Transcript
Page 1: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

1.0 Penghargaan

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah inayah-Nya, memberikan saya

kekuatan dan semangat untuk melaksanakan kerja khusus subjek Geografi yang bertajuk

Pencemaran Alam Sekitar . Tanpa kekuatan dan semangat yang tinggi tidak mungkin saya dapat

menyelesaikan kerja khusus ini dengan jayanya. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan

yang menghalangi langkahan saya sepanjang melaksanakan kerja khusus ini, Namun semua itu

menjadi kenangan serta pengalaman yang teramat indah yang tiada nilainya buat saya. Saya

pasti akan menyematkan kenangan ini di hati sanubari agar segala kenangan ini tidak hilang

ditelan zaman.

Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama

daripada beberapa pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Tuan Haji Shamsuri bin Dollah yang memberi peluang untuk saya

menjalankan kajian Geografi ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada Puan Norulaini bt Mat Nor selaku

guru Geografi Tingkatan 3 yang tidak lekang dengan kata-kata semangat serta dorongan yang

menjadi bekalan berguna buat saya dalam memastikan kerja khusus ini dapat disiapkan dalam

tempoh yang di tetapkan.

Ucapan ribuan terima kasih juga tidak lupa kepada ayahanda dan bonda, Tuan Sulaiman

bin Long Deraman dan Meriam binti Ismail yang memberikan banyak galakan untuk

menyiapkan tugasan ini. Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada kawan-kawan yang banyak membantu

dalam menjayakan kajian ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1

Page 2: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

kasih kepada responden-responden yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang

menjalankan kajian ini dengan meluangkan masa dan ruang bagi menemu bual dan menjawab

beberapa soalan berkenaan dengan pencemaran alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 2

Page 3: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

2.0 Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3

diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi di sekolah. Saya telah memilih tajuk

Pencemaran Alam Sekitar di Kampung Batu Mengkebang.

Saya memilih tajuk pencemaran alam sekitar di kawasan Kampung Batu Mengkebang

kerana lokasi ini merupakan kawasan tempat tinggal saya. Di kampung ini terdapat banyak

kawasan petempatan yang begitu padat dan kedudukan yang strategik dimana ia mempunyai

bentuk muka bumi yang subur serta mempunyai jaringan perhubungan yang baik untuk

memudahkan kajian terhadap pencemaran alam sekitar dapat dijalankan. Pemilihan kawasan

Kampung Batu Mengkebang juga kerana terdapat banyak aspek-aspek pencemaran alam sekitar

yang dapat dikaji oleh saya dalam menyiapkan kajian pencemaran alam sekitar ini.

Bagi melengkapkan kajian ini kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan

sepanjang masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini iaitu dari bulan Februari

hingga Julai supaya tidak mengganggu jadual pembelajaran. Setiap pelajar perlu menulis laporan

ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 3

Page 4: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

3.0 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah dikenalpasti serta perlu dipenuhi oleh pengkaji ialah:

3.1 Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat dan jelas.

3.2 Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

3.3 Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

3.4 Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

3.5 Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam

sekitar di kawasan kajian.

3.6 Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 4

Page 5: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

4.0 Kawasan Kajian

Saya tinggal di Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan. Kampung Batu

Mengkebang terletak di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR)

yang terletak lebih kurang 76 kilometer dari bandar Kota Bharu dan 15 kilometer dari bandar

terdekat iaitu Kuala Krai. Di kawasan kajian, terdapat banyak aspek pencemaran yang boleh

dijadikan sebagai bahan kajian untuk menyiapkan kerja khusus ini. Sejarah awal kawasan kajian

ini bermula apabila generasi awal kampung telah datang ke kawasan ini sekitar tahun 1960-an.

Pada asalnya, kawasan ini dipenuhi dengan hutan tebal yang belum diterokai serta dibangunkan

oleh mana-mana pihak. Namun setelah kewujudan KESEDAR barulah kawasan ini dibangunkan

untuk dijadikan petempatan dan juga kawasan pertanian. Setelah lebih daripada separuh abad

dibangunkan, kawasan ini mula terdedah kepada pecemaran udara, air, tanih dan sebagainya

kesan daripada aktiviti penduduk dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perkilangan,

penyahhutanan dan sebagainya. Bentuk muka bumi kawasan kajian terdiri daripada kawasan

berbukit-bukau dan beralun. Sebahagian kawasan kampung ini juga masih lagi dikelilingi oleh

kawasan hutan.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 5

Page 6: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Peta 1: Kedudukan kawasan kajian Kg. Batu Mengkebang.

Petunjuk U

Bank

Getah

Masjid

Sungai

Sek.

