KERATAN AKHBAR
07 hingga 10 Ogos 2016
Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat
1. Sinar Harian – Pencen suami
tanggung rawatan. Ahad / 07 Ogos
2016 52
2. Sinar Harian – PVATM bina lebih
2000 rumah di Bukit Jalil. Ahad / 07 Ogos
2016 Online
3.
Utusan Online – PVATM bina lebih
2,000 rumah di Taman LTAT Bukit
Jalil.
Ahad / 07 Ogos
2016 Online
4. Sinar Harian – Miliki rumah sebelum
bersara. Isnin / 08 Ogos 2016 Online
5. Sinar Harian – Jhev tidak cakap
kosong. Isnin / 08 Ogos 2016 Online
6. Borneo Post Online – Engage in
economic activities, veteran urged. Isnin / 08 Ogos 2016 Online
7.
Borneo Post Online – 3 year wait to
proposal to rename road after Iban
hero kanang. Isnin / 08 Ogos 2016 Online
8. Kosmo – Mandi lopak air, tidur dalam
laut. Rabu / 10 Ogos 2016 Online
9.
Berita Harian – Tiga sekawan
berkayuh 2,3000km pusing
Semenanjung. Rabu / 10 Ogos 2016 Online
Pencen suami tanggung rawatan
Rahimi (kiri) melawat keadaan Rahimi di rumahnya di Kampung Kenjing Repek, semalam.
BACHOK - “Saya bersyukur walaupun menderita barah lidah, tak menjejaskan ingatan suami saya sepanjang dia bertugas sebagai anggota tentera selama 22 tahun,” kata isteri seorang bekas tentera di Kampung Kenjing.
Noriza Awang hamat, 45, berkata, dia hanya menyedari suaminya, Sarjan (B) Mat Daud Jusoh, 50, menghidap barah lidah tahap tiga pada dua tahun lalu.
Menurutnya, penyakit itu menyebabkan tubuh badan suaminya menjadi lemah dan tidak bermaya.
“Saya terpaksa menggunakan kesemua wang pencen untuk membeli lampin pakai buang dan susu disyorkan pihak hospital.
“Memang tak cukup, sebahagian turut digunakan untuk menyara anak kami yang masih bersekolah di tingkatan empat,” katanya.
Norizan berkata, dia bersyukur kerana dua lagi anaknya tidak menjadikan kesulitan hidup sebagai penghalang untuk berjaya.
Katanya, seorang anaknya turut membantu meringankan beban keluarga dengan bekerja di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Manakala seorang lagi anaknya, baru sahaja menerima surat rekrut sebagai anggota tentera di negeri sama.
Sementara itu, Presiden Persatuan Prihatin Bekas-bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) cawangan Kelantan, Datuk Rahimi Awang berharap, ada pihak sedia membantu kebajikan Mat Daud terutama persatuan bekas tentera di sini.
Menurutnya, dia sedih dengan keadaan menimpa Mat Daud yang terlantar serta tidak mampu bercakap mahupun makan.
“Perkhidmatannya serta jasanya dalam Unit Kor Perkhidmatan (Angkut) sejak 1988 wajar ingati malah penderitaannya perlu dibantu,” katanya.
PVATM bina lebih 2,000 rumah di Bukit Jalil
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)
KOTA BHARU - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) akan
membina lebih 2,000 unit rumah di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi membantu anggota pasukan keselamatan
itu memiliki kediaman sendiri.
Presidennya, Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor berkata
rumah berkenaan akan dijual dengan harga 70 peratus daripada amaun maksimum
pinjaman yang dilakukan anggota tentera berkenaan.
"Contohnya, jika had maksimum pinjaman anggota tentera itu RM200,000, maka
rumah berkenaan akan dijual 30 peratus lebih murah kepada mereka (bergantung
kepada syarat-syarat tertentu).
"Ini bagi membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri sebelum berhenti atau
bersara daripada perkhidmatan. Kita jangka rumah berkenaan dapat disiapkan
dalam tempoh dua tahun," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian
Persidangan Perwakilan PVATM Kelantan ke-48 di sini hari ini.
Majlis yang dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar
Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah itu, turut dihadiri Yang Dipertua PVATM
Kelantan Datuk Muhammad Abd Ghani dan Panglima Markas Briged Kelapan
Infantri Brigedier Jeneral Nazari Abd Hadi. - Bernama
PVATM bina lebih 2,000 rumah di Taman LTAT
Bukit Jalil
KOTA BHARU 7 Ogos - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)
akan membina lebih 2,000 unit rumah di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi membantu anggota pasukan keselamatan
itu memiliki kediaman sendiri.
