KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP
KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN
ROHANA BINTI HASHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL: KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya ROHANA BINTI HASHIM ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis *( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaannya seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Naskah salinan didalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 6. * * Sila tandakan ( )
Disahkan oleh
……………………………………. ……………………………………… (TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT
TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
288 FELDA KERTEH SATU, 23300 BANDAR KETENGAH JAYA, DUNGUN, TERENGGANU.
HAFIZAH HJ HARUN
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”
Tandatangan : …………………………………………............... Nama Penyelia : HAFIZAH HJ HARUN Tarikh : 30 APRIL 2008
KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP
KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN
ROHANA HASHIM
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya telah saya perjelaskan sumbernya”
Tandatangan : ......................................... Nama Pelajar : ROHANA BT HASHIM Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Untuk Keluarga Tersayang,
Mak & Ayah
Kak, Abang dan Kak Ma
Terima kasih atas segala pengorbanan dan dorongan serta nasihat yang diberikan
Buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam tempoh
menyiapkan kajian ini
Kamil, Izwyn, Mas, Ida, Syida, Adah, Roshan, Arol, Apis dan Uming serta rakan-rakan
yang lain yang membantu secara langsung atau tidak langsung
Kenangan bersama rakan-rakan sekalian tidak akan dilupakan buat selamanya
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Hafizah bt. Haji Harun
selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat yang beliau berikan
telah banyak membantu saya dalam menjalankan dan menjayakan Projek Sarjana Muda.
Tidak dilupakan juga kepada semua pensyarah Sains Sukan yang banyak
memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Encik
Hisham di Makmal Kecergasan Sains Sukan.
Disamping itu, terima kasih juga diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri
Johor (MSNJ) dan jurulatih hoki wanita Sukma Johor iaitu Encik Kenny Low Joo Hwa
di atas kerjasama dan kebenaran yang diberikan untuk menjalankan pengujian kepada
pemain. Tidak lupa juga kepada pemain hoki wanita Sukma Johor dan pemain UTM di
atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh menjalankan Projek Sarjana Muda ini.
Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik kalian. Insyaallah.
v
ABSTRAK
Objektif latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa dan kekuatan
eksplosif sementara latihan bebanan bagi meningkatkan saiz otot. Kajian ini bertujuan
untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot
bahagian atas badan. Seramai 33 orang pemain hoki wanita terlibat dalam kajian (19
pemain Sukma Johor dan 14 pemain UTM) yang dibahagikan secara rawak kepada 3
kumpulan iaitu latihan pliometrik (LP), latihan bebanan (LB) dan kawalan (K).
Pengujian 1RM arm-curl menggunakan S3.45 Strength Multi-Station dan 1RM biceps-
curl menggunakan free weight dijadikan alat pengukur keberkesanan latihan.
Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan (signifikan pada aras p<0.05)
bagi skor kekuatan 1RM, 25%, 18.1%, 28%, 34.3% bagi kumpulan LP dan LB subjek
UTM dan Sukma Johor secara berturutan. Peningkatan dalam kedua-dua kumpulan
kajian menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan berkesan dalam
meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan. Oleh itu, pemain hoki boleh
mendapat faedah sekiranya menggunakan latihan tambahan iaitu gabungan latihan
pliomerik dan latihan bebanan.