Denai

Petempatan

Pengkalan pasir

Jambatan

Jalan raya

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 6

Page 7: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Pokok kelapa

5.0 Kaedah Kajian

Dalam menjalankan kajian, kaedah kajian yang telah digunakan untuk memastikan

bahawa segalanya berjalan ialah kaedah pemerhatian, temuramah, soal selidik, mengakses laman

sesawang dan kaedah rujukan.

5.1 Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan sejak dari bermulanya kajian ini hinggalah tamat

bagi memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai kajian. Melalui kaedah

pemerhatian yang dijalankan, peserta telah terlibat secara langsung dan

sepenuhnya terhadap kajian yang dilakukan. Oleh itu, secara praktikalnya

pengkaji akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan terperinci di samping

pengkaji akan memperoleh manfaat dan pengalaman yang berguna. Kami telah

melakukan kaedah kajian pemerhatian di kawasan-kawasan petempat di Kampung

Batu Mengkebang dengan melihat jenis, punca dan kesan pencemaran alam

sekitar di kampung ini. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan

kaedah ini digunakan.

5.2 Temuramah

Kaedah temuramah yang dijalankan membolehkan saya mendapatkan

gambaran yang lebih jelas tentang kajian yang dilakukan kerana pengkaji dapat

berkomunikasi dan memperoleh maklumat secara langsung daripada pemberi

maklumat. Melalui kaedah temuramah ini, maklumat yang diperlukan bagi

melengkapkan kajian ini dapat diperolehi dengan lebih cepat dan lebih efisien.

Oleh yang demikian, segala bentuk soalan yang telah disediakan adalah menjurus

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 7

Page 8: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

kepada objektif kajian supaya soalan-soalan yang diajukan ini lebih jelas dan

mudah difahami responden serta jawapannya menepati kehendak kajian ini. Kami

telah menemu bual 3 orang responden yang terdiri daripada penduduk kampung

ini. Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang pecemaran alam sekitar.

Temu bual kebanyakan ditujukan kepada penduduk yang telah lama menetap di

kampung ini kerana mereka lebih arif tentang selok belok kawasan yang dikaji.

5.3 Soal selidik

Kaedah soal selidik yang digunakan akan diajukan kepada orang ramai

untuk mendapatkan maklumat daripada orang ramai. Melalui kaedah ini, borang

soal selidik akan disediakan dan diedarkan kepada orang ramai. Selepas borang

dikutip, pengkaji akan menganalisis data-data yang diperlukan. Pengkaji telah

mengedarkan soalan soal selidik kepada 35 orang responden untuk mendapatkan

maklumat. Kertas soalan ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A untuk

latar belakang responden dan bahagian B terdiri daripada soalan berkaitan kajian.

5.4 Rujukan

Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa

rujukan di perpustakaan sekolah dan juga melayari laman web yang berkaitan

dengan pencemaran alam sekitar. Pengkaji telah melakukan tinjauan awal

berkaitan tajuk yang ingin dikaji. Pengkaji mengakses laman sesawang untuk

mendapatkan maklumat. Kaedah yang digunakan ini sememangnya membantu

pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis, punca dan kesan

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 8

Page 9: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

pencemaran. Buku, surat khabar dan jurnal yang berkaitan juga dijadikan sebagai

wadah untuk mendapatkan maklumat. Banyak artikel berkaitan pencemaran

dikeluarkan dalam medium tersebut yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk

mendapatkan maklumat.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 9

Page 10: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa

pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran

alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam

Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada

secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras

radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau

meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang

menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Menurut Mohd Zuhdi Marsuku (2002), perkataan alam sekitar atau dalam bahasa

Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.

Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam

sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun,

secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik

atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga

fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 10

Page 11: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

A. Bullock & O.Stallybrass (1997), alam sekitar lebih kepada kefahaman

“environmentalisme”. Alam sekitar merupakan satu istilah geografi tentang doktrin

falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan

iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 11

Page 12: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

6.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar

6.2.1 Udara

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas,

cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya

perubahan dan menjejaskan kehidupan penduduk Kampung Batu

Mengkebang. Bahan-bahan tersebut seperti sulfur dioksida, karbon

monoksida, nitrogen dioksida dan plumbum daripada aktiviti penduduk

kampung seperti pembakaran dan kilang akan terampai di udara dan

memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui

pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-

salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit

barah, asma, kekejangan dan anemia kepada penduduk. Pencemaran

udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, kilang papan,

pembakaran di tempat pertanian dan pembakaran hutan oleh penduduk

kampung.