Mohd. Anwar Mohd. Nor
Presidennya, Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Noor berkata,
rumah berkenaan akan dijual dengan harga 70 peratus daripada amaun maksimum
pinjaman yang dilakukan anggota tentera berkenaan.
"Contohnya, jika had maksimum pinjaman anggota tentera itu RM200,000, maka
rumah berkenaan akan dijual 30 peratus lebih murah kepada mereka (bergantung
kepada syarat-syarat tertentu).
"Ini bagi membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri sebelum berhenti atau
bersara daripada perkhidmatan. Kita jangka rumah berkenaan dapat disiapkan
dalam tempoh dua tahun," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian
Persidangan Perwakilan PVATM Kelantan ke-48 di sini hari ini.
Majlis yang dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mej. Jen.
Datuk Mohamad Khir Abdullah itu turut dihadiri Yang Dipertua PVATM Kelantan,
Datuk Muhammad Abd. Ghani dan Panglima Markas Briged Kelapan Infantri, Brig.
Jen. Nazari Abd. Hadi.
Dalam perkembangan sama, Mohd. Anwar berkata pihaknya sedang menyiapkan
kerja tapak bagi pembinaan 200 unit rumah kepada pesara dan bekas anggota
tentera di Segari, Perak, di tapak seluas 12.14 hektar.
Beliau berkata, rumah berkeluasan kira-kira 1,000 kaki persegi itu akan dijual di
bawah harga RM100,000 dan mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan.
Katanya, setakat ini hanya kerajaan Perak yang bersetuju untuk memberi tanah
kepada persatuan itu bagi membina rumah kepada pesara dan bekas anggota
tentera.
"Negeri Sembilan pula bersetuju agar pihak pemaju memperuntukkan sebahagian
kecil rumah dalam mana-mana projek perumahan kepada pesara dan bekas
anggota tentera.
"Bagi negeri-negeri lain pula, persatuan sedang mengadakan perbincangan lanjut
agar pesara dan bekas anggota tentera mendapat pembelaan sewajarnya," kata
beliau. - BERNAMA
Miliki rumah sebelum bersara
Mohd Anwar menyampaikan pingat dan sijil kepada veteran terpilih di sini semalam.
KOTA BHARU - Persatuan Veteran ATM (PVATM) menyarankan supaya tentera di
seluruh negara memiliki kediaman sendiri sebelum bersara.
Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, berdasarkan itu juga pihaknya
sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan untuk
menggalakkan pembelian rumah.
“Kita mahu mereka yang masih berkhidmat ada rumah sendiri sebelum tamat jadi
tentera,” katanya kepada media semalam.
Terdahulu beliau menghadiri Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran
ATM Kelantan ke-48 di sini semalam yang dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Hal
Ehwal Veteran ATM di sini.
Tambahnya, sebanyak 2,000 rumah akan dibina di Taman Lembaga Tabung
Angkatan Tentera di Bukit Jalil untuk bantu kumpulan tersebut memiliki kediaman
sendiri.
Katanya, rumah tersebut akan dijual dengan harga 70 peratus lebih murah daripada
jumlah had maksimum pinjaman.
“Harga mengikut kemampuan kalau pinjaman RM200,000 kita akan bina rumah
yang harganya kurang 30 peratus lebih murah,” katanya.
Menyentuh mengenai kemudahan perumahan juga, Mohd Anwar memberitahu,
kerajaan Perak menjadi negeri pertama yang memberikan tanah seluas 12 hektar
untuk pembinaan rumah bagi veteran tentera.
Katanya, dijangka perumahan yang berharga bawah RM100,000 seunit itu bakal
siap dibina dalam masa dua tahun lebih.
Tambahnya, walaupun kerajaan Negeri Sembilan tidak memberikan tanah namun
bersedia memberi ruang kepada veteran memiliki kediaman menerusi projek
perumahan.
Dalam masa sama PVATM juga menyambut baik dalam segala pendekatan yang
dilakukan oleh JHEV untuk membela nasib veteran pada setiap masa mengikut
kemampuannya.
JHEV tidak cakap kosong
Mohamad Khir (dua kiri) beramah mesra bersama penerima pingat sempena persidangan tersebut semalam.
KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, menjelaskan pihaknya
dengan sokongan kerajaan Malaysia telah banyak melakukan penambahbaikan
kemudahan mahupun manfaat yang boleh dinikmati oleh bekas tentera di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Khir Abdullah berkata, setiap tahun RM2.4
bilion diperuntukkan dalam banyak perkara untuk dimanfaatkan kira-kira 376,000
veteran di seluruh negeri.