vi
ABSTRACT
The objective of plyometric training is to increase the explosive power and
strength, while weight training increase muscle size. The purpose of this study is to
examine the effectiveness of plyometric and weight training which are used to increase
muscle strength of the upper body. 33 female hockey players are involved in this
research (19 Sukma Johor player and 14 UTM player) and they were allotted randomly
into three groups; plyometric, weight training and control. 1RM arm-curl testing using
S3.45 Strength Multi-Station and 1RM biceps-curl using free weight were used to
measure the training effect. T-test result shows increases (significant difference
p<0.05) in 1RM strength scores; 25%, 18.1%, 28%, 34.3% in the LP and LB groups for
both the UTM and Sukma Johor players respectively. The increment in scores for the
both groups shows that plyometric and weight training are effective and can increase
muscle strengths of the upper body. Therefore, athletes can gain added benefit if they
combine both plyometric and weight training in their programs.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Kepentingan Kajian 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Hipotesis 9
1.6 Skop Kajian 10
1.7 Definisi Istilah 10
1.8 Limitasi Kajian 13
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kajian Lampau 14
2.2.1 Pliometrik Bahagian Atas
Menggunakan Objek (Medicine Ball) 15
2.2.2 Pliometrik Melalui Berat Badan Sendiri
(Plyometric Push-up / Press- up) 17
2.3 Kesimpulan 18
3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 20
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 20
3.3 Tempat Kajian 21
3.4 Rekabentuk Kajian 21
3.5 Perancangan Program Latihan Pliometrik
menggunakan MedicineBall 23
3.6 Prosedur Kajian 24
3.6.1 Sebelum Menjalankan Pengujian 24
3.6.2 Semasa Menjalankan Pengujian 25
3.6.3 Selepas Menjalankan Pengujian 26
3.7 Prosedur Ujian 26
3.7.1 Pengujian 1RM Arm-curl 27
3.7.2 Pengujian 1RM Biceps-curl 28
3.8 Instrumen Kajian 29
3.9 Pembolehubah Kajian 30
3.10 Pengumpulan Data 30
3.11 Kajian Rintis 30
3.12 Analisis Data 31
3.13 Jangkamasa Kajian 32
ix
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Deskriptif 34
4.3 Analisis Inferensi 34
4.3.1 Analisis Subjek UTM 35
4.3.2 Analisis Subjek Sukma Johor 36
4.4 Graf Analisis Inferensi 37
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 39
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 39
5.2.1 Perbincangan Analisis Deskriptif 41
5.2.2 Perbincangan Analisis Inferensi 42
Subjek UTM 42
Subjek Sukma Johor 42
5.3 Rumusan 46
5.4 Cadangan 48
5.4.1 Persampelan 48
5.4.2 Alat Pengujian 48
5.4.3 Kajian Latihan Pliometrik Bahagian Atas
Badan 49
5.4.4 Langkah Mengurangkan Kecederaan 50
5.5 Kesimpulan 51
RUJUKAN 53
LAMPIRAN 59
x
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Perancangan Program Latihan
(Reynolds, 2006) 23
4.1 Data Antropometrik Subjek Mengikut
Umur, Berat dan Tinggi 34
4.2 Dapatan Kajian Mengikut Kumpulan 35
5.1 Perbandingan Ujian 1RM Arm-curl dan
Ujian 1RM Biceps-curl 44
xi
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengujian 1RM Arm-curl menggunakan
Alat S3.45 Strength Multi-Station 27
3.2 Pengujian 1RM Biceps-curl menggunakan
free weight 28
3.3 Alat S3.45 Strength Multi-Station 29
3.4 Barbell (Free Weight) 29
3.5 Medicine Ball (Modify) 29
4.1 Perbandingan Ujian 1RM Biceps-curl bagi
Subjek Sukma Johor 37
4.2 Perbandingan Peratus Perubahan Ujian 1RM
Biceps-curl Bagi Subjek Sukma Johor 37
4.3 Perbandingan Ujian 1RM Arm-curl bagi
Subjek UTM 38
4.4 Perbandingan Peratus Perubahan Ujian 1RM
Arm-curl bagi Subjek UTM 38
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Perancangan Program Latihan 60
A1 Borang Latihan Subjek 62
B Latihan Pliometrik Dan Latihan Bebanan 64
C Surat Lantikan 66
D Surat Perjanjian 68
E Borang Maklumat Diri Dan Rekod Kesihatan 69
F Lakuan Pengujian (1RM Arm-Curl dan
1RM Biceps-curl) 71 G Borang Skor 73 H Jadual Keputusan SPSS Bagi Subjek UTM 74
I Jadual Keputusan SPSS Bagi Subjek Sukma Johor 76
J Graf Penolakan Hipotesis Nol (Ho) 78
K Jadual Nilai Genting Bagi Ujian-t 80
L Lain-lain 81
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan Hoki ialah salah satu permainan yang popular untuk lelaki dan wanita dan
dipertandingkan di peringkat dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia,
Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Eropah dan sebagainya. Di peringkat dunia,
antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat termasuklah India, Pakistan dan
negara kita dari Asia. Pasukan hoki kebangsaan menunjukkan peningkatan yang baik
setelah menjadi naib johan dalam Sukan Komanwel 1998.
