KOLERA DATANG LAGI...
Artkel oleh : HPO Raisin ShimGambar oleh : JAV Ag. Anak Salamat
Belumpun reda episod wabak kolera
yang menyerang sebuah perkampungan di
daerah Beaufort, satu lagi wabak kolera
dilaporkan berlaku kurang 5 kilometer
daripada lokaliti berlakunya wabak kolera di
Beaufort sekitar April-Mei tahun ini. Lantaran
dengan itu, Unit Promosi Kesihatan dan
Kawalan Penyakit, PKK Beaufort mengambil
langkah jitu dan proaktif dalam mencegah
rebakan penyakit ini.
Seperti biasa, dua aktiviti utama yang dilaksanakan ialah pengambilan Rectal
Swab oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit dan aktiviti promosi kesihatan, PKK
Beaufort. Antara aktiviti promosi kesihatan yang diadakan ialah nasihat individu,
hebahan, edaran risalah dan penampalan poster ditempat-tempat strategik seperti
kantin, balairaya, masjid dan dewan.
Hebahan Promosi Kesihatan Penyakit Kolera
Nasihat Individu, Edaran Poster dan Risalah Promosi Kesihatan Sebagai Usaha Menangani Wabak Kolera Dalam Kalangan Penduduk Di Sekitar Lokaliti Wabak