengan guru-guru untuk
mengenalpasti punca kelemahan pelajar dan bersama-sama mengatasinya dengan cara yang
efektif.
4.6 Mengawal dan melindungi waktu pengajaran
Fungsi ini merangkumi tugas pengetua untuk mengawal dan melindungi waktu pengajaran
daripada sebarang gangguan seperti pembesar suara, dipanggil ke pejabat, bunyi dan
persekitaran. Dengan itu, pengetua juga dapat memastikan proses pengajaran sentiasa dilindungi
dan penumpuan pelajar tidak terjejas. Juhana Zailah ( 2007 ).
4.7 Memberikan sokongan dalam aktiviti pengajaran
Fungsi ini merujuk kepada peranan pengetua selaku kelihatan ‘visible presence’ dalam memberi
sokongan dalam aktiviti pengajaran. Keadaan ini merangkumi kesediaan pengetua untuk
berbincang , melawat kelas, melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan mengajar pada waktu
tertentu. Tindakan pengetua ini memberikan kesan kepada tingkah laku guru dan murid.
4.8 Memberikan insentif terhadap usaha guru
Fungsi memberikan insentif terhadap usaha guru-guru adalah bertujuan untuk
memotivasikan guru terhadap komitmen mereka. Insentif ini merupakan pengiktirafan sama ada
dalam bentuk lisan ( pujian ) dan dalam bentuk fizikal ( laporan prestasi yang baik dan kenaikan
pangkat ).
4.9 Membudayakan perkembangan staf
Salah satu peranan pengetua ialah memastikan dan menggalakkan guru mengikuti kursus-
kursus dalam perkhidmatan yang bersesuaian. Pengetua juga memberi peluang kepada guru bagi
membincangkan kursus-kursus yang perlu diikuti.
4.10 Menetapkan / menguatkuasakan dasar / standard akademik
Peranan pengetua dalam memastikan dasar akademik dipatuhi sepenuhnya dan
memaklumkan kepada murid. Antara contoh dasar akademik adalah memulakan kelas pada
waktunya, mengajar hingga waktu tamat, penguatkuasaan menyiapkan kerja rumah dan
penguatkuasaan disiplin serta menetapkan standard peratusan prestasi akademik yang tinggi
mengikut tahap pencapaian yang berbeza.Pengetua hendaklah meletakkan jangkaan yang tinggi
dari dasar ini.
4.11 Menyediakan ganjaran untuk pelajar
Fungsi yang terakhir ialah pengetua menyediakan ganjaran untuk pelajar. Ia merujuk
kepada pengetua memberi pengiktirafan terhadap pencapaian mereka yang cemerlang dalam
kurikuluum, kokurikulum dan sahsiah diri. Tujuannya untuk mengiktiraf kebolehan dan
pencapaian pelajar tersebut. Pemberian ganjaran ini juga melibatkan pengiktirafan daripada guru,
ibu bapa, pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan organisasi.
5.0 Kepemimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan.
Mengikut Sweeney dalam Rusmini Ku Ahmad ( 2006 ), pemimpin di sekolah berkesan di
dapati memainkan peranan utama sebagai kepemimpinan pengajaran ( instructional leadership )
dan memastikan keberkesanan pengajaran. Purkey dan Smith ( juga dalam Rusmini Ku Ahmad
( 2006 ), menjelaskan pemimpin sekolah perlu menjadi pengurus sumber, pemimpin organisasi
dan staf serta pemimpin pengajaran untuk menjadikan sesebuah sekolah berkesan.
Dalam sorotan literature sekolah-sekolah berkesan, peranan utama pengetua di sekolah
berkesan ialah memberi kepemimpinan pengajaran kepada para guru dan peranan ini telah
dibuktikan memebawa kejayaan kepada sekolah-sekolaj. Peranan pengetua dalam konteks ini
lebih sesuai kepada corak memimpin. Dia berperanan sebagai pemimpin pengajaran dan menjadi
individu yang mencetuskan perubahan-perubahan di peringkat sekolah. (Mohd Nor Salleh,
2005 ).
Kepemimpinan pengajaran pengetua adalah sangat penting kerana kepemimpinan
bercorak ini dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan di kalangan guru dan
pelajar yang dapat menghasilkan prestasi akademik yang cemerlang. Ini bermaksud bahawa
pengetua berperanan sebagai kepemimpinan pengajran dapat mempengaruhi para guru dalam
mengamalkan pengajaran berkesan di bilk darjah. Hanya dengan pengajaran yang berkesan di
bilik darjah pembelajaran di kalangan para pelajar akan berlaku secara berkesan ( Abdul Shukur,
2000 ). Oleh itu, pertalian antara kepemimpinan pengajaran pengetua dan amalan pengajaran
guru yang berkesan di dalam bilk darjah adalah sangat kuat dan natijahnya akan mempengaruhi
pencapaian akademik para pelajar.