Permainan hoki mempunyai persamaan dengan permainan bola sepak iaitu dari
segi saiz padang dan bilangan pemain dalam padang. Tempoh masa permainan juga
hampir sama iaitu 70 minit permainan dan 5-10 minit rehat. Dalam permainan hoki,
pemain perlu mempunyai kuasa aerobik yang tinggi dan tenaga anaerobik dalam
kemahiran mengawal bola dengan kayu hoki. Antara kemahiran asas dalam permainan
hoki ialah kemahiran mengelecek, menolak, menguis, memukul, menyerkap, mengawal
dan merebut bola (Teng, 2001).
2
Pada kejohanan Sukan Malaysia 2006 (Sukma Kedah), pasukan hoki wanita
Sukma Johor tidak dapat melayakkan diri ke pusingan kedua setelah tewas kepada
pasukan Terengganu dengan pukulan penalti (flick) bagi menentukan pasukan yang
layak ke pusingan yang seterusnya bersama pasukan Sarawak. Hasil temubual
penyelidik bersama jurulatih hoki wanita Sukma Johor (Encik Kenny Low Joo Hwa,
2007-2008), ia disebabkan oleh faktor kecergasan pemain, iaitu apabila keupayaan daya
tahan otot dan kekuatan menurun semasa dalam permainan, maka ia akan
mempengaruhi prestasi pemain dari segi hantaran dan pukulan. Kekuatan bahagian atas
badan penting bagi mengekalkan kepantasan pukulan dan ketepatan hantaran semasa
dalam tempoh permainan.
Oleh itu, persediaan teknikal, taktikal, psikologikal dan fizikal adalah tunjang
utama dalam meningkatkan prestasi dalam sukan. Kecergasan fizikal memainkan
peranan penting bagi mencapai sesuatu prestasi dalam sukan kerana ia dapat
meningkatkan kualiti pergerakkan tubuh badan, penguasaan kemahiran dan dapat
mengelakkan daripada berlakunya kecederaan (Dick, 2002). Kecergasan fizikal yang
optimum tidak mungkin dicapai tanpa latihan yang berterusan. Kepentingan kecergasan
fizikal dalam sukan sangat penting untuk mencapai tahap prestasi yang maksimum.
Bagi atlet yang berprestasi tinggi, kejayaan dalam sukan bersifat kompetetif
sangat bergantung pada kekuatan dan kuasa eksplosif otot. Oleh itu, keperluan
kekuatan dan kuasa eksplosif otot bagi sukan yang bersifat pasukan seperti bola
keranjang, bola tampar, bola jaring, ragbi dan bola sepak merupakan tunjang untuk
mencapai kejayaan (Kroon, 2000; Rahimi & Behpur 2005). Kemampuan atlet
menghasilkan kelajuan pergerakkan otot adalah mekanisme penting untuk mendapatkan
potensi kerja otot. Di dalam konteks ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakkan
memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuasa otot (Asmadi, 2007).
3
Kuasa1 boleh ditakrifkan sebagai kekuatan yang dibahagikan dengan masa yang
diambil untuk melakukan sesuatu pergerakkan. Kuasa ialah jumlah kerja yang
dilakukan dibahagikan dengan perubahan masa. Kerja pula terhasil daripada daya yang
bertindak dengan jarak (Hall, 2004). Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan
kekuatan dan kelajuan dalam pergerakkan (Croxdale & Morris, 2007). Gabungan antara
komponen kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan kekuatan otot akan menghasilkan kuasa
otot. Manakala kuasa eksplosif gerakan pula dapat diaplikasikan daripada kerja otot
menentang kelajuan rintangan (Bompa, 1999).
