KERTAS KERJAKARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014
KOLEJ PENDETA ZA’BAUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH6 - 9 MAC 2014
TEMPATKOLEJ PENDETA ZA’BA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURANBIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ PENDETA ZA’BA
DENGAN KERJASAMAJABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel
MAJLIS BELIA MALAYSIAKEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
TEMA“Express Yourself”
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
KERTAS KERJA
KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014 [KAPREZA 2014]
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan
untuk mengadakan Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA 2014).
2.0 PENDAHULUAN
Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ‘14) merupakan program anjuran Biro Timbalan Ketua
Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan
Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan
serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Program yang berkonsepkan hari keluarga ini telah masuk tahun yang kesembilan dan menjadi
satu program tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za’ba. Maka, KAPREZA yang bakal berlangsung
pada tahun 2014 ini dengan tema dan pembaharuan yang tersendiri, bakal dijalankan dengan
matlamat utamanya untuk merapatkan ukhwah antara penghuni Kolej Pendeta Za’ba dengan pihak
pegurusan Kolej Pendeta Za’ba dan tidak lupa juga ukhuwah bersama komuniti setempat yang
berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri
Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“Express Yourself” menjadi pilihan tema pada kali ini bertujuan untuk menyerlahkan sisi
mahasiswa/i dalam pelbagai aspek yang membolehkan mahasiswa/i lebih yakin dengan diri sendiri
dengan cara mengekspresikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan. Konsep riadah
santai yang diketengahkan mampu menarik perhatian pengunjung kerana bukan sahaja program
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
yang berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk kerohanian dan kekeluargaan
juga turut diselitkan.
Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za’ba
khususnya untuk merasai satu pengalaman berkerja secara kumpulan atau berorganisasi di samping
membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan dan cemerlang
secara holistik. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa menglibatkan diri
dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum
dan agama yang berlainan dan membentuk sahsiah yang tinggi dalam diri pelajar terhadap elemen
kemanusiaan.
Unsur-unsur penggunaan Bahasa Inggeris juga diterapkan dalam menjalankan program KAPREZA
kali ini yang merujuk kepada kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa. Hebahan dan promosi program akan dilaksanakan secara dwibahasa untuk menarik
minat para pengunjung.
Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan
penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan
pelbagai cabaran di peringkat glokal mahupun global.
3.0 MISI
Menjadikan program ini sebagai satu landasan bagi menonjolkan bakat dalam diri kalangan
mahasiswa/i dan mejadikan aktiviti yang disediakan sebagai medium untuk melepaskan tekanan
dengan cara beriadah.
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
4.0 MATLAMAT
Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Za’ba di samping melatih mahasiswa/i untuk
menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang
mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan.
Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i
dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menjadi satu medium untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan dan juga penghuni
Kolej Pendeta Za’ba serta pihak badan bukan kerajaan.
5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam merancang dan menggerakkan sesuatu aktiviti
mengikut kreativiti dan acuan mereka sendiri.
5.3 Melatih mahasiswa/i dalam berorganisasi serta mempelajari kemahiran generik yang
diperlukan dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan.
5.4 Menggunakan aktiviti santai yang interaktif dalam mengekspresikan mahasiswa.
6.0 TEMA
“Express Yourself”
7.0 ANJURAN
Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia,
Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
8.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh : 6 - 9 Mac 2014
Masa : 8 pagi – 11 malam
9.0 TEMPAT
Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia
10.0 PUBLISITI
Program ini akan dihebahkan secara meluas dalam bentuk dwibahasa melalui iklan media massa,
flyers, poster dan banner di kawasan UKM, sekitar Bangi, Kajang dan juga semua kawasan di
Semenanjung Malaysia. Golongan sasaran adalah warga Kolej Pendeta Za’ba, semua warga kolej
kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Za’ba Universiti Putra Malaysia, Kolej Za’ba
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kolej Ketujuh Za’ba Universiti Malaya dan penduduk sekitar
Bangi.
11.0 CADANGAN PERASMI
11.1 Perasmi Pembukaan dan Penutup
YBhg. Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
MENTERI BELIA DAN SUKAN
YBHG DATO’ IRMOHIZAM IBRAHIM
ADUN KUALA SELANGOR
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Jumlah Krew KAPREZA’14 : 200 orang
Jumlah pengunjung : 1500 orang [anggaran]
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Bacaan Yassin dan Solat Hajat
Bacaan Yassin dan solat hujan akan diadakan di Surau Kolej Pendeta Za’ba yang
merangkumi keseluruhan krew KAPREZA’ 14 dan juga penghuni kolej bagi mendoakan
kelancaran program yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut.
