Download doc - Kertas Kerja Projek Paip

Transcript
Page 1: Kertas Kerja Projek Paip

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH68000, AMPANG SELANGOR

KERTAS KERJAPROJEK

MENJALANKAN PROJEK MEMBUAT SALIRAN PAIP AIR UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID BERWUDHUK DI HADAPAN BILIK j-QAF

TEMPAT:BERHADAPAN DENGAN BILIK j-QAF

TARIKH:4 - 6 APRIL 2014 (SABTU)

DISEDIAKAN OLEH:

NOOR SYAHIR BIN AHMAD BAKRI(GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PERAK)

Page 2: Kertas Kerja Projek Paip

PROJEK MEMBUAT SALIRAN PAIP AIR UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID BERWUDHUK DI HADAPAN BILIK j-QAF

1.0 Program :

Membuat saliran paip air untuk kegunaan murid-murid dan guru

khususnya kegunaan untuk berwudhuk.

2.0 Rasional :

2.1 Berwudhuk merupakan satu perkara penting sebelum mendirikan

solat. Selain itu berwudhuk juga dapat menghapuskan dosa-dosa

yang kecil.

2.2 Projek membuat saliran paip air untuk kegunaan murid-murid dan

guru khususnya kegunaan untuk berwudhuk dapat memudahkan

Page 3: Kertas Kerja Projek Paip

pergerakan murid-murid yang mana sebelum ini murid-murid

mengambil wudhuk di surau sekolah.

2.3 Projek membuat saliran paip air di hadapan bilik j-QAF bertujuan

untuk memudahkan murid-murid apabila sesi Pembelajaran dan

Pengajaran diadakan di bilik J-QAF.

2.4 Jarak antara surau dan bilik j-QAF sejauh lebih kurang 400 meter

menyebabkan suasana dan keadaan agak tidak terkawal apabila

murid-murid perlu berwudhuk di surau dan sesi Pembelajaran dan

Pengajaran berlangsung di bilik j-QAF.

2.5 Suasana yang kurang terkawal kerana murid-murid akan berlari-lari

dari surau ke bilik j-QAF.

3.0 Matlamat dan Objektif :

3.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta tenang di sekolah sebagai

institusi yang bersih, indah, selamat, ceria dan terkawal.

3.2 Melaksanakan amalan bersuci dan berwudhuk terhadap murid-

murid.

3.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat sentiasa berkeadaan

suci dan bersih di kalangan murid-murid.

3.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen guru pelatih terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai

kemudahan yang telah disediakan.

3.5 Menyumbang tenaga dan idea yang bersepadu dalam

merealisasikan keberkesanan aktiviti.

Page 4: Kertas Kerja Projek Paip

3.6 Memberi pengalaman sebenar kepada guru pelatih dalam

menceriakan suasana sekolah.

3.7 Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru

sekolah.

3.8 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

3.9 Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada guru pelatih tentang

kepentingan bersuci dan berwudhuk ketika di sekolah.

4.0 Tarikh Aktiviti :

5-6 April 2014

5.0 Masa :

Hari sabtu dan ahad bermula jam 10 pagi

6.0 Tempat :

Di hadapan bilik j-QAF

7.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Dan Pengelola Projek:

AHLI JAWATANKUASA PROJEK MEMBUAT SALIRAN PAIP AIR UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID BERWUDHUK DI HADAPAN BILIK j-QAF

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : PUAN JAMILAH BINTI ABDUL RAHMAN

Guru Penasihat : MOHAMMAD BIN SHA’ARI

Page 5: Kertas Kerja Projek Paip

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

NOOR SYAHIR BIN AHMAD BAKRI

MOHD HAMDAN BIN SIDEK

MOHAMMAD BIN SHA’ARI

MEOR HAFIZ BIN MEOR SHARZAMAN

MOHD FAKHRUDIN BIN HASHIM

8.0 Anggaran perbelanjaan :

Bil Peralatan HargaJumlah

(RM)

1. Paip ABS 1/2 “ 3 unit x RM 18.00 RM 54.00

2. Kepala Paip 8 unit x RM 10.00 RM 80.00

3. Simen 3 unit X RM 18.00 RM 54.00

4. Pasir 4 unit x RM 8.00 RM 32.00

5. Gam Paip 1 unit x RM 23.00 RM 23.00

6. Paip 4” 8 unit x RM 7.50 RM 60.00

7. Aksesori Paip unit x RM RM 17.00

8. Lain-Lain unit x RM RM 30.00

JUMLAH RM 350.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM 350

Page 6: Kertas Kerja Projek Paip

9.0 Penutup :

Diharapkan projek membuat saliran paip air untuk kegunaan murid-murid

dan guru khususnya kegunaan untuk berwudhuk dapat dilaksanakan

dengan jayanya disamping menjadikan persekitaran yang lebih kondusif,

selamat dan terkawal. Melalui projek ini, guru pelatih seperti saya dapat

menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk menceriakan suasana

di sekolah disamping dapat memberi sedikit sumbangan kecil kepada

sekolah. Projek ini adalah penting kerana ia memberi peluang kepada

guru pelatih untuk berkhidmat kepada sekolah disamping dapat

meninggalkan kenangan indah bersama.

Page 7: Kertas Kerja Projek Paip

Disediakan Oleh :

…………………………….. (NOOR SYAHIR BIN AHMAD BAKRI)Guru Pelatih IPG KAMPUS IPOH PERAKDPLI j-QAF ambilan JAN 2013

Dibimbing Oleh:

...............................................(MUHAMMAD BIN SHA’ARI)Guru Pembimbing Major,SK Taman Bukit Indah,68000 Ampang Selangor

Disemak Oleh:

.................................................(MOHD HAMDAN BIN SIDEK)Ketua Panitia Pendidikan Islam,SK Taman Bukit Indah,68000 Ampang Selangor

Diluluskan oleh:

................................................(PUAN JAMILAH BINTI ABDUL RAHMAN)Guru Besar,SK Taman Bukit Indah,68000 Ampang Selangor