Download pdf - Kertas Kerja Projek PPPM

Transcript
  • 5/22/2018 Kertas Kerja Projek PPPM

    1/9

    SEKOLAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH,34000 TAIPING,

    PERAK DARUL RIDZUAN

    KERTAS KERJA

    PROJEK BESARPELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    (PPPM 2013-2025)

    TARIKH :

    14 JULAI - 08 OGOS 2014

    TEMPAT:SEKOLAH KEBANGSAAN KLIAN PAUH,

    34000 TAIPING,PERAK DARUL RIDZUAN

  • 5/22/2018 Kertas Kerja Projek PPPM

    2/9

    PENGENALAN

    Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan

    sesebuah negara. Proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah

    merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Proses

    tersebut tidak akan berlaku tanpa adanya guru. Guru adalah pembina generasi Malaysia

    dan peneraju pembangunan modal insan berkualiti tinggi. Bagi melahirkan generasi

    berilmu, masyarakat masa kini perlu sentiasa didedahkan dengan informasi Pelan

    Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Justeru, pihak Kementerian Pelajaran

    Malaysia telah melaksanakan pelbagai program bagi menyebarkan maklumat PPPM

    kepada guru, murid, ibu bapa dan masyarakat secara meluas. Oleh yang demikian, pihak

    Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah perlu mencari pendekatan baru bagi

    melaksanakan program PPPM yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara

    berterusan.

    MATLAMAT

    Untuk mendedahkan dan melengkapkan ilmu pengetahuan tentang matlamat, objektif,

    aspirasi, visi dan misi PPPM kepada guru, guru pelatih, murid dan ibu bapa.

    OBJEKTIF

    Melalui projek besar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) di

    Sekolah Kebangsaan Klian Pauh, guru, guru pelatih, murid dan ibu bapa dapat :

    1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan

    penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti),

    merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan

    murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.

    2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13

    tahun yang seterusnya sehingga 2025

    3. Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti

    persekitaran.

  • 5/22/2018 Kertas Kerja Projek PPPM

    3/9

    TARIKH

    14 Julai hingga 08 Ogos 2014 (3 minggu)

    TEMPAT

    Laluan sudut bacaan Sekolah Kebangsaan Klian Pauh

    SASARAN

    Semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Klian Pauh

    Rujuk Lampiran A

    AHLI JAWATANKUASA

    Rujuk Lampiran B

    TENTATIF PROGRAM

    Rujuk Lampiran C

    ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

    Rujuk Lampiran D

    PENUTUP

    Adalah diharapkan projek ini dapat memberi pendedahan kepada guru, guru

    pelatih, ibu bapa dan murid dengan mewujudkan sudut informasi PPPM dan edaran

    brosur. Selain itu, diharap semua pihak yang terlibat dapat membina pemikiran yang

    positif dan motivasi kendiri terhadap sistem pendidikan negara. Semoga segala aktiviti

    yang telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua

    pihak. Semoga projek ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada semuapihak tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing.

  • 5/22/2018 Kertas Kerja Projek PPPM

    4/9

    Disediakan oleh :

    ..............................

    (NUR SHAHIDA BINTI AZIZ)

    Setiausaha,

    Projek Besar

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

    Sekolah Kebangsaan Klian Pauh

    Disemak oleh :

    ............................

    (PUAN ANNALETCHUMIE A/P K. THIDAVEERASINGAM)

    Guru Bahasa Inggeris (Mentor),

    Sekolah Kebangsaan Klian Pauh

    Disahkan oleh :

    ............................

    (PUAN NAZIMAH BINTI N. ANVER BATCHA)

    Penolong Kanan Pentadbiran,

    Sekolah Kebangsaan Klian Pauh

    Diluluskan oleh :

    ..............................