6.2.2 Air

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi

kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 12

Page 13: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

kepada penduduk apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari

segi  biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air berlaku di kawasan kajian

iaitu Kampung Batu Mengkebang. Pencemaran ini lebih kepada bahan

pencemar dari sisa pertanian yang dibuang ke sungai dan aktiviti

penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian, petempatan dan

pengorekan pasir menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya

mengakibatkan mendakan berlaku akan mencetekkan sungai dan

menjadikan air sungai menjadi keruh.

6.2.3 Tanih

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada

sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan

hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau

pepejal dari aktiviti penduduk Kampung Batu Mengkebang seperti sisa

domestik, perniagaan dan juga pertanian. Bahan pencemar terdiri daripada

pencemar organik, kimia atau fizikal. Seriusnya pencemaran tanah berkait

rapat dengan kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius

apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi

kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

Bahan buangan seperti habuk kayu, air getah dan juga sisa pertanian

(dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah) dan aktiviti

masyarakat seperti pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan

yang tidak sistematik.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 13

Page 14: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

6.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar

Sektor pertanian hari ini menghadapi cabaran serius untuk meningkatkan hasil

bagi memenuhi keperluan makanan selaras dengan populasi penduduk Malaysia seramai

27 juta orang. Hasil pertanian perlu sentiasa ditingkatkan kerana keperluan makanan

sentiasa meningkat saban tahun. Peningkatan kegiatan pengeluaran pertanian seperti yang

diamalkan di kebanyakan negara di dunia mahupun Malaysia menimbulkan ancaman-

ancaman kepada sebahagian besar sistem ekologi semula jadi. Racun rumpai biasanya

digunakan di kawasan pertanian di Kampung Batu Mengkebang dengan tujuan mengawal

ancaman rumpai yang boleh mengurangkan produktiviti tanaman penduduk dan sebagai

perumah kepada serangga perosak. Selain itu, racun rumpai juga digunakan di kawasan

bukan pertanian untuk mengawal rumpai di tepi-tepi tebing sungai, tepi jalan dan tidak

kurang juga digunakan di halaman rumah di kampung ini. Penggunaannya boleh

membahayakan kesihatan manusia jika terdedah terutama jika disalahgunakan terutama

racun rumpai glisofat. Glisofat biasanya diformulasikan sebagai garam isopropilamin

yang dijual di pasaran seperti ROUNDUP. SPARK. SURPASS dan RAIDER. Glisofat

berkesan mengawal rumpai kumpulan saka, rumpai berdaun lebar, rumput serta rumpai

yang mempunyai sistem perakaran yang dalam. Kebanyakan racun serangga mempunyai

kesan buruk terhadap biodiversiti kerana sisa racun serangga boleh mengganggu hidupan

dalam air seperti ikan dan udang kerana setiap tahun negara membelanjakan kira-kira RM

300 juta setahun untuk racun serangga. Petani di Kampung Batu Mengkebang

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 14

Page 15: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

menggunakan racun rumpai (rujuk gambar 1) untuk mengawal seranggga dari memakan

tumbuhan seperti labu, anak getah, tembikai dan juga mengawal rumput di tepi jalan.

Penggunaan racun rumpai dalam pertanian di Kampung Batu Mengkebang sememangnya

tinggi sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran alam terutamanya pencemaran

tanah dan air.

Punca kedua pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Mengkebang ialah

penebangan pokok sama ada sekitar kawasan kampung mahu pun di kawasan bukit

berhampiran (rujuk gambar 2). Kajian yang dijalankan Pusat Pemantauan Pemuliharaan

Dunia, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan Kesatuan Pemuliharaan Dunia (UCN)

itu menyebut pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan penebangan pokok.

Oleh itu, apabila hutan ditebang, terutama melalui kegiatan pembalakan, pembakaran dan

penerokaan, habitat haiwan akan musnah. Lama-kelamaan haiwan akan mati atau pupus

kerana kemusnahan habitat akan menghalang pembiakan dan tumbesaran haiwan. Punca

utama kemusnahan habitat ialah perubahan suhu tanah dan persekitaran hutan serta

ketiadaan makanan. Kepupusan bukan lagi satu perkara baru malah Kampung Batu

Mengkebang pun ditimpa masalah itu. Haiwan seperti rusa, badak, kambing gurun,

landak, tenggiling, ayam hutan, labi-labi serta beberapa spesis ikan seperti kelah dan

sebagainya begitu sukar untuk dilihat dan didapati. Kepupusan hidupan ini berpunca

daripada penebangan hutan yang berlaku di sekitar kawasan kampung yang menjadi

habitat hidupan liar. Keadaan begitu berbeza semasa pembukaan kampung ini. Menurut

beberapa orang responden yang ditemui, mereka menyatakan punca utama pencemaran

alam sekitar sehingga menyebabkan kepupusan haiwan adalah aktiviti penebangan pokok

yang memusnahkan habitat haiwan seperti kawasan pokok serta sungai.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 15