15.2 Konsert Zikir
Program ini berkonsepkan islamik yang mengajak para muslimin dan muslimat untuk
beselawat dengan kaedah yang lebih interaktif. Program ini dapat menerapkan nilai-nilai
murni disamping dapat membersihkan hati dengan memuji-muji nama Allah.
15.3 Kapreza’s Family Day
Aktiviti ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara penghuni dan pengurusan
Kolej Pendeta Za’ba dengan pengisian sukan rakyat. Menggunakan konsep Rumah Sukan
untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga Kolej Pendeta Za’ba. Antara
sukan rakyat yang dipertandingkan adalah tarik tali, boling kelapa, kupas buah kelapa, lari
dalam guni dan banyak lagi.
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
15.4 Pertandingan Tenpin Boling Piala Pendeta
Program ini dapat memupuk bakat bersukan serta semangat dalam kalangan pemainnya.
Pertandingan yang akan dijalankan di Metro Point, Kajang ini adalah terbuka kepada warga
Kolej Pendeta Za’ba mengikut rumah sukan masing-masing.
15.5 Pertandingan Futsal Piala Ayahanda
Futsal merupakan pertandingan futsal yang akan menemukan pemain dari pelbagai kolej
serta seluruh Bandar Baru Bangi dan juga Kajang. Penyertaan daripada kumpulan
kumpulan pemain wanita juga digalakkan.
15.6 Horse For Fun
Tujuan diadakan Horse For Fun adalah sebagai aktiviti riadah yang mampu memupuk sifat
kekeluargaan. Mahasiswa/i yang tidak pernah menaiki kuda ataupun melihat kuda dapat
bergambar serta menunggang kuda di kawasan kolej.
15.7 Food Factor Challenge
Program ini adalah program yang berunsurkan sukaneka yang diwujudkan untuk menguji
ketahanan fizikal para peserta dalam menghabiskan makanan dalam waktu yang ditetapkan.
Makanan yang bakal disajikan adalah makanan yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang masyarakat yang bakal menilai ketahanan mereka dalam menerimanya.
15.8 Explore De UKM
Program ini akan menerap unsur budaya di dalamnya. Penyertaan daripada pelbagai bangsa
untuk setiap kumpulan adalah bertujuan untuk memupuk semangat integriti antara satu
sama lain. Checkpoint yang terlibat adalah beberapa kolej di dalam UKM.
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
15.9 Kidz Talent
Program ini adalah bagi mencari bakat dalam kalangan si cilik dari sekolah dan tadika
berdekatan. Antara segmen yang turut dimuatkan adalah peragaan pakaian dan juga
pertandingan mewarna serta melukis. Program ini juga dapat menarik kunjungan
masyarakat sekitar khususnya ibu bapa.
15.10 Battlefield
Program ini adalah program yang berunsurkan extreme dan diwujudkan untuk menguji
ketahanan fizikal para peserta. Penyertaan berkumpulan memupuk sifat kerjasama dan
dapat meningkatkan daya pemikiran dan perancangan peserta.
15.11 Grooming
Tujuan diadakan grooming adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswi tentang
kepentingan penjagaan diri dan juga untuk melatih mahasiswi untuk tampil lebih
berkeyakinan dalam segala aspek. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk
mempelajari cara berpakaian yang betul mengikut kesesuaian sesuatu majlis.
15.12 Siapa Hebat?
Pengenalan kepada permainan ini untuk memriahkan lagi majlis sepanjang karnival
berlangsung di samping memberi keseronokan dan juga kenangan terindah zaman kanak-
kanak para peserta.
15.13 Star Of Pro-Evolution (PES)
Pertandingan ini merupakan permainan komputer bertemakan bola sepak dan perlawanan
berkumpulan secara liga dan kumpulan yang menjuarai pertandingan ini akan berentap
sesama ahli kumpulan untuk merebut gelaran ‘Star of PES’. Pertandingan ini bertujuan
untuk memupuk kemahiran fokus dan penyusunan strategi oleh peserta.
