8.1 - ANALISA JAWAPAN UJIAN
SAINS TAHUN 5
Bil Nama Murid Nombor Soalan Jumlah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Markah
1 Muhd Helmi X X X X X X X X X X X X X X X X X X X 19
2 Najmi Syazwan X X X X X X X X X X X X X X X X X 18
3 Nursyamimi X X X X X X X X X X X X X X X 17
4 Airil Hijjaj X X X X X X X X X X X X X X X X 17
5 Muhd Syamin X X X X X X X X X X X X X 14
6 Zulaikha Nabilah X X X X X X X X X X X X X X 14
7 Zairul Izwan X X X X X X X X 12
8 Muhd Danial X X X X X X X X X X X 11
9 Alya Maisara X X X X X X X X X X X 11
10 M.Danial Aiman X X X X X X X X X X 10
11 Putri Nur Anatasia X X X X X X X X X 9
12 Nur Farah Aqilah X X X X X X X X 8
13 Nur Amira Nabila X X X X X X X 7
14 M.Firdaus X X X 7
15 Batrisya Zulaikha X X X X X X X 7
Jumlah jwpan yg
betul 15 12 10 5 8 13 8 10 8 3 13 7 5 8 6 10 6 8 8 5
Peratusan (%) 100 80 67 33 53 87 87 67 53 20 53 47 33 53 40 67 40 87 87 33
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
SAINS TAHUN LIMA
SOALAN OBJEKTIF
SAINS RENDAH TAHUN LIMA
Mentadbir Ujian
Setelah item siap dibina, beberapa perkara harus diambil kira sebelum, semasa
dan selepas ujian di jalankan. Antaranya ialah;
Sebelum Ujian
Setelah item siap dibina, kertas ujian telah diserahkan kepada ketua panitia
Sains untuk disemak dan disahkan.
Kemudian kelas 5 Jujur dipilih untuk menjawab soalan ujian tersebut.
Kertas ujian diperbanyakkan mengikut bilangan di dalam kelas 5 Orkid
iaitu seramai 15 orang.
Kertas soalan tersebut diletakkan di Pusat Sumber Sekolah untuk
disimpan.Tarikh dan masa telah ditentukan untuk murid-murid menjawab
soalan ujian tersebut iaitu pada hari Selasa 10 September 2013 pada
pukul 9.10 pagi hingga 9.40 pagi selama 1 jam 30 minit.
Kerusi dan meja murid juga telah disusun berasingan seperti di dalam
peperiksaan sebenar supaya tiada peluang untuk meniru dan berbincang.
Memastikan kelas 5 Orkid berada di dalam keadaan yang selesa, kipas dan
lampu berfungsi seperti biasa.
Semasa Ujian
Apabila murid-murid telah mengambil tempat masing-masing, guru akan
menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhidi antaranya ialah
tidak boleh meniru dan berbincang.
Seterusnya guru menerangkan bahawa ujian ini mengandungi 20 soalan
objekif dan perlu dijawab selama 1jam 30 minit
Guru mengingatkan murid supaya menulis nama dan tahun di ruangan
yang disediakan dan membulatkan hanya satu sahaja jawapan yang betul.
Guru dan murid bersama-sama menyemak bilangan soalan dan muka surat
ujian sains tersebut.
Murid-murid menjawab soalan ujian yang diberikan.
Selepas Ujian
Selepas1 jam 30 minit masa berlalu, kertas ujian dikutip.
Guru mengira dan menyemak kertas ujian untuk memastikan bilangan yang
dikutip adalah betul.
Guru menanda kertas ujian tersebut.
Menganalisis Soalan
Setelah selesai menanda dan menyemak kertas ujian, guru dikehendaki membuat
anlisis item. Analisis item perlu dibuat bagi menentukan item yang dibina
mencapai sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan. Antara kegunaan
analisis item ialah:
Menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan.
Item tesebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif pengajaran
yang diharapkan, mempunyai aras kesukaran yang sesuai, boleh
membezakan antara pelajar yang menguasai dan tidak menguasai objektif
pembelajaran dan sebagainya.
Memberikan maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka bagi
setiap item yang telah dijawab. Dengan mengetahui jawapan yang betul
aras kesukaran dan aras diskriminasi murid berkenaan akan menunjukkan
prestasinya bagi satu item. Mereka boleh mengetahui sama ada item
tersebut senang atau sukar.
Kegunaan item juga adalah sebagai maklumbalas kepada guru tentang
kesukaran murid. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus
bilangan murid yang mendapat betul bagi satu item adalah penting bagi
guru untuk menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan.
Analisis item juga digunakan bagi meningkatkan kemampuan kurikulum.
Misalnya, jika sesuatu item itu berulangkali di dapati sukaroleh murid atau
satu bentuk kesalahan sama dilakukannya, mungkin ini bukan masalah
pengajaran atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan masalah
kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur murid.
Analisis item juga berguna untuk menyemak semula item.Maklumat tentang
gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk
menyemak semula item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula
pada ujian yang akan dating.
INDEKS KESUKARAN
Salah satu pengukuran yang digunakan ialah indeks kesukaran (p). Indeks ini
ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu
itemdan dinyatakan dalam persamaan berikut:
Indeks kesukaran (p) = bilangan calon yang menjawab betul
bilangan calon yang mengambil ujian
JULAT INDEKS KESUKARAN
p Pengelasan Item
0.00 - 0.20 Terlalu sukar
0.21 - 0.40 Sukar
0.41 - 0.60 Sederhana sukar
0.61 - 0.80 Mudah
0.81 - 1.00 Terlalu mudah
Nilai p adalah di antara 0.00 hingga 1.00.Item yang mudah mempunyai nilai p
yang besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil.
