KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PENGGANTIAN
SILING DAN MEMASANG JEJARING BUMBUNG KUARTERS
SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI KOLEJ
MATRIKULASI LABUAN
1.Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan
mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan
Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred G1 Kategori CE Pengkhususan 21 (Kerja-kerja Am Kejuruteraan
Awam) yang beralamat di Di Wilayah Persekutuan Labuan Sahaja.
2.Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Taklimat dan skop kerja Sebut Harga boleh diperolehi
menerusi laman web http://www.kml.matrik.edu.my/
3.Kontraktor dikehendaki membuat pendaftaran melalui pautan (DISINI) bermula dari tarikh 29/07/2021
bermula jam 9.00 pagi sehingga 03/08/2021 jam 4.00 petang.
4.Dokumen Sebut Harga akan dihantar melalui E-MAIL RASMI SYARIKAT YANG AKTIF SAHAJA (E-
mail persendirian tidak dibenarkan) yang telah didaftarkan pada para 3, serta syarikat yang berjaya
melepasi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
5.Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan
serahan tangan atau perkhidmatan pos dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Pejabat
Kolej Matrikulasi Labuan, Jalan OKK Daud, Merinding, Wilayah Persekutuan Labuan TIDAK LEWAT dari
jam 12.00 tengah hari, hari Rabu , 11/08/2021.
6.Kerajaan tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kehilangan dokumen semasa
perjalanan pos/perkhidmatan hantar cepat (courier sevice) dan sebagainya.
7.Penyebut harga hendaklah mematuhi dan mengambil langkah proaktif untuk
sentiasa mencegah penularan wabak COVID 19 yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa bagi mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
1988 (Akta 342) dan (Akta Polis 1967).
8.Sebarang pertanyaan sila e-mail ke [email protected] /
PROFIL
Nama Kolej Matrikulasi Labuan
Alamat Kolej Matrikulasi Labuan
Jalan OKK Daud, Merinding,Peti surat 81735
87027 WP Labuan
No. Telefon 087-465 311
1. Pihak kontraktor harus melaksanakan skop kerja seperti berikut:-
• Membuka, buang dan mencuci najis burung,
• Membekal dan memasang siling baru,
• Membuka, membekal dan memasang kepingan GI G26 dan
• Serta kerja-kerja yang berkaitan.
2. Kontraktor harus membuat semua kerja-kerja yang dicadangkan dalam bill of quantity.
3. Setelah kerja penyelenggaran selesai, kontraktor hendaklah mengenalpasti semua kerja
beroperasi sepenuhnya sebelum diserahkan.
4. Semua alat ganti untuk penyelenggaraan mestilah mengikut kelulusan bahan yang merujuk dan
berdasarkan JKR-kelulusan/piawai material approved list email-j-mal (jika tidak memenuhi
kelulusan adalah tidak dibenarkan).
5. Semua peralatan, aksesori, bahan, kerja dll yang diperlukan untuk operasi yang betul dan
berkesan kecuali yang dinyatakan dengan jelas sebagai tidak perlu, akan di anggap termasuk
dalam kontrak.
6. Kontraktor harus berhati-hati terhadap kerja-kerja yang dilakukan kerana kecuaian kerosakkan
terhadap pepasangan adalah tanggungjawab dan penbelanjaan kontaraktor sendiri.
Tertakluk kepada spesifikasi cawangan kejuruteraan awam:
Spesifikasi seperti dalam skop kerja serta yang berkaitan.
SCHEDULE OF TECHNICAL DATA OFFERED
Petender mesti mengisi Borang Kelulusan Bahan yang merujuk dan berdasarkan
kepada JKR-Electrical Material Approved List Emal – J-Mal.
Laman sesawang J-Mal boleh dipaut di www.jmal.jkr.gov.my/emalv3/
LOKASI
BLOK 11A RUANG TAMU
LOKASI
BLOK 11A RUANG BILIK
LOKASI
BLOK 11A RUANG DAPUR
LOKASI
BLOK 11A dan blok 14 BUMBUNG/PILIS
LOKASI
BLOK 14 RUANG TAMU
LOKASI
BLOK 14 RUANG DAPUR
SELAMAT
MAJU JAYA