Transcript

KOD KURSUS

:

QGJ3053

NAMA KURSUS

:

KURSUS SUKAN INDIVIDU

SEMESTER

:

2 SESI 2014/2015

KERTAS KERJA

KEPENTINGAN DAN FUNGSI ALAT PELINDUNG SUKAN UNTUK MENCEGAH KECEDERAAN BAGI SUKAN TAEKWONDO, BOWLING DAN MEMANAH

NAMA

:

FARIDAH BINTI ABDUL MAJID

NO. MATRIK

:

D20121061614

FAIL TUGASAN

:

D20121061614_KRB3063

KEPENTINGAN DAN FUNGSI ALAT PELINDUNG SUKAN UNTUK MENCEGAH KECEDERAAN BAGI SUKAN TAEKWONDO, BOWLING DAN MEMANAH

Daftar kandungan

Abstrak..................................3

1. Pengenalan

..................................3

1.1Pengenalan alat pelidung

..................................3

2. 4 peranan dan fungsi alat pelindung

..................................4

2.1Tujuan memakai alat pelindung semasa bersukan

..................................4

2.2Peranan penggunaan Alat Pelindung

..................................4

3. Spesifikasi alat pelindung bagi tiga jenis sukan

..................................6

3.1Sukan bowling

..................................7

3.2Sukan memanah

..................................8

3.3Sukan taekwondo

..................................9

4. Pemilihan alat pelindung yang tepat dan sesuai (pembuatan)

................................11

5. Prosedur memakai semasa pertandingan

..................................13

6. Peraturan memakai semasa pertandingan

..................................18

7. Penutup

..................................18Rujukan..................................19

Abstrak

Kertas kerja ini akan menerangkan mengenai kepentingan dan fungsi alat pelindung keselamatan dalam sukan khususnya bagi murid sekolah. Tiga jenis alat pelindung sukan telah dipilih untuk dihuraikan dengan lebih spesifik. Kertas kerja ini juga dilengkapkan mengenai prosedur pemakaian semasa pertandingan sukan itu dijalankan. Kecelakaan ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja termasuklah ketika bersukan. Konsep keselamatan alat pelindung merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan

1. Pengenalan

Aspek keselamatan amat penting dititikberatkan semasa bersukan bagi menjamin kejayaan sesuatu aktiviti sukan tersebut. Jika aspek keselamatan tersebut diabaikan, kemalangan dan kecederaan kemungkinan besar boleh berlaku. Oleh itu, mengambilkira kepentingan alat pelindungan diri semasa bersukan boleh mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin boleh mengakibatkan kecederaan kekal berlaku.

Kecederaan semasa bersukan boleh berlaku akibat pelbagai sebab. Teknik latihan yang tidak betul, amalam harian yang kurang sempurna, kecuaian dan insiden boleh menjadi penyebab kecederaan. Sukan-sukan seperti hoki, ragbi, tinju, taekwondo dan bola sepak mempunyai risiko tinggi untuk mendapatkan kecederaan. Oleh itu, alat pelindung keselamatan seperti shin pad, pelindung perut (abdominal guard), helmet (head gear) dan sarung tangan perlu dipakai untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu.

1.1Alat Pelindung

Alat pelindung adalah merujuk kepada alat yang berfungsi untuk melindungi si pemakai daripada potensi bahaya samada dalam bidang pekerjaan mahupun dalam bidang sukan. Alat pelindung berfungsi sebagai pelindung kepada seseorang atlet semasa menjalankan aktiviti sukan, latihan mahupun pertandingan. Memilih alat pelindung yang sesuai semasa bersukan dapat mencegah terjadinya risiko kecederaan seterusnya dapat memastikan keselamatan atlet tersebut. Secara amnya dibahagikan kepada mengekalkan kepala, bahu, pengawal tangan, siku, pergelangan tangan, pinggang, kaki, lutut, buku lali, gabungan sukan cermin mata, sukan lain pakaian perlindungan.