Penggunaan kaedah latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa
eksplosif otot dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa
terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot
antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik (Zatsiorsky, 1995; Hewet, 1996;
Scott, 1999; Rimmer & Slievert, 2000).
Salah satu daripada komponen kecergasan fizikal yang penting untuk dilatih
ialah kekuatan otot. Menurut Wilmore dan Costill (2004), kekuatan merupakan faktor
penting dalam setiap aktiviti pergerakkan yang melibatkan penggunaan otot. Kekuatan
otot dalam aktiviti fizikal berperanan dalam melaksanakan keupayaan melompat,
merejam, melontar, menyepak dan aktiviti yang melibatkan lari pecut. Kunci kejayaan
seseorang jurulatih melahirkan atlet terbaik adalah dengan melatih kekuatan otot
(Hooks, 1974).
Dick (2002) pula menyatakan bahawa kekuatan adalah komponen asas dalam
menentukan keberkesanan pencapaian dalam bidang sukan. Manakala Coleman (2002)
menyarankan bahawa kekuatan perlu diberi keutamaan sebelum melatih kemahiran,
kelajuan, kuasa dan daya tahan. Tanpa asas yang kuat pada tubuh badan, atlet tidak
mampu beradaptasi dengan bentuk latihan kelajuan atau kuasa yang berintensiti tinggi.
1 Kuasa (P) = Kerja (W) = Daya (F) X Jarak (d) = Kekuatan (Strength) X Kelajuan (Speed) Masa (t) Masa (t)
4
Selain itu, tanpa asas kekuatan yang baik, atlet juga tidak mampu untuk melakukan
latihan yang berulang-ulang untuk meningkatkan kemahiran dan daya tahan otot
(Asmadi, 2007).
Fox dan Mathews (1981) menjelaskan bahawa kekuatan adalah kemampuan
otot atau sekumpulan otot dalam mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya atau
kerja. Baechle (1994) mendefinisikan kekuatan otot sebagai kemampuan otot atau
sekumpulan otot menghasilkan daya pada tahap kelajuan tertentu. Bompa (1999) pula
menyatakan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi
mengatasi rintangan. Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa
kekuatan otot adalah merujuk kepada kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk
mengatasi jumlah beban yang dikenakan bagi menghasilkan daya (Asmadi, 2007).
Dari itu, satu latihan yang dapat menghasilkan kuasa ialah dengan
menggunakan latihan pliometrik. Pliometrik dikenali sebagai latihan yang bertujuan
menghubungkan kekuatan dan kepantasan untuk menghasilkan eksplosif (jenis
pegerakkan yang reaktif) iaitu merujuk kepada kuasa (Chu, 1983). Fred Wilt
menterjemahkan pliometrik sebagai latihan-latihan yang menghasilkan pergerakkan
otot isometrik yang berlebihan yang menyebabkan refleks regangan dalam otot.
Latihan pliometrik merupakan salah satu latihan yang membolehkan otot sampai
pada tahap maksimum atau boleh menghampiri kekuatan maksimum dalam tempoh
masa yang singkat. Ia menggunakan simpanan tenaga elastik (keanjalan) daripada
eccentric contraction kepada concentric contraction.
Latihan pliometrik adalah berasaskan latihan kepantasan dan kekuatan dengan
beban tetap (berat badan) dan latihan yang mendorong kepada pergerakkan yang pantas
dan isipadu (set dan ulangan latihan) (Hedrick, 2003). Latihan pliometrik adalah subset
kepada stretch-shorten cycle yang menekankan peningkatan julat regangan pergerakkan
yang pantas dan maximal ballistic activation of muscle (LaChance, 1995).
5
Objektif utama latihan pliometrik adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan
eksplosif. Latihan ini boleh dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau
menggunakan alatan seperti medicine ball dan kotak pelbagai ketinggian.
