PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TASIK,
KUALA LUMPUR.
KERTAS KERJAPROJEK TAMAN TERAPEUTIK
2010
TEMPAT:SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TASIK
TEMPOH JANGKAAN:15 JULAI 2010 – 30 OGOS 2010
PENDAHULUAN
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran adalah
merupakan satu program yang menempatkan murid-murid yang mempunyai pelbagai
jenis masalah seperti sindrom down, autistik, masalah pembelajaran, hiperaktif,
hipoaktif, cerebral palsi dan masalah tingkah laku. Justeru, konsep pengajaran dan
pembelajaran murid-murid ini adalah berbeza daripada murid-murid normal yang lain.
Pelbagai cara dilakukan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan murid-murid ini. Projek Taman Terapeutik ini merupakan
salah satu terapi yang sangat berkesan untuk membantu dan merangsang murid-murid
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Desa Tasik untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisen.
Sesungguhnya adalah diharapkan projek ini dapat membantu murid-murid
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Desa Tasik mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih ceria dan menjalani kehidupan sebagai
pelajar dengan lebih gembira.
OBJEKTIF
Adalah diharapkan dengan terlaksananya taman ini, objektif-objektif berikut dapat
dicapai dengan jayanya :
Meningkatkan kemahiran murid-murid
Melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, bermakna serta
menggembirakan.
Mengeratkan hubungan silaturahim di antara murid–murid, guru-guru praktikal
dan guru–guru.
Mewujudkan suasana bekerjasama dan saling membantu dalam melaksanakan
sesebuah projek ke arah membina sekolah yang cemerlang.
Menambahkan keceriaan kawasan persekitaran sekolah.
SASARAN
Sasaran Khusus: Murid-murid Pendidikan Khas (PPKI) Sekolah Kebangsaan Desa
Tasik, Kuala Lumpur.
Sasaran Umum: Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Desa Tasik, Kuala Lumpur.
SUMBER KEWANGAN
1. Sumbangan guru praktikal PPKI 2010
2. Sumbangan daripada pihak sekolah
3. Sumbangan pihak swasta dan individu
TAPAK ASAL
AHLI JAWATANKUASA
PROJEK TAMAN TERAPEUTIK
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK DESA TASIK
Penasihat : Pn. Zakinah binti Ismail
Pengerusi : Pn. Razmi binti Mamat
Naib Pengerusi 1 : Pn. Nurul Fadlina bt Mohammad
Naib Pengerusi 2 : Che Wan Ruzaimi bt Wan Razaki
Setiausaha : Pn. Syahida bt Mohd Mokhtar
Bendahari : Pn. Nizwa Hana bt Illyas
AJK : Pn Rahana bt Radin
Pn. Zauyah bt Zulkefli
En. Iswadi bt Mamat
Pn. Nor Erlyda bt Yassin
Pn. Salmi bt Salleh
Cik Hamidah bt Sharif
Pn. Raziha
En. Nasir bin Mohd Said
En. Rajes Pisoon Abdullah
En. Prili bin Kadir
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. KEPERLUAN KUANTITI
HARGA SEUNIT
JUMLAH
1. Bahan
Pasir kasar
Simen 50 Kg
Bata
Cat air hitam 1L
Cat minyak oren 1L
Cat minyak coklat 1L
Cat clear 1L
Varnis 1L
Berus cat*
Tinner
Papan gosok
Papan
Besi BRC*
Cutter*
Paku
Gergaji*
Batu bulat putih
Batu bulat hitam
Batu bulat coklat*
2 skop (jengkaut)
4 beg
400 biji
5 tin
5 tin
5 tin
3 tin
1 tin
3 batang
2 botol
3 bilah
2’x3’ 2 batang
¼’x 2’ 4 batang
10 meter
1 biji
½’ inci ½ kg
3 inci ½’ kg
1 bila
1 guni
1 guni
1 guni
RM 85
RM 18
RM 0.35
RM 15
RM 15
RM 15
RM 25
RM 25
RM 4
RM 6
RM 6.50
RM 19
RM 4
RM 6
RM 12
RM 4
RM 5
RM 12
RM 90
RM 90
RM 90
RM 170
RM 72
RM 140
RM 75
RM 75
RM 75
RM 75
RM25
RM 12
RM 12
RM 19.50
RM 28
RM 16
RM 60
RM 12
RM 2
RM 2.50
RM 12
RM 90
RM 90
RM 90
JUMLAH KESELURUHAN RM 1063.00
PENUTUP
Adalah menjadi harapan semua pihak agar Taman Terapeutik yang
dicadangkan ini dapat membantu menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan,
serta menggembirakan untuk murid-murid berkeperluan khas. Selain itu, ia juga
diharapkan dapat menambahkan keceriaan kawasan persekitaran sekolah.
Disediakan oleh,
......................................................
(PN. NIZWA HANA BT ILYAS )
Setiausaha Projek Taman Terapeutik
Disemak oleh,
.......................................................
( )
Disahkan oleh,
............................................................
( )
Diluluskan oleh,
............................................................
( )