Page 16: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Aktiviti perniagaan juga merupakan salah satu punca utama pencemaran alam

sekitar di Kampung Batu Mengkebang. Pusat pengumpulan getah, kilang kayu (rujuk

gambar 3), pengkalan pasir, serta penternakan haiwan seperti ayam telah mencemarkan

alam di kampung ini. Hasil buangan daripada perniagaan tersebut seperti habuk kayu dan

air getah sekerap serta najis haiwan telah dilupuskan begitu sahaja. Hasil buangan kilang

kayu iaitu habuk kayu akhirnya dibakar, debu-debu yang gugur pula telah jauh ke atas

permukaan daun dan menutupinya serta menghalang proses fotosintesis daripada berlaku.

Air getah pula dibiarkan begitu sahaja meresap masuk ke dalam tanah (rujuk gambar 4).

Air getah biasanya terdiri daripada campuran cuka getah untuk membekukan susu getah.

Air getah yang berasid tadi meresap ke dalam tanah dan menjadikannya berasid. Tanah

yang berasid tidak sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan. Kawasan pengumpulan getah

juga menjadi becak dan berbau busuk. Aktiviti mengorek pasir juga telah menyebabkan

ekosistem musnah. Kesan daripada aktiviti ini, sungai telah menjadi cetek dan keruh

sehingga tidak boleh digunakan lagi. Aktiviti perniagaan penduduk telah menyebabkan

ekosistem di Kampung Batu Mengkebang musnah dan menjejaskan keseimbangan alam.

Ekosistem yang tidak stabil akhirnya memberi kesan ke atas alam sekitar dan juga

manusia.

Pada masa ini, di mana-mana negara sekalipun, baik di negara sedang

membangun, masalah pencemaran alam sering berlaku. Kampung Batu Mengkebang

turut mengalami masalah tersebut. Pembakaran terbuka (rujuk gambar 5) akan

menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering serta menjejaskan kesihatan dan alam

semulajadi. Pembakaran terbuka bagi tujuan pembersihan tanah pertanian di Kampung

Batu Mengkebang akan menyebabkan fenomena jerebu. Fenomena tersebut kian

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 16

Page 17: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

mengancam tahap kualiti udara negara sehingga paras berbahaya sehingga mengurangkan

jarak penglihatan terutamanya waktu pagi sehingga membawa kesan buruk kepada

penduduk. Pembakaran terbuka ladang dan bahan sisa pertanian untuk membersihkan

kawasan pertanian dan menyuburkan tanah selepas selesai kerja menuai. sesetengah

petani mengambil jalan mudah dengan membakar rsisa tanaman secara tebuka.

Pembakaran terbuka sering kerap berlaku di Kampung Batu Mengkebang kerana sikap

manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Mereka hanya

mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar

sehingga memberikan pelbagai impak negatif dalam kehidupan penduduk dan juga alam

sekitar. Pembebasan asap daripada pembakaran terbuka menyebabkan peningkatan asap

di udara. Akibatnya, partikel terampai di udara bertambah dan seterusnya menurunkan

indeks kualiti udara mencapai tahap tidak sihat.

Nilai dan unsur patriotisme

Masyarakat hendaklah sentiasa prihatin dan berusaha untuk mencegah

pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk

setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 17

Page 18: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Jadual 1: Punca pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Mengkebang

3% 17%

14%

8%6%8%14%

6%

6%

11% 8%

Punca Pencemaran

KenderaanPembakaran terbukaRacun serangga/rumpaiBaja kimiaSampah sarapSisa domestikPenebangan hutanPenternakan/akuakultur PembinaanPerniagaanPetempatan

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 18

Bil

Punca pencemaran Nilai Peratus

1 Kenderaan 1 3 2 Pembakaran terbuka 6 17 3 Racun serangga/rumpai 5 14 4 Baja kimia 3 8 5 Sampah sarap 2 5 6 Sisa domestik 2 8 7 Penebangan hutan/pokok 5 14 8 Penternakan/akuakultur 2 6 9 Pembinaan 2 610 Perniagaan 4 1111 Petempatan 3 8

Page 19: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Carta pai 1: Punca pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Mengkebang.

6.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Sinar matahari yang berlebihan sangat berbahaya bagi manusia. Bahkan bahaya

tersebut boleh meningkat seiring dengan semakin banyaknya sinar yang mengenai kulit.

