Kertas Kerja Lawatan
Ke Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Sekolah Sukan Bukit Nenas
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP-PENDIDIKAN JASMANI)
1.0Pendahuluan
Pengurusan dan pentadbiran sukan merupakan gabungan
kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan
dan penilaian yang berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.
Sehubungan dengan itu, para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, opsyen Pendidikan Jasmani (PISMP- PJ) Semester 5
mengambil inisiatif mengadakan lawatan ke Majlis Sukan Negeri
Terengganu dan Sekolah Sukan Bukit Nenas bagi melihat urus tadbir
sesuatu hal mengenai sukan dan perkembangan sukan di Malaysia
bertepatan dengan subjek yang sedang dipelajari iaitu Pengurusan dan
Pentadbiran Sukan.
Di samping itu, lawatan ini juga sebagai salah satu wadah bagi
memenuhi tuntutan program Bina Insan Guru (BIG) yang wajib
dilaksanakan oleh setiap Guru Pelatih. Sukatan pelajaran Pendidikan Bina
Insan Guru disediakan bagi memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra
Perkhidmatan mulai ambilan tahun 2001, di bawah Komponen Asas
Dinamika Guru. Sukatan pelajaran ini menekankan kepada unsur-unsur
hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses
pembinaan Insan Guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara
yakni pembinaan profesionalisme kepada asas pembentukan Negara
Bangsa.
2.0 Rasional
Lawatan yang akan dijalankan ini adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
opsyen Pendidikan Jasmani Semester 5 mengenai pentadbiran dan
pengurusan dalam bidang sukan di Malaysia di samping melihat sendiri
bagaimana atlet Malaysia menjalani latihan di Majlis Sukan Negeri. Selain
itu, lawatan ini juga adalah memberi peluang kepada pelajar PISMP untuk
melihat bagaimana proses pembangunan atlet di Sekolah Sukan Bukit
Nenas, Terengganu dilaksanakan.
Selain itu, lawatan ini turut memainkan peranan dalam memenuhi
tiga elemen yang terkandung dalam Konsep dan Ciri-Ciri Dalam
Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan da
Tanggungjawab Insan Guru. Gabungan dua rasional ini dapat
dilaksanakan melalui satu lawatan yang sama dan seterusnya dapat
memartabatkan Profesion Keguruan di samping memperkenalkan Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan sebagai IPG yang mementingkan
akademik dan pembangunan modal insan sebagai seorang guru.
3.0 Matlamat
Lawatan ini diadakan adalah sebagai memenuhi sukatan kurikulum mata
pelajaran Pengurusan dan pentadbiran sukan dan sebagai inisiatif untuk
menambahkan ilmu berkaitan pentadbiran dalam sukan dan kesukanan
serta memenuhi kurikulum program Bina Insan Guru.
4.0 Objektif
4.0.1 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
a) Mendapatkan maklumat terperinci tentang kemudahan sukan terkini dan
bertaraf antarabangsa yang terdapat di Majlis Sukan Negeri.
b) Mendapatkan pendedahan tentang struktur organisasi Majlis Sukan
Negeri dan Sekolah Sukan Bukit Nenas, Terengganu serta bidang tugas
yang terlibat.
c) Mendapatkan pendedahan tentang program-program sukan yang
dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri.
d) Memberi peluang kepada guru pelatih untuk berkomunikasi dan
menguruskan sesuatu perkara dari jarak jauh dengan menggunakan
kemudahan teknologi.
e) Meningkatkan kemahiran komunikasi dua hala di kalangan Guru Pelatih
terutamanya dengan pihak yang lebih tinggi dalam pentadbiran seperti
pihak Majlis Sukan Negeri.