Pemain sukan adalah digalakkan untuk memakai alat pelindung yang sesuai berdasarkan jenis sukan yang diwakili. Pihak pengurus pasukan perlu memastikan setiap ahli sukan atau kontinjen pasukannya memakai alat pelindung yang lengkap dan yang telah diluluskan. Alat-alat tersebut haruslah memenuhi persyaratan asas iaitu tidak mengganggu kualiti sukan, selesa dan memberikan perlindungan efektif terhadap jenis risiko bahaya. Sebagai contoh, atlet yang mengikuti sukan tennis, ping pong, badminton, skuasy dan olahraga perlu memakai alat pelindung lutut, pergelangan kaki dan siku.

2. 4 peranan dan fungsi alat pelindung

Risiko mengalami kecederaan semasa aktiviti lasak dan juga aktiviti sukan sentiasa ada. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Tujuan memakai alat pelindung mulut ialah untuk mengurangkan impak jikalau berlaku kemalangan. Ianya boleh mengurangkan kecederaan kepada tisu kegigian dan mengurangkan risiko kehilangan gigi akibat kecederaan bersukan.

2.1Tujuan Penggunaan Alat Pelindung secara amnya boleh dilihat sebagai berikut:

Melindungi pemain atau atlet semasa menjalankan latihan atau pertandingan daripada kemalangan yang tidak dapat dijangka

Meningkatkan pretasi atau pencapaian ke tahap yang optimum Mengurangi risiko akibat kecelakaan ke tahap yang minima.

Menjadikan gelanggang latihan atau pertandingan yang mempunyai suasana yang aman dan selesa

Mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin boleh mendatangkan kecacatan kekal yang mengakibatkan kerugian kepada sumber keperluan manusia dalam bidang sukan.

untuk melindungi seluruh atau sebagian tubuh badan seseorang atlet atau pemain terhadap kemungkinan adanya potensi bahaya atau kemalangan.

2.2Peranan penggunaan Alat Pelindung

Mengelakkan kecederaan

Perlindungan

Mengekalkan suhu badan

4 peranan penggunaan alat pelindung dalam sukan

Membantu peredaran darah yang betul

Rajah 1 : Peranan penggunaan alat pelindung sukan

1. Mengelakkan kecederaan

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan dan kecederaan samada akibat kecuaian mahupun insiden. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut.

Antara sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan adalah:

Pertembungan di antara satu sama lain

Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan

Jatuh

Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan

Jenis-jenis kecederaan akibat daripada alasan yang telah disebutkan di atas adalah:

JENIS KECEDERAAN

Luka-luka

Hentakan

Terkehel/

tergeliat

Ketegangan

Terseliuh

Patah tulang

Rajah 2 : Jenis kecederaan semasa bersukan

2. Edaran yang betul

Bagi sesetengah atlet, mempunyai kecederaan sebelum ini boleh menyebabkan rencatan peredaran darah ke kawasan tertentu pada tubuh mereka. Memakai alat pelindung seperti pelindung lengan mampatan misalnya boleh membantu atlet mendapatkan peredaran darah ke kawasan yang diberikan. Teknologi dalam lengan mampatan menggalakkan aliran darah yang lebih baik ke kawasan yang pernah cedera sebelum ini, boleh mengurangkan kemungkinan bengkak dan menyediakan aliran edaran yang lebih baik untuk sendi dan anggota badan atlet. Menggunakan alat pelindung amat penting untuk atlet yang pernah mengalami kecederaan dan seterusnya dapat menghalang kecederaan dari arah depan kepada atlet yang tidak mempunyai rekod kemalangan olahraga.

3. Perlindungan

Memakai alat pelindung semasa bersukan dapat melindungi lapisan kulit yang terdedah kepada cuaca dan kejadian semulajadi alam. Bagi pemain pemandu lorong, pelari marathon, jogathon mahupun pemain basikal lumba, sering terdedah kepada risiko kecederaan seperti terkena pokok-pokok dan halangan lain di jalan kerana ia merupakan sukan luar (outdoor sport). Oleh itu, memakai alat pelindung boleh mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kerana dalam bidang sukan ini, calar kecil dan lebam boleh bertukar menjadi isu besar.

