SEKOLAH KEBANGSAAN (SATU) JALAN BATU TIGA, KLANG
JALAN PEKAN BARU, TAMAN ENG ANN,
SELANGOR DARUL EHSAN
KERTAS KERJAKERTAS KERJA
MEMBAIK PULIHMEMBAIK PULIH& MENAIK TARAF& MENAIK TARAF
BILIK SAINSBILIK SAINSDISEDIAKAN OLEH :
EN AHMAD HISHANUDDIN BIN RAMLI
PANITIA SAINSSEK KEB JALAN BATU TIGA, KLANG
1
SENARAI NAMA PANITIA SAINS SK (1) JALAN BATU TIGA, KLANG 2012
Pengerusi : Pn. Hajah Mazanah Bt Dawi - Guru Besar
Naib Pengerusi : Pn Violet Pushparani - Penolong Kanan 1
Ketua Panitia : Pn Norhayati Bt Sanusi
Guru Sains 1 : En Ahmad Hishanuddin B Ramli
AJK : Pn Anida
Pn Siti Zaliah
Pn Kogilavani
PENGENALAN BILIK SAINS
1. Bilik Sains Sekolah Kebangsaan (Satu) Jalan Batu Tiga, Klang adalah sebuah
bilik darjah biasa yang diubahsuai menjadi bilik sains bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
2. Bilik ini digunakan untuk semua kelas dari tahun 1 hingga tahun 6 untuk
matapelajaran Sains
3. Keluasannya adalah sama dengan bilik darjah lain yang terdapat di sekolah ini.
4. Di dalam bilik ini juga terdapat beberapa peralatan dan perabot yang telah lama
dan usang.
5. Bilik ini juga digunakan untuk matapelajaran Pendidikan moral dan sebagai bilik
tumpangan untuk banyak aktiviti.
2
PERALATAN SEDIA ADA
1. Meja Murid - 34 buah
2. Kerusi - 34 buah
3. Papan Hitam - 1
4. Layar putih - 1
5. LCD Projektor - 1
6. Sinki dan paip air - 1
7. Table top - 1
8. Almari besi - 1
9. Almari pameran - 1
10. Rak buku - 1
PERMASALAHAN
1. Meja murid yang kurang sesuai
i. Meja dan kerusi murid adalah kurang sesuai dengan proses pengajaran dan
pembelajaran sains yang memerlukan meja yang sesuai untuk membuat
eksperimen.
ii. Meja dan kerusi murid juga menyebabkan keadaan menjadi sempit dan
menyukarkan pergerakan.
2. Almari Kabinet ( table top)
i. Pintu almari kabinet telah tercabut dan tidak dapat diperbaiki lagi kerana
sudah reput.
ii. Selain itu ianya juga menjadi sarang tikus dan lipas kerana pintunya tidak
dapat ditutup.
3. Almari pameran dah peralatan
i. Seringkali berlaku kehilangan peralatan/radas dan kerosakkan hasil kerja
murid kerana almari pemeran yang telah usang dan tidak berkunci.
3
ii. Ini kerana murid dengan mudah dapat membuka dan mengambil bahan-
bahan tersebut.
4. Papan Hitam
i. Papan hitam masih lagi menjadi medium utama untuk guru menulis yang
menyebabkan banyak habuk dan menjejaskan kesihatan guru dan murid.
5. Kabel LCD projektor
i. Kabel LCD Projektor yang kurang kemas dan selalu tersadung kaki murid.
Ini kerana kabel yang lama sudah tidak dapat digunakan lagi kerana sudah
berkarat.
6. Sinki dan Paip air
i. Paip air telah berkarat dan seringkali bocor kerana kehausan getah. Ini
menyebabkan pembaziran.
7. Sehubungan dengan itu, saya lampirkan gambar tentang keadaan bilik sains
SK (1) Jalan Batu Tiga, Klang. (Sila rujuk lampiran B)
CADANGAN MEMPERBAIKI KEROSAKAN / MENAIK TARAF BILIK SAINS
1. Kabinet (Table top)
Menggantikan / menukar pintu kabinet yang baharu.
Menambahkan kabinet bahan merbahaya ( Lampiran A)
2. Almari radas/ pemeran
Menukar almari baharu yang lebih sesuai dan berkunci.
3. Mengganti / menukar meja murid dengan yang lebih sesuai
Meja yang lebih sesuai untuk kegunaan bilik sains
4. Menggantikan paip air yang baharu.
5. Menggantikan kabel Projektor yang baharu
4
ANGGARAN KOS
Bil Perkara Anggaran kos
1 Penukaran pintu kabinet 25 x 2.5 ft RM3000.00
2 Tambahan kabinet bahan merbahaya 5 x 3 ft RM1500.00
3 Penggantian almari radas/ pameran RM800.00
4 Paip air RM30.00
5 Kabel Projektor RM120.00
JUMLAH RM5450.00
LAMPIRAN A
Cadangan Penambahan kabinet bahan merbahaya di belakang Bilik Sains
5
Papan Maklumat Bilik Sains
Cadangan Penambahan kabinet bahan merbahaya
LAMPIRAN B
Pintu almari yang sudah rosak dan reput
6
Almari Pameran/ Radas yang usang dan sudah rosak serta tidak berkunci
7
Meja dan kerusi murid yang kurang sesuai
8
Sinki dan paip air yang berkarat dan bocor
9
Kabel Projektor yang tidak boleh digunakan
10
Meja dan kerusi murid yang kurang sesuai serta menyukarkan pergerakan
Disediakan oleh;
------------------------------------------------
(AHMAD HISHANUDDIN RAMLI)
Guru Sains SK (1) Jalan Batu Tiga, Klang
11