4.0.2 Bina Insan Guru(lawatan ”bench-marking”)
a) Membangunkan insan guru dengan pelbagai kemahiran insaniah ( soft
skills)
b) Menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan dengan cara berhubung
dengan pihak pentadbiran sekolah.
c) Guru pelatih dapat mempelajari bagaimana pihak sekolah menguruskan
sekolah yang mempunyai pemberatan kepada kedua-dua bidang iaitu
akademik dan ko-kurikulum.
d) Memperkasakan pengetahuan guru pelatih terhadap pedagogi pengajaran
yang melibatkan bidang sukan dan akademik.
e) Memberi peluang kepada guru pelatih memerhati sendiri tahap kecekapan
pengurusan sekolah yang berprestij tinggi.
f) Mengukuhkan ilmu pedagogi yang diperolehi melalui pemerhatian
terhadap sekolah yang dilawati.
5.0 Tarikh
27 April 2010
6.0 Tempat
Majlis Sukan Negeri dan Sekolah Sukan Bukit Nenas, Terengganu
7.0 Tema
”Perpaduan Melalui Sukan”
8.0 Sasaran Peserta
Pelajar-pelajar PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5
(Senarai nama peserta dan pensyarah pengiring adalah seperti di
Lampiran A)
9.0 Pengangkutan
Bas IPG – KSM
10.0 Ahli Jawatankuasa
Jawatan kuasa Induk
Penaung : Dr. Maznah Binti Abdul Samad
(Pengarah IPG KSM)
Pengerusi : En Che Ishak Bin Ismail
(Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan)
Penasihat : En Lukman Bin Sa’adon
Penasihat BIG : En Ros’haimi Bin Yusof
Jawatan Kuasa Pengelola / Kerja
Pengerusi : Mohd Helmi Bin Zaini
Naib Pengerusi : Zetty Akhtar Bt. Mohd Zaid @ Mohd
Said
Setiausaha : Siti Salwa Binti Mail
Bendahari : Nur Adibah Binti. Mohamad
AJK Pengangkutan : Muhammad Fadzil Bin Abol Kassim
dan Keselamatan Mohd Ilman Bin Hamzah
Abdul Halim Bin Susol
AJKPenginapan : Mohd Hafizee Bin Alias
Abdul Wafiy bin Mohd Ruslee
AJK Makanan : Muhammad Syazwan Safwan Jaafar
Mohd Amier Shakirin Bin. Mohd Sharif
AJK Buku Program : Mohd Rizal Bin Abdul Halim
dan Perhubungan Awam Syed Nor Aizuddin Bin Syed Basir
AJK Hadiah
dan Cenderamata : Raihan Syazwani Bt Ghazi
Mohd Khairul Hafiz B. Abu Bakar
AJK Laporan
dan Dokumentasi : Mohd.Aizudin Bi Junaidi
Azrool Afizie Bin Ahmad
AJK Aktiviti : Raihana Binti. Tajurazi
Husnil Madihaty Bt. Md. Rejab
Bukhari Bin Abd Razak
12.0 Tentatif Program
Tarikh/Hari Jam Perkara Catatan
27/04/2010 7.45 pagi
8.15 pagi
9.30 pagi
Taklimat daripada En Che Ishak
Bin Ismail
(Ketua Jabatan, Jabatan
Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan IPG KSM)
Bertolak dari IPG KSM
Tiba di Majlis Sukan Negeri
(Mendaftar dan Rehat)
Membuat lawatan bagi subjek
Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan
bagi mendapatkan maklumat
berikut:
a) Program-program sukan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri.
b) Maklumat terperinci tentang kemudahan sukan terkini dan bertaraf antarabangsa yang terdapat di Majlis Sukan Negeri
c) Program pembangunan sukan dan nilai dan etika dalam sukan
12.00 tengah hari
1.30 tengah hari
2.30 petang
4.30 petang
Makan Tengah hari dan bertolak ke Sekolah Sukan Bukit Nenas
Lawatan ke Sukan Bukit Nenas bagi Pogram Bina Insan Guru(BIG) serta subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Mengumpulkan maklumat berkaitan perkara berikut:
Kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
Pengurusan pihak sekolah dalam aspek pentadbiran dan hal ehwal murid.
Cara pengajaran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam mendidik pelajar dalam bidang akademik dan sukan.
Memerhatikan organisasi sekolah yang membangunkan sukan dan akademik.