Berdasarkan daripada item yang dibina di dapati:
1 soalan - terlalu sukar
1 soalan - sukar
4 soalan - sederhana sukar
14 soalan – mudah
INDEKS DISKRIMINASI
Indeks diskriminasi item digunakan untuk menentukan perbezaan
keupayaan pelajar. Item / soalan yang baik akan dapat membezakan
antara mereka yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi.
Langkah-langkah diskriminasi telah dicadangkan oleh Mehrens & Lehmann
seperti di bawah ;
a) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan iaitu 27% pencapaian pelajar
tertinggi, 27% pencapaian pelajar terendah dan 46% pencapaian pelajar a
antara tertinggi dan terendah.
b) Mengira pelajar menjawab dengan betul di kalangan berpencapaian rendah
(R u), bilangan pelajar menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian
tinggi ( R L ) dan jumlah pelajar perpencapaian tinggi ( T (L – U ) ).
c) Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan
( R U - R L ) dengan separuh T ( L - U ) seperti berikut:
(R U - R L )
d = ---------------------
( ½ T ( L + U ) )
Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Secara amnya,
item yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif menunjukkan soalan tersebut
adalah baik manakala bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negative
dikira tidak baik untuk penilaian rujukan norma. Sebagai panduan, aras
kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut jadual di bawah :
JULAT INDEKS DISKRIMINASI
Nilai ID Tafsiran
0.00 - 0.10 Tidak baik
0.11 - 0.20 Kurang baik
0.21 - 0.30 Sederhana baik
0.31 - 0.40 Baik
0.41 - 1.00 Sangat baik
Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi
hanpir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian
Rujukan Norma kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi
dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks
diskriminasi positif menghampiri 0.00 soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk
Penilaian Rujukan Norma kerana ia tidak berupaya untuk membezakan di antara
pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah.
ANALISA JAWAPAN ,INDEKS KESUKARAN
DANINDEKS DISKRIMINASI
Jadual analisa jawapan
Item
1
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 0 0 0 10 10
Kumpulan R 0 0 0 5 5
* Jawapan : D
Item
2
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 10 0 0 0 10
Kumpulan R 4 1 0 0 5
* Jawapan : D
Item
Ujian 3
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 1 9 0 0 10
Kumpulan R 2 2 1 0 5
* Jawapan : B
Item
Ujian 4
Pilihan Jumlah
A B C* D
Kumpulan T 0 1 4 5 10
Kumpulan R 0 0 3 2 5
* Jawapan : C
Item
Ujian5
Pilihan Jumlah
A* B C D*
Kumpulan T 8 0 1 1 10
Kumpulan R 0 2 1 2 5
* Jawapan : A
Item 9
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 3 5 2 0 10
Kumpulan R 0 4 1 0 5
* Jawapan : B
Item 10 Pilihan Jumlah
A* B C* D
Kumpulan T 5 4 1 0 10
Kumpulan R 0 4 0 1 5
* Jawapan : A
Item 12 Pilihan Jumlah
Item 6 Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 0 8 1 1 10
Kumpulan R 4 0 1 0 5
* Jawapan : B
Item 7 Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 3 2 0 5 10
Kumpulan R 3 0 1 1 5
* Jawapan : D
Item 8 Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 2 1 0 7 10
Kumpulan R 0 1 0 4 5
* Jawapan : D
Item 11 Pilihan Jumlah
A* B C D
Kumpulan T 10 0 0 0 10
Kumpulan R 4 0 1 0 5
* Jawapan : A
A B C* D
Kumpulan T 1 0 7 2 10
Kumpulan R 2 0 0 3 5
* Jawapan : C
Item 17 Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 1 3 1 5 10
Kumpulan R 1 0 3 1 5
* Jawapan : D
Item 18 Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 1 2 0 7 10
Kumpulan R 0 1 3 1 5
* Jawapan : D
Item 13 Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 0 8 2 0 10
Kumpulan R 0 0 2 3 5
* Jawapan : B
Item 14 Pilihan Jumlah
A B C* D
Kumpulan T 0 1 0 9 10
Kumpulan R 0 1 3 1 5
* Jawapan : D
Item 15 Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 0 1 2 7 10
Kumpulan R 1 2 2 0 5
* Jawapan : D
Item 16 Pilihan Jumlah
A* B C D
Kumpulan T 7 2 1 1 10
Kumpulan R 3 2 0 0 5
* Jawapan : A
Item 19 Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 2 0 1 7 10
Kumpulan R 2 1 1 1 5
* Jawapan : D
Item 20 Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 2 5 3 0 10
Kumpulan R 1 0 3 1 5
* Jawapan : B
Jadual di bawah adalah Analisa Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
berdasarkan item yang telah diuji ke atas 15 orang murid-murid Tahun 5 Orkid
Sekolah Kebangsaan Senawang 3.
