KERTAS KERJA
KERTAS KERJA KEJOHANAN OLAHRAGA MINI
INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG
PENGELOLAAN
KUMPULAN KPLI SEM.1
( PENGURUSAN GERKO )12 APRIL 2008 (SABTU)
8.30 PAGI 1.00 PTG
STADIUM OLAHRAGA USM
PERASMIAN PEMBUKAAN/PENUTUPAN OLEH:
YANG BERBAHAGIA
PENGARAH
INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN
PULAU PINANG1. TAJUK
Pertandingan ini dinamakan sebagai Kejohanan Olahraga MINI, Institut Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang.
2. PENGENALAN
Kejohanan seperti ini harus diadakan di Institut ini setiap tahun. Kejohanan olahraga MINI adalah satu-satunya acara di mana kita dapat melihat semua warga Institut dilibatkan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakannya. Kejohanan ini juga akan menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar Institut yang mana tidak dapat diperolehi daripada buku atau kuliah sahaja.3. LATAR BELAKANGSejak 1999 hingga 2001, Jawatankuasa Induk Olahraga IPP,PP berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunannya di Stadium Olahraga USM. Stadium ini dipilih untuk memberi peluang yang maksimum kepada pelajar dari segi pengelolaan,pengetahuan,pengalaman,penyertaan dan aspek-aspek lain yang tidak dapat diperolehi jika diadakan di padang rumput.
Pada tahun 2008 satu kejohanan Olahraga MINI diadakan di Stadium Olahraga USM. Kejohanan ini dikelolakan oleh pelajar KPLI Sekolah Rendah sebagai Projek Pengurusan GERKO. Dengan bantuan pensyarah yang ada kepakaran dalam bidang olahraga pelajar-pelajar ini berjaya mengelolakan kejohanan tersebut dengan baik dan secara tidak langsung menambahkan pengetahuan dan pengalaman mereka.4. RASIONAL KEJOHANANKejohanan kali ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar Institut bergiat aktif dalam aktiviti bersukan serta merapatkan hubungan silaturrahim di antara pelajar, pensyarah dan staf sokongan Institut ini. Selain itu mereka juga dapat mempelajari segala kaedah mengelolakan satu kejohanan seperti ini supaya mereka boleh membawa balik ke sekolah apabila tamat pengajian nanti.
5. OBJEKTIF5.1 Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pengelolaan dan pengendalian sesuatu kejohanan olahraga.
5.2 Meningkatkan semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan pelajar semasa menjayakan sesuatu projek.
5.3 Mencari bakat-bakat baru bagi mewakili pasukan Institut dalam Kejohanan Olahraga Kebangsaan ( Antara IPG Malaysia).
5.4 Menjadikan pengelolaan kejohanan ini projek Pengurusan GERKO bagi pelajar KPLI (Rendah) dan pelajar lain.
6. TARIKH / MASA / TEMPAT6.1 Tarikh12 April 2008
6.2 Masa8.30 pagi hingga 1.00 petang
6.3 TempatStadium Olahraga USM
7. PENYERTAAN7.1 KPLI Semester 1 dan 2
7.2 MTED (Deakins) Semester 5
7.3 KPLI J-QAF
7.4 PPPRET (Semester 1 dan 3)
7.5 PPISMP (Semester 2)
7.6 Bac. Ed. (TESL)
7.7 Bac. Ed. ( McQuarie)
7.8 KSPK
8. SUMBER KEWANGANInstitut Perguruan Persekutuan
9. JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANANPenaung
: Encik Rijeng Jahet
Ketua Penasihat
: Encik Kamarulhizam Bin Hazizi
Penasihat (Penyelaras
: Encik Shamsudin Bin Abdul RahmanPengurusan GERKO)
: Encik Kwan Nam Poh
Ko-Kurikulum
: Pn. Nani Hayati Binti Razikin
Penyelaras GERKO Olahraga
: Encik Gan Ee Ka
: Encik Teoh Ewe Teik
Penasihat Sukan JPP
: Pn. Amy Wong On Mei
: Encik Mohamad Fadzili Bin Baharin
Ahli Jawatankuasa Kecil (Penasihat)
Pertandingan
:
Pegawai Teknik
: Teknik / Peralatan
:Perasmian
:Persembahan
:Buku Program
:Hadiah / Cenderamata
:Jemputan / Sambutan
:Perangkaan / Statistik
:Siaraya
:Minuman
:Makanan Pelajar
:Jamuan
:Kedatangan / Disiplin
:Pengangkutan
:Kewangan / Tajaan
:Pertolongan Cemas
:Juruhebah
:Publisiti
:10. JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANANJawatankuasa ini terdiri daripada Pensyarah sebagai Penasihat dan pelajar sebagai pengerusi dan ahli.
Jawatankuasa ini akan ditentukan kemudian.
11. PELAKSANAANAdalah dicadangkan agar pertandingan ini dijalankan secara TERBUKA untuk semua pelajar yang boleh mengambil bahagian untuk mewakili Institut dalam kejohanan kebangsaan. Jurulatih pasukan Institut juga dapat membuat pemilihan yang lebih sempurna di mana perserta terbaik sahaja akan dipilih dan dilatih untuk membawa kemenangan kepada pasukan Institut ini.
Dari segi pengelolaan pula, pelajar-pelajar KPLI akan diberi peluang melantik wakil-wakil kelas mereka untuk mengelola kejohanan tersebut dan mereka ini akan berkongsi ILMU dan PENGALAMAN mereka bersama rakan-rakan. Bagi pelajar yang akan mengambil bahagian, mereka akan menumpukan masa untuk latihan tetapi akan juga membantu rakan-rakan yang memegang jawatan secara tidak langsung supaya mereka juga boleh memperolehi pengalaman mengelola.12. ANGGARAN PERBELANJAANBILPERKARAKUANTITIKOS SEUNIT (RM)JUMLAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.Sewa Stadium
Honararium (Staf USM)
Sewa Khemah (20X20)Hadiah Medal
Hadiah Trofi
Jamuan
Pelajar
Nombor Peserta
Bendera Sukan
Saguhati Pelepas
(termasuk blanks)
Banner
Keperluan Lain
(Hiasan dsb)12
6162
2
131015010
1
1
450.0050.00
150.00
5.50
50.00
3.00
1.5025.00
150.00
100.00
100.00450.00100.00
900.00
891.00
100.00
3930.00
225.00
250.00
150.00
100.00
100.00
JUMLAH BESARRM 7196.00
13. PENUTUPAmatlah diharapkan agar kejohanan ini akan mendapat sokongan dari pihak pentadbiran Institut dari segi kewangan khususnya. Adalah juga dicadangkan agar Tuan Pengarah Institut Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang yang melakukan perasmian Pembukaan dan Penutupan kejohanan ini.Disediakan oleh :
..............................................................
( SHAMSUDIN BIN ABDUL RAHMAN )
Penyelaras Pengurusan Gerko
Institut Perguruan Persekutuan
Pulau Pinang
Diluluskan / Tidak diluluskan
...............................................
( RIJENG JAHET )
Pengarah
Institut Perguruan Persekutuan
Pulau Pinang