    (PUAN NOORHASIMI BINTI RAMLEE)

    Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Klian Pauh

  • 5/22/2018 Kertas Kerja Projek PPPM

    5/9

    Lampiran B

    JAWATANKUASA INDUK

    PENASIHAT

    Puan Noorhasimi binti Ramlee

    (Guru Besar SK Klian Pauh)

    PENGERUSI

    Puan Nazimah binti N. Anver Batcha

    (Penolong Kanan Pentabiran)

    NAIB PENGERUSI 1

    Puan Norizan binti Abu Bakar(Penolong Kanan HEM)

    NAIB PENGERUSI 2

    Puan Khairiah binti Abdul Samad

    (Penolong Kanan Kokurikulum)

    SETIAUSAHA

    Nur Shahida binti Aziz

    NAIB SETIAUSAHAWan Nur Asma Amira binti Wan Zulkilfi

    BENDAHARI

    Puan Annaletchumie a/p K. Thidaveerasingam

    (Mentor guru pelatih)

  • 5/22/2018 Kertas Kerja Projek PPPM

    6/9

    Lampiran B

    AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

    Penyelaras Literasi

    Pn. Norwiza bt. Ahmad Bedawi (Bahasa Malaysia)

    Pn. Annaletchumie A/P K. Thidaveerasingam

    (Bahasa Inggeris)

    Penyelaras Numerasi

    Pn. Rahimah bt. Yahaya

    Penyelaras Sains

    Pn. Norhashimah bt. Mohamad

    Penyelaras Tahun 1

    Pn. Maisharah bt. Shamsuddin

    Penyelaras Tahun 2

    Pn. Tan Chin Chin

    Penyelaras Tahun 3

    Pn. Norizan bt. Awang

    Penyelaras Tahun 4

    Pn. Thanaletchumi A/P Alagappan

    Penyelaras Tahun 5

    Pn. Siti Sarah bt. Ghazali

    Penyelaras Tahun 6

    Pn. Marsita bt. Chin

  • 5/22/2018 Kertas Kerja Projek PPPM

    7/9

    Lampiran B

    AHLI JAWATANKUASA NAMA

    Pengacara Majlis - Puan Azimah binti Meor Ahmad Sapian

    Keceriaan

    - En. Helmi bin Ismail

    - Pn. Latifah bt. Mohamad

    - Pn. Rosminah bt. Arsad

    - Pn. Rohapizan bt. Saari

    - Pn. Zainidar bt. Zainal Abidin

    Brosur- Pn. Norziah bt. Jusoh

    - Pn. Fatimah bt. Mehat

    Kuiz- Pn. Marzalinawati binti Md. Nor

    - Pn. Zarina binti Saadan

    Cenderamata

    - Pn. Rohani bt. Ghazali

    - Pn. Nor Aida bt. Jamaluddin

    - Pn. Fabilah binti Sulaiman

    - Pn. Norhafizah binti Abdul Hamid

    Dokumentasi

    - Puan Zuraida binti Adam

    - Puan Nor Asiah binti Zakaria

    - Puan Rohani binti Shamsuri

  • 5/22/2018 Kertas Kerja Projek PPPM

    8/9

    Lampiran C

    BIL MINGGU/ TARIKH AKTIVITI

    1 M2

    (14-18 Julai 2014)

    Pemilihan bahan dan informasi PPPM

    bersesuaian di dinding koridor kawasan

    bangunan sekolah.

    Pembinaan sudut informasi di laluan sudut

    bacaan.

    Menghasilkan soalan kuiz.

    Mengadakan info 5 minit.

    2 M3

    (21-25 Julai 2014)

    Menghasilkan brosur.

    Mengadakan info 5 minit.

    Pengedaran brosur PPPM

    Kemaskini sudut informasi di laluan sudut

    bacaan.

    3 M4

    (4-8 Ogos 2014)

    Mengadakan info 5 minit.

    Menghasilkan penanda buku.

    Majlis penyampaian hadiah.

  • 5/22/2018 Kertas Kerja Projek PPPM

    9/9

    Lampiran D

    Bil. Item Kuantiti Harga seunit Jumlah

    1. Polisterin nipis 2 keping 2 x RM4.00 RM8.00

    2. Kad manila 4 keping 4 x RM4.00 RM16.00

    2. Double sided tape 2 gulung 2 x RM 2.00 RM4.00

    4. Kertas A4 warna 400 keping RM 50.00 RM50.00

    5. Katrij pencetak 2 botol 2 x RM10.00 RM20.00

    6. Staple gun 1 kotak 1 x RM15.00 RM15.00

    7. Reben 2 gulung 2 x RM3.00 RM6.00

    Jumlah keseluruhan RM119.00


Recommended