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
15.14 Autoshow
Autoshow ini sebagai medan mengubah persepsi dalam kalangan pengunjung terhadap
aktiviti permotoran serta memberi pengalaman baru kepada mahasiswa/i yang belum
berpeluang melihat kreativiti peserta Autoshow. Program ini juga bagi memupuk minat
mahasiwa/i mendekati sukan permotoran.
15.15 Baking
Program ini bertujuan untuk menarik pengunjung yang berminat dalam seni pembuatan dan
dekorasi
15.16 Battle Of The Bands
Program ini berkonsepkan pertandingan yang membolehkan sisi lain mahasiswa dari
bidang lain iaiti seni muzik ditonjolkan. Selain itu, ia juga sebagia satu medium untuk
mengeratkan hubungan dia antara warga Kolej Pendeta Za’ba dan juga warga kolej
kediaman lain di UKM.
15.17 Wall Climbing
Pengenalan kepada sukan-sukan ekstreme adalah untuk mempuk sikap bersukan yang sihat
dan riadah yang bermanfaat selain daripada menghabiskan masa dengan membuat perkara
yang tidak berfaedah.
15.18 Cuci-Cuci Kapreza
Skuad khas akan ditubuhkan untuk mencuci kenderaan di sekitar UKM. Aktiviti mencuci
kenderaan ini akan diadakan sebelum karnival ini berlangsung. Secara tak langsung ini
dapat mempromosikan KAPREZA 14 di dalam UKM mahupun di sekitar Bangi. Program
ini akan diadakan 2 hujung minggu berturut-turut sebelum berlangsungnya tarikh
KAPREZA’ 14.
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
15.19 Rumah Hantu
Aktiviti santai yang berbentuk seram yang amat popular dalam kalangan mahasiswa/i
sekarang. Aktiviti ini mampu menarik pengungjung untuk merasakan pengalaman yang
‘thrill’di samping menguji keberanian masing- masing.
15.20 Le-Tour de UKM
Le-Tour de UKM ini diadakan untuk menyemai sifat cintai universiti dalam kalangan
mahasiswa/i yang menyertai program ini. Dalam acara ini, para peserta akan berbasikal
dari Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) dan akan melakukan flash mob di setiap kolej di UKM
untuk mempromosikan KAPREZA ‘14. Pogram ni akan dilakukan berlangsung satu hari
dan akan diadakan sebelum berlangsungnya karnival ini, bagi mempromosikan karnival ini.
15.21 Cyclist Kapreza
Program yang berkonsepkan riadah santai ini amat bersesuaian dengan mahasiswa/i yang
inginkan sesuatu yang menyeronokkan di samping dapat menyihatkan badan. Program satu
hari ini juga melibatkan orang luar kerana penyertaan akan dibuka untuk orang ramai
menyertai dan sama-sama menagamalkan gaya hidup sihat.
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila hubungi:
NUR AIN NADIRRA BINTI MOHD NOOR NURIN AFIQAH BINTI ZAIRUL AZMAN
Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah 1
Karnival Premier Za’ba 2013 Karnival Premier Za’ba 2013
Kolej Pendeta Za’ba Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : 013-9686432 Tel : 0111-4806010
Tel(Pej) : 03-89217116 Tel (Pej: 03-89217116
Faks : 03-89216846 Faks : 03-89216846
Emel : [email protected] Emel : [email protected]
18.0 PENUTUP
18.1 Dengan program ini, diharap hubungan di antara penghuni dan pengurusan Kolej Pendeta
Za’ba dan kolej lain dan warga Kolej Pendeta Za’ba yang terdiri daripada pelbagai kaum
dapat dieratkan dan seterusnya dapat melatih pelajar menjadi mahasiswa/i yang
mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
18.2 Justeru itu, diharap agar kertas kerja ini mampu memberi satu gambaran yang positif bagi
pihak tuan untuk memberikan sumbangan dalam menjayakan program KAPREZA 2014
ini.
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Disediakan oleh,
.................................................
(NUR AIN NADIRRA BINTI MOHD NOOR)Ketua PengarahKarnival Premier Za’ba 2014Kolej Pendeta Za’baUniversiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
.................................................
(NOR ASEKEN BT ROSLEY)Felo PenasihatKolej Pendeta Za’baUniversiti Kebangsaan Malaysia
Diluluskan oleh,
....................................................................