4. Mengekalkan Suhu Badan

Menggunakan alat pelindung dapat mengekalkan suhu badan seperti pemain rollerblade yang memerlukan helmet lebih daripada sekadar perlindungan . Bagi pemain sukan dalaman yang melakukan aktiviti di dalam dewan yang mempunyai pendingin hawa, memakai alat pelindung amat penting bagi mengelakkan kesejukan yang boleh menjejaskan mutu permainan. Begitu juga pada pemain sukan luar yang terdedah kepada keadaan cuaca yang tidak menentu. Contohnya bagi pemain bola sepak. Memakai stokin panjang dan alat pelindung betis boleh mengelakkan kesejukan udara pada bahagian kaki sekaligus mengekalkan suhu badan.

3. Spesifikasi alat pelindung bagi tiga jenis sukan

3 jenis sukan telah dipilih untuk dalam kertas konsep ini iaitu :

Sukan Bowling

Sukan Memanah

Sukan Taekwondo

Rajah 3 : 3 Jenis sukan

3.1 Alat pelindung bagi sukan bowling

Boling tepin atau ten-pin boling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang diperbuat daripada kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin. Alat pelindung bagi sukan boling adalah seperti berikut:

a. Boling wrist brace

b. Compression Arm Sleeve (Sarung lengan mampatan)

c. Bowling Glove (Sarung tangan boling)

3.1.1Fungsi dan tujuan memakai alat pelindung sukan boling

a. Boling Wrist Brace

Boling Wrist Brace atau pendakap pergelangan tangan berfungsi untuk menghalang belakang tangan pemain daripada menjadi senget atau bengkok sebelum menggolekkan bola boling.

Pada dasarnya, tujuan alat pelindung ini adalah untuk menyekat pergerakan pergelangan tangan. Pergerakan pergelangan tangan terhad berfungsi untuk mengawal hubungan ibu jari kita terkeluar bola berbanding dengan jari boling kita yang bertindak untuk memberikan putaran pada bola.

Tanpa penggunaan pendakap pergelangan tangan, pergelangan tangan kita biasanya akan tergantung kembali sebelum pelepasan itu dan menyebabkan jari untuk keluar dari bola pada masa yang sama atau sebelum ibu jari. Pendakap Sokongan pergelangan tangan boleh didapati dalam model boleh dilaras (adjustable) dan tidak boleh laras (non-adjustable).

b. Compression Arm Sleeve (Sarung lengan mampatan)

Sarung lengan mampatan membantu menguatkan otot lengan dan amat sesuai digunakan semasa permainan boling. Dengan memakai sarung lengan mampatan, tekanan yang lebih tinggi berhampiran pergelangan tangan dapat dikerahkan dengan lebih baik sekaligus dapat memperbaiki mutu permainan. Ia juga membantu pelancaram darah dan oksigen untuk beredar dengan lebih cepat.

c. Bowling Glove (Sarung tangan boling)

Sarung tangan boling memberi sokongan di bahagian depan tangan, bahagian belakang tangan, dan juga di belakang pergelangan tangan. Ia dapat memberi sokongan kepada pergelangan tangan yang lemah, atau yang telah mengalami kecederaan untuk menjadikan pergelangan tangan terbentuk lurus. Ia juga membantu melaksanakan dan melepaskan bola dengan betul.

Terdapat banyak jenis sarung tangan boling namun yang sesuai digunakan adalah yang mempunyai liputan di bahagian jari. Ia dapat menyokong cengkaman dan memberi keselesaan kerana ia mewujudkan geseran terhadap tangan pemain.

3.2 Alat Pelindung bagi sukan memanah

Memanah merupakan salah satu sukan yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam Program Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah. Ini bersesuaian dengan matlamat negara yang ingin menjadikan sukan memanah sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sukan di peringkat antarabangsa. Sukan memanah telah diletakkan sebagai sukan elit di dalam takwim Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

Sukan ini mampu melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan dan kestabilan emosi. Secara amnya, sukan ini merujuk kepada melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya denga menggunakan kekuatan fizikal. Oleh kerana memanah merupakan sukan elit yang juga mempunyai risiko, maka alat pelindung bagi sukan memanah adalah seperti berikut:

a. Pengawal Dada (Chest Guard)

b. Pelindung lengan

c. Pelindung jari

3.2.1 Fungsi dan tujuan memakai alat pelindung sukan memanah

a. Pengawal Dada (Chest Guard)