Item Ujian Indeks Kesukaran (IK)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
Indeks Diskriminasi (ID)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
1
Pengetahuan
10+515
=1. 00Terlalu mudah
(Ubahsuai)
10−512(15)
=0.67 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima
2
Pengetahuan
10+415
=0. 93 Mudah
(Terima)
10−412(15)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
3
Kefahaman
9+215
=0.63 Sederhana sukar
(Terima)
9−212(15)
=0.40 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
Item Ujian Indeks Kesukaran (IK)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
Indeks Diskriminasi (ID)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
4
Sintesis
4+315
=0.73Sederhana
sukar
(Terima)
4−312(15)
=1.06 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima
5
Penilaian
8+015
=0.30Sukar
(Terima)
8−012(15)
=1.06 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima
6
Pengetahuan
8+415
=0.87 Terlalu mudah
(Ubahsuai)
8−412(15)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
7
Aplikasi
5+115
=0.80 Sederhana sukar
(Terima)
5−112(15)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
8
Pengetahuan
8+415
=0.67 Sederhana sukar
(Terima)
8−412(15)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
9
Kefahaman
5+415
=0.80 Sederhana sukar
(Terima)
5−412(15)
=0.13 Diskriminasi positif yang sederhana
(Ubah suai item/ soalan
Item Ujian Indeks Kesukaran (IK)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
Indeks Diskriminasi (ID)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
dan cuba sekali)
10
Aplikasi
5+015
=0.33 Terlalu sukar
(Ubahsuai)
5−012(15)
=0.67 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima
11
Pengetahuan
10+415
=0.93 Terlalu mudah
(Ubahsuai)
10−412(15)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
12
Pengetahuan
7+015
=0.47 Sederhana sukar
(Terima)
7−012(15)
=0.93 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima
13
Pengetahuan
8+015
=0.30 Sederhana
(Terima)
8−012(15)
=1.06 Diskriminasi positif yang
baik
(Amat sesuai, diterima
14
Kefahaman
9+115
=0.67 Mudah
(Terima)
9−112(15)
=1.06 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima
15
Kefahaman
7+015
=0.46 Sederhana sukar
(Terima)
7−012(15)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai,
Item Ujian Indeks Kesukaran (IK)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
Indeks Diskriminasi (ID)
Aras Kesukaran Item dan
(Keputusan)
diterima)
16
Kefahaman
7+315
=0.67 Mudah
(Terima)
7−312(15)
=0.93 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima
17
Aplikasi
5+115
=0.67 Sederhana sukar
(Terima)
5−112(30)
=0.53 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
18
Aplikasi
7+115
=0.53 Sederhana sukar
(Terima)
7−112(15)
=1.06 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
19
Penilaian
7+115
=0.53 Sederhana sukar
(Terima)
7−112(15)
=0.80 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima)
20
Analisis
5+030
=0.33 Sukar
(Terima)
5−012(15)
=0.66 Diskriminasi positif yang
tinggi
(Amat sesuai, diterima
Analisis Indeks Kesukaran
Indeks kesukaran (IK) digunakan bagi menunjukkan sama ada soalan yang
dibina adalah dalam 3 kategori item terlalu sukar, item sederhana dan item yang
mudah. Mengikut kajian, ttem ujian atau soalan yang baik yang sesuai untuk
sesuatu ujian adalah pada IK antara 0.30 sehingga 0.80 iaitu pada aras kesukaran
yang sederhana. Namun, untuk aras kesukaran yang telalu sukar dan terlalu
mudah iaitu pada IK kurang daripada 0.30 dan melebihi daripada 0.80, item ujian
atau soalan perlu diubah suai semula untuk pelaksanaan ujian yang lebih
berkesan.
Merujuk kepada pengiraan yang telah dilakukan daripada data yang
dikumpul, kesemua item ujian atau soalan yang dibina adalah pada aras
sederhana dengan indeks kesukaran adalah antara 1.00 sehingga 0.87, iaitu item
ujian 1 (1.00), item ujian 2 (0.93), item ujian 3 (0.63), item ujian 4 (0.73), item ujian
5 (0.30), item ujian 6 (0.87), item ujian 7 (0.80), item ujian 8 (0.67), item ujian 9
(0.80), item ujian 10 (0.33), item ujian 11 (0.93), item ujian 12 (0.47), item ujian 13
(0.30), item ujian 14 (0.67), item ujian 15 (0.40), item ujian 16 (0.67), item ujian 17
(0.67), item ujian 18 (0.53), item ujian 19 (0.53) dan item ujian 20 (0.33).
Rumusnya, aras kesukaran keseluruhannya adalah pada item ujian atau
soalan yang baik dan diterima serta tiada pengubahsuaian yang perlu dilakukan.
Analisis Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi (ID) digunakan untuk menunjukkan sama ada tiap-tiap
satu soalan atau butiran itu boleh membezakan pencapaian di antara murid yang
pandai dengan murid yang lemah. Terdapat 4 pembahagian iaitu ID lebih daripada
0.40 (diskriminasi positif yang tinggi dan diterima), ID 0.20 hingga 0.40 (bagi
indeks diskriminasi positif yang sederhana dan item perlu diubah dan dicuba
sekali), ID 0 hingga 0.19 (iaitu diskriminasi positif yang rendah dan item soalan
perlu ditulis semula) dan ID yang kurang daripada 0 (diskriminasi negatif dan perlu
digugurkan serta diubah aras soalan).
Mengikut kajian, item ujian atau soalan yang baik dan sesuai digunakan
untuk sesuatu ujian biasanya mempunyai ID lebih daripada 0.40.