Menurutnya, ia termasuk pembayaran pencen, ganjaran, perubatan, sara hidup,
peralatan pesakit, kematian, bencana alam, bantuan sekolah dan sumbangan
kemasukan anak-anak ke pusat pengajian tinggi awam.
“Kita tidak bercakap kosong, tidak cakap saja-saja, kita sedang dan sentiasa
perjuangkan nasib veteran-veteran kita. Banyak benda yang kita telah lakukan dan
membaharui.
“Bantuan susu kepada veteran yang sakit pun kita bagi, mahal pun kita tanggung.
Kemudahan pembekalan ubat juga dipermudahkan menerusi sistem „Electronic
Medical Automated Supply System‟ (e-MASS), tidak perlu bayar ubat di farmasi,”
katanya kepada media sempena perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan
Persatuan Veteran ATM Kelantan ke-48 di sini semalam.
Persidangan tersebut turut dihadiri Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan
Sri Mohd Anwar Mohd Nor dan Yang Dipertuan PVATM Kelantan, Datuk
Muhammad Abd Ghani.
Tambahnya, berdasarkan rekod seramai 112,127 adalah anggota yang berpencen
manakala 262,848 merupakan veteran tidak berpencen.
“Saya percaya tidak sampai separuh yang berpersatuan yang selebihnya lagi tidak
menganggotai mana-mana persatuan, bersendirian. Bila hadapi masalah cakap
persatuan tidak peduli,” katanya.
Katanya, banyak yang diperjuangkan, jika sebelum ini sumbangan bencana seperti
kebakaran rumah diberikan jika kediaman itu dibina di atas tanah ahli sendiri, tetapi
sekarang diperbaharui dan diberikan sumbangan mengikut kesesuaiannya.
“Kita juga telah memperjuangkan nasib mereka yang kehilangan anggota badan.
Jika dulu diberikan mengikut pangkat terakhir tetapi kita ikhtiar supaya diberikan
sama rata kerana bagi kita kehilangan tangan atau kaki itu sama sahaja tetap hilang
anggota,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau menegur sikap segelintir bekas tentera yang tidak
mahu berpersatuan dan hanya pandai mengkritik apabila mereka dihimpit
kesusahan.
Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana bekas tentera yang masih tidak
menyertai persatuan untuk segera berdaftar memandangkan yuran keahlian juga
telah dikurangkan daripada RM50 kepada RM10.
“Ketika masih sihat, kita tidak merasa susahnya. Jika berpersatuan banyak manfaat
yang dapat. Tapi masalahnya sikap orang kita ini yang mula-mula akan tanya apa
yang mereka dapat jika berpersatuan,” katanya.
Beliau juga menasihati bekas-bekas tentera untuk tidak cepat viralkan sesuatu
perkara dan lebih baik merujuk kepada cawangan-cawangan yang ada di setiap
negeri.
Engage in economic activities, veterans urged
Dr Annuar (seated centre) posing for a photo-call with committee members including (seated
from third left) Subari, Ling, Aswandy, and Stanley.
SIBU: The Malaysian Armed Forces Veteran Association Sarawak (PVTMS) has
been
urged to engage in economic activities to better safeguard its members‟ welfare.
In making this suggestion, Assistant Minister for Science Research and
Biotechnology Dr Annuar Rapaee, reasoned that the earnings could later be
ploughed back into the said association to benefit its members.
He suggested that PVTMS could perhaps consider forming a cooperative or initiate
other economic activities to get the ball rolling.
“This will give opportunities to members to participate in the economic activities.
“I suggest (PVTMS) members engage in economic activities as this will help boost
their income,” said Dr Annuar when officiating at PVTMS‟ 5th Annual General
Meeting (AGM) here yesterday.
Among those present were Veterans Affairs Department (JHEV) Sarawak director
Lieutenant-Colonel Dunging Serit, Armed Forces Ex-Servicemen Affairs Corporation
(Perhebat) Sarawak manager Amli Mohd Yasih, Head of Crime Prevention Division
IPD Sibu, DSP Aswandy Anis who represented Sibu police chief ACP Saiful Bahri
Abdullah, and Temenggong Stanley Geramong.
Dr Annuar, who is also advisor to Ex-Royal Malaysian Navy Association of Malaysia
(PBTLDM) Sarawak, gave his assurance that any proposal for economic activity by
PVTMS could be forwarded to him or JHEV for them to consider.
As for the type of economic activity to engage in, he said this could be discussed and
further explored through brain-storming sessions.
The Nangka assemblyman also said that the government has many allocations not
just for individuals and companies but also for associations aspiring to venture into
entrepreneurial activities.
He hoped that PVTMS members would be able to improve their livelihoods and
increase their incomes by spending more time with the association and focusing on
its economic activities
He added it seemed more appropriate for the government to provide assistance
through the association to assist the members rather than assisting members
individually.