Pengawal dada digunakan untuk mencegah kecederaan kepada dada ahli sukan pemanaha terutama bagi pemanah wanita. Pengulangan berpanjangan dan tekanan daripada alat memanah (bowstring) boleh membawa kepada pembentukan ketulan dalam tisu lemak , yang secara klinikal dapat menyebabkan kanser.

b. Pelindung lengan

Pelindung lengan berfungsi untuk melindungi lengan daripada bowstring kerana ia bergerak ke hadapan selepas pelepasan anak panah dilakukan. Ia diperkukuhkan oleh bahan daripada kulit atau pengawal pelindung plastik yang dipakai di bahagian dalam lengan pemanah.

c. Pelindung jari

Tab jari digunakan untuk melindungi jari semasa pemanah melepaskan tali panah. Tab jari kebanyakan dibuat daripada kulit dengan mempunyai beberapa lapisan bahan untuk perlindungan tambahan. Ia bjuga berfungsi untuk membantu menjaga keselamatan kulit pada bahagian jari agar tidak melecet. Saiz tab jari tidak boleh lebih panjang daripada hujung jari.

3.3 Alat Pelindung sukan taekwondo

Secara ringkasnya, taekwondo merupakan antara seni tempur Korea yang paling bersistematik dan mempunyai elemen saintifik yang tinggi. Taekwondo bukan sahaja mengajar ahlinya tentang kemahiran tempur secara fizikal malah juga nilai disiplin yang membentuk jati diri pengamalnya. Hari ini Taekwondo telah muncul sebagai badan sukan global yang mendapat reputasi antarabangsa dan berdiri bersama sukan-sukan rasmi Olimpik lain. Pemakaian alat pelindung semasa berlatih dan bertanding dalam sukan ini amat dititikberatkan memandangkan ia adalah sukan berisiko tinggi. Berikut adalah alat pelindung diri yang wajib dipakai oleh ahli sukan:

Pelindung kepala

Pelindung kaki

Cawat pelindung

ALAT PELINDUNG DIRI DALAM SUKAN TAEKWANDO

Pelindung badan

Pelindung tangan

Rajah 4 : Pelindung badan bagi sukan taekwondo

3.3.1 Fungsi dan tujuan pemakaian alat pelindung semasa sukan taekwondo

a. Body Protector taekwondo/ Pelindung badan

Body Protector/Pelindung badan berfungsi untuk melindungi badan di dalam berlatih taekwondo khususnya semasa kyorugi/ pertarungan. Ia wajib dipakai dalam setiap kejuaraan taekwondo.

b. Pelindung kepala (head gear/helmet)

Pelindung kepala/ head guard digunakan semasa berlatih dan bertanding. Ia berfungsi untuk melindungi kepala dan juga sebagai penilaian markah. Helmet ini bersifat ringan dan mempunyai ruang peredaran udara yang tinggi sesuai dengan peningkatan suhu badan dan proses penyejukan bahagian kepala untuk mengelak pitam. Ia mempunyai daya perlindungan kepala yang kuat sekiranya berlaku kemalangan.

c. Pelindung tangan / dekker tangan

Pelindung tangan/dekker tangan atau biasa dikenal dengan hand protector ini wajib digunakan ketika bertanding taekwondo di kategori kyorugi. Ia berfungsi untuk mengurangi kecederaan ketika bertanding dan seterusnya dapat menangkis serangan.

d. Pelindung kaki taekwondo/ Shin Guard

Berfungsi untuk melindungi kaki dan mengurangkan kecederaan ketika berlatih karena fungsinya adalah untuk melindungi tulang kering kaki.

3.3.2 Kepentingan

4. Pemilihan alat pelindung yang tepat dan sesuai (pembuatan)

Alat pelindung seharusnya berfungsi secara optimum dan efektif kepada atlet. Oleh itu, setiap alat pelindung yang digunakan perlu menepati kriteria-kriteria berikut:

KRITERIA ALAT PELINDUNG SUKAN

Selasa dan mudah dipakai

Tidak mengganggu proses aktiviti sukan.

Memberikan perlindungan yang optimum.

Memenuhi syarat-syarat yang diwajibkan dalam bidang sukan.