Berdasarkan pengiraan yang dilakukan daripada data yang dikumpul,
terdapat tiga daripada empat jenis pentafsiran item atau soalan bagi indeks
diskriminasi yang tersenarai di dalam ujian yang dibina ini iaitu kesemuanya
adalah diskriminasi positif; diskriminasi positif yang tinggi, diskriminasi positif yang
sederhana dan diskriminasi positif rendah.
Untuk pentafsiran item atau soalan bagi indeks diskriminasi positif yang
tinggi yang lebih daripada 0.40 dapat dilihat pada item ujian 1, item item item ujian
7 ujian 7ujian 2, item ujian 3, item ujian 4, item ujian 5, item ujian6, item ujian 7,
item ujian 8,item ujian 10,item ujian 11,item ujian 12,item ujian 13,item ujian 14,
item ujian15, item ujian 16,item ujian 17, item ujian 18, item ujian 19 dan item ujian
20.. Ini menunjukkan bahawa hanya 18 daripada 20 item ujian menetapi ciri
diskriminasi yang baik dan amat sesuai untuk sesuatu ujian manakala hanya satu
sahaja item iaituv item ujian 9 perlu dilakukan ubah suai semula.
Secara keseluruhannya daripada 20 item ujian yang dibina, kebanyakan
item ujian adalah tergolong dalam ciri diskriminasi positif yang tinggi iaitu pada
indeks diskriminasi melebihi 0.40. Semua item-item ini adalah sesuai untuk
digunakan dan boleh disimpan kecuali ada kesilapan yang ketara pada item-item
tersebut. Manakala terdapat1 item ujian yang perlu ditulis semula item atau
soalannya iaitu item ujian 9 yang menunjukkan pentafsiran item bagi indeks
diskriminasi positif yang rendah 0.27 dan item ini perlu dikaji dan dibetulkan
kesilapan sekiranya ada dan diuji sekali lagi.
Kesimpulan daripada 20 item ujian atau soalan, 19 item ujian atau soalan
mempunyai diskriminasi yang tinggi dan amat sesuai dan baik untuk sesuatu
ujian, manakala 1 item ujian atau soalan lagi perlu diteliti semula dan diubah suai
semula item atau soalan untuk tujuan pembinaan sesuatu ujian yang baik dan
dapat membezakan prestasi murid dalam kalangan skor rendah dan murid dalam
kalangan skor tinggi. Selain itu, pembinaan ujian ini menunjukkan tiada
diskriminasi negatif yang menunjukkan prestasi murid dalam kalangan skor
rendah lebih baik daripada murid kumpulan skor tinggi yang mana jika terdapat
item ujian atau soalan ini, pentadbir ujian perlu menggugurkan item ujian atau
soalan tersebut dan mengubah aras soalan untuk kesesuaian sesuatu ujian yang
berkesan kepada murid kumpulan skor tinggi dan rendah
DISTRAKTOR/ JAWAPAN YANG TIDAK BETUL
Jadual Distraktor
Item
Ujian 1
Pilihan Jumlah
A B C D
Kumpulan T 0 0 0 10 10
Kumpulan R 0 0 0 5 5
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang tidak baik kerana tiada murid yang memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang tidak baik kerana tiada murid yang memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini. Distraktor yang tidak baik
kerana tiada murid yang memilih distraktor ini.
Item
Ujian 2
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 10 0 0 0 10
Kumpulan R 4 1 0 0 5
* Jawapan : A
Rumusan
Distraktor B Distraktor yang baik dan berkesan kerana murid kumpulan R
memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang tidak baik kerana tiada murid yang memilih
distraktor ini.
Distraktor D . Distraktor yang tidak baik kerana tiada murid yang memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 3
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 1 9 0 0 10
Kumpulan R 2 2 1 0 5
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Item
Ujian 4
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 0 1 4 5 10
Kumpulan R 0 0 3 2 5
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor B Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 5
Pilihan Jumlah
A* B C D
Kumpulan T 8 0 1 1 10
Kumpulan R 0 2 1 2 5
* Jawapan : A
Rumusan
Distraktor B Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.ini.
Distraktor C Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor D Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.ini.
Item
Ujian 6
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 0 8 1 1 10
Kumpulan R 4 0 1 0 5
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor D Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 7
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 3 2 0 5 10
Kumpulan R 3 0 1 1 5
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor B Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 8
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 2 1 0 7 10
Kumpulan R 0 1 0 4 5
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor C Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Item
Ujian 9
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 3 5 2 0 10
Kumpulan R 0 4 1 0 5
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 10
Pilihan Jumlah
A* B C D
Kumpulan T 5 4 1 0 10
Kumpulan R 0 4 0 1 5
* Jawapan : A
Rumusan
Distraktor A Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor D Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 11
Pilihan Jumlah
A* B C D
Kumpulan T 10 0 0 0 10
Kumpulan R 4 0 1 0 5
* Jawapan : A
Rumusan
Distraktor B Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor D Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Item
Ujian 12
Pilihan Jumlah
A B C* D
Kumpulan T 1 0 7 2 10
Kumpulan R 2 0 0 3 5
* Jawapan : C
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor D Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 13
Pilihan Jumlah
A B C* D
Kumpulan T 0 8* 2 0 10
Kumpulan R 0 0 2 3 5
* Jawapan : C
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang tidak baik kerana tiada murid yang memilih
distraktor ini.