Touching on the 12 proposals for the AGM, Dr Annuar said he had viewed them and
found the majority of them to be relevant.
On this, his fervent hope was for JHEV to study them thoroughly as some had been
repeatedly voiced out before.
Commander of Ninth Infantry Brigade, Brigadier-General Subari Tomo also spoke at
the function, stressing on the importance of security to ensure prevailing peace.
The opening remarks were delivered by PVTMS president Ling Kui Eng.
3-year wait for proposal to rename road after Iban hero Kanang SIBU: The Malaysian Armed Forces Veteran Association Sarawak (PVTMS) is still in
the dark about the outcome of their application to rename a road here since they
submitted it to the local authority some three years ago.
PVTMS president Ling Kui Eng said until now, the status of their application remains
unclear.
“We would like to draw the attention of „Yang Berhormat‟ (Assistant Minister for
Science Research and Biotechnology Dr Annuar Rapaee), Sibu Resident (Hii Chang
Kee) and „Panglima‟ (Commander of Ninth Infantry Brigade, Brigadier-General
Subari Tomo) in connection with our intention to rename Pahlawan Road to
Temenggong Datuk Kanang Ak Langkau Road.
“The application pertaining to the matter was forwarded to Sibu Municipal Council
(SMC) in 2013, but until now, the association has not received any response
concerning the matter.
“In this regard, I call for the attention and cooperation from „YB‟, Sibu Resident and
„Panglima‟ so that the intention can be implemented as soon as possible,” Ling said
in his opening remarks at PVTMS‟ 5th Annual General Meeting (AGM) here
yesterday.
Meanwhile, in his speech, Dr Annuar said he was slightly confused whether the road
in question was „Pahlawan‟, which meant warrior, or just „Pelawan‟, which was just a
name, having no association with that of a warrior.
“So, we have to look (at it) from the aspect of the wording; if it is „Pahlawan‟ then, it
really means „warrior‟. But, if it is just „Pelawan‟ then, it is just a name and not
associated with warrior. That is different.”
Responding to Ling‟s request, Dr Annuar also said various factors had to be taken
into consideration before the renaming of existing roads or naming of new roads as
when the name of a road was changed, postal addresses likewise would have to
change, including those listed in identity cards.
Eventually, this could possibly change the constituencies where the persons were
voting, he added.
“Nevertheless, the change of name is under the purview of the local council and I
would get in touch with them to find out the state of the application,” the Nangka
assemblyman said.
Earlier, Ling disclosed that PVTMS held 120 activities throughout last year. They
also received 48 new members this year, bringing their membership to 2,300 people.
At the same time, the association had forwarded 60 applications for welfare
assistance to Veterans Affairs Department (JHEV) Sarawak.
Ling also revealed that PVTMS had successfully collected RM75,653.82 for the
Warriors‟ Fund last year.
He pointed out that for this year, the national Warriors‟ Day celebration was held on
July 31, while the national level Warriors‟ Fund campaign was launched and
officiated at by the Prime Minister‟s wife Datin Seri Paduka Rosmah Mansor who is
also the campaign‟s patron.
On this, Ling urged members to give their continued cooperation to carry out the
Warriors‟ Fund donation campaign in the state.
Meanwhile, 12 proposals were put up during the AGM.
Among the requests were for the federal government to build an armed forces
hospital in the state for veterans to enjoy Class One and Two facilities; for the state
government to approve a piece of land either in Sibu, Kuching or Miri as housing
areas for veterans; for the government to consider providing living assistance to all
veterans aged 60 years and above; and for the state government to give monthly
incentives of RM1,000 to former Iban trackers and invite them to attend the National
Day celebration by bearing all the necessary costs.
Among those present were JHEV Sarawak director Lieutenant-Colonel Dunging
Serit, Armed Forces Ex-Servicemen Affairs Corporation (Perhebat) Sarawak
manager Amli Mohd Yasih, Head of Crime Prevention Division IPD Sibu, DSP
Aswandy Anis, who represented Sibu police chief ACP Saiful Bahri Abdullah, and
Temenggong Stanley Geramong.
Former Soldier, 76, Endures Sharpnel Embedded In Leg In 1979 Communist Attack
TELUK INTAN, Aug 5 (Bernama) -- Thirty-seven years ago, a gutsy sergeant of the 14th Battalion of the Royal Malay Regiment defended the country against the communist terrorists (CTs), fighting them tooth-and-nail. Muhammad Nordin Tuah, who was then 39, displayed true grit and valour as he took on the enemy during an ambush in Kroh (now known as Pengkalan Hulu) in Perak on March 8, 1979. In that incident, several pieces of sharpnel from an exploding bomb or shell pierced the soldier's left thigh, rendering him immobile in the battleground before he was warded at the Penang Hospital.....