Lawatan sekitar Sukan Bukit
Nenas
Padang Gimnasium Padang hoki Padang bola sepak Makmal Organisasi keselamatan
dan ”self center”
Bertolak pulang ke IPG
KSM
13.0 Anggaran Perbelanjaan
Bil. Perkara Kuantiti Harga seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
1. Makanan
Sarapan
Makan tengah
hari
22 orang
5.00x 22
8.00 x 22
110.00
176.00
4. Hadiah dan
Cenderamata
(sumbangan IPG)
3 -
Jumlah Keseluruhan 286.00
14.0 Penutup
Besar harapan agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan
kami ini dengan sewajarnya dan sekaligus menyokong serta meluluskan
kertas kerja ini. Segala kerjasama dari pihak tuan, kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh:
______________
(ABDUL WAFIY BIN MOHAMMAD RUSLEE)
Setiausaha,
PISMP- Pendidikan Jasmani,
Semester 5.
Disokong oleh:
______________________
(EN. LUKMAN BIN SA’ADUN)
Pensyarah Penasihat,
Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Pendidikan Jasmani,
Disahkan Oleh,
___________________________
(EN CHE ISHAK BIN ISMAIL)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Sultan Mizan
Besut, Terengganu
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Sultan Mizan
Besut, Terengganu
Saya dengan ini meluluskan / tidak meluluskan lawatan ini ke Institut Sukan Negara dan Sekolah Sukan Bukit Jalil ini.
Ulasan : _________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
Diluluskan Oleh :
___________________________________
(DR. MAZNAH BINTI ABDUL SAMAD)
Pengarah,
Institut Perguruan Sultan Mizan
Besut Terengganu
Lampiran A
Senarai Nama Peserta
Bil Nama Kad Pengenalan1 ABD HALIM BIN SUSOL 870428 -01- 61772 ABD WAFIY BIN MOHAMMAD RUSLEE 870722 -01- 50873 AZROOL AFIZIE BIN AHMAD 881118 -05- 56254 BUKHARI BIN ABD RAZAK 880307 -14- 59675 HUSNIL MADIHATY BINTI MOHD REJAB 880521 -26- 51346 MOHD.AIZUDDIN BIN JUNAIDI 890312 -03- 5315
7 MOHD AMIER SHAKIRIN BIN MOHD SHARIF 891120 -01- 57018 MOHD HAFIZEE BIN ALIAS 880810 -11- 59179 MOHD HELMI BIN ZAINI 880216 -05- 5621
10 MOHD ILMAN BIN MOHD HAMZAH 881123 -23- 519311 MOHD KHAIRUL HAFIZ BIN ABU BAKAR 880319 -02- 548712 MOHD RIZAL BIN ABD HALIM 880822 -06- 584913 MUHAMMAD FADZIL BIN ABOL KASIM 870317 -08- 610514 MUHAMMAD SYAZWAN SAFWAN BIN JAAFAR 880311 -11- 535715 NUR ADIBAH MOHAMAD 881004 -01- 584416 RAIHAN SYAZWANI BINTI GHAZI 890223 -11- 577817 RAIHANA BINTI TAJURAZI 880318 -06- 528418 SITI SALWA BINTI MAIL 880215 -01- 597019 SYED NOR AIZUDDIN BIN SYED BASIR 881219 -06- 545120 ZETTY AKHTAR BINTI MOHD SAID @ MOHD ZAID 880913 -03- 6170Lawatan Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Sekolah Sukan Bukit Nenas
Senarai nama pensyarah pengiring
En Lukman Bin Sa’adon
En Roshai’mi Bin Yusof
(Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
KERTAS KERJA
LAWATAN KE MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU DAN
SEKOLAH SUKAN BUKIT NENAS
BAGI SUBJEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JASMANI
DAN SUKAN DAN BINA INSAN GURU (BIG)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PENDIDIKAN JASMANI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN,
BESUT TERENGGANU
Tarikh
27 AprIL 2010
Tempat
Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Sekolah Sukan Bukit Nenas, Terengganu
Tema
”Perpaduan Melalui Sukan”