4.1Pemilihan alat pelindung dalam sukan boling

Alat pelindung tangan bagi sukan boling boleh didapati dalam pelbagai bentuk bergantung kepada tahap pemain, tujuan dan pengalaman. Alat pelindung bagi pemain yang mempunyai sejarah kecederaan berbeza dengan pemain yang tidak pernah mengalami kecederaan. Begitu juga bagi pemain baru dan professional. Apa yang pasti, penggunaan alat pelindung tangan adalah untuk memberi sokongan kepada pergelangan tangan dan memberi keselesaan kepada pemain. Sokongan sarung tangan yang betul akan membantu pemain melepaskan bola dengan lebih baik sekaligus meningkatkan mutu permainan.

Memilih alat pelindung yang tepat dan betul semasa sukan boling amat penting bagi mengelakkan risiko kecederaan. Dalam memilih alat pelindung yang sesuai, material bahan perlu dititikberatkan. Perlu difahami, terdapat banyak pilihan material untuk alat pelindung seperti sarung tangan dan sarung lengan di pasaran. Namun, alat pelindung yang paling sesuai ialah yang tidak ketat dan cukup longgar serta tidak menyebabkan penyekatan darah serta oksigen dalam badan.

Pemain menggunakan sarung tangan bowling dan sarung pergelangan tangan untuk beberapa sebab. Antara sebab utama adalah sarung tangan bowling menyediakan sokongan yang diperlukan bagi mencegah kecederaan, serta menawarkan kawalan yang lebih besar ke atas bola bowling. Kebanyakan pemain baru menggunakan sarung lengan untuk menyokong panduan lontaran mereka serta menguatkan pergelangan sekaligus mengelakkan rasa sakit dan tidak selesa. Bagi pemain professional, terdapat sarung tangan yang menawarkan cengkaman tambahan dan kawalan yang diperlukan bagi mengekalkan bentuk yang konsisten dari satu permainan ke hadapan.

Jenama kelengkapan perlindungan sukan terkemuka seperti Pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional sering menjadi pilihan kerana ia dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi. Ia memenuhi keperluan setiap atlet dengan memberi perlindungan dan daya prestasi setiap atlet hingga ke tahap maksimum. Produk ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel. Kehebatan X-tremus datang dari binaan komplek yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas. Selain itu, cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi. Selain itu, jahitan berkualiti pada permukaan memberi lebih kekemasan otot, sekaligus mengemaskan setiap pergerakan.

Penggunaan bahan seperti neoprone, coolprene yang tidak memerangkap peluh manakala teknologi Coolmax berupaya menyelesaikan masalah pemerangkapan haba. Secara umumnya, pemakaian X-tremus membantu meningkatkan beberapa kapasiti atlet untuk bergerak lebih laju dan mendapatkan postur yang lebih stabil.

4.2Pemilihan alat pelindung dalam sukan memanah

Pelindung jari bagi sukan memanah lazimnya diperbuat daripada kulit atau daripada bahan sintetik Ia digunakan untuk melindungi jari pemanah dari sebarang kecederaan dan juga memberikan permukaan yang licin untuk tali panah mengelungsur. Tekanan yang berulang semasa sesi latihan boleh menyebabkan kesakitan pada jari. Pelindung jari atau tab jari mempunyai gelung yang sesuai ke atas jari tengah dan ini biasanya digunakan oleh pemanah untuk membuat titik rujukan semasa melepaskan busur.

Pengawal lengan tradisional dibuat daripada kulit Terdapat juga pelindung lengan yang diperbuat daripada plastik yang dipakai di sebelah dalam lengan yang memegang busar (bow arm). Ianya di pakai untuk mengelakkan kecederaan lengan pemanah. Apabila bowstring itu telah dikeluarkan, geseran yang terjadi boleh menyebabkan kesakitan kepada pemanah. Kini pengawal lengan memanah boleh didapati dalam bahan-bahan yang berbeza, seperti keluli tahan karat, plastik dan vinil. Atlet perlu memilih bahan yang ringan agar dapat memberikan keselesaan dan perlindungan secara optimum kepada lengan.