Latihan pliometrik boleh dibahagikan kepada dua iaitu latihan pliometrik
bahagian bawah badan termasuk beberapa jenis aktiviti lompatan dan latihan pliometrik
bahagian atas badan adalah latihan menggunakan medicine ball (Sport Fitness Advisor,
2007). Antara contoh latihan asas untuk membina kekuatan eksplosif anggota bahagian
atas ialah medicine ball chest pass, ballistic push-up dan tire throw (Starzynski,
Sozanski & Kurz, 1999). Antara otot bahagian atas yang terlibat semasa melakukan
latihan pliometrik ialah otot pectoral, deltoid, triceps dan latissimus dorsi.
Menurut Glashan (2004) menyatakan bahawa latihan pliometrik bahagian atas
badan bermula dengan medicine ball yang ringan diperlukan (biasanya 2-4 pounds) dan
peningkatan secara berperingkat kepada medicine ball yang lebih berat. Sekiranya tidak
mempunyai pasangan semasa latihan, boleh menggunakan dinding atau lantai untuk
membalingkan medicine ball tersebut.
Jurulatih yang melaksanakan program latihan pliometrik harus memikirkan
prinsip latihan asas apabila merancang program latihan tersebut. Latihan pliometrik
mestilah spesifik untuk setiap atlet berdasarkan jenis sukan yang diceburi. Jurulatih
akan memberi tindakbalas kepada atlet bagaimana prestasi dalam melaksanakan latihan
tersebut. Kaedah latihan yang berkesan hendaklah melalui suatu proses perancangan
latihan yang sistematik bagi mendapatkan kesan latihan yang maksimum (Zatsiorsky,
1995).
Perkara paling penting ialah atlet mesti mengetahui dan memahami bahawa
hubungan ground contact time dalam tempoh masa yang singkat diperlukan. Jurulatih
akan menilai tahap keupayaan atlet dan membuat perubahan latihan sekiranya atlet
6
mengambil masa yang terlalu lama semasa mendarat pada permukaan atau prestasi atlet
merosot, maka latihan tersebut harus ditukar atau diberhentikan (Plyometric Overview
Article, 2002).
Latihan bebanan pula adalah latihan yang digunakan untuk meningkatkan
kecergasan otot samada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan. Latihan
ini juga diaplikasikan bagi meningkatkan saiz otot atau hipertropi otot. Bebanan dan
ulangan yang dikenakan bergantung kepada objektif latihan.
Exco Kecergasan Yayasan Kecergasan Sukan dan Wanita Malaysia (WSFFM),
Datin Noor Sheena Maideen berkata bagi yang pertama kali melakukan latihan bebanan
dinasihatkan mendapat bimbingan jurulatih terutama jika membabitkan peralatan yang
berat seperti pengangkat besi (barbell) dan trap bar. Untuk pembinaan otot tangan,
kaedah dan ulangan latihan berbeza dengan kaki dan perut (Rohaniza, 2007).
Bagi menjalani latihan bebanan, konsep Ulangan Maksimum (Repetation
Maximum) atau ringkasnya RM perlu diketahui. RM adalah bilangan ulangan
maksimum yang boleh diangkat oleh pelaku bagi satu beban yang dikenakan sehingga
otot atau kumpulan otot yang bekerja mencapai tahap kegagalan otot sementara
(temporary muscular failure). Latihan bebanan untuk pembentukkan otot sesuai bagi
mendapatkan bentuk tubuh yang sempurna dan seimbang (Rohaniza, 2007).
1RM adalah bebanan yang boleh diangkat sekali sahaja oleh pelaku sementara
2RM adalah bebanan yang boleh diangkat dua kali sahaja oleh pelaku. Oleh itu,
bebanan untuk 1RM adalah lebih berat berbanding 2RM, bebanan untuk 2RM adalah
lebih berat berbanding 3RM dan seterusnya (Sumber Sains Sukan Tingkatan 4, Julai
2002).
7
Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan latihan
bebanan tidak mendatangkan masalah berpanjangan atau kecederaan kepada pelaku.
Antaranya ialah :-
1. Lakukan latihan untuk meningkatkan fleksibiliti sendi sebelum meningkatkan
kekuatan otot.
2. Lakukan latihan untuk menguatkan tendon dan ligamen sebelum meningkatkan
kekuatan otot.
3. Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan bahagian teras badan sebelum
meningkatkan kekuatan bahagian kaki atau tangan.
4. Lakukan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot sinergi dan pengimbang
sebelum otot agonis (Rohaniza, 2007).
1.2 Pernyataan Masalah Kekuatan adalah salah satu komponen yang penting dalam program latihan hoki.
Walaubagaimanapun, pemain tidak memerlukan aktiviti fizikal yang mencabar jika
dibandingkan dengan multi-sprint dan sukan yang lain. Pemain hoki hanya memerlukan
kuasa dalam pecutan serta kelajuan dan kepantasan dalam perubahan arah. Kekuatan
bahagian atas membenarkan pemain untuk memukul bola dengan lebih berkuasa dan
menghantar bola kepada pemain lain pada julat jarak yang lebih jauh (Sports Fitness
Advisor, 2007).
Di dalam permainan hoki, kekuatan anggota bahagian bawah (kaki) dan anggota
atas (tangan) mestilah seimbang bagi menghasilkan prestasi yang baik. Ini kerana,
kedua-dua bahagian tersebut digunakan iaitu kekuatan bahagian bawah badan untuk
pergerakkan dan kekuatan bahagian atas badan untuk melakukan hantaran dan pukulan
semasa dalam permainan.
8
Kecergasan merupakan komponen penting bagi seorang pemain dalam mencapai
tahap prestasi yang maksimum dalam sukan. Apabila tahap kecergasan pemain
menurun semasa dalam permainan, maka ia boleh mempengaruhi tahap prestasi pemain
dari segi pergerakkan, pukulan dan hantaran.
Bagi pemain hoki, kekuatan bahagian atas badan pemain mempengaruhi dari
segi kepantasan dan ketepatan hantaran semasa dalam permainan. Dalam tempoh
permainan selama 70 minit, kekuatan pemain semakin menurun dan ini memberi kesan
kepada prestasi pemain iaitu hantaran menjadi kurang tepat dan pukulan lemah.
1.3 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pemain hoki dalam meningkatkan
kekuatan otot bahagian atas badan melalui latihan pliometrik dan latihan bebanan.
Kedua-dua latihan ini memberi kesan dalam meningkatkan kekuatan otot dan ia hanya
dibezakan dengan teknik lakuan semasa latihan. Teknik lakuan latihan pliometrik
menggunakan medicine ball adalah lebih bebas dan fleksibel jika dibandingkan dengan
teknik lakuan latihan bebanan yang tegar dan tetap.
Selain itu, kepentingan kajian ini adalah untuk membantu jurulatih dalam usaha
meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan pemain supaya kepantasan dan
ketepatan hantaran dapat dikekalkan dalam tempoh permainan selama 70 minit.
Coleman (2002) menyarankan bahawa kekuatan perlu diberi keutamaan sebelum
melatih kemahiran, kelajuan, kuasa dan daya tahan. Disamping itu, tanpa asas kekuatan
yang baik, pemain tidak mampu melakukan latihan yang berulang-ulang untuk
meningkatkan kemahiran dalam sukan yang diceburi.
9
Kajian ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang latihan pliometrik
bahagian atas badan dalam semua jenis sukan kerana kebanyakkan kajian latihan
pliometrik menumpukan pada bahagian bawah badan iaitu anggota kaki untuk
meningkatkan kuasa dalam aktiviti lompatan. Selain itu, latihan pliometrik memerlukan
peralatan dan kos yang minimum, iaitu hanya menggunakan medicine ball atau
ubahsuai medicine ball sekiranya tidak mempunyai peralatan jika dibandingkan dengan
latihan bebanan yang memerlukan peralatan yang mahal.
1.4 Objektif Kajian
Untuk melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan
otot bahagian atas badan bagi pemain hoki wanita.
1.5 Hipotesis 1.5.1 Hipotesis Nol :-
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan otot bahagian
atas badan selepas 6 minggu latihan pliometrik dan latihan bebanan.
1.5.2 Hipotesis Alternatif :- Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan
selepas 6 minggu latihan pliometrik dan latihan bebanan.