Hampir 40 Tahun, Serpihan Peluru Komunis Masih Tertanam Dalam Paha
Muhammad Nordin Tuah, 76, menunjukkan keratan akhbar insiden serangan hendap pengganas komunis yang meragut nyawa dua rakan dan mencederakan tiga anggota lain
termasuk beliau ketika konvoi hantar bekalan makanan ke pos tentera di sempadan Malaysia-Thailand semasa ditemubual oleh Bernama di kediamannya
TELUK INTAN, 5 Ogos (Bernama) -- Walaupun selepas 37 tahun berlalu, namun
serpihan peluru penabur komunis masih tertanam di paha Muhammad Nordin Tuah,
76, sekali gus menjadi kenangan sepanjang hayat buat pesara tentera itu.
Serangan komunis itu berlaku di Pekan Kroh, Perak (kini dikenali sebagai Pengkalan
Hulu) pada 8 Mac 1979, ketika Muhammad Nordin berusia 39 tahun dan berkhidmat
sebagai sarjan di Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
"Akibat serangan itu saya terlantar beberapa hari di Hospital Besar Pulau Pinang
bagi mengeluarkan beberapa butir peluru, tetapi ada sebutir dipercayai serpihan di
paha yang tidak boleh dikeluarkan.
"Saya pernah meminta doktor mengeluarkannya tetapi ia berisiko tinggi kerana
boleh menyebabkan lumpuh memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat
saraf dan pembuluh darah," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Bercerita mengenai peristiwa itu, Muhammad Nordin berkata beliau sedang
berkonvoi menggunakan empat kereta perisai dari Pekan Kroh ke sebuah markas
tentera berhampiran sempadan Malaysia-Thailand untuk menghantar bekalan resin
makanan. Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan ladang getah di Batu 135 Jalan
Kroh-Betong, kenderaan yang dinaiki Muhammad Nordin bersama empat lagi
anggota diserang hendap kira-kira 15 tentera komunis dari bahagian tepi. "Hanya
kereta saya memasuki kawasan 'killing zone' komunis manakala yang lainnya
selamat kerana tertinggal kira-kira 100 meter di belakang. "Selepas kira-kira 15 minit
diserang tanpa henti, saya yang ketika itu duduk di bahagian hadapan nekad keluar
dari kenderaan untuk berlindung dan membalas serangan, selepas dua rakan saya
meninggal dan pemandu parah terkena tembakan di perut.
"Tidak ada tanda-tanda komunis mahu hentikan tembakan ke arah kenderaan kami
dan bila saya mula melepaskan tembakan, saya terdengar sayup-sayup suara
menyebut 'chow chow chow' menyuruh pengganas lain pulang," katanya.
Muhammad Nordin berkata semasa peristiwa malang itu, beliau terbayang wajah
isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan anak keempat mereka, 10
hari sebelum kejadian. Malah, beliau juga meminta pegawai atasan agar tidak
memberitahu isterinya Fatimah Abd Rahman, ketika itu berusia 36 tahun, mengenai
insiden yang menimpanya kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini.
Katanya insiden serangan komunis di Pekan Kroh itu mendapat liputan berita dan
terpampang di beberapa dada akhbar tempatan dan ada antaranya disimpan
sehingga ke hari ini sebagai kenangan.
"Saya masih simpan keratan akhbar Utusan bertarikh 10 Mac 1979, dua hari selepas
peristiwa itu yang memetik sumber Bernama. Inilah sahaja yang membuatkan saya
terkenang kejadian itu," kata beliau. Muhammad Nordin mula berkhidmat sebagai
askar pada Oktober 1960 dan bersara pada Oktober 1984, pernah berkhidmat
dalam misi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu di Congo pada Januari 1962
hingga April 1963 dan jawatan terakhir sebelum bersara adalah Pegawai Waran II,
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaya (UM).
Menyedari hakikat sukarnya memperoleh keamanan, beliau mengingatkan generasi
muda hari ini supaya menghargai dan menghayati semangat perjuangan semua
perajurit yang terkorban.
"Anak muda ramai yang tidak menyedari betapa susahnya untuk kita kecapi apa
yang ada sekarang ini dan saya harap usahlah kerana perbezaan dan perbalahan
politik, negara jadi porak-peranda, bangsa kita juga akhirnya kerugian," katanya.