Pengawal lengan yang melekat pada lengan biasanya menggunakan tali Velcro atau Buckles kerana ia lebih elastik, selesa dan boleh dilaraskan mengikut saiz pemain. Bagi pemanah baru, dinasihatkan agar memakai pengawal lengan tambahan yang empuk pada peringkat permulaan.

Pelindung dada yang digunakan untuk mengelakkan kecederaan pada bahagian dada terutamanya bagi pemanah wanita diperbuat daripada nilon ataupun plastik, termasuk nilon mesh dan kulit. Pelindung dada hampir menyamai separuh daripada jaket atau weskot berkancing . Ianya dipakai pada sebelah dada yang digunakan oleh pemanah yang memegang panah. Daya tekanan yang dilepaskan oleh bowstring yang kuat boleh menyebabkan kerosakan pada kawasan dada pemanah. Oleh itu, adalah amat penting memakai pelindung dada untuk membantu mengurangkan kecederaan. Pelindung dada ini dipasang dengan menggunakan butang, tali dan kancing . Ia adalah sesuai bagi semua pemanah kompetitif terutamanya pemanah wanita kerana ia dapat melindungi payudara.

4.3Pemilihan alat pelindung dalam sukan taekwondo

5. Prosedur memakai semasa pertandingan

5.1Prosedur memakai alat pelindung bagi sukan bowling

Gambar 1 : Pendakap pergelangan tangan boleh dilaras

Gambar 2 : Cara memakai pendakap tangan

Gambar 3: Cara memakai pendakap pergelangan tangan tidak boleh dilaras

Gambar 4: Cara memakai sarung lengan

Gambar 5: Cara memakai sarung tangan dengan ciri keselamaran jari

5.2Prosedur memakai alat pelindung bagi sukan memanah

Secara amnya, prosedur pemakaian alat pelindung bagi sukan memanah adalah seperti berikut:

Pelindung dada/

Chest guard

Pelindung jari

Pelindung lengan

Gambar 6 : Alat pelindung lengkap untuk sukan memanah

5.2.1Pelindung dada

Gambar 7: Cara memakai pelindung dada

5.2.2Pelindung lengan

Gambar 8: Cara memakai pad lengan

5.2.3Pelindung jari/Finger tab

Gambar 9: Cara memakai tab pelindung jari

5.3Prosedur memakai alat pelindung bagi sukan taekwondo

Prosedur dan set lengkap bagi pemakaian alat pelindung sukan taekwando yang perlu dipatuhi semasa latihan dan pertandingan adalah seperti berikut:

Gambar 10: Alat pelindung lengkap untuk sukan memanah

a. Pelindung Kepala / Head Guard

b. Body Protector Taekwondo/ Pelindung Badan

c. Pelindung Tangan Taekwondo/ Hand Protector

d. Pelindung Kaki Taekwondo/ Shin Guard taekwondo

6. Peraturan memakai alat perlindungan semasa pertandingan

Penganjur pertandingan haruslah mengutamakan keselamatan terutamanya dalam menyediakan peraturan sesuatu pertandingan. Peraturan-peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh badan-badan sukan wajib dipatuhi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Seharusnya penganjur sesuatu kejohanan atau pertandingan merujuk peraturan yang telah disediakan dan diedarkan kepada semua yang terlibat sebagai panduan.

7. Penutup

Kelengkapan perlindungan diri semasa bersukan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keselamatan atlet. Penggunaan dan pembangunan gear pelindung sukan telah berkembang melalui masa, dan terus maju dari masa ke masa. Pemakaian alat pelindung diri perlu dititikberatkan agar risiko kecederaan dapat dikurangkan samada dalam sukan professional mahupun amatur.

Rujukan

Archery Basic Arrows and Equipment blogpot. http://www.dundeesportsmansclub.com/dundee%20pic/dscinc.archery.basic.arrows.and.equipment.htm

Kenali Sukan Bowling .blogspot

http://rusdi-hitamputih.blogspot.com/2010/04/kenali-sukan-boling_19.html

TAEKWONDO.Info Taekwondo blogspot

http://taekwondo-center.blogspot.com/2013/02/nama-alat-alat-taekwondo.html

6 Must-Have Protective Gear for Archers http://www.ebay.com/gds/6-Must-Have-Protective-Gear-for-Archers-/10000000177635882/g.html

3