Matahari menghasilkan radiasi apabila mencapai permukaan bumi. Radiasi matahari

tersusun dari sinar inframerah dan cahaya tampak serta sinar ultraviolet dalam radius A

dan B (UVA dan UVB). Atmosfera menyerap sinar gamma dan sinar X yang dihasilkan

matahari. Selain itu, lapisan ozon di atmosfera juga memantul radiasi ultraviolet C (UVC)

dan menyaring sebagian besar UVA dan UVB. Namun, lapisan ozon ini sedang menipis

di pelbagai tempat seperti Antartika sehingga radiasi ultraviolet atau sering disebut UV

semakin meningkat belakangan ini. Radiasi UV boleh menyebabkan penyakit kepada

penduduk Kampung Batu Mengkebang. Radiasi UV menyebabkan kulit terbakar, bintik-

bintik hitam serta penebalan dan kulit menjadi kering. Radiasi UV juga boleh

merosakkan asid deoksiribonukleik (DNA) dan mengaktifkan bahan kimia dalam tubuh

yang boleh menyebabkan kanser kerana umum mengetahui bahawa radiasi UVA

menembus kulit lebih dalam daripada UVB sehingga dapat menyebabkan kanser kulit.

Pembangunan fizikal di negara kita kini telah terlalu meminggirkan peranan dan

kepentingan pohon-pohon kayu yang rendang sebagai elemen semulajadi yang banyak

memberi manfaat (rujuk rajah 1). Kebanyakan kawasan yang ingin dibangunkan akan

digondolkan dan kawasan tersebut terasa amat panas dan menyilaukan. Peningkatan

suhu bahangan di Kampung Batu Mengkebang tidak lagi dapat dikawal kerana pohon-

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 19

Page 20: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

pohon kayu yang rendang tidak lagi berperanan mengindahkan lagi suasana di satu-satu

petempatan dan memberikan peneduhan kepada manusia dan persekitarannya. Kombinasi

pohon-pohon besar yang sedia ada dan pohon-pohon sepatutnya dapat memberikan

perlindungan dan peneduhan kepada pejalan kaki, tempat-tempat riadah, meneduhi kereta

dan juga sebahagian daripada bangunan dari panahan sinar matahari langsung yang

keterlaluan. Dedaun pokok besar juga sepatutnya bertindak seperti penapis dengan

mengurangkan penembusan sinar matahari langsung yang akan sampai ke permukaan

tanah. Seterusnya pertambahan pendedahan permukaan tanah (kawasan keras) kepada

sinar matahari langsung akan menambahkan pancaran semula bahang panas tanah dan

akhirnya meningkatkan suhu di Kampung Batu Mengkebang.

Eksploitasi hutan dan pengorekan pasir yang melampau di Kampung Batu

Mengkebang telah menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun

dan tanah runtuh di Kampung Batu Mengkebang. Penebangan hutan yang berterusan dan

kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti

sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan

menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Aktiviti tersebut akan

menyebabkan berlaku hakisan tanah dan seterusnya hakisan ini akan memasuki sungai.

Mendapan akan terbentuk di mana akan menyebabkan pula paras sungai di Kampung

Batu Mengkebang semakin cetek dan ia boleh meningkatkan risiko berlakunya banjir.

Sungai yang semakin cetek di kampung telah mengancam kehidupan akuatik. Banyak

spesis ikan seperti kelah, baung, sebarau dan udang semakin berkurangan disebabkan

oleh kemusnahan habitat mereka kerana air sungai telah tercemar (rujuk gambar 6).

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 20

Page 21: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Pencemaran alam sekitar telah mengganggu ekosistem sungai di Kampung Batu

Mengkebang.

Penggunaan racun rumpai untuk mengawal lalang, rumput dan sebagainya telah

terbukti berkesan untuk mengawal tumbuhan liar daripada mengganggu tanaman

penduduk Kampung Batu Mengkebang. Oleh yang demikian, penduduk kampung telah

menggunakan racun rumpai secara berlebihan untuk memastikan hasil yang di kehendaki

memuaskan seterusnya dapat meningkatkan hasil tanaman mereka. Penggunaan racun

rumpai yang telah lama di Kampung Batu Mengkebang iaitu lebih daripada suku abad,

akhirnya telah memberi kesan keatas tanah kepunyaan penduduk kampung. Tanah

mereka sama ada lot dusun, lot getah mahu pun pertanian telah mengurangkan kesuburan

tanah mereka. Aktiviti penebangan pokok dan penggondolan bukit oleh penduduk

kampung juga mengurangkan kesuburan tanah. Tanah yang terdedah kepada cahaya

matahari akan menyebabkan tanah menjadi kering dan keras. Tanah yang kering dan

keras tidak begitu sesuai untuk digunakan kerana air dalam tanah telah habis di serap oleh

cahaya matahari. Manakala tanah yang digondolkan akan hilang zat dan garam

mineralnya apabila tiba musim tengkujuh. Garam mineral tersebut akan dibawa oleh air

larian permukaan seterusnya mengurangkan kesuburan tanah penduduk Kampung Batu

Mengkebang.