Program menjejaki ‘Iban Trackers’ sudah
bermula
Program jejaki veteran ‘Iban Trackers’ merupakan usaha Stephen bersama JHEV Sarawak
KENANG JASA: Stephen (dua kiri) meletakkan bunga di atas pusara pahlawan sebagai tanda
memperingati pahlawan negara yang telah gugur.
KUCHING: Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk
Stephen Mundaw melancarkan program menjejaki „Iban Trackers‟ bermula
semalam.
Program untuk menjejaki veteran „Iban Trackers‟ ini merupakan usaha beliau sendiri
di bawah 1 Divisyen bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sarawak.
“Saya difahamkan ada 12 orang veteran „Iban Trackers‟ berada di Lubok Antu dan
mereka masih sihat, cuma seorang daripada mereka mempunyai masalah
penglihatan dan pendengaran yang memerlukan bantuan.
“Kita akan menghantar kumpulan pencari bersama pasukan perubatan untuk
mencari dan merekod maklumat mengenai „Iban Trackers‟ kita yang berjaya dijejaki,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas upacara memperingati pahlawan di
Makam Pahlawan, Jalan Taman Budaya di sini semalam sempena sambutan Hari
Pahlawan dan Ulang Tahun 1 Divisyen Ke-50.
Terdahulu dalam amanat ringkasnya, Stephen berkata keutamaan bagi program
menjejaki wira-wira ini akan diberikan kepada „Iban Trackers‟ kerana kebanyakan
mereka kini berusia 80 tahun dan ke atas.
Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama daripada veteran-veteran tentera yang
mempunyai maklumat mengenai „Iban Trackers‟ untuk memaklumkan kepada beliau
dan Pengarah JHEV untuk membolehkan pasukan pencari dan perubatan dihantar.
“Saya percaya lebih ramai „Iban Trackers‟ yang mungkin berada bukan sahaja di
Lubok Antu tetapi juga di Bau, Lundu, Kapit, Miri dan tempat lain yang perlu kita
jejak dan bantu sedapat yang mungkin.
“Mereka ini bukan mengharapkan bantuan daripada kita tetapi mereka hanya mahu
rakyat secara keseluruhannya tahu akan kewujudan mereka selama ini,” kata
Stephen.
Mengulas mengenai upacara itu semalam, ia merupakan sebahagian daripada
aktiviti sempena sambutan Hari Pahlawan bagi memperingati pahlawan-pahlawan
yang telah gugur.
Turut hadir, Pengarah JHEV Sarawak Leftenan Kolonel Dunging Serit bersama ahli
veteran, anggota 1 Divisyen termasuk jemputan daripada veteran Australia yang
pernah berkhidmat di Sarawak dahulu.
Mandi air lopak, tidur dalam laut
ANGGOTA 39er saling berpelukan bagi melepaskan kerinduan masing-masing dalam satu
pertemuan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
SEGALA-GALANYA bermula di situ. Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Kem Sebatang
Karah di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1980-an mempertemukan
mereka untuk diasah menjadi „harimau‟ yang penuh dengan ilmu di dada.
Daripada seorang individu biasa, di sekolah itu, mereka „dicanai‟ bukan sekadar
untuk menjadi perwira sebaliknya pahlawan yang berupaya mengepalai bala tentera
demi mempertahankan nusa.
SPK ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1981 menggantikan Yunit Latihan
Pendahuluan Pegawai Kadet (YLPPK) yang telah wujud sejak 1950-an. Ia
ditubuhkan bagi melatih golongan belia yang berkelayakan untuk menjadi pegawai
tentera.
Berteraskan cogan kata Sentiasa Di Hadapan, mereka yang mengikuti pengambilan
Tauliah Jangka Pendek (TJP) mengharungi latihan bersama selama sembilan bulan
sebelum ditauliahkan menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda dalam
Angkatan Tentera Malaysia.
Memori itu masih segar dalam ingatan bekas pegawai tentera Orang Asli suku
Semai, Kapten (B) Juhari Kangsar Abdullah, 54. Daripada seorang Orang Asli yang
hanya hidup dalam lingkungan komunitinya, Juhari mengenal erti kesungguhan
untuk bergelar pegawai tentera.
Beliau yang mengikuti TJP siri ke-39 meninggalkan kampung halamannya di Sungai
Koyan, Kuala Lipis, Pahang untuk bersama 270 orang yang bercita-cita menjadi
pegawai tentera darat dan udara.
“Terlalu banyak kenangan kalau hendak diingatkan. Di situ, kami mengenal
semangat setia kawan. Kami seperti adik-beradik yang akan dihukum bersama jika
ada yang melakukan kesalahan.
