1
( THE VIRTUE OF PATIENCE )
Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui
kebaikannya oleh para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar
menerima segala cabaran dengan senang, memikirkannya dengan teratur
dan jika timbul masalah dia tidak berputus asa. Semangat ketabahan yang
ada pada seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam
menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan
kepercayaannya terhadap matlamat yang harus dicapai. Ia sebenarnya
mempunyai wawasan yang jelas dan hanya mengaturkan langkah-langkah
yang sesuai untuk mencapai wawasannya itu. Kelakuan gopoh-gapah, tidak
membawa apa-apa keuntungan, malah akan mengusutkan keadaan hingga
segala keadaan menjadi kucar-kacir dan rumit.
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
2
Begitu penting dan utamanya kesabaran itu jelas digambarkan sebagai
kepala sesuatu badan.
Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat
menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Agama,
kesabaran adalah sifat terpuji. Lumrah diketahui bahawa tidak ada
kemenangan atau kejayaan tanpa kesabaran. Jika kita mengkaji sejarah
reka cipta, Edison, Bell, Marconi, Baird dan lain-lain pereka cipta berjaya
lantaran kesabaran.
Rasulullah (s.a.w) bersabda
bermaksud: “Sabar itu salah satu
daripada cabang iman seperti kepala
sebahagian daripada tubuh badan.”
Patience is not simply the ability to wait -
it's how we behave while we're waiting.
Joyce Meyer
3
Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif
dan dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari
alternatif-altematif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah
satu aset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain, Oleh itu
kesabaran dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan
mengambil kira pemupukan sifat-sifat berikut:
(i) Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang
(ii) Tidak mudah putus asa
(iii) Sedia menyabut cabaran.
Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai
Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas dapat menjamin
keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa tabah,
bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan
menerima takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini
juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah,
menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit.
Kesabaran terutamanya di kalangan masyarakat Malaysia adalah sangat-
sangat dituntut. Malah kesabaran juga dikaitkan dengan keimanan
seseorang dalam Agama.
“All good things
come to he who
waits.”
proverb
4
Sifat-sifat negatif seperti cepat putus asa, keluh-kesah, gopoh-gapah, takut
menghadapi cabaran, kurang sabar, cepat marah dan panas baran harus
digantikan dengan sifat-sifat murni seperti tenang apabila menghadapi
masalah atau kesulitan, tidak mudah mengalah atau cepat sangat putus asa,
pemaaf dan mempunyai wawasan jangka masa yang panjang dan juga
sentiasa memikir kehadapan.
Kebiasaannya pekerja-pekerja yang banyak bersabar akan tahan menerima
teguran, nasihat, pandangan dan tidak mudah kecewa atau terganggu emosi
jika ditegur atau dimarah oleh ketua-ketua mereka. Kebiasaannya orang-
orang yang amat sabar tidak akan tergugat dengan kritikan dan juga
khayal dengan pujian.
Ralph Marston
The keys to patience are
acceptance and faith. Accept
things as they are, and look
realistically at the world
around you. Have faith in
yourself and in the direction
you have chosen.
5
TONGGAK 12 TONGGAK NOMBOR 10 : KEUTAMAAN KESABARAN
Amalan Positif (OK) Amalan Negatif (KO) o Tenang menghadapi masalah
rumit
o Mempunyai perhitungan jauh
o Tahan menerima cabaran
o Tidak putus asa
o Pemaaf dan berhemah tinggi
o Cermat dalam tutur kata
o Selalu mengubah pendirian dan
keputusan
o Tidak sanggup berkorban
o Takutkan cabaran
o Lekas mengalah
o Berpandangan sempit
o Tidak tahan menghadapi
kesusahan
o Tidak bertanggungjawab
CONTOH :
Seorang pekerja yang sabar dan tabah mempunyai daya ketahanan hati
atau perasaan dalam menghadapi sebarang tekanan, desakan keadaan
sekeliling atau menerima sebarang kesusahan.
Dalam keadaan seperti ini, dia tidak akan terburu-buru membuat sesuatu
keputusan. Agama banyak member galakan supaya kita bersabar kerana
sabar itu adalah separuh daripada iman. Sifat sabar boleh mendidik jiwa
seseorang bertambah baik, cekal, dan sentiasa dalam ketenangan.
Patience is the support of weakness;
impatience the ruin of strength.
Charles Caleb Colton
6
CONTOH AMALAN POSITIF
1. Sifat tenang, berani dan mempunyai perhitungan jauh melahirkan
ketelitian dan cermat dalam membuat keputusan yang bijaksana.