Pertambahan penduduk Kampung Batu Mengkebang sehingga mencecah 5600

orang telah menyebabkan petempatan menjadi padat. Petempatan yang padat akan

menimbulkan banyak masalah bau busuk. Keadaan bertambah teruk dengan sistem

perparitan yang tidak terurus. Akhirnya masalah pencemaran terus melanda penduduk

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 21

Page 22: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

kampung. Disamping itu, aktiviti perniagaan dan kilang kayu keupayaan penduduk juga

membuatkan keadaan bertambah serius, air getah di pusat pengumpulan begitu busuk.

Habuk kayu yang terdedah kepada air hujan juga akan mengeluarkan bau yang kurang

menyenangkan. Bau-bau ini akan mengganggu kehidupan penduduk Kampung Batu

Mengkebang terutamanya kepada warga emas dan kanak-kanak . Selain itu, bau busuk

akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan

sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan-bahan lain menyebabkan sampah ini akan

mengeluarkan bau yang yang kurang menyenangkan.

Nilai dan unsur patriotisme

Masyarakat hendaklah sentiasa mengambil iktibar dan pengajaran dengan melihat

kepada kesan pencemaran terhadap kesihatan dan alam sekitar.Sikap bertanggungjawab

semua anggota masyarakat akan dapat mengatasi masalah ini.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 22

Page 23: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

6.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Penyelidikan dan Pembangunan ataupun R&D merupakan salah satu cara yang

dilakukan bagi mengkaji dan membuat pemerhatian awal oleh pihak berkenaan dalam

melaksanakan sesuatu projek di sesuatu kawasan terutamanya di Kampung Batu

Mengkebang. R&D sangat penting kerana ia merupakan nilai ukuran bagi menentukan

sama ada sesuatu kawasan tersebut sesuai ataupun tidak untuk dibangunkan bagi

menjalankan aktiviti perniagaan untuk membina kilang atau pun penggondolan bukit

untuk petempatan mahupun pertanian. Penilaian R& D ini dilakukan menerusi Penilaian

Impak Alam Sekitar (EIA). EIA merupakan satu proses pencegahan yang dilakukan

melalui R&D daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar. , EIA merupakan

satu pendekatan yang menyeluruh ke arah pengurusan alam sekitar yang melibatkan

kawalan perancangan sumber agar wujudnya keseimbangan antara kepentingan projek

pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lestari. Oleh

yang demikian, penyelidikan dan pengkajian terhadap sesuatu kawasan terlebih dahulu

adalah sangat penting dalam melaksanakan perancangan pembangunan sesuatu projek di

Kampung Batu Mengkebang.

Pelbagai isu alam sekitar telah ditimbulkan akibat daripada ketidakseimbangan

sistem ekologi sehingga menyebabkan wujudnya isu seperti pemanasan global,

pencemaran udara, penipisan lapisan ozon, peningkatan bahan buangan beracun dan

sampah sarap selain kemerosotan kualiti air, pengurangan sumber semula jadi dan

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 23

Page 24: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

kemusnahan kawasan hutan di Kampung Batu Mengkebang. Kemerosotan terhadap

kualiti alam sekitar telah menjejaskan juga tahap kualiti hidup manusia. Oleh itu,

pendidikan alam sekitar boleh dijadikan sebagai satu kaedah untuk menyediakan

penduduk kampung yang dapat memahami dan mengetahui kepentingan menjaga alam

sekitar selain beberapa langkah wajar dalam usaha ke arah melestarikan alam sekitar.

Secara umumnya, terdapat dua bentuk pendidikan berkaitan alam sekitar iaitu secara

formal dan tidak formal. Pendidikan alam sekitar secara formal memerlukan beberapa

kaedah dan pendekatan tertentu untuk menjadikannya sebagai satu asas kukuh seperti

pembentukan kurikulum baru untuk digunakan oleh semua situasi pengajaran dan

pembelajaran, pendekatan kepada sistem sekolah iaitu membentuk kurikulum

persekitaran yang khusus melalui mata pelajaran biasa dan membentuk satu kursus baru

yang disebut sebagai kajian persekitaran. Pendidikan alam sekitar secara tidak formal

dilakukan atas kesedaran untuk membantu pendidikan secara formal dalam menangani

masalah alam sekitar. Pendidikan tidak formal ini banyak dibantu oleh pihak swasta dan

badan bukan kerajaan. Melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS), beberapa program diadakan

seperti perkhemahan, seminar, penerbitan risalah, majalah, kempen dan sebagainya.