“Di situ, kami bersama-sama dilatih dengan latihan yang perit dan keras untuk
melahirkan jiwa kental, sehinggakan bila dikenang balik selepas setiap latihan getir
itu berakhir, kami masing-masing akan fikir „tak mati juga aku ni‟,” selorohnya ketika
ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri dan pertemuan skuad TJP siri ke-39 di
kediaman Leftenan Kolonel Tengku Datuk Seri Kamarulzaman Sultan Sir Abu Bakar
di Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Juhari berkata, beliau dan Tengku Kamarulzaman dalam batalion serta kor yang
sama semasa menyertai siri ke-39 TJP.
Mereka ditauliahkan pada 27 Jun 1981, diikuti dengan latihan lanjutan selama enam
bulan di Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM) di Kem Paradise, Kota Belud,
Sabah sebelum terpisah.
Oleh kerana negara ketika itu masih berhadapan dengan ancaman komunis, Juhari
berkata, kehidupan dan latihan yang diharungi para pegawai kadet sangat keras
untuk membentuk sifat keperwiraan yang cukup tinggi.
Beliau menambah, ini merupakan pertemuan pertamanya bersama Tengku
Kamarulzaman selepas lebih tiga dekad terpisah.
Juhari hanya sempat memikul tugas selaku pegawai tentera selama 11 tahun kerana
terpaksa menyambung perniagaan rotan keluarganya.
“Pertemuan ini cukup istimewa dan bermakna bagi saya. Hampir 80 peratus kawan-
kawan yang hadir adalah pertama kali saya temui sejak lebih 30 tahun lalu,” katanya
yang kini bekerja sebagai pegawai keselamatan di Pulau Pinang.
Seramai 79 skuad TJP-39 yang kini digelar kumpulan Thirty Niner (39er) menghadiri
rumah terbuka Tengku Kamarulzaman yang berlangsung baru-baru ini. Suasana
diselubungi gurau senda apabila masing-masing melepaskan kerinduan dan
mengenang memori bersama di SPK.
Tengku Kamarulzaman yang juga adinda Sultan Pahang merupakan penaung 39er
yang kini berjaya menghimpunkan kembali 227 skuad TJP-39 menerusi laman
sosial.
“Di sekolah itu, kami belajar taktik berperang dan undang-undang tentera. Kami
dihidangkan dengan latihan, disiplin dan suasana ragging yang keras untuk
membentuk ketahanan mental serta fizikal.
“Jadi, kalau kami berdepan komunis dan musuh kelak, apa pun yang mereka
hendak lakukan ke atas kami, kami tidak takut,” katanya yang kini merupakan
Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 505 Askar Wataniah.
Kemeriahan pertemuan ahli kumpulan 39er di Rumah Terbuka Aidilfitri Tengku Kamarulzaman (berdiri, sepuluh dari kanan) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Tengku Kamarulzaman sendiri mempunyai kisah yang membekas
dalam ingatannya apabila mengenangkan SPK.
“Saya paling ingat apabila kami diarah masuk ke dalam hutan selama kira-kira lima
hari dan dikehendaki untuk pulang semula ke kem tanpa ditangkap jurulatih.
Hakikatnya, semua orang akan ditangkap jurulatih.
“Saya ditangkap dekat Jambatan Linggi sebab di bawah jambatan itu terdapat
sungai. Kalau sungai sahaja, saya tak takut, tapi sungai itu ada buaya. Saya sudah
cuba masuk dalam sungai tetapi tak dengar bunyi buaya dalam air. Nak lari macam
mana, saya menyerahlah,” katanya.
Tengku Kamarulzaman berkata, selepas tamat latihan di SPK, mereka dikehendaki
mengikuti latihan pegawai muda di STPM Kota Belud yang latihannya lebih keras
kerana tanggungjawab sebagai pemimpin bertambah besar.
“Saya rasa di sana, hidup tidak serupa orang. Tiada air sehingga mandi pun dengan
air lopak.
“Kami berlatih merangkak dengan peluru-peluru bersimpang-siur di atas kepala
kami. Jika tersilap gerak tubuh, maut padahnya,” katanya.
Sebagai adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang
di-Pertuan Agong pada masa itu, Tengku Kamarulzaman berkata, tiada jurang
antara beliau dan rakan-rakan lain.
“Apa yang mereka lalui, saya lalui. Tuanku pun semasa mencemar duli ke kem kami
turut berpesan kepada jurulatih supaya jangan memberikan keistimewaan kepada
saya,” katanya.
Sementara itu, Leftenan Kolonel Idris Borhan berkata, pertemuan itu
mengingatkannya kepada kenangan di SPK apabila mereka saling membantu dalam
kumpulan.
“Kami teringat latihan yang berat. Ada antara rakan yang tidak larat untuk
meneruskan larian sejauh 25 kilometer, kami tolong tarik dia dan bawakan
senjatanya.