Kalau sifat-sifat ini tidak dipedulikan atau kurang diberikan perhatian,
akan timbul perilaku yang gopoh-gopah, lekas panik, penakut dan
was-was.
2. Bertimbang rasa dapat menghalang sifat gopoh. Misalnya, jika sesuatu
kerja terlalu hendak dipercepat, semata-mata untuk memuaskan
kemahuan sendiri akan menimbulkan ketegangan dan menyebabkan
kerja tidak sempurna. Ini akan membawa salah faham dan
permusuhan.
3. Seseorang pegawai yang mempunyai sifat kesabaran, ketabahan dan
kerajinan di dalam kerjayanya akan diberi pengiktirafan seperti
Anugerah Khidmat Cemerlang. Pegawai mithali seperti ini boleh
dicontohi serta dinaikkan pangkat.
Manisnya Sabar
SEORANG yg berakal sabar ketika menempuh
segala kesulitan, tidak pernah mundur dalam
berusaha untuk mencapai cita-citanya -
MUSTHAPA AL-GHALYANI
7
4. Kesilapan dan kesalahan dalam membuat pertimbangan boleh
dielakkan sekiranya setiap masalah disiasat, dianalisis serta diberi
pertimbangan yang wajar sebelum sesuatu ketetapan atau keputusan
dibuat.
5. Keutamaan sesebuah organisasi ditentukan oleh ketuanya. Walaupun
begitu seseorang pekerja yang sabar tidak bersungut bila keutamaan
organisasi berubah, malah terus berusaha melaksanakannya.
6. Salah satu sifat terpuji ialah mendengar dengan sabar sesuatu ucapan
bila berada dalam sebarang majlis dan tidak meninggalkan majlis
sebelum tamat.
8
CONTOH AMALAN NEGATIF
1. Sifat pemarah melahirkan perilaku cepat mencari kesalahan dan
memaki hamun orang lain, walaupun perkara yang dimarahkan itu
kecil sahaja.
2. Mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah seperti mengambil
dadah, minum arak dan berjudi akan mendatangkan kemudaratan.
3. Tanpa sifat sabar, seseorang akan rasa sukar dan lemah semangat bila
menerima cabaran besar dalam menjalankan tugas. Sifat lekas
mengalah menghalang peningkatan produktiviti dan kualiti.
4. Memotong baris ketika beratur di kantin atau dewan makan.
5. Suka menonjol diri di khalayak ramai, misalnya, terlalu banyak
bercakap dalam mesyuarat.
6. Cepat membuat kesimpulan tanpa usul periksa apabila sesuatu
ekspektasi tidak tercapai.
7. Bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pujian dan
anugerah adalah contoh perbuatan yang tidak ikhlas.
Never run after a bus or a man. There
will always be another one.
9
“TIPS” CARA MELATIH KESABARAN KITA
MENGHADAPI PELBAGAI SITUASI
Setiap orang pasti ingin memiliki kesabaran yang tinggi. Tetapi bagaimana
caranya agar kita boleh bersabar ketika sedang menunggu teman yang
sudah membuat janji dengan kita tetapi teman yang kita tunggu tidak
datang-datang?
Untuk mencapai tahap kesabaran ada beberapa cara yang boleh dilakukan,
antara lain :
1. Berfikir positif terhadap hal-hal yang menimpa kita.
Anggap itu adalah ujian bagi kita dan semoga kita dapat melepasi ujian
tersebut. Apa yang kita fikirkan di dalam minda kita memang benar-benar
mempengaruhi tindakan kita. Apabila perkara yang difikirkan adalah baik,
maka kita cenderung melakukan perkara yang baik dan begitulah
sebaliknya. Inilah sebabnya mengapa Tuhan dengan murah hati
memberikan kita pahala apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan.
Mengapa kita perlu menganggap sesuatu perkara buruk yang berlaku
kepada kita sebagai ujian? Hal ini mudah sahaja untuk difahami. Kita lihat
kehidupan kita sebagai pelajar. Setiap kali pensyarah memaklumkan tarikh
peperiksaan, semestinya kita sudah mula risau dan segera bertungkus
lumus untuk belajar. Ketika itulah kita akan sibuk mencari buku,
mengambil kelas tuisyen dan mengadakan perbincangan bersama rakan-
rakan agar kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
kelak. Mana mungkin ada orang yang ingin gagal dalam peperiksaan?
Begitulah juga halnya dengan kesabaran. Anggaplah ia sebagai ujian
10
daripada Tuhan dan kita akan cuba melatih diri kita supaya sifat tersebut
terus subur dalam diri kita dan InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran
yang berlipat-kali ganda hikmah dari kesabaran yang kita amalkan.