Melalui kaedah pendidikan, pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Mengkebang

dapat dikurangkan.

Penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu cadangan untuk

mengurangkan pencemaran alam sekitar di kawasan Kampung Batu Mengkebang. Antara

peruntukan undang-undang dan akta yang diguna pakai dalam perancangan

pembangunan tanah, menurut laman web Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pahang

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 24

Page 25: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

adalah seperti kesemua akta yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan diterima pakai

di dalam semua negeri dan bagi tujuan pengawalan pembangunan terdapat beberapa akta

berkaitan yang diguna pakai bagi tujuan pengurusan, pengawalan, pencegahan,

pemuliharaan dan lain-lain lagi seperti Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1995),

Undang-undang Malaysia (Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 serta Pindaan 1995,

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang Kecil Bangunan

Seragam 1984 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Melalui

penguatkuasaan undang-undang tersebut aktiviti pembakaran terbuka, pembalakan serta

penebangan pokok , kilang kayu, pengorekan pasir dan sebagainya dapat dikurangkan

sekali gus membendung pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Mengkebang.

Sejak kebelakangan ini, kita sering dengar, lihat serta alami pelbagai isu dan

masalah berkaitan alam sekitar sama ada di peringkat antarabangsa dan tempatan seperti

kejadian tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara dan air, pemusnahan hutan secara

berleluasa serta kesan perubahan cuaca dan pemanasan global. Aktiviti dan polisi

berkaitan pemeliharaan alam sekitar seperti kempen perlu disokong oleh program

kesedaran dan ini telah banyak dijalankan oleh agensi awam serta sektor korporat. Bagi

negara yang beriklim khatulistiwa seperti Malaysia yang sentiasa terdedah kepada

matahari, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan sangatlah diperlukan bukan sahaja sebagai

perlindungan, malahan untuk sumber-sumber air, agen pengawalan dan penapisan

pencemaran udara, air, tanah, sirkulasi angin serta agen mengawal banjir kilat, penahan

hakisan tanah dan landskap. Ia turut menyumbang kepada pandangan estetika, keindahan

dan juga keselesaan kehidupan terutamanya di kawasan kampung seperti di Kampung

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 25

Page 26: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Batu Mengkebang untuk mencapai tahap “total quality living” bukan sahaja untuk

negara bahkan untuk dunia.

Nilai dan unsur patriotisme

Masyarakat hendaklah sentiasa mengambil tahu cara untuk mengurangkan kesan

pencemaran terhadap manusia dan alam sekitar. Kerjasama daripada penduduk Kampung

Batu Mengkebang akan membuatkan masyarakat hidup dalam kegembiraan.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 26

Page 27: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

7.0 Rumusan

Selepas saya menjalankan kerja khusus ini, saya mendapati diri saya lebih

mengetahui secara mendalam tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di

Kampung Batu Mengkebang. Saya juga mendapati bahawa diri saya mempunyai

semangat tinggi daripada sediakala dalam menjalankan kajian ini.

Saya juga berasa amat kagum dan bangga kerana telah dilahirkan di negara yang

aman dan damai. Walaupun banyak negara mengalami krisis pencemaran yang serius,

namun Kampung Batu Mengkebang tidak mengalaminya secara serius dan menjadikan

kampung ini begitu serius.

Akhir kata selepas melakukan penyelidikan tentang pencemaran alam sekitar

kesedaran diri saya semakin tinggi. Saya mendapat banyak pengajaran daripada

kegigihan yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia dan semua penduduk negara ini

dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

Nilai dan unsur patriotisme

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 27

Page 28: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah

pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk

setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.

8.0 Lampiran

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 28

Page 29: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 29

Page 30: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

BORANG SOAL SELIDIK

Arahan

Borang soal selidik ini disediakan oleh pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan

Mengkebang untuk Subjek 23/2 Geografi. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan

maklumat mengenai pencemaran alam sekitar di Kampung Batu Mengkebang. Diharap anda

menjawab semua soalan dengan ikhlas. Segala maklumbalas anda berikan adalah dirahsiakan

daripada pengetahuan umum. Kerjasama anda amatlah dihargai.