(PROF. MADYA DR. AHMAD SUNAWARI LONG)PengetuaKolej Pendeta Za’baUniversiti Kebangsaan Malaysia
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2013 (KAPREZA’13)
Penaung
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan ShahabudinNaib Canselor, UKM
Pengerusi
YBhg. Prof. Ir.Dato’ Dr. Othman Bin A. KarimTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM
Penyelaras
Yang Dihormati En. Musa Zainal AbidinTimbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Pengetua
YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari LongPengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Timbalan Pengetua
Yang Dihormati Dr. Mohd Suzeren Md JamilTimbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Felo Penasihat
Nor Aseken Bt RosleyFelo Kanan Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Ketua Eksekutif
Nurul Jannah Binti Ahmad GhulamudinA137789 (FPEND/3) 014-5295903
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Ketua PengarahNur Ain Nadirra Binti Mohd Noor
A 141942 FST/2013-9686432
Timbalan Ketua Pengarah 1(Executive)Nurin Afiqah Binti Zairul Azman
A 141621 FST/20111-4806010
Timbalan Ketua Pengarah 2 (Internal)Muhammad Zulhanif Bin Mohd Haron
A 141920 FPEND/2010-3836913
Timbalan Ketua Pengarah 3 (External)Muhamad Izham Bin Azmil
A 140689 FSSK/2017-2373238
Ketua ProgramNur Syahirah Binti Rosli
A 146343 FTSM/1017-2963503
Timbalan Ketua Program 1Muhamad Fitri Bin Ramli
A 143465 FEP/1017-4414496
Timbalan Ketua Program 2Nurul Suhana Binti Azmi
A 146676 FTSM/1017-3428543
Setiausaha 1 Muhammad Amir Izzat Bin Rosli
A 143220 FEP /1012-2374025
Setiausaha 2Nur Husna Binti Mohd Dahan
A 143408 FEP/1018-2352711
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
Bendahari 1Siti Nurfarah Hananie Binti Ahmad Zaki
A 146347 FTSM/1012-2546194
Bendahari 2Cheong Chooi Mei
A 143272017-2395362
Pengarah Pemasaran : Syadiah Madiha Binti Borhan A 145007 FSSK/1
Pengarah Publisiti : Zarith Zafira Binti Zubir (Media) A145916 FST/1: Raja Mohd Azlan Bin Raja Ali (Grafik) A 145744 FST/1
Pengarah Protokol : Nur Azreen Binti Azmi A 145834 FST/1
Pengarah Gerai : Norazfathiah Binti Azahar A 143215
Pengarah Keselamatan : Noor Azreeni Binti Abu Saran A 145830 FST/1
Pengarah Teknikal : Mohamed Alef Bin Mohd Razali
Pengarah Cenderamata : Nurhanani Binti Nordin A 145749 FST/1
Pengarah Jamuan & Kebajikan : Hasmat Husaina Binti Ahamed Hasan A 146377 FTSM/1
Pengarah Tugas-Tugas Khas : Mohd Nur Hafiz Bin Jaafar A 145648 FST/1
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014 (KAPREZA ‘14)
TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT
22-23 Februari & 1-2 Mac 2014 (Sabtu & Ahad)
8.00 pagi – 5.00 petangCuci – Cuci Kapreza Garaj kereta blok B
KPZ
1 Mac 2014 (Sabtu)
8.00 pagi – 2.00 petang Le Tour De UKM Sekitar UKM
6 Mac 2014 (Khamis)
7.00 malam – 9.00 malam Bacaan Yassin dan Solat Hajat Surau KPZ
7 Mac 2014 (Jumaat )
2.30 petang – 9.00 malam
8.30 malam – 11.00 malam
Pertandingan Tenpin Boling Piala Pendeta
Konsert Zikir
Metropoint Kajang
Dataran Dinamis
8 Mac 2014 ( Sabtu )
9.00 pagi – 11.00 malam
9.00 pagi – 6.00 petang
9.00 pagi – 6.00 petang
Battle Of The Bands
Horse for Fun
Battlefield
Dataran Dinamis
Blok C
Blok F KPZ
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
8.00 pagi – 6.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang
10.00pagi – 5.00 petang
9.00 pagi - 2.00 petang
9.00 pagi – 5.00 petang
8.00-10.30 malam
9.00 pagi – 6.00 prtang
Futsal
Food Factor Challenge
Grooming
Explorace
PES
Autoshow
Wall climbing
Gelanggang Futsal
Dataran Dinamis
Bilik seminar
Sekitar UKM
Dataran Blok A-B
Dataran Dinamis
Gelanggang Bola Tampar
9 Mac 2014 (Ahad)
7.30 pagi – 2.00 petang
8.30 pagi – 2.00 tgh/hari
9.00 pagi – 5.00 petang
9.00 pagi – 6.00 petang
9.00 pagi – 12.00 tengahari
9.00 pagi – 3.00 petang
8.00 pagi – 5.00 petang
9.00 pagi – 6 petang
5.00 petang
MALAM
8.00 malam
8.30 malam
Cyclist Kapreza
Kapreza’s Family Day
Battlefield
Horse For Fun
Kidz Talent
Siapa Hebat?