Kecemerlangan dalam pencapaian akademik para pelajar dalam peperiksaan awam
adalah criteria utama untuk menentukan kaberkesanan sesebuah sekolah di Negara ini. Sekolah
berkesan ialah sekolah yang dapat memberi kesan dan pengaruh dalam mempertingkatkan
pencapaian akademik pelajar. Pencapaian ini adalah hasil daripada amalan pengajaran guru yang
berkesan di blik darjah. Hasil kajian Hellinger dan Heck dalam Mohd Nor Salleh ( 2005 )
mendapati bahawa hubungan antara kepemimpinan pengajaran pengetua adalah secara tidak
langsung iaitu melalui factor pengantara atau pencelah di peringkat sekolah iaitu para guru.
Menurut Drake dan Rose ( dalam Latip Muhammad, 2007 ) peranan pengetua dilihat dari
dua dimensi iaitu pentadbiran atau pengurusan dan kepemimpinan pengajaran. Pemimpin
pengajaran merujuk pengetua yang mampu menggerakkan sekolah secara berkesan.
Kepemimpinan pengajaran dan pembelajaran merupakan tindakan yang dilakukan oleh pengetua
yang mampu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru, murid,
ibu bapa , perancangan sekolah , pengurusan sekolah, kemudahan sumber dan budaya sekolah.
Justeru, pengetua perlu berperanan memastikan segala tenaga dan usaha guru-guru
digembelingkan dengan menggunakan sumber yang ada ke arah pencapaian program pendidikan
yang berkesan.
Terdapat enam cirri kepemimpinan pengetua yang berkait dengan kepemimpinan
pengajaran di sekolah berkesan ( Shahril, 2000 ) . Cirri-ciri tersebut ialah
i. Memberikan penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik
ii. Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran
iii. Menyediakan dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah ( iklim sekolah )
iv. Kerap menilai pencapaian akademik pelajar
v. Menyelaras program pengajaran dan
vi. Membantu dan memberi semangat kepada para guru.
Hasil-hasil kajian tentang sekolah berkesan pada tahun 1980-an terutamanya di amerika
Syarikat mendapati bahawa kepemimpinan pengajaran pengetua mempunyai kesan yang
signifikan terhadap inovasi pendidikan dan juga pembelajaran murid. ( Mortimore dalam Andi
Audryah, 2007 ). Daripada kajian-kajian tetang sekolah yang pernah mencapai kecemerlangan
menunjukkan kepemimpinan pengajaran pengetua yang bersungguh-sungguh dan padu
mempunyai pertalian yang signifikan dengan budaya sekolah, semangat guru dan pencapaian
akademik pelajar. ( Andi Audryah, 2007 )
Selain itu, kajian tentang sekolah berkesan menemui sekolah yang berkesan ialah sekolah
yang diuruskan pengetua yang berbeza tinglah laku daripada pengetua sekolah yang tidak
berkesan. Faktor yang membezakan kedua-dua situasi sekolah tersebut ialah peranan yang
dimainkan oleh pengetua sebagai pemimpin pengajaran. ( Juhana Zailah, 2009 ).
6.0 Rangkuman / Kesimpulan
Pengetua yang berkesan sentiasa berusaha untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu
kepimpinan kerana sekolah sebagai suatu system social terbuak terdedah kepada pelbagai
pengaruh. Kepimpinan berkesan akan memastikan sekolahnya mencapai matlamatnya. Matlamat
tersebut semestilah untuk menjadikan sekolah sebagai institusi berkesan daripada pelbagai aspek.
Oleh itu, pengetua sewajarnya mengamalkan tahap kepemimpinan pengajaran yang tertentu
sehingga berjaya menjadikan sekolahnya sebagai sekolah berkesan. Negara memerlukan generasi
yang bijak, cemerlang dan serba boleh untuk memastikan Negara tidak ketinggalan dalam arus
pemodenan dan teknologi canggih ini. Dan semuanya bertitik tolak daripada ketekalan usaha
pengetua dalam memimpin pengajaran guru dan pelajar di sekolahnya.