KERTAS KERJA:
PROGRAM SENAMROBIKS.J.K (T) LADANG SHANGHAI 2014
TARIKH:23 JULAI 2014
TEMPAT:SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG SHANGHAI ,NEGERI SEMBILAN
ANJURAN:GURU-GURU PELATIH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR,
SEREMBAN
DENGAN KERJASAMA:WARGA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG
SHANGHAI
KERTAS KERJA: PROGRAM SENAMROBIK
S.J.K (T) LADANG SHANGHAI
1.0 Pendahuluan
Senamrobik di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan
bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam
kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil. Program Senamrobik adalah
salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja
Melewar yang menjalankan program internship di SJK(T) Ladang Shanghai.
Program ini boleh disertai oleh murid-murid tahun 4 dan tahun 5. Aktiviti ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar
itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial
mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman
yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila
menempuhi alam kedewasaan kelak. Di samping itu, kerajinan melakukan
senaman dapat diterapkan kepada semua murid dan guru-guru SJK (T) Ladang
Shanghai sejurus melahirkan murid dan guru yang aktif dan sihat serta cergas.
Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh murid semasa
waktu lapang murid.
2.0 Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan
sihat dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan
seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid
akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan
muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di
samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid tidak malu
melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
3.0 Objektif
1. Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di
sekolah.
2. Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat
3. Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.
4. Mengisi masa terluang murid.
5. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.
6. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.
4.0 Penganjur
Guru-guru pelatih IPG Kampus Raja Melewar, Seremban dengan kerjasama
warga Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Shanghai
5.0 Tarikh
23 Julai 2014
6.0 Tempat
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Shanghai ,Negeri Sembilan
7.0 Masa
3.00 – 4.00 petang
8.0 Kumpulan Sasaran
Semua murid Tahun 4 & 5 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Shanghai.
9.0 Jawatankuasa Pelaksana
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM SENAMROBIK S.J.K (T) LADANG SHANGHAI
Pengerusi : Mala a/p P.Murugan
Timbalan Pengerusi : Malathi a/p P.Murugan
Setiausaha : Mala a/p P.Murugan
Bendahari : Malathi a/p P.Murugan
AJK KERJA:
Persiapan Tempat : Mala a/p P.Murugan
Disiplin dan Kawalan Murid : Mala a/p P.Murugan
Hadiah dan Siaraya : Malathi a/p P.Murugan
Dokumentasi : Malathi a/p P.Murugan
10.0 Tentatif program
TENTATIF PROGRAM SENAMROBIK S.J.K (T) LADANG SHANGHAI
HARI / MASA AKTIVITI
23 JULAI 2014Rabu
Murid berkumpul di padang sekolah. Program Senamrobik akan dimulakan.
11.0 Penutup
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program
senamrobik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid disamping
memberi keseronokan kepada murid. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang
kami sampaikan melalui bengkel ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
.
Disediakan oleh ;
.........................................
(Mala a/p P.Murugan)
Ketua Projek
Program Senamrobik
S.J.K (T) Ladang Shanghai
Disahkan oleh;
...............................................
(Pn.Mageswari a/p Kesavan)
Guru Penolong Kanan 1
(SJKT) Ladang Shanghai
Diluluskan oleh;
.........................................
(Pn.Rajeswary a/p Ramasamy)
Guru Besar
(SJKT) Ladang Shanghai
...............................................
(Pn. Shuba a/p Marimuthu)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
(SJKT) Ladang Shanghai