2. Perbanyakkan membaca bahan bacaan.
Hal ini dilakukan agar kita dapat memahami lebih banyak tentang
kekurangan yang kita miliki, sehingga kita akan semakin merasa betapa
banyaknya ilmu pengetahuan yang belum kita miliki.
Bahan bacaan, selain daripada dapat memanfaatkan masa lapang kita, ia
juga dapat untuk menambahkan pengetahuan. Kita dapat mengetahui
tentang pelbagai ilmu pengetahuan dan segala isu yang berlaku di sekeliling
kita. Orang berilmu, apabila semakin banyak ilmu yang dipelajari, semakin
banyak pula yang dirasakan dia tidak tahu. Ini kerana mereka sedar apa
juga yang mereka ketahui hanyalah sekadar setitis dakwat jika
dibandingkan dengan ilmu Tuhan.
Kita dapat melatih menjadi sabar dengan pembacaan kerana semakin kita
suka membaca semakin banyak yang ingin kita ketahui. Jika sebelum ini
kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara, tetapi kerana kesabaran
kita melakukan pembacaan membolehkan kita menjadi seorang insan yang
berilmu. Ia sering menyedarkan kita tentang betapa kerdilnya kita
dibandingkan ilmu yang Tuhan miliki. Apabila kita sedar akan kekurangan
kita, kita harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan cuba memupuk diri
menjadi insan yang berakhlak mulia, seperti sabar.
11
3. Berkumpullah dengan orang-orang yang banyak ilmunya.
Apabila kita bersahabat dengan orang yang menjual minyak wangi, pasti
kita juga akan turut berbau harum. Begitulah juga halnya jika kita
bersahabat dengan orang yang banyak ilmunya, pasti kita juga akan
menjadi berilmu. Ilmu bukan sahaja datang daripada bahan bacaan namun
ilmu juga boleh didapati daripada orang yang mengamalkannya.
Orang yang berilmu akan sentiasa tunduk pada kekuasaan Tuhan, sama
seperti kata pepatah "Jadilah seperti padi, semakin tunduk semakin berisi".
Kita akan makin sedar tentang hakikat kehidupan kita di dunia ini dan
pastinya kita akan melakukan perkara yang disukai Tuhan. Sesungguhnya
kesabaran dapat menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara
tidak berfaedah yang membawa kepada kemurkaan Tuhan.
12
4. Berlatih memasukkan benang ke lubang jarum, dan yang dipilih
adalah jarum yang ukuran paling kecil.
Ini adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan tanpa perlu
berbelanja besar atau menggunakan masa yang banyak. Pergi sahaja ke
mesin jahit ibu dan ambillah bekas jarum yang digunakannya untuk
menjahit. Mengapa kita perlu mengambil jarum yang paling kecil. Ini
kerana sudah pasti jarum kecil menyukarkan kita unutk memasukkan
benang ke dalamnya!
Kita sendiri apabila ada pakaian yang yang terkoyak, terpaksa mengambil
masa yang lama untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum
biarpun jarum yang digunakan bersaiz sederhana. Kebiasaannya cubaan
pada kali pertama pasti tidak berjaya dan ini menyebabkan kita marah-
marah. Ini mungkin kerana tahap kesabaran yang kurang.
Rasionalnya menggunakan jarum yang kecil adalah kita akan terus
berusaha untuk memastikan matlamat kita memasukkan benang ke dalam
lubang jarum tercapai. Usaha kita yang berterusan menunjukkan bahawa
kita tidak berputus asa dan terus sabar menghadapi kesusahan. Apabila
kita sudah dapat mempraktiskan kaedah ini, nescaya kita dapat melatih diri
untuk lebih bersabar apabila dihadapkan dengan ujian yang jauh lebih
sukar dalam dunia sebenar.
There are three secrets to managing. The first
secret is have patience. The second is be
patient. And the third most important secret is
patience. Chuck Tanner
13
5. Maafkan selalu kekurangan orang lain yang mungkin membuat anda
marah. Yakinkan diri bahawa setiap manusia pasti memiliki kekurangan
dan kelemahan masing-masing.
Tiada insan di dunia ini yang sempurna kerana kesempurnaan itu hanya
terletak pada Tuhan. Tidak semua insan yang memiliki paras rupa yang
cantik juga memiliki kecantikan sahsiah dan begitulah juga sebaliknya.
Apabila orang membuatkan kita terasa seperti ingin menghamburkan
segala kemarahan kita kepadanya, ambillah masa unutk bertenang seketika.
