KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
1. Aktiviti manusia sering mempengaruhi keseimbangan alam.2. Banyak masalah yang berkaitan dengan alam sekitar adalah berpunca
daripada aktiviti manusia.3. Kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia
termasuklah:
4. Beberapa contoh aktiviti manusia yang telah menyebabkan kemusnahan alam sekitar adalah :
• penyahutanan atau pembalakkan secara besar-besaran.• Pembuangan bahan toksik dan tumpahan minyak yang memusnahkan
habitat hidupan laut• Pembangunan tidak terancang.
Hakisan tanah
Tanah runtuh
Banjir kilat
Pencemaran air
Pencemaran udara
5. Penyahutanan ialah pembersihan hutan dengan menebang pokok untuk mendapatkan kayu balak dan pembinaan jalan raya, rumah, kawasan industri serta untuk aktiviti pertanian.
6. Akar tumbuhan memainkan peranan penting untuk memegang tanah.7. Apabila pokok ditebang, permukaan bumi terdedah kepada hakisan. Ketika
hujan lebat, tanah dibawa oleh aliran air dengan mudah dan mengakibatkan hakisan tanah.
8. Tanah yang terhakis termendap di sungai. Semasa hujan lebat, air hujan mengalir dengan cepat ke dalam sungai kerana tiada halangan dari akar pokok. Mendakan yang berlaku dalam sungai menghalang aliran air. Air melimpah ke darat dan menyebabkan banjir kilat.
9. Penyahutanan dan pembangunan yang tidak terancang di tebing bukit boleh menyebabkan hakisan tanah yang membawa kepada tanah runtuh.
10. Penggunaan bahan kimia dalam perindustrian dan pertanian serta pembuangan sampah ke dalam sungai dan laut menyumbang kepada pencemaran air. Tumpahan minyak dari kapal memusnahkan habitat hidupan laut.
11. Pencemaran udara juga disebabkan oleh pembakaran terbuka, pembakaran bahan api dari kenderaan bermotor dan kilang.
Penyahutanan
Hakisan tanah
Tanah runtuh
Banjir kilat
Pencemaran air
Pencemaran udara