Distraktor C . Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan
distraktor ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor D Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 14
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 0 1 0 9 10
Kumpulan R 0 1 3 1 5
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang tidak baik kerana tiada murid yang memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor D Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 15
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 0 1 2 7 10
Kumpulan R 1 2 2 0 5
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor B Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Distraktor C Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Item
Ujian 16
Pilihan Jumlah
A* B C D
Kumpulan T 7 2 1 1 10
Kumpulan R 3 2 0 0 5
* Jawapan : A
Rumusan
Distraktor B Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor C Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor D Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 17
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 1 3 1 5 10
Kumpulan R 1 0 3 1 5
* Jawapan : C
Rumusan
Distraktor A Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor B Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 18
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 1 2 0 7 10
Kumpulan R 0 1 3 1 5
* Jawapan : C
Rumusan
Distraktor A Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor B Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik dan berkesan kerana lebih murid
kumpulan R memilih distraktor ini.
Item
Ujian 19
Pilihan Jumlah
A B C D*
Kumpulan T 2 0 1 7 10
Kumpulan R 2 1 1 1 5
* Jawapan : D
Rumusan
Distraktor A Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor B Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Item
Ujian 20
Pilihan Jumlah
A B* C D
Kumpulan T 2 5* 3 0 10
Kumpulan R 1 0 3 1 5
* Jawapan : B
Rumusan
Distraktor A Distraktor salah kerana lebih murid kumpulan T memilih
distraktor ini.
Distraktor C Distraktor lemah kerana tiada beza dalam pemilihan distraktor
ini bagi murid kumpulan T dan kumpulan R.
Distraktor D Distraktor yang baik kerana lebih murid kumpulan R memilih
distraktor ini.
Analisa Distraktor
Jadual di atas menunjukkan jadual distraktor bagi 20 item ujian (soalan
objektif) yang telah digubal dalam ujian formatif ini. Dan meliputi 2 topik utama
iaitu keadaan bahan dan asid dengan alkali. Setiap soalan mempunyai pilihan
jawapan iaitu A, B, C dan D.
Setiap item ujian mempunyai 1 pilihan jawapan yang betul dan dicatatkan
dengan menggunakan simbol (*) seperti yang ditunjukkan dalam jadual. Pilihan
selain daripada pilihan yang betul dikenali sebagai distraktor atau jawapan salah.
Salah satu perkara yang menentukan kualiti soalan keseluruhan adalah
penganggu atau distraktor iaitu pilihan-pilihan lain yang salah dalam soalan yang
sama. Distraktor yang baik boleh menarik minat yang lebih dalam kalangan murid
lemah untuk memilihnya manakala untuk murid pandai seharusnya tiada masalah
dalam mengenal pasti bahawa distraktor itu salah.
Dalam jadual di atas, item ujian 1, jawapan item adalah pilihan D dan
secara keseluruhan distraktor adalah baik dan berkesan untuk menguji murid skor
kumpulan tinggi (Kumpulan T) dan murid skor kumpulan rendah (Kumpulan R)
kerana lebih murid kumpulan R memilih distraktor B dan D. Namun bagi distraktor
A,B dan C pula perlu diubahsuai kerana tiada murid memilih distraktor ini.
Bagi item ujian 2 pula, terdapat kelemahan dalam distraktor C dan D
kerana berdasarkan data yang ditunjukkan tiada perbezaan dalam pemilihan
distraktor ini bagi murid kumpulan R dan murid kumpulan T namun bagi distraktor
B ianya adalah baik dan berkesan kerana lebih murid kumpulan R membuat
pilihan tersebut dan menganggu murid ini memilih jawapan yang betul iaitu pilihan
A. Oleh itu, distraktor C dan D mestilah diubah semula dan bagi distraktor B
adalah diterima dan dikekalkan sebagai penggangu pilihan.
Item ujian 3 secara keseluruhan adalah sangat baik dan berkesan sebagai
penganggu untuk jawapan yang betul iaitu pilihan B kerana lebih murid kumpulan
R memilih ketiga-tiga distraktor ini. Oleh itu, distraktor A dan B dikekalkan dan
diterima sebagai penggangu yang baik manakala distraktor D perlu diubahsuai
kerana tidak menarik perhatian murid untuk menjawab.
Seterusnya, bagi item ujian 4, terdapat satu distraktor yang lemah kerana
murid kumpulan T dan murid kumpulan R menunjukkan tiada perbezaan dalam
membuat pilihan A dan distraktor ini harus diubah suai semula. Manakala
distraktor B perlu diubahsuai kerana ramai murid kumpulan T memilih untuk
menjawab distraktor ini dan C adalah perlu kerana ianya penganggu yang baik
kerana lebih murid kumpulan R memilih distraktor ini.
Bagi item ujian 5, secara kesuluruhan distraktor B dan D dikekalkan dan
kerana lebih murid kumpulan R memilih distraktor ini berbanding murid kumpulan
T. Ini menunjukkan distraktor ini adalah penggangu yang baik kerana dapat
menarik minat yang lebih dalam kalangan murid kumpulan R. Hanya distraktor C
sahaja yang ubahsuai kerana penggangu ini tiada perbezaan dan tidak menarik
minat murid kumpulan R memilihnya.
Item ujian 6, hanya pilihan A sahaja yang diterima sebagai distraktor yang
baik kerana lebih menarik minat murid kumpulan R memilih penganggu tersebut
manakala bagi distraktor B dan C perlu mengalami proses ubah suai bagi
menjadikan distraktor ini sebagai penggangu yang baik untuk diuji kepada murid.