Cuba bayangkan diri kita di tempatnya. Apakah perasaan kita apabila
dimarahi oleh orang lain? Pasti kita tidak suka, malahan tiada siapa pun di
atas dunia ini yang inginkan dirinya dimarahi
Oleh itu, terimalah bahawa segala kekurangan yang diberikan oleh Tuhan
pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Banyak perkara buruk yang
berlaku dalam kehidupan kita sebenarnya membawa seribu erti untuk kita
terokai dan hayati.
“The key to everything
is patience. You get the
chicken by hatching the
egg, not by smashing
it.” Arnold H. Glasgow
14
SABAR DALAM MENDIDIK ANAK ATAU PELAJAR
1) Jangan pukul anak/ pelajar dari lutut keatas.
2) Jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak
atau pelajar dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak atau
pelajar menggunakan tangan kita. Nanti anak/ pelajar jadi bertambah
degil dan nakal dan tidak boleh dikawal.
3) Rotan atau pukul anak/ pelajar di telapak kakinya, tidak baik . Secara
saintifiknya ada kaitan dengan refleksiologi dan merangsang ke
bahagian otak. Bergurau dengan anak/ murid semasa usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka. Sebagai ibu bapa,
bergurau dengan anak hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika ibu
bapa boleh geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah denda
dengan cara yang dapat diterima oleh masyarakat tempatan sebagai
pengajaran. Tetapi bukan pada tapak kakinya ... bukan muka,
punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu adalah
SALAH.
4) Mulakanlah hidup anak/ pelajar dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak/ pelajar
rasa malu dan rendah diri.
Have patience. All things are
difficult before they become
easy.
Saadi
15
5) Berikan anak / pelajar pelukkan setiap hari. ( Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk. ) Guru lelaki dilarang
memeluk pelajar perempuan sama sekali.
6) Pandanglah anak / pelajar dengan pandangan kasih sayang.
( Pandangan ini akan membuatkan anak/ pelajar lebih yakin diri
apabila berhadapan dengan persekitaran. )
7) Berikan peneguhan setiap kali anak/ pelajar berbuat kebaikan.
( Berilah pujian, pelukkan, ciuman (untuk anak sahaja), hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak / pelajar yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka
menjadikan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah
membuat silap.
9) Apabila kita berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
utamakan keluarga. (Seorang penulis menyatakan anak / pelajar akan
terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tidak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak / pelajar , janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak / pelajar
merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak / pelajar, cerita itu tidak akan dapat kita
dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk
bercakap. (Ini akan mengajar anak / pelajar tentang giliran untuk
bercakap. )
16
12) Tenangkan anak / pelajar setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak /pelajar bagaimana cara untuk menenangkan
diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak / pelajar menyambut
harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun
harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak /pelajar belajar
menghargai. (Anak /pelajar yang datang daripada persekitaran yang /
menghargai akan belajar menghargai orang lain. )
15) Kemungkinan anak / pelajar kita menerima pengajaran bukan pada
kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar
mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak / pelajar diluar rumah / sekolah,
peganglah tangan anak/ pelajar apabila anda berjalan dengan mereka.
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam
kehidupan anda sebagai ibu bapa atau cikgu. (Tapi cikgu lelaki jangan
pegang tangan pelajar perempuan.)
17) Dengarlah mimpi ngeri anak / pelajar jika dia hendak sampaikan.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu “real” dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak/ pelajar. Mereka juga dalam
masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan kita.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun
sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
You must first have a lot of patience to
learn to have patience. Stanislaw Jerzy Lec
17
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat
malam.
20) Terimalah yang kadangkala kita bukanlah ibubapa atau cikgu yang
sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa atau cikgu.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi
kadangkala cuma untuk “sound effect” sahaja. Bagaimanapun
dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang, anda pula yang
akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda
mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Menjadi seorang pendidik bukanlah mudah. Berkali-kali emosi akan teruji.
Mudah-mudahan Tuhan kurniakan kita kesabaran yang cukup tinggi.
Semoga Tuhan tidak membebani kami dengan dosa-dosa lampau, kini dan
mendatang.
Anak / pelajar ibarat kain putih. Ibubapa
atau cikgulah yang mencorakkannya
menjadi yahudi, nasrani atau majusi.
Ahmad Fitri Zainul
18
Jika ada kesilapan bahasa atau
kata-kata yang menyinggung perasaan.
Dengan ikhlas saya menyusun sepuluh jari,
mohon ampun dan maaf.
Sekian, terima kasih.
Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, sila
hubungi kami :
SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
No. Telefon : 05-5015258
No. Fax : 05-5267945
e-mel : 1govuc\khadijah.mohd.moe
Recommended