Bahagian A : Demografi

1. Nama : ______________________________________________

2. Jantina : Lelaki Perempuan

3. Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

4. Taraf Pendidikan : UPSR PMR SPM

STPM Lain-lain

5. Umur : 0-20 21-40 41 dan Keatas

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 30

Page 31: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

6. Pekerjaan ( sila tandakan ( √ ) pada yang berkenaan)

Pekerjaan Tandakan ( √ )Penoreh getah

Berniaga

Pemandu teksi

Guru

Tukang rumah

Kerja sendiri

Suri rumah

Lain-lain

Bahagian B : Pencemaran Alam Sekitar

1. Setiap soalan merujuk kepada jawapan dibawah. Tandakan ( √ ) pada tahap pilihan:

1 2 3 4 5

Tidak Tahu Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 31

Page 32: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Soalan 1 2 3 4 5

Adakah penduduk Kampung Batu Mengkebang merasai

kesan pencemaran alam sekitar.

Adakah kesan pencemaran mengganggu kehidupan seharian

penduduk kampung ini.

Adakah terdapat perbezaan pada awal tahun 80-an dengan

sekarang.

Adakah suhu di kawasan Kampung Batu Mengkebang

meningkat.

Adakah keadaan air sungai di kawasan kajian sekarang

semakin cetek dan keruh.

Adakah debu tanah yang berterbangan di udara semasa cuaca

terik di kawasan sekitar kampung.

Adakah kampung ini sering dilanda banjir lumpur selepas

berlakunya hujan lebat semasa musim tengkujuh.

2. Setiap soalan merujuk kepada jawapan dibawah. Tandakan ( √ ) pada tahap pilihan:

Punca pencemaran Tandakan ( √ )Kenderaan

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 32

Page 33: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Pembakaran terbukaRacun serangga/rumpaiBaja kimiaSampah sarapSisa toksikSisa domesticPenebangan hutan/pokokPenternakan/akuakultur PembinaanPerniagaanPetempatan

Soalan Temu Bual

1. Adakah penduduk Kampung Batu Mengkebang merasai kesan pencemaran alam sekitar?

2. Adakah kesan pencemaran mengganggu kehidupan seharian penduduk kampung ini?

3. Adakah terdapat perbezaan pada awal 80-an dengan sekarang?

4. Adakah suhu di kawasan kampung ini semakin meningkat?

5. Bagaimanakah keadaan air sungai sekarang . Adakah ia semakin cetek dan agak keruh?

6. Semasa cuaca panas terik, adakah terdapat debu dan tanah yang berterbangan di udara

sekitar kampung?

7. Adakah kampung ini sering dilanda banjir lumpur selepas hujan lebat semasa musim

tengkujuh?

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 33

Page 34: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Gambar rajah 1: Racun rumpai yang digunakan oleh penduduk Kampung Batu Mengkebang

untuk mengawal tumbuhan liar.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 34

Page 35: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Gambar rajah 2: Penebangan pokok dan penggondolan bukit di Kampung Batu Mengkebang.

Gambar rajah 3: Kilang kayu yang terdapat di kawasan kajian.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 35

Page 36: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Gambar rajah 4: Air getah yang dibiarkan di pusat pengumpulan getah.

Gambar rajah 5.1: Kesan pembakaran terbuka di kawasan kajian.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 36

Page 37: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Gambar rajah 5.2: Pembakaran terbuka pokok yang ditebang di sekitar Kampung Batu

Mengkebang.

 Rajah 1: Pokok-pokok besar berperanan meneduhi rumah, kereta dan manusia daripada panas terik matahari.

Gambar rajah 6.1: salah satu kesan pencemaran alam sekitar alam sekitar ialah sungai menjadi cetek.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 37

Page 38: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

Gambar rajah 6.2: Sungai yang cetek terdapat di kawasan kajian.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 38

Page 39: kerja khusus ting 3 2011- pencemaran alam sekitar

GEOGRAFI TINGKATAN 3

9.0 Rujukan

Habibah bt Lateh, Khaw Ah Seng &Tan Koh Lim (2004). Geografi Tingkatan 3. Pahang: PTS

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jasiman Ahmad (1996). Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam. Eddiplex Sdn. Bhd.

Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris (1996) Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam

Sekitar Anda. Penerbit Mikamas.

http://www.sabah ibm/kenali/aspencemaran.air.anp

Bidah bt Bulat, 420415-03-5039, R.P.T. Batu Mengkebang, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

Ismail bin Dollah, 570911-03-6307, R.P.T. Batu Mengkebang, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

Jusoh bin Mamat, 361023-03-5403, R.P.T. Batu Mengkebang, 18000 Kuala Krai, Kelantan.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR 39