Bagi item ujian 7 pula, distraktor A ini perlu diubah suai kerana terdapat
kelemahan dalam pemilihan jawapan dan menyebabkan murid kumpulan T dan
murid kumpulan R pada tahap yang sama dan tiada perbezaan dalam pemilihan
penggangu. Untuk pilihan C ianya boleh dikekalkan sebagai penggangu yang baik
kerana berjaya membuatkan murid R lebih memilih penggangu tersebut manakala
distraktor B perlu diubahsuai kerana murid kumpulan T lebih ramai memilih
distraktor ini.
Item ujian 8, secara keseluruhannya perlu diubah suai terutama untuk
pilihan B dan C kerana tidak bertindak sebagai penggangu yang baik untuk
menarik lebih murid kumpulan R untuk memilih distraktor tersebit sebagai jawapan
yang betul. Hanya pilihan A digugurkan sebagai penggangu kerana lebih ramai
murid kumpulan T yang memilih distraktor ini.
Seterusnya item ujian 9, secara keseluruhan, pilihan D adalah distraktor
yang baik dan berkesan serta boleh dikekalkan sebagai penganggu untuk murid
kumpulan R untuk membuat pilihan sebagai jawapan yang betul. Namun bagi
pilihan A dan C ianya perlu diubah kerana terdapat murid kumpulan T yang lebih
memilih pilihan ini dan ini menunjukkan penggangu ini adalah lemah kerana tidak
menarik minat yang lebih kepada murid kumpulan R.
Bagi item ujian 10, secara keseluruhannya juga menunjukkan distraktor
yang baik bagi pilihan B dan D kerana berjaya menjadi penggangu untuk murid
kumpulan R membuat pilihan sebagai jawapan yang betul. Hanya pilihan A yang
perlu diubahsuai bagi menjadikan ketiga-tiga pilihan adalah penggangu yang baik.
Item ujian 11, distraktor B dan D adalah lemah perlu diubahsuai kerana
tidak menarik minat murid samada dari kumpulan T atau R untuk menjawabnya.
Hanya distraktor C dikekalkan kerana menarik minat murid kumpulan R untuk
menjawab.
Untuk item ujian 12 pula, hanya distraktor B yang perlu diubah suai kerana
terdapat kelemahan dalam pemilihan jawapan dan menyebabkan murid kumpulan
T dan murid kumpulan R pada tahap yang sama dan tiada perbezaan dalam
pemilihan penggangu. Manakala distraktor A dan B diterima sebagai ciri-ciri
penggangu yang baik dan dikekalkan dalam item ujian.
Bagi item ujian 13 dan item ujian 14, kedua-dua item ini mempunyai ciri-ciri
distraktor yang sama iaitu secara keseluruhan, kedua-dua distraktor B dan D
boleh diterima dan dikekalkan kerana mempunyai ciri-ciri penggangu yang baik
dan berkesan kerana lebih murid kumpulan R memilih penggangu ini sebagai
jawapan pilihan untuk jawapan yang betul. Manakala distraktor A perlu diubah
suai semula kerana tidak mempunyai ciri-ciri yang baik kerana tiada murid
kumpulan R memilihnya sebagai pilihan jawapan yang betul.
Item ujian 15 distraktor A dan C perlu digugurkan dan diganti dengan
pilihan yang lain kerana memperlihatkan tiada tarikan bagi murid kumpulan T dan
kumpulan R unutk menjawab. manakala distraktor D adalah baik dan dikekalkan.
Seterusnya item ujian 16, distraktor A perlu digugurkan kerana menarik
minat lebih ramai murid kumpulan T untuk memimilih distraktor ini. Distraktor B
dan D dikekalkan .
Bagi item ujian 17, pula, pilihan B perlu diubah kerana berdasarkan data
ianya telah memperlihatkan sebagai penggangu yang lemah dan tidak baik kerana
tidak berjaya menarik minta murid kumpulan R untuk memilihnya malah
menunjukkan tiada perbezaan antara murid kumpulan R dan murid kumpulan T.
Berikutnya bagi item ujian 19, distraktor A dan C diubahsuai kerana
terdapat kelemahan dalam menarik minat murid untuk menjawab dan distrakor C
dikekalkan.
dan item ujian 20, distraktor A perlu digugurkan dan diubahsuai kerana
murid kumpulan T ebih ramai yang menjawabnya manakala distraktor C perlu
diubahsuai kerana tiada beza dalam pemilihan jawapan murid dan D dikekalkan
sebagai penganggu yang baik.
Rumusnya, bagi distraktor yang lemah, tidak baik dan salah,
pengubahsuaian item ujian atau soalan perlu dilakukan untuk mencapai keboleh
percayaan dan kesahan ujian yang dilaksanakan. Manakala bagi distraktor yang
baik dan berkesan, item ujian atau soalan tersebut perlu dikekalkan bagi
mengekalkan keberkesanan yang diharapkan dalam pelaksanaan ujian ini
Indeks Kebolehpercayaan
Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan
sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara
dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji
dan uji kembali, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji kembali
dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang
ditadbirkan kepada pelajar yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk
setara dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang
setara yang ditadbirkan pada pelajar pada masa yang sama.
Kaedah bahagi dua dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set
skor dari jawapan pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor
genap dari satu set ujian yang ditadbirkan pada pelajar. Sekurang-kurangnya
indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina
boleh dipercayai.
Mempertingkatkan Kebolehpercayaan
Berikut adalah cara bagaimana guru boleh meningkatkan kebolehpercayaan
sesuatu ujian yang dibina.