Autoshow
Wall climbing
Raptai majlis penutupan
Ketibaan para pelajar
Ketibaan tetamu jemputan
Putrajaya
Padang UKM
Blok F KPZ
Blok C KPZ
Dataran blok A-B
Dataran Blok A-B
Dataran Dinamis
Gelanggang Bola Tampar
Pentas utama Dataran Dinamis
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
8.45 malam
8.55 malam
9.05 malam
9.15 malam
9.20 malam
9.30 malam
9.40 malam
Ketibaan tetamu kehormat
Nyanyian Lagu “Negaraku”
Nyanyian Lagu “Pewaris Keunggulan”
Persembahan pembukaan
- Tarian tradisional Melayu , Cina dan India
Kata – kata aluan oleh Pengerusi Majlis
Ucapan Ketua Pengarah KAPREZA ‘14
Saudari Nur Ain Nadirra Binti Mohd Noor
Bacaan doa
Ucapan Pengetua Kolej
Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long
Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tetamu Kehormat
Y.BHG Khairy Jamaluddin
MENTERI BELIA DAN SUKAN
atau
DATO’ Irmohizam
Adun Kuala Selangar
Pentas Utama Dataran Dinamis
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
10.00 malam
10.05 malam
10.20 malam
10.30 malam
12.00 malam
Persembahan Gimik
Penyampaian cenderamata
Multimedia Show
Persembahan Penutup Lagu Tema & Persembahan Flashmob Kapreza
KAPREZA ‘14
Tetamu jemputan beredar ke jamuan ringan VVIP
Acara tidak formal
Persembahan artis jemputan
Majlis bersurai
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA RM
1. Sumbangan
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Kolej
Yuran Pertandingan
Sumbangan Luar
5 000.00
15 000.00
9 000.00
19 590.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 48 590.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM
1. Publisiti
- Flyers (RM0.05x 4000)
- Buku Program Perasmian ( RM4.00x 50)
- Kad Jemputan Perasmian (RM2.00x 100)
- Kain Rentang (8'x 5') (RM 60.00x 20)
- Bunting (5'x 2') (RM 15.00 x 100)
- Fotostat Poster( RM 0.10 x 500)
- Printed Poster (RM 3.00 x 200)
- Banner (RM 100 x 5)
200.00
200.00
200.00
1 200.00
1 500.00
50.00
600.00
500.00
“Express Yourself” 6 - 9 Mac 2014
- Pamplet (RM 1.00 x 300) 300.00
2. Cenderamata
Juri/Moderator (RM 100 x 30)
Saguhati & Wang Tunai (RM 90 x 100)
VVIP (Perasmian dan Penutupan) ( RM 150 x 3)
300.00
9 000.00
450.00
3. Jamuan dan Kebajikan
Penutup (RM 12 x 50)
Kebajikan (RM 5.00 x 3 kali makan x 3 hari x 200)
BSMM (RM 10 x 4 hari)
600.00
9 000.00
40.00
4. Protokol
Bahan hiasan pentas
Penyewaan pakaian protokol (Kebudayaan)
Persembahan (Kebudayaan)
Bahan hiasan kanopi
Artis (RM 2500 x 2)
Gimik (Perasmian)
200.00
1 000.00
500.00
100.00
5 000.00
100.00
5. Teknikal
Sound System
Pentas (Sewa) (RM 1000x 1)
Khemah (RM 150 x 30)
7 000.00
1 000.00
4 500.00
6. Lain-Lain
T-shirt (RM 20 x 200)
Tag Nama (RM 2 x 200)
Belanjawan Pengurusan
Badge (RM 3 x 200)
4 000.00
400.00
50.00
600.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 48 590.00