KERAJAAN AWAL DI TANAH MELAYU
TAJUK PENERANGAN CATATAN
1. Kedah Tua Pengenalan
Diasaskan pada abad ke-5.
Merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu.
Dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan
Kalagram.
Menurut catatan I-Tsing dari negara China, Kedah Tua juga disebut
sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina).
Agama
Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti
oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan
melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Pusat Perdagangan
Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi
kemudian dipindah ke Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang
luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai
Mas.
Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang,
tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan
pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum
mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur.
Pelabuhan Kedah Tua juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil
tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah,
emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan
sebagainya.
Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi
pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata
dan luas.
Zaman Kegemilangan
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa
pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan
melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik
yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tua
2. Gangga
Negara
Pengenalan
Dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang.
Kerajaan ini meliputi Beruas, Dinding dan Manjung yang kini terletak di
negeri Perak, Malaysia.
Ia berpusat di Beruas dan runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra
Chola I dari Coromandel, India Selatan pada tahun 1025 dan 1026.
Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di
Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan ini.
Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan ini wujud tidak lewat
dari abad ke-2 Masihi.
Kerajaan ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjung), sekitar
kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter) arah timur Bukit Segari di
tepi Sungai Dendang.
Pengasas
Raja Gangga Shah Johan merupakan salah seorang rajanya.
Menurut catatan Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga Negara
diasaskan oleh Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain
mengatakan Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Khmers dari Kemboja.https://ms.wikipedia.org/wiki/
Gangga_Negara
3. Chih Tu Pengenalan
Kerajaan Chi Tu / Kerajaan Tanah Merah (Anggaran dari 100 SM
hingga 700 M) merupakan sebuah kerajaan Buddha purba di
Semenanjung Melayu.
Lokasi berdirinya Chi Tu diperdebatkan. Ia terletak sama ada di
Kelantan, Pahang, Songkhla atau Patani.
Bukti yang nyata ialah dimana apabila ekspidisi Cina ini berlayar dari
Chi Tu ke Champa, mereka mengambil masa 10 hari, maka kerajaan
ini mungkin terletak di Sungai Kelantan.
Malahan, terdapat batu bersurat Buddhagupta yang ditemui di Kedah
menerangkan tentang Raktamrtikka yang bermaksud Tanah Merah.
Agama
Kerajaan ini mengamalkan ajaran Buddha.
Buktinya struktur bangunan dan struktur masyarakatnya yang
meletakkan golongan Brahmin pada kedudukan yang istimewa.
Adat Resam
Setiap rakyatnya mesti menindik telinga dan memotong rambut dalam
sebuah perayaan keagamaan.
Hal ini adalah bertujuan untuk mengagungkan Buddha tetapi
penghormatan yang tertinggi diberi kepada para Brahmin.
Para perempuan perlu mengikat rambut mereka
https://ms.wikipedia.org/wiki/Chi_Tu
4. Langkasuka Pengenalan
Juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China),
Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Ia diasaskan
pada kurun ke-2 Masihi.
Ia merupakan sebuah kerajaan Hindu Melayu silam.
Kerajaan ini dan Kerajaan Kedah Tua mungkin merupakan kerajaan
yang paling awal di Tanah Melayu.
Ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang
terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora
(Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal Kerajaan Pattani.
Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada
Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan
Kerajaan Pattani.
Pada tahun 515 Masihi Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan
dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta
dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 Masihi.
Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi
Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai
ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter". https://ms.wikipedia.org/wiki/Langkasuka