1. Arahan hendaklah jelas dan tepat.
2. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
3. Soalan hendaklah seragam (homogen).
4. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.
5. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
6. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.
Langkah pengiraan Indeks Kepercayaan Menggunakan Kaedah Cronbach’s
Alpha
Kaedah Cronbach’s Alpha digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman
bagi ujian item bukan dikotomi. Rumus Cronbach Alpha ditunjukkan seperti
berikut:
α= kk−1 [ 1
−∑ Pi ( 1−Pi )σ x
2 ]
Di mana k= bilangan item ujian Pi= indeks kesukaran item
σ x2=varians jumlahskor
k= 201. Untuk mencari ∑ Pi (1-Pi),
Item Pi 1-Pi Pi (1-Pi),
1 1.00 0.00 0.00
2 0.93 0.20 0.16
3 0.63 0.37 0.23
4 0.73 0.33 0.22
5 0.30 0.70 0.21
6 0.87 0.13 0.11
7 0.80 0.47 0.24
8 0.67 0.33 0.22
9 0.80 0.65 0.23
10 0.33 0.47 0.25
11 0.20 0.80 0.16
12 0.47 0.13 0.11
13 0.30 0.53 0.25
14 0.67 0.23 0.18
15 0.46 0.67 0.22
16 0.67 0.60 0.24
17 0.67 0.33 0.22
18 0.53 0.47 0.25
19 0.53 0.47 0.25
20 0.33 0.67 0.22
∑ Pi (1-Pi) = 3.72
Untuk mencari σ x2= varians jumlah skor
σx2=¿∑ x2
N−❑2¿
di manax ialah skor markah,x̄ ialah min skor markah,N ialah bilangan skor (bilangan murid).
Calon(N)
X (skor markah)X2 Pi Pi( x−µ)
1 19 361 1.00
2 18 324 0.80
3 17 289 0.63
4 17 289 0.67
5 14 196 0.30
6 14 196 0.87
7 12 144 0.47
8 11 121 0.77
9 11 121 0.33
10 10 100 0.40
11 9 81 0.67
12 8 64 0.40
13 7 49 0.53
14 7 49 0.53
15 7 49 0.33
N= 15
∑ x=¿181¿
x̄ = 18115
= 12.06∑ x2=¿¿
2433
σx2=¿∑ x2
N−❑2¿
σx2=¿ 2433
15−145.44 ¿
σx2=¿ 2433
15−2181.60
15¿
= 16.76
Oleh itu:
α= kk−1
(1−∑ Pi (1−P i)
σ x2 )
α= 1515−1
(1− 3.7216.76
)
α=1.05(0.78)
α=0.82
Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur
apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor
yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian
yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang
rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak
semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh
dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali
kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai
ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.
Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik.
Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi
yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur
dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian
yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan
mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.
Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu.
Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang
berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis
jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas
OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-
dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi
persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan
kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih
terdedah kepada faktor peluang.
Indeks Kebolehpercayaan
Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan
sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara
dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji
dan uji kembali, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji kembali
dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang
ditadbirkan kepada pelajar yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk
setara dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang
setara yang ditadbirkan pada pelajar pada masa yang sama.
Kaedah bahagi dua dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari
jawapan pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor genap
dari satu set ujian yang ditadbirkan pada pelajar. Sekurang-kurangnya indeks
kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh
dipercayai.
Mempertingkatkan Kebolehpercayaan
Berikut adalah cara bagaimana guru boleh meningkatkan kebolehpercayaan
sesuatu ujian yang dibina.
1. Arahan hendaklah jelas dan tepat.
2. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
3. Soalan hendaklah seragam (homogen).
4. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.
5. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
6. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.
Daripada keterangan indeks kebolehpercayaan di atas iaitu , sekurang-kurangnya
indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina
boleh dipercayai. Berdasarkan keputusan di atas di dapati keputusan yang
diperolehi bagi ujian di atas ialah 0.82. Ini bermakna ujian yang telah dibina boleh
dipercayai dari bermulanya penyediaan soalan sehinggalah kepada mendapatkan
keputusan ujian.
REFLEKSI
Alhamdullilah, dengan segala limpah dan kurniaNya dapatlah saya
menyiapkan tugasan SCE 3111 Penilaian dalam Pengajaran Sains. Ribuan
terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu En Azmi b yang
telah banyak membantu dengan membimbing dan berkongsi idea bagi
menyiapkan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya penerangan dan bimbingan
yang diberikan telah memberikan kefahaman kepada saya dan seterusnya dapat
menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Tugasan pertama ialah mencari maklumat bagi mengenalpasti
apakah konsep pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian
( JSU ), jenis dan kaedah penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian
kemahiran proses sains dan sikap saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran
sains. Ia meliputi,konsep pentaksiran, Taksonomi Bloom, Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU), jenis dan kaedah penilaian, pembinaan item ujian serta penilaian
kemahiran proses sains dan sikap saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran
sains.
Pembinaan item ujian merujuk kepada aras Taksonomi Bloom bagi
mengenalpasti tahap soalan, aras soalan dan standard soalan yang dibina.
Pembinaan item ujian haruslah selari dengan JSU yang dibina. Tidak semestinya
soalan harus menjadi terlalu mudah dan terlalu sukar untuk dijawab oleh murid.