“Kami perlu bertindak secara berkumpulan dalam situasi mengejar masa,” katanya
yang diberikan tanggungjawab sebagai ketua platun semasa memerangi komunis
pada tahun 1983.
Rindu
Kapten (B) Ibrahim Kabir yang pernah berkhidmat dalam pasukan Tentera Udara
Diraja Malaysia berkata, antara denda yang paling diingati semasa menjalani latihan
di SPK adalah bermalam di dalam laut.
“Ia boleh berlaku dengan macam-macam kesalahan termasuk silap berkawad.
Hukuman tidur dalam laut itu dilakukan dengan berendam dan hanya menimbulkan
kepala.
“Kita tengok hukuman itu macam menyeksa tetapi sebenarnya semua hukuman
yang dikenakan adalah berbentuk mengajar dan memberi manfaat. Ia
mempersiapkan saya sebagai pegawai tentera udara jika ditakdirkan berdepan
situasi terhempas di laut,” katanya.
Bagi Ibrahim, kawan-kawan di SPK adalah paling dirinduinya kerana mereka
mengharungi cabaran bersama-sama.
“Selepas bersara daripada tentera, saya rindukan kawan-kawan iaitu mereka yang
sama mengharungi cabaran hebat selama sembilan bulan untuk bergelar pegawai
kadet.
“Apabila seorang buat salah, satu kumpulan menerima hukuman. Ia lebih daripada
kawan semasa sekolah rendah atau menengah kerana di situ, kami bersama-sama
mengharungi cabaran yang tidak dilalui oleh orang biasa,” katanya.
Kolonel Shamsudin Mahadi yang merupakan Setiausaha 1 39er pula berkata, sejak
tahun 2006, usaha mengesan anggota skuad dilaksanakan dan banyak siri
perjumpaan telah diadakan.
“Perjumpaan kali ini tanpa disangka-sangka mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada anggota skuad 39er.
“Semoga persahabatan yang bermula di SPK Kem Sebatang Karah ini akan terus
berkekalan,” ujarnya.
Tiga sekawan berkayuh 2,300km pusing
Semenanjung
Kapten (B) Zulkifli Ibrahim, 46, (tengah) bersama Askar Dullamit, 56, (kiri) dan Megat Jailani Mohd Nordin, 38, berbincang sebelum memulakan kayuhan basikal bagi mengenang Jasa Pahlawan sempena Bulan Kemerdekaan 2016 di Dataran Al-Quran, Kota Ismail Petra, Kota Bharu. - Foto Zaman Huri Isa
KOTA BHARU: Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016, tiga sekawan bakal
melakar sejarah apabila mereka mengayuh basikal mengelilingi Semenanjung.
Kayuhan sejauh 2,300 kilometer (km) itu diketuai Kapten (B) Zulkifli Ibrahim, 46,
bersama dua rakannya, Askar Dullamit, 56, dan Megat Jailani Mohd Nordin, 38.
Mereka memulakan kayuhan di Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu memasuki negeri di
utara sebelum tiba di Kelantan petang semalam dan menuju Terengganu, hari ini.
Zulkifli berkata, jelajah kayuhan mereka tidak membabitkan mana-mana organisasi,
sebaliknya dibuat atas semangat patriotik kepada negara yang mendalam. "Selain
sempena Hari Kebangsaan, kayuhan ini juga bagi meraikan Hari Pahlawan pada 31
Julai lalu. "Kayuhan ini sebagai menunjukkan rasa cintakan negara dan menghargai
jasa anggota keselamatan kita yang terkorban ketika mempertahankan negara
tercinta," katanya. Beliau ditemui pada majlis pelepasan Kayuhan Mengenang Jasa
Pahlawan sempena Bulan Kemerdekaan 2016 yang disempurnakan oleh Pengarah
Jabatan Penerangan negeri Kelantan, Datuk Mohd Sabri Abdullah di perkarangan
Dataran Al-Quran, Kota Ismail Petra di sini, tadi. Mereka bertiga yang meneruskan
kayuhan ke Terengganu, turut diiringi 10 ahli Mountain Bike Kelantan (MTB) yang
bersama mengayuh basikal hingga ke sempadan Kelantan-Terengganu. Zulkifli
berkata, selama seminggu mereka bertiga berkayuh tidak menghadapi sebarang
halangan kecuali berdepan cuaca panas dan faktor muka bumi. "Ketika tiba di
Banjaran Titiwangsa, kami agak keletihan kerana terpaksa mengayuh sejauh 1,000
meter dengan muka bumi yang berbukit. "Bagaimanapun itu bukan halangan yang
besar," katanya yang juga ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
(PVATM).