Saya ingin merujuk kepada soalan UPSR yang baru sahaja menutup tirai pada
minggu lepas, saya mendapati setiap soalan yang dibina merupakan soalan yang
seimbang dan tidak begitu sukar dan tidak juga begitu mudah. Ia adalah salah
satu contoh item pengujian yang baik. Item pengujian yang baik haruslah meliputi
setiap aspek yang ingin dinilai
Pelbagai variasi bentuk soalan membentuk satu pengelasan yang
mana kita dapat lihat hasilnya kelak, samada ia harus merangkumi semua
aspek, sebahagian atau khusus kepada satu aspek sahaja. Item pengujian yang
baik harus mempunyai ciri-ciri seperti keakuran, ketepatan dan kejelasan serta
kesesuaian. Ia bukanlah satu pembinaan yang mana mengikut “sedap”, tetapi
ia adalah satu penghasilan item yang kita sebutkan sebagai item yang baik.
Milagros 1981, ( dipetik dari Raminah, 1991 ) yang menegaskan bahawa: “Ujian
adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang
diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian.
Jadi, sebagai seorang guru, kefahaman dalam menentukan
apakah matlamat sebenar dalam melakukan proses pentaskiran melalui
ujian adalah satu perkara yang harus dilaksanakan dengan teliti. Tidak
semestinya item ujian yang mudah adalah yang tidak baik dan item ujian yang
sukar adalah yang baik. Hakikatnya, pembinaan item soalan yang menepati
matlamat pentaksiran yang sebenar adalah yang lebih baik .
Situasi penilaian di sekolah sedang dan bakal berubah. Merujuk kepada proses
pelaksanaan kurikulum baru iaitu Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah
( KSSR ) yang mana sedang dijalankan sejak 3 tahun yang lalu. Ketika ini,
murid tahun tiga, dua dan satu menggunakan penilaian individu bagi setiap
aktiviti yang mereka lakukan. Contohnya, pada hari tersebut guru melakukan
aktiviti membaca dan selepas itu guru akan menilai pengajaran mereka pada
hari tersebut untuk dimasukkan kedalam data murid. Perangkaan KSSR adalah
bertujuan untuk menilai murid melalui potensi
kendiri dari semasa ke semasa. Ia adalah penilaian yang berterusan dan
merangkumi keseluruhan aspek yang ingin dinilai. Guru berperanan sebagai
pendidik dan kemudian sebagai panel penilai murid. Daripada penilaian dapatlah
guru merangka strategi untuk membantu murid yang lemah atau menambah
baik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru dapat melihat
perkembangan yang murid tampilkan semasa dalam sesi penilaian.
Pada pandangan saya, proses pentaksiran dan penilaian yang dijalankan
merupakan satu proses yang menjadi medium untuk guru melihat hasil
pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan. Namun, bagi
melaksanakan satu pentaksiran dan penilaian, pelbagai aspek yang harus
diambil kira bagi memastikan ia tidak terpesong dari landasan yang kita
rencanakan.
Kini saya telah jelas apabila berbicara berkenaan pentaksiran dan
penilaian, maka saya mampu untuk menyatakannya. Saya juga berasa bertuah
kerana pendedahan yang sebegini memberikan nilai tambah kepada saya untuk
mengetahui lebih dekat lagi berkenaan penilaian dan pentaksiran di sekolah.
Semoga, apa yang telah saya pelajari ini akan membantu saya dalam
pembinaan JSU yang akan saya bina pada masa akan datang. Saya
berharap, agar saya dapat menggunakan ilmu yang saya perolehi ini
untuk digunakan pada masa akan da tang .
RUMUSAN DAN CADANGAN
Perubahan masa menuntut segalanya berubah. Sifat tetap dan anjal sistem
pendidikan menjamin mutu sesuatu sistem akademik. Strategi,
kaedah,pendekatan, serta teknik harus berubah mengikut peredaran zaman.
Tidak semua teknik yang diwujudkan puluhan tahun yang lampau mampu
diaplikasi dengan baik pada hari ini. justeru, guru-guru haruslah kreatif dalam
membenihkan idea-idea baru dalam memastikan proses p&p berjalan dengan baik
dan mencapai objektifnya. Antara perubahan yang dapat dilihat dengan jelas
adalah mengenai aspek penggubalan soalan. Jika sebelumnya soalan digubal
mengikut logik, namun kini telah diperkenalkan sistem yang sistematik iaitu
Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ). JSU banyak membantu memudahkan urusan
serta memastikan soalan yang digubal adalah memfokuskan ke arah mencapai
objektif pembelajaran.
Penilaian atau pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal
hingga akhir. Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya
satu set ujian yang berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian
dari proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru
mestilah mengenal pasti soalan-soalan yang dibina menepati semua objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam
bidang pembinaan ujian agar murid atau pelajar dapat menguasai kemahiran
yang dipelajari dengan lebih berkesan, dan item yang dibina bersesuaian dan
mencabar kebolehan murid agar dapat mencambahkan daya pemikiran mereka.
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012).Huraian sukatan pelajaran KBSR
sains.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan pustaka
Siti Rahayah Ariffin. (2003).Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran
danPenilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia
mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/2009/02/pembinaan-item-objektif.html
duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html
cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/05/pembinaan-item-soalan-ujian-
peperiksaan.html
www.academia.edu/4397271/Prinsip_Pembinaan_Item
slideshare.net/hazwanihashim/jadual-penentu-ujian-dan-jadual-spesifikasi-ujian
Recommended